Aug 14, 2018

JAMES MILNER: KUDA TUA YANG MASIH BERLARI



Korang mungkin ada pemain kegemaran masing-masing. Salah pasti ramai minat. Keita, Firmino, Mane dan lain-lain. Tapi abam nak kasi tahu yang pemain yang jadi fokus ialah James Milner. Bukan sehari dua atau masa dia jadi pemain Liverpool. Sejak dia jadi ubi sensasi kat Leeds United lagi kita dah pantau. Masa tu kalau sapa yang main Championship Manager 2002 mesti akan bida pemain sensasi 16 tahun Leeds yang bakal diramal budak ajaib (wonderkid) ni bakal jadi bidang hebat sehebat Zidane.

Tapi sayang  zaman tu pengurus Gerrard Houller, jenis gila pemain Perancis . Dan pemantau juga bukan kaki permainan CM. Mungkin juga Liverpool dah punyai Gerrad yang nampak berkali ganda hebat dari Milner. Akhirnya terlepas kat Newcastle dengan ketika Leeds turun liga kejuaraan dengan bayaran perpindahan sekitar £4juta Pound. Lagipun ada asas juga yang Houllier tak main corak yang memerlukan Milner yakni pemain sayap.

Kat Newcastle Milner nampak tak berapa berkembang. Perpindahan ke Aston Villa menjadikan Milner meletup. Sebab pasukan Villa ketika tu dijaga oleh Martin O'Neill. Nak bagitahu yang ketika ni Rafa dah jaga Liverpool dan sebelum Milner nak dibeli oleh Villa, Newcastle nak cari pembeli lain. Tapi Rafa taknak beli sebab dia dah ada Dirk Kuyt, pelari marathon terhandal skuad yang dibeli dengan nilai yang lebih murah sikit £2 Juta pound dari perpindahan Milner ke Villa.

Jadi menyesal pun tak guna, Milner meletop dan akibatnya Man City yang baru kaya dibeli Saudagar Unta, beli dengan harga tak masuk akal £25 Juta pound. Beli bukan sebab nilai dia sebegitu ikutnya. Tapi sebab bila City nak pemain itu nak elak persaingan, maka harga dah jadi melampau. Tapi kali ni Liverpool memang haprak, kelab dijaga koboi lintah darat Hick dan Gillet. Bukan setakat taknak beli apa yang Rafa nak, tetapi mereka jual pemain bagus ganti dengan pemain sederhana.

Korang tahu siapa yang beli Milner masa kat City. orang itu ialah pengurus West Ham kini, Encik Pellegrini. Sebab selepas perlawanan dengan kita , Pak Cik Pelle banyak cerita pasal Milner, bila diwawancara pasal perlawanann dengan Liverpool. Sebab kunci kecemerlangan Klopp ialah dia punyai kuda tua serba-serbi boleh dengan keupayaan tahap pemain belia. Orang mungkin cakap kita beli pemain rejek City dan Guardiola dah perah tenaga Milner dan jual hampas kepada kita.

Tetapi boleh tanya balik Pep, dia agak menyesal kerana Milner sendiri yang tanak sambung. Dia cakap Klopp dah dapat permata berharga yang dikutip percuma. Cuba cari pemain Inggeris terkini yang lengkap macam Milner. Mungkin ada yang lebih bagus dari segi teknikal. Lebih pantas memecut. Boleh menanduk dengan hebat. Tetapi cuba cari pemain yang boleh buat semua itu sekarang, mana nak dapat dah.

Maaf cakap abam sendiri tak sangka Milner akan turun masa lawan West Ham. Kita tak harap sebab dengan kepala berjahit 15 jarum takkan Klopp nak ambil risiko. Ruapnya Klopp bukan nak kepala Milner untuk menanduk bola sangat. Tetapi apa yang ada dalam kepala hotak dia, yakni akal yang jelas dan tenang untuk buat keputusan dalam permainan. Dia buat larian kesayap bila perlu dan lakuakn hantaran kedalam kotak juga ada masa tertentu.

Itu yang Trent Arnold kena belajar jika nak jadi seorang penghantar bola yang baik. Bukan ikut hati nak taram kedalam kotak setiap masa. Dan teknik hantaran Trent yang banyak kelaut bagi abam dia perlu perhatian Klopp untuk sessi 1 sama 1 dengan Milner untuk penunjuk cara latihan hantaran. Sebab sementara Milner dok ada lagi harap Klopp kena perah tenaga Milner bukan sahaja dalam padang, malah dalam latihan untuk orang lain ambil faedah.

Mungkin dengan kedatangan Keita dan Fabinho akan menambah persaingan pasukan. Namun dengan adanya pemain berkaliber macam Milner, Klopp punyai kelebihan yang lebih boleh diperkembangkan. Abam tak risau tentang masa depan Milner, tetapi lebih risau tentang Hendo dan Lallana lepas ni. Milner bukan setakat main baik dari musim lepas, tetapi dengan kebal dari kecederaan, rasanya dia akan kekal jadi pemain kita banyak musim lagi.

Aug 13, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 4-0 WEST HAM


Liverpool 4-0 West Ham
18' M. Salah [A. Robertson].
45+2' S. Mane  [J. Milner].
53' M. Salah [R. Firmino].
88' D. Sturridge.

Sebelum perlawanan Liverpool kalut dengan situasi krisis kecederaan bek tengah. Dah tu pula si Lovren tak bagitahu Klopp dia cedera. Alasan sebab takut Klopp beli bek baru. Kita tak pasti apa tindakan Klopp kat Lovren yang menyusahkan pasukan. Nasib baik Gomez sempat pulih kalau tak Nat Philip bakal cipta rekod penampilan. Kesebelasan Liverpool memang nampak seimbang dengan penampilan sulung Keita dan Allison. West Ham bermain formasi 3-4-3 sebab tahu mereka takkan ada upaya nak main terbuka dengan Liverpool.

Ikutnya Liverpool punyai peluang nak sumbat gol awal. Pertahanan dan goli West Ham abam bagi kredit sebab berjaya mengekang penyerang kita. Mereka macam dah nak lemas kena serang bertalu2 tetapi penyudah tumpul penyerang kita, buat West Ham kembali bernafas lega beberapa kali. Sapa cakap kreativiti tengah kita tiada pengganti. Keita dah buat kita lupakan Coutinho. Gerakan beliau menghasilkan gol pembukaan. Hantaran kaki senget mencari Robertson dan Salah berjaya melepasi perangkap curi ayam (offside)  dan menjolok gol pembukaan.

 Perangkap curi ayam kadangkala cukup bahaya jika silap main. Tambahan pula jika penjaga garisan tidur. Namun pemain kita cukup suka nak uji West Ham dengan cara sebegitu sebab jika nak main cara sopan buat hantaran diorang susun bas kemas sukar nak bolos. Sekali lagi Liverpool mengatasi kubu kebal West Ham yang tetiba jadi bebal. Dengan gerakan ketepi kiri dan kanan, dan hasilnya hantaran Robertson dapat dibaca Milner dan dilorongkan kepada Mane yang menerpa walaupun sikit terlajak dengan teknik sepak kankang berjaya menyauk bola kedalam gawang West Ham lagi.

Separuh kedua Pellegrini cuba tukar formasi konon nak kekang serangan kita, dari 343 kepada 433. Nampak sikit perubahan cara bertahan dan menyerang tetapi hasilnya tetap hampaih. Sikit pun tak terkantoi pasukan kita malah mengutakan lagi bila Keita nampak lagi mengganas kat kawasan West Ham. Kali ni West Ham memang bernasib malang. Bila penjaga garisan tidur dan membiarkan kesalahan menjadi gol. Gerakan Firimno cantik melorongkan bola kepada Mane, dan dengan tak bersalah Mane menewaskan Fabianski dan pemain West Ham hanya mampu protes seba taida VAR kat EPL nak membantu.

Klopp simpan Firimno awal untuk Hendo. Sejurus itu Shaqiri untuk Mane dan Sturridge kepada Salah. Dalam semua pemain yang masuk masing-masing ada peranan. Hendo masuk untuk menambah kekuatan fizikal. Shaqiri pula bertindak sebagai pencetus serangan pantas. Namun Sturridge menjadi tumpuan kerana berjaya sumbat gol dengan sekali sentuhan. Nampak tak kenapa Klopp kekalkan Mat Stur sebab momentum dari pra-musim nampak berjaya dikekalkan. Tobat lepas ni Origi dan Solanke tak boleh cari makan.

Aug 10, 2018

LIGA PERDANA: WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Liverpool lawan West Ham
12 Ogos 2018
8.30 Malam
Astro 816/834

Musim ni lain sikit pembawaan. Setelah menjadi pasukan paling hebat berbelanja, setiap mata bakal memandang dan mulut akan membawang. Itu tekanan pada awal. Tapi Klopp selamba badak buat perbandingan Liverpool macam Rocky Balboa, lakonan Sylvester Stallone filem tinju. Seorang peninju bukan ternama untuk mengejar kejuaraan bukan pilihan juara macam Ivan Drago, lakonan Dolph Lundgren.

Kesebelasan utama hampir lengkap. Cuma Klopp ambil sedikit risiko tanpa pembelian membiarkan pertahanan tengah tanpa pemain terbaik menentang West Ham nanti. Lovren belum berlatih penuh takkan nak diturunkan terus. Matip dan Klavan masih cedera. Gomez belum tahu lagi keadaan. Kemungkinan besar Nat Philips kena bersedia mental fizikal. Kalau Gomez 75% cergas bagi abam jangan ambil risiko letak ubi macam Nat, sebab WHU mungkin dah tengok video lawan Torino.

Alisson
Trent, Gomez, van Dijk, Robertson
Gandum, Hendo Keita
Salah, Firmino, Mane

Selama bermusim Klopp guna pemain sedia ada, dia cuba terapkan taktikal gegenpress. Berhasil cuma kadang-kala kelaut juga. Sebab samada pemain bagus tapi tak faham kehendak Klopp atau memang pemain tak berapa bagus. Sebab itulah Klopp beli Keita yang beliau nampak macam minyak pelincir Gred F1 untuk kelancaran enjin gegernpress. Dan juga Fabinho yang akan menyerap serangan lawan untuk kasi pertahanan selesa.

 Abam tengok dalam perlawanan yang kita tak menang, kebanyakan lawan main akal cuba matikan serangan dengan susun bas. Cuma bukan setiap masa mereka main camtu, dok tunggu 90 minit kat kawasan sendiri. Bukan cakap sentiasa nak kena main selamat dan buat hantaran cermat. Kadangkala kegopohan perlu ada untuk bagi lawan satu kejutan dalam serangan. Kalaulah Klopp ada pemain macam Gerrard dan Suarez yang tak suka simpan bola lama, dah lama dah Klopp dapat piala.

Keita dan Gandum mungkin bakal turun dalam kesebelasan utama nanti. Fabinho masih kurang cergas dan Milner pun masih berjahit kepala. Setakat sekarang rasanya Hendo terpaksa digegas ke kesebelasan. Namun jika Klopp nak main Gung-Ho atau Kamikaze kat West Ham, rasanya pilihan abam letak terus Shaqiri seawal sepak mula. Sebab apa tengok cara Shaqiri dia punya hantaran memang takda nak main pendek2 semua nak tuju siapa yang dok menyerang.

Malah dengan Pak Ali goli baru kita, dia pun sama kalau ada peluang, dia nak sepak terus kepada Salah atau Mane yang memang kaki rempit. Main hantaran pendek dari bawah itu sekadar acah-acah sahaja . Salah satunya nak tarik pemain lawan untuk serbu bola dan membuka ruang untuk diekplotasi. Klopp pun sendiri pernah cakap pemain diberi kebebasan untuk melaksanakan tindakan yang mereka rasakan terbaik sebab dalam padang Klopp boleh memekik bagi arahan ringkas.

 West Ham bermain dengan pengurus baru, Pellegrini pengurus yang pernah bawa Man City jadi juara Liga Perdana musim 2013/14. Ingat tak tahun yang Brendan hampir dapat juara tetapi terlepas sebab Abang Long Gerrard tergelincir lawan Chelsea. Pellegrini ni masuk pasukan mana pun dia takkan datang dengan tangan kosong. Dia gunakan imej pengurus tahap dunia dengan pau duit pengurusan West Ham borong pemain macam borong barang dapur kat pasar malam.

Kalau ikut kesebelasan West Ham nanti dengan Wilshere, Filipe Anderson lagi, Yarmalenko. Abam rasa kita bakal dapat tentangan sengit, walaupun main kat Anfield. Tak berani nak cakap yang kita boleh menang selesa macam musim lepas lagi. Cuma dengan kualiti pemain kita ada sekarang ditambah dengan ada Shaqiri dan Sturridge dok dibangku simpanan, 3 mata sesuatu yang tak mustahil.

SELAMAT MAJU JAYA DANNY INGS


Tingkap perpindahan Liga Inggeris dah tamat. Nak berjual beli tak boleh dah kat Liga Inggeris. Namun nak jual kat Liga luar masih sempat lagi sebab kebanyakan liga lain tutup hujung bulan. Liverpool hanya sempat memberi pinjam Ings ke Soton dengan syarat perpindahan 20 juta. Sebelum ni Crystal Palace beria-ia nak ambik, tetapi kurang bajet aganyak selepas diorang dapatkan Ayew dari Swansea. Kita ucap tahniah dan jaga kesihatan elok2 sebab kalau dok sakit lagi teruk2, musim depan dataang balik kot.

Aug 9, 2018

PERADUAN TEKA KEPUTUSAN MUSIM 2018/19



Peraduan Teka Keputusan Liverpool masih diteruskan seperti biasa. Sambutan musim lepas boleh tahan. Hadiah pun dah dihantar. Musim ni hadiah nak bagi lain sikit selain baju atau jersi macam sebelum sebelum ni. Mungkin nak pergi tempah Medal atau Pennant. Harap kali ni nak tengok berapa ramai yang sertai. Lagi ramai mungkin sampai 5 peneka kita bagi hadiah.

Syarat penyertaan:
1. Hanya pengikut blog ini sahaja yang layak. Anon boleh menyertai tetapi kena letak nama pena.
2. Hanya seorang pemenang sahaja kalau buat dwi akaun jawab diakhirat kelak.
3. Keputusan hakim muktamat (hakim dunia... mungkin buat silap).
4. Warga Malaysia sahaja layak undi , Mat bangla, Veitnam , Indon boleh pi main jauh-jauh.

Cara bermain:
1. Entri perlawanan akan ditulis dan perserta akan meletakkan keputusan anda dalam komen, samada pasukkan kita menang, seri atau kalah.
2. Hanya satu komen tak boleh nak spam banyak-banyak, jadi fikir sebelum bertindak.
3. Tarikh tutup setiap tekaan akan berakhir SATU JAM sebelum setiap sepak mula pasukan kita.
4. Hanya membabitkan Liga Perdana Inggeris sahaja. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala liga tak aci.
5. Carta Liga Teka Keputusan akan dimasukkan dalam entri selewat-lewat Selasa (kalau takda aral).

Sebarang penambahbaikkan boleh kemukakan untuk lebih mengempakkan lagi peraduan yang tak seberapa ini. Jadi sebarang kelemahan dan kesilapan dari diri pihak pengurusan yang baik datang dari Allah jua.

TINGKAP DAH NAK TUTUP


Umum peminat EPL mungkin ingat tingkap perpindahan tamat hujung musim. Itu dulu der. Tranformasi FA Inggeris terkini selepas mula liga takder dah muamalat lagi. Sakit la Menyu dan Spurs. Diorang nk tunggu bargain last menet kot. Last2 takut kena main dgn seller pau hangit harga.

Liverpool macam dah tamat pembelian sejurus beli Allison. Namun kita tak boleh jangka air tenang takda boya. Ada cakap Fekir ada cakap Pulisic dan mungkin ada Bek Tengah baru. Sebarang kemungkinan terjawap awal pagi besok.

Tetapi sebaliknya pulak bab penjualan. Pasukan kita nak tolak ramai kayu reput. Rega awal letak boleh tahan yahudi. Namun besa lar macam jual durian. Nak habis musim pun musang king tetap mahal dan durian kampung main jual longgok dah.

Kalau ada penjualan baik jual terus sebab pinjam meminjam keluar ni memang ketahian sebab datanglah klausa penjualan sekalipun kalau haprak memang datang balik macam Markovic dan Origi. Tapi dari sudut lain belanja kita kurang skit dari habis boreh kat dirang takat bagi main dengan simpanan.


Aug 8, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 3-1 TORINO




Lawan kita Torino boleh dibanding tahap Burnley atau Leicester. Pengalaman Mazzari masa kat Watford sedikit berguna camna dia nak kekang serangan Liverpool dengan main 3 kat bawah. 2 sayap sisi. 2 pemain tengah dan 2 pemain kreatif membantu penyerang solo.

Mereka mampu bertahan sekejap, dok fokus nak kekang Salah dan Mane. Namun serangan kita cukup fleksibel membolosi kubu mereka dengan gerakan Mane berjaya dapatkan penalti. Fabinho terlalu yakin ambil penalti sampai sepak tak masuk. Torino gembira sebab diorang terlepas dari bala.

Namun semangat Liverpool menyerang tak pudar dengan serangan bertimpa-timpa kekubu Torino. Hanya beberapa minit kegembiraan Torino sejurus kantoi penalti . Gerakan berpasukan menyerang dengan kurang ketamakan individu memberikan gol pembukaan dari Firmino yang meletopkan kubu kental Torino.

 Mat Gandum antara pemain yang panas bontot bila ketibaan Keita dan Fabinho. Mungkin persaingan memberikan semangat juang untuk kesebeasan utama buatkan dia main cukup baik. Setelah menjaringkan gol lawan Napoli, sekali lagi Gandum menjaringkan gol terbaik hasil umpanan Firmino.

Torino bukan tak bagus cuma bila lawan pasukan menyerang, masa mereka banyak untuk bertahan sampai tak sempat menyerang. Namun dengan punyai penyerang handal macam Belotti, peluang sekali pun boleh masuk. Gerakan dari belah Moreno satu hantaran lintang cantik dan Bellotti menanduk padu menewaskan Allison.

Separuh kedua bermula dengan pertukaran drastik.  Klopp simpan tenaga untuk perlawanan Liga nanti rasanya. Fabinho turun jadi bek tengah ganti Van Dijk bergandngan dengan Nat Phillips. Satu ujikaji baru Klopp sebab Fabinho pernah main bek kanan dan dia punyai skill set bertahan yang bak juga main kat tengah.

Keputusan 2-1 mungkin nampak macam nak kekal sebab Torino tak nampak nak menyerang sangat dan Liverpool masukkan penyerang simpanan aja. Namun dengan kreativiti Shaqiri dan Mat Stur Kaca yang cergas Liverpool menambah gol terakhir untuk penutup pramusim hasil jaringan Mat Stur yang menjadikan beliau penjaring terbanyak pra-musim.

Chester 0-7 #LFC
Tranmere 2-3 #LFC 
Bury 0-0 #LFC
Blackburn 0-2 #LFC
Dortmund 3-1 #LFC
Manchester City 1-2 #LFC
Manchester United 1-4 #LFC
Napoli 0-5 #LFC
#LFC 3-1 Torino

• 7 menang
• 1 seri
• 1 kalah
• 27 jaringan
• 8 bolos

Habis dah pemanas badan LFC untuk musim baru.  Kalau ikut mata kita peroleh 22/27 yakni 81.5% dan ikut keputusan periksa sekolah dalam kategori A. Namun mata perolehan bukan bermakna apa-apa sekadar beri inspirasi untuk musim baru. Sebenarnya kita masih sekadar 80 % dari kekuatan penuh.

Dari 20% tu rasanya 15% kekurangan datang dari pertahanan tengah. Kalau Lovren dah main dan Gomez cergas mungkin kegusaran tak nampak sangat. Jika nak harap NatPhillip, satu masalah ialah ubi ni dia agak lemau jika satu lawan satu dengan penyerang laju macam Belotti. Nasib baik hanya pra-musim, kalau dalam Liga kekasaran dengan Belotti tu kad merah kot.

Gomez memang ngam bila bergandng dengan Vdijk. Komplimen dengan kepantasan dan corak agresif. Satu masalah dia pun jenis kaca juga. Sebab itu bila ada khabar angin nak bida Vida itu satu cadangan bagus, sebab taha Vida mungkin lebih bagus dari Matip dengan apa yang kita tengok masa Piala Dunia. Yang lain gawang, tengah dan serangan dah mantap untuk permulaan musim baru.

Aug 6, 2018

PRA-MUSIM: LIVERPOOL LAWAN TORINO

Liverpool lawan Torino
8 Ogos 2018 ( Rabu )
Jam 2.30 pagi
Stadium Anfield
Astro 817/837 HD


Penutup pra-musim berakhir di Anfield. Belum pernah lagi rasanya Liverpool lawan Torino seingat abam. Namun yang pasti lawan kita nanti salah satu pasukan Siri A yang sangat bagus, walaupun bukan tahap hebat. Pemain penyerang sensasi Italy, Belotti masih bersama mereka. Dtambah degan penyerang sado Senegal, merangkap rakan baik Mane, Mbaye Niang yang dibawa dari Ac Milan. Pemain lain mungkin tak berapa femes, namun Walter Mazzzari pengurus mereka agak bagus untuk kendalikan pasukan tanpa bintang.

Liverpool pula dalam fasa terakhir untuk mempersiapkan pasukan untuk pelawanan pembuka tirai hujung minggu ni. Sejurus membelasah Napoli, kita nampak bahawa Klopp sekarang sudah punyai kesebelasan terbak dan simpanan impak sensasi. Jika Sturridge dapat kekal cergas musim ni, Liverpool tak berapa pening nak rehatkan Firmino sekali sekala kan. Malah kita nak tengok apa kesudahan Shaqiri yang semakin hari semakin nampak bisa. Lawan Torino apakah Klopp nak kekalkan Shaq di simpanan atau cuba main No.10 macam lawan Napoli ritu.

Bahagian pertahanan tengah masih belum ada kemasukan baru. Klopp nampak sangat nak gandingkan VDijk dengan Gomez. Itu mungin rezeki Gomez sebab Matip cedera dan Lovren masih menikmati cuti sempena Piala Dunia.  Jika betul Klavan pun tak berapa shat, maka kita hanya berharap kepada Nat Philips. Tapi jangan risau kalau ada kecemasan Fabinho pun boleh main bek tengah dengar cerita. Harap mintak simpang dijauhi kecederaaan untuk bek kita. Sebab sekarag nak dapat bek bagus bukan murah-murah.

Aug 5, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 5-0 NAPOLI



Apa yang abam bagitau betulkan. Klopp nak letak kesebelasan terbaik lawan Napoli. Kalau ibarat gunting rambut belum trim habis lagi, belum trim sedben lagi. Napoli bukan tak bagus tetapi diorang tak studi kot masa kawan diorang AS Roma kena lauk dulu. Kesebelasan Napoli boleh tahan cuma Ancelotti main terlalu berani sikit boh taktik menyerang. Kalau dia main cam Dortmund mau sakit juga sebab Collajen dan Isigne boleh selinap jika diorang main sayap ortodok. Ini tak banyak banyak fungsi pemain sayap diambil alih oleh bek sisi. Konon nak tiru Liverpool lettew.

Liverpool awal2 lagi dah tak bagi peluang bek Napoli dok rileks. Walauun Napoli bolot penguasaan bola kat tengah, mereka dok pi mai pi mai tang tu. Sakit nak lepas Gomez dan Van Dijk. Serangan Liverpool dar serang balas membuahkan hasil dan hasil kerja keras lembu2 lain, sapi yang bernama Milner dapat nama untuk gol pembukaan.  Tak tunggu lama Mat Gandum plak dapat gol , namun kali ni Milner punya hantaran memang cun, Mat Gandum cuma perlu sua kepala sahaja dan goli Napoli hanya serbu dan tangkap angin.

Separuh pertama berakhir dengan 2-0. Tapi ikut peluang mungkin boleh dapat lebih. Mane dah nak jadi tamak balik dah. Tapi abam kagum dengan Koulibaly, bek Napoli yang bukan sahaja sado tetapi memang cerdik. Peluh gak Salah nak lepas rakan senegara Mane tu. Banyak kali Salah kantoi nak botol Kulibaly. Gamaknya kalau Napoli letak rega 100juta pound untuk mamat ni, kiranya memang kena dengan kebolehan beliau. Lagi satu abam teruja dengan Hamsik yang rambut Trojan. Kat tengah memang kawasan dia, hantaran cantik dan nak curi bola kat dia pun susah.

Separuh kedua bermula tempo agak sederhana. Napoli pula buka langkah. Diorang cuma macam biasa menyerang dengan cara nak lepas perangkap curi ayam. Marah kemain Collajen bila dia dikatakan curi ayam tapi tak. Nasb baik tadak VAR kalau tak gol konpom di kira masuk. Dalam dok asyik menyerang, Napoli kena balik serangan kali ni hantaran Shaqiri yang main penyerang tengah ganti Firmino cari kepala Salah, dan ketika ni Mane pi tolak bek Napoli dan hasilnya Salah dapat peluang dan cedok baik ke dalam gawang Napoli untuk ke-tiga kali. Ni pun kalau ada VAR konpom gol batal. Nasib ko la Napoli komplen pun pengadil buat dek.

Sejurus gol itu majoriti pemain ditukar kecuali Allison dan Van Dijk kekal. Kita menyangka dengan skuad simpanan mungin takat 3 biji an mungkin Napoli akan bangun. Tetapi skuad muda dan simpanan tua nampak buat Napoli lagi serabut.  Hasil serangan bertubi-tubi dapat juga Mat Stur gol setelah 2 kali percubaan gagal depan pintu. Dan gol penutup dihasilkan oleh pemain yang kita tahu punyai sepakan bagus, tapi selalu kelaut siapa lagi bukan Moreno. Kali ni dia bikin Klopp pening nanti nak pilih bek kiri.

Fokus keatas kemenangan ni harap berterusan sampai ke perlawanan seterusnya. Kita dah nampak keserasian Firmino-Salah dan Mane sebelum ni,  dan bekap yang cemerlang ditunjukakn Sturridge dan Shaqiri. Apa yang abam paling suka bab Shaqiri ialah dia suka percepatkan serangan bila ada sahaja nampak lubang serangan yang dia bleh eksploitasi. Cuma bab nak ligan pemain kat sebelah sayap dia memang nampak lemau. Boleh dikatakan N.10 yang kita cari bukannya Fekir atau Pulisic tetapi Shaqiri memang ngam kat situ. Setakat yang kita nampak masa lawan Napoli. Harap Klopp letak Shaqiri kat situ lagi nanti.

Namun Klopp masih belum selit Fabinho sebagai gandingan utama. Dia masih pilih jalan selamat dengan Milner dan Gandum untuk bekap Keita. Dengan kecederaan kepala Milner, mungkin Fabinho akan dicuba plak nanti dalam gandingan utama. Setakat sekarang dok nampak Klopp hampir pasti letak Gomez berpasangan dengan Van Dijk. Gomez dah banyak belajar sepanjang pra-musim ni dan peluang yang Klopp kasi nampaknya tak dipersiakan.

Aug 3, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN NAPOLI

Liverpool vs Napoli
5 August 2018
1:00 pagi 
Dublin, Republic of Ireland
Stadium: Aviva Stadium 

Persiapan makin lengkap. Hanya Hendo dan Lovren masih makan angin. Jelajah Amerika selesai dengan berjaya. Lagipun tak sangka orang Amerika Syarikat yang lebih lebih pentingkan Bolasepak Amerika dan Bola Lisut, mampu berikan sokongan padu. 104 ribu penonton masa lawan Menyu haritu, merupakan rekod tontonan. Boleh nampak peminat Liverpool kat 100K dan belen Setan Merah punya peminat sahaja.

Klopp dah boleh cari keserasian untuk kesebelasan utama. Lawan Napoli mungkin kita nak tengok Klopp letak calon kesebelasan utama dalam satu pasukan dan simpanan masuk dalam masa tambahan. Kiranya buat macam perlawanan sebenar. Sebab hanya seminggu lebih lagi nak bermula sepak mula.

Nasib baik pemain baru tak ramai musim ni. Dan paling akhir nak diperkenalkan ialah goli termahal di dunia. Ramai tazabar nak tengok penampilan Allison lawan Napoli. Sebab tengok dalam latihan kemain kemas hinggakan jurulatih goli Atcherberg pon tercengang tengok punya hebat cara berlatih. Apa pun perlawanan betul baru tau camna.

Napoli bertukar jurulatih. Yang lama ke Chelsea dan yang baru memang kita kenal lama dah Pak Cik Ancelotti. Dia hampir dapat jadi pengurus Liverpool tapi nasib baik Klopp pilihan utama. Kalau Klopp rejek masa tu mungkin sejarah jadi lain. Napoli punyai pasukan terbaik dengan pemain2 hebat, namun mereka dalam kategori kelab saudagar. 

Koulibaly, Hamsik, Marten dan Insigne, rasannya antara pemain yang nampak bagus dalam pasukan Napoli. Yang lain sekadar biasa2. Apa yang akan menguji pasukan kita adalah serangan kilat Merten dan Insigne. Abam suka tengok cara mereka main era Sarri dulu. Kalau Ancelotti lagi bagus daripada Sarri mungkin sengit juga perlawanan itu nanti.

Aug 1, 2018

BEN WOODBURN DIPINJAM KELUAR KE SHEFFIELD UNITED


Satu kejutan bila Woodburn pergi ke Sheffield United. Aston Villa nampak macam kelab terbaik pada mulanya sebab mereka potensi untuk juara Liga Kejuaraan. Tetapi Klopp mungkin rasa dengan jurulatih poyo macam Steve Bruce, Woodburn takkan banyak belajar. Masa permainan mungkin terhad dan taktikal yang tak sesuai.

Kat Sheffield, Woodburn dijamin kesebelasan utama. Malah dia mungkin dapat penampilan sulung lawan Swansea hujung minggu ni. Klopp rasanya dah pantau corak Chris Wilder dan setuju projek pembangunan Woodburn kat sana. Pinjaman selama semusim tanpa klausa panggul balik.

Salah satu sebab Woodburn dipinjam keluar sebab dia masih belum punyai kematangan untuk jadi pemain simpanan impak. Dah pula datang si Shaqiri serta Curtis Jones yang nampak lagi sedap main masa pra-musim baru2 ni. Jadi Klopp nak Woodburn cari pengalaman kat luar demi pembangunan mental fizikal.

Jul 29, 2018

PRA-MUSIM: MAN UNITED 1-4 LIVERPOOL



Bukan setakat 101, 254 penonton kat Michigan, malah berjuta-juta penonton dalam talian menyaksikan perlawanan hebat pemanas badan dan juga pemanas hati antara pasukan seteru Liverpool dan Menyu. Mourinho dan mungkin banyak peminat Menyu bagi alasan mereka turunkan pemain muda dan simpanan. Lantaklah apa jua alasan mereka, tetapi apa yang kita nampak persediaan kita memang makin ketara bagus.

Ikut Liverpool main memang sedap dari awal. Mane dan Salah cukup berbisa, cuma gandingan dengan Solanke nampak agak kurang padu. Patut Sturridge main awal baru kita boleh tengok camna huru-hara dari minit awal. Tapi Klopp ada perancangan lain untuk kita nantikan hingga wisel penamat. Boleh tahan juga goli tua Menyu, banyak percubaan dia selamatkan. Namun apakan daya Liverpool mendahului dengan penalti bila Salah kena bentes. Mane dengan tenang menyudahkan penalti untuk Liverpool didepan 1-0.

Liverpool main terlalu menyerang dan bek tengah pon naik sampai separuh padang. Jadi Mouriho acapkali cuba main bola jauh dengan mengumpan perangkap curi ayam. Namun kelemahan Liverpool yang berjaya dieksplotasi lawan ialah menyerang pantas bila pertahanan terleka. Gol Dortmund dan City adalah contoh terbaik untuk Klopp perbaiki. Menyu melakukan taktikal yang sama dan mereka berjaya dapat sepakan percuma dari luar kotak. Perreira berjaya menyudahkan sepaka percuma cantik menewaskan Grabara yang nampak agak gabra.

Separuh pertama Menyu cukup fokus. Sebab tu Liverpool susah nak rempuh masuk walaupun ada Salah dan Mane. Namun Klopp ada jawapan bagi kedegilan itu dengan memasukkan skuad muda dan pemain sensasi Shaqiri untuk gantikan separuh pasukan pada minit ke-60. Sejurus itu korang saksikan sendiri bagaimana Liverpool mengamuk sampai Menyu tak mampu nak melawan. Sebab kunci kepada amukan itu adalah pemain rejek dari kelab yang jatuh Liga, Stoke City, Xherdan Shaqiri.

Dia patut main kat sayap kalau ikut apa yang kita tengok sebelum ni dengan Swiss dan Stoke. Namun kali ni, Shaqiri bermain sebagai penyerang tengah atau orang bola panggil pemain No.10. Dia hanya masuk dari sayap jika ada hantaran pantas dari tengah. Gol Sturridge hasil umpanan beliau yang berjaya WWE dengan Baily dan meletakkan Mat Stur hanya perlu cari sasaran dan tembak. Gol ke-3 hasil betesan keatas Robertson dan Ojo nampak berebut dengan Stur, tetapi abang beralah dengan adik, dan nasib baik adik Ojo menyudahkan dengan tenang untuk 3-1 didepan.

Gol penyentap hati peminat Menyu dilakukan dengan begitu tragis oleh Shaqiri. Dia tak aci buat begitu diperlawanan sulung beliau. Lawan udah malu tak melawan 3-1 sebelum ni. Boleh plak Si Shaq melibas gulung rembatan basikal kedalam gawang Menyu. Abam sendiri boleh lawan klip gol itu berpuluh kali sambil tersenyum. Itu makanan untuk pasukan yang nak main susun bas sangat. Orang cakap gol sulung itu dah berbaloi bayar Stoke 13juta Pound.

Jika betul Shaqiri dan Sturr berperanan dalam skuad untuk bekap kesebelasan utama, abam kira kita dah naik setapak lagi untuk bina kekuatan pasukan untuk jadi pencabar kejuaraan dan medal dan piala. Sebab apa, Klopp dah insof dapat pengajaran kat final Liga Juara-Juara yang bukan setakat 11 orang kena mantap, tetapi kalau boleh kena sediakan bekap yang mampu ambil-alih tugas pemain utama jika diperlukan.

Klopp cukup berbeza kali ni. Dia dah tak larat nak simpan pemain sederhana dan cuba pastikan pemain yang mampu bersaing kekal. Sebab itu kita tengok pemain macam Origi dan Ings yang dah tak masuk dalam senarai jelajah konpom akan dijual. Malah ada dengan Ojo dan Chiravella pun ada ada bunyi-bunyi sedang dirisik pasukan luar. Sebab Klopp perlu bagi belen pasukan bukan dari segi kuantiti dan kualiti, dia juga nak modal untuk sebarang kemungkinan pembelian blokbuster lagi lepas ni.

Jul 28, 2018

PRA-MUSIM : MAN UTD LAWAN LIVERPOOL

Siri jelajah Liverpool kat Amerika akan berakhir dengan perlawanan dengan Syaitan Merah. Klopp cakap baru ni pasal perlawanan ni dia bukan anggap lawan suka2 dan santai. Dia nak pemain bersungguh2 macam perlawanan betol. Sebab lawan pasukan bimbingan Mourinho kena ajar sikit tak boleh bagi muka. Kalau tak Mourinho kalau menang dia akan jaja buat modal sampai kiamat. Sebab kaki saiko memang gila cari reputasi nak bahan orang.

Dari perlawanan lepas beberapa pemain senior tak dapat bersama. Matip balik ke Melwood sebab cedera. Clyne pula balik sebab isteri baru beranak. Yang tak syok Keita sakit leher plak. Harap cedera Keita tak serius sebab kat tengah opsyen belum sedap Gandum belum cergas dan Hendo belum balik. Grujic dengar kata pun nak keluar. Harap Jones boleh kekal prestasi sebelum ni.

Lupa nak cakap Karius cedera juga. Sebelum goli baru baluk dari cuti Klopp terpaksa guna ubi muda, Kelleher dan Grabara. Tengok masa perlawanan sebelum ni mereka tak nampak cemas dan ada juga penyelamatan mantap. Ini bermakna Klopp ada plan dah sebelum nak jual Ward dan terkini Mignolet. Mungkin Keleher dan Grabara dah reti nak main cara sweeper dan lepas ni berguru dengsn Allison.

Masa permainan untuk Shaqiri masa lawan Menyu plak rasanya. Dia dah berlatih berhari2 sebab pulang awal dari Piala Dunia dan cuma cuti kejap. Kita nak tengok adakah Shaqiri dapat serasi dengan kawan2 penyerang. Kalau diikuti masa dia kat Stoke dan Swiss memang pasukan terlalu berharap kederat dia untuk buka ruang serangan sebab kreativit si Shaq ni. Harap kalau dia main nak tengok rembatan roket jarak jauh kedalam gawang Menyu.

Jul 26, 2018

PRA-MUSIM: MAN CITY 1-2 LIVERPOOL


Sempat juga usha siaran langsung sambil buat kerja pagi kemarin. Cuma tak dapat tengok penuh masa tu, bahaya takut kantoi. Balik rumah buka AstroGo malam tadi baru khatam sampai habis. Macam biasa keputusan tak mencerminkan keadaan sebenar bagi kedua2 pasukan. Sebab apa Man City hanya turunkan banyak ubi muda dan hanya Goli tua, Bravo dan pembelian baru mereka Mahrez yang turun.

Liverpool XI (1)
Karius Clyne Gomez Vdijk Robbo Fabinho Milner Gandum Jones Lallana Sturr

Bagi pasukan kita plak tak banyak perubahan kecuali kembalinya Mat Gandum yang pulih dari cedera bukan merajuk sebab posisi tercabar. Klopp letak kesebelasan awal agak pelik sikit. Bawah dan tengah ok, cuma serangan Mat Stur dibantu oleh Jones dan Lallana. Bukan formasi 433 rasanya mungkin lebih kepada 4231.

Oleh kerana separuh pertama main dengan formasi lebih padat kat tengah jadi City dan Liverpool hanya mampu main kejar2 bola dan buat hantaran mudah. City yang main formasi 352, lagi nampak semak sebab Pep baru nak cuba bereksperimen. Mahrez pun tak menonjol sangat. Diorang banyak main hantaran lintang. City punyai peluang paling bahaya tapi Karius berjaya jadi hero tepis bola dan Fabinho halang pemain City dari bola muntah.

Separuh pertama tamat dengan kebuntuan gol. Dan bermula separuh kedua pertukaran awal Kellehar, Klavan, Solanke dan Mane ganti Karius, Gomez, Woodburn, Sturr dan Lana. Baru permainan nampak semakin rancak sebab Mane memang bagi nampak tengah hidup. Dan rombakan terakhir memasukkan semua pemain simpan termasuk Mat Salah selepas City mendahului. Gol berpunca dari serang balas dan Sane berjaya merempit dari kanan dan menewaskan Goli muda kita.

Salah masuk terus permainan kita punya. Peluang cukup banyak dan City banyak berkampung. Salah hanya ambil masa beberapa minit dan tak sempai peluh dah berjaya menyamakan kedudukan. Hasil hantaran lintang Camacho ditanduk oleh Salah. Ada nampak macam kesalahan curi ayam, tapi pengadil buat dek. Pemain City tak ada peluang sebab takda VAR. Gol terakhir penalti sebab Solanke kena debik dalam kotak dan Mane jaringkan gol dalam masa tambahan.

Klopp mungkin hanya tanpa beberapa pemain utama macam Firmino, Hendo, TAA, Lovren dan goli baru Alisson. Tapi ikut prestasi pemain sedia ada banyak peningkatan. Mungkin pembayang kesebelasan lawan West Ham dah boleh agak. Klopp terpaksa bagi pemain sekarang kecergasan sebab pemain yang masih bercuti takkan sempat cergas sebelum pembukaan liga kot. Lepas ni lawan Setan Merah dan harap penampilan sulung Shaqiri plak.


Jul 25, 2018

PRA-MUSIM: MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

Manchester City vs Liverpool
⏰ :8:00 Pagi
🏟 : Stadium MetLife
📺 : Channel 817 & 836(HD) atau Live FB

Petang semalam Man City pon kena sauk dengan Dortmund. Sebab tu cakap pra-musim bukan ukuran kemenangan cuma nak basahkan peluh dan nak kenal rakan-rakan baru. Rakan terbaru Mat Shaqiri mungkin akan dapat penampilan sulung. Begitu juga Salah dan Mane yang dah ketar kaki nak sepak bola. 

Dalam itu juga kita dengar Klopp nak pancung beberapa pemain yang nampak tak boleh blah. Antara yang nampak ada potensi Origi, Ings, Migno dan juga Gandum. Bukan nak komplen banyak pasal pemain yang nak kena jual tapi pemain muda macam Camacho, Jones dan Philips serta goli muda Grabara mungkin akan diserap jadi simpanan sebab masa pra musim ni menonjol dari pemain lama.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails