Dec 31, 2011

LIVERPOOL 3-1 NEWCASTLE


Sebelum ini benda percuma memang macam hampeh. Tapi tidak bagi Bellamy. Kebagusan beliau masih tak luntur walaupun telah dibuang bagai kain buruk oleh Mancini. Kenny bagai dapat rezeki terpijak musim ini. Apalagi mahu dengan pemain berpengalaman yang sanggup bersabar dibangku simpanan dan beri yang terbaik dikala diberi peluang. Ini contoh pemain yang harus diikiuti oleh pemain muda Liverpool kalau mahu berjaya hingga hujung usia. Gol Bellamy pagi tadi memang terbaik dan yang paling saya suka adalah gol kedua beliau yang membuatkan bek dan goli Newcastle hilang punca.

 Walaupun diberi 30 minit penampilan, kemasukan Gerrard telah memukau sekalian peminat di Anfield dan di depan TV serta PC. Saya dah tulis dalam entri sebelum perlawanan yang kapten kita itu memang akan bawa badi kepada Newcastle punya. Tepat sangkaan saya, gol peribadi beliau dan ketiga Liverpool macam gerakan beliau muda-muda dulu, main satu dua dan meluru kedalam kotak dan rembat leret hingga goli Newcastle ternganga. Lagi satu yang saya amat rasakan yang kapten kita itu juga tahu macamana nak bagi bola cantik kepada Carroll. Cuma Carroll saja tak bernasib baik dihalang oleh bek lawan. Tapi Carroll juga nyaris menjaringkan gol bilamana beliau mengambil-alih tugas Suarez menembak palang. Nampak gayanya Carroll dah makin dapat rentak dan perlu kerja keras sikit lagi.

Cuma saya tak puashati dengan dua insiden yang nampak sangat pengadil macam siyal. Pertama Cabaye patut dapat kad mereka kerana memijak Spearing. Yang itu mungkin pengadil tak berapa nak jelas, tapi insiden Bellamy disiku Collocini sampai berdarah muka dan terpaksa direhatkan nampak sangat pengadil apa ntah nama memang macam nak bagi peluang kat Newcastle. Apapun nasib baik pasukan kita menang, kalau tak mesti ramai yang akan kutuk pengadil kayu itu. Harap momentum kemenangan dapat diteruskan selepas ini. Lawan Man City pula lepas ini. Tapi apa nak heran, kita buang mata dengan pasukan ceroi, tapi dengan pasukan atas kita pancung habis. Tunggu dan lihat kalau tak percaya.

 

Dec 30, 2011

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE



















Boleh dikatakan entri ini entri terakhir di Malaysia. Jadi sempat juga melayan perlawanan dengan Newcastle sebelum bertandang ke Saigon City atas urusan kerja. Nasib baik hotel penginapan yang ditempah oleh Syarikat bertaraf 4 bintang dengan capaian internet. Boleh layan perlawanan selepas ini dalam talian dan merapu tentang perkembangan Liverpool terutamanya perbincangan tentang perpindahan yang bakal dibuka Januari ini.

Berbalik kepada tajuk asal mengenai perlawanan dengan pasukan berjalur hitam putih dengan gelaran burung apa... Burung Murai. Ya si Murai ini bukan sebarang Murai mereka tanpa diduga beri kejutan dengan berada dalam lingkungan 4 terbaik sehingga trajedi Oktober meragut kedudukan mereka dan ditinas kemabli oleh 3 pasukan lain dan kini mereka bada hanya satu mata dibelakang pasukan kita. Penjualan pemain hebat seperti Carroll dan Enrigue serta Barton yang menjadi tulang belakang Si Murai tak nampak macam beri kudis tetapi mereka dah ada pengganti dengan kemasukan Demba Ba, Ryan Taylor dan Cabaye mengantikan trio yang belot.

Perlawanan ini jadi macam Carroll lawan Newscatle kerana fokus terlalu ditumpukan kepada bekas wira Si Murai ini. Mampus la Carroll untuk hadapi peminat Newcastle lagi dan harapan menggunung peminat LIverpool lagi. Apa taknya Suarez sebagai penggerak utama kita dan kena gantung untuk perlawanan ini, nak harap siapa lagi kalau tak pemain termahal ini. Mahu tak mahu Carroll kena cari jalan untuk bersedia jika mahu menjadi pemain Liverpool kalau tak, penyerang baru yang sedang dipantau pasti kan dibawa masuk dan peluang Carroll lepas ini pasti terbatas. Kuda tua macam Bellamy mesti tersenyum girang kerana dia nampak lebih efektif dari pemain ekor kuda itu.

Tapi jangan dilupa. Kembalinya Kapten Gerrard macam kembalinya kekuatan Liverpool yang hilang selama ini. Walaupun amat karat dan masih belum cargas sepenuhnya, namun kelibat beliau dalam perlawanan terdahulu amat dinantikan. Macam watak Ultraman yang ditunggu dikala Raksasa mengganas. Lagi satu menurut OPTA pemain ini sangat suka buat pasukan Si Murai sakit hati kerana dia amat tuntas menjaringkan gol untuk membenam Newscatle. Jadi senjata rahsia yang tak rahsia ialah Kapten Gerrard dan saya harap tugas Suarez selama ini dapat digantikan oleh Kapten kita itu dengan sukses sekali.

Kesebelasan utama tak dipastikan lagi, tapi saya pasti Carroll dan Gerrard akan jadi seleksi automatik. Namun yang penting ialah pemain serangan harus mengekplotasi benteng Newcastle yang dibelenggu kecederaan. Tapi awas, goli mereka amat hebat dan setakat boleh biasa-biasa jangan harap boleh masuk. Oleh itu saya tak harap Liverpool boleh makan Si Murai dengan mudah. Jika goli mereka dapat ditumpaskan maka gol-gol akan berciciran, tapi jika beliau jadi isim macam goli Blackburn minggu lepas, gigit jari pasukan kita.




Dec 29, 2011

PENANGAN JARI TENGAH


Dek kerana mengacukan jari tengah tanda selamat tinggal kepada peminat Foolham, Suarez telah dibenarkan berehat satu perlawanan oleh FA England. Maka dengan itu Mat Suarez akan melihat aksi Carroll dan kawan-kawan dari bangku simpanan dan ianya akan menginsafkan Suarez betapa jari tengah yang digunakan untuk korek taik idung akan bawa sial jika ditujukan kepada salah tempat.

Dec 27, 2011

LIVERPOOL 1-1 BLACKBURN



Badi Liverpool dengan pasukan corot masih belum pulih. Blackburn sangat bernasib baik kerana mereka memperolehi gol ehsan dari Adam yang menjaringkan gol sendiri. Adam sepatutnya menggunakan kepala untuk keluarkan bola dari keadaan bahaya. Nasib baiklah Maxi menyelamatkan kemaluan Liverpool dengan gol tandukan. Kemasukan Gerrard memberikan sinar kebahagian namun beliau masih berkarat dan perlu masa perlawanan untuk lebih cergas. Tapi Liverpool juga bernasib malang apabila sepatutnya mendapat penalti akibat maxi dijatuhkan tetapi penjaga garisan memberikan offside. demm

Fokus mimggu ini adalah Carroll yang cukup tak bernasib baik apabila mempunyai banyak peluang tapi dihalang oleh bek Blackburn yang kental dan goli mereka yang begitu terbaik. Saya nampak Carroll makin bersemangat cuma dia sendiri lebih yakin kepada diri sendiri. Lihat macam Lucas, setelah sekian lama tebal muka dan tahan telinga mengharungi kutukan dan boo dari peminat akhirnya Lucas yang terbaik muncul juga sehingga beliau menjadi toggak utama kita.  Malah kehilangan beliau ditangisi kerana nampak sangat Liverpool lumpuh kerana beliau.

Selepas ini saya mungkin tak menyempat nak tengok lawan Newscastle dan mungkin akan tulis entri ala kadar dengan Talipon bimbit saja. Tapi harap di Hanoi sana ada siaran langsung di Hotel penginapan atau capaian internet yang memuaskan untuk layan perlawanan Liverpool sepanjang berada disana.


261211 by thekopinth

Dec 25, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL


Selamat menyambut perayaan krismas buat pembaca/peengikut blog Liverpoolkita yang beragama Kristian diluar sana. Buat yang bukan kristian selamat bercuti dan makan kenduri.

Dec 24, 2011

LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN

Semasa lawan Wigan ramai yakin kita boleh balun mereka sampai ada yang bajet sampai 4-0. Tapi atas kertas dan kedudukan liga bukan penentu samada kita boleh tibai pasukan corot sesuka hati. Kita boleh tengok pasukan teratas lain tibai mereka tanpa belas kasihan, tapi bila tiba giliran kita, realitinya pasukan kita tak mampu buat seperti mana pasukan elit lain. Banyak faktor yang mendorong kepada persembahan flip-flop, tapi ianya adalah penyakit yang belum berjaya disembuhkan oleh Kenny.

Giliran Blackburn pula untuk menunjukkan aras prestasi kita. Kedudukan Blackburn berada dizon penyingkiran dan pastinya mereka bekerja keras untuk keluar dari masalah itu. Hanya beberapa pemain yang menonjol dalam pasukan mereka. Yakubu adalah pemain bahaya yang sering menjaringkan gol walaupun Blackburn tewas kepada pasukan lain. Pemain kreatif dari Norway, Pederson amat berkualiti namun kecederaan buatkan beliau berputih mata dari dipancing oleh kelab besar. Tapi pemain yang saya nampak boleh dibawa ke Anfield ialah Chris Samba, bek mereka yang cuba dibida sebelum ini oleh Arsenal. pemain lain bagi cukup korum sahja.

Selepas prestasi kurang sempoi di Wigan, saya tak pasti bagaimana corak taktikal yang akan digarap oleh Kenny dan Clarke. Apa yang penting semua pemain kena tingkatkan persembahan masing-masing, tanpa harapkan Suarez yang mungkin bakal berehat panjang selepas ini. Kalau boleh saya nak tengok permainan rileks dan lebih teratur. Tak perlu nak kalut-kalut hantar bola keatas kerana risiko nak kantoi boleh makan diri. Sebab itulah saya harap sangat Kapten Gerrard boleh pulih secepat mungkin sebab pemain kian tiada dispilin taktikal sejak ketiadaan Lucas. Saya tak mahu nak ulas panjang sebab sebok nak kemas barang nak out-staion ke Veitnam hujung bulan ini. Oleh itu Liverpoolkita mungkin akan offline mungkin sehingga tengah Januari jika tak mampu nak online semasa di Hanoi. Harap maaf atas sebarang kesulitan.

Dec 22, 2011

LIVERPOOL 0-0 WIGAN




Bukan nak kutuk pasukan sendiri. Ini perlawanan paling buruk aku tengok. Paling sial pula lawan pasukan cikai cap ayam yang pasukan lain boleh buli macam budak sekolah. Dari sepak mula sampai habis aku heran pasukan kita tak ada kesabaran nak kawal bola dan main dengan lebih cermat.Peluang separuh pertama lebih banyak dari separuh kedua. Tapi separuh kedua lebih menyiksakan kerana Adam yang cekap bab penalti telah kantoi dari coba memasukan bola kedalam jaring. Maaflah aku cakap kalau main selalu macam ni, bukan setakat boleh seri, silap-silap boleh bungkus walaupun kena dengan pasukan lemah.

Kesemua pemain nampak keliru dan saling tak mahu bekerjasama. Kenny sekaranng memang akan bermasalah jika tak ubah mentaliti pasukan setelah ketiadaan jeneral padang macam Lucas. Dengan bakal ketiadaan Suarez dan kena cari pengganti Lucas, perpindahan Januari amat penting untuk mencorak halatuju Liverpool samada boleh kembali dalam kelompok saingan tempat ke-4 atau kena tinggal dengan pasukan lain. Cabaran selepas ini Blackburn dan saya harap takmahu tengok permainan kelam-kabut macam ini lagi. Kenny kena buat sesuatu dan pemilik juga perlu bantu dengan berikan dana bagi perpindahan Januari.


szólj hozzá: adam[Matchhighlight.com]




Dec 21, 2011

RASIS OH RASIS



Kisah sebenar rasis sebenarnya berpunca dari Evra. Dalam pergelutan berebut bola dan Evra kantoi dan buat-buat kena tolak padahal jelas Suarez tak cuit pon mamat itam ini. Tengok cara dia mngerang macam lutut dah tercabut lepas tu tiba-tiba bangun sihat macam cilanat. Oleh kerana ditipu dengan lakonan Evra yang licik Suarez bersurah supaya Evra jangan buat perangai budak-budak dan disinilah ayat Negro ditimbulkan. Tindakan Suarez untuk menjelaskan cerita ini dalam bahasa latin padahal Evra sepatah haram tak faham. macam itik cakap dengan ayam. Cuma yang dia tangkap perkataan Negro sahaja.

Tapi sebenarnya cerita Rasis Evra ini tak pernah padam sejak dari awal dia di EPL. Dia pernah cari pasal dengan hero Kopster Finnan, tapi tak relevan menurut polis. Tapi nasib beliau tak macam kes Finnan apabila cari pasal dengan Betthel, penjaga padang Chelsea. Dia kalah kes dan telah kena gam 4 perlawanan dan denga 15k pound. Dan yang terbaru dengan Suarez, pula kali ini Evra telah berjaya dengan memberikan rehat 8 perlawanan dan denda 40k kepada Suarez. Walaupun begitu pihak Liverpool masih boleh merayu dalam tempoh dua minggu ini, kalau tak perlawanan malam ini dengan Wigan adalah perlawanan terakhir Suarez dengan kita untuk tahun 2011.

Kisahnya disini adalah rasis dalam bolasepak amat dibenci semua dan saya sendiri tak suka pemain yang suka ejek pemain lawan terutamanya Pak Itam. Namun dah jadi tren bagi setengah pemain yang suka ambil kesempatan atas benda sensitif ini untuk menjatuhkan karier pemain lain. Macam kes Yahudi, mereka main kempen Holocaut tentera Nazi dan Anti-Semitik padahal mereka adalah pembuli no. 1. Jadi ruang untuk memanipulasi keadaan diambil oleh Evra dan pihak FA england pula ada ramai kroni Man U, seperti yang didedahkan oleh krew Liverpoolkita, Ijat yang menerjah perangai buruk FA England.

Oleh itu ketiadaan Suarez nanti bakal memberikan pukulan keras kepada Liverpool. Bohonglah kalau saya cakap yang kita boleh pergi jauh tanpa kelibat Suarez selepas ini. Tempias kehilangan Suarez memang terasa kerana Carroll memang tak boleh harap. Cuma kita ada kuda tua seperti Kuyt dan Bellamy untuk mengharungi 2 perlawanan lagi sebelum pintu perpindahan buka. Selepas ini saya harap Pemilik kena buka buku cek untuk beli atau pinjam pemain penyerang yang setara dengan keupayaan Suarez.

Dialog rasis:

Evra said "Don't touch me you South American" apparently.
And Luis the said "Porque Negro?" Which mean "Why. Black man?"


Alihbahasa
Evra: Jangan sentuh aku mamat Amerika Selatan.
Suarez: Aper hal pak Itam?

Sapa yang memulakan? kenapa Evra tak dikategorikan Rasis.

Dec 20, 2011

LIVERPOOL LAWAN WIGAN



Menjelang Hari Krismas dan Tahun Baru 2012, jadual padat perlawanan Liga Perdana bakal bermula minggu ini. Hanya selepas 3 hari menentang Aston Villa pasukan kita akan kembali ke arena menetang Wigan rabu ini. Nasib baik Wigan dengan Liverpool tak jauh, pemain tak terasa letih nak ulang alik. Tapi yang penting kebanyakan pemain yang sedia ada tak cedera dan dikhabarkan Kapten Gerrad sedang menjalani latihan intensif di Qatar untuk pemulihan beliau.

Wigan boleh dikatakan pasukan cikai yang sedang bergelut dizon penyingkiran, tapi mereka juga boelh bagi kejutan macam yang terjadi kat Chelsea minggu lepas. Boleh dikatakan pasukan mereka tak ada bintang , cuma beberapa pemain yang boleh diharap dan masih belum suruh ajen cari kelab baru januari ini. Tapi apa yang saya takut, macam musim lepas masa jumpa Chelsea kita tibai 2-0. Ingat boleh kicapkan Wigan. Tup-tup kita pula kena kicap bila Rodalega bubuh gol. Oleh itu Wigan jika tak dikawal betul-betul boleh kasi malu kita balik.

Oleh karena jadual padat dengan perlawanan banyak, maka ruang untuk tukar-tukar pemain dan formasi mungkin akan kita lihat. Kecuali Suarez dan Adam serta 4 bek dan goli ksemua tempat boleh diganti-ganti. Kuyt, Maxi dan Carroll mungkin diberi peluang tetapi bergantung kepada kerja rumah Kenny dan Clarke. Walaupun ramai yang tak mahu bagi Carroll main, tapi bagi saya lawan cikai macam ini kita boleh ambil risiko letak Carroll. Tapi kalau takmau ambik risiko dan takmau sakit jantung tengok Carroll main baik simpan dan boleh bagi Carroll main hujung permainan.

Liverpool telah dilabel pasukan lambat panas. Dan hasilnya baru nampak pasukan kita kembali dalam perlumbaan sengit dengan Chelsea dan Arsenal untuk memburu slot Juara-Juara Eropah. Untuk kembali tak terkeluar dari pencabar, formula penting yang amat mudah adalah kena kutip 3 mata penuh dari pasukan cap ayam. Main buruk macamana pun tibai palang banyak kali manapun, kena cuba masukkan bola kedalam jaring lawan sedaya mungkin. Sebab itulah jangan dok harap Suarez sahaja pemain lain kena cari ikhtiar juga. Maka kesimpulannya ialah saya yakin Wigan akan senasib dengan Villa kerana enjin kita dah kian panas untuk terus merempit mengatasi lawan kita.




Dec 19, 2011

LIVERPOOL 2-0 ASTON VILLA



Nak tulis apa? aku tak tengok perlawanan semalam sebab kena pi OT. Takat tengok tulisan dan livescore. Tapi baca ulasan dari blogger lain dan berita sukan ramai yang puji corak permainan. Tapi yang saya muskil, macamana Shevley terus dapat kesebelsan utama. Tak sangka pertapaan beliau di Blackpool nampaknya berhasil. Suarez masih berjaya menjadi juara sepak palang dan menaikkan carta Liverpool dengan 15 kali tembak palang musim ini. Gandingan Skrtel dan Agger kian buat Carragher tersisih dan Carroll masih dibangku simpanan. Apa pub saya makin optimis yang pasukan kita boleh cilok slot Liga Juara-juara jika persembahan sebegini jadi tabiat permainan kita.


szólj hozzá: av0-2l

Dec 16, 2011

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA



Saja saya letak wallpaper Downing semasa dia jadi pujaan di Villa Park. Semasa disana dalam tempoh dua musim Downing memang berhantu dan antara pemain hebat Aston Villa. Perpindahan dia ke Anfield awal musim ini tak ada kontroversi dan Villa tersenyum riang pabila kocek penuh dengan bayaran hampir 20juta pound. Susah nak cakap pasal perpindahan ini. Sebab apa Liverpool beli dia untuk lengkapkan formasi kerana tak lengkap tak ada pemain sayap yang boleh melakukan hantaran lintang kat Carroll. Tapi akhirnya sampai setengah musim Carroll pun melingkup dan Downing terpaksa kena ubah corak permainan.

Mukadimah panjang lebar tentang Downing adalah sempena kembalinya bekas wira Villa itu yang akan menetang kelab lamanya. Selalu pemain yang blah dari kelab lama akan kembali menghantui kelab lamanya. Dia akan main bagus untuk ejek bekas kelab lama. Villa mungkin tak endah semua itu kerana mereka memang lumrah sebagai kelab pembekal pemain kepada kelab besar sejak dari dahulukala. Namun apa yang Liverpool harus ingat ialah prestasi Villa semenjak dua menjak kian meningkat. Maknanya pasukan kita akan hadapi tugas getir macam perlawanan menentang Fulham sebeum ini.

Kehebatan pasukan mereka yang saya nampak ialah permainan pantas dan pemain tengah mereka begitu dinamik untuk menggerak serangan terus ke pemain sayap. Lagi satu Darent Bent adalah senjata merbahya yang amat lapar depan gol. Dia dibantu oleh Agbonlahor serta bekas hero kita Heskey. Tapi yang paling bonus ialah rata-rata pemain Villa banyak dibarisi oleh pemian muda yang bagus seperti Barry Bannan, Marc Albrigton dan Ciaran Clark serta Fabian Delph. Jadi buat masa mereka ini dalam proses pembelajaran dan bakal meletop 2-3 musim nanti.

Berbalik kepada pasukan kita. Saya harap kesebelasan macam lawan QPR dikekalkan. Tak perlu nak ejas formasi dan taktikal kerana rata-rata pemain kita bermain dengan begitu baik sekali kecuali penyudah yang lemah sekali. Suarez walaupun amat hebat dengan gerakan licik dan luar jangka namun agak kuncai depan gol. Sebab itulah pemain lain perlu pandai baca gerakan Suarez dan kena duduk dalam posisi terbaik untuk terima hantaran dan seterusnya buat percubaan. Sebab itulah kita kena suruh pemain tengah untuk mengerumun dalam kotak penalti apabila pemain sayap sedang berada dalam situasi hendak melakukan hantaran.

Gandingan Henderon-Adam tak macam Lucas-Adam. Kedua-dua mereka tak pandai memecah serangan lawan jadi apa yang perlu buat ialah kena kalau boleh jangan biar bola dikuasai pemian tengah lawan. Buat macam lawan QPR tempohari dari awal kita asak dengan serangan dan juga asakan dari atas. Janji pemain Villa mati akal untuk kawal permainan dari tengah dan alamatnya mereka akan lambung bola terus kepada penyerang atau pemain sayap. Itu perkara yang senang di setel oleh bek kita yang dibarisi oleh Enrique, Agger, Skrtel dan Johnson. Namun mereka berempat perlu waspada dengan pemain sayap laju Villa silap haribulan kena kantoi nak kejar mereka.

Jadi perlawanan ahad nanti boleh dianggap 50-50 melihat prestasi terkini pasukan kita yang tak mampu nk sumbat gol banyak-banyak serta Villa yang kembali tunjuk taring dengan kemenangan minggu lalu. Oleh kerana kali ini kita bertandang ke Villa Park yang mempunyai badi sial sebelum ini saya anggap kita boleh menang tapi dengan kelebihan satu gol tak lebih dari itu. Peminat lain macamana? Ada pendapat lain

Dec 15, 2011

PEMAIN MURAH YANG MANTAP

Saya tak berani cakap yang pemain bagus kelab kecil tak boleh meletop dikelab besar . Walaupun banyak kes berlaku kepada kita contoh terbaik ialah Penant, Konchesky, dan banyak lagi pemain yang telah dilupai, mereka ini tak berupaya beraksi baik sebaik aksi mereka di kelab lama. Namun tak semua pemain yang dari kelab bawah tak bagus. Gary MacCallister adalah permata dalam lumpur yang dijumpai Houllier dan Thompson dan menunjukkan usia dan prestasi mantap pemain itu tetap dalam kedudukan terbaik.

Sekarang susah nak cari pemain sebegitu. Kalau ada Kenny dan Comolli takkan ambil punya sebab polisi nak tiru Arsenal telah diciplak. Contoh terbaru ialah Scott Parker. Saya ingat sejak dari djaman Houllier lagi kita asik terlepas pandang akan kehebatan pemain berkaliber ini. Selepas dia terabai dari Chelsea kita masih tak mahu cuba ambil risiko akan pemain yang didik oleh Alan Churbisley ini. Beliau membawa diri ke Newcastle dan West Ham. Musim lepas setelah West ham jatuh kita masih tak ambil pot nak berebut dengan Spurs untuk gantikan Poulsen.

Seorang lagi pemain yang saya rasa boleh kebas dengan harga yang murah ialah Matheaw Etherington dari Stoke. Kalau sesiapa selalu main Fantasy Football mesti ambik pemain ini punya. Kehebatan beliau ialah dia main sayap tapi pandai buat gol. Ingat macam siapa? Andy Carroll. Salah. Macam Maxi Rodriguez la. Dia juga pernah mengalami suka duka jatuh bangun dan direjek dari Spurs tapi moral beliau tinggi dan sekarang dia antara pemain sayap yang efektif dalam liga perdana. Downing pun tak mampu konsisten macam beliau.

Saya tak harap Kenny ambil beliau, tapi itu adalah contoh bagaimana Scout atau pencari bakat kena kerja keras bukan makan gaji buta. Yang tahu nak cari Wonderkid saja padahal berlambak pemain budak-budak yang tak mampu jadi seperti dalam permainan ChampionShip Manager. Sejujurnya saya tak harap langsung kebolehan Comolli yang namapk macam bagus, tapi habuk pun tarak.

TORRES KEMBALI?



Benda mengarut macam ni kadang-kadang membuatkan ramai hilang pedoman sehari dua ini. Macam tak percaya Chelsea mahu diskaun hampir 30juta pound untuk jual bekas pemain kita kepada sesiapa yang berminat. Tiba-tiba riuh rendah yang Liverpool akan kembali mendapatkan bekas hero kita itu mentah-mentah. Saya harap peminat jangan terlalu bernostalgia macam macam kerana orang yang buat palat kat kita masa kita susah, tiba-tiba nak kita sayang kembali.

Torres tak sama macam cerita Ian Rush. Benar Ian Rush pernah buat onar dan blah ke Juventus. Tapi ianya setelah Liverpool dan Rush telah memenangi berdozen-dozen medal Liga, Eropah dan Piala tempatan. Rush cuba nak cari angin luar bukan menyerah diri kepada musuh kita. Malah kembalinya Rush Liverpool dah tak macam sebelumnya. Tambahan pula Era kejatuhan dibawah rejim Souness. Jadi cerita kembalinya Rush ke Anfield tak boleh dijadikan modal untuk disamakan dengan Torres.

Masalah kemandulan Liverpool depan gol memang perlu diubati. Tapi bagi saya Torres bukan penyelesaian mutlak. Memang rekod beliau di Anfield adalah terbaik dan beliau adalah penjaring gol sensasi dan banyak kali jadi penyelamat sebelum ini. Tapi adakah dengan mental dan fizikal beliau di Chelsea yang saya nampak macam krosot dan hilang punca dapat di ubah serta merta oleh Kenny. Agak mustahil mungkin mandi bunya tujuh baldi pun belum tentu dapat buang siyal beliau di Stamford Bridge.

Lagi satu saya percaya pihak Chelsea juga tak mahu ambil risiko menjual kepada saingan mereka yakni kita. Banyak kelab OKB macam PSG, Malaga atau Azhi Machamclaka yang lebih ingin cari penyerang hebat macam Torres. Jadi itu saya harap cukup setakat ini cerita Torres dengan mitos untuk kembali ke Anfield




Dec 14, 2011

PEMBELIAN AWAL TAHUN

Pintu perpindahan akan buka macam sekolah nak buka Januari ini. Liverpool perlukan 2-3 orang pemain untuk melengkapkan skuad kita yang nampak agak bermasalah dalam beberapa perkara. Ketiadaan Lucas serta barisan depan yang tumpul menjadi tajuk perbahasan dimana-mana blog atau forum peminat. Ianya juga menjadi titik tolak kepada prestasi dan kedudukan terkini pasukan kita.

Saya tak anggap pasukan kita perlu pecah tabung untuk beli pemain hebat. Cukuplah sekadar pemain yang boleh buat kerja dan kalau boleh dapatkan dengan pinjaman, kita pinjam dulu. Banyak pemain tengah bertahan yang boleh dipinjam seperti Diarra dari Real atau Keita dari Barca. Kalau ada duit lebih boleh beli balik Mascherano dari Barca atau Xabi dari Real, itupun kalau Tokey Liverpool nak melabur lagi.

Krisis kemarau gol makin memuncak kerana Carroll tak menjadi dan Suarez pula main lebih kepada pemain sayap berbanding dan banyak kali terlepas peluang. Jadinya selepas ini kita pasti dengar desas-desus yang penyerang ini penyerang itu bakal dikaitkan dengan kita. Soldado dari Valencia, Leandro dari Internacional serta Fletcher dari Wolves antara calon menurut berita.

Apa pun yang terjadi dalam perpindahan januari nanti diharap yang terbaik hendaknya untuk pasukan kita kerana Kenny yang bakal dibantu Comolli bakal mencari pemain yang sesuai dan nilai yang berbaloi. Dengan ini pihak Liverpoolkita akan mengetengahkan cerita atau desas-desus perpindahan januari yang mana dirasakan sesuai dan masuk akal.

Dec 13, 2011

MAXI BAWA TUAH



Kenapa semua peminat sukakan Maxi Rodriguez. Adakah kerana dia dibeli dengan Harga 35juta pound. Jawapannya ialah Maxi adalah pemain diam-diam ubi yang bermain hebat jika diberi peluang dan tak banyak songeh jika dibiar dibangku simpanan. Cuma kita bernasib baik Maxi sanggup kekal sebagai pemain simpanan, kalau pemain lain contohnya Miereles atau Benayoun, mesti cepat-cepat minta ejen cari kelab lain.

Lagi satu cerita yang bukan mitos, ialah Maxi pemain hebat. Kalau tak hebat masakan dia dah mempunyai 50+ bermain dengan Argentina. Ingat Argentina bhai, bukan Jamaica. Malah di Atletico Madrid, dia masih pemain utama cuma kecederaan membuatkan dia disisihkan dari skuad utama. Nasib baik Pak Rafa dapat pujuk Maxi dengan menggunakan Torres untuk mengayat Maxi ke Anfield. memang berbaloi.


Tengok gambar diatas. Bulatan itu adalah lubuk yang dimasuki Maxi apabila dia pandai mencari ruang hasil hantaran Kuyt. Nasib baik goli QPR sempat kantoikan Maxi.


Ini lagi satu. Suarez memang cam biasa akan poyokan bek lawan tapi lihat Maxi yang berada ditengah-tengah. Siapa pun tak jaga dan dia juga pandai pilih pot baik untuk terima bola dari rakan.

Kesimpulan ialah Maxi kena main sampai pemain penyerang atau sayap yang hebat yang boleh gantikan beliau. Downing masih perlu belajar dari Taiko Maxi bagaimana nak jadi pemain sayap serbaguna dan serbaboleh lagi boleh diharap.

Dec 11, 2011

LIVERPOOL 1-0 QPR



Tak dapat nak sorok rasa gumbira walaupun menang tipis 1-0 keatas QPR. Berbaloi pecut 140km/h dari Kuala Sepetang ke Penang dan nyaris dapat surat saman sebab rodblok kat Tol Juru. Sampai rumah, Liverpool dah taruh 1-0 hasil gol tandukan Suarez. Cun shiyal. Tak sangka ayam katik boleh tanduk gol cenggitu dan pasti Carroll jeles tak hingat.

Saya dah cakap, Maxi macam bawa tuah musim ini. Walaupun separuh kedua saya tengok peluang dia nak buat gol banyak yang lepas, tapi gerakan beliau dan Suarez dan Kuyt nampak serasi bersama. Adam juga adalah pemangkin gol dan serasi dengan Henderson ditengah. Cuma Skrtel diakhir masa nak buat palat kerana menerajang dada Faurlin, nasib baik Mason boleh kawtim.

Pasukan kita naik setakak ke tangga ke 6 , potong Newcastle yang bagai dilambung ombak di kantau Norwich 4-2. Itulah cakap kecelakaan musuh rezeki kita. Newcastle dah hilang separuh pemain utama kerana cedera dan saya tak dapat bayangkan jika nasib malang sebegitu menimpa kita. Mintak simpang malaikat 44. Beza dengan Chelsea dan Arsenal hanya 2 mata, tak ada masalah nak ligan kecik punya hal.

Cuma saya rasa selepas ini Kenny kena insaf dan menurunkan pemain yang benar-benar terbaik. Pedulikan tohmanhan orang, Carroll mungkin meletup masa depan,cuma dia kena ambil contoh Dzeko Man City, belajar dari bangku simpanan. Apa pun perpindahan januari dah nak buka mungkin sorang dua pemain boleh dipinjam untuk isi tempat Lucas dan penyerang prolifik. Calon saya ialah Keita dari Barca dan Olic dari Bayern, walaupu tua tapi masih bergetah.




Dec 9, 2011

LIVERPOOL LAWAN QPR

Renjer Taman Permaisuri kalau di alihbahasa dari nama asal Quuen Park Rangers. Mungkin pasukan ini ditubuhkan oleh Renjer Hutan atau Polis Hutan sekitar Istana Buckingham. Tanya Tony Fernandes mungin dia tahu sebab dia sekarang pemilik kelab Utara London itu. Saya terperasan yang kelab itu pernah berada di EPL sehingga pertengahan 90an tak silap dan selepas itu ghuyup dibawa arus ke Divisyen 1. Pernah dengar Trevor Sinclair? Itulah satu nama yang saya ingat dalam kotak minda apabila kembali mengenang lipatan sejarah saya mengenai QPR.

Neil Warnock adalah hero yang membawa QPR naik ke singgasana (EPL) dari Liga Kejuaraan dan Adel Taarabt pula adalah ayam tambatan mereka. Yang lain bagi saya hanya bagi cukup korum. Musim ini mereka berambisi sekali dengan membeli pemain EPL yang berpengalaman seperti SWP, Luke Young, Anton Ferdinand dan Barton. Sasaran awal mereka hanya untuk elak penyingkiran , namun prestasi terkini agak bagus kerana mereka dipertengahan liga. Corak permainan mereka tak dipastikan kerana perisik Liverpoolkita belum pernah tengok mereka main selepas zaman Trevor Sinclair dulu. Dengar cakap orang mereka main laju dengan formasi 442.

Selepas sedih dengan ketiadaan Lucas, kesedihan bertimpa dengan kad merah Spearing. Aduyai, satu demi satu bala menimpa kita. Tak cukup dengan itu Suarez pula tunjuk jari tengah kat peminat Fulham. Musim ini serba tak menjadi kerana sindrom buang mata dengan pasukan cikai masih diwarisi dari Rafa dan Hodgson. Pelaburan hampir 100 juta pound beli pemain masih belum terbayar dan hanya untung sekitar 25 persen dari Suarez , Adam dan Enrique. Carroll dan Henderson, Downing masih tercari-cari rentak.

Saya sikit terkilan dengan Kenny. Dia terpaksa pertaruhkan Carroll padahal, dia tahu budak itu masih belum serasi dan masih perlu belajar dari bangku simpanan. Acapkali juga guna Henderson dikanan padahal budak cerdik itu lebih cun ditengah. Downing masih lagi misteri, main nampak sempoi tapi tak ada hasil samada melalui bantuan gol nak buat gol sendiri lagi la hagham. Pemain yang saya maksudkan diatas bukan tak bagus tetapi kadang-kadang mereka masih belum mencapai tahap yang diharapkan kerana apa adik abang? Kerana kita beli mereka dengan harga yang mahal itu saja. Macam kita beli keta Honda City tapi bawak rasa macam Proton Saga berbaloi ke idak?

Tak mahu berleter panjang, yang sudah perlu diambil pengajaran . Untuk lawan QPR skuad terbaik mesti diturunkan. Maknanya perlu turunkan 4 sekawan, Maxi, Bellamy, Suarez dan Kuyt lah apalagi ber. Adam dan Henderson main tengah, pedulikan takada pemain tengah bertahan, sebab kita perlu main serang Kamikaze. Biar berbakul gol bolos tapi kita pon tibai pasukan lawan berbakul juga dan yang penting main untuk 3 mata. 4 bek terbaik minggu lepas biar kekal, jangan cuba-cuba nak ambil hati Carragher takut merajuk. Yang penting Reina perlu lebih cermat kerana QPR punyai ramai penembak jarak jauh macam Fulham.

Akhir sekali hanya kemenangan yang dipinta untuk perlawanan nanti bagi mengembalikan pasukan kita untuk cabaran kelompok 4 terbaik yang masih boleh bersaingan dan tak tertinggal jauh lagi. Saya rasa kita boleh menang tapi dengan margin sedikit. Anda pula bagaimana?

Dec 8, 2011

Dec 6, 2011

LIVERPOOL 0-1 FULHAM



Hanya tiga perkara utama yang saya ingin fokuskan dan saya rasa ianya merangkumi semua persoalan kenapa pasukan kita boleh tewas kepada Fulham.

PERTAMA - Andy Carroll memang tak efektif dan kita perlu cari penyerang yang lebih prolifik. Nak bagi peluang macam mana lagi kerana bermain dengan Liverpool (baca bukan Newcastle), pemain kena tunjukkan perstasi terbaik bila diberi peluang. Lagipun keserasian Carroll dengan unit serangan lain seperti Suarez dan Bellamy tiada kesenambungan. Acapkali bila kita nak main bola pantas dalam gol Carroll lambat berada dalam posisi terbaik.

KEDUA- kehilangan Lucas memang dirasai. Pengganti beliau Spearing memang belum boleh jadi pengganti otomatik. Nasib beliau tak baik apabila pengadil memberikan kad merah atas terjahan kepada Dembele. Jadi ketiadaan Spearing dalam 3 perlawanan selepas ini pasti memeningkan kepala Kenny. Saya rasa kena berikan peluang kepada Shevley atau gunakan Conor Coady yang masih mentah. Tapi saya ada satu idea gila, letak Kuyt jadi pemain tengah bertahan. Ada berannnnn....

KETIGA- Tuah kita musim ini agak kurang berbanding pasukan lain. Menurut rekod OPTA pasukan kita paling tertiggi percubaan kena tiang dan palang iaitu dengan 12 kali. Kalau masuk contohnya separuh dari percubaan itu saya rasa nasib kita tak sepalat sekarang.

Dec 2, 2011

LIVERPOOL LAWAN FULHAM



Agak lewat perlawanan minggu ini lawan Fulham. Ini kerana pasukan mereka lawan Piala Europa semalam. Nasib mereka tak baik bila tewas tipis kepada Twente 1-0. Harap sial dari Belanda dibawa balik bersama senin ini. Martin Jol mungkin boleh bangga apabila seri dengan Arsenal minggu lepas, tapi minggu ini dia akan silap banyak. Walaupun ketiadaan Lucas, saya rasa Kenny akan mengubah corak taktikal dan permainan pasukan kita kerana panglima tengah kita Lucas dah kiok.

Saya harap sangat kekalkan barisan pertahanan, cuma rombak balik barisan depan. Carroll boleh simpan balik sebab, Hangeland akan buat pemain tocang itu makan rumput tak kira bola atas atau bola bawah. Cuma Suarez boleh ajar kapten Fulham ini sampai terkendon lutut. Jadi Bellamy dan Maxi serta Kuyt mesti diserap semula untuk bantu Suarez. Corak permaian bola tinggi boleh simpan, kita kena tekan pasukan mereka dengan serangan pantas serta hantaran pendek dalam kawasan mereka.

Ketiadaan Lucas, Adam bakal mempunyai gandingan baru ditengah. Banyak pemain boleh isi slot itu. Kalau nak main ala Barcelona kita boleh letak 3 ditengah dengan Adam, Henderson dan Spearing. Kalau nak main corak menyerang Adam Spearing dah cukup, tapi agak berisiko kerana Spearing belom serasi dengan Adam dan eksperimen ini 50-50 lagi. Kalau nak lebih mencabar gandingkan Adam dengan Henderson sebab saya nak tengok pemain remaja England itu boleh bawa diri dan mampu jadi sebaik Gerarrd.

Lawatan ke Craven Cottage adalah untuk misi 3 mata penuh. Sementara boleh kejar tempat ke-4, pemain harus tekan Fulham habis-habisan. Saya macam nampak berat nak ke seri saja, tapi kalau ada rezeki dan Suarez boleh buat majik macam musim lepas. Pasukan kita boleh pulang bawak lauk bekal dari sana. Namun kali ini cabaran kita lebih getir tanpa abam Lucas serta prestasi barisan penyerang yang agak tumpul.

FORMASI TANPA LUCAS



Kerana tanpa abam Lucas, semangat optimis dah kurang sikit. Tak apa kita tengok siapa yang akan ganti Lucas dan buat penilaian sendiri lepas lawan Fulham nanti

AKSI COATES LAWAN CHELSEA




Macam lawan Stoke sebelum ini. Coates akan buat silap sedikit mungkin darah gemuruh berhadapan peminat Kopster yang bersorak riuh distadium. Namun selepas aksi bentesan keatas David Luiz, Coates bangkit dan memberikan persembahan yang memberangsangkan. Bola tinggi dia makan semua dan bola bawah dia bahagi-bahagi dengan Carragher untuk dicantas. Maknanya kita sekarang dalam keadaan terbaik dibahagian pertahanan tengah apabila 4 pemain berebut 2 posisi. Buat masa ini biar Agger dan Skrtel jadi pemain utama sebab mereka dah serasi bersama.


Dec 1, 2011

INFO KECEDERAAN LUCAS



Di pahamkan keadaan kecederaan Lucas Leiva amat parah. Beliau akan ambil cuti sakit dalam lingkungan 6 bulan kerana kecederaan lutut yang dialami ketika lawan Chelsea baru-baru ini. Ini bakal mengguggat kestabilan pasukan kita kerana Lucas telah menjadi jentera kekuatan pasukan kita selama ini. Dalam pada itu Jonjo Shevley telah diarahkan pulang awal dari pinjamaan di Blackpool untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Lucas.

Nov 30, 2011

ULANGSIAR PIALA LIGA







PIALA LIGA : LIVERPOOL 2-0 CHELSEA



Pasukan kita telah tempah tempat ke Separuh Akhir Piala Liga dengan kemenangan pagi tadi. Untuk rekod, Liverpool paling klaseman dalam piala yang cikai tapi masih berbaloi dimiliki. Kalau djaman Rafa dan Roy, diteruskan tradisi oleh Kenny juga, pasukan kedua akan diberi peluang disamping beberapa pemain tunjang dikekalkan.

Reina, Enrique, Lucas dan Henderson kekal dari barisan lawan Man City. Bellamy, Kelly, Maxi, Spearing, Carroll, Coates dan Kapten Carragher diberi peluang tunjuk kehebatan. Formasi asal 4-4-2, dengan menggunakan Carroll sebagai pemain sasaran disamping Bellamy diberi tugasan melilau keliling padang untuk jadi penyerang bebas.

Corak permainan Liverpool agak lain dari lawan Man City kerana Chelsea sangat cikai dan tak mencabar langsung, walaupun dulunya mereka amat digeruni lawan. Separuh pertama mereka telah berjaya mengatasi Liverpool 4-0 dalam kutipan kad kuning. Macam biasa Liverpool sungguh berakhlak mulia dan tak mahu menyakiti lawan seadanya. Sampaikan penalti pun, Carroll sengaja tak mahu masukkan kerana mahu jaringan anak jantan yakni gol padang, bukan saguhati pengadil.

Separuh kedua tenaga dan kehebatan Liverpool yang disimpan telah dikeluarkan sepenuhnya. Henderson telah melakukan hantaran cantik kepada Bellamy yang melorongkan bola kepada Maxi yang macam hantu raya, tiba-tiba muncul menyusup untuk menjaringkan gol pembukaan. Tak cukup dengan itu, pagi yang sedih untuk Chelse apabila kekecewaan kedua berselang hanya 5 minit. Kelly menjaringkan gol sulung musim ini apabila menyudahkan hantaran Bellamy.

Dua gol dah cukup untuk buat Abramovich hantar surat rayuan kepada Ancelotti. AVB bukan tak bagus tapi dia kena salin semua kuda tua Chelsea, dan beli semua pemain Spurs. Saya amat kasihan dengan Torres, dia paling tak menjadi semalam dan saya rasa Carroll lebih menonjol dari beliau. Kalau Chelsea tawar harga diskaun 50% untuk beli balik Torres, amat susah nak diterima kerana kepala dia dah biol dan tak boleh nak main macam zaman Rafa dulu.

Jadi amat berbaloi berjaga lewat 3 pagi menyaksikan pasukan kita mara ke Separuh Akhir. Namun harga yang terpaksa kita bayar ialah dengan kecederaan lutuit Lucas. Tak pasti ianya teruk atau tak, namun tengok cara beliau mengerang, macam makan bulan nak sembuh. Spearing calon automatik gantikan Lucas, tapi mana nak sama Abang Lucas seorang. Harap kecederan beliau tak serius hendaknya. Kalau makan bulan kena panggil balik Shevley dari pinjaman hendaknya.

Nov 28, 2011

LIVERPOOL 1-1 MAN CITY



Macam saya tulis sebelum ini, saya cukup optimis yang pasukan kita boleh mengecewakan Man City. Seri dengan mereka pun dah dikira kemenangan kerana pasukan mereka memang saya akui merbahaya. Lagi pula saya lihat barisan permulaan diletakkan Kenny jauh beza dengan terdahulu. Maxi dan Bellamy digugurkan dan memasukkan kembali Downing dan Henderson. Sunnguh licik Kenny kerana saya rasa Man City mungkin menjangka kita akan menurunkan kuda tua lagi.

Awal permainan Man City tunjuk hero. Diaorang dengan Man U, Chelsea dan Arsenal boleh la nak main buli. Tapi pasukan kita mengasak pemain mereka bila ada peluang, namun dengan cara berbudi bahasa dan bersopan santun. Tengok tiada kad diberikan kepada pemain tengah. Padahal dipihak Man City kita boleh nampak Kompany dan Lescott nak tibai kaki Suarez dan kalau boleh nak buat Suarez diusung keluar kalau boleh naik ambulan terus.

Gol pembukaan dihasilkan oleh bek kepala benjol, Kompany akibat sepakan penjuru Silva. Nampak sangat pasukan kita alpa terutamanya Johnson dan Kuyt kelamkabut hingga tertolak sesama sendiri dan mengakibatkan Kompany menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan tandukan lambung dan masuk kedalam gawang. Man City ada peluang nak tambah gol melalui Aguero, tapi Reina dah jadi bek terakhir dan terpaksa keluar dari petak penalti melakukan bentesan terhadap menantu Maradona itu. Fuh lega kalau tidak makan kuah lah kita malam ini.

Rezeki untuk menyamakan kedudukan tak lama. Kali ini Lescott memberikan hadiah kepada Kopster dengan tolong menjaringkan gol bagi pihak liverpool. Sepakan Adam memang boleh dikategorikan hampeh, tapi lebih hampeh lagi mamat rambut pelik itu yang menampan sepakan Adam lalu mengelirukan Hart yang telah terjun kesebelah kiri. Selepas gol itu pasukan kita bukan main berlagak, Man City dah tak keruan lagi hanya terpaksa main hantar bola sana-sini tak berani nak buat lebih-lebih.

Minit-minit akhir barulah nampak pasukan kita macam teringin nak menang. Kali ini Hart macam diresapi saka mawas, bertindak cemerlang menepis asakan kita yang bertalu-talu. Sampaikan bola mustahil untuk ditepis pun dia boleh tepis dengan selamat. Memamg menakjubkan sungguh, penjaga gawang No.1 England ini. Tapi Reina apa kurangnya dia sekali lagi main polis sentri, tapi kali ini dengan Silva. Nasib baiklah bek kita sempat tunggu depan gol. Kalau tak naya.

Kad merah untuk mamat bingai Baloteli memang padan betul dengan perbuatan beliau. Nasib baiklah Skrtel tak cedera teruk disiku Balotelli.

Keputusan seri dengan Man City membuatkan pasukan kita masih boleh berjuang untuk 4 terbaik. Cuma corak permainan seperti lawan Chelsea dan Man City mesti diteruskan. Tak kisahlah kuda tua atau muda yang diturunkan, cuma corak mengasak lawan dari pegang bola adalah terbaik untuk digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Nov 25, 2011

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Saya agak optimis dengan pasukan kita selepas berjaya menjinakkan Chelsea di Jambatan Runtuh. Macam dok selalu bising, pasukan yang kuat ialah pasukan yang bukan sahaja suka menyerang tapi bertahanan dari depan, yakni penyerang sendiri menjadi pertahanan dan menganggu pertahanan lawan. Tengok gol pertama, bahagian penyerang melakukan asakan awal dan lawan terkantoi dan bola dirampas mudah dan apa lagi gigit jari pertahanan Chelsea tengok Liverpool mendahului.

Gandingaan Suarez, Maxi, Kuyt dan Bellamy bagi saya amat agresif dan merupakan barisan serangan yang pantas dan kreatif. Manakala gandingan Suarez, Carroll, Downing dan Henderson lebih kepada corak ortodok dengan pemain melakukan serangan dari sayap dan cari kepala Carroll sebagai sasaran. Saya rasa pasukan kita perlu bermain corak kontinental yang lebih menggunakan pemain sayap kreatif, buakannya cara tradisional British dengan menggunakan pemain sayap untuk melakukan hantaran lintang dari hujung padang.

Walaupun Kenny sukakan corak tradisional 4-4-2 British, namun dia perlu pelabagai corak serangan mengikut lawan. Macam lawan Man City, bek mereka pantas dan kasar, bukan macam Terry dan Luiz yang sorang lembab dan sorang lagi kalut. Kompany dan Lescott memang gandingan mantap tapi mereka juga ada kelemahan yakni mereka suka naik buat perangkap curi ayam (offside) terlalu keatas. Kita nak mengeksploitasi mereka dengan meletakkan meletakkan penyerang pantas yang dapat melepasi perangkap curi ayam mereka.

Amat mudah untuk kita nak memandulkan serangan Man Citeh. Caranya dengan menyekat pemain lincah, keratif serta licik mereka yakni David Silva. Dengan suruh Lucas mengawal Silva ketat-ketat, maka kita mungkin berjaya mengembiri kekuatan Man Citeh keseluruhan, kerana segala pergerakan Silva akan mencetuskan malapetaka untuk lawan. Disamping itu pemain lain juga perlu menggangu pergerakan lawan jika mereka cuba nak pegang bola lama-lama. Dan lebih penting lagi ialah Agger dan Skrtel mesti dikekalkan untuk menapau Aguero dan Balloteli. Carragher boleh simpan lawan Chelsea lepas ni.

Macam saya tulis dipermulaan kalam, saya optimis yag pasukan kita boleh dapat mengatasi Man City jika kena taktik dan pemain sendiri yakin dengan diri sendiri. Man City bukan berani sangat jika datang ke Anfield, mereka akan main macam lawan Napoli sebelum ini. Tak percaya tengoklah nanti. YNWA

Nov 23, 2011

AKSI SKRTEL LAWAN CHELSEA


Jika Carragher pulih sekalipun, saya rasa gandingan mantap Skrtel dan Agger patut dikekalkan. Buat apa nak pisahkan adunan terbaik memandangkan kedua-dua mereka kian serasi. Cuma Carragher bagi saya boleh jadi bekap jika Agger cedera mungkin. Tapi permainan Skrtel kian menyamai Carragher dan saya rasa dia makin mensimen tempat untuk bek tengah dan satu lagi untuk direbut oleh Carragher atau Agger. Apa pun layan klip dibawah , aksi Skrtel menentang Chelsea.

Nov 22, 2011

DETIK KECEMERLANGAN



Gol kemenangan keatas Chelsea amat unik sekali bukan kerana kecerdikan Adam membuka ruang atau kehebatan Johnson melarikan bola dan menghasilkan gol. Mari kita lihat bagaimana ianya bermula dan berakhir.



Suarez masuk dari tengah untuk berinteraksi dengan Downing dan Enrique dan menyebabkan pemain tengah danbek Chelsea terpaksa injak sedikit ke Kanan untuk mengikuti pergerakan Suarez.



Tengok Suarez dan Henderson bermain bola pendek sambil di awasi oleh David Luiz dan Terry. Dalam keadaan itu Kuyt melakukan larian untuk meminta bola. Cole terpaksa mengejar Kuyt untuk menutup ruang.



Lubuk telah dibuka dan Johnson nampak banyak ikan disana. Hanya Moulada yang berada berdekatan. Detik itulah Adam melakukan hantaran lambung kearah Johnson dan selepas itu semuanya jadi sejarah.

Nov 21, 2011

LIVERPOOL 2-1 CHELSEA




Apa demam Kenny menurunkan kuartet serangan yang berbeza dari perlawanan terdahulu. Suarez bergandingan dengan Bellamy dibantu oleh Maxi dan Kuyt yang masing-masing menggantikan Downing dan Henderson. Sekali imbas apa jadah taktikal Kenny turunkan 3 kuda tua untuk apit Suarez, sudah hilang akal kot. Tapi Kenny lebih terre dari sangkaan liar saya. Dia dah skodeng kelemahan Chelsea dan buat kerja rumah kompleks dengan tidak menurunkan Carroll.

Kemasukan Maxi jadi tandatanya. Setelah Downing main baik lawan Sweden, Kenny terus simpan pemain sayap itu dan digantikan dengan Maxi yang saya anggap berkarat. Tak payah nak tunggu lama, Maxi lebih dulu menghadiahkan sejuta penghargaan buat Kenny atas kepercayaan beliau dengan menyumbat gol pembukaan. Walaupun dia sekadar menyudahkan agenda Bellamy dan Suarez, tapi kehebatan Maxi ialah dia akan selalu berada dikedudukan terbaik dalam masa sesuai.

Gol Chelsea jaringan Sturidge bagi saya berpunca dari kesilapan Adam yang gagal menyekat Moluada yang berlarian dari tengah dan melorongkan bola untuk Sturidge. Ini yang kita tak mahu sebab acapkali pemain tengah kurang berwaspada untuk menghapuskan ancaman awal. Takkan nak harap Lucas macam nak mampus kejar bola bila tiap-tiap kali pemain lawan bawak bola. Adam juga perlu lebih agresif walaupun dia hanya mampu melakukan kekasaran tapi lebih awal pemain lawan dihadang, lebih selamat situasi.

Dalam keadaan macam dah takda harapan nak memang, tetiba Adam melakukan apa yang sepatutnya dia pelajari dari kompilasi video Alonso lebih awal. Adam melakukan hantaran tinggi kearah Johnson yang tiada dikawal dihujung kawasan kiri Chelsea. Ashley Cole makan asap dipotong oleh Johnson yang melakukan rembatan leret melepasi lelaki bertopeng Batman. Johnson membuatkan seluruh dunia bertempik kegembiraan apabila Chelsea dah macam takda harapan untuk melawan.

Kemenangan kali ini amat manis kerana Villa Buas dah dijinakkan oleh Kenny dengan satu tindakan drastik yang diluar kebiasaan beliau. Saya anggap Kenny dan Clarke dah temui kembali formula kemenangan pasukan kita. Chelsea bukan tak bagus, tapi nak kalahkan mereka bukan senang jika tiada perancangan rapi. Biar Carroll, Downing dan Henderson belajar dari otai seperti Bellamy, Maxi dan Kuyt. Main kena pakai akal dan kesempatan takkan datang bergolek-golek berkali-kali. Gunakan peluang sebaik mungkin dan tak mustahil misi mustahil melawan Man Citeh tak susah yang disangka. Ameen.


szólj hozzá: Che 0-1 Liv


szólj hozzá: Che 1-2 Liv

Nov 19, 2011

Rahsia F.A England

Kes Evra & Suarez, FA England memutuskan yang Luis Suarez bersalah dalam kes ni.
Saya taknak tulis panjang-panjang. tapi setelah saya pusing, surf, bongkar, dan google.. terjumpa la satu nama ni.. anda nilai sendiri...

"David Alan Gill (born 5 August 1957) is British football executive, currently Chief Executive of Manchester United F.C. and a board member of the Football Association"


You'll Never Walk Alone...!!!

Nov 18, 2011

LIVERPOOL LAWAN CHSELSEA



Rehat dah lama. Jangan cakap pemain, peminat pun dah tak sabar-sabar nak layan EPL kembali setelah lama dok layan perlawanan antarbangsa. Keputusan hampeh sebelum ini lawan Swansea buat ramai kecewa. Sindrom buang mata dengan pasukan ceroi maroi kembali menghantui skuad kita. Entah apa tak kena dengan pasukan kita pun tak faham dibuatnya. Nak salahkan siapa? pemain ? pengurus ? atau salahkan nasib dan tuah yang tak menyebelahi.

Persetanlah semua itu. Yang lepas tak guna dikenang, tapi harus diambil pengajaran. Untuk itu lembaran baru dibuka dengan perlawanan dengan musuh untuk perebutan tangga ke-4 yakni Chelsea. Kita bakal terserempak dengan bekas pemain yang belot yakni Torres dan Meireles. Saya tak heran sangat dengan pemain 2 ini tapi yang harus di ambil pot ialah Juan Mata yang amat licik dan dan gedebe bila pegang bola. Yang lain boleh simpan dalam kocek.

Rata-rata semua pemain utama sihat dan cergas untuk menentang Chelsea. Formasi dan kesebelasan lawan Swansea mungkin kekal bergantung kepada kesihatan Carragher. Kalau Carra dah ok maknanya Agger bakal jadi simpanan semula gamanya. Cuma yang saya harap corak permaian dan taktikal diperlbagaikan. Jangan asyik dok cari kepala Carroll saja atau melorongkan bola pantas kepada Suarez saja. Pasukan lain dah boleh baca corak permainan kita sebelum ini.

Nov 16, 2011

GARY NEVILLE KANTOI



Pemain Setan Merah ini amat membenci Scousers (Liverpool), tapi setelah diselidik oleh pakar salasilah keluarga ternyata Neville berasal dari negeri kelahiran Beatles. Lepas ini beliau takada modal lagi nak kutuk Liverpool dan kita pon taklah nak benci sangat pemain muka ogre ini.

Nov 14, 2011

TENGAH KURANG MEMBANTU



Seorang Lejen Kopster, Steve Nicol telah memberikan pandangan menarik tentang kesangapan pasukan kita untuk sumbat gol. Dia tak salahkan Carroll mahupun Suarez 100 %, kerana terlepas peluang banyak depan gol, tapi masalah pemain tengah agak kurang membantu bebanan untuk jaringkan gol .

Contoh macam lawan Swansea sebelum ni, pemain tengah patut buat ramai dalam kotak penalti bukan hanya harap Carroll keseorangan mencelen bola. Dulu masa zaman Rafa, ada Benayoun, Kuyt dan Gerrard yang menjadi sumber gol tanpa penggantungan kepada penyerang semata-mata.

Lagi satu yang saya nak tambah pemain tengah tak rajin buat cubaan luar kotak. Samada Kenny tak kasi atau mereka memang tak ada kemahuan nak buat cubaan. Macam Kuyt dan Downing pakar rembatan tapi Adam dan Henderson pakar lencongan. Namun mereka tak gunakan kepakaran mereka apabila ada peluang. Cuba banyak kali tak apa, walaupun buang bola tapi peluang nak masuk mungkin ada.

Nov 11, 2011

KELLY DAN HENDERSON MAKIN BAGUS



Pagi tadi saya sempat tonton pasukan remaja England membaham Iceland 5-0. Dua anak muda Liverpool beraksi dalam kesebelasan mantap itu yakni Henderson selaku Kapitan dan Kelly bermain diposisi kegemaran bek tengah. Walapun Hendrson adalah perancang utama dan memang hebat melakukan gerakan-gerakan berbahaya, namun Kelly telah mencuri tumpuan dengan gol klasik yang saya anggap amat cantik meletop. Kelly telah melakukan gerakan samba setelah mencuri bola di kaki pemain Iceland, menggelecek melepasi 2 pemain lawan dan merembat kencang. Setelah melihat aksi mereka berdua daripada letak mereka disebelah kanan ,saya rasa Henderson lebih cocok main ditengah dan begitu juga Kelly.

Nov 7, 2011

LIVERPOOL 0-0 SWANSEA




Amat perit nak tengok sampai habis perlawanan lawan Swansea. Bukan kita tak berusaha tetapi pasukan mereka amat liat bebenor nak disembelih sejak awal permainan. Ketangkasan Goli mereka, Vorm tak harus dipertikai, cubaan kita yang bagus-bagus ditepis bersahaja. Memang pening nak cari jalan untuk menerobos jaring tapi apa yang saya nampak corak serangan kita amat mudah dibaca lawan.

Dengan adanya Carroll banyak bola tinggi dilancarkan namun tak banyak yang benar-benar sempoi untuk beliau. Suarez macam biasa cuma kali ini agak terbatas pergerakan beliau akibat dirantai kemas dan dibayangi setiap kali melakukan pergerakan. Pemain sayap gagal berfungsi memberikan hantaran cantik kepada penyerang dan tugas menyerang dari sayap banyak diambil alih oleh bek sisi. Manakala bek sisi juga terpaksa bekerja keras untuk menjaga pemain sayap lawan yang pantas dan licik.

Pasukan saingan kita kesemuanya mendapat keputusan cemerlang. Pasukan kita kalau masih begini pasti tertinggal untuk persaingan kelompok 4 terbaik. Persembahan flip flop sebegini amat pedih untuk diterima. Namun ianya hendaklah dijadikan pengajaran kerana tiada perlawanan mudah lagi selepas ini.

Nov 6, 2011

SALAM AIDIL ADHA



Kru Liverpoolkita ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dan selamat bercuti.

Nov 4, 2011

LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Minggu lepas kita balun pasukan Burung Tekukur (WBA) dan minggu ini pula pasukan kita akan bertemu pasukan Itik Angsa atau nama dalam IC, Swansea City. Dah berkurun pasukan kita tak jumpa pasukan dari Wales ini. Tak silap dekat 20 tahun. Kenangan mereka dengan Liverpool tak banyak kerana pasukan mereka jatuh melingkup dan musim lepas nasib mereka baik kerana mempunyai pengurus yang berbakat dan bermain dengan corak yang boleh dikatakan agak sempoi bagi pasukan yang baru naik pangkat dari Liga Kejuaraan.

Bagi menghadapi pasukan cikai tapi ranggi macam Swansea, saya rasa Kenny bakal mengekalkan barisan minggu kepas. Bak kata Mat Rempit, "enjin yang dah setting baik jangan dikorek lagi" dan begitulah dengan pasukan kita yang bermain baik perlu dikekalkan kerana mereka dah saling faham memahami antara sesama rakan. Cuma yang perlu disuntik ialah kefahaman taktikal serta motivasi untuk menang.Ketiadaan Gerrard dan Carragher minggu lalu tak menjadi hal dan minggu ini juga saya rasa kita tak gusar dan lebih rela mereka rehat secukupnya.

Walaupun atas kertas pasukan kita memang ada can makan lauk Itik Angsa, TETAPI sejarah dua minggu lepas masa lawan Sang Kenari masih pedih dirasai. Konon boleh ratah rangup isi Kenari, tapi keras juga tentangan pasukan ceroi itu. Oleh itu saya dengan rendah diri takkan rasa pasukan kita boleh tibai mereka dengan banyak gol sangat. Paling banyak pun setakat 3 bijik dan pasukan kita mungkin akan bolos jika Swansea main macam lawan Bolton. Setuju atau tidak ayuh buat tekaan manatahu anda yang bertuah,

Nov 3, 2011

ADIK BOTAK YANG HEBAT



Adik Shevley dah jadi feberet Ian Holloway. Selama dia di Blackpool, dah 5 gol dijaringkan dari 6 penampilan. Sebab itulah ketiadaan Adam tidak dirasakan kerana Shevley dah ambil alih peranan perancang utama. Kalau Shevley main macam gini sampai habis musim, maka musim depan kita tak payah nak cari pemain tengah lagi.

Nov 2, 2011

Impak ‘MAXI’ma



“Maxi, Maxi Rodríguez runs down the wing for me”

Anfield pernah bergema dengan Chant ini.. Catchy and nice to hear. Antara chant yang terbaik. Tapi musim ini tiada lagi kedengaran chant ini. Ini adalah kerana King Kenny lebih minat untuk menggunakan pembelian terbaru Stewart Downing berbanding Maxi Rodriguez. Dengan Craig Bellamy di bangku simpanan saya berpendapat Maxi Cuma disenaraikan sebagai Backup player dalam skuad REDS. Bukti- Maxi hanya bermain 13 minit di dalam saingan liga musim ini. Apakah beliau sudah kehilangan tempat dalam barisan pilihan King Kenny? Adakah usia 30 tahun menjadi penghalang untuk beliau berada dalam skuad King Kenny?

Jika diambil kira dengan prestasi Maxi di penghujung saingan pada musim lepas, Maxi adalah salah seorang pemain terbaik dengan corak permainan nya yang menarik. 7 goals(2 hatrik) dalam 3 perlawanan adalah sesuatu yang terbaekk bagi saya. Maxi akan berlari ke dalam kotak penalty lawan, memenuhi ruang yang ditinggalkan Suarez yang kadangkala membantu sayap atau pun turun ke bawah membantu midfielder ataupun membuka ruang. Larian licik Maxi akan mengelirukan pertahanan lawan yang kebiasaannya mengikat Suarez ke mana saja Suarez pergi. Passing completion yang Maxi lakukan ketika di bawah kendalian King Kenny boleh dikatakan almost perfect. Jarang yang saya lihat tersasar (pada pandangan saya sahaja) Cuma mungkin Maxi kurang ketika melakukan crossing ke dalam kotak penalty. Mungkin sebab mengapa King Kenny memilih Downing sebagai pembekal bola tinggi bagi mencari Carroll yang sedia dengan tandukan di hadapan pintu gol (saya masih menunggu..) . Dan penyudah Maxi juga masih lagi berada di tahap yang terbaik pada saya. Jaringan dari Maxi selalunya satu gol yang menarik. Tidak tahu kenapa, mungkin luck Maxi ataupun memang beliau “di ajar” untuk melakukan rembatan atau plessing yang cantik ketika menjaringkan gol. Jarang saya Nampak gol² “cap ayam” dari Maxi.

Satu lagi kelebihan Maxi adalah kebolehan beliau bermain sebagai pemain penyerang. Maxi akan menjadi rangkaian 3 penyerang bagi menekan pertahanan lawan. Dan dengan 2 penyerang licik (Suarez & Maxi) saya yakin pasti menyukarkan pertahanan lawan mengawal mereka. Nak kawal Suarez sorang pun dah pecah kepala. Ini pulak 2 orang. Konpom pecah peluh. Satu lagi kelebihan Maxi berbanding Downing pada saya adalah Maxi lebih ‘adapt’ dengan Pass n Move, corak permainan tradisi Liverpool. Dan juga tugas seorang flanker adalah terus menekan pertahanan lawan.Juga alternative link kepada pemain tengah untuk mencari penyerang. Selain itu creativity perlu ada sebagai pemain sayap. Contoh terbaik adalah John Barnes. Superb. Maxi ada criteria itu. Biarpun Downing antara watak penting ketika bersama Aston Villa, namun di Anfield beliau masih belum menunjukkan permainan seperti yang kita semua harapkan. KTF.. (Mungkin Downing x cukup panas lagi.. hmm..)

Saya tidak pasti apa yang King Kenny fikirkan. Namun saya percaya beliau dan barisan kejurulatihan lebih nampak apa yang diperlukan dalam tactical beliau. Atau mungkin King Kenny boleh mempertimbangkan kebolehan Maxi Rodriguez dan member peluang kepada beliau sekurang²nya chances to prove a point why he’s still worthy for Liverpool FC... IKKWT

YNWA~

Nov 1, 2011

SUAREZ CALON PEMAIN TERKLASEMEN



Nak menang anugerah berprestij Pemain Terbaik Dunia FIFA ,memang susah kerana bagi saya Messi atau Xavi adalah paling layak. Tapi penghormatan buat pasukan kita kerana Suarez adalah calon tunggal pasukan kita. Dia tercalon kerana pencapaian beliau membolot Piala Kopa Amerika baru-baru ini. Namun saya harap sikit masa lagi setelah pasukan mampu kembali ke Eropah, Suarez pasti akan mampu mencabar Messi untuk gelaran berprestij itu.

HERO HINDUSTAN



Kalau istilah Hero Hindustan dalam filem Bollywood, kita kaitkan dengan seorang manusia hebat yang sentiasa membantu kampung beliau apabila bandit menyerang dan dia akan setel semua dari pencacai sampai ketua samseng. (macam cerita Sholay lakonan Amitha Batchan). Begitulah juga hero hindustan dalam bolasepak dimana pasukan terlalu mengharap kepada individu dan jatuh bangun pasukan bergantung sepenuhnya pemain itu. Itulah yang terjadi kepada pasukan kita semasa era kegelapan hingga terkini.

Sebelum ini pasukan kita terlalu bergantung kepada Gerrard. Graf prestasi pasukan selari dengan prestasi Gerrard. Sampaikan Piala Liga Juara-Juara 2005 dan Piala FA 2006 pun kita takkan mampu meraih jika Abang Gerrard tak naik Syeikh hari itu. Kemasukan Torres selepas pasca 2008 macam peralihan kuasa sang Hero lama kepada hero baru. Torres pula menjadi ikon dan juga nadi utama. Kecederaan beliau memang membuatkan pasukan kita terumbang ambing kerna terlampau mengharap keringat dan kedrat beliau.

Kini hero baru sudah muncul. Suarez datang takkala Torres angkat kaki ke Chelsea. Walaupun dijangka Carroll akan beri impak, kerana pengalaman dan kehebatan di Newcastle dan Suarez pula kecik kemetot dan tak ada ilmu sepak terajang EPL. Namun lain dijangka lain pula terjadi. Suarez beri impak sejak penampilan sulung lawan Stoke Januari lalu, manakala Carroll terkial-kial untuk mencari mukadimah untuk memahami permainan rakan sepermaian.

Sehingga kini dah sedozen gol beliau sumbat. Dan berdozen juga hantaran untuk rakan hasilkan gol. Itu tak termasuk beberapa keping kad yang lawan dapat kerana pening taktahu nak kawal kelicikan beliau. Pemain jenis ini saya labelkan pemain yang pandai bawa diri. Main pakai otak dan kadangkala suka ambil risiko dan susah dijangka dengan berguni-guni tipu muslihat. Sampaikan Evra terpaksa guna isu perkauman untuk tutup kemaluan beliau yang dimalukan dan dikantoikan tempohari akibat habis akal nak jaga Suarez.

Saya tahu Suarez bukan serba boleh. Kebolehan beliau terbatas juga yakni beliau tidak prolifik sangat hinggakan banyak peluang beliau lepaskan. Dia insan biasa walaupun status hero hindustan dah beliau ambil alih. Jatuh bangun dan naik turun prestasi beliau adalah lumrah. Tapi Liverpool sepatutnya mencari beberapa lagi pemain licik macam dilakukan oleh Man City yang mempunyai Nasri, Silva dan juga Aguero, bagi mengurangkan pengharapan melampau terhadap beliau.

Tekanan untuk buat yang terbaik dan buat semua perkara dari memulakan serangan hinggakan penyudah membuatkan Suarez akan hilang arah dan bakal melakukan kesilapan. Hero hindustan dalam filem boleh lah tibai berpuluh-puluh samseng dan elak peluru, tapi hero dalam pasukan kita ini ada hari malang dia. Jadi apa yang perlu Kenny usahakan ialah mendapatkan pemain macam Hazard, Adam Johnson ataupun Lucas (Sao Paolo)yang mempunyai kebolehan dan kelicikan serupa dengan Suarez. Jika perkara wajib ini tak diambil peduli Januari ini, peluang nak kembali ke kelompok 4 teratas boleh kirim salam.





Oct 31, 2011

Right Side

Our Left Side is one of the best combinations in EPL.. Jose Enrique, Stewart Downing dan Craig Bellamy. Ditambah pula dengan pemain muda berbakat, Jack Robinson yang giat meningkatkan mutu permainan. Pandangan saya , tiada masalah di sini.

Yang menjadi masalahnya adalah barisan tentera sayap kanan REDS. Seakan² tidak berfungsi sepenuhnya. Dirk Kuyt, Jordan Henderson, Glenn Johnson dan Martin Kelly. Tidak di lupa pemain muda iaitu John Flanagan. Seakan² tidak ada keserasian pada mereka untuk bermain seperti apa yang terjadi di barisan sebelah kiri. Bagi saya tiada banyak masalah bagi Glenn dan Kelly kerana saya yakin mereka sedia untuk bermain dengan corak permainan pantas dan menarik. Namun tidak buat Kuyt dan Hendo.

Sedia maklum Kuyt adalah seorang striker namun ketika Rafalution, beliau ditugaskan untuk mengisi kekosongan yang dirasai Rafa di posisi sayap kanan. Ternyata dengan strategi Rafa ketika itu, Kuyt menjalankan tugas beliau dengan baik. Kerana apa yang saya perhatikan, corak permainan yang di terapkan oleh Rafa adalah lebih tertumpu kepada bahagian tengah padang seterusnya mencari target man (Torress) pada ketika itu. Jadi serangan dari bahagian sayap tidak banyak dilakukan, dan Kuyt lebih banyak masa untuk membantu Torress di posisi penyerang biarpun kadangkala Kuyt akan melakukan cross² yang normal dan tidak membahayakan. Juga membawa bola hingga ke penjuru padang sebelum cuba memecah benteng untuk masuk ke dalam kotak penalty lawan.

Bagi Jordan Henderson pula, beliau adalah seorang attacking midfielder. Corak permainan beliau yang sebenar ketika menyarung jersi REDS adalah ketika masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Manyoo. Biarpun hanya bermain pada beberapa minit terakhir, beliau seakan² ingin memberitahu King Kenny bahawa beliau bersedia mengambil tempat El Capitano- Stevie G sebagai pemain tengah menyerang bukan sebagai pemain sayap. Namun Ingatkah anda bahawa Stevie G juga pernah mengisi kekosongan di posisi ini. Mungkin itu apa yang King Kenny ingin cuba lakukan kepada Hendo. Who knows..

Apa yang saya lihat pada waktu ini sayap kanan sering di bantu oleh “our 2nd Mr Duracell- Luis Suarez”. Seringkali beliau turun membantu pemain pemain sayap bagi memulakan serangan. Ini adalah jalan terbaik hanya jika Andy Carroll turut diturunkan. Bayangkan jika tiada Andy Carroll atau penyerang lain di atas padang. Suarez perlu memintas pemain pertahanan lawan yang di lihat sentiasa mengikut beliau macam belangkas. Atau pun menunggu rakan² lain ke hadapan untuk melakukan hantaran. Sedangkan Suarez yang sepatutnya menunggu hantaran sebelum melakukan penyudah kerana Suarez adalah pemain penyerang. Hmm…

Jadi ,di harap King Kenny & Mr Comolli bakal melakukan sesuatu di bahagian sayap kanan ini bagi mendapatkan combo menarik kepada Glenn @ Kelly. Dalam banyak² players yang di’rumours’kan dgn REDS, Adam Johnson menjadi pilihan saya, biar pun terdapat pemain lain yang lebih berpengalaman beliau. Pada pandangan saya, Adam Johnson seakan² jelmaan Steve Mcmanaman yang sedikit tegap dan sedikit pantas. Hantaran beliau boleh di’polish’kan lagi..Larian beliau juga boleh mengelirukan pihak lawan. Cuma penyudah beliau yang mungkin belum sampai ke tahap Steve McManaman. Namun di bawah bimbingan King Kenny, saya yakin beliau pasti akan berjaya sampai ke tahap itu tambahan beliau masih muda.

“So, Lord Henry, 20+ million euro for Adam Johnson.. or more.. Roberto Mancini won’t sell him on cheap price…”

Adam Johnson hanyalah pilihan saya. Pandangan anda…?????
YNWA~

Singa Biru di Jambatan Stamford

Amacam.. gempak tak Carling Cup draw.. Jumpa Chelsea..? Another away game..? Tidak perlu gusar dengan ngauman singa biru di “kandang” mereka sendiri. Yakin dengan kebolehan pasukan kita. Kita pernah menang di sana.. Impossible is nothing..!!! We’re the mighty REDS..!!! Walk on..!!!!!

YNWA~

Oct 30, 2011

LIVERPOOL 2-0 WBA



Pada mulanya saya sangka Suarez bakal KO dan tak dapat bermain, tapi lain pula yang terjadi. Kapten Gerrard dan timbalannya Carragher telah cuti sakit dan disahkan sebelum perlawanan bermula. Taktik menyorok kecederaan ini memang amat licik dan mengakibatkan West Brom mungkin tersilap percaturan. Pepe Reina telah dengan pertama kalinya diberi amanah menjadi kapten pasukan musim ini. Dia memang calon cocok kerana tahap profesional dan tahap modal insan beliau amatlah tinggi.

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Henderson Lucas Adam Downing
Suarez Carroll

Tengok barisan diatas. Formasi 4-4-2 yang bagi saya banyak senget sebelah kiri yang menjadi tumpuan serangan. Bermain dengan penyerang kembar Suarez Carroll bagi saya amatlah janggal tambahan pula bermain digelanggang lawan. Taktikal melawan sunnah akademik bolasepak terkini diterapkan Kenny ternyata ada baitul hikmahnya. Ditambah pula dengan kembalinya penggasak kental Lucas, barulah rasa konfiden timbul kerana Adam kurang bakat bertahan.

Gandingan Skrtel dan Agger adalah rahmat tersembunyi disebalik kecederaan Carragher. Siapa cakap mereka tidak punyai ketokohan dan keserasian bersama. Kompilasi mereka dengan seorang agresif tanpa belas kasihan dan seorang lagi boleh mememgang bola membaca permainan amat cocok untuk memudahkan kerja pemain tengah. Tiada sebarang kebocoran dan kesilapan mudah dari aspek taktikal bertahan diperhatikan. Mereka makan semua bola tinggi dan bola bawah hingga Odemwingge dan Tchoyi jadi lauk makan malam mereka.

Kalau tak cakap pasal Suarez memang bukan Liverpool namanya. Tak pasal-pasal Kenny dan cop dia lagenda, padahal baru setahun jagung disini. Tapi gaya permaian beliau malam ini masih flip-flop didepan gawang kerana peluang bertimpa-timpa macam perlawanan Norwich. Nasib baiklah dia buat dua perkara yang membatalkan kecacatan beliau yakni menjatuhkan badan, eh maksud saya dikasari dan mendapat penalti dan satu lagi hantaran untuk gol Carroll. Tapi pemain ini teramat penting walaupun tanpa buat gol kerana dia bikin bek lawan tak makan gaji buta.

Persmbahan Carroll harus dipuji walaupun dia tak berikan persembahan yang memberangsangkan sangat. Bak kata pepatah baik main buruk janji ada gol dan begitulah Carroll yang memadamkan kritikan (buat sementara) tentang keberkesanan beliau sebagai penyerang ortodok. Saya harap dia boleh tiru bagaimana Edin Dzeko yang flop musim lepas namun meletop musim ini. Bukan peminat mahu Carroll buat perkara yang dia tak mampu buat, tetapi gunakan kebolehan sindiri seperti tandukan dan rembatan deras beliau.

Tapi dalam semua pemain tunjukkan kehebatan, saya masih nantikan Downing yang macam saya lihat di Aston Villa. Bukan dia main tak bagus tapi dia boleh lebih baik dari apa yang kita tengok dari awal musim ini. Amat jarang sekali dia buat cobaan dari luar kotak yang merupakan hikmat keramat beliau. Lagi satu Downing punya hantaran lintang amat tidak memuaskan kerana dulu di Villa, Darent Bent buat banyak gol asbab dari hantaran yang menakjubkan dari beliau. Mungkin dia kena buat latih tubi atau mainkan semua video nostalgia beliau di Villa untuk mengembalikan Downing yang betul-betul bernilai 20juta pound.

Kita dah panjat tangga ke-5 dan hanya satu mata dibelakang Chelsea. Walaupun dihambat Spurs dan Arsenal, saya rasa kita mesti teruskan kebangkitan walaupun selepas Swansea, lawan kita ialah pasukan Man City yang ganas. Tahniah buat semua pemain dan pihak kejurulatihan yang telah mengembalikan Liverpool kembali kelandasan kemenangan.







Oct 28, 2011

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM



Satu lagi pasukan cikai bakal kita tentang minggu ini. West Brom atau Baggies taklah sehebat mana tapi permainan mereka agak agresif dan pantas. Minggu lepas bila kita seri dengan Norwich pasukan mereka menang di Villa Park. Kebangkitan mereka mungkin kerana hero mereka Ediwinggey dah pulih dan cergas kembali. Nak harap taktik Pak Hodgson memang barai, tapi orang tua itu ada aura tersendiri yang membuatkan pemain patuh arahan.

Berbalik kepada pasukan kita. Berita yang menggusarkan ialah pemain harapan Suarez tidak dapat disahkan tahap kecederaan, tapi sumber risikan dia mungkin boleh bermain tapi kata putus hanya akan diberikan besok. Secara otomatik Carroll akan bermain mungkin dengan Kuyt jika keadaan Suarez tidak mengizinkan. Bellamy yang bermain bagus masa lawan Norwich dan Stoke patut main dikiri dan letak Downing dikanan pun tak apa.

Kembalinya Lucas membawa keceriaan buat kita. kehilangan beliau amat dirasai ketika lawan Norwich. Saya harap beliau akan dipadankan dengan kapten Gerrard dan tolak Adam kebangku simpanan. Jika bermain dengan seorang penyerang dan 5 pemain tengah, mungkin Adam akan ada peluang. Jika tak mungkin tragedi Oktober dengan Norwich bakal berulang. Ini bukan main-main, Mulumbu dan Brunt boleh ratah Adam dan Gerrard macam makan KFC jika barisan tengah seperti lawan Norwich kekal.

Paling saya risau setelah risaukan kecederaan Suarez, ialah kebocoran pertahanan yang menjadi-jadi. Hanya 2 kali sahaja kita tak bocor musim ini, yang lain bek kita melakukan kesilapan demi kesilapan yang pada saya memang tak patut. peranan Carragher sebagai tulang belakang pasukan kita kian terancam dan dia dah makin krosot. Agger yang telah pulih perlu diberikan peluang bergandingan dengan Skrtel. Coates juga nampak mcam dah tak lama dipertaruhkan tapi nampak terlalu awal musim ini.

Kemenangan harus dicari tak kira apa cara. Kita tak mahu tertinggal untuk cilok tempat ke slot Liga Juara Eropah musim depan. Jadi saya teka pasukan kita akan mengejutkan Albion tapi dengan margin rendah. Apakata anda, apakah kita mampu menang atau dibambu mereka. Jadi sila buat tekaan anda.






Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails