Sep 30, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA

Pasukan Angsa Laut ni boleh tahan juga permainan mereka masa lawan Man City haritu. Saya tengok ulangan perlawanan dengan hasrat pelbagai. Nak tengok camana Swansea main untuk ulasan minggu ini. Serta untuk letak calon pemain Fantasy Preimer League terutamanya pemain Man City. Separuh pertama memang sukar juga City nak robek kubu Swansea ni. Kelicikan Aguero satu kelebihan utama bagi City sebab beliau memang tak terjaga oleh bek Swansea.

Swansea bukan pasukan lemah sangat tetapi mereka kehilangan Kapten dan ketua dibahagian pertahanan yakni Ashley William yang pergi ke Everton. Pengganti beliau Van Der Hoorn digandingkan dengan Jordi Amat. Kita tengok Swansea main secara terbuka tetapi City terpaksa cari gol kedua dengan penalti, kerana Hoorn terlalu panik, menyiku de Bruyne yang buat macam teruk. Sterling menamatkan riwayat Angsa dengan gol individu menarik.

Apa yang kita bakal hadap Swansea nanti pasti berbeza kerana City main tak sama dengan corak Liverpool. City main juga hantaran jauh bila Aguero buat larian dan jarang nak main hantaran dekat sepanjang masa. Guardiola juga main selamat dengan membiarkan separuh pasukan menyerang dan separuh lagi bertahan. Memang idea itu berikan kesan kepada Swansea sepanjang masa. Swansea terdedah dibahagian pertahanan kerana Aguero, Sterling dan De Bruyne saling bertukar-tukar posisi.

Karius
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Klopp punya kesebelasan boleh diagak kecuali ada kemungkinan Lovren bakal masuk ganti Klavan. Macam biasa Klopp bagi lawan boleh buat kerja rumah, layan youtube perlawanan dulu-dulu dan cari pola kelemahan dari kebolosan yang kita hadapi. Tetapi saya yakin mereka pasti kecewa sebab corak Liverpool takkan sama dengan sebelum ini. Ini kerana pemain kita akan menyesuaikan diri dengan sekeliling. Jika pasukan Hull mereka nak tiru gaya Burnley, alih-alih tak menjadi nak buat ulangan. Malah kena belasah lagi teruk.

Ada yang mencelah masakan Sang Harimau kita dijinakkan apatah lagi Sang Angsa Laut. Sekali kilas patah tengkok buat gulai itik. Tudia betapa takbur punya ayat. Saya petik ayat pawer dalam grup Wasap geng Liverpool. Mungkin tak ramai yang sembang terlalu kencang sebegini, saya anggap mereka budak-budak baru nak naik. Kalaulah mereka hidup zaman Ferguson punya Setan Merah, rasanya tak berani terlalu vokal. Malahan selalu peminat minoriti cam kita adalah bahan santapan mereka tiap-tiap minggu.

Lawan kita nanti saya yakin akan bersedia untuk main sebaik mungkin. Mereka tak mahu dimalukan di depan penonton sendiri. Liberty Stadium, memang stadium badi kepada Liverpool. Perlawanan lepas kat sana pasukan kita kecewa dengan tewas 3-1 dengan gegenpressing Klopp versi 1.0. Swansea sekarang dah tak bertiki-taka, sebab mereka dah melalui perubahan demi perubahan dengan pertukaran pengurus demi pengurus.

Kita yakin Liverpool boleh dapat keputusan cemerlang jika tak lupa diri. Tambah pula bahagian pertahanan yang senang lenang banyak, sebab lepas bola tapi tetap dapat 3 mata. Entah bila nak dapatkan sifar bolos. Adakah kembalinya Lovren nanti bakal menambah kekuatan pertahanan. Matip dan Lovren bagi saya satu kombo yang melengkapi. Ibarat Mat rempit dan helmet Arai. Penuh gaya mutu keunggulan. Karius memang bakal dikekalkan lawan Swansea. Bukan sebab apa, dia bukan sahaja tekun berlatih atas padang. Kat rumah juga dia giat berlatih ngan PS4 main FIFA17, Mod Kerjaya (Career Mode).

Sep 28, 2016

SADIO MANE PEMAIN TERBAIK OGOS/SEPT PILIHAN PEMINAT


Pemain terbaik pilihan peminat ini diambil undian secara dalam talian beberapa hari lepas. Saya sempat undi dan paparkan dalam twitter, lupa nak tepek dalam blog ini. Tapi kalau dah rezeki takkan kemana. Peminat Liga Perdana Inggeris telah buat pilihan. Pilihan yang sangat tepat kerana Mane pemain berbakat besar sejak dijumpai oleh pemantau pemain Southampton dua musim ini.

Persembahan beliau di Southampton telah membawa beliau ke Anfield, padahal Liverpool kalau nak boleh beliua secara murah di RB Salzburg. Tetapi memandangkan Soton dah jadi kelab persinggahan bagi pemain yang nak ke Liverpool, maka kita tak kisah bayar mahal sikit untuk mereka. Kiranya macam situasi menang-menang.

Diego Costa (5 jaringan, 1 bantuan)
Sergio Aguero (5 jaringan)
Alexis Sanchez (4 jaringan, 2 bantuan)
Adam Lallana (3 jaringan, 3 bantuan)
Philippe Countinho (3 jaringan, 2 bantuan)
Kevin De Bruyne (2 jaringan, 4 bantuan)

Nak buat perbandingan pemain kat atas dengan Mane, jaringan beliau setakat 3 dan bantuan gol 1. Rasanya apa yang peminat buat penilaian bukan sekadar jaringan atau bantuan gol semata-mata. Tetapi corak permainan Mane yang sungguh memikat hati. Dia mampu menjaringkan gol, tetapi gol yang beliau sumbat kesemuanya hebat-hebat belaka. Gol paling cemerlang ialah ketika lawan Arsenal. 

Sep 27, 2016

KEPENTINGAN PEMAIN SKUAD UNTUK KESTABILAN PASUKAN



Kita tahu kesebelasan utama camna. Sekarang Klopp kena pastikan pemain simpanan tak tersisih. Macam kes Sakho, memang beliau disisihkan asbab disiplin. Bila Klopp nak minta dia pergi main kat luar sementara dia taknak. Klopp dah cakap dengan Sakho, dia takda peluang kat Liverpool buat masa ini. Jadi dok buat pekak badak juga. Memanglah bila dah buat perangai takkan senang nak dapat kembali kepercayaan. Tapi lain pula yang dibuat oleh Sakho dengan menyentap dan komplen dalam akaun media sosial. Pergi jahanamlah dengan perangai sebegitu. Dari elok-elok peminat belas kasihan sekarang dah tak ada sesiapa nak simpati.

Abaikan Sakho, kita tengok camna dengan sikap Moreno bila jadi simpanan. Dia walaupun dah kena kutuk sebab main selekeh, dia tak peduli itu semua. Klopp cakap bahawa Moreno kemain rajin dan berlatih sungguh-sungguh nak perbaiki kelemahan. Jenis Moreno kita faham dia tak berapa pandai untuk buat keputusan dalam keadaan panik dan bahaya. Dia kena belajar dari bidan terjun bek kiri, Milner camna nak jadi bek kiri yang baik walaupun tak terlampau hebat. Masa lawan Derby haritu saya tengok Moreno takda buat silap. Mungkin pemain Derby takut tengok kembar Messi main kat bek kiri.

Saya sedikit teruja dengan perebutan bek tengah. Matip tak tercabar dan rasanya dah pegang cop mohor kat bek utama. Sekarang antara Lovren dan Klavan sengit. Sepanjang Lovren cedera, Lucas dan Klavan main silih berganti. Klavan nampak begitu kemas permainan tetapi Lucas juga jenis pandai baca serangan dan boleh buka permainan dari bawah. Kiranya bila Matip ke kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon), taklah berapa risau pertahanan tengah boleh harap. Gandingan Lovren-Klavan pilihan utama dan Lucas sebagai bekap.

Setakat sekarang bek kanan diturunkan Clyne setiap masa. Randall bakal menjadi timbalan di situ, namun dari segi pengalaman, Randall memang teramat kurang. Stewart mungkin diberi peranan kat situ jika Klopp tak berapa yakin dengan Randall. Lagipun Stewart masa kat Spurs memang main bek kanan dalam skuad remaja sebelum kena buang. Satu lagi nama yang tak asing tetapi dah kembali dalam sekuad remaja ialah Alexander-Trent-Arnold. Masa lawan Sunderland b-23, haritu Trent kemain bagus dan menyumbat gol kot atas. Jangan lupa dia baru 17 tahun.

Dibahagian tengah jika Klopp guna formasi 3 pemain, rasanya samada Stewart/Lucas main dibahagian tengah bertahan dan Grujic serta Emre akan main dari kotak ke kotak. Emre terpaksa jatuh ke simpanan dulu. Bukan senang dia nak pangkah salah sorang dari trio Lana-Hendo-Gigi. Emre kena berlatih dan dapatkan kecergasan ditahap terbaik, kena tunggu perlawanan Piala lagi sekali dapat peluang dan barulah Klopp akan buat penilaian semula. Rasanya posisi Gigi boleh dicabar setakat ini, sebab Hendo dan Lana dah jadi nadi pasukan.

Dibahagian serangan pula bagi saya Klopp cukup suka keberkesan trio Mane-Firmino-Coutinho. Sturridge jadi opsyen pemain impak dibangku simpanan. Dia boleh masuk untuk memporak perandakan lawan yang keletihan. Kita tengok Sturridge walaupun tak jaringkan gol lagi dalam Liga tetapi dia semakin nampak tak penting diri dan pergerakan licik sangat menakutkan lawan. Kalau nak dapatkan penalti memang Sturridge sangat pakar. Origi juga senasib Sturridge, banyak main sebagai pemain impak dari simpanan. Tetapi Ings lagi naya, sekadar main untuk Liverpool b-23.

Hampir terlupa nak cerita tentang pertukaran penjaga gawang. Karius dah ambil alih peranan utama. Mignolet kini turun pangkat. Rasanya semua tahu Karius memang dibawa untuk celen Mignolet, tetapi tak sangka beliau dapat peluang secepat ini. Rasanya jika Karius tak cedera dan main dengan persembahan yang baik, memang sukar Mignolet nak dapat peluang balik. Selalunya penjaga gol memang tak banyak dalam pengiliran. Kecuali cedera atau digantung dapat kad merah. Jadi peranan Mignolet ialah berlatih sehabis baik, jangan biar Karisu selesa dan barulah bahagian gawang ada peningkatan. Ini tak, macam musim lepas, pembantu Mignolet, Bogdan pun lagi teruk camna Mignolet nak rasai persaingan sengit.

Kesebelasan sekarang dah boleh dikatakan terbaik. Kena ada timbangbalas untuk hadapi sebarang kemungkinan sesuatu berlaku kepada pemain utama. Januari ini sah Matip dan Mane akan main untuk Cameroon dan Senegal. Dah tentu sebulan lebih tanpa kelibat mereka. Itu belum kira kecederaan dan penggantungan kad kalau berlaku. Pemain yang kita nampak macam terabai buat masa sekarang pasti berguna kelak. Yang penting mereka berlatih untuk bersedia bila-bila masa untuk sebarang kemungkinan. Bukan buat perangai bila tak dapat main. Klopp tak zalim, dia tahu siapa yang bagus dan kurang bagus. Kalau tak bagus langsung takkan berada dalam pasukan sekarang dan melingkup keluar lama dah.

Sep 25, 2016

LIGA PERDANA :LIVERPOOL 5-1 HULL


Lallana 17'
Milner 30' (pen) 71' (pen)
Mané 36'
Meyler 51'
Coutinho 52'

Liverpool sudah punyai pakej pencabar kejuaraan.Sedikit demi sedikit kepelbagaian sistem permainan telah ditonjolkan. Samada bermain dengan pasukan taktikal permainan terbuka mahupun pasukan bertahan sangat  dalam sedalam Lautan Pasifik. Kerja rumah Klopp menghadapi pasukan yang datang melawat, telah dikatakan sangat sukses.

Apa tidaknya selalunya pasukan yang main bertahan akan bersahaja meramaikan kawasan sendiri dengan tiada kebimbangan nak diceroboh. Tapi kali ini baru mereka tahu, taktik sebegitu dah lapuk. Kalaupun mereka konon dah faham nak patahkan Gegenpressing versi lawan Burnley, tetapi apa yang mereka belum faham ialah paten serangan Liverpool tak seragam dari masa ke semasa.

Tambahan pula bilamana serangan tiga serangkai diterajui Firmino. Kita sedikit demi sedikit faham kenapa Firmino jadi pilihan berbanding Sturridge. Kreativiti Firmino serta keberadaan beliau dalam setiap fasa serangan memang terbaik. Dia dimana sahaja, menyukarkan lawan nak kekang. Bertukar-tukar posisi dengan Coutinho dan Mane dalam setiap keperluan dan ketika. Satu lagi kelebihan Firmino masa lawan Hull dia jarang nak pegang bola lama.

Liverpool sejak awal permainan dah tak bagi Hull pegang bola. Tapi tak sampai 10 minit , Liverpool hampir dapat gol namun Coutinho hanya kuis lemah boladan berjaya dikeluarkan bola oleh pertahanan Hull. Namun pada minit ke-17, kali ini Coutinho menerima hantaran Milner, berjaya mencelah dari pemain tengah Hull, membawa bola ditengah, tidak tamak untuk merembat, tetapi melorongkan kepada Lallana yang merembat agak lemah tetapi tak mampu dihalang penjaga gol Hull. Liverpool didepan 1-0.

Kenduri gulai harimau, bermula dengan percubaan Coutinho ditepis oleh penjaga gol tak bertauliah, Elmohammady.  Penalti dan kad merah menjadi hadiah buat Liverpool. Raja penalti Liverpool, Milner menyudahkan penalti dengan bersahaja. Nasib baik juga tekaan Marshall sedikit tepat namun hanyunan Milner terlalu kuat dan melewati celahan badan Marshall. Liverpool menambah derita Hull, 2-0.

Tak cukup dengan 2-0. Bila Hull dah main tak cukup kakitangan, tiba masanya pembulian berlangsung. Serangan Liverpool dah masuk fasa Klavan dan Matip dah naik sampai garisan sepak mula. Dalam minit ke-36, sekali lagi Lallana menjadi hero Liverpool. Gerakan Milner dari sayap mencari Lana yang dalam kedudukan terbaik. Setelah menerima bola Lana melakukan pusingan Cruyff menlepaskan hantaran kepada Mane yang juga melakukan pusingan Cruff dan langsung merembat untuk gol ke-3 Liverpool. Separuh pertama tamat dengan Liverpool mendahului 3-0.

Separuh kedua Liverpool bermula dengan tempo agak sederhana. Kali ini baru nampak Hull dah mula nak balas dendam. Mereka mendapat sepakan sudut kali ke-3 dalam perlawanan tak silap. Sepakan mencari bahagian tengah, semua pertahanan tertumpu kat situ. Kesibukan mereka membiarkan bola kantoi didepan Meyler dan pemain itu merembat padu untuk Hull dapat gol saguhati dari tuan rumah. Habis punah impian Karius nak cipta rekod penampilan sulung cemerlang tanpa bolos. Liverpool 3-1 Hull.

Hull sangka gol pertama itu pembuka hijab gol mereka untuk kebangkitan. Mereka punyai harapan tinggi tengok cara pemain Hull meraikan gol. Namun tak sampai seminit, kegembiraan dan semngat mereka jatuh terhempas ibarat nangka buruk. Coutinho telah tunjuk belang dan merembat gol jarak jauh macam yang beliau selalu berlatih bersama Kapten Hendo. Liverpool menutup mimpi Hull untuk kembali dengan 4-1.

Kemasukan Sturridge memang berhantu. Kebolehan beliau memang memporak perandakan Hull. Beberapa gerakan beliau memang mengerikan pertahananan Hull. Tetapi kebolehan mendapatkan penalti adalah satu kepakaran yang memang semulajadi. Bek kiri Hull membentes rasanya sedikit sahaja tetapi jatuhan Sturridge memang meyakinkan pengadil untuk hadiahkan penalti buat kali kedua malam tadi. Raja penalti Milner, sekali lagi menjadikan malam tadi kenduri besar dengan keputusan akhir 5-1.

Klopp mencipta rekod baru dalam sejarah Liverpool 120 tahun. Menjaringkan 24 gol dari keseluruhan 8 perlawanan. Tapi takmau cakap yang sejarah mungkin berulang, pada masa kali terakhir Liverpool jaringkan gol dengan sukaria camtu, musim itu Liverpool jadi juara Liga Bahagian Dua Liga Inggeris. Itu cerita zaman belum Perang Dunia Pertama. Sekarang dah nak masuk Perang Dunia Ketiga, Liverpool sedang dalam era kebangkitan balik. Dengn Klopp tak mustahil segala impian boleh tercapai. Sampaikan perkembangan Klopp sedang dipantau oleh Gergasi Bundesliga , Bayern Munchen.

Liverpool dah lama tak main camni. Bukan setakat menang besar, tapi main penuh brrgaya. Pasukan lawan memang akan cari jalan untuk cari kelemahan Liverpool. Setakat ini memang nampak sempurna, tetapi masalah kebolosan kena perbaiki. Kemasukan Karius ganti Mignolet memang dialu alukan. Cuma kali ini Karius tak menonjol lagi dan kita belum nampak dia lebih hebat dari Mignolet disebabkan Hull memang tak bagi tentangan lansung. Lawan Swansea nanti kita nak tengok apakah prestasi Liverpool makin mencanak naik dan Karius bakal hadapi penyerang terbaik macam Llorente dan Sigurdson.

Sep 23, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HULL


Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Semua dah tahu dan boleh jangka kesebelasan terbaik Klopp terkini. Pengecualian kepada Karius. Tak pasti samada Karius dah dapat lesen penuh untuk kemudi benteng terakhir Liverpool untuk tapau Mignolet. Ikut penilaian saya masa lawan Derby, Karius masih gelabah juga dalam pertarungan diudara. Tapi bola bawah, dia memang sempoi dan mantap sekali. Nampak kerap naik dan bergerak cepat untuk tutup ruang, jika pertahanan terkantoi dan penyerang lawan nak menyusup masuk.

Lawan mungkin boleh baca corak Gegenpressing Klopp. Sebab barisan kemungkinan dah boleh teka. Tetapi apa yang saya dok perati sejak dua menjak, Gegenpressing ala Liverpool berevolusi. Tapi bukan macam Filem Evolution dari ulat sampai jadi naga sikit punya ganas. Setakat sekarang evolusi taktikal Liverpool nampak ada kepelbagaian. Dari segi rentak dan juga corak serangan.

Nak buat perumpamaan sikit dengan taktikal sekarang berbading sebelum ni, Kalau dulu tempo kira nak tibai main Heavy Metal awal samapi habis, tapi pancit buat apa. Sekarang main macam muzik Dewa19, mula-mula masuk Rock dekat korus ada dangdut sikit. Nak cerita bagitahu, kemasukan beberapa pemain macam Mane dan Gigi dah lain cara Gegenpressing dimainkan.

Kita boleh berbangga dengan serangan namun dari segi pertahanan kena perbaiki lagi. Jaring banyak dan bolos banyak bukan ciri-ciri pasukan yang nak menang Kejuaraan. Jika terikat mata contohnya dalam perlawanan ke-38, perbezaan gol antara jaring dan bolos akan tentukan juara sebenar. Kemasukan Matip berganding dengan Lovren kian nampak serasi dari masa kesemasa. Bukan mereka sahaja perlu bersefahaman, keseluruhan pasukan kena bekerjasama dalam situasi bertahan dari serangan.

Liverpool memang ada masalah dengan jenis perlawanan lawan dengan pasukan bawahan. Jika korang teliti rasanya tren dah berlarutan dan jadi wabak penyakit  sejak lima-enam tahun dulu hingga sekarang. Itulah pasalnya selalu bila seronok belasah pasukan kuat, tup-tup lawan pasukan cap ayam kena tibai. Tak payah nak jauh sangat, perlawanan dengan Burnley contoh ikhtibar terbaik buat tauladan.

Lawan tahu dan sengaja bagi pasukan kita seberapa banyak masa untuk penguasaan bola. Liverpool memang penuh menjiwai permain hantaran bila lawan buat-buat bertahan dengan padat. Tetapi ada pasukan sengaja main sebegitu, sebab mereka dah nampak bagaimana berkesannya Chelsea bermusim lepas mengenakan kita dengan corak susun bas dan serang hendap macam Komunis Bukit Kepong. Macam dah jadi tren, nak bagi Liverpool bungkus baik main susun bas.

Terkadang itulah yang membimbangkan. Takut Hull pula nak tiru Burnley. Nak hadap Hull yang kena belasah dengan Arsenal, mungkin sedap. Tapi kalau Hull yang main lawan Leicester camna. Sukar juga nak bendung corak mereka yang agresif dan punyai penyerang sado. Paling bahaya bila mereka dapat peluang serang hendap, jika pemain pertahanan silap langkah kena getah punya. Zaman selepas era Steve Bruce memang Hull nampak lain macam ganas macam Harimau lapar.

Saya tak berani nak cakap Hull cabaran sukar atau mudah , dengan bergantung kepada keputusan lampau mereka. Ya mereka menang dengan Leicester tapi tewas besar kepada Arsenal. Jadi kekuatan dan kelemahan mereka ada jawapan dalam kedua perlawanan itu. Jangan dok nampak saya timbulkan kerisauan. Bolasepak sukan yang penuh kejutan. Apapun boleh berlaku, samada menang, kalah atau seri. Kita harap pasukan main dengan sepenuh hati dan jangan pandang rendah lawan macam kes Burnley. Di ulang sekali lagi taknak malang menimpa macam kat Burnley. 

Sep 22, 2016

UNDIAN PIALA EFL PUSINGAN KE-4



Undian pusingan ke-4 telah dijalankan. 16 pasukan bakal berentap dalam pusingan ini sebelum ke Suku Akhir. Liverpool bakal bertemu lawan sukar kali ni. Memang terbaiklah siapa yang pergi cabut undi bagi pihak Liverpool. Memang perkiraan untuk Piala Liga akan bagi pasukan kuat-bertemu kuat dahulu dan kat Final silap-silap boleh bertemu pasukan tak ternama yang buat kejutan.

West Ham v Chelsea
Manchester United v Manchester City
Arsenal v Reading
Liverpool v Tottenham
Bristol City v Hull
Leeds v Norwich
Newcastle v Preston
Southampton v Sunderland

Kita tengok cabutan kali ini paling tak adil bagi, Man United dan West Ham. Kedua-dua pasukan ini melalui detik cemas dalam Liga sebelum ini. Menyu telah tewas kepada lawan pusingan ke-4, Man City. Manakala West Ham yang sedang terumbang-ambing kena pula lawan jiran kat London, Chelsea yang sedang pukul naik. Paling mudah perjalanan Arsenal sebab lawan Reading, tapi itu atas kertas sahaja.

Sep 21, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL 3-0 DERBY COUNTY



Derby 0-3 Liverpool

Penjaring:
Klavan , 24'
Coutinho, 50'
Origi , 54'

Tahun sebelumnya, ingat lagi nak lepas pusingan ke-3 kemain menyeksa. Masa tu lawan Carlisle United, pasukan Divisyen mana tak ingat tapi perlawanan terikat 1-1 sampai terpaksa main penalti. Rasanya majoriti pemain dalam kesebelasan masih ada kecuali hero pada malam tu Bogdan yang selamatkan beberapa penalti. Apa yang nak bagitahu projek Klopp untuk Piala EFL kali ini tetap macam tahun lepas, beri peluang beberapa pemain simpanan main untuk beri saingan kepada pasukan utama.

Karius diberi peluang ganti Mignolet. Matip bergandingan dengan Klavan nagi merehatkan Lovren. Clyne kekal tetapi Moreno ganti Milner di pertahanan sisi. Gandingan trio tengah dirombak. Lucas dan Grujic masuk, Hendo kekal tetapi kali ni main lebih keatas dengan Lucas sebagai pengawas pertahanan, Grujic pula sebagai orang perantaraan. Firmino kembali dari cedera menggantikan Mane dan bersama Coutinho membantu Origi yang bertindak sebagai penyerang solo. Formasi nampak macam 4231.

Perlawanan memang berat sebelah. Bukan pengadil tetapi, corak Liverpool buatkan Derby tak keruan. Mereka hanya bertahan dan berkejar-kejaran bola. Tetapi Liverpool mengungguli penguasan bola dengan hantaran cermat dari semua pemain termasuk penjaga gol. Karius nampak begitu selesa pegang bola, buat hantaran serta tak berapa gelabah jika kena serbu dengan penyerang lawan.  Bercakap tentang penyerang lawan, tak sangka Darrent Bent, bekas penyerang berbisa Liga Perdana rupanya belum bersara dan main dengan Deby. Tapi kudrat beliau tak sama macam 10 tahun lepas.

Liverpool saya nampak sejak awal-awal dah boleh dapatkan gol, kalau pemain tak main tamak dan pentingkan diri untuk konon nak main tunjuk kemahiran individu sangat. Paling menonjol Origi, banyak kali cuba nak jadi hero bawak bola sendirian padahal ada opsyen disebelah, kawan dah buat larian dikawasan lapang. Patutnya cuba buat hantaran dan main satu dua, dan mungkin Derby akan kena azab awal-awal lagi. Ada juga situasi beliau dijaga rapat, tapi nak buat rembatan juga. Mungkin dia yakin dengan sepakan, cuma terlampau kuat melencong jauh.

Kebuntuan gol takkan panjang dengan corak Liverpool main. Cuma tunggu masa dan ketikanya. Kepelbagaian corak serangan dari tepi dan tengah dan juga atas. Dok tunggu punya tunggu punya tunggu, mata dok rabak dah. Kopi dah abis sekole, talian 3G pun sekejap 2 batang sekejap 3 batang. Tettiba dari sepakan penjuru yang berbelas kali, kali ini Sepakan penjuru Coutinho sampai ke kawasan tengah mencari Origi. Origi telah dicabar dua orang pemain dan jatuh tergolek. Tetapi bola terkena pertahanan Derby dulu, kantoi didepan Klavan. Apa lagi mamat tu pun menibai dengan kaki kidai tak kuat mana tapi cukup-cukup nak bagi Liverpool mendahului tuan rmuah dengan 0-1.

Keputusan kekal dengan 1-0 sampai tamat separuh masa. Derby buat perubahan taktikal, masukkan bekas pemain remaja Liverpool, Tom Ince. Konon nak sergah balik Liverpool. Tetapi Liverpool kembali mengganas, dengan permainan individu Coutinho. Dapat bola dari tengah, Coutinho menggolek bola dari tengah, macam dapat arahan secara Telepati, Firmino tunggu didepan diantara ramai pemain, terima bola Coutinho dan kembalikan bola kepada Coutinho yang dah tetiba masuk hampir dalam kotak dan buat larian dicelahan pertahanan dan jolok masuk bola dengan selamba. Derby kena lagi sebiji dengan keputusan 0-2.

Derby dah jadi cacamerba, mereka juga menyerang tetapi tak berapa nak mengguris mencalarkan sedikit pun pertahanan Liverpool. Banyak bola bahaya dari serangan udara. Memang mereka punyai kualiti kat situ. Teapi Karius banyak main peranan dalam mematahkan serangan Derby dalam serangan udara. Dia rajin dan berani keluar tepis dan tumbuk bola keluar. Bukan semua patut tumbuk, tangkap pun boleh dapat, tetapi Karius tak mahu ambil risko kot. Dia juga telah menyelamatkan hantaran belakang yang tak sampai dari Henderson dengan masuk dan memblok bola dari dirampas Bent. Gaya-gaya permainan macam Pepe Reina dah ada.

Dalam asyik Derby nak kuasai permainan dan bangkit buru gol, Liverpool membunuh permaian tak sampai 5 minit dari gol ke-2. Gerakan dari Clyne dipatahkan pertahanan derby, tetapi Coutinho sekali lagi menjadi hero dengan melorongkan bola kepada Origi yang dah buat larian diantara pertahanan terakhir Derby. Lorongan Coutinho disambut Origi dengan sedikit larian kedepan untuk cari sasaran dan BOom, kena lagi seketul Derby. Liverpool menjadikan Stadium Ipro makin sunyi dari jeritan peminat Bebiri Jantan.

Pertukaran Hendo dengan Emre tak bawa apa apa perubahan dan pertambahan gol. Tapi bila Emre dapat main diposisi kegemaran tengah menyerang, ingat Mat Don Krasniqi pemain Kedah. Kemain lincah dan agresif Emre main  maklumlah dah pulih dan cergas kembali. Penampilan sulung Ejaria memang ngam sebab dah stedi mendahului , risiko nak letak pemain tanpa pengalaman itu memang satu perkiraan bijak dari Klopp. Iyalah dari kecil kat Akademi Arsenal, dua tahun lepas kena buang. Tetiba dapat main dalam pasukan utama. Memang satu perkara luar biasa. Kemasukan Ings sekadar nak bagi minit permainan.

Dari persembahan keseluruhan kita puji pemain yang kian faham silibus gegenpressing. Termasuk Karius yang pada saya mampu tandingi Mignolet namun perlukan lebih kerja keras nak yakinkan Klopp beliau dah bersedia mental fizikal. Grujic makin menyerlah diposisi tengah tetapi tugas mengawasi pertahanan dari tengah dilaksanakan Lucas dengan cermat sebab pengalaman beliau. Origi memang penyerang bagus tetapi saya lebih suka Sturridge sebab dia lebih kreatif. Cuma masa akan tentukan Origi bakal jadi macam Lukaku atau kebih hebat dari itu. Tak sabar nak tunggu siapa bakal kita hadapi dalam pusingan ke-4 nanti.

Sep 20, 2016

PIALA EFL : LIVERPOOL LAWAN DERBY COUNTY

Karius
Alexander Lovren Matip Moreno
Stewart Lucas
Ejaria Branagan Woodburn 
Origi

Barisan kesebelasan yang saya reka rasanya imiginasi sahaja. Klopp pasti nak letak kalau boleh ramai pemain senior nak rampas Piala ini sebab terkantoi di Final musim lepas. Saya yakin budak-budak bawah-23 macam Ejaria , Baranagan dan Woodburn tengah bernafsu besar nak main dalam Piala EFL. Semalam mereka dah membantai Spurs bawah-23 dengan keputusan 6-2. Dahsyat juga anak muda Liverpool, tak mahu kalah dengan skuad utama.

Ikut wawancara Klopp yang terkini, Karius macam bakal dapat peluang untuk penampilan sulung dalam skuda utama. Kita tahu Mignolet dalam situasi sekarang, Klopp tak boleh nak tukar cam gitu sahaja. Prestasi beliau sekarang diperingkat terbaik. Klopp nak uji dulu Karius sebab kat Liga Inggeris, penjaga gawang pun kena biasakan diri dengan permainan agresif. Kita tengok Mignolet sebelum ini sampai berdarah-darah.

Kalau ada lagi saki-baki peminat Moreno, rasanya perlawanan ini kita bakal lihat penampilan beliau. Klopp takkan nak kerah tenaga Milner sepanjang musim. Milner untuk Liga dan Moreno untuk Piala, kiranya satu pengagihan kerusi yang adil. Saya nak Moreno tunjukkan dia masih boleh diharap. Tetapi Moreno kena main cermat, sebab corak Derby adalah menyerang menggunakan pemain sayap dengan larian pantas. Kalau dok buat perangai nak dok atas selalu, boleh makan diri.

Kita tahu Derby juga takkan nak lepas peluang nak cipta kejutan. Tetapi mereka senndiri ada masalah kecederaan bek tengah utama. Masih 50-50, dan tak pasti samada pengurus mereka, Nigel Pearson  nak ambil risiko Piala berbanding Liga. Bercakap pasal Pearson, rasanya tak ramai ingat dia bekas pengurus Leicester sebelum Ranieri. Kalau dia main corak Leicester pastinya kita akan nantikan satu perlawanan yang menarik nanti.

Sep 19, 2016

PRESTASI LIVERPOOL TERKINI


Perlawanan dah masuk minggu ke-5. Liverpool sedang berada di tangga ke-6. Berada 5 mata dibelakang pendahulu Man City. Dan berkongsi  10 mata dengan pencabar Arsenal dan Chelsea cuma berbeza sebab pasukan kita banyak bolos. Tapi apa nak heran, masa keluar sahaja jadual perlawanan musim 2016/17,  ramai pengulas cakap Liverpool akan koyak dalam 5 perlawanan pertama. Mereka membuat andaian sebab tiada pembelian Bek Kiri baru dan pemain tengah bertahan untuk sapot Emre Can.
Lawan Arsenal duit banyak tapi kedekut kat Emerites (Menang 3-4)
Lawan Burnley cap ayam kat Turf Moor (Kalah 2-0)
Lawan Spurs Naib Juara EPL kat White Hart Lane (Seri 1-1)
Lawan Leicester Juara Bertahan EPL kat Anfield (Menang 4-1)
Lawan Chelsea berwajah Azzurri kat Stamford Bridge (Menang 1-2)

Bila perlawanan berakhir semua keputusan jadi terbalik, dengan pasukan kuat kita tibai tapi pasukan cap ayam pula kena. Jadi segala perancangan Klopp sejak musim lepas lagi adalah tersangat tak dapat dijangka. Bukan macam Guardiola dapat pasukan hebat tinggalan Pellegrini. Klopp simpan dulu pemain tinggalan Brendan semusim, mana yang tak sesuai dengan beliau semua dipancung habis. Yang tinggal sekarang adalah pemain boleh diharap, namun mereka kena buktikan lagi dengan pemain baru.

Hasil dari 5 keputusan berakhir dengan 10 mata adalah satu kejayaan. Malah saya anggap luar jangka. Jaringan boleh ketiga terbaik dalam Liga Perdanan, dengan  11 gol jaringan  hasil sumbangan dari Firmino (2), Coutinho (2), Mane (2), Lallana (2), Milner (1), Henderson (1) dan Lovren (1). Namun kebolosan yang tinggi 8 gol satu yang perlu diberi perhatian oleh Klopp. Majoriti gol bolos adalah dari percubaan dalam kotak, bukan lagi dari Setpis dan penjuru seperti sebelum sebelum ni. Hairankan, bila dah setel satu masalah rupanya masih ada lagi kena perbaiki.

Cuma jangan dok berangan nak cerita mencabar kejuaraan Liga lagi. Jalan masih berliku. Klopp sendiri tak mahu terbawa-bawa dengan prestasi terkini. Dia ingatkan pemain supaya bekerja keras dan pastikan main dengan konsisten. Takut jadi macam peminat Man United, ingat beli pemain rekod dunia, Pogba, Penyerang Kuda Tua, Encik Ibrahim dan beli Bek Tengah mahal, dah rasa gelaran Kejuaraan dalam genggaman. Kita rileks dulu tengok perkembangan selepas ini. 10 perlawanan nanti kita rebiu balik adakah KPI selepas ini.

Sep 18, 2016

KOMEN DR ZARF IQBAL TENTANG KAPTEN HENDO


Kita petik balik komen DrZaf tentang bagaimana Jordan Henderson boleh sepak padu lencong untuk gol kedua Liverpool lawan Chelsea:
Bukan kebetulan. Biasa melakukan ini dalam latihan & berkerja keras berlatih . Sentiasa menjalani latihan dengan Stevie G, Suarez & Coutinho

Tudia rahsia Kapten kena kantoi dengan Dr Zaf, bekas Pakar Perubatan Liverpool. Sengaja nak tonjolkan benda ini. Sebab apa ianya ada kaitan dengan pakar sepakan luar kotak seperti Abang Long Gerrard, Mat Gigi dan Coutinho. Ini kalau cakap Dr Zaf Henderson secara tak langsung kehilangan sentuhan sekian lama sebab rakan pembimbing Gerrard dan Suarze dah tiada. Hanya tinggal Coutinho yang nampak pakar setakat ini.

Rasanya dalam skuad sekarang, selain Coutinho, ramai yang boleh sepak jarak jauh dengan tepat cuma mereka taknak ambil risiko kantoi atau memang kurang keyakinan, ataupun Klopp cuma benarkan pemain tertentu buat percubaan luar kotak. Kalau boleh kita nak tengok pemain buat percubaan rajin sikit dari luar kotak, sebab kalau pasukan susun bas memang susah nak robek cara biasa. Tapi kena rajin berlatih macam Hendo dan Coutinho, kalau tak memang sepak kelaut lah jawabnya.



Sep 17, 2016

MASIH TERLALU AWAL NAK PUJI MATIP TETAPI..



Macam selalu saya takkan nak semberono nak puji atau yang belum habis tempoh eddah semusim. Tetapi bagi kes Matip, terpaksa nak cakap kita dah jumpa permata yang hilang selepas Sami Hyypia. Tinggi lampai, ada kepantasan serta ketenangan, namun paling penting dapat percuma. Kita tengok carta harga berbanding pertahanan lain yang setanding.
Stones £50mMangala £40mMustafi £35mDavid Luiz £32mOtamendi £32m
Setakat sekarang mana nak dapat pertahanan dah percuma, muda lagi baru 24 tahun. Kalau Matip masih ada kontrak, katalah setahun lagi kat Schalke 04, korang rasa berapa nilai beliau jika Liverpool beli. Saya pernah dengar tak silap Arsenal/Chelsea pernah bida sebelum ini, dekat £15juta tapi Schalke tolak. Sebab itu Matip tolak tawaran kontrak lepas itu dan mahu keluar secara percuma. Rezeki Liverpool sebab Klopp kat Liverpool. Asbab Klopp, Matip tak pandang kelab lain.


Lovren : 7 Keluarkan Bola, 4 Bentesan, 4 Rampasan, 1 Jaringan.
Matip   : 4 Keluarkan Bola, 3 Bentesan, 3 Rampasan, 95% Hantaran Tepat.

Sekarang Lovren dan Matip rasanya gandingan tengah paling terbaik. Terbaik bukan sebab individu tetapi saling melengkapi, walaupun masih perlu jauh lagi kesefahaman. Kemasukan beliau rasanya meredakan kebimbangan masalah bolos Liverpool sebelum ini. Bukan Matip tak buat silap, gol Costa, Matip ada saham juga sebab pergi terjah angin kearah Matic. Namun yang penting Matip dapat perbaiki kesilapan itu untuk perlawanan selepas ini.

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 2-1 CHELSEA


Tiada perlawanan Eropah bagi Liverpool dan Chelsea, bermakna tiada alasan tak turunkan pemain utama. Cuma Liverpool kurang bernasib baik dengan kecederaan Firmino disaat akhir. Namun ianya rahmat buat Coutinho bila dia terus main dalam kesebelasan utama menggantikan Firmino diposisi serangan kiri. Kembalinya Lovren dari kecederaan menamatkan kerisaun benteng akan dikemudi Lucas. Kita bukan tak percaya Lucas namun dengan Chelsea, perlu pertahanan kental rohaniah dan jasmaniah macam Lovren untuk hadap Costa si celaka musibat.

Klopp dah buat kerja rumah yang teliti mengenai Conte-Chelsea. Tewas dalam pra-musim haritu macam periksa percubaan SPM, gagal tapi tak mengapa bila periksa SPM betul dah tahu nak perbetul apa yang silap masa percubaan dan buat sehabis baik. Jadi Klopp letak taktikal yang lebih mesra Chelsea. Chelsea main secara tersusun macam bangku bas dengan 4141. Manakala Klopp masih tegar dengan 433. Kelebihan tuan rumah tak bermakna buat Chelsea sebab mereka masih belum berani nak main terbuka. Sebabnya Swansea dah bagi pengajaran buat Conte bila seri 2-2 haritu.

Corak Chelsea agak perlahan sejak awal permaian. Itu satu kelebihan buat Liverpool, bila mereka terlalu berharap kepada Hazard dan William untuk pecah kebuntuan dengan larian dan hantaran kepada Costa. Costa sering diapit Lovren dan Matip bila mana dia dikawasan bahaya, jadi pemain kreatif mereka hanyalah Oscar dan beliau tak mampu nak membantu serangan dari tengah. Sebab yang terutama ialah kombinasi Lana-Hendo-Gigi. Macam juga serangan yang fleksibel, Hendo mungkin banyak dibahagian bertahan, namun Lana dan Gigi buatkan tengah kita menggigit Chelsea dari bermain dari tengah.

Mungkin Conte dah siapkan formula nak diamkan Mane dan Coutinho dari membantu Sturridge kat atas. Kita akur dia memang hebat kat situ. Susah juga nak lolos diri dari kepadatan pemain dalam kawasan Chelsea. Ianya umpama pengalaman nak cilok masuk dalam perut Bas Mini KL, dah la padat, bau tengit serta kena hati-hati dengan penumpang kaki raba amoi, pencopet dan juga Mat Gay. Namun pemain kita dah bersedia dengan semua itu, bila semua perancangan nak bolos melalui cara biasa tak mengena ada satu lubuk gol yang Liverpool bijak pergunakan iaitu ketiadaan organisasi bertahan bila David Luiz masuk ganti Terry.

Kita harus berterima kasih kepada Ivanovic. Dia memang makanan lazat serangan Liverpool. Milner boleh kata kena kekang William sahaja ketika bertahan, berbanding Clyne yang kena hadap Hazard dan Azlicipueta sekaligus. Ivanovic memang gunakan kekuatan fizikal tetapi dia terlepas sekali bila kakasaran dengan Lana tetapi dengan Gigi pengadil berikan sepakan percuma kepada Liverpool. Coutinho main bola pendek dengan Milner.  Milner kembalikan kepada Coutinho yang melepaskan hantaran lencong mencari Lovren dan juga Mane yang tak dikawal. Jadi dengan mudah Lovren menampan bola melepasi Courtoius untuk Liverpool mendahului 1-0.

Kita tengok sekali imbas, macam pemain kita berada dalam keadaan offside. Yang sebenarnya betul hanya Sturrdige  seorang sahaja offside, tetapi Mane dan Lovren sebaris dengan barisan pertahanan Chelsea. Sturridge main bijak sebab dia naik dan tak cuba menerpa kembali nak dapatkan bola hantaran Coutinho. Kalau dia yang pergi dan jaringkan gol sah-sah penjaga garisan akan angkat bendera. Kita nak bagitahu yang dalam situasi 5 lawan 5 dalam kotak penalti , pertahanan Chelsea memberikan peluang mudah kepada Liverpool. Mereka berada terkedepan dan tak sangka ramai pemain Liverpool dah bersedia dibelakang mereka macam buaya lapar.

Liverpool main makin selesa bila mendahului dan biar pula Chelsea seketika cuba menyerang. Tetapi Chelsea hanya punyai peluang dari sepakan sudut dan percuma. Kat sini kita nampaj berapa bahayanya Luiz bila menyerang. Dia memang punya keupayaan tandukan dan mampu buat Mignolet berpeluh juga sekitika. Liverpool membunuh keyakinan Chelsea untuk bangkit bila Kapten Henderson mendapat bola kantoi dari pemain Chelsea dan merembat masuk satu sepakan jauh dengan melecong melepasi Courtois. Liverpool mendahuli dengan 2-0. Kita rindui jaringan Hendo yang sebegini. Kalau pemain tengah dapat bagi sumbangan gol camni, taklah letih nak harap penyerang sahaja nak bagi gol.

Separuh pertama tamat dengan Liverpool rehat bergaya dengan  mendahului 2-0. Ianya satu kelebihan yang perlu dikekalkan tetapi separuh kedua bermula dengan Chelsea pula bermula dengan garang. Apa yang Conte mencarut dalam bilik persalinan kita tak tahu, tetapi ternyata mereka dah jadi pasukan lain separuh masa kedua. Mereka temui jalan yang terbaik main dengan kesebelasan yang sama. Ianya dengan bermain hantaran jauh dan bertukar-tukar hantaran dari sayap-kesayap. Ianya bertujuan nak letihkan pemain Liverpool dan terkejar-kejar bola kesana-kesini. Nampak makin terdedah lubuk serangan bagi mereka.

Kat sini betul-betul perlu pemain perlu kekalkan kewaspadaan tinggi. Buat kesilapan walapun kecil memang bawa padah. Satu lagi stamina pemain memang cukup penting. Contoh macam gol saguhati Chelsea dari Costa. Gerakan dari Matip ditengah, memag Lana menyerbu nak halang beliau, tapi kantoi kena botoi sebab nampak Lana dah keletihan sikit. Matic masuk lagi kedepan dan lorongkan bola kepada Hazard. Hazard kembalikan bola kepada Matic yang masuk kedalam kotak penalti. Memang situasi ni ckup bahaya, tetapi Hendo tak fokus nak kejar Matic. Tapi Matic ni cerdik juga dia dapat lepas dari terjahan Matip, lepas itu terjahan Lana. Lalu menghantar bola kepada Costa yang berada dikedudukan terbaik untuk meledakkan gol. Chelsea kembali nak bangkit dengan 1-2.

Costa hampir menyamakan keputusan. Hasil gerakan tandukan Oscar dari hantaran lambug dari kanan, Costa melepaskan sepakan lemah dan berjaya diselamatkan Mignolet. Kalau kuat sikit rasanya mungkin kebarangkalian nak gol tu cerah dengan reputasi Mignolet. Juga kalau masuk lagi kembang bontot mamat Brazil muka cam Bangla tu. Namun segalanya tak bermakna lagi kerana sejurus gol Costa lepas itu, Liverpool dah kembali dalam moda bertahan dengan susunan bas. Kali ini betul-betul menjadi sebab Chelsea pun mati akal sampai lagi 5 minit terakhir bukan tukar satu tapi 3 pemain sekaligus konon nak ubah serangan. Tapi semuanya dah terlambat dan Liverpool pulang dari Stamford Bridge dengan 3 mata penting.

Sep 15, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CHELSEA

Memang janggal kenapa perlawanan diubah awal sehari dari hari sabtu. Nak kata kedua-duanya ada perlawanan Eropah memang taklah. Tapi bila kelebek jadual, baru tahu pertengahan minggu ni ada perlawanan Piala EFL dengan Derby County. Patutlah diubah rupanya tak mahu kelab komplen tak ada masa untuk persediaan. Jadi Liverpool akan melawat Stamford Bridge awal pagi sabtu waktu Malaysia. 

Memang salah satu perlawanan yang mencabar dengan Chelsea kali ini dibawah seliaan Antonio Conte. Ini bukan kali pertama bertemu Conte, kali pertama dalam perlawanan persahabatan kita dah tewas tipis 1-0. Jadi Klopp dah tahu selok-belok cara main Conte dan rasanya tak banyak berubah dari main susun bas versi Mourinho, tetapi beliau perkemaskan lagi dengan bas berhawa dingin.

Conte jenis pengurus bijak dan licik. Stail dan emosi di masa perlawanan berlangsung pun macam Klopp juga. Tetapi Conte seperti mana Klopp musim pertama, tak banyak buat perubahan drastik untuk Chelsea. Hanya beli pemain penting seperti N'Golo Kante dari Chelsea maka masalah Chelsea bermusim lepas hampir selesai. 

Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Henderson Wijnaldum
Mane Firmino Coutinho

Klopp tahu camna nak guna Coutinho dan Sturridge musim ini. Perlawanan dengan pasukan tak berapa taktikal rasanya Sturridge memang berkesan. Tetapi kreativiti Coutinho memang sesuatu yang diperlukan untuk hadapi Chelsea yang bermain lebih bijak dalam setiap masa. Namun apa yang penting kena belajar dari kekalahan pra-musim untuk hadapi pemain seperti Costa dan Hazard yang kembali pulih dari kehambaran era-Mourinho.

Dengan serangan yang kita ada sekarang saya tak risau, peluang nak cari gol dimana sahaja. Mane, Firmino, Coutinho malah Lallana dan Wijnaldum mampu buat gol. Tetapi kita nak perbaiki situasi ketika bertahan dengan kerjasama berpasukan. Macam lawan Leicester nampak perubahan dah, kecuali kesilapan Lucas itu sangat luar biasa. Harap tak buat kesilapan sebab Chelsea kita fahamlah memang antara pasukan yang pandai ambil peluang bila lawan buat walaupun kesilapan kecil.

Saya dok andaikan nanti perlawanan pasti rancak. Pemain macam Costa pasti akan jadi tumpuan. Pemain tu bagus tapi perangai bangsat beliau, main secara kotor perlu diajar. Skrtel kalau ada memang makanan dia si Costa ni, tetapi Lovren dan Matip bukan kaki gaduh. Cuma harap Kapten Henderson gunakan teknik tenungan ala X-Men Cyclops untuk takutkan Costa.

Sep 14, 2016

SELAMAT TINGGAL TOCANG


Moreno dah gunting tocangnya. Rasanya ikut Tren terbaru mamat Hipster bagai. Orang kata stail ikat rambut ala samurai tapi aku nengok cam akak tengah dalam berpantang beranak saja. Moreno mungkin haritu dapat ilham dari Bale masa Euro16. Tetapi ingat dah nak kembali normal, rupa-rupanya nak jadi Neymar pula.


Sep 12, 2016

PASUKAN TERBAIK LIGA PERDANA INGGERIS


Liverpool minggu ini membolot 3 pemain dalam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris untuk minggu ke-4.  Sadio Mane, Roberto Firmino dan Adam Lallana adalah penjaring dalam perlawanan membelasah Leicester 4-1 dan tersenarai dalam pasukan terbaik itu. Walaupun Firmino jaringkan 2 gol tetapi Mane mendapat pemain terbaik perlawanan tersebut.

Pembabitan beliau dalam hampir 2 gol dengan menjaringkan satu gol dan membantu Firmino dalam jaringan. Firmino boleh dikatakan dapat peluang mudah dengan jaringan permulaan dan menyudahkan hantaran Mane. Manakala Lallana pula disamping menjaringkan gol beliau banyak membantu pertahanan disamping Hendo dan Gigi.

Kalau tak bolos akibat ketiduran Lucas, rasanya Mignolet mungkin boleh disyorkan penjaga gol terbaik. Dia berjaya menangkis percubaan tepat Vardy dan menyerahkan tubuh badan untuk dilanyak pemain lawan sampai berdarah-darah hidung dan muka. Kalau dalam tentera mungkin orang bagi Medal "Purple Heart" sebab aksi mempertahankan gawang dengan keberanian luar biasa. 

Sep 11, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 4-1 LEICESTER



Liverpool kali ini turun dengan formasi yang sama. Tapi kejutan dengan kemasukan Lucas Leiva bermain diposisi angkat, pertahanan tengah. Lovren cedera disaat akhir, tambahan pula Klavan memang dari awal tak dapat main, dia hanya dapat cergas tetapi tak diturunkan untuk elak risiko. Sakho jangan haraplah nak main, bukan sebab dia kaki lawan tetapi kecergasan beliau masih ditahap tak memuaskan. 

Coutinho tak diturunkan sebab nak bagi rehat cukup. Apa yang kita tengok rahmat buat Sturridge bila dia diberi peranan sebagai penyerang utama bukan lagi main disayap. Itu yang kita harap Klopp faham Sturridge hanya gempak bila bermain diposisi terbaik beliau. Dia bukan pemalas nak main disayap, tetapi kualiti beliau tak sama macam Mane atau Firmino yang agak agresif dan mampu membantu pertahanan tepi. 

Liverpool bermain garang sejak awal permainan. Seperti musim lepas di Anfield, gaya Leicester nak main serang hendap macam Komunis Bukit Kepong. Tapi mereka tak berapa nak ulangi keunggulan dulu sebab kehilangan permata hitam, N'Golo Kante. Macam tak percaya Kante, adalah nadi penggerak Leicester selama ini. Hilang Kante, Leicester macam pasukaan biasa-biasa. Amartey tak mampu jadi rakan kongsi Drinkwater yang baik. Senang sahaja trio Lana-Hendo-Gigi buli mereka.

Rupanya selama ini kita tak berapa faham kenapa Klopp nak main Milner di bek kiri. Rupanya kritikan ramai dilema bek kiri yang Klopp hadapi kita silap faham. Memang Milner bukan bek kiri terbaik, malah takkan jadi yang terbaik. Namun Klopp dah jatuh cinta dengan cara Milner main disitu. Sebab itu dia cari jalan supaya Milner dapat main dengan baik, letak Firmino kat situ. Memang cun sekali sebab kombinasi mereka menghasilkan gol pertama Liverpool.

Gerakan dari Lucas dari bawah melangkaui batas mencari Milner yang berada jauh nun hampir dikawasan Leicester. Rasanya hantaran ini biasa kita tengok masa ada Agger dulu. Milner membawa bola keatas, Sturridge memainkan peranan agak penting dengan buat larian dari tengah ke kiri, menarik Morgan dan Huth mengejar beliau. Bila keadaan sedemikian, pertahanan Leicester terdedah dan Milner melakukan hantaran kepada Firmino yang menyelinap ketengah, dan bila bola dapat Firmino melarikan ketengah dan merembat melepasi Kasper. Liverpool mendahului 1-0.

Liverpool melancarkan serangan demi serangan. Dengan corak gegenpressing, Kapten Hendo jadi punca kepada gol kedua. Hantaran beliau mencari Sturridge yang merempit keatas dikejar Fuchs, tetapi dek sifat pemurah, Sturridge menghadiahkan hantaran dengan sepakan belakang kaki kepada Mane yang meminta bola ditengah. Mane dengan sepakan lambung mengatasi Kasper buat kali kedua. Sturridge dah berjaya hilangkan sifat penting diri dan tamak dan itu ciri penyerang penyerang idaman Klopp. Liverpool didepan lagi 2-0.

Kita dok perhatikan, Liverpool memang suka buat perangai kelamkabut dipertahanan. Tetapi kali ini hanya disebabkan hilang tumpuan oleh Lucas dia bagi gol percuma buat Vardy. Patutnya Mignolet tak perlu nak main hantaran pendek dalam semua situasi. Kita tengok Bravo goli Man City yang selalu main camtu kat Barcelona, pun jadi bangang masa lawan Menyu. Lucas memang kita tengok cukup cuak, tapi apakan daya main baik sepanjang perlawanan tetapi bila buat silap sekali lingkup pasukan. Leicester mengejar kedudukan den gan 2-1 sehingga tamat separuh masa.

Separuh kedua giliran Leicester tunjuk garang. Punyalah garang sampai Mignolet kena hentam bertubi-tubi. Dia jadi wira kita walaupun berdarah kena bantai dengan Huth tapi masih boleh selamatkan rembatan Vardy. Harap Karius lihat dan jangan nak harap dapat peluang mudah selepas ini. Kemasukan Ahmed Musa menjadikan Leicester kian cemerlang, tetapi dia hanya main disayap sebab Ulloa menggantikan posisi Okazaki membantu Vardy. Percaturan ini sebenarnya tak berkesan langsung nak buli Liverpool.

Kita nampak peranan Wijnaldum dalam beri impak serangan. Dia memang dibeli untuk ganti Allen dan banyak kelebihan Gigi dari Allen, kerana Gigi punyai kekuatan fizikal dan kepantasan untuk berada disetiap posisi ke posisi. Sturridge dah hampir dapat jaringkan gol peribadi namun pergi rembat tepat ke Kasper. Tetapi kali ini Sturridge mengambil hantaran dari tepi membawa bola dan berikan hantaran kepada Gigi yang berada dalam kotak penalti. Gigi banyak pilihan sama beri kepada Firmino atau Lallana, namun dia hulurkan kepada Lallana dan rembatan Lallana menjadikan Liverpool kembali dikedudukan selesa 3-1.

Liverpool memang beralih kepada mod bertahan. Tetapi serangan Leicester tak banyak berikan tekanan sebab Liverpool dah selesa dan tumpukan nak kekang serangan kamikaze Leicester. Sekali lagi kecemerlangan Kapten Hendo terserlah. Dia nampak Mane dalam keadaan terbaik untuk buat serangan lalu Hendo berikan hantaran Bollywood macam ajaran Abam lejen Gerrard, kepada Mane. Mane melakukan apa larian bersama bola dan Kasper cuba buat terre keluar kawasan tetapi dikantoikan Mane. Sejurus nampak Firmno berada kosong disebelah kanan, hantaran Mane disambut Firmino yang selamba jolok bola untuk gol ke-2 beliau dan Liverpool mendahului 4-1 hingga tamat permainan.

Coutinho masih perlu dalam pasukan tetapi bila tengok cara Mane-Sturridge-Firmno main rasanya Coutinho takkan selesa lagi. Coutinho perlu kurangkan nak merembat luar kotak dan dia kena main macam Firimno main disayap kiri, buka permainan dengan pantas dan kurangkan pegang bola lama-lama. Begitulah juga dengan beberapa pemain lain perlu meningkatkan permainan mereka. Saya nampak hampir semua pemain bermain baik dan faham silibus gegenpressing dengan baik kali ini. Satu lagi yang kita nampak kerja berpasukan bila bertahan, dan pastinya kita tak boleh sorok yang Matip adalah ketua dibawah dan bayangan Hyypia kian menyerlah dalam diri beliau.

Sep 9, 2016

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN LEICESTER

Pengubahsuain Anfield dah lengkap. Tempat duduk utama (Main Stand), telah dinaiktaraf. Dengan itu bilangan tempat duduk bertambah dari 45,000 kepada 54,742. Pelaburan FSG memang realistik berbanding taukeh sebelum ni, yang kononnya nak bina stadium baru tapi nak berhutang. Perolehan dari penambahan tempat duduk akan menjana ekonomi kelab masadepan. Cuma jangan nak kemut sangat duit dapat tak melabur dalam pasukan pulak.

Leicester City bakal menjadi tetamu kehormat merasmikan Main Stand. Dengar kata tiket dah nak habis sebab, lawan kita kali ini penyandang juara Liga Perdana musim lepas. Kebetulan kita nak tengok Leicester yang makin garang musim ni. Keputusan mungkin tak berapa garang macam musim lepas, tapi yang garang sikit cara mereka berbelanja. Mereka jual N'Kolo Kante kepada Chelsea tapi yang dibawa masuk pemain tak ternama dari Perancis, Nampalsy Mendy.

Penjualan penyerang hampas Adrej Kamaric kepada Hoffeiheim, digantikan bukan satu tapi dua penyerang sensasi masakini Ahmed Musa dan Islam Slimani. Mereka berdua akan berebut posisi penyerang dengan Vardy dan Okazaki serta Ulloa. Bayangkan 5 pemain nak berebut 2 posisi utama. Sengit betul bahagian depan mereka, namun yang pasti Vardy tetap pilihan utama. Ahmed Musa saya rasa lebih kepada bekap Mahrez dan Albrigton sebab dia juga mampu main dibahagian sayap, walaupun posisi kegemaran beliau didepan.

Liverpool pula resah dengan kecederaan Mane ketika bersama Senegal baru-baru ini. Korang tak perlu risau sebab Mane hanya sakit urat katanya, nasib baik jurulatih Senegal tak paksa Mane main terus. Emre rasanya masih belum pulih, tapi syukur Lucas dah kembali. Mungkin berita baik buat Sakho, sebab Klavan cedera lutut bersama Estonia. Itulah dah cakap kalau bawak keluar beliau bila timbul isu kecederaan masalah juga nak dapat pengganti ideal, walaupun sebagai pemain simpanan.

Mignolet
Clyne Lovren Matip Milner
Lallana Hendo Wijnaldum
Mane Sturridge Coutinho

Rasanya masa yang sesuai kembalikan Sturridge dalam kesebelasan utama. Firmino memang terbaik dan penyerang paling fleksibel dan tak tamak. Namun kita dah tengok lawan Spurs, pemain macam Sturridge perlu nak pecah kebuntuan pertahanan yang agresif dan bijak. Bek Leicester bagi saya memang jenis bersefahaman tinggi. Kalau nak letak Firmino dia jarang nak cuba masuk dalam kotak, tetapi Sturridge selalunya cari jalan dengan main satu-dua dengan rakan untuk pecah belahkan pertahanan lawan.

Perlawanan dengan Leicester sebelum ini memang kita nantikan. Rasanya pasukan ini memang liat musim lepas, namun musim ni mereka agak longgar. Ketiadaan Kante memang dirasakan kot. Jangan hairan sebab pemain ini pergi Chelsea tengok sumbangan beliau sedikit sebanyak bagi impak positif kepada Chelsea. Kejutan kalah dengan Hull perlawanan pembukaan saya tengok Leicester dah banyak kelemahan yang boleh dipergunakan dari semasa kesemasa.

Sep 8, 2016

PERANG CARRA-BALO MASUK FASA 2


Selepas Balotelli bagi hadiah Piala pembenci buat Carragher. Ingat nak habis cam gitu. Carragher rasa masih nak membalun Balotelli dengan komen terbaru
" Saya harapkan dia dapat Ballon D'Or dekat Nice." 

Kali ni ada orang bekap Balo. Twitter rasmi Nice, pula membahan Carrager dengan komen perli
" Hey, @Carra23, kamu macam peminat tegar SuperMario, Kamu boleh buat pesanan Jersi beliau dari kedai kami ....".

Rasanya seronok tengok gelagat bahan-membahan ini. Sekarang tengah tunggu @FinallyMario plak balas.












SADIO MANE PEMAIN TERBAIK BULAN OGOS


Siapa lagi calon lain yang sesuai selain Mane. Coutinho mungkin paling dekat tapi Mane paling berbahaya bagi lawan. Masa lawan Arsenal dia paling menyerlah dan jaringan beliau rasanya bakal tercalon jaringan terbaik EPL musim ini. Pecah peluh juga dengar Mane cedera masa main dengan Senegal. Tapi disahkan beliau tak apa2 dan akan turun lawan Leicester nanti.

Sep 7, 2016

HOLLER PENAJA PEMASAAN BARU LIVERPOOL


Tudia, penaja rasmi pemasaan Liverpool baru ialah jenama Holler. Jenama ni banyak dipakai oleh ikon-ikon Hip-hop, Soul dan retis-retis kulit hitam Amerika. Antara selebriti yang jadi duta produk ini ialah Malik Abdul Aziz (Mike Tyson), bekas Raya Tinju Dunia. Kalau tengok dia punya rekaan memang poyo tapi mahal nak mampus. Kalau anda penggemar jam Swatch macam saya, jenama camni memang ohsem dan marbeles tapi berfikir 100 kali nak miliki koleksi camni sebab harga memang tak mampu milik.

Sep 5, 2016

LALLANA WIRA ENGLAND


Adam Lallana menjadi menjaringkan gol sulung untuk dirinya dan pengurus baru Sam Allardyce. Antara pemain Liverpool lain yang turut diturunkan ialah Henderson dan Sturridge. Henderson main sehingga minit 64 digantikan dengan Alli, manakala Sturridge juga tersentap dengan Sam bila hanya dimasukkan pada minit ke -85. Clyne sekadar mengeram dibangku simpanan.  

Sep 4, 2016

PERANG CARRAGHER-BALOTELLI BERMULA


Komentar Carragher mengenai perpindahan Balotelli ke Nice.
" Balotelli dapat percuma tapi Nice bayar lebih dari sepatutnya"



Balotelli pula menjawab. 
"Jamie Carragher , pemain teruk , pembenci terbaik @ Carra23 , siapa peduli."

Sep 3, 2016

APA NASIB MAMADOU SAKHO LEPAS NI



Mamadou Sakho adalah impian pemain FIFA12. Dia punya rating taklah gempak tapi dari 76 boleh naik sampai 84. Namun dalam dunia nyata juga antara pertahanan tengah gempak. Masa tu teringin sangat kalau Sakho digandingkan dengan Carragher, sebab Agger masa tu kerap cedera. Namun zaman PSG baru tengah naik Sakho adalah nadi pertahanan PSG, malah Kapten pasukan. Siapa nak jual dia masa itu. Arsenal pun main acah-acah sebab Wenger cakap dia pernah pujuk Sakho supaya ikut ke Arsenal sebab ramai kawan-kawan sekampung.

Kemasukan Alex ke PSG yang dibawa oleh Ancelotti antara punca Sakho hilang tempat utama. Dia dah mula kerap cedera. Iyolah dah main dengan skuad utama PSG dari umur 17 tahun. Bila naik awal, maka lagi cepatlah nak dapat cedera sana sini. Kecderaan Sakho membuatkan prestasi beliau yang mantap kina layu, hingga dia kena tarik balik pangkat Kapten dan bukan itu sahaja, kena jadi bek simpanan. Ini bermakna Liverpool beli Sakho dari PSG semasa beliau memang dah dalam prestasi merudum. Ditambah pula dah kurang motivasi sebab dipecat dari jawatan.

Kita tahu Sakho dibawa Brendan untuk ganti Agger, sebab stail hampir sama dan Liverpool memang perlu bek yang boleh pegang bola dengan tenang. Satu perkara yang membantutkan perkembangan Sakho ialah dia memang pengganti Agger juga dalam bab-bab cedera. Bila dah cedera, Sakho memang kaki melantak kuat. Berat badan beliau memang tak ideal selepas kembali cergas. Sebab itulah dia kantoi sebelum ini dengan ambil ubat terlarang untuk turunkan berat. Dengan Brendan mungkin benda-benda sensitif tak berapa berlaku, ada sekali dia kena amaran sebab blah dari bangku simpanan sebab tak jadi kesebelasan.

Dengan Klopp jangan memain. Bagus manapun jika perangai tak jaga. Klopp tak bagi peluang walaupun nampak senyum tertawa sentiasa. Sebab itu kita tengok dia masukkan dua pertahanan tengah walaupun memang kita nampak macam nak ganti Skrtel dan Toure. Tetapi dalam pada masa yang sama kemasukan Matip mungkin dah dirancang awal. Namun lain pula dengan pembelian  Klavan adalah pembunuhan karier Sakho secara terhormat. Apataknya Sakho boleh main sebagai bek kiri dan malangnya Klavan pun selalu main kat situ.

Musim perpindahan kali ini, Sakho telah diberi nasihat supaya keluar cari kelab lain tetapi bukan secara tetap hanya sekadar pinjaman. Bukan sedikit kelab yang nak beliau, dari kelab hebat macam AS Roma sehinggalah kelab cap ayamas macam Sunderland. Tapi Sakho memang keras kepala dengan melawan balik dengan tolak semua tawaran dan mahu kekal. Dia mahu  bersaingaan untuk mencabar Lovren, Matip dan Klavan malah juga Lucas sebagai bek tengah utama. Kalau ikut logik memang taklah mampu Sakho nak dapat peluang sebab Liverpool tak main di Eropah musim ni. Tetapi Sakho yakin dia  masih berpeluang jika pemain utama cedera.

Bagi saya jika Sakho nak kekal atau keluar itu pilihan beliau. Selagi mana kontrak beliau masih ada. Hormatilah hak pekerja. Kalau betul-betul Klopp tak mahu Sakho dia dah senaraikan dalam penjualan sebelum ini dan jual terus. Pasti ramai yang nak pemain kualiti macam Sakho. Itulah yang terbaik bagi situasi ini. Kalau Sakho kekal, rasanya dia boleh menyelesaikan beberapa perkara diluar dari posisi bek tengah. Bek kiri salah satunya, namun jika berfikir diluar kotak saya nampak Sakho boleh main dibahagian tengah bertahan. Dia punyai hantaran yang baik dan juga fizikal yang mantap. Belum cuba belum tahu. Tak pun main penjaga gol macam gambar kat atas.

Sep 2, 2016

KESEBELASAN UTAMA DAN PENCABAR SETIAP POSISI


Itu pandangan secara kasar dan secara umum selepas perpindahan dikunci. Antara yang  dalam perbincangan malah pertikaian ramai rasanya seperti:

  • Mengenai nasib Sakho 
  • Pilih kasih Firmino berbanding Sturridge
  • Dimana posisi terbaik Mat Gigi.
  • Ings berapa banyak peluang nak dapat.
  • Bila Moreno nak rampas posisi Bek Kiri.
Kali ini memandangkan tak banyak cerita sementara nak tunggu perlawanan antarabangsa tamat nak buka topik perbahasan. Siapa anak jantan sila masuk gelanggang.

Sep 1, 2016

SELAMAT HARI LAHIR STURRIDGE YANG KE-27


Yang ni Klopp kena belai sungguh-sungguh. Pemain camni hebat macam Suarez tapi suka berpoya-poya dan kaki kelab macam Balotelli. Kalau bagi dia main selalu dia boleh tembak gol sana-sini. Dan bagi dia main selalu juga bahaya kerap cedera. Nak bagi dia kejutan macam haritu lawan Spurs, kita tengok muka sentap macam bontot kuda.

Dia bukan berasa dirinya hebat, tetapi memang dia hebat, tetapi itupun kalau sihat wal-afiat senantiasa. Untuk itu musim ni kita doakan Sturridge kena sihat sentiasa, dan fokus depan gol. Jangan dok melawan Klopp sangat. Umur bukan muda lagi, dah 27. Patutnya umur camtu dah menang Piala macam-macam.

Kalau betul dia teringin nak ke Arsenal masa kecederaan semalam, bagi saya patutnya Klopp layan sahaja. Itu kalau Klopp jenis kepala angin. Namun Klopp tahu nak layan pemain ego yang hebat. Dia dah berpengalaman dengan Lewandonski sebelum ni dan rasanya tak mahu nak ulangi kesilapan bagi percuma Lewandoski ke musuh ketat , Bayern Munchen.

PINTU PERPINDAHAN DAH DI KUNCI

perpindahan minit-minit terakhir

Perpindahan Masuk:

Sadio Mane (Southampton) £30 juta
Giorgini Wijnaldum (Newcastle United) £25 juta
Marco Grujic (Red Star Belgrade) £5.1 juta
Loris Karius (Mainz 05) £4.7 juta
Ragnar Klavan ( Augsburg) £4.2 juta
Joel Matip (Schalke 04) Percuma
Alex Manninger (Augsburg) Percuma

Pembelian : £69 juta Pound

Perpindahan Keluar:

Jose Enrique (Pencen) Percuma
Kolo Toure (Celtic) Percuma
Jordan Rossiter (Rangers) £250,000
Joao Carlos Teixeira (FC Porto) £250,000
Jerome Sinclair (Watford) £4 juta
Martin Skrtel (Fenerbahce) £5.5 juta
Sergi Canos (Norwich) £4.5 juta
Jordon Ibe (Bournemouth) £15 juta
Brad Smith (Bournemouth) £6 juta
Christian Benteke (Crystal Palace) £32 juta
Joe Allen (Stoke) £13 juta
Luis Alberto (Lazio) £6 juta
Mario Balotelli (Nice) Percuma

Pembelian : £86.5 juta Pound

Untung Bersih : £17.5 juta Pound

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails