Minggu lepas kita balun pasukan Burung Tekukur (WBA) dan minggu ini pula pasukan kita akan bertemu pasukan Itik Angsa atau nama dalam IC, Swansea City. Dah berkurun pasukan kita tak jumpa pasukan dari Wales ini. Tak silap dekat 20 tahun. Kenangan mereka dengan Liverpool tak banyak kerana pasukan mereka jatuh melingkup dan musim lepas nasib mereka baik kerana mempunyai pengurus yang berbakat dan bermain dengan corak yang boleh dikatakan agak sempoi bagi pasukan yang baru naik pangkat dari Liga Kejuaraan.
Bagi menghadapi pasukan cikai tapi ranggi macam Swansea, saya rasa Kenny bakal mengekalkan barisan minggu kepas. Bak kata Mat Rempit, "enjin yang dah setting baik jangan dikorek lagi" dan begitulah dengan pasukan kita yang bermain baik perlu dikekalkan kerana mereka dah saling faham memahami antara sesama rakan. Cuma yang perlu disuntik ialah kefahaman taktikal serta motivasi untuk menang.Ketiadaan Gerrard dan Carragher minggu lalu tak menjadi hal dan minggu ini juga saya rasa kita tak gusar dan lebih rela mereka rehat secukupnya.
Walaupun atas kertas pasukan kita memang ada can makan lauk Itik Angsa, TETAPI sejarah dua minggu lepas masa lawan Sang Kenari masih pedih dirasai. Konon boleh ratah rangup isi Kenari, tapi keras juga tentangan pasukan ceroi itu. Oleh itu saya dengan rendah diri takkan rasa pasukan kita boleh tibai mereka dengan banyak gol sangat. Paling banyak pun setakat 3 bijik dan pasukan kita mungkin akan bolos jika Swansea main macam lawan Bolton. Setuju atau tidak ayuh buat tekaan manatahu anda yang bertuah,