Sep 30, 2011

LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Hampir seminggu tak menulis entri tentang bola rasa tak sedap badan jadinya. Kali ini sempena perlawanan sengit kejiranan Merseyside, Liverpoolkita turut sama terasa bahang kehangatan yang selalunya berakhir dengan pelbagai kontroversi dan drama dalam padang. Selain lawan pasukan empat teratas, bila lawan Everton pasukan kita memang main tak ada lawak-lawak langsung. Sebab itulah tak sempoi jika salah satu pasukan tak dapat kad merah. Kad kuning kira perkara biasa.

Pasukan kita memang nampak santai untuk menang dengan Everton, tapi segalanya perlu kerja keras macam Man City lakukan minggu lepas. Everton cukup liat macam dodol raya yang aku baru telan pagi tadi masa dok gelidah saki-baki kueh raya. Liat tapi sedap dimakan,walaupun ada bau dan rasa lemau sikit. Perumpamaan itu amat cocok dengan cara mereka ikat Man City hinggalah terpaksa angkat bendera bila sekian lama dibuli oleh Man Citeh. Namun apa yang saya amat puji ialah Everton tak syok sendiri macam Bolton. Mereka lebih rela bertahan dan guna kesempatan serang balas daripada main terbuka dan risiko dibelasah menanti.

Bagaimana rasanya persiapan yang dilakukan oleh Kenny gamaknya. Mungkin akan mengekalkan kesebelasan minggu lalu atau mungkin menyesuaikan dengan corak Everton. Pada saya bagi menentang pasukan yang agresif, pemain kita juga bersedia dengan sepenuh kekuatan. Hendaknya Spearing digantikan dengan Adam, Kuyt dengan Henderson dan Bellamy dengan Carroll. 3 pemain tersebut memang sesuai kerana mereka lebih agresif dan tak takut nak bergasak dengan pemain Everton. Suarez saya rasa boleh jaga diri menghadapi Jalgieka dan Distin dan silap-silap boleh goreng mereka satu kuali.

Ramalan pakar (kaki judi) banyak letak Liverpool mungkin seri 1-1 dengan Everton. Hairan betul saya, padahal pasukan kita nampak lebih kemas dari segi individu. Namun dengan melihat perlawanan lalu yang bek kita tak kemas sangat dan asyik bocor, memang saya rasa nak menang mudah amat perit. Lagipun tabiat suka lepas peluang untuk buat gol amat merunsingkan. Apa pun jua dengan adunan taktik dan corak permaian positif saja pasukan kita dapat lembutkan dodol hangit macam Everton. Yakin boleh dan kita tengok sapa yang kena.





Sep 25, 2011

Dari kacamata aku...

Bagaimana anda semua melihat game menentang pasukan Serigala semalam. Reds memastikan kemenangan dengan jaringan 2-1. Laporan penuh perlawanan saya akan serahkan kepada En.Owner-Blog kerana mungkin pemerhatian beliau lebih tepat untuk perlawanan semalam kerana saya hanya melihat melalui ‘Link-stream p2p’ sahaja. Sangkut² & tak clear sangat. yang saya ingin kongsi adalah sikap supporter kita setelah kemenangan ini. Ada yang gembira. Ada yang tidak. Malahan ada juga yang masih memaki hamun sesetengah pemain termasuk King Kenny sendiri. Come on la. Banyak yang membezakan peminat dan juga supporter. Banyak kali dah rakan² senior lain tentang ini. Komen² yang saya perhatikan (paling banyak dalam Facebook.. sbb saya active di sini..) memandang dari sudut yang negative. Saya tidak mengatakan yang tidak ada langsung pendapat yang positive. Tetapi lebih banyak yang negative (Biasa la.. manusia mudah untuk mengkritik tapi susah sikit kalau nak memuji ni)
Di sini saya terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang prestasi para pemain REDS bagi perlawanan menentang pasukan bimbingan Uncle Mick McCarthy dari sudut negative dan positive(pada pandangan saya..)

Ayoh mulakan dengan pandangan ‘negative’ yang mungkin ada benarnya…

Kesebelasan utama – Pepe, Skrtel, Carra, Enrique, Kelly, Adam, Lucas, Downing, Hendo, Carroll, Suarez… Persoalan nya.. Kenapa tiada Bellamy, Kuyt, Coates, dan Stevie G dalam kesebelasan utama.. Mereka lebih berkemampuan untuk menjana serangan dan bersedia untuk perlawanan ini.. Kenapa masih lagi Carra sedangkan beliau banyak melakukan kesilapan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.. Coates lebih layak dan bersedia.. Kenapa masih lagi ada Hendo dan Carroll.. mereka sering mematikan corak permainan laju REDS.. Mereka masih belum bersedia.. Tidak layak lagi bermain sebagai kesebelasan utama REDS (sampai ada owner yang xder share suh jual plak..haha) Sepatutnya Bellamy dan Kuyt mendapat tempat.. Dan Stevie G juga sudah bersedia mengawal jentera serangan di tengah padang.. Lucas juga tidak diperlukan kerana bermain bukan dgn corak permainan REDS.. Menyusahkan.. Xder function..

Suarez Out ~ Stevie G in – Sampai suarez mengamuk sepak botol air la bila King Kenny mengeluarkan beliau.. sepatutnya Andy Carroll yang kena keluar.. xde function langsung.. badan berat.. Jangan sampai Luis Suarez hantar transfer request.. King Kenny jangan terlalu menjaga ego.. harus jaga hati Suarez..

British Player - Apa yang ada pada pemain dari British(Carroll, Hendo, Downing dan Adam barangkali).. Bukan zaman pemain British terbaik.. Pemain dari luar lebih baik.. jangan terlalu menjaga ego mempertahankan pemain British.. kerana ia tidak membawa ke mana pun..
Dari ini King Kenny harus lebih open dalam memilih pemain.. Janganlah lagi bereksperimentasi dengan pasukan kerana ini akan melenyapkan harapan untuk menjulang piala pada tahun ini.. REDS perlu menang semua perlawanan bagi mengembalikan zaman kegemilangan satu masa dahulu..

Mari kita melihat dari sudut perspektif yang lebih positive pula..

Kesebelasan utama – Kenapa Carra, Lucas, Hendo, dan Carroll… Kenapa tidak Coates, Stevie G, Kuyt dan Bellamy.. Mungkin.. Hanya mungkin kerana Carra diperlukan King Kenny sebagai seorang Leader di bahagian pertahanan dan juga di dalam skuadnya di atas padang dimana Stevie G masih belum cergas pada pandangan King Kenny.. Dan Coates memang tidak dinafikan antara pemain yang bakal menyerlah dalam kem Anfield.. namun beliau masih muda dan belum pasti boleh memimpin barisan belakang REDS.. Lucas pula di perlukan sebagai tukang sapu sebelum bola sampai di hadapan barisan pertahanan REDS.. Stevie G harus kita akui tidak akan sebaik Lucas untuk menggalas tugas ini kerana beliau lebih kepada tugas menyerang.. Carroll dan Hendo pada “pandangan positive” saya perlu berada di dalam kesebelasan utama adalah sebagai pendedahan berterusan King Kenny, agar mereka akan terus memperbaiki permainan kerana terdapat “something special” pada corak permainan mereka.. jadi King Kenny melihat mereka harus diturunkan agar mereka akan dapat mengeluarkan ke’special’an mereka itu.. Jadi “fans Bellamy dan Kuyt” tidak perlu risau kerana mereka masih di dalam perancangan King Kenny..

Suarez Out ~ Stevie G in – King Kenny mengeluarkan Suarez dan bukannya Andy Carroll adalah kerana King Kenny melihat yang Suarez telah kepenatan(di samping Suarez masih belum mendapat proper rest selepas Copa America).. dan King Kenny memerlukan beliau pada setiap perlawanan.. Saya melihat aksi Suarez tidak puas hati sebagai sesuatu yang bagus.. tidak pada pandangan negative.. kerana beliau ingin terus bermain kerana passion beliau dengan bolasepak.. dan ingin memenangi perlawanan untuk REDS.. di harap agar Suarez paham mengapa beliau dikeluarkan.. ini adalah kerana kami semua tidak mahu anda terlalu penat bagi mangharungi setiap perlawanan untuk pasukan.. Cukuplah dengan injury yang lain.. bukan anda.. Kenapa bukan Carroll dikeluarkan.. jawapannya seperti tadi.. Carroll perlukan lebih pendedahan.. bagi menjawab tentang transfer request tersangat mudah.. no one bigger than the REDS… nuff said..

British Player – Saya tidak melihat ini sebagai sesuatu yang tidak baik.. King Kenny memandang tinggi para pemainnya.. Bukan sekadar British player.. Jose Enrique & Lucas telah ‘memaku’ tempat mereka dalam pasukan.. tiada isu disini..

Come on guys.. Everything happened for a reason.. even Our Blood is REDS for a Big reason.. dah panjang sangat saya menulis entry ini.. Ini hanyalah pandangan saya sahaja.. jadi sama² lah kita berfikir untuk kebaikan kelab kesayangan kita ini.. tak salah berfikir yang negative tetapi harap nya berpada².. Cheers…

You’ll Never Walk Alone~~~

LIVERPOOL 2-1 WOLVES



Aku ingat nak tulis prebiu perlawanan. Tapi rakan penulis dah potong kat kona. hehee
sori semua aku semalam ada pertandingan 9 sebelah anjuran tempat kerja. Ku sangka boleh main gelak-gelak, tapi alahai pancit sampai tidor ternganga, nasib baik sempat pi kerja. Bising-bising apa.. menang pun nak bising. Kalau kalah kot la. Lawan tetap lawan. YNWA


szólj hozzá: Liverpool 2-1 Wolverhampton

Sep 23, 2011

LIVERPOOL LAWAN WOLVERHAMPTON




Musim lalu Wolves buat kejutan di Anfield dengan kemenangan 1-0. Siapa sangka yang pasukan kita boleh bungkus dengan pasukan corot digelanggang sendiri. Musim ini juga begitu siapa sangka kita boleh tewas kepada Stoke dan kena sayur dengan Spurs. Jadi saya tak suka nak letak harapan tinggi apabila menentang skuad keras kepala macam Serigala Oren ini.

Kembalinya Gerrard nampak macam kembalinya adiwira dari pertapaan. Harapan tinggi menggunung diletakkan diatas bahu kapten yang sentiasa berikan segalanya untuk kegemilangan pasukan. Saya yakin Gerrard sudah pulih, namun dia perlu dilepaskan berhati-hati kerana rekod kecederaan beliau mungkin berulang jika kederat beliau dikerah seperti musim sebelum ini.

Begitu juga dengan Kelly. Ketiadaan beliau telah memporak perandakan posisi bek kanan kerana Skrtel bukan bidan terjun yang mahir. Saya jadi takjub apabila lihat Kelly bermain lawan Brighton dan nampak permaian belaiu macam dia tak pernah cedera. Sememangnya dialah harapan tunggal kerana Johnson memang kerap cedera kebelakangan ini, manakala Flanagan yang meletop musim lepas kian merosot.

Macam saya coret dalam entri sebelum ini gandingan Suarez, Bellamy, Kuyt dan Maxi amat mantap. Tapi saya risau jika Kenny kembali gunakan formasi Carroll, Suarez, Downing dan Henderson pasti permainan tak selincah pagi kelmarin. Maxi mungkin boleh ditukar dengan Downing tapi kena kekalkan Kuyt disebelah kanan dari beri Henderson main. Henderson bukan pemain sayap tapi dia lebih efektif ditengah.

Bab Carroll agak komplek sikit. Dia bukan macam Torres yang lincah. Tapi cuma masalah mereka sama, ketandusan gol. Masalah kesangapan gol Torres ialah kerana otak beliau masih di Anfield, tapi masalah Carroll ialah beliau mungkin masih cedera dan masih pening nak sesuaikan corak pantas rakan serangan yakni Suarez. Kemasukan Bellamy bukan untuk menyekat peluang Carroll tapi sebenarnya jadi sifu kepada Carroll.

Situasi Adam dan Henderson agak mudah. Kalau ikut falsafah Shankly, pemain perlu tunjukkan bahawa mereka layak pakai baju merah jika mereka memang betul-betul layak. Buat masa ini prestasi Adam nampak kian tergugat bukan kerana kad merah, tapi tak klik lagi dengan corak gerak hantaran pantas tren Liverpool. Henderson pula tak perlu risau, dia dibeli untuk masa depan dan pelan-pelan belajar dari Sifu Gerrard.

Tak lengkap jika tak cerita pasal barisan belakang yang nampak banyak bolos musim ini. Carragher yang ambil alih tugas kapten memang terkenal dengan pemain bersemngat waja. Namun itu tidak cukup kerana hari-hari kehebatan beliau kian lama kian jauh. Kenny sendiri cakap Carragher jadi pilihan bukan kerana dia lagenda tapi dia masih ada isi dan masih hebat dok ada. Tapi bagi saya Kenny sendiri pening kepala nak cari pengganti ideal Carragher.

Coates nampaknya bakal main lawan Wolves jika saya ditempat Kenny. Sebab nampak sesuai untuk patahkan serangan Wolves yang banyak gunakan serangan udara. Tapi kita jangan lupa yang Skrtel yang hampeh sebagai bek kanan tapi bagus juga sebagai bek tengah. Dia mungkin pilihan jika pengalaman diambil kira. Harus diingat penyerang seperti Doyle dan Fletcher amat licik dan disini Skrtel mungkin punyai pengalaman hadapi mereka.

Kerja mudah di Anfield? Tak mungkin kecuali pemain bangkit dan main seperti lawan Bolton dan Arsenal sebelum ini. Jadi saya anggap kelebihan dilaman sendiri menanti kedatangan geng Serigala bukan sesuatu yang perlu dianggap remeh oleh pemain. Jadi saya rasa Liverpool mungkin boleh menang dengan margin yang rendah mungkin tak lebih dari 2 gol. Apa tanggapan anda semua? Setuju atau tidak sila kemukakan pandangan anda dengan meneka keputusan untuk minggu ini. Ayuh teka jangan tak teka.




Sep 22, 2011

LIVERPOOL 2-1 BRIGHTON



Perlawanan ini umpama pemanas badan untuk beberapa muka baru dan lama. Bellamy, Kuyt, Maxi adalah kuda tua yang menggalas harapan bahagian serangan untuk membantu Suarez. Lucas dan Spearing menjadi enjin tengah untuk menggerak serangan dan memecah serangan. Kelly dan Robinson menyerang dari bek sisi. Manakala Coates diberi lesen penuh bergandingan dengan Carragher untuk mengawal benteng sebelum bola sampai kepada Reina.

Walaupun keseluruhan perlawanan dibahagi dua fasa yakni separuh pertama Liverpool dan separuh kedua Brighton. Fasa Liverpool menampakkan keseluruhan permainan termagnet kearah Suarez namun Bellamy mencuri tumpuan dengan gol awal hasil gerak kerja sepasukan. Nampaknya Bellamy sudah bikin Kenny pening samada nak kembali pakai Carroll atau terus guna ayam katik Welsh itu.

Fasa kedua Brighton kembali menyengat dengan kemasukan Vicente bekas hero Valencia. Liverpool pula memberikan penampilan sulung buat Kapten Gerrard dengan ganti Suarez yang nampak penat. Kemasukan Gerrard ternyata buat tuah bila Kuyt menyudahkan hantara Maxi hasil gerakan serangan kilat yang dimulai Bellamy. Memang terbaik Bellamy malam ini dan Carrol pasti cuak.

Kesudahan mendebarkan apabila Brighton dihadiahkan penalti bila Carragher mencantas Vicente dalam kotak penalti. Ini akibat Spearing yang buat musibat terlepas bola apabila gagal mencuri bola dikaki Vicente. Ini tabiat yang buruk kerana pasukan kita amat terdedah dengan pemain yang lincah yang suka masuk dalam kotak. Saya harap ianya diperbaiki dengan perjumpaan dengan pasukan Seigala hujung minggu ini.


Gol Bellamy

szólj hozzá: Bha 0-11 Liv

Gol Kuyt

szólj hozzá: Bha 0-2 Liv

Sep 20, 2011

AGGER REHAT SEBULAN



Pihak perubatan Liverpoolfc memaklumkan bilik berita Liverpoolkita bahawa secara rasminya Daniel Agger akan berehat 4 minggu. Beliau mengalami keretakan tulang dada ketika perlawanan menentang Totenham baru-baru ini. Namun setiap musibah ada rahmat juga sebaliknya kerana peluang pemain baru dari Uruguay, Sebastian Coates untuk menunjukkan kebolehan. Selain Coates tempat Agger bakal diganti oleh Skrtel dan Kelly serta Wilson.

PIALA LIGA :LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON



Pusingan ke-4 Piala Liga mungkin medan untuk pemain kita naikkan kembali momentum akibat kekakalahan dengan Spurs. Kapten Gerrard mungkin akan diberikan masa bermain untuk mengembalikan kecergasan dan pemain yang rehat lama seperti Kuyt, Spearing, Maxi, Bellamy serta pemain muda seperti Shevley, Flanagan dan Robinson. Coates atau Wilson mungkin bakal bergandingan jika Kenny ingin Carragher berehat. Saya harap Doni dapat peluang jaga gawang kerana Pepe tak rehat langsung sejak awal musim.

Lawan kita nanti, Brighton diurus oleh bekas pemain Chelsea, yakni Gus Poyet. Ikut rekod mereka baru sahaja tewas dengan Leicester setelah 4 perlawanan tanpa kalah. Boleh tahan. Menurut youtube, gaya permainan Brighton tak seganas Spurs. Tapi mereka menggunakan taktik serang-balas dan bermain dengan pemain sayap yang pantas. Dari segi semangat nak menang, memang pasukan liga bawahan kalau boleh nak bagi kejutan dan mereka akan buat apa saja untuk menang.

Jadi bagi saya pasukan kita mungkin tak ada masalah nak menang jika boleh buli pasukan ini dari awal permainan. Kalau boleh mentaliti pemain kena set untuk menang bukan main sambil lewa. Diharap pemain tunjukkan permainan cantik terbaik walaupun Piala Liga tak gah sangat jikalau menang. Tapi dari tak ada langsung boleh lah juga pulun, namun jangan lebih-lebih kerana perhatian kena fokus kepada EPL lawan Wolves pula lepas itu.




Sep 19, 2011

"Mereka berhak menang"- King Kenny

Sememangnya King Kenny mungkin telah tersilap percaturan dan mungkin ada yg mengatakan pihak pengadilan terlalu berat sebelah.. 2 kad merah.. namun King Kenny mengambil pendekatan berbeza dengan memuji Spurs untuk kemenangan mereka...

"Kami menghormati Tottenham.. mereka bermula dengan baik dan bermain dengan sangat baik.."

Apabila disoal mengenai keputusan pengadilan, King Kenny menambah..

"Adalah lebih baik topik ini dibiarkan tanpa apa² komen dr saya kerana apa yang berlaku adalah dari prestasi hebat Tottenham.. tidak adil pada Harry Redknapp dan prestasi pasukannya pada hari ini.. jadi kami menghormati Tottenham. Kita tahu bahawa mereka bermain dengan baik dan kita tahu bahawa kita boleh melakukan lebih baik daripada itu..."

Tidak dinafikan bahawa kekalahan ini akan menyakiti lebih King Kenny daripada Lord Henry dan yg lain.. namun sikap yg dimiliki King Kenny, pasti akan memberi kesan yg baik pada semua.. we'll bounce back..

Tanpa mengira pengadilan keputusan, Spurs telah outplayed Liverpool seawal minit pertama, dan berhak untuk menang...

Saya akui terdapat banyak masalah untuk King Kenny selesaikan, tetapi biarkan King Kenny dan yg lain menyelesaikannya.. yg penting kita sbg penyokong haruslah sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bagi..Tambahan pula bg yg seperti saya; (Inginkan King Kenny kembali sebagai Manager...) adalah satu yg pelik jika kita sendiri yg mengutuk seseorang yg kita mahukan satu ketika dahulu bg menggantikan Uncle Woyy...

Liverpool kalah teruk.. ia merupakan satu hari yang dahsyat untuk kelab dan peminat.. Walau bagaimanapun.. di tengah-tengah kemurungan hati ini, Old Spirit of Liverpool bersinar kuat melalui King Kenny Dalglish... Ianya cukup baik bagi saya...

"At the end of the storm there's a golden sky..
and the sweet silver song of a lark.."

You'll never walk alone..!!!

Sep 18, 2011

LIVERPOOL 0-4 SPURS



Saya amat suka dengan kekalahan ini. Sebab apa, biar Kenny buka mata yang beliau bakal menerima implikasi lebih buruk jika membiarkan pemain yang lembab dalam pasukan. Adam, Carroll dan Skrtel dan juga Carragher telah membuatkan permainan pasukan kita nampak seperti kura-kura berlumba dengan arnab. Membiarkan Skrtel menjaga Bale, macam menunggu bala. Adam yang lebih muda dari Parker, tapi bila main nampak Parker pula 26 dan Adam 31. Nasib baik Gerrard dah pulih sementara Adam jalani penggantungan kad merah. Malah Spearing tak jadi masalah untuk jadi bidan terjun nanti.

Bab Carroll kalau saya bising nanti ramai marah. Mula dulu memang ramai yang teruja, tapi setelah nampak gaya permainan beliau yang tak bagus langsung bila kita nak main bola bawah dan pantas, saya rasa dia adalah pembelian yang bakal tak balik modal. KECUALI, Kenny dapat formula untuk kembalikan fizikal yang ideal untuk pemain renjong itu yang saya nampak macam fizikal pemain Ragbi sahaja. Keseluruhan permainan beliau malam ini nampak serba tak kena dan kurang klik dengan Suarez. Sepatutnya dia keluar lebih awal dengan digantikan Bellamy, tapi Kenny takut Suarez dapat kad merah macam Adam dan Skrtel.

Kesimpulan dari keseluruhan permainan kita malam ini amat membosankan, mengecewakan serta buat peminat meleleh air mata. Saya tak optimis macam peneka kita yang kebanyakan letak harapan yang tinggi kelangit, jadi tak berapa terkejut dengan keputusan yang memalukan ini. Namun Kenny kena buat sesuatu kerana bagi saya nak kejar Man U dan Man City adalah misi mustahil. Namun untuk cilok tempak ke-4 masih ada peluang namun bukan dengan mengharap tuah Suarez semata-mata. Semua pemain harus main sebaik mungkin macam lawan Arsenal tempohari. Biarkan 2 kekalahan lalu menjadi iktibar.

Sep 16, 2011

LIVERPOOL LAWAN SPURS



Sejak ketibaan Harry Redknapp ke Spurs, pasukan kita jadi badi dengan pasukan mereka. Setiap kali berkunjung ke White Hart Lane, saya cukup berdebar kerana pengurus mereka banyak akal sungguh dan punyai tangkal kuat untuk menewaskan kita. Saya anggap kali ini pasukan kita masih berpeluang menapau pasukan yang nampak goyah tapi masih punyai barisan yang agak kuat. Kemasukan Adebayor dan Parker adalah pelengkap pasukan setelah mereka menjual Crouch dan Palacious ke Stoke.

Kita masih kempunan untuk melihat Kapten Gerrard untuk beraksi untuk lawan Spurs kerana Kenny takkan lepaskan Stevie buat masa ini. Namun ada juga bunyi yang Gerrard mungkin bakal diletakkan dibangku simpanan dan ianya akan ditentukan sebelum senarai penuh dihantar. Saya tak rasa pasukan kita sangat terdesak perlukan Gerrard kerana kekalahan kepada Stoke bukan kerana pasukan kita sangat lemah, namun nasib tidak menyebelahi disamping faktor pengadilan juga dipertikaikan.

Satu cara untuk menewaskan Spurs adalah mudah. Pemain perlu fokus dan tidak mempersia-siakan peluang bila terhidang depan mata. Ingat pasukan seperti Spurs bukan macam Bolton yang lemah segala segi. Lagipun sekarang ni penjaga gawang bukaan lagi Gomes, tapi Freidel yang lebih konsisten dan masih hebat walaupun hampir 40 tahun. Bek mereka sangat agresif dan tak mudah disayurkan dan diayamkan. Bek kita pula harus berhati-hati dengan Adebayour yang amat berbahaya dan diharap Carragher tak buat pasal lagi.

Saya tak berani nak teka Liverpool menang atau Spurs menang, namun para peminat boleh buat tekaan kerana peraduan Teka Keputusan masih belum dimonopoli oleh sesiapa. Hadiah lumayan bakal menanti pemenang.









Sep 13, 2011

KOMEN YANG TERBAIK




Anonymous said...




baca ni, blog yg mnarik...moga2 pminat lfc dpt memahami...http://tomkinstimes.com/2011/09/kenny-dalglish-is-ruining-liverpool/







Anonymous said...




harap admin postkan isi blog di atas





Terima kasih Anon yang memberikan komen pada entri sebelum ini.

Saya anngap semua pembaca mengenali Paul Tomkins, seorang penulis/peminat Liverpool yang tersohor di alam siber. Malah artikel beliau acapkali masuk dalam kolumnis Liverpoolfc.tv . Saya akui banyak pandangan beliau saya cedok dalam blog ini dan kebanyakannya bernas dan mantap. Namun tak semua pandangan beliau saya akur dan setuju terutamanya ketika era Hodgson dahulu.

Dalam tajuk yang diutarakan oleh pengkomen entri sebelum ini, Dapat dirumuskan bahaya Paul sedang menghantam dengan nada sinis dua orang kolumnis tersohor dari dua akhbar terkemuka England yakni The Indipendant dan Guardian. . Russell Kempson dan Sachin Nakrani adaha otai dalam bidang kebolasepakan (konon), dan banyak menghantam Liverpool sebelum ini. Tulisan mereka kali ini senada dan seirama untuk menghantam Kenny Dalglish setelah pasukan kita tewas 0-1 kepada Stoke



Secara keseluruhan tulisan Tomkins banyak mengutarakan hujah untuk menangkis tulisan mereka dari segi perstasi pasukan kendalian Dalglish. Masalah remeh temeh yang patutnya tak dilayan oleh Otai macam Tomkins seperti jumlah kekalahan terkini dan kritikan pedas Kenny terhadap mutu pengadilan. Buang karen betoi tenaga dan minda Tomkin tulis benda macam tu, saya lebih suka artikel Tomkin mengenai hal dalaman yang banyak kita kurang didedahkan macam taktik dan prestasi individu pemain kita.





Namun saya agak terbakar juga dengan Mamat Tomkins ni. Dia memang hampeh. Adakah patut kena jadi pelanggan untuk baca cerita sempoi beliau dengan yuran £3.50 sebulan. Saya ingat dia dah jadi kaya dengan tulis benda pasal bola yang sama macam Liverpoolkita tulis. Tak patut betoi, nasib baiklah Liverpoolkita tak sezalim beliau, dengan bagi baca percuma.





Cuma harapan kepada peminat kalau nak buat kebajikan dan nak bantu blog ini nak cari dana untuk peraduan teka bola, sila klik iklan nufnang banyak-banyak. Bukan untuk poket sendiri tapi lagi banyak komisen masuk lagi kaw hadiah untuk juara peraduan nanti.










Sep 10, 2011

LIVERPOOL 0-1 STOKE



Kekalahan pertama dari pasukan ceroi yang bukan bermain bola tetapi ragbi amat memilukan. Sememangnya pasukan kita banyak juga kelemahan namun banyak juga peluang yang dipersia-siakan oleh pemain seperti bola Henderson dan Suarez. Pengadil yang tak adil adalah faktor pembantu kekalahan ini kerana pasukan kita hanya main bola dengan kaki dan kepala, tapi Stoke diberi kelonggaran untuk guna tangan dalam kotak penalti sesuka hati. Carragher tak patut dipersalahkan atas insiden penalti itu kerana dia memang tak mampu nak hadapi pemain muda yang lebih pantas dan bertenaga macam Walters. Saya ingat Coates amat perlu diserapkan sikit demi sedikit kerana Carragher dah macam sasaran lawan. Namun yang pasti kemasukan Bellamy nampak berikan impak diakhir perlawanan. Harap lawan Spurs nanti dengan adanya kapten Gerrard dalam pasukan pasukan kita kembali bangkit.


szólj hozzá: S1-0L

Sep 9, 2011

LIVERPOOL LAWAN STOKE CITY



Sebaik sahaja habis latihan khidmat Negara bersama negara masing-masing, hampir kesemua pemain Liverpool pulang sihat wal-afiat kecuali Charlie Adam. Yang pelik kali ini Agger masih utuh dan ampuh padahal rekod menunjukkan pemain ini akan benjol sana benjol sini jika main banyak perlawanan berturut-turut. Bebalik kepada Adam, walaupun perkhabaran lalu mengatakan beliau tak main ketika Scotland menang dengan Lithuania tempohari, tapi saya diSMS oleh Steve Clarke yang bagitahu Adam pasti main untuk lawan Stoke nanti.

Antara pemain kita paling menyengat dan tak disengat pemain lawan ialah Downing. Dalam 2 perlawanan bersama Skuad Tiga Singa, dia paling menonjol dan terbabit dalam semua aspek serangan dan juga kretiviti England. Saya yakin beliau akan main separuh masa tak pasti masuk awal atau masuk selepas permainan untuk lawan Stoke nanti. Walaupun begitu jika Kenny terdesak dan tidak yakin dengan pemain sayap lain seperti Maxi atau belum mahu menurunkan Bellamy sebagai alternative Downing, saya harap Downing akan main penuh dan dia adalah kunci untuk membuka benteng Stoke yang kebal.

Suarez juga bagi saya adalah pemain yang bakal menjadi perhatian ramai terutamanya bek Stoke yang gemar bermain ragbi dari bermain bola sebenar. Rempuhan dan terjahan, eh maksud saya belaian manja dari bek Stoke yang diketuai Shawcross pasti akan menjadi igauan ngeri kepada Suarez. Saya pasti pemain Stoke tidak lupa akan Tragedi Januari yang memberikan nostalgia hitam kepada mereka kerana Suarez telah menjaringkan gol sulung dalam penampilan sulung (debut goal). Impak Suarez ternyata tidak dipandang remeh lagi oleh Tony Pulis dan akan memastikan 11 orang pemainnya membentes Suarez bila ada peluang.

Bek kanan adalah dalam situasi sulit setakat ini kerana Kelly masih belum capai tahap kecergasan untuk diletakkan sebagai kesebelasan utama minggu ini. Tinggal Falangan , Skrtel atau Carragher yang boleh jadi diletakkan dalam posisi itu. Bagi saya berkemungkinan besar Skrtel bakal diletakkan disebelah kanan berbanding Flano atau Carra. Aksi mantap dan berkesan serta sumbangan gol ketika lawan Bolton sebelum ini adalah cop mohor tak rasmi untuk mengesahkan peluang beliau. Itupun jika Kenny tidak merubah formasi 4-2-2. Jika dalam formasi lawan Stoke sebelum ini, 3-5-2, saya yakin Agger, Carra dan Skrtel akan diturunkan serentak dan bek berSayap (Wingback) akan digunakan dan Flanagan adalah calon sesuai.

Posisi lain tak jadi masalah dan saya rasa kita bakal melihat pemain kita mendominasi perlawanan, TETAPI bergantung tanda aras yang amat komplek yakni Andy Carroll. Jika Carroll mengamok dan memberikan pulangan buah keras kepada pengkritik beliau dengan memberikan persembahan luar jangka, tak mustahil Liverpool akan gah mengayamkan pasukan kebal dan bebal macam Stoke City yang begitu gah di kubu Brittania. Namun jika sebaliknya, saya masih yakin kita juga mampu berbuat sesuatu dibarisan depan dengan kembalinya bonzer yang suka pukul orang dengan kayu golf yakni Bellamy. Harap dia boleh diberikan penghormatan jika Carroll tidak mampu celen bek Stoke .

Peraduan Teka bola masih belum dimonopoli oleh sesiapa kerana cuma ada 5 peneka yang berjaya meneka tepat, itupun sekadar mengumpul 3 mata setiap seorang. Ayuh perjalanan masih jauh. 35 perlawanan masih berbaki. Kita lihat siapa yang kena.

Sep 6, 2011

CAPELLO BAGI AMARAN



Mungkin betul cakap Capello yang Carroll perlu jauhkan diri dari suka mabuk. Impak mental dan fizikal akan membuatkan pemain yang dikatakan punyai masa depan yang cerah bagi Liverpool dan England mungkin tak kemana. Tengok permainan Carroll musim ini berbanding ketika beliau di Newcastle dulu, memang jauh berubah. Dari seorang pemain penyerang yang lincah, walaupun tinggi lampai namun sekarang nampak berat sangat pergerakan beliau. Ditambah pula nampak tersangat berisi sesiapa lihat pun pasti akur yang Carroll perlu kurangkan berat badan.

Bagi Liverpool pula, memang bersyukur jika Capello kurang berminat ambil Carroll dalam skuad England. Namun jika lihat untuk pembangunan modal insan buat Carroll tenyata ianya akan memberikan impak negetif kerana pemilihan kedalam pasukan kebangsaan bermakna pemain itu memang tengah menjadi dan konsisten. Walaupun benar Capello bergantung harapan dengan sistem 4231 dengan Rooney sebagai penyerang tunggal, namun amat rugi jika Rooney cedera dan Carroll tidak jadi pengganti beliau.

Tersangat mengharap Dalglish dapat membimbing Carroll dan memberi nasihat supaya menjauhi air kencing setan itu. Contoh terbaik pemain yang berbakat tapi suka mabuk hingga menjejaskan karier bolasepak ialah Paul Cascoigne atau panggilan mesra sebagai Gazza. Pemain satu kampung dengan Carroll itu (Kg Gateshead) memang berbakat dan hampir jadi pemain Liverpool namun kerana tabiat kaki minum dan sikap panas baran membuatkan beliau tak konsisten dimana sahaja beliau bermain samada di England, Scotland atau Itali. Jadi kita tak mahu kisah Abang Gazza terjadi kepada adik Carroll.

SKUAD LENGKAP MUSIM INI

Sep 4, 2011

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA



Banyak pemain Liverpool terbabit dalam arena antarabangsa kelmarin. Samada dalam pusingan kelayan EURO2012 atau perlawanan persahatan. Namun syukur semua pemain pulang sihat wal-afiat dan nampak bersemangat. Mari kita ushar siapa yang terbabit dan bagaimana prestasi dan keputusan melibatkan negara yang diwakili mereka.

Bulgaria 0-3 England
Stewart Downing bermain penuh 90 minit manakala Andy Carroll hanya panaskan bangku simpanan. Downing hampir .Gol England dijaringkan oleh Wayne Rooney 2 biji dan sebiji oleh Gary Cahill. Nampaknya duit jual Meireles boleh simpan untuk kegunaan januari ini buat beli Cahill yang pasti meletop tak lama lagi.

Belanda 11-0 San Marino
Hanya Dirk Kuyt wakil tunggal Liverpool kerana memang dah tak ada lagi pemain Belanda dalam skuad kita. Kuyt masok minit ke 74 namun sempat boh sebiji dan bantu gol dua kali. Memang Belanda pon macam Liverpool, sebab Kuyt memang berguna dan beri komitmen terbaik walaupun masuk sebagai pemain gantian.

Wales 0-0 Montenegro
Pemain baru Craig Bellamy mewakili skuad Naga Wales dan menjadi kapten setelah persaraan Giggs. Bermain disebelah sayap kiri juga ganti tempat Giggs permian beliau memberangsangkan namun kad kuning menyebabkan dia bakal digantung satu perlawanan untuk menentang England nanti.

Republik Ireland 0-0 Slovakia
Skrtel main sepenuh masa dalam perlawanan yang berkesudahan 0-0. Walaupun bermain ditempat lawan namun kekentalan skuad Slovak ini membuatkan pasukan mereka ada peluang cerah ke kejohanan EURO2012 nanti. Mungkin beliau akan buat Kenny pening kepala sebab tak tahu nak pilih antara Carragher, Agger dan Skrtel dan ditambah pula Coates.

Scotland 2-2 Republik Czech
Charlie Adam main tak sepenuh masa namun beliau dikeluarkan ketika perlawanan nampak macam dah dimenangi oleh Scotland yang mendahului 2-1. Memang nasib tak baik dan malang buat pasukan Scotland. Pengadil kayu beri penalti saat akhir perlawanan kerana Danny Wilson dikatakan menjatuhkan pemain Czech dalam kotak penalti padahal ulang tayang sememangnya pemain Czech sengaja jatuhkan badan. Harapan Scotland untuk ke UERO2012 nampak macam kelabu asap.

Uruguay 3-2 Ukraine
Walaupun sekadar perlawanan persahabatan ,Suarez bermain sampai wisel penamat dan merupakan tunjang kemenangan bagi pasukan juara Copa Amerika itu. Bek baru kita Coates hanya masuk selepas 73 minit menggantikan Godin. Dah tak sabar untuk lihat aksi Coates namun agak sukar pemain baru dari persekitaran bolasepak yang berlainan untuk diberikan tempat bermain dalam pasukan yang memburu kelompok terbaik Liga Perdana.

Chile 2-3 Sepanyol
Oleh kerana Jose Enrque masih belum mendapat tempat dihati jurulatih Sepanyol lagi, maka hanya Pepe Reina sebagi wakil tunggal Liverpool dalam skuad Matador itu. Reina masuk menggantikan Cassilas yang telah bocor 2 kali. Namun kemasukan Pepe macam bawa tuah dan aura apabila Sepanyol bangkit dan menang 3-2 dalam perlawana yang penuh insiden. Nampak gayanya peluang Pepe untuk jadi goli no wahid Sepanyol masih terbuka, namun kena doa supaya Cassilas buat kamjad lagi selepas ini.

Sep 3, 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI



Nampak macam tema politik, namun itulah luahan hati Craig Bellamy setelah diberi peluang kedua ke Anfield. Perjuangan beliau untuk membantu Liverpool menjadi pasukan terhebat semasa era Benitez lunyai separuh jalan. Salah satu asbab beliau disingkirkan adalah sikap dan perangai samseng tak bertempat. Insiden membalun Riise dengan batang golf musim terakhir beliau di Anfield takkan dilupa oleh peminat bolasepak semua.

Rafa tiada jalan lain dengan menjual Bellamy ke West Ham. Penjualan ini semamangnya salah satu asbab juga kerana mana nak sumbat beliau dalam pasukan setelah pembelian penyerang tak berapa hebat Sepanyol, Fernando Torres. Kemasukan Torres macam bawa sial kepada Liverpool hingga kesangapan piala selepas itu. Masa Bellamy dulu dapat jugak Piala Sumbangsih dan naib juara Juara-Juara Eropah.

Kini kembalinya Bellamy bukan sebagai watak utama. Beliau seakan watak sampingan , namun bukan pak pacak macam Ngog dalam skuad kita. Kemasukan beliau sebagai pengganti Ngog memang dialu-alukan kerana beliau memang sudah masak dan banyak makan asam garam dalam Liga Perdana Inggeris. Kelebihan itu memang satu keperluan utama kerana berjanggut nak tunggu Ngog mengelupas jadi Theirry Henry.

Jika pasukan terbaik lain punyai 4 penyerang utama, pasukan kita musim ini apa kurangnya dengan gandingan Suarez, Carroll, Kuyt dan Bellamy. Kesemua pemain mempunyai personaliti dan karektor yang berbeza disamping kebolehan dan kehebatan masing-masing. Cuma saya harap kesemua rakan pembaca jangan terlalu menaruh harapan yang tinggi kepada Bellamy supaya jadi macam Ole Solkjaer di Man U. Saya yakin dia akan beri sumbangan, paling tidak 6-7 gol dan pembantu gol sebiji dua.

Sep 2, 2011

ULANGTAHUN SHANKLY



Kalau orang tua itu masih hidup, dia dah berumur 98 tahun. 30 tahun selepas pemergian beliau jasa beliau masih diingati sebagai bapa revolusi Liverpool. Nak tulis banyak pun tak perlu sebab fakta dan anekdot bayak ditulis dalam memoir beliau. Cuma satu yang saya harap Kenny akan mengembalikan kembali era kegemilangan 60, 70 dan 80an dan bakal diingati sebagai Bapa Revolusi ke-2 selepas Shankly.

Pencapaian:

Divisyen 1
Juara: 1963–64, 1965–66, 1972–73

Divisyen 2
Juara: 1961–62

Piala FA
Juara: 1965, 1974

Piala UEFA
Juara: 1973

FA Perisai Kebajikan
Juara: 1966, 1974
Kongsi: 1964, 1965

1973 Pengurus Terbaik Tahun Inggeris

REMAJA LIVERPOOL MANTAPKAN ENGLAND



England U21 6 Azerbaijan U21 0

England U21 (4-2-3-1):
Butland 7: Flanagan 6, Caulker 6, Dawson 7, Briggs 7: Rodwell 6, Henderson 7: Oxlade-Chamberlain 7 (Shelvey 79min), Lansbury 8, Delfouneso 6 (Sordell 69, 6): Wickham 6 (Waghorn 69, 7).

Penjaring Gol:
Dawson 5, 89, Lansbury 21, 73, Henderson 45, Waghorn 80.

Denda: Flanagan, Shelvey.
Penonton: 7,738.

Nasib baik Kelly cedera, kalau tak mesti jadi 4 wakil Liverpool dalam skuad Stuart Pearce England bawah 21. Masa depan Liverpool bakal cerah dengan perkembangan ini. Itu belum masuk skuad pemain bawah 19 tahun seperti Sterling, Coady, Morgan, Wisdom dan Robinson lagi. Musim ini 3 pemain yang terbabit dalam Skuad b-21 itu bakal mendapat peluang untuk bermain samada sebagai gantian atau sepenuh masa kerana tahap kematangan mereka telah teruji awal musim ini.





Henderson kapten bawah 21 England, telah jadikan sayap kanan Liverpool posisi beliau masakini dan membuatkan Kuyt berada disimpanan. Namun akibat penjualan Aquilani, Cole, Meireles dan Poulsen peluang beliau untuk bermain diposisi kegemaran ditengah bersama Lucas dan Adam pasti cerah. Begitu juga dengan Shevley yang mula-mulanya ada niat akan dipinjam keluar. Tapi perancangan dasar Kenny yang mahukan pemain muda dibangku simpanan membuatkan Jonjo bakal diberi peluang beraksi musim ini.




Flanagan merupakan kejutan bagi saya. Tak sangka beliau telah diberi kepercayaan untuk menggantikan Kyle Walker sebagai bek kanan utama. Kalau ikut prestasi yang kurang memberansangkan awal musim ini saya rasa dia tak punyai peluang cerah. Tapi mungkin jurulatih England lebih arif dan bijak memotivasikan pemain muda kita itu. Diharap Flano akan lebih berusaha setelah keras untuk menjadi bek kanan utama kita masa depan.

Sep 1, 2011

TINGGKAP DAH DIKUNCI



Segala aktiviti perpindahan membabitkan kesemua pasukan Liga Perdana Inggeris telah tamat pukul 12 tengah malam waktu UK. Pejabat Liverpool juga amat sibuk dengan aktiviti jual-beli, walaupun banyak aktiviti penjualan berbanding pembelian. Pembelian percuma bekas hero Kop, Craig Bellamy sememangnya dah jadi bualan mulut sekitar Merseyside, namun segalanya terjawab semalam apabila Bellamy datang sendiri dengan Helikopter ke Melwood untuk menjalani periksa perubatan.

Pemain 32 tahun itu telah menandatangai kontrak 2 tahun dengan gaji dirahsiakan. Ini adalah pembelian jangka pendek untuk menguatkan jentera serangan yang hanya diwakili oleh Suarez dan Carroll setelah Ngog dijual ke Bolton. Ya, Boton telah berjaya mendapatkan bakal "Theiry Henry" dengan bayaran 4 juta Pound. Kita berjaya membuang pemain yang tak nampak masa depan dan menggantikan dengan penyerang berkaliber dan berpengalaman. Itu satu langkah bijak.

Alngkah sedihnya apabila Meireles telah meminta perpindahan ke Chelsea dan Liverpool terpaksa menjual pemain yang dibeli oleh Hodgson. Walaupun berjaya membuat untung dengan menjual dengan harga 12 juta pound, kehilangan beliau amat dirasai kerana Chelsea berjaya mendapatkan pemain terbaik kita musim lalu dan masih berbisa musim ini. Lain-lain seperti Joe Cole ke Lille dan Christian Poulsen ke Evian tak menjadi kudis kepada walaupun skuad kita makin mengecil. Pemain seperti Coady dan Jonjo bakal menjadi tonggak simpanan kita musim ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails