Dec 29, 2009

Cabaran di Villa

Januari kian hampir. Perjuangan masih panjang dan memenatkan buat pasukan kita. Ini akibat dari permulaan hambar separuh pertama musim ini. Kalau musim lepas kita amat pasukan kita dipersada liga, namun rezeki bukan milik kita musim ini. Menghuni tempat ke-7 bukannya enak buat semua peminat. Peluang untuk bersaing temapt teratas tersangat mustahil dan cukuplah slot terakhir Liga Juara-Juara sandaran utama.

Malam ini kita akan ditemu dengan pesaing utama tempat ke-4, iaitu Aston Villa. Perlawanan yang pastinya sukar kena berkunjung ke arena lawan. Di tempat sendiri pun kita kecundang, apakah akan jadi kejutan di Villa Park. Tiada yang mustahil dalam bolasepak tetapi jika prestasi jadi ukuran saya tidak berani beri komen lebih-lebih. Takut kecewa dengan harapan yang tinggi.

Imbas kembali ketika menang dengan Serigala sebelum ini, liat juga nak kilas mereka, namun sehingglah tinggal 10 pemain barulah segala jadi mudah. Kalau diikutkan prestasi dan persembahan keseluruhan, ada peningkatan terutamanya semangat untuk memburu gol. Tetapi yang merisaukan adalah semangat berpasukan untuk bertahan. Kalau isu itu boleh diselesaikan tiada lagi istilah gol cemey (gol mudah- loghat utara)untuk lawan.

Berbalik semula dengan Villa, mereka telah kencundang sebelum ini ditangan Arsenal. Walaupun mereka tewas ditangan lawan yang lebih kuat, tetapi mungkin kekalahan itu jadi pemangkin kebangkitan mereka. Skuad mereka amat berbahaya ketika serang balas dan sepakan percuma serta agresif dibahagian pertahanan. Friediel bekas hero kops, adalah menjadi hero Villians untuk kebangkitan luar biasa musim ini.

Dan terlebih utama, Martin O’Neill (MON) adalah pengurus yang bagus. Dengan belanja yang munasabah beliau berjaya membentuk pasukan pencabar yang digeruni. Ada ura-ura yang MON bakal menggantikan Ferguson sebagai peneraju Setan Merah. Saya yakin jika hasrat itu terlaksana Man U, akan terusi mendominasi bolasepak England. Kegusaran ini mungkin adalah persepsi , tetapi logiknya masih ada.

Rafa perlu ambil peluang mengatasi Villa sedaya upaya. Tetapi untuk menyaingi Villa yang lebih aggresif pasukan kita perlu berhati-hati. Perangkap utama adalah sepakan percuma dan penjuru. Jika kita berjaya elakkan memerikan peluang kepada lawan untuk hasilkan gol dari cara ini, teragedi awal musim mungin takkan berulang. Kalau boleh hadkan fulbek terlalu keatas kerana kepantasan unit serangan amat berbahaya. Yang penting sekali jika ada peluang depan gol jangan dipersia-siakan. Peluang untuk menang ada, tetapi usaha haruslah mendahului nasib.

Dec 27, 2009

Serigala kena pukul di Anfield

Kemenangan dengan Skuad Serigala memang telah dijangka. Walaupun ada yang terlalu optimis sampai sasar 5-6 biji gol yang akan disental. Tetapi dengan 2-0 itu sudah memadai. Yang penting kemenangan adalah moral untuk pemain bangun dari tidur. Malah jika dilihat ada peningkatan untuk semua pemain tak kira pemain senior atau pemain muda.

Corak permainan sedikit berubah dengan kemasukan Aquilani. Namun begitu agak hairan juga, kita dua orang pemain tengah yang semirip. Aquilani dan Lucas mempunyai gaya yang sama, namun Aqui lebih kreatif dan licik, dan Lucas nampak lebih jitu bertahan dan tenang. Yang kurang memberangsangkan mereka tidak mempunyai kebolehan menggelecek seperti Gerrard kalau tidak mesti lebih tajam gandingan mereka.

Kapten Gerrard telah kembali bertenaga dengan gol pembukaan. Bermain secara bebas menjadikan beliau agak sukar dijaga. Namun apabila beliau banyak membantu tengah, Torres jadi kesepian diatas. Benayoun walaupun agak tenggelam babak pertama namun setelah Ward dikeluarkan kena kad merah nampak selesa sedikit Benni kerana tiada asakan dari lawan. Aurelio bermain baik dan lebih memberi ruang kepada Insua meneyrang.

Paling merisaukan saya adalah koordinasi ketika bertahan, bukannya pemain pertahanan itu sendiri tetapi semua pemain. Banyak kali dilihat pemain Serigala hampir memperdayakan benteng kita nasib baiklah mereka sendiri yang hampeh kalau tak tragedi Pompey mungkin berulang. Reina kali ini cemerlang terbilang gemilang kerana sekalipun hanya lepak sepanjang separuh kedua.

Pakcik Rafa boleh menarik nafas sebentar, dan terpaksa melakar formasi baru untuk misi getir di Villa Park. Cuma yang terlalu boleh diberi pujian adalah beliau telah memberikan peluang kepada Pacheco untuk menunjukkan kebolehan beliau. Saya nampak Pacheco bakal menjadi Benayoun versi baru. Tahniah Rafa.

Dec 25, 2009

Pemain Yang Mesti Bertanggung Jawab

Dipetik dari newsnow.co.uk.

 

Torres - the subject of speculation that Manchester City may bid for him in the January window - said the players should take responsibility for their situation rather than Benitez. He added: 'I think sacking the manager is not a solution. The manager is not playing so we have to be positive with him, try to work with him. We are the main reason, the players are the people that have to find a solution to the situation. The manager is not playing, so we have to play much better.'

Liverpool skipper Steven Gerrard, also named in the world XI, called on the team to pull together.Gerrard said: 'I don't think it's right to pick out individual players. We're a team, we're a group and we are responsible for where we're lying in the league at the moment. All of us have got to stick together and try and pull through and turn it around.'

 

Torres dan Gerrard telah secara langsung tidak menyalahkan pengurus dalam situasi sekarang. Mereka rasa amat bertangungjawab diatas prestasi hambar pasukan. Inilah yang dikatakan profesional. Tetapi yang menjadikan masalahnya mereka berdua sahaja disamping Carragher dan Reina adalah tunjang kekuatan kita. Kalau mereka berempat bermain baik maka pasukan akan mantap seadanya, tetapi jika mereka hampeh, maka keputusan juga disebaliknya. Pemain lain ibarat penumpang dan silap-silap ada yang jadi parasit. Kekadang cuma bagi cukup korum.

Ada yang meyalahkan Rafa kerana silap percaturan. Ya itu memang nampak jelas tetapi adakah kita tahu betapa rapinya persediaan Rafa sebelum perlawanan. Latihan pemain tunjuk bagus tapi mereka tidak boleh menterjemah apa yang dipraktikkan dalam latihan. Contoh macam kita belajar , cikgu dah suap macam-macam, tiba-tiba kita kat belakang tidur atau buat-buat paham padahal otak ingat kat awek kelas sebelah, macamana SPM nak dapat A1.

Tetapi ada juga kebarangkalian yang Rafa terlalu teliti sampai pemain sendiri terlalu ikut sampai menghadkan kretiviti mereka. Malahan Rafa juga seakan tidak mesra dengan pemain kerana terlalu serius dalam setiap latihan. Pemain juga manusia biasa, kalau main bagus atau sedang dalam masalah, mereka perlu dipuji dan dimotivasikan. Dan ini hanya diserahkan kepada Sammy Lee, sebagai pemangku dan pakar motivasi. Ini membuatkan Rafa dianggap sebagai seorang yang dingin dan tiada perasaan yang tahu kerja kerja kerja.

 

Dec 24, 2009

Faisal Xavier, kenal tak?

Ex-Liverpool and Everton star Abel Xavier converts to Islam and quits football at 37

Fomer Liverpool and Everton defender star Abel Xavier has quit football, converted to Islam and changed his name.
The Portugal star now wants to go by the name of Faisal Xavier and will embark on humanitarian projects after failing to find a club.
He last played for LA Galaxy in 2008 and he has now decided to give up on his career.
Xavier, 37, joined Liverpool from Everton in 2002 and scored twice in 21 appearances for the club.

He also played in two spells for Middlesbrough, the second in 2006 after serving a one-year ban for failing a drugs test.
He moved to Major League Soccer club LA Galaxy to play out the final games of his career alongside David Beckham.

Xavier said: 'It's an emotional goodbye and I hope to participate in something very satisfying in a new stage of my life.
'In moments of grief, I have found comfort in Islam. Slowly, I learned a religion that professes peace, equality, freedom and hope.


Semoga beliau istiqamah dan diberikan kekuatan untuk menjadi muslim sejati. Amin . Takbir x3

Arda Turan : LFC cepat beli saya

Dicedok dari News Of The World

TURKEY international Arda Turan has expressed a long-held desire to play for Liverpool - and not just because they wear red shirts!

The highly-rated Galatasaray winger has been linked with a string of top clubs since shining at the last European Championship but the Istanbul outfit have resisted all attempts to cash in on his talents. After being mentioned in connection with Rafa Benitez's side last summer and again this week, the 22-year-old has now admitted his aim is to one day represent the Merseysiders. "When I've finished my business at Galatasaray, I will be happy to play in Europe and represent my country there," said Arda.

 "I most want to play at Liverpool because of the culture of the club and the fans - and the fact that they have red shirts attracts me." Newcastle failed with a £9million bid in the past for Arda so it is unlikely Benitez would have the funds to finance any transfer in January without selling first, but there could be the prospect of a move to Anfield in the future. Galatasaray will bid to hang onto their outstanding captain, who has taken on the No10 jersey and playmaking duties this term. Nevertheless, after he was linked with Arsenal last month, any firm bid from Benitez is sure to appeal to the player.

Fuyyooo, tak sangka Arda telah meng”offer”kan diri untuk bermain dengan Liverpool. Tak payah hantar scout untuk pantau pemain ini. Dalam permainan Football Manager, PES, FIFA dan macam-macam lagi dah tersohor nama dia. Tunggu nak meletup saja kalau kelab besar beli. Nak lebih kurang Stephen Defour dari segi permainan dan skill, Cuma Arda lebih perlbagai dari Defour. Main Tengah boleh, kiri kanan boleh, malah boleh jadi pembantu penyerang. Kalau dapat memang berbaloi-baloi. Dan syorkan jual Babel dulu sebab kelab dah pokai.

 

Dec 22, 2009

Mascher Oh Mascher

From newsnow.co.uk

 

Javier Mascherano has been handed a four game ban after his sending off on Saturday.

The Argentinian received a straight red card against Portsmouth and receives a three game ban for that. He gets an extra game ban because it is his second sending off of the season and misses the games against Wolves, Aston Villa and Spurs in the league, and the FA Cup game against Reading.

 

Elok sangatlah. Boleh tengok samada Rafa nak letak Aquilani sementara ada kosong, atau buat kejutan dengan bagi Dossena main tengah pula. Kalaupun tidak sepenuh masa Aquilani, boleh juga digunakan Spearing atau letak balik kapten Gerrard di posisi Macher. Gerrard pun dah tak berapa berbahaya diatas tak macam awal musim, saya ingat Ngog lagi baik bersama Torres menerajui barisan depan.

Masher pun boleh dah bersiap-siap ke Barcelona, telefon Messi suruh cari rumah dekat sana. Ini bukannya satu kemarahan saya buat Macher kerana kad merah tempohari. Tetapi ini merupakan satu cadangan untuk memberikan menang-menang buat Liverpool dan Macher. Jual Macher kepada Barcelona dan beli Parker yang juga kombatif, tetapi sangat berakal ketika melakukan bentesan. Saya sangat perasan yang Masher kini tidak seperti yang mula-mula masuk dari West Ham. Semacam ada protes senyap ketika Rafa menolak bidaan awal musim dari Barca. Apa pun ketiadaan Masher dalam skuad tidak menjadi hal.  

Dec 20, 2009

Spekulasi: Parker ganti Mascher

There is growing speculation that Rafa Benitez is preparing a £6million move to bring West Ham midfielder Scott Parker to Anfield in the January transfer window, with Javier Mascherano’s departure to Barcelona looking ever more likely.With Liverpool’s financial problems by no means a secret, Benitez could see a perfect opportunity to raise some much needed transfer funds by offloading his Argentine midfielder for around £30million and replacing him with £6million Parker.Parker, now 29, began his career at Charlton Athletic before being tempted by the big money and bright lights of Chelsea in 2004, but failed to hold down a first team place under Jose Mourinho. After two years at Newcastle Utd, he moved to West Ham in 2007.

Spekulasi terbaru ini agak unik. Beli Parker pada Januari, padahal nak jual Masher kat Barca habis musim. Mari kita buat matematik sikit, £30 juta - £6 juta = £24 juta. Siapakah mamat yang bernilai £24 juta itu.

a)  David Silva = antara yang paling cocok dari nilai dan prestasi

b)  Ashley Young = harga tersebut mungkin sebab pemain England mahal-mahal

c)   Juan Mata = mungkin dekat-dekat tapi bawah £20 juta

d)  Juan Vargas = Bek Kiri. Mahal bukan tapi itu harga semasa skill macam Alves

e)  Tiada siapa dibeli, duit pemilik US ambil buat bayar hutang.

 

 

Dec 19, 2009

Penalti memang Penalti (Gallas vs Gerrard)

JEFF WINTER'S LEAGUE OF INJUSTICE - ARTICLE FIFTEEN: LIVERPOOL v ARSENAL 18-12-09
Please See The League Of Injustice Rules Before Commenting
Click Here For The Revised Table

The Gunners just about deserved their victory at Anfield but it might have been a lot different had the home side been awarded an early penalty.
William Gallas made a reckless and needless challenge on Steven Gerrard.
The Liverpool captain appeared to have overrun the ball but he was still fouled.

 

Bukan nak ungkit barang yang lepas, tetapi kerana rakan peminat Arsenal telah menidakkan bahawa sepatutnya Liverpool diberikan penalti, maka hujah saya adalah bertepatan dengan pandangan bekas pengadil Otai EPL, Jeff Winter.

Walaupun bola jauh dikaki Gerrard namun Gallas tetap melakukan kekasaran dalam kotak penalti. Itu bukan berlaga badan (body contact), tapi dah rempuh macam main ragbi.

Buat peminat Liverpool kita kalah bukannya 100 % kerana kesalahan sendiri tetapi banyak pengadil mangkuk buat dajal sejak awal musim. Ini termasuk yang paling dajal, kes belon.

Undian saingan Piala Europa

Saya mendapat SMS dari Kenny Dalglish yang telah menghadiri undian bagi persaingan Piala Eroupa atau dengan nama klasik Piala UEFA. Beliau dengan selamba berkata lawan kita ni boleh makan, macam makan rojak buah. Kelab Romania yang menjadi saingan pusingan kedua kali ini susah betul nak eja namanya. Unirea Urziceni, bunyi macam sejenis baja urea . Kapasiti stadium mereka pun hanya 7000, nak sama besar Stadium Bandaraya Pulau Pinang saja.

Apapun kekuatan mereka saya tak sempat nak tanya sbb Kenny tak balas-balas mesej saya. Kredit habis kot. Namun kalau pasukan mereka dah sampai ke peringkat kalah mati, mesti boleh tahan juga. Itu cuma andaian bukannya kajian. Kalau nak lebih lengkap cuba google atau cari dalam wikipedia. Lambat lagi perlawanan tak silap hujung Januari. Kalau lepas, lawan selepas itu mungkin agak cekang dan mantop, samada Lille OSC atau Fenerbache. Lepas itu mungkin bakal bertemu pencabar yang kuat seperti Valencia, Juventus, Roma, Wolfberg dll. Ini lah harapan terakhir piala untuk kita selain Piala FA.

Dec 18, 2009

Sedingin Salju Pompey

Menjelangkan hari Krismas, suhu sejuk pastinya terasa ke tulang. Kedinginan ini akan dirasakan oleh peminat Liverpool yang akan berkunjung ke Fratton Park. Cuma ada peminat yang kurang senang atau risau dengan perlawanan ini. Bukannya pihak militan atau rusuhan akan berlaku, tetapi ada masalah yang bakal berlaku jika suhu menurun. Sekitar kawasan Portmouth bakal mencapai tahap beku menurut ramalan cuaca. Dan yang tak sedapnya, Stadium mereka tidak mempunyai sistem pemanas bawah tanah (under soil heating). Jika salji turun dan menutupi padang, silap-silap haribulan perlawanan akan tunda. Namun jika padang tidak dilitupi salji sekalipun, salju yang turun akan membuatkan padang licin dan perlawanan agak merimaskan. Kita pastinya takkan dapat melihat permainan cantik dengan kawalan bola tetapi lebih kepada permainan hantaran jauh dan kejar.

Saya tidak merasakan Rafa berkeyakinan untuk bermain mudah dengan skuad Pompey. Tak pasti Torres akan bermula atau tidak tetapi Ngog pastinya boleh digunakan untuk alternatif Torres yang belum pulih sepenuhya. Bahagian tengah pastinya tidak berubah. Mascher dan Lucas tidak akan dipecahkan walaupun Aquilani sudah kian menghampiri waktu pulih. Kalau beliau masuk saya rasa cocoknya sebagai alternatif kapten Gerrard yang juga perlu rehat yang cukup menjelang perlawanan berganda krismas nanti. Pertahanan rasanya sudah kian stabil, tetapi ada baik kekalkan semua pemain terdahulu atau kalau hendak dibuat percaturan baru saya rasa masukkan Aurelio ganti Insua. Logiknya begini, Pompey walaupun bemain di laman sendiri pastinya akan lebih bertahan dan melakukan serang balas. Jadi Aurelio boleh memberikan sumbangan dari segi hantaran lintang ke dalam kotak dan juga kepakaran beliau dalam mengambil sepakan percuma.

Kekuatan Pompey tidak boleh diperkecilkan walaupun mereka merupakan calon untuk kandas dari Liga Perdana dan turun ke Liga Kejuaraan. Skuad inilah yang membuatkan Chelsea hampir malu dan hanya menang dengan sepakan penalti Lampard. Kekuatan mereka saya rasa timbul setelah masalah kewangan yang membelenggu mereka awal musim ini selesai. Bak kata orang ada duit ada barang. Itu bukannya faktor utama cuma ada kaitan juga dengan prestasi mereka dan selepas semua nya selepas mereka kembali memberikan keputusan yang agak baik dari sebagai pasukan kenduri gol.

Kemasukan Avram Grant adalah faktor juga kerana pengurus yahudi itu banyak tipu muslihat. Kekuatan pasukan mereka direncanakan oleh bekas pemain muda Spurs, Jamie O’Hara. Malah ketiadaan David James tidak dirasai apabila Bergovic bermain agak cemerlang. Bekas bek kanan kita, Finnan juga merupakan penyumbang kekuatan mereka. Barisan serangan mereka tidaklah hebat namun tidak boleh dipandang ringan.

Kesimpulannya  perlawanan ini merupakan yang dianggap mudah atas kertas, namun jika silap percaturan lain jadinya. Tetapi dengan kekuatan dan moral pemain yang kembali menunjukkan peningkatan tidak mustahil kita boleh menang mudah.

 

Dec 17, 2009

Yakin Boleh

Baru saja habis menyaksikan perlawanan terhebat dekad ini. Malaysia berjaya menang dengan Vietnam dengan ihsan gol sendiri lawan. Ini sekaligus membolehkan kita memenangi Pingat Emas yang telah kempunan sejak 20 tahun lampau. Ini merupakan kegembiraan berganda apatah lagi Liverpool juga menang keatas Wigan 2-1.

Berbalik kepada Liverpool. Ternyata Rafa sekarang boleh bernafas lega. Anak buahnya memberikan reaksi positif berbeza dengan perlawanan Blackburn dan Arsenal. Paling ketara peningkatan ialah Ngog. Walaupun kurang kemas menentang Blackburn namun siapa boleh sangkal keupayaan pemain muda ini. Malah beliau lebih berbaloi dari Berbatov kerna mampu menjaringkan 6 gol berbanding 4.

Keseluruhan pasukan wajar diberi pujian. Dengan tekanan dan prestasi hambar sebelum ini, banyak membuatkan peminat sudah tak keruan. Rafa menjadi sasaran padahal pemain tidak berada dalam mentaliti yang betol. Buat masa sekarang kemenangan dalah perkara wajib. Cabaran utama ialah mengenepikan Villa dan Spurs dan juga Citeh untuk persaingan tempat keempat.

 

Malaysia Boleh ! Liverpool Boleh !

Dec 12, 2009

Skuad Meriam Mara Ke Anfield

Kalau nak ikut keputusan 4-4 lawan Arsenal di Anfield musim lepas merupakan titik kejatuhan Liverpool untuk menjadi Juara EPL. Jaringan Arshavin Empatrik (4 gol) menjahanamkan masa depan pasukan kita selepas itu. Akibatnya sehingga akhir Mei pasukan kita terpaksa menghambat Man U, namun Juara EPL Berjaya dipertahankan oleh Setan Merah.

Segalanya sekan terbalik musim ini. Apa yang berlaku kepada Arsenal musim lalu seakan terpantul kepada pasukan kita. Setakat ini pasukan  kita telah melepaskan 21 mata berharga dan telah terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara Eropah. Bagi sesetengah peminat dan pemerhati merasakan tiada lagi harapan untuk pasukan kita merangkul kejuaraan EPL jika nasib malang begini berterusan. Itupun jika keadaan pasukan kita tetap macam ini.

Hanya perlawanan menentang Everton dan menang dengan Man U merupakan perlawanan terbaik musim ini, dan perlawanan lain tidak menunjukkan pasukan kita sebaik musim lalu. Kecederaan dan kemelesetan pemain utama dan ketidakboleharapan pemain simpanan mungkin menjadi alasan musim ini dan pastinya akan berlalu setelah pulihnya Gerrard dan Torres serta Aquilani yang telah diberi kepercayaan bermain perlawanan sebelum ini.

Mungkin ikut bookie, mereka telah meletakkan harapan tinggi Liverpool akan mendapat keputusan yang terbaik menentang Arsenal minggu ini. Factor tempat sendiri, kembalinya Torres dan kecederaan pemain utama Arsenal adalah pemangkin keyakinan kaki judi mempertaruhkan duit di pihak Liverpool. Kalau saya baik simpan duit beli McD lagi baik sebab mungkin keputusan akan jadi sebaliknya. Usah diperalatkan oleh bookie walaupun teruja dengan ramalan mereka. (Amaran-Judi Haram disisi Islam).

Dec 11, 2009

Alternatif ...

Kita sedia maklum bahawa pasukan kita amat bertuah mempunyai Bek Kanan yang hebat seperti Glen Johnson. Kehebatan beliau belum setanding Rob Jones atau Markus Babbel kerana mereka berdua bukan sahaja mampu menyerang tetapi mantap bertahan. Aspek pertahanan perlu dipergiatkan oleh kejurulatihan Liverpool bagi mengoptimumkan kekuatan dan mengatasi kelemahan pemain terbsebut. Namun Glen Johnson yang masih setahun jagung di Anfield mampu menyerlah kerana beliau merupakan bek kanan utama England. Di bawah seliaan Capello dan didikan Rafa saya yakin beliau mampu menjadi setanding Daniel Alves atau Douglas Maicon.

Cuma saya secara peribadinya amat berkenan sekali jika kekosongan posisi Sayap Kanan yang dihuni oleh Dirk Kuyt bertukar dengan Glen Johnson. Jangan hairan, dengan kebolehan semulajadi beliau iaitu gemar menyerang dan melakukan hantaran lintang yang baik, beliau juga mampu menjaringkan gol, saya rasa itulah kriteria sepadan untuk pemain sayap yang baik. Kenalah pula dengan aksi yang agak kurang menyakinkan ketika bertahan, menambahkan lagi faktor pembawaan untuk Glen ditolak lebih keatas. Malahan Kuyt mungkin lebih serasi di bahagian Bek Kanan jika dilhat atas faktor kerajinan membantu pertahanan.

Idea ini bukan bermaksud bahawa Glen amat sesuai di posisi sayap, namun ianya sebagai alternatif bagi posisi itu. Manalah tahu jika Kuyt atau Bennayoun cedera dan El-Zhar masih belum meyakinkan sebagai pemain utama. Malah Degen juga boleh bermain diposisi sayap kerana aksi menyerang beliau amat menyiurkan ketika bertemu Arsenal dalam Piala Liga lalu. Gandingan Glen-Degen mungkin tidak praktikal bermain bersama namun jika Masherano ditugaskan menjaga ruang yang ditinggalkan mereka ketika diserang-balas, maka tiada mustahil itulah opsyen terbaik.

Sungguhpun begitu, bagi saya Glen memerlukan pasangan yang serasi dan rakan sepasukan yang memahami kebolehan beliau menyerang. Apa pon posisi beliau bermain beliau boleh berjaya kerana atitud beliau adalah terbaik. Nasib baiklah Rafa yang menjadi pengurus, kalaulah saya silap-silap Glen main penyerang ganti Ngog yang hampeh kebelakangan ini.

Dec 10, 2009

Bintang EPL tiada dalam senarai ? (Kosmo)

LONDON - Pemain bintang Liga Perdana England (EPL) sekali lagi menerima tampa- ran hebat apabila tidak termasuk dalam senarai pemain yang bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009. Sebelum ini nama-nama seperti Fernando Torres, Frank Lampard, Didier Drogba, Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Steven Gerrard tidak tersenarai bagi calon pilihan Pemain Terbaik Eropah yang dimenangi Lionel Messi baru-baru ini. Kali ini, semua pemain handalan yang beraksi di England itu telah diketepikan oleh FIFA bagi anugerah paling berprestij yang dimenangi oleh Cristiano Ronaldo tahun lepas.

Bintang Barcelona, Messi yang memenangi gelaran berprestij Eropah minggu lepas, kini dilihat calon pilihan untuk memenangi anugerah dunia itu bersama- sama Kaka dari Brazil, dua bintang Sepanyol, Andres Iniesta dan Xavi serta pemain sayap Portugal, Ronaldo. Semua lima pemain itu beraksi dalam Liga Sepanyol. Ronaldo dan Kaka beraksi buat Real Madrid manakala Messi, Iniesta dan Xavi pula bersama pasukan Barcelona. Sementara itu, penyerang England, Kelly Smith dijangka bersaing dengan pemain Brazil, Cristiane dan Marta serta pemain Jerman, Inka Grings dan Birgit Prinz bagi anugerah Pemain Terbaik Dunia Wanita FIFA.

Dua anugerah baru turut diperkenalkan pada tahun ini iaitu anugerah Puskas FIFA dan Kesebelasan Terbaik Dunia FIFA/FIF- Pro.Anugerah Puskas yang diperkenal sempena legenda Hungary, Ferenc Puskas akan diberikan kepada penjaring gol tercantik tahun 2009 manakala XI Dunia FIFA pula akan melibatkan 11 pemain terbaik dunia yang dipilih secara undian daripada pemain profesional seluruh dunia. Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada 21 Disember ini di Zurich. – Agensi

 

Komen: Torres ada dalam senarai, bukan calon pemain terbaik dunia, tetapi masih bersaing untuk kategori gol tercantik. Gol voli ketika menentang Blackburn musim lalu yang telah dinobatkan sebagai tercantik EPL musim lalu bersaing untuk anugerah Puskas FIFA.

Dec 8, 2009

Hiddink ke Anfield ?

Spekulasi media? Mungkin ada kaitan dengan berita semasa sedikit. Hiddink tidak berjaya membawa pasukan Russia ke Piala Dunia 2010. Dan akibat dari itu pasukan Russia boleh berehat panjang sehingga kelayakan Piala eropah 2012 dan jurulatihnya yakni Hiddink pasti tidak akan duduk berehat di kota Moskow yang dingin beku. Jadi pasukan yang terdesak memerlukan pengurus berpengalaman pasti akan menelefon ejen pengurus itu seberapa segera.

Saya agak hairan, dengan pasukan bagus seperti Chelsea dan Russia ( pencapaian Piala Eropah 2008) yang mempunyai pemain terbilang Guus tidak Berjaya. Adakah kegemilangan beliau semakin merosot. Ataupun beliau hanya mampu membawa paukan yang sanggup bekerja dalam satu unit dan mempunyai displin yang tinggi. Kedua-dua pertimbanagn diatas adalah pro dan kontra tentang pencapaian pengurus lagenda itu.

Orang tua Belanda ini dari perkiraan saya menggunakan pendekatan ”Total Football”. Falsafah bolasepak Belanda yang tersohor lagi efektif itu memang sudah digunakan Hiddink sebelum ini di Chelsea mungkin hampir berjaya tetapi mungkin mengambil masa untuk diterapkan. Kalau di sini mungkin tiada masalah sepeerti di Chelsea, tiada tekanan untuk melakukan eksperimen. Lihat saja Rafa, hampir 6 tahun namun pengurusan masih boleh bersabar dengan output beliau yang tidak menunjukkan peningkatan.

Tetapi apa yang menariknya saya amat menyukai tatakerja orang tua itu. Beliau tidaklah serumit Rafa dalam penyediaan latihan dan taktikal. Namun segala yang dilakukannya adalah terbaik dari segi kemampuan pasukan. Kalaulah Liverpool dibawah kendalianya saya rasa nasib mungkin berlainan. Saya tidak kata yang semua kejuaraan boeh dimenangi tetapi mungkin cara beliau sesuai dengan pasukan kita. Segalanya mungkin.

Dec 7, 2009

Pelengkap Jadual

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara hanya menjadi pelengkap jadual. Tiada apa untuk diperjuangkan dari perlawanan itu, cuma mungkin sekadar memastikan Fiorentina tidak boleh gah sepenuhnya. Inilah masa yang terbaik untuk memberikan peluang kepada pemain simpanan bermain dan pemain utama berehat. Aquilani, Riera, El-Zhar, Ngog, Spearing, Skrtel dan mungkin Cavelari patut diberikan peluang menggantikan Riena. Kalau hendak Voronin bermain sepenuh masa pun Aiman tak kisah. Biarlah apa sahaja keputusannya nanti, janji tiada pemain utama yang mungkin berisiko cedera jika diturunkan.

Sekarang ini persedian mesti dilakukan serapi mungkin untuk menghadapi Arsenal. Jadi buat apa hendak kalutkan perlawanan ini. Piala Europa sudah memanggil. Keputusan tidak akan memberikan impak  apa-apa kepada pasukan kita tetapi mungkin buat lawan kita. Fiorentina mungkin sedikit tertekan untuk bersaingan dengan Lyon merebut tempat teratas. Siapa diatas mungkin selesa kerana diundi dengan lawan yang ditangga kedua. Jadi Fiorentina pastinya kan berusaha bermati-matian dan berharap pasukan kita bermain sambil lewa kerana terkeluar dari persaingan.

Walaupun begitu saya pasti akan menonton jua perlawanan ini nanti. Ini kerana Rafa telah membuat akuan yang kita tidak akan ditipu lagi buat kali yang ke-10. Aquilani akan diturunkan walaupun dalam hati Rafa amat berat sekali melepaskan pemain misteri ini. Pastinya Aquilani sendiri sudah bersemnagt untuk beraksi dan sangat bersedia mental dan fizikal. Kalau sekadar bermian 15 minit sekalipun pastinya ramai peminat akan berasa tenteram jiwa.

Juan Vargas ganti Dossena

Takkan salah dengar kot. Liverpool cuba membida Juan Vargas dari Forentina untuk menggantikan Dossena. Ini semacam kes dah terantuk baru nak tengadah, menyesal kerana silap beli pemain. Kalau tak silap saya dulunya Juan Vargas dari Siena dan Dossena dari Udinese menjadi pilihan Rafa untuk ganti Riise. Tup-tup Dossena juga dipilih. Kerana salah satu asbabnya Dossena merupakan bek kiri terbaik Seria A musim itu dan menjadi saingan untuk posisi bek kiri Itali bersama Fabio Grosso.

Namun apakan daya, intan berkilau rupanya kaca botol. Dossena sudahlah tidak mampu mengikut rentak EPL malah pemain muda Insua telah menjadi pilihan utama musim ini. Tempat buat Dossena sudah tertutup. Tetapi di halaman sendiri beliau masih diingini oleh beberapa kelab terkemuka. Hairan bin ajaib. Mungkin kehebatan lalu beliau masih menjadi impian pengurus disana. Lagi cepat beliau pergi, lagi banyak jasanya kepada pasukan.

Berbalik kepada Vargas. Kalau dulu dibeli mungkin harga setara Dossena atau lebih sikit kot. Tapi sekarang mungkin mencecah 20 juta pound. Dari segi fizikal rasanya lebih kurang Maicon punya saiz kerana tinggi 6 ’ 1”. Gaya permainan boleh dikatakan terlalu berkeyakinan menyerang disamping agak mantap juga bertahan. Ini setelah dibuat pantauan rambang ketika pasukan kita tewas 2-0 kepada Fiorentina sebelum ini. Malah hantaran lintang beliau pun agak sebaik Aurelio.

Tapi awas, bukan pasukan kita saja dok pantau pemain antarabangsa Peru ini. Pasukan elit lain pon sedang himpun duit dan bersedia pecah tabung untuk menyertai bidaan pemain berkaliber ini. Bagi saya kalau terdesak untuk dapatkan pemain berkaliber seperti Vargas terpaksa membayar lebih. Tetapi segalanya datang dengan risiko. Mungkin menjadi mungkin tidak. Tapi kalau Fiorentina mahu sekitar 20 juta, saya rasa baik buang duit dapatkan Philip Lahm ataupun simpan untuk dapatkan penyerang lagi baik.

Dec 5, 2009

Kemunculan ke-500 malap (Utusan)

BLACKBURN - Meskipun Steven Gerrard bakal membuat kemunculan ke-500 bersama Liverpool dalam pertemuan dengan Blackburn malam ini, pemain tengah England itu bagaimanapun enggan meraikannya selepas merasakan cabaran The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL) sudah berakhir.

Pemain tengah itu menyambut kejayaan peribadinya selepas kemunculan pertama ketika remaja 11 tahun lalu untuk menentang pasukan yang sama malam ini, dan melihat untuk meneruskan kejayaan perlawanan Merseyside hujung minggu lalu untuk memperkasakan posisi pasukan menjadi pasukan keempat terbaik.

Gerrard mengakui, pendahulu liga, Chelsea berada di landasan yang tepat untuk merebut kejuaraan dan Liverpool pula hampir tidak pasti untuk melangkah ke hadapan dengan jurang 13 mata yang wujud antara pasukannya dan pasukan pimpinan Carlo Ancelotti itu.

Bagaimanapun, dia turut yakin kehadiran Fernando Torres yang sembuh daripada kecederaan masalah mampu meningkatkan saingan The Reds sekurang-kurangnya pada kelayakan Liga Juara-Juara.

"Ia sangat bererti untuk saya secara peribadi dapat bertahan sebanyak 500 perlawanan kerana saya hanya seorang budak tempatan.

"Impian saya semasa muda adalah hanya bermain satu perlawanan sahaja bersama Liverpool, jadi untuk perjalanan sejauh ini, saya berasa sangat bangga bukan untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga.

"Sepanjang masa ketika saya mahu membuat kemunculan pertama, bapa saya sering memberitahu 'anda sangat hampir untuk mendapat peluang'. Ketika itu saya berdoa untuk sebarang peluang yang datang.

"Ketika pemain-pemain berpengaruh seperti Steve McManaman dan Paul Ince cedera, saya telah menyelit masuk sebagai pengganti. Itu ketika menentang Blackburn dan sekarang pada kemunculan ke-500, saya sebagai kapten akan turut berlawan dengan pasukan yang sama. Saya mempunyai karier yang menakjubkan setakat ini dan berharap ia akan berterusan. Saya hidup dalam impian, tetapi kita terpaksa bersikap realistik, ada masa kita terkeluar daripada perlumbaan mengejar gelaran.

"Banyak pasukan dan perlawanan yang kami mampu harungi tetapi Chelsea dilihat sangat kuat. Sasaran utama kita sekarang adalah untuk kembali ke tangga empat teratas. Kami kembali dengan cemerlang dengan menang menentang Everton dan kami mahu kejayaan ini berterusan.

"Kami semakin hampir kepada akhir musim tetapi kami hampir-hampir berada di kumpulan pemain yang tidak mencapai apa-apa pada musim ini. Apa yang kami pelajari adalah, jika anda tidak membuat sebaiknya maka ada akan ketinggalan.

"Saya turut mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ahli pasukan untuk terus bersaing. Ia juga sudah lama semenjak kelab menang gelaran dan kerana ia kali pertama hilang daripada koleksi saya, saya amat-amat menginginkan ia. Ia trofi yang sangat sukar untuk dimenangi tetapi kami tidak akan berhenti mencuba," kata Gerrard. - AFP

Dec 2, 2009

Torres kembali terajui jentera Liverpool (Kosmo)

LONDON - Penyerang Liverpool, Fernando Tor- res dijangka diturunkan pada aksi menentang Blackburn Rovers, Sabtu ini.Ia sebagai usaha skuad The Reds itu menguat- kan semula cabaran mereka dalam kempen Liga Perdana England musim ini.

"Fernando semakin hampir diturunkan tetapi dia masih berasa sedikit kesakitan. Kami kini mempunyai masa seminggu untuk melihat perkembangannya.
"Kami akan memantau keadaannya sebelum membuat sebarang keputusan.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu ambil risiko ke atasnya kerana dia memerlukan rawatan dalam masa tiga minggu dan itu pun masih belum mencukupi," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.
Beliau juga mengakui, kapten Steven Gerrard tidak berada pada prestasi terbaiknya sekalipun membantu Liverpool menang 2-0 ke atas Everton, Ahad lalu.

"Keadaan Gerrard masih belum pulih sepe- nuhnya. Dia beraksi dalam tiga
perlawanan yang sengit sebelum ini tanpa menjalani latihan dan ia memang sukar," kata Benitez.
"Kita kena faham bahawa beberapa pemain berusaha dengan
keras untuk membantu pasu- kan walaupun dia tidak begitu cergas." - Agensi

Nov 30, 2009

Menang tapi masih terkilan...

Sungguh teramat terkilan dengan Rafa. Memang beliau tidak berhati perut langsung. Sanggup mengecewakan kami peminat fanatik dan juga sebilangan peminat lalang.  Segala apa diucapkan beliau nista belaka. Makan boleh sebarang makan. Tapi cakap jangan sebarang cakap. Kerana mulut binasa pulut. Memang dah tak boleh dibiarkan mamat Rafa ni. Janji tinggal janji. Adakah patut tak beri Aquilani main barang seminit pun. Kejam betul.

Dari ketika Lucas kena penyigung dengan Mat Afro sampai berdarah muka aku dah seakan nampak yang harapan untuk Aquilani masuk kian hampir. Alih-alih Lucas tak jadi apa-apa plak. Syukur. Eh... kalau Lucas cedera kan baik juga. Boleh Aquilani masuk main dengan Mascher. Tapi terfiir balik. Lucas pula main teramat bagus, sebiji macam Dunga masa muda-muda dulu. Betul tak tipu memang benar tak percaya sudah.

Kalau Lucas tak boleh diganti, apakata kalau Masher saja yang dikeluarkan. Tapi agak mustahil kerana Masher adalah penyumbang gol pertama. Malah antara pemain paling sibuk macam ahli koperat ke hulu ke hilir mengejar bola dan memangkas kaki. Sekalipun begitu, Mascher perlu rehat kerana sejak pulang dari perlawanan antarabangsa sampai saja terus pakai seluar trek masuk padang latihan. Namun sampai ke minit akhir tak ada tanda-tanda kelelahan si masher ni. Mesti selalu amal Tongkat Ali kot.

Seperti biasa Ngog jadi pilihan untuk keseorangan di hadapan. Sejak awal lagi aku tidak yakin kemampuan beliau. Bukan kerana tidak peduli sumbangan gol setakat ini. Tetapi takut kalau satu-satunya penyerang berwibawa kita akan menjadi sambal bilis Yobo dan Distin. Seperti biasa Ngog bermain dengan yakin dan terkadang terlalu yakin sampai ada satu ketika hantaran kepada lawan. Apabila Benayoun dilihat menjadi pemain yang bakal masuk saya masih yakin yang selepas ini mungkin giliran Aquilani akan tiba. Benni tidak mempersia-siakan Rafa dan peminat aksi licik beliau telah membuka kembali aura serangan kita yang mandul sepelepas gol pertama.

Aku agak hairan kenapa Aurelio main akup kiri. Potong orang memang tak retii. Sekadar pandai melakukan hantaran lintang. Itu saja. Keraguan tentang kebolehan Fabio ketika menyerang memang ada. Cuma Rafa seakan mahu mengekang asakan Pineaar yang agak licik. Memang cerdas minda Rafa kerana seawal minit permainan sebelah kiri menjadi asakan bertalu-talu. Sekali lagi apabila melihat Riera masuk aku makin tak senang duduk. Kenapa Riera bukannya Aquilani. Riera adalah pemangkin gol kedua keranan rembatan beliau disambut Kuyt dengan ucapan terima kasih.

Sudah hampir minit perlawanan namun kelibat Aquilani masih tiada. Antara sasaran yang aku nampak sesuai untuk direhatkan bagi memberi peluang kepda Aquilani adalah kapten Gerrard. Nampak keletihan kapten kita itu. Ini mungkin waktu terbaik untuk berehat kerana dengar cerita Gerrard belum pulih 100 % lagi. Tapi agak musykil kalau cedera teruk sangat sebelum ini kenapa masih main penuh. Pakai uri kuda juga kot. Jadi main pun semacam kuda.

Setelah wisel penamat ditiupkan barulah aku faham yang Rafa amat teliti dalam percaturan beliau. Kadang menjadi dan terkadang tidak. Tapi itu terserah kepada pemain sendiri untuk melaksankan arahan. Walaupun terkadang apa yang dibuat tapi disuruh lain. Kita tidak pasti yang Aquilani akan bermain semantap Lucas dan Mascher secara fizikal dan mental menghdapi barisan Toffes yang bermain macam orang gila mengamuk membantai kaki ,menyiku muka dan macam-macam aksi ala WWE Smackdown. Mungkin kali ini aku masih boleh bersabardengan alasan, tetapi lain kali mungkin tidak. Pergi jahanam dengan alasan. Aquilani wajib main. Nokhtah.

 

Nov 29, 2009

Lawatan ke Goodison

Spurs, Villa dan Man City dah sangkut malam tadi. Ini peluang terbuka untuk Liverpool kembali merapatkan jurang.  Buka senang nak pintas mereka kelak.  Lawan kita malam ini merupakan musuh tradisi satu kampung. Everton pun bukan macam sebelum ini. Pasukan mereka pon goyah walaupun ramai kesebelasan utama yang pulih. Cuma apa yang diharapkan Rafa boleh menurunkan kesebelasan terkuat untuk menghadapi musuh digelangggang sendiri. Ketiadaan Torres mungkin dirasai tetapi Ngog semakin lama semakin menjadi. Cuma barisan pertahanan yang perlu bekerja keras. Apa pun saya harap pasukan kita kena berhati-hati dengan sepakan percuma dan penjuru lawan. Kerana mereka akan menggunakan sepenuhnya kesempatan itu.

Nov 26, 2009

Europa pun Europa lah...

Jangan sedih dengan tragedi semalam. Kalau nak kira teruk peminat Wigan lagi kecewa. Namun pasukan kita telah melakukan yang terbaik. Tanpa prejudis saya anggap sesiapa yang amat mengharapkan Lyon akan mengatasi Fiorentina mungkin kurang arif tentang politik bolasepak. Pertamanya bermain ditempat lawan bukannya mudah tetapi buat apa hendak bermain sepenuh hati jika memang sudah layak. Lebih baik Lyon simpan pemain utama untuk saingan domestik.

Keduanya saya rasa Pengurus Lyon memang bijak. Beliau lebih memandang tinggi kekuatan keseluruhan  Liverpool berbanding Fiorentina. Buat apa hendak biarkan Liverpool layak kerana silap-silap jika bertemu kembali pasukan yang dibarisi pemain terkuat, mampos diaorang. Umpama lepaskan anjing tersepit. Pasti keting si penolong rabak terkulai.

Banyak hikmah yang mungkin  menanti selepas ini. Kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku boleh lah dikatakan agak mengecewakan. Antaranya ialah pendapatan dari saingan Liga Juara-Juara akan susut. Modal untuk membeli pemain baru musim depan juga ciput akibat masalah itu. Pemain utama mungkin akan dijual (harapnya tidak) untuk menampung hutang lapok. Rafa mungkin pergi ke Real Madrid dan juga dibawanya Torres, Gerrard dan Lucas (anak emas).

Tetapi setelah dibuang jauh-jauh persepsi. Ada baiknya juga situasi ini. Antaranya ialah berkemungkinan pemilik sekarang akan menjual pegangan mereka kepada pelabur baru. Ketakukan mereka adalah berpaksikan duit. Modal Liverpool untuk bertarung dengan hutang keliling pinggang adalah wang saku dari pencapaian Liga Juara-Juara Eropah. Jika berjaya sekalipun memenangi Piala Europa hasil yang diperolehi tidak seberapa. Kerana itulah empayar Man U berkembang selama sedekad kerana tidak pernah kantoi ke Liga Juara.

Terakhir sekali pastinya pasukan kita boleh berbangga juga jika berjaya menang Europa (Piala UEFA) kerana ini merupakan rekod terbanyak menggunguli piala itu dengan 4 (jika menang), ini kerana 3 pasukan mempunyai rekod dengan 3 kejuaraan selain Liverpool ialah Juventus dan Inter Milan. Nak kata optimis pun tidak nak kata tak yakin pun tidak. Semuanya bergantung kepada kegairahan Rafa serta pemain untuk memenuhi cabaran yang agak kecil nilainya berbanding Piala Juara eropah. Kita disini akan bersorak  tak kira apa cabaran digalas.

 

 

Nov 24, 2009

Eropah: Menanti Detik 'Ajaib Keenam' (EPLX.com.my)

 

"APAKAH jika Liverpool terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara bermakna 'kiamat' buat kami"?

Demikian pertanyaan penuh sindiran penjaga gol Liverpool, Pepe Reina apabila nasib The Kops jadi tajuk perbualan menjelang saingan hidup mati, Rabu ini.
Reina tahu kelabnya perlu menang dalam dua perlawanan terakhir sambil mengharap Lyon yang sudahpun layak ke pusingan kalah mati, dapat 'membantu' apabila bertemu Fiorentina dari Itali dalam saingan Kumpulan E pada hari sama.Fiorentina tanpa kelibat Adrian Mutu - peledak tiga gol dalam kejohanan ini - yang mengalami kecederaan lutut, mungkin satu lagi kelebihan buat Liverpool.

"Tidak banyak kelab mampu ke separuh akhir dan final dua kali termasuk memenangi satu gelaran pada beberapa musim lalu. Ia boleh berlaku lagi," katanya.
Pengurus, Rafael Benitez pula 'nampak tenang dalam gemuruh' ketika prestasi Liverpool paling merudum dalam 50 tahun dengan hanya mencatat satu kemenangan dalan lapan perlawanan."Kami pernah mencipta keajaiban sebelum ini dan kami mampu melakukannya sekali lagi," kata pengurus berusia 49 tahun yang membawa pulang trofi berkenaan ke Anfield pada 2005 dan Piala FA pada 2006.Benitez sedar 'kuasa penentu' bukan lagi di tangan Liverpool."Kami perlu atasi Debrecen dan kemudian mengharapkan Lyon 'membantu' kami menewaskan Fiorentina," katanya. "Tetapi saya percaya keajaiban akan berulang buat Liverpool."


Kita imbas kembali detik 'lima keajaiban' yang menyusul ketika Liverpool sangat mengharapkan 'talian hayat' dalam aksi Liga Juara-Juara sejak lima tahun lalu.

Disember 2004: Peringkat kumpulan - Liverpool 3 Olympiakos 1

Prestasi hambar peringkat awal kumpulan menyaksikan Liverpool perlu menewaskan wakil Greece dengan kelebihan dua gol untuk mengelak tersingkir. Olympiakos mendahului 1-0 menerusi Rivaldo membayangkan detik kehancuran. Florent Sinama-Pongolle menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua tetapi Liverpool masih memerlukan dua gol lagi ketika aksi hanya tinggal 10 minit. Neil Mellor menjadikan kedudukan 2-1 dan sepakan voli Steven Gerrard pada jarak 40 meter membolehkan Liverpool mara ke saingan kalah mati.

Mei 2005: Separuh akhir kedua - Liverpool 1 Chelsea 0

Skuad Benitez mara ke separuh akhir penuh getir yang disifatkan Jose Mourinho 'tiada gol dalam aksi 180 minit'. William Gallas dilihat cuba mengeluar bola di atas garisan hasil terjahan Luis Garcia tetapi pengadil, Lubos Michel mengesahkannya. Mourinho anggap ia adalah 'gol dari bulan' - boleh jadi dia terlupa beberapa minit sebelum itu Petr Cuch menjatuhkan Milan Baros dalam kawasan penalti tetapi terselamat.

Mei 2005: Final - Liverpool 3 AC Milan 3 (Liverpool menang penalti 3-2)

Seleps mara ke final yang dianggap nasib, Liverpool dibelasah pada separuh masa pertama. Milan mendahului pada minit pertama menerusi kapten, Paolo Maldini diikuti gol berganda Hernan Crespo menggambarkan 'malam jahanam' buat lawan mereka. Milan sudahpun merai 'kejayaan' mereka di bilik persalinan pada waktu rehat. Kemudian Liverpool memulakan cerita aneh. Gerrard memulakannya dengan gol tandukkan pada minit ke-54 diikuti gol jarak dekat oleh Vladimir Smicer. The Reds kemudian mendapat penalti kontroversial. Dida menyelamatkan sepakan Xabi Alonso tetapi pemain Sepanyol itu menggegar hasil lantunan semula. Jerzy Dudek muncul wira Liverpool apabila menepis sepakan penalti Andriy Shevchenko pada masa tambahan dan kemudian pada penalti penentuan membolehkan Liverpool muncul juara buat kali kelima.

November/Disember 2007 - Peringkat kumpulan - Liverpool 8 Besiktas 0, Liverpool 4 Porto 1, Marseille 0 Liverpool 4

Seri di Porto dan tewas kepada Marseille serta Besiktas memaksa skuad Benitez perlu menang dalam tiga aksi terakhir pusingan kedua kumpulan untuk ke pusingan kalah mati. Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa. Bermula dengan membelasah Besiktas, dengan hatrik daripada

Yossi Benayoun dan dua gol Ryan Babel kemudian melakukan hatrik lewat permainan ketika menewaskan Porto di Anfield. Kemegahan Liverpool memuncak di Stade Velodrome, Marseille menerusi gol Gerrard, Torres, Dirk Kuyt dan Babel menyaksikan Liverpool mara ke pusingan kalah mati.

April 2008 - Suku akhir kedua - Liverpool 4 Arsenal 2 (Agregat 5-3)

Satu lagi aksi mendebarkan membabitkan dua kelab Inggeris yang berakhir penuh drama di Anfield. Perlawanan dilihat akan berkesudahan dengan tambahan masa sehinggalah Fernando Torres meledak hebat pada minit ke-69 untuk memberi kelebihan kepada Liverpool. Kemudian - hanya enam minit permainan akan berakhir - kemusnahan muncul. Serangan balas Arsenal menerusi

Theo Walcott, yang menewaskan tiga peman dan melorong kepada Emmanuel Adebayor untuk gol mudah membolehkan pelawat pula mendapat kelebihan di segi agregat. Dua minit sebelum tamat, Kolo Toure membentes keras Babel membolehkan Liverpool mendapat penalti. Gerrard menyempurnakannya sebelum Babel - raja gol saat akhir - menambah derita Arsenal.

Liverpool intai bisa Nistelrooy (Sinar)

Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman apabila pintu perpindahan pemain dibuka semula Januari tahun depan.
Nistelrooy sebelum ini pernah membuat kenyataan ingin meninggalkan Santiago Bernabeu jika tidak dapat beraksi dalam kesebelasan utama Real sebagai usahanya untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.

Hasrat Nistelrooy dilihat sukar kerana Real ketika ini dilihat memiliki jentera serangan berbisa dengan kehadiran Kaka, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema. Ini memungkinkan dia meninggalkan kelab Galacticos itu Januari nanti. Liverpool yang semakin terdesak untuk mengejar Chelsea dan Manchester United dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) amat berminat untuk membawa Nistelrooy ke Anfield tetapi perlu bersaing dengan Tottenham Hotspur dan Manchester City yang turut menunjukkan minat terhadap pemain berkenaan.

Tetapi Nistelrooy dilaporkan lebih berminat untuk menyarung jersi The Reds meskipun menyedari permusuhan kelab itu dengan bekas kelabnya, Manchester United. Dia sebelum ini menikmati lima musim yang indah di Old Trafford, apabila menjuarai EPL dan Piala FA serta meledak 150 gol dalam 219 penampilan bersama Red Devils.

 

KOMEN: Jangan lepaskan peluang untuk melihat muka Ferguson ketika RVN menjaringkan gol sulung buat kita di Old Trafford nanti. Kalau RVN boleh beri komitmen seperti Paul Ince maka makin panas perang Rafa-Fergie. Risiko memang ada tapi kalau dengan modal yang kecil mungkin akan berbaloi-baloi. Apa pun kena tunggu sampai jadi baru boleh komen kaw-kaw lagi.

Nov 23, 2009

McMmahon menulis (Kosmo)

SELAMAT berjumpa lagi.
Minggu ini saya masih gemar untuk berkongsi mengenai perlawanan membabitkan Chelsea dengan Manchester United dua minggu lepas.
Saya percaya, keputusan perlawanan tersebut masih segar dalam ingatan khususnya peminat pasukan Chelsea. Kemenangan yang diraih oleh The Blues pada perlawanan tersebut semakin menghangatkan suasana Liga Perdana England.

Menurut laporan media di England, semuanya nampak sukar buat United selepas kekalahan mereka ke atas The Blues yang terus mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.Mereka dilihat pilihan untuk bergelar juara musim ini dengan kelebihan mata yang dianggap agak selesa.Walaupun kenyataannya United berada dalam kedudukan yang terumbang-ambing tetapi mereka masih boleh terus memberi saingan. Selepas ini mereka akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea dan saingan liga pula masih panjang.

United sudah biasa dengan keadaan seperti ini dan pengalaman lalu juga membuktikan mereka tidak mudah menyerah sebelum saingan liga berakhir. Saya pasti mereka akan terus memberi tekanan kepada Chelsea.Di Asia, lain pula ceritanya. Media tempatan melaporkan bahawa Piala Afrika yang akan bermula Januari tahun depan bakal menjejaskan kempen Chelsea.

Begitupun, pada tempoh tersebut Chelsea tidak berdepan perlawanan sukar dan saya rasa ia tidak akan menjejaskan rentak mereka walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama yang akan mewakili negara masing-masing pada saingan Piala Afrika kelak.Saya masih berpegang dengan pendirian saya bahawa Chelsea memiliki skuad yang cukup mantap musim ini.Seminggu selepas Chelsea meraih kemenangan bergaya ke atas United itu, isu pengadil sekali lagi menjadi tumpuan. Semua akhbar di England menjadikannya sebagai tajuk utama.

Semakin banyak pula kontroversi yang dibangkitkan selepas perlawanan antara Liverpool dengan Birmingham.Bagi saya, ia adalah sebahagian daripada bola sepak tetapi ia tidak berlaku di Stamford Bridge. Saya juga berpendapat bahawa Didier Drogba tidak berada dalam kedudukan ofsaid sebelum mereka menjaringkan gol kemenangan ke atas United dan mungkin sebab itulah ia tidak begitu dibangkitkan oleh media.

Saya rasa Chelsea memang berhak menang perlawanan tersebut.Seperti musim-musim lepas, saya masih yakin dengan kemampuan United. Mereka akan kembali menyengat pada bulan Januari dan itu yang mereka buktikan setiap musim. Saya juga berpendapat skuad kendalian Alex Ferguson itu memerlukan seorang lagi penyerang. Kehilangan Cristiano Ronaldo dilihat agak menjejaskan keberkesanan mereka di bahagian serangan selain kehilangan bisa di bahagian tengah. Pada pandangan saya, pemain berkelas dunia seperti Ronaldo memang diperlukan untuk mengharungi saingan liga yang dilihat semakin mencabar.

Antonio Valencia mungkin seorang pemain yang berkebolehan tetapi adakan dia berkelas dunia? Pada ketika ini, United memang memerlukan seorang pemain yang serba boleh, yang boleh mencipta peluang serta membawa kemenangan kepada pasukan. Tetapi, pemain seperti itu memang sukar untuk dicari pada musim perpindahan Januari depan.

Bagi Chelsea pula, penggantungan mereka daripada membeli pemain pada musim perpindahan Januari depan tidak mengejutkan saya. Kita juga sudah tahu ia akan berlaku dan hakikatnya, pemain itu sendiri yang akan membuat keputusan - pasukan mana yang menjadi pilihan dia.Meskipun digantung, saya yakin Chelsea juga akan mencari pemain baru pada musim perpindahan Januari depan.

Walaupun saya rasa Chelsea dilihat mantap disemua posisi, mereka akan tetap mencari seorang pemain serba boleh yang mampu menjalankan tugas dengan baik pada setiap posisi sebelum beberapa tonggak utama beraksi pada Piala Afrika. Pemain tersebut sudah pastinya yang boleh menyesuaikan diri dengan sistem Carlo Ancelotti.Joe Cole pula sudah kembali beraksi dan ia dianggap bonus buat Chelsea.

Kini timbul pula khabar angin bahawa Ancelotti akan membeli penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero dan saya yakin pemain tersebut tidak akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan sistem permainan di Stamford Bridge itu. Jika kamu seorang pemain berkelas dunia, kamu tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan apa juga sistem sekali pun.

Kita berbalik kepada Liverpool. Apa yang pasti skuad bimbingan Rafael Benitez itu memerlukan pemain baru, tetapi mereka perlu menjual pemain sedia ada sebelum boleh berbuat demikian.Mengimbas perlawanan mereka menentang Birmingham, Liverpool seharusnya memenangi perlawanan tersebut berdasarkan jumlah percubaan yang mereka lakukan di hadapan gawang lawan. Mereka menguasai permainan tetapi gerakan mereka tidak mengancam pertahanan Birmingham. Birmingham pula hanya mempunyai dua percubaan dan ia diterjemahkan kepada jaringan.

Sepakan penalti pada perlawanan tersebut juga tidak harus diberikan kepada Liverpool kerana David Ngog memang dilihat dengan jelas sengaja menjatuhkan badannya. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Liverpool bernasib baik kerana mencatat keputusan seri tetapi bagi saya mereka tidak bernasib baik untuk menang.Liverpool memang agak terasa tanpa khidmat Fernando Torres dan mereka juga dilihat semakin mudah untuk dibolosi lawan. Jika mereka terus mempamerkan prestasi seperti itu, skuad dari Anfield ini akan menghadapi masalah besar.

Apakah pula perkembangan di Arsenal? Setakat ini memang dilihat mantap lagipun mereka memang sentiasa mempamerkan kelas tersendiri di bawah Arsene Wenger. Saya boleh katakan bahawa Arsenal adalah sebuah pasukan yang menyerlah dalam liga. Tetapi, pada penghujung musim prestasi mereka sering goyah. Adakah kali ini mereka mampu melontarkan cabaran kepada pasukan seperti United mahupun Chelsea? Berdasarkan persembahan, mereka memang memiliki kualiti tetapi saya berpendapat kualiti yang ada pada mereka itu belum mampu untuk menyaingi United mahupun Chelsea.

Jika Cesc Fabregas, Andrei Arshavin atau Robin van Persie mengalami kecederaan, pemain lain dalam pasukan Arsenal tidak mampu untuk mengisi kekosongan itu.Setakat ini, Chelsea tidak memperlihatkan sebarang masalah. Bagi saya, mereka adalah sebuah pasukan yang paling mantap dalam liga. Saya sudah tidak sabar untuk melihat bagaimana United dan Alex Ferguson menyahut cabaran yang dibuktikan Chelsea ketika ini. Saya yakin ia akan menjadi lebih menarik.

Steve McMahon, bekas pemain tengah Liverpool dan England adalah penganalisis tetap bola sepak di ESPN menerusi program Football Focus and Forecast.

 

Rawatan 'kontroversial' di Serbia?

LONDON: Bintang Chelsea, Frank Lampard, berlepas ke Serbia kelmarin untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan pada otot-otot pahanya yang dialami semasa mengikuti latihan menjelang penentangan terhadap pasukan Brazil pada minggu lalu, demikian media melaporkan di sini kelmarin.Menurut akhbar The Guardian, pemain berusia 31 tahun itu berlepas ke Belgrade untuk menemui seorang doktor Serbia, Marijana Kovacevic, yang telah merawat beberapa pemain kelab-kelab Liga Perdana England.

Kovacevic mendapat liputan meluas di England kerana menggunakan rawatan yang dianggap kontroversial dengan mengambil uri kuda bagi mempercepatkan proses pemulihan kecederaan tersebut.Antara pemain yang telah mendapatkan khidmat Kovacevic termasuk pemain-pemain Liverpool: Albert Riera, Yossi Benayourn, Fabio Aurelio dan Glen Johnson, juga pemain Arsenal: Robin van Persie.

Lampard mengalami kecederaan pada 12 November lalu dan pemain antarabangsa itu mengakui beliau akan terlepas beraksi selama tiga minggu termasuk menentang Arsenal pada 29 November ini.Bagaimanapun, menurut media British, Lampard tidak akan menjalani rawatan menggunakan uri kuda. Sebaliknya, beliau akan dirawat dengan menggunakan minyak urut biasa.

Dalam perkembangan lain, Liverpool berkata dua pemain midfieldnya, Riera dan Benayoun, akan terlepas beraksi selama dua minggu selepas mengalami kejang otot.Pengurus pasukan Liverpool, Rafael Benitez, berasa begitu puas hati dengan kedudukan Aurelio dan Johnson selepas menjalani rawatan di Serbia.Kesemua empat pemain ini telah kembali ke Merseyside dan menjalani latihan penuh sejak dua hari lalu.

'Anda tahu orang ramai memperkatakan tentang para pemain yang pergi ke Serbia untuk mendapatkan rawatan. Laporan itu benar,' demikian kenyataan Benitez dalam laman Liverpool.'Kami diberitahu bahawa ramai pemain antarabangsa pergi ke Serbia untuk mendapatkan rawatan. Jadi, para pemain kami juga telah ke sana.'Kini, mereka telah kembali berlatih dan kami harus lihat sama ada mereka sudah bersedia bermain ataupun tidak,' tambah Benitez.

Sementara itu, pasukan Arsenal juga menghantar pemain penyerangnya, Van Persie, untuk mendapatkan rawatan di Serbia.Bagaimanapun, pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger, berkata walaupun beliau sedia melepaskan Van Persie mencuba rawatan itu tetapi beliau masih meragukan akan keberkesanan rawatan tersebut.

'Sebagai contoh, apabila anda menghadapi masalah otot-otot paha, anda sudah pasti tidak boleh beraksi selama 21 hari. Saya tidak pernah dengar rawatan yang boleh mengurangkan tempoh itu.'Saya telah melihat ramai pemain ke Servia dan dalam tempoh lima hari, mereka kembali beraksi. 'Tetapi mereka boleh beraksi selepas mendapatkan suntikan. Bagaimanapun, soal kecederaan itu akan berulang lagi,' jelas Wenger. -- Reuters.

KOMEN : Rawatan kontroversi tersebut dikatakan menggunakan placenta (uri) kuda. Kalau tak silap saya uri mempunyai sumber nutrien yang digunakan untuk bayi didalam kandungan. Jadi mungkin nutrien tersebut dapat dimanupulasi oleh Dr Mariana dengan kaedah tersendiri. Tetapi dengar kata kos untuk rawatan alternatif itu amat tinggi tetapi cuma mengambil masa beberapa hari sahaja. Lihat saja Benayoun yang dikatakan belum pulih untuk perlawanan Citeh, tup-tup cergas macam tak cedera. Semua itu kuasa Tuhan.

Nov 22, 2009

Liverpool Hampir Bungkus (Kosmo)

LIVERPOOL - Yossi Benayoun muncul penyelamat Liverpool. Jaringan penyamaan Benayoun ketika permainan berbaki 13 minit membolehkan Liverpool mengikat Manchester City 2-2 pada aksi Liga Perdana England di Anfield malam tadi.Keputusan seri itu menyaksikan Liverpool kini hanya merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir yang diharungi mereka.

Untuk rekod, kemenangan tunggal Liverpool dalam 10 perlawanan itu adalah ketika mereka menewaskan Manchester United 2-0 di Anfield pada 25 Oktober lalu.Sebelum ini, kemenangan terakhir yang dicatatkan oleh skuad kendalian Rafael Benitez itu ialah pada 26 September lalu ketika menewaskan Hull City 6-1.Bagi City pula, ia merupakan keputusan seri keenam dicatat dalam saingan liga dan semakin memudarkan harapan mereka untuk terus mencabar Chelsea dan United di kedudukan teratas.

Pada aksi semalam, Liverpool terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-50 menerusi jaringan Martin Skrtel.Namun, kemasukan Carlos Tevez pada minit ke-61 telah menghidupkan jentera serangan City dan mereka akhirnya berjaya menyamakan kedudukan minit ke-69 menerusi tandukan cantik Emmanuel Adebayor.

City membuatkan Liverpool tertekan seketika apabila mereka berjaya memperoleh gol kedua pada minit ke-76 menerusi penyudah kemas Ste- phen Ireland.Namun, harapan City untuk pulang dengan tiga mata penuh tidak kesampaian apabila Benayoun berjaya menyamakan kedudukan seminit kemudian untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata. – Agensi

KOMEN : Kalau nak ikutkan pasukan kita memang hampir tewas kepada Citeh. Mereka walaupun agak bertahan namun mempunyai peluang terbuka. Banyak kali serangan mereka buat bek kita gelabah. Tambah lagi Skrtel yang kurang sefahaman dengan Kargiakos. Barisan depan dah bagus walaupun Ngog belum mampu berdepan bek berpengalaman seperti Toure dan Lescott.

Tetapi Benayoun memang hero macam zorro. Kalau Babel tak cedera sekalipun belum tentu Babel dapat berikan sumbangan sebegitu. Yang heran kenapa Rafa masih segan nak turunkan Aquilani. Persoalan yang membingungkan semua peminat. Selepas ini Aquilani wajib turun sepenuhnya dan beri latihan insentif tandukan bagi Lucas kerana mempersiakan peluang.

 

Nov 17, 2009

Benitez minat risik Eduardo (Kosmo)

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez berhasrat untuk membawa penyerang Arsenal, Eduardo ke Anfield pada Januari depan.Kelab The Reds itu juga dikhabarkan telah menyiapkan dana sekitar £10 juta (RM56 juta) ke atas bintang antarabangsa Croatia itu.

Keputusan Benitez untuk memancing Eduardo itu adalah ekoran prestasi tidak konsisten yang dipamerkan Liverpool sepanjang musim ini.Bekas juara Eropah itu juga terpaksa beraksi tanpa tonggak utama yang dibelenggu kecederaan termasuk- lah Fernando Torres, Steven Gerrard, Yossi Benayoun dan Albert Riera.

"Kami perlu mendapatkan pemain berkualiti kerana persaingan semakin sukar ketika ini," ujar Benitez.

Sebelum ini, pengendali dari Sepanyol itu secara ter- buka menyuarakan minatnya untuk mendapatkan khidmat penyerang Real Madrid, Rafael van der Vaart dan penyerang Tottenham Hotspur, Roman Pavlyuchenko.

"Eduardo adalah pemain yang serba boleh dan dia juga merupakan pemain yang mampu memberi impak kepada kami."Saya harap, kami dapat membawanya ke sini (Anfield) pada Januari depan," tambah Benitez.

Bagi Eduardo sendiri, dia jarang diturunkan dalam skuad Arsenal kendalian Arsene Wenger ekoran kehadiran ramai pemain muda berbakat di kelab itu.

KOMEN: Mustahil Pak Usin Wenger nak lepaskan Eduardo camtu saja. Pengganti Adebayor pun Wenger belum beli lagi, inikan pula nak lepaskan pemain lain pula. Agak mustahil tetapi mungkin boleh berlaku. Cuma kalau hendak juga Eduardo kena pastikan Voronin dibawa keluar dulu. Ada pun macam tak ada.

 

Nov 16, 2009

Masher dalam proses ke Barca ???

LIVERPOOL will bank the biggest ever pay-day in their history when Javier Mascherano packs his Gucci bags for Barcelona in a staggering £36million mega deal.
It is reported that agents acting for the Spanish giants have agreed personal terms with Mascherano’s representatives in readiness for the big- money move.
And Liverpool have told Barcelona in no uncertain terms just how much they say the Argentina star, 25, is worth after becoming resigned to losing Mascherano next summer.

Boss Rafa Benitez had already met his midfi eld maestro to begin talks on a new contract extension in line with all his major stars like Steven Gerrard and Fernando Torres.
But it was clear from those early discussions that Mascherano, although committing himself to the Liverpool cause, clearly had his mind set on an exit after a summer of transfer speculation.
That point became abundantly clear when Mascherano announced publicly that he already had a Liverpool deal and wasn’t interested about talks on a fresh one.

He said then: “I’m not asking about a new contract. I have never asked for a new deal. “I read reports about talks and that I was asking for one but I didn’t.
“I already have a contract with Liverpool and I try to give my best for the club. I don’t want to talk any more about a contract or Barcelona.”
Now the scene is set for Benitez to expect his historic windfall which will obviously offset the lost revenue if Liverpool crash out of the Champions League.

Meanwhile, Dutch winger Ryan Babel, 22, insists he is not looking to quit the Kop. Babel, said: “Liverpool are a very good team and I’m proud to be part of Liverpool.”


KOMEN : Banyak betol modal Barca nak beli Marsher. Kalau jadi memang berbaloi2. Rafa boleh David Villa lepas ni. Tak pun beli balik Alonso :)

Nov 13, 2009

Benitez menghitung hari


LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez pastinya lega apabila perlawanan antarabangsa berlangsung minggu ini.

Ini kerana, Benitez amat berharap beberapa pemainnya yang cedera akan kembali cergas menjelang pertemuan dengan Manchester City pada aksi Liga Perdana England di Anfield Sabtu depan.

Krisis kecederaan Liverpool bertambah parah ketika Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City Isnin lepas apabila Albert Riera dan Yossi Benayoun terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan.

Sebelum ini, Benitez telah pun kehilangan khidmat beberapa pemain tonggaknya termasuk kapten Steven Gerrard, Fernando Torres dan Daniel Agger.

"Setiap kali perlawanan, kami akan kehilangan satu atau dua pemain," kata Benitez.

"Riera mengalami kecederaan yang sama sekali lagi. Kami jangka dia sudah pulih tetapi akhirnya kamu sendiri boleh melihat keadaannya.

"Yossi juga berdepan masalah yang sama seperti Riera. Mereka berusaha keras jadi kamu boleh lihat ia satu risiko.

"Saya tidak tahu sama ada kami sudah bersedia atau tidak berdepan City. Satu-satunya perkara yang saya boleh beritahu ialah fisioterapi kami bekerja keras selama tiga minggu ini."


Dalam pada itu, Benitez kini telah menyamai rekod bekas pengurus Peterborough, Darren Ferguson.

Ketika ini, Liverpool hanya menang sekali daripada sembilan perlawanan terakhir mereka dan ia menyamai rekod hambar yang dicatat Peterborough.

Bagaimanapun, Ferguson terus ditimpa nasib malang apabila dia telah dipecat sebagai pengurus Peterborough sejak tiga hari lalu.

Sebaliknya, Benitez masih bernasib baik kerana tempatnya dilapor masih belum terancam. - Agensi

Nov 12, 2009

Rafa cari pembantu Torres

Setelah sekian lama membiarkan Torres bermain dalam kecederan, akhirnya Rafa terpaksa akur untuk membiarkan Torres menjalani pembedahan. Khabarnya hampir 3 minggu Torres bakal tdak dapat beraksi. Dengan itu hanya tinggal Ngog, Voronin dan Babel yang akan digunakan dibarisan depan. Namun kesemuanya agak menghampakan terutamanya Voronin. Ngog dan Babel walaupun agak kuurang menyerlah namun masih memberikan sumbangan gol ketika ketiadaan Torres sebelum ini.

Dengan prestasi semasa, Rafa telah berhasrat mendapatkan penyerang untuk membantu Torres ketika perpindahan Januari dibuka kembali. Antara nama yang telah disebut-sebut adalah seperti Carton Cole dan Roman Pavlyuchenko. Cole amat berpengalaman di Liga Perdana dan prestasi semasa beliau telah membuatkan Capello memanggil Cole kedalam skuad England. Tetapi West Ham telah meletakkan harga sehingga £20 juta untuk membuatkan Rafa berfikir 10 kali. Harga tersebut amat tidak munasabah kerana kualiti beliau setaraf nilai yang diletakkan.

Nama Roman dari Spurs pula dikatkan setelah pemain itu sendiri kecewa akibat berehat dibangku simpanan kerana Redknapp lebih menggemari Defoe, Keane dan Crouch. Rafa mungkin akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan Roman secara pinjaman. Tetapi bagi saya Roman mungkin bakal menjadi pemain gantian selepas Torres pulih kerana Rafa lebih gemar menggunakan penyerang solo. Tetapi dari segi kualiti mungkin Roman boleh berjaya kerana bakat beliau. Cuma beliau amat tiada pengalaman di Liga Perdana telah membuatkan pemain ini akan sukar menyesuaikan diri dengan denagn cepat sepeti Torres.

Kalau saya ditempat Rafa saya mungkin tidak menggunakan khidmat kedua pemain tersebut. Tetapi mendapatkan pemain yang cukup berpengalaman di Liga Perdana tetapi berada diluar. Siapa lagi kalau tidak lain tidak bukan Ruud Van Nisterrooy. Mungkin ini dilihat sebagai serangan balas terhadap Man U kerana mendapatkan Owen. Tetapi ini adalah suatu pilihan yang realistik dan berisiko rendah berbanding Cole dan Roman. Cuma jika kita mempunyai modal lebih saya rasa Goran Pandev lebih sesuai dengan mengumpan Dossena dalam perpindahan itu.

Nov 8, 2009

WAG: Mampukah Abbey Kekal No 1



JANGAN tengok Peter Crouch 'takdak mata'. Ada yang menggelarnya 'galah' kerana ketinggiannya mencecah 2.01 meter (6 kaki 7 inci). Ada yang jelek melihat aksi robot setiap kali dia meraikan jaringan gol.

Tapi tidak dalam kaca mata Abbey Clancy - 5 kaki 7 inci - model jelita berusia 22 tahun kelahiran Liverpool. Tahun lalu, Abbey dijulang sebagai 'WAG Pemain Bola Paling Seksi'.

WAG adalah singkatan bagi 'Women and Girlfriends'.

Abbey menewaskan ramai jelitawan lain termasuk isteri kapten Liverpool, Alex Curran yang sekadar menduduki tangga kelapan. Mungkin pemilihan Abbey bukan satu kesilapan tetapi ramai tertanya-tanya mengapa Crouch menjadi pilihan?

"Dah takdak manusia lain ke di dunia ni," tanya seorang peminat.

Sebenarnya Abbey bukanlah 'siapa-siapa' sebelum menjadi 'gadis impian' Crouch. Tetapi sejak dia mendamping bekas pemain Portsmouth dan Liverpool, bintangnya makin bersinar.Dia mendapat peluang menjadi hos rancangan TV, Hell's Kitchen kerana Crouch. Tidak syak lagi Abbey kini menjadi 'bintang' dalam dunianya sendiri.

Khabarnya tidak lama lagi ada pemilihan baru bagi WAG 2009. Apakah Abbey mampu mempertahankan kedudukannya? Apakah Alex dapat memperbaiki atau merudum.Kehadiran seorang lagi WAG jelita, Michela Quattrociocche dari Itali, tunang pemain baru Liverpool, Alberto Aquilani pasti menggugat peluang Abbey.

Pemilihan tahun lalu juga menyaksikan isteri Wayne Rooney, Coleen McLoughlin, 22 yang melahirkan anak pertama minggu lalu, menduduki tempat keenam.Isteri bintang veteran England, David Beckham, Victoria 'Spice' Posh yang selalu mendakwa 'saya paling hebat' sekadar berada di tempat ke-17.Pemilihan kali ini mungkin dia gagal berada dalam kelompok 20 kerana faktor usia yang sudah mencecah 34 tahun selain bentuk badan yang tidak umphh lagi.

Berikut senarai WAG

1 Abbey Clancy - (Peter Crouch, Tottenham)
2 Cheryl Tweedy - (Ashley Cole, Chelsea)
3 Carly Zucker - (Joe Cole, Chelsea)
4 Elen Rives - (Frank Lampard, Chelsea)
5 Melanie Slade - (Theo Walcott, Arsenal)
6 Coleen McLoughlin - (Wayne Rooney, Manchester United)
7 Charlotte Mears - (Jermaine Defoe, Tottenham Hotspurs)
8 Alex Curran - (Steven Gerrard, Liverpool)
9 Sheree Murphy - (Harry Kewell, Galatasaray)
10 Toni Poole - (John Terry, Chelsea)
11 Imogen Thomas - (Ibrahim Sonko, Hull City)
12 Emma Hadfield - (Gary Neville, Manchester United)
13 Jadine Bircham - (Mark Bircham, Yeovil Town)
14 Julie Phillips - (Kevin Phillips, Birmingham)
15 Radka Kocurova - (Tomas Rosicky, Arsenal)
16 Jamelia - (Darren Byfield, Walsall)
17 Victoria Beckham (David Beckham, LA Galaxy)
18 Liz McClarnon - (Lee Trundle, Swansea)
19 Heather Swan - (Michael Chopra, Cardiff City)
20 Louise Redknapp - (Jamie Redknapp, bekas pemain Liverpool)

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails