Showing posts with label Perpindahan. Show all posts
Showing posts with label Perpindahan. Show all posts

Aug 7, 2014

JAVIER MANQUILLO PEMAIN BARU MUSIM 2014/15


Datangnya Javier Manquillo ni mungkin isyarat awal ada bek kanan yang bakal kena lelong. Flanagan saya anggap tak terjejas. Potensi besar ialah Martin Kelly, namun ramai yang mahu Glen Johnson. Jangan pelik, Brendan memang sengaja tak mahu sain kontrak baru GlenJo kerana dia tak mahu peralihan kuasa kecoh macam kisah MB Selangor. GlenJo bakal jadi mentor kepada Manquillo sebelum beliau habis kontrak dan cari kelab lain.

Ada sikit musykil bagi kes Adik Man ni. Awal musim beria-ria Arsenal mahu dia, tup-tup pergi beli Callum Chambers dari Southampton dengan bayaran £16juta pound. Macam tak masuk akal boleh dapat murah secara pinjaman, tiba-tiba mahu membazir. Ini tak nampak macam kerja Wenger, dia kan kedekut taik hidung masin, semua mahu buta sahaja. Andaian ramai yang Liverpool beli pemain belen yang direjek orang. Itu lojik orang, namun saya harap pemantau Liverpool bukan macam Spurs, skodeng orang lain punya sasaran.

Andaian saya mudah, pemain yang dikutip Brendan ini untuk masa depan. Kalau Adik Man menjadi dalam masa pinjaman 2 tahun ini, kita tak perlu nak buang duit macam Kelab Meriam beli Chambers. Risiko kecil dengan pelaburan kecil. Aspek yang saya nampak sangat ketara bagi Adik Man, ialah kepantasan luar biasa disamping suka membantu serangan. Dia juga boleh main disebelah kiri dengan baik. Itu apa yang kita tengok dalam youtube, tapi saya harap dia mampu jadi Arbeloa baru Liverpool.

Jul 30, 2014

DEJAN LOVREN PEMAIN BARU LIVERPOOL



Tengok apa kriteria yang diberikan oleh Brendan Rodgers tentang Dejan Lovren.
"Dia menonjolkan kekuatan dan punyai ciri kepimpinan."
Apakah tak cukup kekuatan dan kepimpinan dalam diri Skrtel, Agger, Sakho dan Toure. Jawapannya terjawab jika tengok dan jumlahkan berapa gol yang bolos sepanjang musim lepas. 50 biji yang tembus dalam gawang Liverpool, bukan boleh diambil mudah, kerana ianya tak seimbang dengan kekuatan serangan yang sering membekap kesilapan dibahagian pertahanan.

Nilai perpindahan £20juta pound saya anggap satu kesilapan. Sebab apa semasa di Lyon musim sebelum ini, dia memang sasaran Liverpool, namun Brendan sanggup bayar Sakho  £18juta, kerana Sakho lebih glemer dan gempak dari Lovren di Liga Perancis. Setelah Southampton sambar Lovren dengan rega berbaloi-baloi £8.5juta, semua pihak buka mata terutamanya Brendan yang mungkin menyesal sebab tak bersunguh dulu.

Bagi saya gaji yang diberikan kepada Lovren sebanyak £60,000 seminggu memang seimbang dengan jumlah perpindahan. Kira Ok lagi sebab, Menyu lagi bangang sanggup bayar Luke Shaw dengan gaji £120,000 padahal budak kanyiaq (belum mumayyiz) itu baru 19 tahun. Saya anggap Lovren memang mahu ke Anfield sebab nak minta gaji lebih, tapi mahu bersama Liverpool kerana mahu memenangi piala dan medal.

Jika Lovren dibeli untuk posisi utama maka pasti ada diantara muka lama yang bakal kemas pakaian dan ucapkan selamat tinggal kepada peminat. Paling tak selamat ialah Daniel Agger dan Kolo Toure. Tapi apa yang saya dengar ialah Agger mungkin sertai Saurez di Barcelona dan perincangan kedua-dua pihak sedang berlangsung. Manakala Toure juta diintai kelab dari Liga Turki, Trabzonspor. 

May 30, 2013

IAGO ASPAS BAKAL MUKA BARU DI ANFIELD



Tak sampai 24 jam, Kolo Toure dah berjanji nak ke Anfield musim depan, lagi seorang pemain pula dah di cop oleh Liverpool. Menurut sumber, pemain tersebut ialah Iago Aspas, pemain Celta Vigo yang berusia 25 tahun. Ada yang bagitau £8M ada yang bagitau £6.6  harga yang dipersetujui oleh Liverpool dan Vigo, namun dua-dua betul kerana klausa kontrak beliau adalah £8M, namun jika Vigo bungkus jatuh ke Segunda Liga, harga diskaun akan dapat.

Walaubagaimanapun tuan punya badan belum menandatangani sebarang persetujuan kontrak dengan Liverpool. Jangan hairan ini kerana Liverpool mengambil langkah pantas untuk elakkan dari pasukan lain terutamanya Spurs yang suka kacau daun. Cuab check dalam wikipedia, kelab terkini beliau apadia. Ramai pemerhati bolasepak dari La Liga menyamakan kesempoian Aspas dengan Suarez. Adakah ini tanda-tandanya masa depan Suarez di Merseyside kian sampai ke penghujung.

"Saya masih pemain Liverpool, namun susah nak kata tidak untuk Real Madrid"
                         Suarez dalam temuramah dengan Radio Uruguay

Dec 23, 2012

CIRI-CIRI PEMAIN IDAMAN JANUARI


Kita dah tahu yang Sturridge dah hampir 99% jadi pemain kita. Pemain lain yang sedang diusahakan ialah anak kepada Paul Ince, Tom. Jack Butland goli Olimpik Pasukan British serta ramai lagi yang kita pernah dengar dalam desas-desus perpindahan Januari. Kita lihat tren pemilihan pemain yang bakal dibawa masuk rata-rata berumur bawah 24 tahun. Adakah ini berkait rapat dengan rancangan jangka panjang FSG mungkin.

Temubual Brendan dengan wakil kami Lfc.tv, menerangkan bahawa orang yang lapar selalunya akan berusaha bersungguh-sungguh buat sesuatu isi perut yang berbunyi dan orang yang perut penuh kekenyangan pasti melingkaq macam ular sawa malas nak bekerja. Ini yang berlaku kepada pemain yang dibawa masuk oleh Comolli semua macam ulaq sawa, yuran perpindahan mahal dan gaji memang tak boleh belah, tapi bila main macam ngok saja.

Pemain yang lapar bukan bermaksud mereka dari Somalia ataupun Hungary, tapi ianya merujuk kepada pemain selalunya muda yang berkualiti disamping mempunyai sikap mahu beria-ia mahu berjaya. Ciri-ciri inilah yang perlu ada dalam setiap pemain yang bakal menjadi pemain Liverpool. Kalau masuk awal-awal dah deman nak main kat situ-kat sini dan nak kesebelasan utama secara otomatik, rasanya pemain ini lapar nak penampar.

Sebenarnya tua atau muda pemain itu, bukanlah tanda kejayaan dalam pasukan. Tetapi bak macam idealisma Tok Ayah Shankly, kesinambungan dari pasukan utama yang kuat perlu ada rantaiannya, yakni pemain simpanan yang juga mampu suatu hari menjadi pemain utama. Pemain tua mana mahu lama-lama dalam skuad simpanan jadi memang kenalah dengan situasi pembelian pemain muda berbakat.

Dec 19, 2012

HARAPAN UNTUK PINTU PERPINDAHAN


Situasi pasukan Liverpool sekarang memang ujian bagi peminat. Bagi yang tak sabar mereka akan mula mengomel apa saja yang nampak tidak kena. Tapi bagi yang dikategorikan peminat statik, pula mereka nampak pasif dan hanya keluar komen berbaur motivasi. Siapa pun kita dalam kategori manapun kita berada, bila bergelar peminat Liverpool, pastinya keadaan sekarang membuatkan kita kecewa. Siapa yang seronok, saya syorkan pergi makan ubat cepat-cepat.

Januari bakal muncul. Pintu perpindahan bakal dibuka. Ianya ibarat waktu untuk bekalan senjata dan resyen (ration)sampai untuk askar yang sedang kehabisan stok dan moral yang rendah dalam medan peperangan. Waktu ini kita akan lihat samada senjata berat yang canggih atau sekadar raifal buruk yang sampai kepada skuadron yang baru di pertengahan pertempuran. Persamaan dengan pasukan kita sekarang ini adakah bantuan dana Januari ini dapat memberikan kejayaan kepada Liverpool diakhir musim ini.

Saya tak kisah siapa pembelian Brendan Rodgers. Setiap pembelian beliau adalah ibarat peluru kepada masa depan Liverpool dan juga masa depan beliau sendiri. Kalau dia beli dengan cermat dan tepat kita akan nampak hasil yang positif, tapi jika pembelian yang panik keranan tekanan , saya rasa senjata akan makan tuan. Dengar-dengar paling tinggi pun dana untuk projek pembaikpulih januari ini adalah sekadar dalam lingkungan 20juta pound. Dengan modal sebanyak itu saya rasa pemain yang boleh dibeli mungkin dalam 2-3 orang termasuk pembelian dan pinjaman sementara.

Ura-ura pembelian Strudrige dan Ince telah setel. 18 juta pound termasuk pakej gaji dah habis digunapakai. Kalau ianya betul-betul menjadi, saya hanya mampu berdoa agar pembelian itu dirahmati dan mereka akan jadi senjata ampuh untuk kebangkitan separuh kedua musim EPL. Kalau gagal, saya rasa alternatif lain melambak diluar dari Liga Inggeris. Cuma kena risik betul-betul jangan setakat tengok dari kompilasi Youtube.

Untuk itu peminat Blog ini  jangan haraplah sebarang ura-ura perpindahan akan diberikan dalam entri sebab saya taknak percaya semua cerita sehinggalah sidang akhbar rasmi dari Liverpoolfc.

Jun 4, 2012

SELAMAT JALAN ABAM KUNYIT


Dengar cerita Kebab Turki paling sempoi didunia. Sebab itulah penggemar Kebab, Encik Kuyt atau lebih dikenali Mat Kunyit telah memilih kelab Fenerbache sebagai destinasi untuk beliau pencen. Banyak jasa beliau dengan kelab kita, walaupun dibeli untuk main penyerang atas, tup-tup kena berkorban main sebelah kanan. Oleh kerana Kuyt mangsa pertama untuk revolusi Buck Rodgers diharap pengganti beliau lebih sempoi dan rajin macam beliau. Dengar kata Clint Dempsey ???

Jan 23, 2012

PEMBELIAN TAK BALIK MODAL




Setiap pengurus Liverpool yang terkemudian yang saya pernah ikuti sepanjang 22 tahun jadi peminat Liverpool tak sunyi dari terima kritikan saya walaupun ketika itu tak ada blog untuk luahkan perasaan, cuma kepada rakan peminat lain. Setiap mereka ada pembelian tak menjadi mereka yang mahal. Sememangnya nak berjaya pasukan kena melabur juga ambil pemain luar kerana akademi Liverpool tak produktif untuk lahirkan pemain tempatan yang bagus. Nak cari macam McManaman, Fowler, Gerrard dan Carragher jenuh tapis dan yang belen memang tak mampu bersaing. Jadi mahu tak mahu kena keluar duit beli pemain luar yang kadang-kadang ada risiko buang duit kalau tak mejadi.

Contoh zaman Roy Evans, masa itu pasukan kita cukup sempoi dah dengan ada McManaman, Fowler, Redknapp, cuma masalahnya ialah dia terpaksa nak cari pengganti Ian Rush yang dah tua. Dah bermacam-macam pemain dibawa tapi yang paling sensasi ialah pembelian pecah rekod British iaitu membawa Stan Collymore dari Nottingham Forest. Pemain ini awal karier amat bagus dan menyengat bersama Fowler. Tapi keegoan dan perangai luar padang yang liar telah membuatkan Liverpool telah buang duit kerana prestasi beliau merosot dazn dijual kepada Aston Villa dan selepas itu langsung melingkup.

Pengganti Evan, Houllier juga alami nasib yang sama selepas zaman trebel 2001. Walaupun dah ada Heskey dan Owen serta Fowler dia masih nak penyerang juga. Selepas Piala Dunia 2002, Liverpool membeli seorang Haji dari Senegal yang nampak hebat dalam aksi Piala Dunia itu. El Hadji Diouf dibeli bersama 3-4 orang pemain Perancis lain yang mana semuanya perabis beras dan karen untuk Liverpool. Dah lah main tak sempoi, Diouf ini amat suka meludah dan payah ikut arahan jurulatih. Tak habis dengan Diouf, Hollier bawa pula penyerang yang nama macam malaikat, iaitu Djibril Cisse tapi tak sempat dia nak bersuai kenal dengan pemain Auxerre ini Houllier dah kena pencen awal.

Rafa Benitez ke Anfield membawa pemain tengah yang hebat. Tapi dia cuma menerima pesaka Houllier pemain hampeh dan kayu mati. Nasib baik dia buang habis tinggalan Houllier dan tinggallah beberapa kerat pemain yang masih sempoi. Tengoklah masa menang Piala Eropah 2005 di Istanbul, boleh kata hampir semua pemain utama anak didik Houllier. Tapi macam dok ada walaupun penyerang dah bertimbun kat atas ,  Rafa dah berjangkit dengan virus pengurus terdahulu nak beli penyerang hebat kerana konon pengganti Owen tak sempat dibeli. Jadi beliau telah beli Morientes dari Madrid tapi tak sesuai. Beli Crouch dan Bellamy juga tak sempat nak simpan lama. Tapi yang paling buang duit ialah pembelian Robbie Keane dan Aquilani. Mereka berdua bagus dikelab lama tapi tak mampu main macamana masa lampau mereka.

Sepatutnya Liverpool kena bersabar dengan Rafa kerana dia masih pengurus yang hebat, Cuma pemain yang dibeli bikin malu dan tak main ikut nilai yang dibeli. Setelah Rafa dipecat, kemasukan Hodgson sebagai pengurus mengundang tanda tanya. Namun dia masuk tak beli banyak sangat kerana Liverpool dah nak bertukar pemilik ketika itu. Tapi pembelian beliau juga mengecewakan kerana bawak masuk pemain gred C seperti Konchesky dan Poulsen. Joe Cole berjaya dibawa masuk tapi hampeh juga dan asyik cedera, cuma Meireles nampaknya pembelian berbaloi. Macam terjadi kepada pengurus terdahulu sindrom jual pemain utama mengakibatkan Liverpool kian lama kian corot. Setakat 31 perlawanan , Hodgson antara pengurus yang jodoh pendek dengan Liverpool apabila dipecat dan digantikan dengan Kenny Dalglish.

Kemasukan Kenny tengah musim lepas macam kembalikan  kebangkitan pasukan. Apataknya dari kedudukan tangga ke 12 akhirnya Liverpool berjaya melonjak ke tangga ke-6. Pembelian Suarez dari Ajax dah kira mahal dah 22 juta, tapi kerana panik dek kerana penjualan Torres ke Chelsea, Liverpool terpaksa membeli Carroll dengan harga pecah rekod British 35 juta. Memang nampak tak seberapa berbanding penjualan Torres yang dapat 50juta, tapi dari awal lagi ramai yang bunyi suara takut tak berbaloi dan risiko amat tinggi. Namun apa nak buat dah semua pihak yakni Pemilik, pengurus dan pegawal teknikal (Comolli) dah setuju maka semua nya telah jadi sejarah sekarang ini.

Tamat musim lepas, Dalglish punya ambisi untuk menambahbaikkan pasukan kerana dia nampak kelemahan pasukan kita dalam banyak posisi. Dia pun beli Enrique, Adam, Henderson dan Downing dengan habiskan lebih kurang 50 juta pound. Mungkin dia rasa mereka ini boleh harap kerana menjadi ayam tambatan kelab lama mereka. Betol saya memang teruja dengan semua pemain kecuali seorang iaitu Adam. (Boleh semak entri pasal Adam sebelum ini). Yang lain saya kagumi sebab mereka boleh masuk cara permainan sebelum ini   hantar dan gerak (pass & move). Bagi saya Downing dan Enrique bakal dapat tempat otomatik, tapi Adam dan Henderson nak sumbat mana. Kita dah ada Lucas, Gerrard dan Meireles serta Spearing dan pembelian mereka bukan keperluan tapi kononya untuk penambahbaikan.

Dah sampai setengah musim hanya pembelian Enrique dan Suarez serta kemasukan percuma Bellamy yang nampak berbaloi. Downing dan Carroll bagi saya adalah pembaziran kerana prestasi mereka memang diukur diatas padang bersama tanda harga mereka. Adam pula bagi saya adalah kesilapan mutlak kerana kita dah buat hero tahun lepas Meireles hilang tempat dan merajuk mintak dijual ke Chelsea. Henderson masih muda tapi harga belian beliau amat mengarut kerana dia masih macam juga Carroll, belum lagi punyai kredibiliti sebagai pemain muda sensasi.

Kesilapan lampau pasukan kita berpuluh tahun dulu mungkin berulang jika pembelian yang kurang berhati-hati dan panik jadi amalan. Dari yang apa saya dengar Comolli yang melakukan kerja risikan dan Kenny yang beri kata putus samada nak beli atau tidak dan tugas Pemilik hanya perlu sain cek sahaja. Jadi separuh dari kegagalan beli pemain saya rasa berpunca dari Comolli. Dia memang macam kena loteri apabila berjaya bawa masuk Suarez dan beri impak sepantas kilat, namun pembelian lain adalah kesilapan teknikal. Kalau murah tak apa sebab ramai yang pertikai harga pemain tak ikut nilai pasaran. Dah nampak macam Liverpool kena main dengan kelab penjual. Sepatutnya Liverpool tak payah nak kaget dengan polisi kuota pemain British. Pemain muda macam Kelly, Flanagan, Shevley, Robinson serta Spearing dah ada dan mereka memang tak ada masalah nak ganti pemain utama. Ramai pemain luar Pulau British yang murah dan berganda lebih sempoi.

Benda dah lepas. Dah beli nak buat apa, cuma cadangan penjualan Carroll dan diganti dengan Bent pada pendapat saya mungkin ada pro dan kontra. Namun oleh kerana Kenny sendiri dan macam kian hilang sabar dengan Carroll, silap haribulan kita boleh tengok Bent pakai jersi no 9. Malah jika betol Granero akan dipinjam/beli dari Real Madrid maka tiada lagi harapan Adam untuk dapat tempat utama lagi di Anfield. Sementara nak tunggu Lucas pulih saya rasa Kenny kena pinjam seorang pemain tengah defensif yang boleh bantu pertahanan. Serik tengok Adam atau Henderson mahupun Gerrard terkial-kilal main kat situ. Kalau Liverpool tak buat perubahan drastik bulan ini, saya rasa tempat ke-7 adalah memang padan dengan keadaan pasukan kita yang dilanda malang ini. Itu belum lagi dengar cerita yang Suarez akan kena jual.

Dec 14, 2011

PEMBELIAN AWAL TAHUN

Pintu perpindahan akan buka macam sekolah nak buka Januari ini. Liverpool perlukan 2-3 orang pemain untuk melengkapkan skuad kita yang nampak agak bermasalah dalam beberapa perkara. Ketiadaan Lucas serta barisan depan yang tumpul menjadi tajuk perbahasan dimana-mana blog atau forum peminat. Ianya juga menjadi titik tolak kepada prestasi dan kedudukan terkini pasukan kita.

Saya tak anggap pasukan kita perlu pecah tabung untuk beli pemain hebat. Cukuplah sekadar pemain yang boleh buat kerja dan kalau boleh dapatkan dengan pinjaman, kita pinjam dulu. Banyak pemain tengah bertahan yang boleh dipinjam seperti Diarra dari Real atau Keita dari Barca. Kalau ada duit lebih boleh beli balik Mascherano dari Barca atau Xabi dari Real, itupun kalau Tokey Liverpool nak melabur lagi.

Krisis kemarau gol makin memuncak kerana Carroll tak menjadi dan Suarez pula main lebih kepada pemain sayap berbanding dan banyak kali terlepas peluang. Jadinya selepas ini kita pasti dengar desas-desus yang penyerang ini penyerang itu bakal dikaitkan dengan kita. Soldado dari Valencia, Leandro dari Internacional serta Fletcher dari Wolves antara calon menurut berita.

Apa pun yang terjadi dalam perpindahan januari nanti diharap yang terbaik hendaknya untuk pasukan kita kerana Kenny yang bakal dibantu Comolli bakal mencari pemain yang sesuai dan nilai yang berbaloi. Dengan ini pihak Liverpoolkita akan mengetengahkan cerita atau desas-desus perpindahan januari yang mana dirasakan sesuai dan masuk akal.

Sep 1, 2011

TINGGKAP DAH DIKUNCI



Segala aktiviti perpindahan membabitkan kesemua pasukan Liga Perdana Inggeris telah tamat pukul 12 tengah malam waktu UK. Pejabat Liverpool juga amat sibuk dengan aktiviti jual-beli, walaupun banyak aktiviti penjualan berbanding pembelian. Pembelian percuma bekas hero Kop, Craig Bellamy sememangnya dah jadi bualan mulut sekitar Merseyside, namun segalanya terjawab semalam apabila Bellamy datang sendiri dengan Helikopter ke Melwood untuk menjalani periksa perubatan.

Pemain 32 tahun itu telah menandatangai kontrak 2 tahun dengan gaji dirahsiakan. Ini adalah pembelian jangka pendek untuk menguatkan jentera serangan yang hanya diwakili oleh Suarez dan Carroll setelah Ngog dijual ke Bolton. Ya, Boton telah berjaya mendapatkan bakal "Theiry Henry" dengan bayaran 4 juta Pound. Kita berjaya membuang pemain yang tak nampak masa depan dan menggantikan dengan penyerang berkaliber dan berpengalaman. Itu satu langkah bijak.

Alngkah sedihnya apabila Meireles telah meminta perpindahan ke Chelsea dan Liverpool terpaksa menjual pemain yang dibeli oleh Hodgson. Walaupun berjaya membuat untung dengan menjual dengan harga 12 juta pound, kehilangan beliau amat dirasai kerana Chelsea berjaya mendapatkan pemain terbaik kita musim lalu dan masih berbisa musim ini. Lain-lain seperti Joe Cole ke Lille dan Christian Poulsen ke Evian tak menjadi kudis kepada walaupun skuad kita makin mengecil. Pemain seperti Coady dan Jonjo bakal menjadi tonggak simpanan kita musim ini.

Aug 31, 2011

AGENDA PERPINDAHAN



Setakat ini Sebastian Coates sudah secara rasmi jadi pemain Liverpool, walaupun sudah beberapa hari menumpang di rumah Suarez. Pembelian beliau adalah pelengkap kepada keperluan pasukan yang juga memerlukan saingan di bek tengah setelah Wak Soto dijual kepada Wolfburg. Jadi sekarang ini pasukan kita tiada perlu gusar untuk menghadapi Liga musim ini dengan 4 pertahanan utama iaitu Carragher, Agger, Skrtel dan Coates.

Namun begitu lelongan keluar pemain mungkin bakal menjadi buah mulut apabila dua orang pemain tak boleh belah kita, Joe Cole dan Christian Poulsen bagi menyeberang selat Inggeris untuk mempertaruhkan nasib di bumi Napoleon yakni Perancis. Joe Cole bakal dipinjamkan kepada juara Liga 1 musim lalu, Lille OSC dan dapat juga merasa Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Manakal Poulsen bakal dipinang Evian yang baru dipromosi naik ke Liga 1 musim ini.

Diharap perpindahan kedua pemain yang tak ada dalam perancangan masa depan Kenny Dalglish itu tidak ada sebarang masalah hendaknya. Walaupun Liverpool memerlukan skuad yang besar untuk menguatkan pasukan, namun khidmat Cole dan Poulsen tidak diperlukan lagi kerana kemasukan Henderson dan Adam jelas memberikan isyarat jelas tentang masa depan mereka. Namun banyak lagi yang bakal terjadi seperti Ngog ke Bolton serta Degen ke QPR serta sasaran pemian luar seperti Seamus Coleman dari Everton.

Selamat Hari Raya dan Hari Kemerdekaan yang ke-54. YNWA

Aug 6, 2011

GAMBAR EKSLUSIF



Akhirnya pembelian percuma keluar juga dengan percuma. Barang percuma tak banyak yang kualiti. Contoh beli se-pek Meggi dapat cawan. Pakai bancuh kopi O terus jadi kuning. Terima Kasih daun ketum buat Jovanovic kerana tak banyak songel untuk pergi cari makan tempat lain kerana memang kurang sesuai (tak bagus langsung). Diharap Poulsen dan Cole serta pemain cap ayam lain cepat-cepat jadikan Jova sebagai contoh teladan.

Mar 14, 2011

SERIK DENGAN BARANG PERCUMA



Kadang-kadang barang percuma amat disukai oleh pengguna, macam beli sabun basuh baju pek besar dapat pinggan atau gelas. Tapi ramai yang tak tahu jika pergi ke-kedai pinggan tu hanya berharga beberapa puluh sen, namun syok habis dapat benda macam tu. Kalau nasib baik boleh pakai bertahun-tahun, kalau nasib tak baik tak sampai rumah dah pecah. Perbandingan itu saya kiaskan dengan perpindahan percuma pemain. Peratusan berjaya amat tipis, tapi ramai yang tak boleh belah dan menyakitkan hati. Voronin dan Jovanovic adalah contoh pemain bertaraf antarabangsa tapi main macam angsa sembelit. Voronin telah pergi, cuma tinggal Jovanovic sahaja saya pasti tak punya masa depan dibawah kelolaan Kenny.

Yang terbaru ialah pemain sayap kiri dari kelab Rennes, Sylvain Marveaux cakap sendiri dia hampir setuju untuk jadi pemain Liverpool. Walaupun terma hampir tidak boleh dijadikan hujah yang dia akan memakai jersi kita musim depan, namun saya amat dukacita jika pemain ini dibawa masuk hanya kerana dia percuma. Kualiti beliau dalam Youtube mungkin mengkagumkan tak disangkal, dan saya tak risau langsung. Tapi bab kecederaan "groin" atau pangkal peha yang beliau alami sekian lama paling saya takut. Tengok Gerrard dan Agger. Mereka ada rekod kecederaan ini dan ianya akan berulang dan berulang jika tak bernasib baik.

Sebab itulah saya syorkan pilih pemain yang sihat dan kebal macam Kuyt tapi lincah dan licik macam Suarez bagi posisi sayap. Calon ramai tapi kalau nak yang ada kualiti macam saya cakap itu, kena melabur lebih sedikit. Kita tak mahu terpaksa tanggung biawak sakit yang menghabiskan masa dikatil pesakit dari atas padang. Kita kalau boleh nak pemain macam Nani yang kaki hampir putus dibentes Carraghedr, tapi masih boleh bangun protes pengadil. Itu barulah pemain hebat yang kita harus cari.

Feb 1, 2011

PINTU DAH TUTUP



Sudah sudahlah jangan dok bakar-bakar jersi nama Torres, kalau tak mahu mai kat aku. Boleh simpan buat kenangan terindah. Memang hati terbakar sampai rentung dibuat oleh Torres yang pindah ke Chelsea, sebab masa beliau ambil nak ke Chelsea amat suntuk, sampai kalut Commolli dan Kenny nak cari ganti. Nasib baiklah kita sempat rembat Carrol dari Newcastle cepat-cepat kalau tak mungkin Kuyt dan lagi malang Ngog bakal jadi penyerang nombor wahid kita.

Harga Carroll memang tak masuk akal, tapi ada tak siapa kisah pasal Rooney ke Man U dari Everton. Inilah satu perjudian yang saya rasa berisiko tapi berbaloi diambil. Saya secara peribadi amat berbesar hati seorang pemain Inggeris dibeli ganti Torres. Apa takut dia nak lari mana dah paspot tulis aku orang Inggeris. Tapi kalau Torres, merajuk sikit silap-silap balik kampung. Lagipun harga pemain Inggeris tak akan susut, contoh Darrent Bent.

Macam saya katakan sebelum ini ada tak ada Torres kita perlu teruskan hidup, Kelab Liverpool tetap Liverpool, tiada pemain lebih besar dari kemegahan kelab. Pemain datang dan pergi. Sejarah telah mengajar Kopster yang sehero mana pun Keegan, Rush, McManaman dan Owen, kalau mereka keluar rezeki datang menggolek lepas itu. Keluar Keegan kita dapat Dalglish. Rush keluar kita dapat Beardsley. Keluar Mcmanaman kita dapat Hamman dan keluar Owen kita dapat Torres.

Jadi kita akan bangkit perlahan-lahan musim ini dengan kebolehan anak muda disamping kuda tua yang masih pecut. Suarez, Carroll, Kelly, Shevley serta mungkin Pacheco adalah masadepan yang sedang diberi pengalaman dan apa yang dituai sekarang dah tak lama akan dapat hasil, yakini musim depan dah tak lama, takkan tak boleh sabar. Reina, Agger, Johnson, Lucas, Meireles adalah pemain utama yang akan bergandingan dengan kuda tua seperti Gerrard, Carragher, Kuyt dan Maxi serta Aurelio.

Dengan Kenny sebagai pengurus buat masakini hingga kepenghujung musim, kita boleh harap ada kemajuan dicapai walaupun tidak drastik sangat. Sasaran kita adalah sekurang-kurangnya nombor 7. Kalau boleh dapat 4 teratas nampak macam mustahil kerana bek kita ada kurang sikit, tapi nak cakap pun tak berani sebab kelab kita penuh dengan kejutan. Selepas ini tiada lagi pemain yang kepala serabut dalam kelab dan harap peminat Chlesa bergembira dapat pemain yang hanya boleh main separuh saja setiap musim. Akhir sekali terima kasih Torres atas segalanya, jasamu dikenang.

DIPERSILAKAN KELUAR



Paling melegakan apabila ini orang sudah belah dari Liverpool. Memang dari awal tak ramai yang suka dengan mamat botak ini, tapi apa nak buat Hodgson memang terer cari pemain cikai. Akhirnya Glen Johnson pula yang main belah kiri. Jadi untuk makluman Aurelio bakal menjai orang bek kiri rasmi utama walaupun Glen Johnson sedang menjadi bidan terjun ganti tempat Konchsesky. Kami peminat Liverpool sangat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Nottingham Forrest kerana menjadi pak sanngup. Musim depan mesti bek kiri sempoi akan datang. Ingat nama ini, Evra.

Sep 1, 2010

TINGKAP PERPINDAHAN DITUTUP



Akhirnya debaran dan kejutan telah berakhir. Yang paling akhir masuk bukannya Cole, Gomez, Zamora atau mana-mana penyerang, tetapi bek kiri dari Fulham, Paul Kochensky yang kita tahu lama dah akan masuk. Menurut laporan memang ada usaha nak bawa masuk penyerang tetapi telah ditolak oleh kelab masing-masing. Yang paling terakhir adalah usaha membida Carlton Cole dengan menawarkan Babel namun tidak juga berjaya sehingga waktu terakhir 6 petang waktu England tamat.

Konchesky masuk dengan menawarkan 2 orang pemain muda yang berbakat iaitu Dalla Valle dan Kacaniklic kepada Fulham. Apakan daya, kita terpaksa lepaskan mereka kerana itulah modal yang kita ada dan nasib baik Fulham tak banyak songeh untuk lepaskan Kochensky. Jadi pemergian Insua secara pinjaman ke Galastasaray telah lengkap dan kita tak perlu risau dengan posisi bek kiri kerana saya yakin Kochensky, Aurelio, Agger, Kelly dan Mavinga boleh mengisi slot itu dengan sebaiknya.

Selain Insua, dua lagi pemain simpanan iaitu Plessis dan Nabil telah pergi meninggalakan kita. Mereka menyertai kelab dari Liga Greece iaitu Plessis ke PAOK dan Nabil ke Panathiakos. Saya tak pasti apakah mereka pergi secara pinjam lepas tu beli atau dibeli secara langsung sebab banyak fakta yang bercampur-campur. Namun itulah jalan terbaik bagi kita dan mereka kerana pemain datang dan pergi, cuma yang terbaik antara mereka akan kekal seperti Pacheco, Spearing, Darby, Kelly dan ramai lagi yang bakal kita lihat akan diberi peluang dan dibawa masuk perlahan-lahan samada untuk ganti pemain utama yang cedera, atau pilihan untuk beraksi dalam Piala Liga.

Kemasukan Miereles, umpama kejutan. Tak siapa tahu apa yang berlaku belakang tabir. Dalam wartawan sibuk tulis macam-macam pasal Mascherano, rupanya mereka tidak terhidu akan pemergian Puslow ke Portugal untuk berbincang sekaligus menyelesaikan perpindahan pemain antarabangsa Portugal itu. Memang saya sendiri macam terkejut tetapi gembira dengan tindakan licik ini. Rupanya cerita pasal Van Der Vaat, Dua Diarra, Gago, Banega, Medel dan ramai lagi adalah taktik untuk elakkan dari sasaran kita dari dihidu kelab lain. Ejen Raul juga amat begitu baik kerana tidak pecah lubang kepada media, kalau tidak mesti Man U yang dok taram Raul dah lama dah akan buat dajal dengan buat bidaan sama.

Nasib Lucas cukup baik. Dia nyaris dijual kepada Stoke, kalau tidak dia akan belajar main rugbi dengan Tony Pulis. Saya yakin ramai yang mahukan perpindahan ini terjadi tetapi masalahnya kalau Lucas keluar kita akan menghadapi kekurangan pemain senior yang berpengalaman, kerana kemasukan Poulsen dan Miereles adalah semestinya untuk ganti Aquilani dan Mascherano. Saya tak kata Lucas bagus tetapi saya belum yakin pemain muda seperti Spearing dan Shevley dapat menghadapi lawan dengan mental dan fizikal yang kuat. Hodgson takkan cakap terus-terang yang Lucas tiada masa depan, namun dia perlu masa yang sesuai serta pembeli yang mahu berikan kembali modal, kalau boleh sedikit untung sebab Lucas mungkin ada kemungkinan bagus kalau main di Liga lain.

Oleh kerana Babel kekal dan tiada penyerang baru masuk dan hanya Ngog sebagai wakil tunggal sebagai gantian Torres. Maka Babel kena diletakkan sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap. Hodgson kena ikhtiar apa jua cara samada bagi mandi bunga, minum air stokin Torres atau tutup akaun Twitter beliau, asalkan Babel kembali menjadi seperti yang kita lihat di Ajax dulu. Dia punya kebolehan mampu menjadi seperti Henry, tapi kematangan belum nampak. Itulah masalah yang membelenggu Rafa sebelum ini, dan Hodgson pula terpaksa cari jalan untuk selesaikan misteri itu.

Jadi saya tidak menyalahkan Hodgson kerana apa yang beliau janjikan tidak tercapai sehingga perpindahan tamat. Namun kita telah berjaya menguatkan bahagian bek kiri pun dah kira bagus dah dengan situasi kewangan yang sempit ini. Malah pemergian Mascherano tidak dkhuatiri lagi. Walaupun tiada penyerang masuk mungkin ada peluang pemain muda selain Ngog, akan naik tiba-tiba, sapa tahu mungkin Amoo, mungkin Ince atau mungkin juga ada Michael Owen baru akan keluar. Jadi saya tidak mengharapkan kita untuk menyaingi Chelsea atau Man U, tetapi sekadar kelayakan untuk Liga Juara-Juara mungkin lebih sesuai. Kita pasti gembira kerana Spurs dan Man City serta Villa, masih terkial-kial mencari rentak. Oleh itu saya nampak dengan pemain sedia-ada kena berusaha 200 % untuk kembali bangkit dari kejatuhan musim lalu. Saya harap Revolusi Roy akan diingati sebagai yang berjaya walaupun nampak sukar terpaksa mengharungi onak duri yang pelbagai musim ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails