Pages

Jun 14, 2013

PROSES PEMBELIAN PEMAIN



Siapa yang pernah main permainan pengurusan bolasepak "Football Manager" atau ringkasnya FM, mesti tahu betapa sulit dan sukarnya nak beli pemain sasaran walaupun harga mengikut kontrak dan kebolehan serta potensi mereka. Dalam dunia nyata, ianya lebih kompleks dan rumit kerana segalanya rahsia rasmi kontrak dan hanya didedahkan apabila kontrak dimeterai. Macam-macam klausa,elaun serta komisen untuk ejen membuatkan nilai harga diluar kawalan. 

Contoh kes ialah Tiago Ilori, umur 20 tahun dari Sporting Lisbon. Gaji beliau dianggarkan dalam 5,000 Pound seminggu dengan kontrak selama 2 tahun. Jadi perkiraan nilai perpindahan beliau adalah £5,000 pound x 4 minggu x 12 bulan x 2 tahun = £480,000. Campur darab dengan elaun itu ini mungkin dalam £500,000 sahaja. Liverpool menawarkan £3.5 juta pound yakni 7 kali ganda nilai asal kontrak beliau, namun Lisbon mahukan hampir £7 juta.


Di pihak Lisbon mereka anggap budak Llori ini macam aset berharga mereka, jadi mereka meletakkan nilau melampau sebegitu anggap llori berpotensti jadi macam Ricardo Carvalho kata mereka. Tapi dipihak Brendan dan suruhanjaya pemantau perpindahan, nilai llori tak menepati nilai ideal pelaburan. Risiko membeli pemain mentah yang hanya nampak berpotensi tapi belum konsisten amat berisiko. lagipun Ilori hanya bermain kesebelasan utama baru beberapa perlawanan musim lalu.


Contoh lain ialah Kyriakos Papadopoulos dari Shalke04. Umur 21 stahun tua dari Ilori, namun bermain dalam kesebelasan Schalke dan pemain bek utama pasukan senior Greece. Kontrak beliau di kelab Bundeliga itu dalam 20k seminggu dan masih berbaki 3 tahun. Kes beliau lain sedikit kerana faktor kesebelasan utama serta status pemain antarabangsa membuatkan nilai pasaran beliau tinggi sekitar £8-10 juta pound. Liverpool telah menawarkan £12juta namun Schalke juga mahukan harga terbaik untuk pemain terbaik mereka sekitar £18-20juta.


Kedua-dua pemain tersebut memang hebat dalam FM, tapi dalam dunia nyata kita belum tahu adakah mereka boleh jadi pemain hebat seperti dalam permainan FM. Sebab itulah kadangkala kita lihat pemain yang hampir kita nak dapat tapi dibiarkan lantas dikebas orang. Namun ada kes juga kita terbeli si polan si polan dengan harga melampau kerana takut dikebas orang, padahal harga tak berbaloi dengan kebolehan mereka. 


Jadi takmahu pisang berbuah dua kali, pihak FSG telah menubuhkan panel penilaian yang merangkumi 3 hirarki atasan termasuk Brendan, bersama denga Ketua Pemantau, Barry Hunter dan Ketua Pengambilan Rekrut, Dave Fallow. Ianya suatu kebetulan atau disengajakan hampir majoriti bahagian pemantauan datangnya dari bekas Man City. Tak kisahlah sesiapa pun mereka, tapi diharapkan kita dapat pemain yang memang terbaik dari segi kebolehan serta dengan nilai harga perpindahan dan gaji yang munasabah.


2 comments:

  1. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali dan kita juga tidak mahu pihak FSG jadi tangkai jering. :YNWA!

    ReplyDelete
  2. taik idung masin ungkapan sesuai utk FSG... Hahaha

    ReplyDelete