Showing posts with label kontrak. Show all posts
Showing posts with label kontrak. Show all posts

Mar 24, 2014

KONTRAK GLEN JOHNSON


Kontrak Glen Johnson bakal tamat selepas musim 2014/15. Pihak FSG belum buat keputusan samada nak sambung kontrak dengan gaji £110,000 seminggu sedia ada. Gaji sekarang pasti bakal dikurangkan jika sebarang kontrak baru diberikan. Polisi mereka yang pelik itu patut kena ikut keadaan dulu. Bek kanan utama ialah Johnson dan Flanagan serta Kelly sebagai timbalannya.

Real Madrid pun sedang berkira-kira nak cuba pikat beliau musim depan. Malah Arsenal juga sedang buat perkiraan nak jadikan Johnson pengganti Sagna yang dah nak habis kontrak.Itu belum kelab Liga Super Malaysia, JDT masuk jarum lagi. Jadi apabila kelab-kelab besar macam tadi cuba mengorat Johnson itu bermakna dia memang Bek Kanan terbaik dipasaran.

Satu tahu Brendan ada sasaran untuk bek kanan tetapi, dia masih perlukan Johnson yang berpengalaman luas dalam Liga Juara-Juara. Selagi mana belum ada pemain yang benar-benar boleh gantikan beliau, saya harap janganlah pengurusan  buat kerja gila, nanti yang digendong tercicir yang dikejar tak dapat. Kita tengok sendiri kebelakangan ini prestasi Johnson  kembali menyengat. Jadi beli saingan beliau dulu musim depan atau lihat bagaimana prestasi Flanagan, lepas itu baru buat keputusan.


Dec 22, 2012

JANJI DAH DITEPATI

Tahniah Adik Raheem
Saya tak tahu meramal masadepan. Tapi detik bersejarah ini bagi saya adalah salah satu penentu masa depan Liverpool. Setelah sekian lama Liverpool nak tengaok pengganti John Barnes, kini barulah muncul pengganti beliau yang bukan sahaja sama kaler, tapi mrereka asal dari tempat kelahiran yang sama dengan Bob Marley. Mana nak cari pemain yang baru main 1-2 perlawanan musim sebelum ini tapi dah jadi tonggak utama kesebelasan dan sikit hari akan jadi pemain utama England.

Saya tak kisah gaji yang ditawarkan kepada beliau sebanyak hampir 40k seminggu dah hampir sama gaji setahun saya. Tetapi bakat dan kematangan beliau kalau nak cari sama nilai dengan pemain yang berharga kurang-kurang 20juta pound beserta gaji 100k. Mungkin sipi-sipi hampir sama dengan Theo Walcott. tetaqpi pembangunanan diri dan sahsiah Sterling masih ditahap awal dan jika diberikan tunjukajar dengan baik saya rasa kita dah tak payah fikir masalh diposisi sayap dan boleh perbaiki posisi lain yang lebih kritikal.

Dec 14, 2012

BRAD JONES DILANJUTKAN KONTRAK

Brad Jones
Timbalan kepada Reina
Agak pelik. Ketika nasib masa depan Pepe Reina sebagai goli nombor wahid masih belum ketentuan, timbalan beliau pula dilanjutkan kontrak. Spekulasi jadi makin hangat dan hangit. Tunggu dan lihat apakah benar dan bakal terjadi perpindahan sensasi Pepe ke Emirates yang agak kecoh semenjak dua menjak ini. Peminat takkan mahu ini terjadi, tapi dalam bolasepak pelbagai kemungkinan boleh terjadi 

Berbalik kepada Jones, nampaknya perebutan kerusi timbalan antara beliau dengan Doni nampak dimenangi oleh pemain antarabangsa Soceeroos itu. Walaupun Doni nampak lebih gah bermain dengan kelab besar di Serie A dan Jones cuma bermain dengan kelab Liga Kejuaraan, Middleborough, tapi pengalaman dengan sepak terajang Liga Inggeris dicelah kangkang Jones sahaja.

 Semua tentang Jones kita dah tengok semasa beliau ganti Pepe awal musim. Nak kata tere sangat pun tak berapa tapi gelabah bewak macam Cavaleari pun tak nampak lagi. Cuma bagi saya pemain yang berusia 30an macam Jones patut main sebagai no.1 ditempat lain kerana nampak sangat dia bukan lawan Reina. Namun apa yang kita bangga dengan Jones, dia tak mudah melatah dan bermain sebaik mungkin bila diberi peluang.

Aug 21, 2012

SKRTEL PENCEN DI ANFIELD



Ini berita baik buat kita. Pemain terbaik musim lepas dah lanjutkan kontrak lagi 2 musim. Walaupun persembahan beliau 2 hari lepas memang agak gugup, namun beliau antara bek terbaik yang kita ada selain Agger. Ketiadaan Agger 3 perlawanan nanti akan memberikan cabaran untuk Skrtel dengan rakan sejawat baru samada dikalangan Kelly, Coates atau Carragher. Dengan karateristik dan semangat juang yang beliau tunjukkan musim lepas saya yakin Skrtel akan menjadi tulang belakang pasukan kita musim ini. Cuma beliau cepat belajar dan tengok bagaimana cara Gerrard Pique main dalam sistem Tiki-Taka di Barcelona, kalau menjadi bek terhebat di EPL.

Jul 6, 2011

JOVANOVIC BUBAR KONTRAK


Tahniah Milan Jovanovic kerana mejadi insan berhati mulia. Beliau sanggup menamatkan kontrak beliau dengan sejumlah bayaran pampasan (dengar kata banyak juga). Ingatkan dia nak mereput kat bangku simpanan. Maknanya beliau sekali lagi akan menawarkan diri untuk perpindahan percuma kemana sahaja kelab yang mahu menerima khidmatnya serta sanggup bayar gaji yang beliau mahukan. Dengar cerita kelab Olympiakos dah hantar wakil untuk berunding dan sanggup perabis duit untuk membawa pemain antarabangsa Serbia ke Liga Greece. Saya harap semuanya berjalan dengan baik dan bekas pemain kita itu dapat merasai nikmat menjadi pemain utama seperti dijaman muda-muda, bukannya bertenggek dibangku simpanan menghabiskan usia bersama adik-adik cergas yang sikit masa akan menggegar Liga Perdana Inggeris.

Jun 17, 2011

KONTRAK BARU BUAT KARGIAKOS




Tahniah buat Kargiakos kerana berjaya memenangi kontrak terbaru yang tertulis jika beliau dapat bermain dalam sekian-sekian jumlah perlawanan, maka secara otomatik kontrak lanjutan 12 bulan akan diberikan. Ini semua nasib belaka. Kalau Agger tak cedera, nescaya Kargiakos takkan dapat peluang beraksi sebagaimana musim ini. Tambahan pula Carragher juga cedera dan tinggal Skrtel dan Kargiakos pertahana senior selain Wilson yang belum teruji dan berisiko jika diletakkan untuk bermain sebagai bek tengah.

Musim depan, jika betul Liverpool membawa masuk bek tengah baru, yang terkini saya dengar Scott Dann atau Christian Zapata, maka Kargiakos bakal menjadi pemanas bangku simpanan. Walaupun begitu kebolehan pemain ini sebagai pemain bidan terjun jika adalah krisis pertahanan, tak saya pertikaikan. Cuma dari masa depan adalah lebih baik naikkan bek muda seperti Andre Wisdom untuk untuk menimba ilmu dan diberikan peluang beraksi sekali sekala. Saya yakin motivasi pemain akademi yang ditunjukkan oleh Flanagan dan Robinson mampu dicontohi oleh pemain muda lain.

May 27, 2011

HONDA SAIN KONTRAK DENGAN LIVERPOOL


Mula tengok kepala berita " Liverpool tawar kontrak kepada Honda", seronok bukan main. Bila baca sampai habis rupanya Honda lain. Bukan Keisuke Honda, CSKA Moscow tapi Honda Motor Thailand Ptd. Rupanya Liverpool sedang berkompromi untuk bekerjasama Honda menaikkan populariti Liverpool sendiri dengan menggunakan Honda sebagai orang tengah. Alahai macam Court Mammoth kedai perabut yang bekerjasama dengan Liverpool sebelum ini. Silap-silap tahun depan Honda akan keluarkan Honda City atau Civic versi Liverpool yakni kaler merah saga dan emblem pakai Liverbird.

May 12, 2011

BERITA MENGHARUKAN




Kontrak 3 tahun saja. Kami mahu kontrak seumur hidup untuk Raja Kenny Dalglish. Tak payah nak diajar guna teknologi video ntah apa-apa macam Rafa. Tak perlu nak rasuah pengadil macam Fergie. Dalglish hanya tepuk bahu dan bagi mutiara kata sikit, pemain macam kena ayer daum ketum punya main gila-gila. Musim depan tak dapat dibayangkan.

May 6, 2011

SPEARING LANJUT KONTRAK



Kelayakan Spearing untuk menggantikan tempat Kapten Gerrard, sebelum ini dipertikaikan banyak pihak. Kesangsian itu telah dilenyapkan dengan persembahan mantap berterus terusan, Spearing dengan gandingannya Lucas . Jadi pihak pengurusan tanpa berlengah lagi memberikan penghormatan buat pemain yang dilahirkan dari Akademi dengan kontrak lanjutan yang baru. Tak dinyatakan berapa dan tempoh lanjutan tetapi itulah yang balasan bagi pemain yang sanggup bekerja keras dan mengambil peluang yang terhidang. Jadi saya harap Spaering dapat menjadi pemain utama musim depan. Fizikal beliau mungkin nampak tak digeruni, namun semangat beliau amat dikagumi dan rasanya beliau mungkin boleh jadi macam Sammy Lee. Apapun tahniah buat Spearing dan gandakan usaha.

Mar 31, 2011

LUCAS MASIH DIPERLUKAN



Berita terbaru, Lucas telah sain kontrak yang lama dengan kita. Saya anggap Lucas adalah pemain bagus tapi saya mahu lebih daripada bagus yakni hebat. Tapi memandangkan kebagusan beliau boleh mencecah tahap hebat, jika dia berusaha kearah Dunga bukannya Kleberson, saya rasa beliau patut diberikan kontrak. Mana nak cari pemain yang tak cakap banyak walaupun dicerca peminat. Bukan macam Konchesky, siap suruh emak marah balik peminat yang kutuk dia. Jadi dengan kematangan beliau dan dah jadi pemain utama Brazil, saya harap musim depan Lucas mesti beri 110 %. Tahniah juga sebab jadi bapa.

Mar 13, 2011

JAWATAN SEPENUH MASA



Peminat bakal terima berita gembira apabila grup FSG bakal memberikan kontrak sepenuh masa kepada Kenny Dalglish. Kontrak yang bakal diberikan selama dua tahun dengan pakej bonanza dana beli pemain. Pembantu beliau Steve Clarke pula diberikan kontrak 3 tahun apabila pihak FSG berpuashati dengan sumbangan beliau walaupun singkat tapi memberikan impak drastik. Tahniah untuk kedua mereka dan sudah pasti Mourinho akan sedih mendengar berita ini. Jadi Jose terpaksa tunggu berjanggut samada Ferguson atau Wenger keluar dari kelab masing-masing. Kalau beliau sanggup tebus talak dengan Chelsea, mungkin Abramovich tak payah pening nak cari pengganti Ancelotti musim depan.

Feb 20, 2011

KONTRAK BARU BUAT KUYT DAN REINA



Baguslah jika kelab hendak menawarkan kontrak baru kepada Reina dan Kuyt. Cuma terdapat dua keadaan berbeza antara kontrak tersebut. Kuyt akan diberikan kontrak terbaru kerana komitmen beliau disaat susah dan senang bersama kita. Namun bagi Reina pula sememangnya kelab mahu menunjukkan bahawa Pepe adalah penting untuk masa depan kelab. Saya rasa bagi Kuyt mungkin tiada apa masalah kerana beliau tak banyak songeh. Tapi saya takut Reina akan tolak sebab ini akan menjejaskan klausa tebus kontrak £20juta yang beliau tandatangani ketika zaman Rafa sebelum ini. Namun bagi saya jika pemain mahu besar kepala, tak apa, peluang untuk memanjangkan kontrak telah diberikan. Terpulang kepada Pepe samada mahu atau tidak, kita tak mahu pisang berbuah dua tiga kali. Banyak lagi prospek yang lebih muda dan handal macam De Gea, Akinfeef, Neuer dan juga kuda tua seperti Stekelenburg atau Given.

Oct 15, 2010

KONTRAK BARU BUAT CARRAGHER



Berita penyambungan kontrak Carragher selama dua tahun lagi diterima dengan pelbagai andaian. Satu pihak yang lebih progresif nampak bahawa masa depan Carra pasti sekadar jadi macam Hyypia dua musim lepas. Main secara sambilan, dan perlahan-lahan belajar jadi jurulatih. Namun ada pihak yang agak konservatif, mengalu-alukan berita ini bagaikan Carragher adalah terhebat dan sangat digeruni lawan macam dulu-dulu.

Secara tulus ikhlas saya dipihak optimis yang mahukan masalah dibahagian pertahanan dipulihkan dengan drastik. Menurut penilaian puak berhaluan kiri, Carragher sudah hampir umur persaraan wajib. Dia masih diperlukan namun dengan kadar minima, kerana dalam usia sebegitu (saya sendiri sebaya Carragher saya tahu), otak kata boleh tapi badan dah tak mampu. Contoh kita main futsal dengan budak-budak awal 20an, tak terkejar nak lawan stamina diorang. Begitulah juga saya lihat dengan Carragher. Dia hanya kini main dengan semangat, kebolehan beliau tertinggal di Istanbul 2005.

Tapi tiada masalah jika pemain disamping beliau hebat macam Hyypia. Ini saya tengok Skrtel main asyik sondol, banyak kali nyaris boleh bagi lawan penalti sebab main tak pakai akal asyik nak tarik baju. Agger pula paling berbakat, namun bak kata kaki bola, dia diperbuat dari kaca mudah pecah. Kargiakos bagi saya hanya hebat diudara tapi atas lantai amat gabra dan lembab serta senang dipotong pemain sayap lawan. Wilson dan Kelly belum mampu dinilai kerana mereka hanya digunakan dalam perlawanan yang tak penting dan hanya prospek masa depan.

Seharusnya dalam masa 2 tahun dari sekarang adalah masa pengurus mencari pengganti Carragher dan kalau boleh lebih hebat dari beliau. Sementara itu bolehlah Carragher pergi ambil lesen kejurulatihan dan manatahu boleh jadi pengurus masadepan Liverpool. Buat masakini Carragher masih diperlukan sebab dia masih yang terbaik yang kita ada.

Apr 10, 2010

REINA LANJUTKAN KONTRAK


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina telah menandatangani sambungan kontrak selama enam tahun bersama kelab Liga Perdana England itu semalam.

Menurut Reina, ini boleh dianggap berita yang terbaik dalam hidupnya.

"Untuk bermain bersama Livepool adalah sesuatu yang istimewa. Saya telah berada di kelab ini selama lima tahun dan kini akan berada di sini enam tahun lagi. Ia sungguh menakjubkan," kata Reina.

"Saya berasa gembira untuk menandatangani kontrak baru. Ia mungkin satu berita paling baik dalam hidup saya kerana saya akan terus berada di sini."

Reina, 27, yang menyertai kelab Merseyside itu pada Julai 2005 dari Villarreal, merupakan salah seorang pemain yang terbaik berjaya ditandatangani pengurus Rafael Benitez dan sejak itu dia telah membuat 177 penampilan.

Pemain Sepanyol yang memenangi Piala Super 2005 bersama Liverpool dan Piala FA setahun kemudian berkata, ahli keluarganya merupakan peminat setia kelab itu.

"Isteri saya memberitahu saya, sejak dari awal lagi dia lebih gembira di sini (Anfield) dan saya rasa sangat gembira," katanya. - Reuters

May 29, 2009

Torres di Anfield sehingga 2013



Torres telah mengakhiri spekulasi masa depan beliau dengan menandatangani kontrak 4 tahun untuk bersama kita. Di fahamkan gaji beliau akan mencecah sehingga 120,000 pund seminggu. dan ini menjadikan beliau antara pemain yang mendapat bayaran tertinggi selepas Kapten Gerrard.

Mar 29, 2009

Pembantu Rafa setuju lanjut kontrak



Key members of Rafa Benitez's backroom team have today agreed new contracts with the club.
Assistant Manager Sammy Lee, First Team Coach Mauricio Pellegrino, Goalkeeping Coach Xavi Valero, Fitness Coach Paco de Miguel and Chief Scout Eduardo Macia have all been given extensions of at least two years on their current deals.

The move is part of a phased approach to address the future of the club's backroom staff.

Liverpool Manager Rafa Benitez commented: "I said when I signed my own deal recently that it was a priority to sort out the future of the technical staff.

"We work extremely well as a team and continuity is essential if we are to build on the progress we have made this season and move the club further forward. I'm delighted we have been able to sort out the contracts."

Ini merupakan petanda yang Rafa akan berada di Anfield untuk suatu masa yang lebih panjang. Merekasemua inilah yang membuatkan skuad tangga ke-4 menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk musim ini.

Sammy Lee merupakan penyuntik semangat buat skuad kita. Pallegrino walaupun gagal sebagai pemain tetapi hebat untuk memberikan sentuhan dari taktikal. Valero telah menjadi Reina penjaga gawang kebal dan perancang hebat. Miguel pula telah memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang baik dan akhir sekali Macia merupakan antara faktor Liverpool berjaya menarik bakat muda diseluruh dunia yang bakal menggegarkan Eropah sikit masa lagi.

Mar 19, 2009

Rafa kekal di Anfield



Akhirnya, setelah 8 kali perbincangan mengenai pembaharuan kontrak beliau menemui jalan buntu, Rafa telah bersetuju menyambung khidmat beliau di Anfield selama 4 tahun lagi. Maka berakhirlah desas-desus menyatakan Rafa akan ke Real ataupun Mourinho akan ke Anfield. Kemungkinan juga beliau telah berjaya untuk mendapatkan kuasa sepenuhnya dalam setiap pembelian pemain dan itulah yang saya harapkan.

Bagi saya tidak apa yang cacat celanya Rafa. Walaupun terkadang tindakan beliau mengundang kontroversi dari peminat dan juga orang luar, saya rasa Rafa ada logic beliau tersendiri. Seringkali juga saya menggelarkan beliau pemikir agung bolaqsepak kerana tindakan beliau tidak selaras dengan pemahaman kita tentang bolasepak. Tidak hairanlah kita bahawa beliau telah menerima penghormatan dari Miguel Hernández University di Spain yang setaraf Ijazah kehormat dalam usaha beliau dalam bidang kejurulatihan bolasepak.

Tidak perlulah diceritakan kejayaan beliau berbanding Houllier. Masing-masing mempunyai resepi tersendiri. Tetapi apa yang menariknya Rafa ialah setiap pembelian pemain beliau lebih mengutamakan kesesuaian taktikal berbanding reputasi. Walaupun begitu kadang-kala beliau mungkin tersilap perkiraan, tetapi beliau mengambil langkah segera untuk menjual pemain yang dibawa masuk olehnya yang tidak menunjukkan taraf permainan yang diingini.

Saya tetap tidak mengharapkan sesuatu yang drastic seperti kejuaraan Liga musim depan jika pemilik sekarang masih tidak menyediakan dana yang secukupnya. Memanglah skuad sekarang mampu mengalahkan barisan Man U, Chelsea dan juga Real Madrid yang lebih hebat. Tetapi apabila melayani skuad yang bermain taktik berkubu didepan pintu gol, kita perlukan kreativiti dan pemian yang ada sekarang masih tidak berupaya mengopak benteng tersebut sebelum ini.

Oleh yang demekian saya berharap Rafa akan diberikan segala bentuk bantuan moral dan kewangan untuk menjadikan pasukan Liverpool sebagai gergasi bolasepak yang bakal mendominasi dan digeruni lawan di England dan juga di Eropah.

Feb 10, 2009

Kontrak Agger masih tergantung


Daniel Agger’s agent Per Steffensen has denied reports over the weekend that suggested his player has signed a new £70,000 a week deal to stay at Liverpool.
Agger has been locked in negotiations over his future at Anfield for several months, with AC Milan thought to be interested in bringing the Danish international to Serie A.
Reports in the press this weekend said that a deal had finally be confirmed between the Reds and Agger’s party to keep him put for a further four years.
But Steffensen denies any new deal, telling Norwegian media, “It is simply not correct. There has not been any deal signed with Liverpool.
“Apart from that, I have no comments regarding Daniel’s situation.”


Setelah disahkan sendiri oleh ejen Agger mengenai situasi kontrak, barulah saya mengerti yang media England pakar dalam putarbelit cerita setaraf di Malaysia. Patutlah peminat Liverpool disana telah memboikot akhbar The Sun kerana memutar belit fakta tentang tragedi di Hillborough.

Berbalik kepada Agger, sepatutnya situasi kontrak ini tidak patut dibiarkan berlanjutan. Ini berbahaya kerana semakin hampir tamat tempoh kontrak beliau, semakin banyak banyak spekulasi timbul dan semakin rendah nilai untuk pemain itu jika ada kelab lain berjaya memujuk beliau kelak.

Bagi saya Agger adalah pemain bek masa depan Liverpool dan merupakan gandingan cocok untuk Skrtel. Tambahan pula beliau telah menyuarakan hasrat untuk terus disini jika kontrak beliau disambung. Jjika beliau keluar dari Anfield maka, Liverpool akan kehilangan pemain yang berkaliber dan sukar mencari pengganti seperti beliau kelak.

Jan 16, 2009

Rafa tolak pembaharuan kontrak

Rafa telah diberitakan menolak kontrak terbaru yang ditawarkan kepada beliau. Bukan jumlah gaji atau tempoh kontrak yang menjadi alasan beliau, tetapi beliau tidak mahu kuasa beliau dalam pengurusan pemain tidak disekat. Tambahan lagi perkara ini pernah berlaku sekali ketika beliau di Valencia dulu mengakibatkan Rafa ambil keputusan menerima jawatan di Anfield. Seperti mana yang kita sedia maklum, Rafa berharap beliau dapat membuat keputusan sendiri apabila mencari calon pemain, dan bukannya dikonkong oleh CEO Rick Parry.

Mari kita buat kajian kes berkaitan permintaan luar biasa Rafa mengenai pembelian pemain. Kes Alex ferguson dan Jose Mourinho boleh menjadi bandingan. Fergie telah diberi kuasa penuh membeli pemain yang beliau inginkan sejak berdekat dulu lagi tanpa sekatan dari pemilik dan CEO mereka. Lihat saja nama besar seperti Rooney, Ferdinand, ,Carrick, Hargreaves dan Berbatov, mereka bukan datang dengan nilai yang kecil tetapi dengan rekod perpindahan. Kesemua mereka datang ke Old Trafford dengan sekali petik, tiada masa nak fikir 2-3 kali. Sebab itulah skuad mereka sentiasa dipertingkatkan dengan jayanya walaupun banyak wang yang mengalir keluar.

Mungkin lain sikit dari cerita Fergie, Mourinho ketika awal musim di Chelsea bagai diberi cek kosong oleh Abramovich. Semua pemain yang hebat ketika itu seperti Drogba, Essien, Carvalho, Robben,Shaun Wright Phillip, Cech dll semuanya dapat dimiliki dengan mudah umpama gosok lampu Aladdin. Tetapi apabila Abramovich campurtangan dalam pembelian pemain, Jose telah jadi kurang senang. Apa tidaknya kemasukan Shevchenko dari AC Milan telah menjadi tanda-tanda keretakan perhubungan Jose-Abram. Memang tepat firasat Jose yang Sheva buat perabih beras sahaja. Dan kemasukan Avant Grant sebagai Pengarah Bolasepak menjadi kuasa Jose amat terhad dalam melaksanakan sebarang keputusan.

Cerita diatas saya paparkan bukan untuk mengatakan yang kita perlu duit yang banyak untuk menjuarai Liga atau membeli pemain terkenal. Tetapi dengan pilihan pemain beliau inginkan dan disokong oleh pemilik kelab, maka kita mungkin tidak berputih mata apabila melihat Daniel Alves dan Simao Sabrosa telah jatuh ketangan pasukan lain kerana hanya tidak dimahu membayar lebih 3-4 juta pound untuk mendapatkan pemain berkualiti seperti mereka. Kalau pemilik masih berdegil dan tidak mengendahi permintaan Rafa mungkin perkara yang berlaku di Mestala tidak mustahil akan berlaku di Anfield.

Dec 9, 2008

Kontroversi Kontrak Benitez

Setelah membaca ulasan Guillem Balague (penganalisis bola yang rapat dengan Rafa), dapatlah dikatakan bahawa kontroversi Rafa telah menolak kontrak dari Liverpool adalah kurang tepat. Apatah lagi beliau inginkan pendapatan sehingga 5juta pound.


Sebenarnya rundingan kontrak beliau masih pada peringkat permulaan, sebab itulah proposal kedua-dua pihak mungkin tidak disenangi satu sama lain. Namun apa yang pasti, Rafa inginkan kontrak yang lebih panjang bersama Liverpool dan berkemungkinan kontrak 3 tahun akan diterima oleh pihak pengurusan Liverpool.

Rafa juga menyifatkan wang bukan objektif utama tetapi beliau ingin bersama Liverpool untuk mengondol seberapa banyak kejuaraan dan menjadikan Liverpool kuasa besar bolasepak di England dan Eropah.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails