Apr 30, 2016

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Kalau ada yang salahkan Klopp sebab tak turunkan Sturridge hingga tewas 0-1 kepada Villareal, saya rasa orang itu banyak sangat baca tulisan pengulas yang suka cari publisiti. Klopp bukan bangang seperti yang kita sangka. Pembacaan taktikal beliau memang bagus bila lawan Villareal. Turunkan penyerang terbaik di El Madrigal kubu kuat memang boleh berikan poetensi gol, tetapi corak Villareal yang agresif memungkin boleh KO kan Sturridge yang masih lagi dalam proses mencapai kecergasan permainan.

Lagipun dia hanya ada Sturridge penyerang harapan setelah Origi cedera. Nak harap Benteke, kirim salam lah, pemalas nak mampus. Klopp hanya mahukan Sturridge 100 peratus cergas untuk di Anfield, untuk main sampai mampus, 90 minit, atau 120 minit sehingga penalti mungkin. Tak kisahlah Sturridge sendiri nak mengomel tak diberikan peluang, tapi kalau saya dipihak Klopp, biarlah mamat tu merungut, kalau jadi apa-apa silap haribulan Klopp juga yang dipersalahkan.

Ward
Randall Skrtel Caulker Smith
Stewart Lucas Milner 
Ojo Benteke Ibe 

OK, kalau begitu mungkin kesebelasan yang diturunkan terdiri dari pemain simpanan dan pemain muda. Klopp mungkin akan simpan yang terbaik untuk Piala Europa di Anfield. Jadi ianya mungkin akan berikan kelebihan kepada Swansea atas kertas. Kita harap pemain yang diturunkan berikan persembahan yang terbaik, walaupun mereka dah dilabel gred kedua. Sebenarnya pemain harus faham, inilah peluang kepada mereka tak kiralah pemain tua atau muda untuk tunjukkan kebolehan, samada dapat peluang lagi atau kalau main hampeh faham-fahamlah ke mana nak pergi musim depan.

Apr 29, 2016

PIALA EUROPA SEPARUH AKHIR : LIVERPOOL 0-1 VILLAREAL



Tak banyak nak diperkatakan mengenai perlawanan dengan Villareal. Gelaran "Leicester La Liga" amat padan dengan mereka. Taktikal sama, 4-4-2 dan corak permainan yang bertahan dulu menyerang kemudian amat memeritkan pemain kita. Bukan nak kata mereka main hebat, tetapi efektif dengan lawan seperti kita. Ada juga peluang dari Allen, Firmino dan Moreno, namun apakan daya penyudah tumpul memang dalam keadaan peluang tak banyak, memang antara faktor pulang hampa tanpa mata di El-Madrigal.

Villareal bukan juga tak ada peluang, walaupun mereka juga buntu nak lepas pertahanan kita. Memang bek dan goli terbaik. Apatah lagi Mignolet yang berjaya menepis peluang yang wajib gol, oleh Bakambu. Aksi beliau nak dapatkan tanpa bolos, hampa apila Villareal pada saat akhir waktu kecederaan dapat gol berpunca serang balas, hantaran jauh melangkaui kawasan jagaan Moreno dan Denis Suarez membotol Toure dan meletekan bola kepada Adrian Lopez untuk gol yang menyakitkan hati sekalian peminat Liverpool.

Namun dengan keyakinan Klopp saya yakin pasukan Kapal Selam Kuning takkan diberikan layanan mesra di Anfield. Sturridge yang disimpan nanti mesti wajib diturunkan. Ternyata Firmino tak mampu nak membolosi pertahanan Villareal, kerana taktikal Villareal yang meng"KO"kan pergerakan beliau. Kita mahu semangat yang ditunjukkan semasa lawan Dortmund di Anfield sekali lagi ditunjukkan. Sementara itu, harap simpan pemain utama dari main dalam Liga mementang Swansea. Pastikan mereka cergas bersedia untuk separuh kedua nanti.

Apr 27, 2016

PIALA EUROPA SEPARUH AKHIR : LIVERPOOL LAWAN VILLAREAL



Saya tengok dalam youtube, perlawanan Villareal dengan Leverkusen dalam kedua-dua aksi dirumah dan tempat lawan. Kekuatan Villareal memang nampak gah sebab mereka main ala-ala Leicester. Stendet 4-4-2, bertahan dengan disiplin dan banyak dapat peluang melalui serang-balas. Tapi yang perlu diperhatikan bila serang-balas, mereka memang cekap dan tuntas melunaskan peluang tak pun boleh kasi jantung kita nak terkeluar dengan aksi mereka.

Penyerang mereka Bakambu dan Soldado bekas Spurs nampak pantas dan agresif selalu kacau pertahanan lawan. Maknanya Bek sisi kena sedia diposisi selalu jika nak selamat dari kena botol. Mereka bukan senang nak kena buli walaupun dengan pasukan segah Barcelona atau Real Madrid. Maka untuk perlawanan nanti saya harap Clyne dan Moreno jangan terlalu asyik nak keatas, pastikan main selamat dulu. Pemain tengah kena yang jenis bijak macam Lucas sebab pemain tengah Villareal jenis robus.

Mignolet
Clyne Toure Lovren Moreno
Lucas Allen
Firmino Lallana Coutinho
Sturridge

Walaupun ketiadaan Origi, Sturridge rasanya kena berhati-hati dengan pertahanan kamikaze Villareal. Takut tak sempat nak main di Anfield. Cuma rasanya Liverpool bakal main macam kat BVB cuba dapatkan gol sebanyak mungkin tetapi dengan Villareal yang banyak akal, sebiji pun dah kira puashati. Bukan cakap nak terlalu respek dengan tuan rumah, tetapi keputusan dengan Leverkusen yang bagi saya pasukan feberet dalam pusingan sebelum ini, Villareal memang pailang. Mereka boleh buat kejutan dan Klopp kena bersedia untuk itu.

Apr 26, 2016

KEADILAN UNTUK MANGSA HILLSBOROUGH 1989


Keadilan untuk mangsa tragedi Hillsborough pada 1989 dianggap selesai. Lembaga Siasatan telah mengesahkan seramai 96 mangsa, terbunuh disebabkan kelalaian pihak Polis South Yorkshire.

Berikut ini adalah beberapa penemuan pasukan inkues fakta tragedi Hillsborough:


- Dari awal, Polisi South Yorkshire berusaha untuk lari dari tanggung jawab dan menyalahkan peminat Liverpool

- Operasi menanganani insiden besar tidak dilaksanakan dan terdapat kegagalan dalam menangani bencana.

- Ketua Polis South Yorkshire, Peter Wright, dan anak buahnya, dengan bantuan pejabat daerah setempat, Tony Irvine Patrick, berusaha untuk menutup kegagalan tersebut, menceritakan kepada media bahwa peminat yang mabuk, tanpa tiket, dan adanya kekerasan yang harus disalahkan dalam tragedi Hillsborough.

- Pasukan Polis mengaku bahwa para peminat telah merencanakan untuk sengaja datang lambat ke stadium. Namun tidak ada laporan dan bukti tentang hal ini.

- Tidak ada bukti yang kuat yang menyatakan bahwa para peminat mencuri barang-barang orang-orang yang mati dan cedera.

- Sebaliknya, menurut pasukan pencari fakta, sebagian besar peminat berada di padang untuk membantu dan menyelamatkan serta memindahkan korban yang terluka dan meninggal.

- Tidak adanya bukti bahwa adanya peminat yang mabuk yang membuat kacau dalam peristiwa tersebut.

- Laporan menyebutkan bahwa ada sekitar 164 laporan polis yang diubah, 116 dari mereka menarik laporan 'yang tidak menguntungkan pihak polis' ketika peristiwa tersebut berlangsung.

- Dokumen laporan aktiviti Ambulan South Yorkshire juga mengalami perubahan

- Dijumpai laporan yang berbunyi bahwa ada insiden untuk menyerang reputasi individu yang meninggal dengan memeriksa komputer rangkain Polis pusat dan melihat apakah ada diantara korban yang telah minum minuman keras

- Kadar alkohol juga diuji kepada para korban yang selamat maupun yang meninggal. Namun tidak ada catatan yang disimpan dari tes dan hasil tes nya dalam catatan medis korban.

- Dalam dokumen inkues tersebut juga menyebutkan sepatutnya penundaan perlawanan dalam menangani darurat ketika beberapa orang terhimpit hingga terbunuh.

- 41 dari jumlah 96 peminat yang meninggal dinyatakan "Memiliki potensi untuk dapat bertahan hidup" pasukan panel menyatakan ada jumlah 41 korban yang masih hidup sehingga pukul 3.15 petang, atau pada saat pasukan koroner pulang kerja.



Apr 25, 2016

KES DADAH SAKHO

Kredit goal.com


Ujian air kencing sampel A, Sakho diambil pada perlawanan Piala Europa, ketika seri 1-1 dengan Menyu. Keputusan positif atau erti kata lain kantoi. Setelah diambil keterangan Sakho mengaku ambil Pil Bakar Lemak. Sebab yang dia mengaku ambil kerna disisihkan Brendan awal musim sebab gemuk (?). Itu kenyataan beliau bila disoal-siat oleh UEFA sejurus keputusan keluar. Pihak Liverpool telah ambil keputusan merehatkan Sakho, walaupun pihak UEFA atau FA Inggeris tak suruh pun. Ini kerana pengurusan tak mahu jika Sakho main takut boleh jadi pertiakaian.

Untuk sedia maklum, kes ambil ubat yang terlarang pernah terjadi kepada Kolo Toure ketika di Man City sebab ambil Ubat Diet bini dia. Nasib baik Kolo kena setakat 6, bulan. Jadi jika terbukti Sakho kantoi bila sampel B yang bakal di hantar kepada UEFA kelak, denda yang tinggi serta penggantungan hingga 4 tahun mungkin akan dikenakan. Jika keputusan keluar, Sakho masih boleh buat rayuan kepada lembaga rayuan UEFA, dan boleh mintak pengurangan denda dan penggantungan.

Sepatutnya sebagai pemain Profesional benda macam ni boleh dielakkan. Kelab dah bagitahu nak ambil ubat apa-apa pun kena pergi jumpa doktor kelab. Alah macam kita nak beli ubat, sepatutnya nak makan walaupun Panadol bukan boleh main hentam makan, kalau tak kena aturan kesan sampingan banyak, kerosakan buah pinggang, ulser usus dan macam-macam. Ini tak sikit-sikit pening , Panadol. Batuk sikit, Breacol  dan sakit urat sikit kedarah Piriton. Nasihat pakar kadang-kala dapat menyelamatkan kita dari bahaya. Macam kes Sakho, dia buat kesilapan yang besar kesannya dari segi karier beliau.

Kadang-kala benda dadah dalam sukan juga berlaku sekeliling kita. Teringat saya masa kat kampung masa pertandingan terbuka 7 sebelah. Selamba katak saja, ada sesetengah pekena sebalut ganja sebelum perlawanan. Ada juga yang kena cengkoroi (air ketum ++) dan paling biasa air Coke campur panadol. Main punya tak hingat donia. Padahal kita macam nak mampus, penat kemain. Nasib baik tak ada ujian UEFA, kalau tak pemenang kejohanan masa tu dah kena tarik Piala. Kami yang main bersih patut dapat medal kot.

Bagi saya, jika Sakho bersalah atau tidak, nama beliau dah tercemar. Prestasi beliau yang mantap akan jadi buah mulut peminat lawan yang pasukan kita menang sebab pemain isap dadah. Ketiadaan Sakho setakat ini memang terasa, masa lawan Newcastle dah nampak betapa impak Sakho jadikan Moreno cemerlang. Calon pengganti Sakho untuk Piala Europa ramai sebab kita masih ada Toure, Skrtel, Caulker dan Lllori. Tapi nak sama macam beliau susah nak cakap. Toure asyik krem, Skrtel nampak kian merapu, Caulker cergas tapi ntah apsal tak dapat tenpat dan Llori takut sebab kurang pengalaman. Apa pun harap Klopp tahu apa yang terbaik bagi tangani krisis ini.


Apr 24, 2016

LIVERPOOL 2-2 NEWCASTLE


Orang lain punya main berpeluh-peluh 90 minit lebih. Mamat ni selamba lepas 2 gol. Gol bolos pertama memang silap Mignolet, serbu bola lintang padahal memang jauh dari jangkauan. Ternyata Mignolet kembali mengingatkan kita bahawa dia bukan solusi penjaga gawang musim depan. Kita bagi contoh Menyu, bila ada goli hebat cam De Gea, permainan hancur pun boleh menang sebab tak beri gol mudah pada lawan sebab mereka tahu mereka memang tahik depan gol.

Kebijaksanaan Rafa tak siapa boleh pertikai. Dia tahu pemain tengah dia memang tak mampu nak kontrol bola nak lepas Allen, Stewart dan Milner. Dia main mudah separuh masa, buat hantaran jauh cari pemain sayap untuk gunakan kelemahan Liverpool bola lintang. Bukan nak cakap pemain mereka bijak sangat, tetapi bila dapat kata-kata semangat dari Taktikal Guru yang hebat macam Rafa, semangat perjuangan membuak-buak.

Kadangkala keputusan camni berlaku bila pemain sendiri tarik brek awal sangat. Macam pandang rendah kat  Newcastle pun ada. Separuh kedua hampir majoriti pemain macam dah puas-hati 2-0. Bila naik serang, nak turun berat jubur nak bantu pemain bawah. Klopp patut masukkan Lucas dan Ojo lebih awal dan gantikan Milner dan Firmino sebab mereka main macam tak cukup oksigen. Ditambah pula dengan keputusan pengadil yang pejam mata nak bagi penalti kat Sturridge.

Apa pun fokus kepada Villareal sebab nak pulun tangga ke-4, memang dah tak ada harapan.  Harap Sakho bebas dari tuduhan ambil dadah. Sebab Mignolet yang patut kena cek air kencing, takut dia yang ambil dadah, sebab sepanjang musim ni main sebegitu lalok sungguh. Tentah-entah Ian Ayre pun hisap dadah juga sebab lanjutkan kontrak Mignolet, padahal kita semua tahu dia tak sebagus mana nak dapat kontrak baru.

Apr 23, 2016

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Rasanya tak gempak mana kembalinya Rafa Benitez ke Anfield. Bukan pertama kali dia bersama pasukan lain, dengan Chelsea dulu dah datang, namun peminat Liverpool menyambut baik kedatangan Rafa. Banyak kenangan manis peminat dengan Rafa. Medal dan Piala satu hal, tapi yang paling respek Rafa dah anggap Liverpool sebagai rumah kedua. Saya ingat kalau pemilik minta Rafa jadi Pengarah Teknikal Bolasepak untuk bantu Klopp, pun dia mahu. Kemana Rafa pergi setelah keluar dari Liverpool semua tak menjadi, kalau menjadi pun dia tak dihargai peminat seperti di Chelsea.

Newcastle bukan sekali pernah ambil bekas pengurus kita, dulu Kenny Dalglish pernah ke  Newcastle setelah angkat kejuaraan Liga dengan Blackburn Rovers. Kedatangan Kenny disambut dengan salam 4-3. Liverpool. Respek-respek juga tapi bila dalam padang, pemain tak bagi muka lejen atau bekas hero. Cuma kali ini kedatangan Tentera Kartun (Toon Army), dikepalai Rafa lain sikit matlamat mereka. Sedang nazak dekat-dekat tebing nak jatuh Liga Perdana, prestasi mereka kebelakang ini nampak kian ada peningkatan. Kalau zaman Mclaren, nak jaringkan gol nampak gugup, apatah lagi pertahanan yang merapu. Kini Rafa dah rombak dan ejas sedikit corak Newcastle, permainan nampak lebih efektif terutamnya bila membantai Swansea 3-0  dan seri 1-1 dengan City.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Lucas Allen
Milner Firmino Lallana
Sturridge

Liverpool terpaksa turun tanpa kelibat Origi. Penyerang muda yang paling osem, sado dan paling efektif depan gol. Kecederaan beliau hingga hujung musim dan bakal terlepas Euro16. Kiranya Benteke akan dapat peluang sebagai penyerang simpanan dan ianya bakal jadi peluang terakhir untuk dia menyerlah atau sekurang-kurangnya main bagus untuk kekalkan tanda harga dari jatuh merudum. Sturridge pula akan jadi penyerang utama dan kena pastikan dia kekal sihat dan kalau nampak lain macam kena balun dengan bek Newcastle, cepat-cepat tarik keluar ganti dengan Ojo atau letak Firmino kat depan. Rasanya Newcastle tak akan bagi peluang penyerang kita itu sebab Sturridge pun kembali berhantu depan gol.

Apr 21, 2016

LIVERPOOL 4-0 EVERTON


Boleh dikatakan perlawanan kejiranan kali ini yang paling berat sebelah. Kita tahu ada juga kad merah. Tapi itu bukan sebab terlalu bersemangat tapi tindakan bodoh. Pijak kali orang sampai tak boleh main sanggup ambik kad merah kemudian cium lencana, konon jadi hero. Funes Mori memang bakal jadi makian peminat Everton, sebab dia tak tahu main 10 orang dengan ketinggalan 2-0, Liverpool takkan bersimpati dan akan belasah kaw-kaw punya.

Barisan yang diturunkan dirombak kembali dari lawan Bournemouth tempohari. Bagi sayalah ianya bukan barisan paling terkuat sebab tak turun Allen, namun saya boleh agak Klopp tak mahu nak main laju sangat, nak rileks sikit. Lucas dimasukkan untuk mengawal keadaan, dan pengalaman beliau melalui berpuluh-puluh kali perlawanan kejiranan salah satu asbab dia main berbanding Allen. Origi juga kembali keposisi penyerang tunggal dan Sturridge dibangku simpanan.

Ingat nak main rileks dan santai, tapi sekali sekali Lucas nampak begitu agresif, tak kasi can Everton nak bernafas. Tak sampai 5 minit Lallana hampir nak jaringkan gol hasil hantaran lambung Coutinho melepasi perangakp offside. Tapi jolokan mencari celah kangkang dapat dibaca dan Robles mudah menampan sepakan Lallana dengan peha. Lalanna ni dapat banyak peluang sungguh, berbanding Firmino dan Coutinho malah Origi. Ada sekali tu hantaran Clyne gagal ditanduk kemas Lallana tersasar jauh dari pintu gol.

Punyalah bosan tengok gol-gol tak muncul-mucul, tapi yang banyak ialah bentes-membentes dan terjahan demi terjahan. Milner menjadi pemain pertama dapat kad kuning. Kemudian pemain Everton, Lennon pula dapat kuning sebab pergi bentes Milner. Sepakan percuma Milner tak lepas tapi kemudiannaya dia dapat melakukan hantaran mencari Origi. Walapun dijaga rapat dan dikerumuni bek Everton Origi berjaya melonjak mengatasi mereka, dan melakukan tandukan padu kedalam gawang Everton untuk Liverpool mendahului 1-0.

Mungkin sukar nak samakan Milner dengan Garry Mccalister, namun buat masa sekarang Milner adalalah pemain percuma yang nampak berbaloi-baloi. Sekali lagi beliau menjadi pembatu kepada gol kedua Liverpool. Hasil gerakan dari sebelah kanan penalti Everton, Coutinho bermain hantaran kepada Milner dan Milner melakukan hantaran lambung mencari kawan-kawan ditengah kotak penalti. Bola sampai ditengah dan Sakho yang tak dijaga pemain Everton , sempat mencari sasaran dan mennaduk masuk gol melewati gawang Everton. Separuh masa tamat dengan Liverpool 2-0.

Separuh kedua bermula dengan Everton membuat pertuakaran taktikal memasukkan Besic menggantikan Barry. Tapi apa yang tak disangka berlaku apabila Funes Mori menghentak buku lali Origi dengan sengaja. Mulanya ingat terjahan biasa, tapi bila tengok ulangan, rasa ngeri tengok macam kaki sendiri sendiri yang kena. Untuk maklumam saya pernah kena camtu, koyak otot ligamen buku lali, kat 2-3  bulan kena rehat tak main bola. Tapi kes Origi, tak tahulah camna tapi Funes Mori memang berhak dapat kad merah dan secara automatik jadi musuh peminat Liverpool dan berada bersama dengan lejen merekawawancara seTim Cahill, Hibbert dan Barry Ferguson.

Bila 11 lawan 10, memang tak ada peluang langsung Everton nak bangkit menyerang. Sebelum ni Lucas jarang-jarang naik Bantu serangan. Tapi bila dia naik mendapat hantaran dari Allen melarikan bola dan nampak Sturridge berada dalam kedudukan terbaik, Lucas melorongkan bola dan dapat kepada Sturridge walapun Cuba diterjah Stone, namun dengan kemahiran kaki dia sedikit menarik bola dan meleretkan kedalam gawang Everton yang bolos kali ke-3. Coutinho melengkap gol ke-4 Liverpool dengan rembatan luar kotak. Also tamat dengan keputusan akhir 4-0.

Ini merupakan perlawanan kejiranan Klopp yang pertama kali. Kita dah tengok dia mampu memenanginya dan tambahan pula membelasah lawan sampai 4 biji. Maknanya Liverpool berada dikedudukan terbaik untuk habiskan Liga dengan permainan konsisten. Fokus utama mungkin pada Piala Europa, sebab ianya lebih gempak dari nak berebut kedudukan Liga. Sebab jika menang Piala Europa, tak perlu nak buat majik nak pintas Man City, sebab pemenang Piala Europa layak ke Liga Juara-Juara musim berikutnya. 


Apr 19, 2016

LIVERPOOL LAWAN EVERTON

Teringat cerita bolasepak pasal perlawanan kejiranan, ketika zaman kecil-kecil dulu. Belajar satu sekolah, tapi terdapat pelajar dari 3 kampung berlainan. Aktiviti sukan yang paling disukai hujung minggu selain berkubang mandi sungai ialah perlawanan bolasepak antara kampung. Terdapat 3 kampung utama yakni kampung saya  Sungai Kechil Ilir Kampung Besar dan Kampung Sungai Buaya.

Tapi bila nak buat perlawanan bola kampung kami akan lawan dengan gabungan Kg Besar + Sg Buaya. Ini bukan berat sebelah 1 lawan 2 tapi nak cari budak-budak kaki bola susah. Sebab ramai yang suka dok rumah tengok kartun pagi hari minggu atau jenis kaki bangku dok memerap celah ketiak emak. Bila tanya alasan nak basuh kasut sekolah.  Piraaahhh.

Perlawanan selalunya akan diset pada hari terakhir sekolah. Wakil kami atau Kapten tentulah pelajar paling terer main bola yang akan tentukan ada perlawanan atau tak dengan wakil pasukan lawan. Kalau tak main bola, aktiviti melastik burung atau berkubang kat sungai akan jadi rutin.  Cukup tak cukup korum pemain , hari perlawanan baru tahu.

Yang syoknya, tiba hari perlawanan Kapten bangun awal pagi, pergi kedai apek basikal pam bola untuk pastikan bola perlawanan dalam keadaan tip-top. Lepas tu dia akan pergi rumah ke rumah panggil semua pemain. Ada yang dah bersiap sedia tapi ada juga yang masih tidur. Oleh kerana takut kena bahan cepat-cepat pergi mandi dan makan ala kadar sarapan mak buat.

Tiba dipadang bila semua berkumpul termasuk pasukan lawan. Pengadil tak rasmi akan dijemput. Selalunya kalau dah tak ada yang regular, penonton dikalangan pakcik-pakcik atau abang-bang yang reti sikit-sikit pasal pengadilan kena paksa jadi pengadil. Ada juga pernah jadi main tak ada pengadil, kesudahannya tumbuk menumbuk sebab main kaki bukan main bola.

Lupa nak bagitahu yang main bola bukan main percuma. Setiap pemain kena bagi seorang dua kupang dan kalau tak bawa duit, pinjam dari sesiapa yang bawa duit lebih. Pasukan yang menang akan dapat duit pertaruhan dari pasukan lawan. Entah judi entah tidak zaman tu mana tahu apa benda sebab dah berzaman abang-abang dulu pun dah main camtu.

Omar Kapit
Iju -- Bedon (arwah) -- Tok Jan -- Mat Katan
Pakdin -- Amri  --Apit -- Am (aku) 
Udi -- Tan Lole 

( yang ni barisan pemain kalau cukup 11 pemain, selalunya main kurang, tapi kalau kurang dari 7 perlawanan kena batal, ikut undang-undang FIFA.)


Perlawanan selalunya berlangsung dengan rancak, agresif dan penuh aksi kekasaran. Walaupun duduk belajar dalam kelas yang sama tapi dalam padang bola, tak kenal dah membe-member masa tu. Yang penting nak menang. Semangat nak menunjukkan kampung mana lebih hebat sebab sapa yang menang akan jadikan modal nak membahan dan bercerita pasal perlawanan tu kat sekolah seminggu jadi modal.

Sepanjang karier perlawanan kejiranan, kampung kami menjadi belasahan gabungan dua kampung lagi. Isunya mungkin kampung mereka punyai pemain pawer dan hampir seluruh pasukan main wakili sekolah. Tapi semangat punya pasal bila dicabar bila menang sekali-sekala  memang riuh rendah sekolah, dok jaja keputusan perlawanan. Puak sebelah sana rileks saja buat dono sebab mereka dah lali maka duit kami. Huhuhu

Jadi apa kena mengena perlawanan Liverpool lawan Everton dengan cerita zaman saya kanak-kanak dulu. Moralnya walaupun saya sebagai peminat Liverpool tetapi dapat memahami bagaimana rasanya jadi pasukan yang macam Everton, kena belasah sentiasa dengan Liverpool dan kalau memang sekali memang rasa seronok tak terhingga. Tapi ingat juga kadangkala semangat nak menang membuatkan pasukan Everton bola buat kejutan.

Nota kaki: Saja nak tulis santai untuk perlawanan Liverpool- Everton. Macam biasa sila teka keputusan dalam ruangan komentar.



Apr 18, 2016

LIVERPOOL 2-1 BOURNEMOUTH


Memang dapat rasakan ada rombakan besar-besaran, namun kejutan ialah kemasukan Danny Ward mengisi posisi penjaga gol, Randall diberi pilihan berbanding Flanagan dan Ibe mendapat peluang setelah lama menghilang. Liverpool merehatkan sepenuhnya Lovren dan Sakho sekadar disimpanan meletakkan Toure dan Lucas sebagai pasangan dibahagian pertahanan tengah, dibantu Randall dan Smith disisi kana dan kiri. Stewart dan Allen bergandingan ditengah, dimana Stewart banyak membantu dibawah dan Alleb perantaan serangan. Trio pemain kreatif ditampilkan membntu Sturridge dikepala serangan, dimana Firmino sebagai penyerang kedua dan Ojo disayap kanan dan Ibe disebelah kiri.

Oleh kerana majoriti pemain muda dan pemaim senior yang jarang keluar peluh diturunkan corak Heavy Metal tetap dimainkan. Tenaga dan kepantasan pemain muda macam Randall berganding dengan Ojo manakala Smith berganding Ibe, membuatkan gerakan banyak tertumpu dibahagian sayap. Sturridge dan Firmino bertukar-tukar posisi serangan sepanjang perlawanan dan kelincahan serta kekreatifan mereka memang buat pertahanan Bourenmouh terlalu berhati-hati. Pada separuh pertama perlawanan nampak sedikit boring sebab Liverpool main hantaran selamat, manakala Bournemouth main takut-takut nak menyerang, hanya menyerap tekanan dan banyak berkumpul dibahagian bawah untuk meramaikan pertahanan.

Apa yang mengujakan ialah pemain serangan banyak menyerbu pertahanan lawan sampai satu ketika kantoi akibat dihambat Firmino dan bola sampai kepada Sturridge tapi sayang sepakan beliu tersasar jauh. Namun hasil gerakan Ojo kepada Ibe, walaupun Ibe dikepung beberapa pemain Bourenmouth dia berjaya melakukan hantaran dicelahan bek lawan dan bola sampai kepada Sturridge. Dengan gaya selamba, badan yang mebelakangi pintu gol Sturridge mencangkul kebelakang bola tetapi diselamatakn Boruc. Bola kantoi walaupun ditepis Borus dan Firmino menjolok masuk bola kedalam gawang lawan.

Sedang Bournemoyuh nak cari gol penyamaan, 5 minit terkemudian dari gol Firmino, Liverpool sekali lagi menyakitkan hati tuan rumah. Akibat kekasaran pemain Bournemouth keatas Allen, Liverpool dihadiahkan sepakan percuma dari penjuru kiri kotak penalti Bournemouth. Ibe yang mengambil tugas dari Milner selaku pengambil setpis, melakukan sepakan lambug mencari kawasan tengah. Dalam perebutan bola, Sturridge melonjak dan memenangi pertarungan dan menanduk masuk bola kedalam gawang diluar jangkauan goli Bourenmouth. Ini merupakan gerakan kedua Ibe yang membantu dalam penghasilan gol. Kredit kepada beliau setelah sekian lama tenggelam timbul.

Separuh kedua tak banyak yang perlu diperkatakan walaupun Liverpool banyak punyai peluang juga tapi nasib tak mengizinkan untuk menambah gol. Sturridge boleh buat hatrik atau lebih, tetapi sepakan beliau asyik kena palang. Namun begitu beberapa pertukaran Eddie Howe diseparuh kedua banyak meningkatkan keupayaan Bournemouth. Tentangan mereka hingga saat akhir membuahkan hasil. Tak berapa saat waktu tambahan nak habis, akibat kealpaan Lucas nak celen bola lambung, George King tak silap nama penyerang lawan, melakukan sepakan deras dan menewaskan Ward yang begitu cemerlang sebelum ini. Tak sempat Ward nak berbanggga dengan penampilan beliau tanpa bolos.

Liverpool nampak kian stabil, terutamanya persembahan dari barisan serangan. Kecergasan Sturridge kunci utama bagi prestasi Liverpool kebelakangan ini, namun bagi saya Xavi Allen adalah salah satu punca pasukan kita nampak kemas walaupun tanpa Emre dan Henderson. Walaupun tanpa pemain utama yang direhatkan atau cedera, dengan adanya pemain akademi yang cemerlang, saya yakin Liverpool tak patut berada dalam kedudukan sekarang jika Klopp diberi peluang lebih awal. Klopp nampak macam nak mengabaikan Liga dengan menurukan bukan kesebelasan utama, tapi dengan keputusan sebegini rasanya peminat bakal dihidangkan dengan kejutan demi kejutan sepanjang musim ini.

Apr 16, 2016

LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH



Masih rasa teruja, gembira, puashati dan termimpi-mimpi dengan persembahan dengan Dortmund. Harap jangan terbawa-bawa sangat perasaan sebab kita baru nak masuk Separuh Akhir Piala Europa. Simpan dulu untuk dua pusingan lagi bagi lepas dengan Villareal. Liverpool boleh dikatakan dalam mod konsisten, melalui 3 perlawanan tanpa kalah malah bermain dengan begitu kelas sekali. Apa yang diharapkan ianya bakal diteruskan dengan perlawanan Liga Inggeris dengan Bournemouth. Lawatan ke Dean Court ahad ini adalah kena wajib menang sebab masih boleh sekurang-kurangnya nak kejar Menyu, misi wajib musim ini.

Mignolet
Flanagan Skrtel Toure Smith
Lucas Stewart
Ojo Allen Lallana
Sturridge 

Rasanya beberapa pemain utama perlu rehat terutamanya Milner. Bagi saya dia amat penting untuk direhatkan berbanding pemain lain. Ramai orang pertikaikan kebolehan beliau tapi ikut rekod dia bukan sahaja pemain yang rajin tetapi adalah pembantu kepada gol utama kita musim ini, bukan Coutinho, Firmino ataupun Lallana. Kalau tengok cara dia main kadangkala rasa nak maki juga sebab nampak serabut, tetapi tiba-tiba dalam keadaan tak disangka, nah beberapa hantaran beliau membantu pemain lain untuk hasilkan gol, contoh hantaran tandukan kepada Origi, satu dua kepada gol Coutinho dan hantaran kepada Lovren untuk hasilkan gol kemenangan dengan BVB.

Jadi tempat Milner boleh diambil alih oleh Lucas manakala Stewart mengambil tempat Emre yang disahkan alami kecederaan buku lali. Hero kita pada perlawanan BVB tak lain tak bukan Xavi Allen Pirlo dah masuk tahap wajib kena main sebab dia cukup membawa tuah kepada pasukan setiap kali main. Jujur saya cakap dia memang mangsa kritikan pada masa-masa lampau namun jika Allen sendiri mahu berubah hasil tunjuk ajar Klopp, jadi kita harus puji sampai melambung-lambung sebab perubahan permainan yang ditunjukkan.

Ikutnya bagi saya barisan belakang boleh dirombak sebab nak bagi rehat secukupnya menentang Everton rabu ini. Cuma realistiknya Mungkin Sakho dan Moreno yang direhatkan bagi beri peluang kepada Skrtel dan Flanagan yang tak bermain dalam perlawanan sebelum ini. Ikutnya saya mahu Lovren dan Clyne sekali rehat tapi dua pemain ini jarang cedera dan mereka kena main untuk pastikan pertahanan lebih kejap sebab saya nampak Bournemouth tak sama main macam Stoke.

Skuad Eddie Howe taklah berapa main menarik cuma corak mereka nak iras-ras Watford. Mungkin pengajaran harus diambil pada perlawanan pembukaan liga yang pasukan kita hanya mampu menang tipis 1-0, itupun hasil gol Benteke yang patutnya dah Offside. Tapi masa berlalu, penyerang yang hasilkan gol kemenangan kita dah jatuh no 3 dibelakang Sturridge dan Origi dan silap-silap kalau Ings sembuh, Benteke dah jadi simpanan tetap. Berbalik kepada Bournemouth kita perlu berwaspada dengan permainan pantas mereka dan jika dapat gol awal, maka lagi mudah nak kalahkan mereka.


Apr 15, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL 4-3 DORTMUND



Perlawanan antara perlawanan paling epik yang saya pernah tonton. Mungkin ianya tak setanding Istanbul 2005, namun setakat ini ianya sungguh mendebarkn sebab membuatkan orang yang sihat boleh dapat sakit jantung. Kiranya ada rakan di Twitter macam dah merajuk bila kena gol awal 2 biji, namun kesabaran adalah kunci utama nak jadi peminat Liverpool yang tegar. Memang saya sendiri kecewa namun, tetap mahukan pemain lakukan terbaik dan saya borak dengan member yang menonton sekali, dapat gol cemey pun jadilah. Tapi apa yang berlaku menjadi salah satu lipatan sejarah yang bakal jadi modal bualan kedai kopi minggu ini.

Berbalik kepada perlawanan. Klopp membuat perkiraan awal untuk main menyerang dengan meletakkan hanya 2 pemain tengah dan trio pemain tengah menyerang, Coutinho, Firmino dan Lallana, yang dikemudikan dipuncak serangan ialah Origi, bukan Sturridge seperti yang saya harapkan. Bahagian tengah tak belen sebab Milner dan Emre tak berjaya nak kuasai tengah yang dikerumun pemain Dortmund. Patutnya Allen dimasukkan bagi mengimbangi kekuatan pemain tengah lawan. Bek berempat memang tiada perubahan drastik sebab Lovren dan Sakho direhatkan dalam perlawanan membantai Stoke hujung minggu lepas.

Permulaan yang cukup mengharukan kerana terlebih nak menyerang, tak sampai 5 minit BVB dah didepan. Ianya sebab silap faham antara Coutinho dan Moreno, Coutinho nak buat hantaran kebelakang tapi Moreno terlajak nak keatas. Kesilapan itu digunakan Mkhitrayan untuk melakukan larian melorongkan kepada kagawa dan Kagawa melepaskan hantaran kepada Weigl yang melakukan lob kepada Aubameyang. Disini nampaknya kesilapan Sakho yang patutnya naik untuk bagi offside untuk Aubameyang, tetapi dia bagi peluang kepada lawan dan remabatan Aubameyang ditampan Mignolet namun muntah didepan Mkhitaryan yang seumpama makan kacang menjolok masuk untuk BVB mendahului dengan agregat 2-1. Anfield bergegar dengan sorakan geng baju kuning.

Ingat boleh nak bertenang dan boleh nak balas balik kat BVB, tapi memang sebaliknya berlaku. Origi tengah rancak nak menyerang, tiba-tiba dikerumun pemain BVB, bola dicuri Reus dan beliau melakukan larian demi larian melepasi Coutinho, Firmino dan melakukan lorongan ala Hollywood melepasi barisan bek tengah dan cun-cun sampai kepada Aubameyang yang membuka ruang dan membuat larian dibahagian sayap. Sekali lagi nampaknya Sakho terlupa yang dia mampu buat Aubameyang offside jika berwaspada dengan kedudukan pemain BVB itu. Aubameyang yang memang dah kita tahu merbahaya jika satu-sama satu merembat bola melepasi gawang Liverpool buat kali ke-2. BVB mendahului dengan2-0. Separuh masa pertama tamat dengan BVB mendahului dengan agragat 3-1.

Kita tak tahu apa leteran dan Klopp cakap apa dengan pemain LFC, tetapi bagi saya beliau bagi berjaya memotivasi sebab separuh kedua di Anfield umpama separuh kedua di Istanbul 2005. Walaupun masih belum membuat sebarang pertukaran seperti mana majoriti peminat dok bising-bising dalam laman sosial, tetapi Liverpool kembali bangkit untuk cari gol. Emre dan Milner bermain satu-dua ditengah dicelah-celah pemain BVB dan sekali lagi Emre main pula satu-dua kepada Firmino dan bila menerima hantaran dari Firmino, Emre nampak Origi dah bersedia dengan larian kedepan dan Emre menlorongkan kedepan dan Origi dengan  pantas merempit melepasi Hummels lantas mejolok masuk bola kedalam gawang BVB. Barulah dengar sorakan geng baju merah dan LFC mengurangkan difisit dengan agregat 3-2.

Sakho buat hal lagi, sebab dia nampaknya tak berapa faham camna nak buat perangkap offside buat kali ke-3. Gol ke-3 BVB pagi tadi dimulai gerakan Hummels. Macam tak percaya yang Hummels dah main macam pemain tengah, naik kedepan walaupun dicelen Origi tapi nampak Reus yang buka ruang disayap kiri, melorongkan hantaran melewati Clyne yang dipintas Reus dan melepaskan rembatan selamba melewati Mignolet yang dah kantoi 3 kali. Patutnya ketika Reus cuba nak potong Clyne, kalau Sakho dok sebaris dengan Clyne memang sah-sah offside dan gol itu mungkin terbatal. Tapi apakan daya, kelemahan Sakho menjadi duri dalam daging kepada pertahanan kita, namun keinsafan Sakho cukup bermakna kerana dia dah tak bagi peluang kepada BVB lagi selepas itu.

Kita nampak BVB dah melonggarkan serangan dan menumpukan kepada nak kekalkan keputusan 3-1 kot. Percaturan Tuchel memang begitu naif, sama macam Ancelotti yang merendahkan anak buat Benitez ketika di Istanbul 2005. Liverpool pulun dan pulun untuk cari gol kerana BVB sendiri memang dah macam tak bernafsu nak main nak ketas. Kemasukan Allen dan Sturridge menggantikan Lallana dan Firmino nampaknya percaturan yang berikan impak besar buat LFC. Liverpool menjarakkan kedudukan kepada agregat 4-2, bilamana Moreno memulakan gerakan dari tepi melakukan hantaran kepada Coutinho yang melakukan satu-dua kepada Milner dan bila dapat kembali bola merembat untuk gol kedua Liverpool. Stadium kembali gamat, geng baju merah dah kembali menyanyi menaikkan semangat pemain.

Abam Sakho yang banyak buat silap sebelum ini, membayar balik hutang beliau dengan berikan Liverpool nafas bermakna untuk kebangkitan. Kali ini Liverpool dapat sepakan sudut kali yang keberapa puluh ntah, diambil Milner yang berapa kali kena hamput dengan peminat sebab katanya tak pandai ambil sepakan. Milner melakukan hantaran cantik kali ini, Sturridge melakukan dummi, bola melepasi pertahanan BVB yang hanya melihat bola sampai kedepan Sakho yang tak dijaga, Apa lagi Abam Sakho mudah sangat menanduk bola masuk kedalam gawang BVB untuk menyamakan agregat 4-4. Kita dah nampak betapa bersemangat pemain LFC dan muka pemain BVB dah macam panik dan mereka tak tahu tsunami apa yang sedang melanda mereka.

Permainan beberapa minit lagi nak tamat, Liverpool melakukan kejutan terakhir dan ianya satu yang sangat tak disangka oleh semua orang termasuk peminat LFC sendiri. Gerakan licik Sturridge cuba melepasi pemain BVB tetapi sukar dan beliau melorongkan bola kepada Milner yang melakukan hantaran lintang mencari kumpulan pemain LFC yang mengerumun pintu gol BVB yang padat macam dalam tin sardin hendaknya. Lovren yang melonjak tinggi dan berjaya memenangi pertarungan diudara dan menanduk padu bola kedalam gawang gol BVB. Pukulan penamat Lovren mengecewakan peminat BVB yang dan saya faham perasaan mereka dikalahkan oleh pasukan LFC yang memang tak reti nak mengalah.

Perlawanan baru suku akhir tapi debaran rasa macam dah main di Final Europa plak. Ada peminat luar yang mengejek , tapi mereka semua poyo dan jeles sebab LFC dan BVB boleh menyanyi bersama lagu YNWA bukan bertumbuk-tumbuk atau mengejek rasis macam peminat  Chelsea. Saya nak nyatakan bahawa Klopp berjaya bawa satu perkara yang Brendan tak mampu buat dengan pemain sedia ada yakni menyuntik semangat juang yang tinggi dalam hati pemain. Jadi dengan adanya Klopp, LFC memang berada dalam landasan terbaik untuk kembali sebagai gergasi bolasepak Eropah. Kita bakal hadapi samada Sevilla, Shaktar atau Villareal di separuh akhir nanti. 

Apr 13, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND


Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Milner Emre Allen
Lallana Coutinho
Sturridge

Liverpool kena turunkan barisan terkuat. Maaf saya bukan tak berapa berkenan dengan Origi tetapi peranan Origi lebih kepada pemain gantian impak dari simpanan. Dortmund punya kekuatan tak sama dengan Stoke. Mereka mempunyai pemain tengah berkaliber dan banyak merancang serangan dengan menggungguli kawasan tengah dan sayap melalui hantaran pendek. Jadi kelicikan dan kreativiti pemain macam Sturridge memang perlu nak pecahkan pertahanan BVB yang liat. Origi perlu masuk jika plan A tak menjadi dan Liverpool perlukan jasad yang sado dalam kotak penalti bagi menggandakan asakan.

Saya tak sesekali mengecilkan kebolehan pemain BVB yang rata-rata lebih berkualiti. Cuma ruang atmosfera Anfield yang selalunya gamat dalam perlawanan besar mungkin bakal mengecut telurkan anak buah Tuchel. Liverpool perlu main dengan lebih berhati-hati sebab gol ditempat lawan menjadi sesuatu bahana jika terlalu terbuka nak cari gol. Main macam haritu kat Signal Iduna pun dah ok, bukan tak ada peluang nak jaringkan gol, tetapi dah berusaha gila-gila dengan percubaan demi percubaan cuma rezeki setakat sebiji sahaja.

Ketenangan adalah kunci bagi bahagian pertahanan untuk hadapi serangan BVB. Lovren dan Sakho dah tunjukkan bahawa mereka mampu lakukakanya di tempat lawan. Cuma kadangkala kita takut Tuchel ubah startegi dengan cuba tumpukan dibahagian sayap untuk memecahkan  ruang antara bek tengah dan bek tepi. Itu taktikal pasukan EPL yang berjaya membolosi gawang kita dan harap BVB tak perasan kelemahan pasukan kita disitu. Lagi satu kena perbaiki ialah kebolosan akibat sepakan percuma dan sepakan sudut. Saya tengok pemain agak ralit dan pemain yang kurang pandai selok-belok bertahan dok menjaga pemain yang hebat diudara.

Piala Europa ini adalah sandaran terakhir musim yang agak mengecewakan. Kenapa mengecewakan sebab Klopp lambat gantikan Brendan dan terpaksa gunakan apa saja yang ditinggalkan. Pemain ada yang nampak berusaha dan ada yang berjaya tutup mulut pengkritik. Cuma kita boleh tengok apakah mereka mampu meningkatkan prestasi secara konsisten dalam perlawanan penting macam lawan BVB nanti. Memang baru masuk suku akhir perlawanan, dan perjalanan masih jauh. Tetapi bak kata Klopp, setiap perlawanan demi perlawanan kena main macam perlawanan akhir. Kita nak tengok perlawanan dengan BVB pasukan main sepenuh hati dan berikan yang terbaik hingga wisel penamat.

Apr 11, 2016

LIVERPOOL 4-1 STOKE


Liverpool merehatkan hampir separuh pemain utama dari kesebelasan yang main dengan Dortmund haritu. Lovren dan Sakho digantikan dengan Toure dan Skrtel. Stewart  dan Alleb ganti Emre dan Hendo. Dan paling memeranjatkan ialah penampilan Ojo dalam kesebelasan utama. Liverpool meletakkan Firmino, Sturridge dan Ojo dalam serangan 3 serangkai. Stewart sebagai pelindung barisan pertahanan dan Allen serta Milner yang menjadi Kapten menjadi perantara ketika menyerang dan bertahan. Pada ketika kesebelasan utama dimaklumkan sejam terlebih awal, nampaknya Klopp macam tak tumpukan perhatian dengan Stoke tetapi persiapkan untuk lawan Dortmund, namun apa yang berlaku adalah satu kejutan.

Nak buli Stoke bukan senang, jika tak main dengan semangat kerjasama yang tinggi. Namun apa yang saya nampak begitu unik pasukan kita ialah dengan kehadiran Kevin Stewart, pemain rejek dari Spurs yang menjadi tulang belakang kekuatan bahagian tengah. Mungkin keterlaluan nak samakan beliau dengan Mascherano, tetapi stail nak kesitu nampak ada jika dia mampu main secara konsisten. Bukan senang nak halang pemain tengah Stoke yang robes dan agresif macam Imbula, namun kerjasama Stewart dan Allen nampaknya dapat meneutralkan kehebatan Imbula. Bila dah dapat mencabar bahagian tengah Stoke, maka permainan kita nampak begitu tenang.

Moreno yang agak merosot sebelum ini terutamanya lawan Soton, telah kembali menyegat. Hasilnya Stoke telah disengat dengan rembatan luar kotak yang melencong melepasi jangkauan Haugaard, goli simpanan Stoke. Liverpool didepan dengan gol Moreno. Seronok awal sangat, sampai tak sangka Stoke boleh samakan kedudukan setelah Skrtel berikan sepakan percuma dikawasan bahaya. Hasilnya sepakan lencong, Shaqiri melalui kawasan tengah disambar Bojan untuk gol penyamaan Stoke. Heran sungguh, pemain kecik molek boleh tanduk bola, kat mana pertahanan kita. Sedikit terleka dan terlena. Namun tak lama kemudian Liverpool kembali didepan bila Sturridge menanduk masuk hantaran Ojo. Separuh pertama tamat dengan Liverpool 2-1 Stoke.

Separuh kedua bermula, dengan sang hero Liverpool di Signal Iduna, Origi dimasukkan menggantikan Ojo. Dengan rehat yang cukup, ternyata Origi macam harimau yang lapar. Hantaran Kapten Milner disambar Origi dengan tandukan padu melewati goli Stoke yang tertewas buat kali ketiga. Origi menambah derita Stoke dengan gol ke-4 Liverpool dengan rembatan lencong yang memang pada asalnya cari Sturridge, tetapi masuk terus kedalam gawang Stoke. Namun kredit kena bagi kat Sturridge sebab dia mengacau daun dan mengelepet pertahanan Stoke agar hilang tumpuan. Perlawanan tamat dengan 4-1.

Liverpool bukan lagi mangsa buli Stoke dan memori 6-1 di Britannia musim lepas rasanya dah terbayar. Walaupun Stoke tewas, namun mereka cukup berbahaya dengan sepakan percuma dan sepakan sudut. Sebab mereka punyai pakar sepakan yakni Shaqiri dan Abam galah, Crouch salah satu pemain yang memang bahaya dalam situasi itu. Pertahanan kita nampanya memang tidur pada gol pertama Stoke, namun selepas itu, mereka cukup bersedia dan ambil iktibar meningkatkan permainan untuk pastikan Stoke setakat dapat modal satu gol sampai tamat perlawanan.

Apr 7, 2016

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND


Klopp kembali ke Westfalenstadion buat pertama kali sebagai pengurus bukan sebagai sahabat, tetapi kali ini sebagai seteru. Saya dapat bayangkan betapa peminat Dortmund pasti gembira, walaupun mereka tahu Klopp punyai misi untuk menewaskan pasukan mereka. Ini kerana bekas pengurus mereka itu bukan setakat lejen sahaja, tetapi berikan mereka kejuaraan Bundesliga bukan satu tapi dua. Rasanya takkan dapat ditandingi pengurus sekarang, Thomas Tuchel dalam jangka masa terdekat.

Ada yang cakap Klopp mempunyai watak gila-gila dan Tuchel lebih tenang, macam muzik Heavy Metal versus Pop Rock. Walaupun ada yang suka bingit beritma pantas namun kita tak boleh sentap dengan orang yang suka muzik rileks berjiwang. Sebab itu pertembungan Liverpool-Dortmund, bagi saya adalah hiburan dalam bolasepak. Kita nak tengok apa kesudahan sepnajang perlawanan nanti. Kita mungkin bayangkan macam-macam, namun diakhir perlawanan siapa yang terbaik dari pelbagai segi akan menang.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Moreno
Emre Hendo
Milner Lallana Coutinho
Sturridge

Seperti biasa formasi dan taktikal Klopp bukan rahsia semua orang tahu. Dia akan main dalam formasi dan taktikal yang beliau percaya dan sesuai dengan set pemain sekarang. Kita tahu masih banyak kelemahan dengan pemain sedia ada, tapi dalam bolasepak kadangkala kemahiran dan teknik tak menjanjikan apa-apa, tetapi pemain yang bermotivasi tinggi kadangkala lebih berguna dan memberikan persembahan luar jangka jika kena carannya. Contoh nyata macam Lovren, Lallana dan juga Emre. Apa yang penting pemain bersemangat nak memang, walaupun tahu Dortmund atas kertas dipenuhi pemain yang berbintang-bintang.

Apr 6, 2016

COUTINHO PEMAIN TERBAIK BULAN MAC


Siapa lagi yang layak. Mungkin calon terdekat Lallana, namun prestasi Coutinho mencanak naik bulan lepas sesuatu yang agak memberansangkan. Layan video kat bawah kalau tak percaya.


Apr 4, 2016

KORANG RASA APA KLOPP CAKAP DENGAN KANE


Peluk macam pemain sendiri. Apa nkorang rasa Klopp lebong Kane lepas perlawanan tempohari.

LIVERPOOL 1-1 TOTENHAM



Perlawanan dengan Spurs tak menghambarkan kecuali jumlah gol yang sedikit. Ini disebabkan kecemerlangan goli masing-masing, namun yang paling banyak beraksi ialah Lloris berbanding Mignolet. Dah macam Superman, kita tengok Lloris dan Mignolet mungkin sekadar Batman. Ini menunjukkan bahawa Liverpool emang banyak berbuat percubaan tetapi digagalkan oleh barisan belakang. Tapi jangan lupa Spurs juga ada peluang terutamanya Kane dan Son, tetapi mereka tak pandai nak kantoikan Sakho yang sangat kuat gelabah.

Dari segi corak permainan Liverpool dah perbaiki kelemahan dari perlawanan Soton. Kemasukan Milner menambah kekuatan dibahagian tengah, sebab Spurs memang punyai barisan tengah terbaik di EPL masakini. Walaupun keseluruhan penguasaan bola diungguli Spurs, pemain tengah kita agak tenang untuk menyekat monopoli mereka. Boleh tengok jarang sekali mereka main hantaran rendah teralu kerap. Apa yang selalu kita tengok banyak bola lambung mencari Kane dan Son. Spurs mempergunakan kekuatan serangan mereka untuk merobek dari sayap.

Coutinho adalah hero malam itu, gol beliau memang mudah menewaskan Spurs . Hasil gerakan satu dua dengan Sturridge, bek Spurs hanya mampu melihat penyudah Coutinho melewati Lloris yang cemerlang menepis serangan Liverpool sebelum itu. Tapi Spurs bukan cap ayam seperti yang kita sangka. Kalau mereka tak main bersemangat takkan kedudukan mereka ditangga kedua. Gol penyamaan Spurs hadir setelah Erickson mendapat hantaran jauh, perangkap bola dengan baik dan dengan licik mengencing Clyne dengan melakukan lambung mencari Kane. Kane walaupun dijaga rapi Lovren sempat melibat rembatan melewati jangkaun Mignolet.

Tetapi Tottenham terdesak perlukan mata lebih daripada Liverpool. Dengan Leicester menang, ia adalah dah jadi jurang tujuh mata dengan enam untuk bermain. Tekanan mereka bertambah mungkin menjadi terpaksa tunggu  saat akhir perebutan gelaran EPL.  Dan Liverpool kekal terperangkap dalam pertengahan liga, sekadar nak kejar tangga  kelima hingga kesepuluh. Namun begitu, perlawanan ini masih menguatkan pandangan utama . Hampir kepada lebih baik, tetapi tidak cukup cukup cemerlang lagi . Terdapat cukup banyak peningkatan individu sejak Klopp menjadi pengurus: Lallana, Lovren, Can, Sakho, Allen, dan lain-lain pemain yang beli oleh Brendan. Namun yang paling nampak meningkat tak lain tak bukan ialah Coutinho siapa lagi kan.

Apr 1, 2016

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Banyak pelajaran dan pengajaran diperolehi dari pasukan Cap Ayam sebenar iaitu Spurs musim ini. Mereka punyai goli bertaraf dunia, pertahanan yang konsisten, bahagian tengah yang robus tetapi disiplin dan skuad serangan yang tersangat prolifik. Sebab itulah kedudukan mereka sebagai pencabar kejuaraan tak boleh kita nafikan dan cakap mereka cuma bernasib baik sebab pasukan lain ada masalah. Pasukan Spurs kali ini punyai pemain biasa-biasa tetapi main secara luar biasa, berbanding zaman Harry Redknapp yang punyai Bale, Modric, Adebayor dan Van der Vart.

Corak permainan Spurs dan Kops seakan sama, cuma apa yang membezakan ialah output serangan mereka membedil 56 gol dan paling tinggi dalam Liga setakat ini berbanding kita hanya 45. Dan pertahanan mereka juga paling handal dalam liga dengan bolos paling sikit 24 gol berbanding kita 40 gol bolos dan adakalanya bolos gol bodoh-bodoh belaka. Itulah yang kita bandingkan bagaimana Pocchetino berjaya naikkan Spurs dari pasukan pertengahan liga menjadi pencabar musim ini.

Saya tak kata kita perlu risau dengan Spurs bagai nak gila. Cuma waspada dengan pemain Spurs yang main bersemangat terutamanya Harry Kane, peneraju kasut emas EPL dengan 2-1 gol. tengok dia main biasa-biasa sahaja, tapi bila depan gol kaki macam magnet tahu saja sasaran nak sumbat gol. Tengok lawan Jerman baru-baru ni, memang bek macam Hummel pun gayat dengan mamat ni. Harapnya Lovren dan Sakho tak panik dan tenang hadapi pemain Spurs yang merupakan manusia biasa juga, bukan Superman atau Batman.

Mignolet
Clyne Lovren Sakho Smith
Emre Hendo
Milner Lallana Coutinho
Sturridge

Tanpa Firmino, suka atau tidak rasanya tempat beliau bakal diisi Milner. Saya pun tak berapa suka Milner sebab dia tak berapa kreatif, namun dari segi kerajinan memang boleh kasi A, seibji perangai Kuyt dulu. Nak letak Ibe, mintak maaf lah rasanya label pengganti Sterling memang ada sumpahan kot, sampaikan bukan lagi bagus, tapi lebih haprak dari musim sebelum-sebelum ini. Ibe bukan taida kebolehan dari segi teknik, kemahiran dan fizikal cuma dia agak kurang gunakan akal dan permainan beliau mudah dibaca lawan.

Perlawanan ini mungkin antara yang menarik sebab kita kena pastikan Spurs tak boleh nak angkat kejuaraan Liga. Biar Leicester menang Liga pun tak apa, nanti-nanti mereka bakal melingkop turun ke Liga Kejuaran juga sebab Vardy, Mahrez dan Kante bakal kena rambat dengan kelab besar. Tapi lain pula dengan Spurs , kita tak mahu jika mereka juara jadi pemangkin kebangkitan mereka musim-musim akan datang. Kita mahu Spurs tetap Spurs yang klasik, pasukan yang rutin mereka ialah  pengeksport pemain kepada Real Madrid dan Man United. 

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails