Jan 30, 2018

LIGA PERDANA: HUDDERSFIELD LAWAN LIVERPOOL


Baru seminggu lepas leburkan rekod tanpa kalah peneraju liga, Man City, Liverpool dah hilang punca. Memang menang adalah menang, tetapi kita semua lupa bagaimana kobolosan mudah dengan City 3 gol adalah tanda-tanda pasukan kita masih cap ayam lagi. Kena plak dengan Swansea, mungkin nasib tak ong. Tapi bila kena dengan WBA dalam Piala FA, baru ramai tahu pembelian Van Dijk bukan penyelesaian masalah. Jadi ramai tanya apa tak kena lagi, adakah sebab sumpahan Coutinho atau sebab-sebab lain.

Mungkin ianya tiada jawapan sebab semuanya ada dibahu Klopp. Naik turun jatuh bangun pasukan dia bertanggungjawab. Abam sekadar boleh beri pendapat walaupun ada orang tak suka dengar yang buruk dan nak yang sedap-sedap sahaja. Secara jujur, masalah utama ialah dibahagian tengah. Kita tiada pemain tengah yang mampu kawal keadaan sejak ketiadaan Abang  Long Gerrard. Kes Emre dengan taknak sambung kontrak satu hal. Dia sejak dua menjak main begitu palat sekali, tambahan plak dapat jadi ketua pasukan. Dia rasa dia main bagus, padahal Mungkin otak dah berada kat Turin.

Klopp punya taktik kalau pemain nak blah, dan dan nak bagi jadi kapten. Haritu Coutinho konon-konon nak pujuk suruh kekal. Kali ni Emre plak. Abam rasa dari bagi peluang kepada Emre yang dah tadak hati nak kekal, lebih baik beri peluang kepada Grujic dari pinjam keluar kepada Cardiff. Sikap profesional Emre sebab dia masih dibayar Liverpool, tetapi bila main sambil lewa dia kena sedar diri Klopp simpan dia sebab tadak pilihan kot.  Itupun sebab Naby Keita tak boleh datang awal kelab RB Leipzeid tak kasi.

Kembalinya Kapten sebenar Hendo masa lawan WBA bagi abam rasa lega. Mamat ni bukan tak bagus, tetapi bila dia main teruk, itu maknanya dia nak cedera. Selain dia rasanya takda dalam pasuakan boleh main bahagian tengah bertahan dengan baik. Namun begitu bukan kepakaran Hendo kat situ, dia kategori bidan terjun sahaja. Kekuatan dia sama macam Emre, main dari kotak ke kotak. Sebab itu abam harap sangat Klopp beli tengah bertahan versi sekolah lama, bukan pemain yang diujikaji sedemikina rupa.

Ward
Trent Lovren Van dijk Robertson
Ox Hendo Milner
Salah Firmino Mane

Lawan Huddersfield abam rasa peluang Klopp nak pulih keadaan. Dia kena pastikan pasukan yang dulu tak reti nak menang dengan kita, takkan berani nak tiru macam Swansea adan WBA. Wagner buat masa sekarang pun ada masalah juga sebab deretan kekalahan mereka lalui. Abam harap Klopp rombak sedikit pasukan nak simpan balik Moreno sebab dia masih belum pulih dari segi fizikal dan mental. Mignolet juga boleh simpan, dan kalau boleh letak Ward pula diposisi penjaga gawang. Kurang-kurangnya kita boleh tengok antara mereka bertiga, saipa lebih layak untuk jadi goli semntara rombakan musim depan membabitkan kemasukan goli utama baru.

Jan 20, 2018

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Setelah Van Dijk masuk dan Coutinho keluar, perpindahan besar lain mungkin merawit sampai hujung bulan. Tiada siapa berani nak ramal cuma pembayang agak samar ada pemain bintang pengganti Coutinho yang diwar-warkan hadir. Klopp mungkin ada sasaran tetapi kelab penjual taknak jual pada tengah musim, sebab bakal mengganggu diorang punya agenda. Macam kes Soton dan Van Dijk, bila mereka sendiri mengalah, baru perpindahan diteruskan walaupun tertunda selama separuh musim. Jadi abam nasihatkan abaikan dulu bab-bab jual-beli orang sebab mungkin kelab kita takkan memborong dengan duit Coutinho sehingga musim baru.

Kelab kita memang perlukan skuad lengkap untuk hadapi separuh lagi musim. Dengan perebutan 4 terbaik, Piala FA serta Liga Juara-Juara. Kebetulan pemain yang cuti sakit ramai dah kembali seperti Kapten Hendo dan Moreno. Prestasi pemain tengah macam Emre dan Wijnaldum mungkin tak berapa nampak keperluan Hendo, cuma bila banyak opsyen lagi bagus untuk persaingan sihat serta boleh buat penggiliran. Begitu juga Moreno, prestasi Robertson takkan memudahkan Moreno nak dapat tempat kembali, kecuali Robertson main hampeh walaupun kita tahu, semakin dapat peluang semakin menggiurkan prestasi pemain pemain Scotland tu.

Karius
Trent Matip Van Dijk Robertson
Emre Ox Wijnaldum
Salah Firmino Mane

Sejak Klopp buat kenyataan hingga hujung Karius bakal jadi goli utama, Mignolet dah sentap dan macam hilang pedoman hidup nak cari kelab lain dah. Memang patut begitu, sebab Klopp dah beri banyak peluang kepada Mignolet dekat 2 musim, tetapi belum capai piawaian Kloppo. Salah satu isu mungkin faktor umur, dimana Mignolet dah tahap otai dan patut konsisten. Karius walaupun masih meraba-raba, tetapi perjalanan beliau masih jauh dan masih boleh dilentur dan diperbaiki. Tetapi Klopp juga beri amaran bahawa dia bukan bagi peluang buta-buta. Karius kena buktikan bahwa dia mampu buat Klopp tak terfikir untuk beli Allison atau Oblak musim depan.

Prestasi lawan Man City harapnya jadikan pasukan kita lebih konsisten. Mungkin lawan Swansea nampak kacang sebab mereka paling corot dalam kelas. Swansea dah banyak bertukar pengurus sejak kita kebas Brendan Rodgers. Dan pengurus terkini masih tak mampu mengubah nasib mereka untuk jadi pasukan feberet terjun liga. Pasukan kena hati-hati juga sebab prestasi mereka kebelakangan ni agak baik. belum tewas 3 perlawanan dan paling akhir menang dalam pusingan ke-4 Piala FA. Swansea jarang main susun bas sebab tu mereka kena belasah 5-0 di Anfield dulu. Kalau mereka main susun bas mungkin agak sukar nak dapat gol macam kat Anfield rasanya.

Jan 15, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 4-3 MAN CITY


Agak cuak bila dapat tahu Van Dijk tak dapat main. Mulanya ingat sekadar mainan minda Klopp nak saiko Pep. Tetapi bila kesebelasan diumumkan, Nahhai memang betul. Lagi cuak bila Lovren plak yang ganti. Namun bila ingat balik prestasi Lovren kebelakangan ni, taklah teruk sangat. Lagipun pemain City ketot kemetot, cuma tang kelajuan dan kelicikan agak membahayakan. Di pihak City, Pep mungkin terima berita ketiadaan dengan hati gumbira. Dia dah nampak 3 mata sebelum sepak mula. Dan persiapan mereka mungkin datang dengan santai dengan reputasi sebagai pasukan tak terkalah.

Abam menyaksikan perlawanan dari Astro-Go, bersama rakan baik tetapi seorang fanatik Menyu. Namun tak hairan, kali ni dia nampak sokong Liverpool bersebab. Kalau tak, memang jangan harap nak sokong, lagi kutuk ada bila pasukan kita kena balun. Tengok ramai-ramai memang sempoi, boleh bertukar-tukar pendapat dan paling sempoi kutuk mengutuk. Namun dah sokong Liverpool menang, yang baik-baik sahaja dengar. Malah mamat ni yakin Liverpool menang, walaupun abam sendiri masih 50-50. Bukan apa, kat barisan depan memang tak nafikan sangat meyakinkan tetapi kat belakang kadang-kala sangat jahanam juga bila ada masa tertentu.

Ini bukan kali pertama Liverpool bermain tanpa Coutinwho. Jadi Abam taklah risau sebab Ox dah nampak jadi perancang utama dalam kesebelasan Klopp. Awal musim ramai termasuk abam ada pertikai sebab apa Klopp ambil kain buruk dari Arsenal dengan harga mahal. Padahal sebelum beli, kita saksikan sendiri Ox main agak teruk dan Arsenal kena kitai 4 biji dalam perlawanan terakhir Ox. Bak kata perpatah Inggeris prestasi datang bermusim, kehebatan kekal selamanya. Ox ada kualiti sejak di akademi Sotong. Jadi Klopp nampak penjenamaan semula Ox bakal berikan Liverpool pemain yang hebat.

Ox kalau nak banding dengan PC10, mungkin lain sikit stail mereka. Ox tak punyai kemahiran gelecekan tetapi dari segi hantaran dan sepakan jauh mungkin agak saksama. Lagipun dah nama Ox, dia memang main ala kerbau dan mempunyai fizikal kuat berbanding PC10. Bukan nak puji banyak, tetapi dalam perlawanan dengan City beliau menjadi hero bila menghadiahkan gol pembukaan seawal  tak sampai 10 minit. Gerakan dari Firmino yang merampas bola dari tengah , dengan larian pantas, masuk diantara bek City yang mengejar, Ox merembat paduk diluar kotak menewaskan Ederson untuk mendahului 1-0.

Itu mungkin bukan serangan pertama, tetapi Liverpool punyai peluang agak sekata dengan City. Cuma perangkap City nak main dari bawah dan gunakan bahagian sayap, Sane dan Sterling belum membuahkan hasil. Namun nak dekat hujung perlawanan, hantaran jauh Walker mencari Sane dihujung padang. Gomez agak ralit dan dia kena main dengan Sane bukan sekali, tetapi dua kali dan rembatan Sane patutnya dapat diterpis Karius namun apakan daya, mungkin sebab terlalu pantas atau Karius memang bukan solusi sebagai goli utama. City dapat gol penyamaan dan kami yang tengok dah cuak sedikit sebab selalunya City kalau dapat sebiji, berbiji-biji lagi akan hadir.

Macam itulah anggapan tetapi macam biasa, Klopp dalam bilik persalinan mungkin dah bancuh pemain kaw-kaw itu kita tak tahu. Macam separuh pertama, selepas 10 minit juga Liverpool menyerang pantas dengan gerakan kilat dimulai Ox. Dia tunggu Firmino berlari dan bila hampir sebaris Stones, dengan hantaran baik, Firmino dapat mengetis badan Stone dan mencedok bola melepasi jangkauan Ederson untuk gol kedua Liverpool dan ke-10 Firmino dalam liga. Bila imbau bali, jaringan beliau memang sama macam jaringan lejen Fowler masa lawan Menyu 1995 kat Old Krepot.

Salah kali ni bukan tak cemerlang tetapi dia kena rantai dengan Danilo. Namun ada ketika mereka tak wasapada, mereka bakal dihukum Salah. Gerakan licik Salah menjadi duri dalam daging kepada bek City untuk gol ke-3 Liverpool. Beliau memperdayakan Otomendi hingga mamat tu jatuh terduduk dan dengan pemurah menghadiahkan hantaran kepada Mane yang dengan sepenuh tenaga merembat padu diluar jangkaan Ederson. Lagi sekali Salah jadi hero bila cuba nak bantu Mane dengan hantaran jauh, tetapi Ederson tersilap keluarkan bola dan kantoi dengan Salah. Apa lagi hukuman Salah ketas Edersson mengaibkan goli termahal itu untuk gol ke-4 Liverpool. Ada potensi untuk jadi gol terbaik musim ini.

Man City walupun kena ayam 4 biji, namun mereka masih pasukan hebat. Salah satu punca kebangkitan mereka ialah percaturan khilaf Klopp mengeluarkan Emre dan gantikan Milner untuk posisi tengah bertahan. Posisi itu tak ramai boleh main sedangkan Emre yang hebat kat situ pun kadang-kala kelaut, apatah lagi letak Milner yang agak perlahan. Kesialapan berpasukan mengakibatkan Bernado berjaya kurangkan defisit kepada 4-2. Malah gol ke-3 City memang ketahian pemain pertahanan bila sekadar memerhati Gundogan mendada bola dan menjolok masuk gol kedalam gawang. Nasib baik City tak dapat gol penyamaan bila Aguero menaduk sipi dari pintu gol dihujung perlawanan.

Sebab itulah abam harap Klopp tak ambil mudah dengan posisi tengah bertahan. Kalau tak mampu nak bawak Naby Keita awal, beliau kena cari alternatif lain dengan segera, sebab dah tak ada pakar nak main kat posisi itu selain Emre. takkan nak tunggu Emre cedera baru kalut nak cari. Dah dapat duit banyak jual Coutinho melabur separuh beli pemain tengah bertahan sado ala Busquet Barca. takpun ambil Safiq Rahim pemain tengah paling ganas kat Malaysia dan Asia amnya. Apapun Pep puji cakap Klopp memang handal bila main serang balas. Tetapi Jose plak gembira konon kita tolong rapatkan jurang untuk kelompok kedua nak menggapai City.

Jan 13, 2018

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN CITY

Mungkin ada yang hairan sebab apa abam tak buat tulisan pasal majlis perpisahan Coutinho. Bukan sebab geram atau kecewa, tetapi pemergian beliau beri seribu satu rahmat disebalik kekurangan yang beliau tinggalkan. Coutinho blah tak sama macam Torres atau Suarez, sebab mereka berdua lebih penting dalam kesebelasan jika kehilangan berbanding Coutinho. Kita cuma kehilangan mamat yang boleh gelecek dan rembat dari jauh serta lorongan bagus.

Abam nampak struktur pasukan bukan pada Coutinho, tetapi lebih kepada Firimno. Kalau Firimno blah, kelamkabut sikit nak cari perampas bola dari atas yang semantap beliau dipasaran. Sebab itulah Klopp nak Firimino sain kontral baru sampai pencen. Jadi nak bagitahu tempat Coutinho kita boleh cari pemain yang lebih susuai dengan pasukan. Maksud abam yang punyai kebolehan kreativiti dan juga kena cari yang boleh menambah pedas dalam aksi bertahan.

Sebab Coutinho memang lembik nak tolong bertahan dan banyak gol kantoi sebelah kiri akibat ketidakkemampuan beliau untuk bantu bertahan. Ini fakta bukan auta. Tak caya cuba korek-korek artikel ataupun dalam analisa Opta sekalipun. Sebab itulah Klopp tak berasa sangat bila nak cari pemain kreatif, tetapi dia kalau nak boleh cari pemain yang nak ganti Coutinho yang lebih sempurna dari segi wasatiyah menyerang dan bertahan. Sebab itu nama Lemar jadi siulan dan abam yakin dia pemain sesuai seperti seperti keperluan itu.

Mignolet
Trent Matip Van Dijk Rob
Emre Gini
Salah Lallana Mane
Firmino

Kembali kepada tajuk asal, lawan Man City. Mereka pasukan yang mantap, semua orang tahu. Tetapi mereka bukan datang dari planet lain dengan main bola dengan 4 kaki atau punyai kuasa tahap jin. Apa yang membuatkan mereka buat pasukan lain jadi pencacai ialah satunya lawan biar mereka kuasai permainan. Bila mereka main dengan sepenuh kekuatan dan corak mereka, maaf cakap korang tahulah kan camna kita kena kemaluan besar 5-0 dulu kan. Aspek penting ialah kucar-kacirkan mereka dari keselesaan mereka main bola dari bawah.

Sebab itulah selain trio Firimno, Salah dan Mane, Lallana adalah aspek penting untuk main bertahan dari atas. Lebih penting bila bola berada ditengah kita perlukan pemain agresif dan fizikal untuk gagalkan kreativiti Silva dan De Bruyne. Abam tak rasa Sane dan Sterling hebat sangat jika pemain tengah kena ikat. Sebab itulah walaupun dengan Van Dijk kita perlu pertahanan dan tengah serta atas bekerja sama untuk sekat serangan bila bola berada dikaki lawan itu sahaja.

Harap kita berjaya jadi pasukan pertama lebur rekod hebat tak terkalah City musim ini. Kalau itu terjadi ianya jadi pembuka halangan minda untuk pasukan kita habiskan baki separuh kedua liga dengan prestasi terbaik. Namun dari pandangan yang lain, abam taknak terlebih yakin. City ada kekuatan tersendiri dan mereka punyai pengurus cerdik dan licik bertaraf dunia. Kalau setakat seri pun itu dah kira berbaloi sangat sebab kita perlukan semua kekuatan yang ada termasuk nasib yang baik.

Jan 6, 2018

PIALA FA: LIVERPOOL 2-1 EVERTON


Abam tak menyangka sebegitu cepat penampilan sulung Van Dijk. Kita sangka dia tak cergas dan mental koyak kat Soton. Dan perlukan masa untuk kembalikan mojo yang ditunjukkan bermusim lepas. Nah, meleset sungguh analisa kita kan. Rupanya belakang tabir, mungkin Klopp dan pengurusan dua pihak, Liverpool dan Soton dah beragenda sejak kontroversi awal musim. 75 juta mungkin bukan harga sebenar, tetapi seakan pampasan untuk situasi menag-menang kedua-dua pihak.

Liverpool turun tanpa kelibat pemain terbaik Afrika, Mat Salah serta bakal pemain Barcelona kerana sakit bontot. Itu tak jadi hal kerana Klopp dah bersedia siang malam buat penggiliran untuk hadapi detik dan ketika macam ni. Sebab itu sesiapa yang kecam Klopp dok buat penggiliran mesti sekarang tahu keterpaksaan beliau. Mungkin ianya tak se-gah kesebelasan terbaik, bagi abam yang penting permainan tak teruk dengan skuad campuran.

Lawan Everton mungkin agak sukar, lagi sukar dengan Sam Allardyce. Sebab itu Klopp terpaksa ejas taktikal dengan letakkan Mane dan Ox sebagai penyerang tambahan bukan disayap sangat. Lagipun dengan taktikal agak bertahan, memang nak serang dari sayap opsyen terbaik, namun bek kiri dan kanan sudah cukup untuk buat serangan kat situ. Lallana lebih banyak kat atas dari trio tengah Milner dan Emre. Jadi dah nak macam 3 pertahan, bila Emre main libero, biar Van Dijk kekiri dan Matip kekanan pertahanan.

Permainan agak nampak teruk sebab corak Everton nampak main separuh padang pada mulanya. Liverpool pun nampak koyak dan berterabur, namun masih kuasai permainan dan adalah buat percubaan sikit-sikit. Everton nampak menyerang sebab Bolasie main. Kalau tak mungkin lagi teruk permainan diorang dan lagi padat susunan bas mereka. Insiden awal Rooney Shrek tibai kaki Gomez mungkin lebih rancak jika pengadil kasi kad merah, namun pengadil botak tu memang tahu perlawanan kejiranan kena ada nakal-nakal skit.

Lallana kembali kedalam skuad dengan permainan cantik, walaupun masih kena buat karat lagi. Dia bukan sahaja jadi nadi untuk tekan Evetton dari atas. Kreativiti beliau membuatkan Liverpool berjaya menjinakkan pertahanan Everton yang terlalu kental sekian lama. Gerakan Lana setelah terima hantaran memang ohsem. Dia mengawal bola dengan kemahiran ala pemain Brazil, membuat pusingan badan sambil bola masih dikaki. Tetapi bek Everton telah menarik Lana dan pengadil tanpa segan-silu mengahdiahkan penalti dan disudahkan oleh Raja Penalti, Kapten Milner untuk Liverpool mendahului 1-0.

Insiden penalti itu pun ada puak cakap kontroversi. Itu biarlah, sebab kita tahu Lana ada peluang cerah merembat gol sebab itu bek Everton dah kantoi dan terpaksa buat juga dari nak biar Lana berdepan dengan goli sahaja. Tetapi yang lebih kontroversi ialah bek yang sama, nama macam ubat gigi, Colgate telah melakukan kekasaran yang patutnya dapat kad. Paling lekeh kad kuning. Dia menolak Firmino degan sengaja hingga terbabas kearah penonton. Apa yang dapat takda apa-apa, malah dengar kata Firmino plak nak kena dakwa sebab makian perkauman.

Separuh kedua bermula nak lebih sama dengan separuh pertama. Bahagian pertahanan memang stabil sebab penyerang solo Everton macam tak tahu wujud ke tidak. Cuma dari segi kualiti serangan, kita punyai peluang lebih gempak. Gomez patut bola tanduk buat gol. Lana dapat peluang dari larian solo tetapi kantoi depan berdepan dengan goli. Roberton rembat ditepis oleh goli. serta Van Dijk tanduk tepat ke goli. Ceritanya goli Everton memang baguih dok ada berbanding goli kita yang memang tak berapa boleh harap.

Liverpool kalau tak bolos memang tak sah. Mungkin sebab taktikal kita sama. Liverpool dapat sepakan penjuru tetapi kantoi bila Everton dapat menyerang balas. Hanya Milner kat bawah mengejar Lookman Tetapi insiden awal Bolasie tepis muka Matip patut kesalahan tetapi pengadil tak nampak. Namun apakan daya pemain dah turun bawah, namun Jagielka melepaskan bola kepada pemain termahal Everton, dan Sigurdson melepaskan sepakan leret dan mengelirukan Karius yang terpinga-pinga sekadar berdiri dan sekadar memerhati bola masuk kegawang dan pelawat berpesta macam bagai nak rak, macam dapat 3-4 biji padahal sekadar seri 1-1.

Liverpool sekarang bukan mental koyak seperti awal musim. Takkan tak perasan beberapa perlawanan lepas. Kita selalu dapat jaringan lewat perlawanan. Burnley sama. Leicester pun sama. Jadi siarang ulangan dengan Everton dilakukan hasil sepakan penjuru, dijaringkan oleh bek termahal dunia dalam penampilan sulung, dengan tandukan padu. Liverpool menjaringkan gol kemenangan dan yang paling mahal ialah kita berjaya ubah nasib kena gol lewat sebab berjaya kekalkan momentum dengan menyerang bertubi-tubi dan tak kasi lawan nak bangkit kembali.

Jan 4, 2018

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Mungkin ramai nak tengok Van Dijk turun lawan jiran sebelah rumah, Everton nanti. Abam rasa agak sukar sebab Van Dijk baru masuk 2 hari berlatih, dan Klopp nak beliau betul-betul pemain itu cergas fizikal dan faham taktikal kita. Setakat ini prestasi Lovren-Klavan-Matip ditahap memberangsangkan, mungkin bukan waktu terdekat Van Dijk nak turun terus, dia kena juga buktikan dia boleh tapau mereka bertiga.

Setakat sekarang Piala FA sasaran realistik. Nak harap Liga mungkin misi mustahil, dek kerana prestasi City yang menakjubkan. Liga Juara-Juara pun baru kali ni main takkan nak buat kejutan ala 2005. Untuk halangan pertama, perlawanan agak sukar sebab pusingan ke-3 dah layan pasukan Liga Perdana. Mungkin kita senasib City yang bakal jumpa Burnley. Setan jumpa pasukan Derby cap Kambing, manakala Asenal lawan Forest serta Chelsea ketemu Norwich.

Karius
Trent Matip Klavan Robertson
Milner Emre Lana
Mane Firmino Ox

Sebelum ni dalam perlawanan Liga kita hanya mampu seri. Padahal ikutnya 3 mata senang-senang dapat jika penyudah tajam dan penyerang tak tamak haloba, serta Lovren tak gopoh. Apa yang abam nampak pemain kita mungkin pandang lekeh Everton ketika itu sebab prestasi mereka masa Koeman memang ketahian. Jadi sebab itulah abam harap Klopp kena pastikan anak buah tak buat perangai macam perlawanan liga tempohari. Biar resmi padi tunduk tapi berisi.

Jan 2, 2018

LIGA PERDANA : BURNLEY 1-2 LIVERPOOL


Klopp tahu dia kena menang. Tapi dia juga kena simpan pemain taknak kasi penat dan gilirkan pemain cergas yang dok tunggu peluang nak tunjuk kebolehan. Sebab tu kita tengok barisan yang diturumkan tanpa geng serangan terbaik dan pertahanan lebih kepada bertahan rapat. Klopp dah dapat pengajaran main dengan pasukan degil. Dia kena pastikan Burnley tak ambil kesempatan kelonggaran kat bawah sebab nak pulun menyerang.

Taktik Burnley memang menyakitkan hati tengok. Diorang gunakan penyerang sado untuk bergusti dengan Lovren dan Klavan. Tapi lega tengok Duo kita tu tak gelabah hadap serangan fizikal dan diudara. Malah taktikal Kloop 4231 sesuai dengan kualiti pemain. Cuma nak harap serangan tak semabeles barisan yang main sebelum ni. Solanke masih belum kuasai seni penyerang tunggal. Tandukan flik dan menyimpan bola tak sekemas Origi dulu.

Apapun fungsi pemain tengah yang proaktif memang kasi Burnley tentangan sengit. Emre, Gini dan Lana tutup ruang dan putuskan bekalan hantaran kepada penyerang kot tengah. Sebab tu Burnley banyak main kot tepi. Itupun sekadar buat hantaran lencong jauh tinggi konon2 pasukan kita masih bengap bertahan bila tinggi. Tetapi itulah kadangkala serangan mereka walapun tersasar boleh kasi cemas dan tegak bulu roma kita. Separuh pertama tamat dengan Burnley dapat apa yang mereka hajati tanpa bolos dari pelawat.

Separuh kedua Liverpool nampak nak cuba buat sesuatu dari serangan. Tetapi cuaca sama macam separuh pertama licin akibat hujan masih turun. Namun Ox muncul hero bila gerakan beliau dari tengah menyusup dari kawasan kita melepasi pemain tengah Burnley dan melorongkan kepada Trent Arnold yang dah bersedia buat larian keatas. Hantaran lintang beliau tak bahaya mulanya tetapi terbias bek lawan dan sampai kepada anak Pak Imam. Mane tanpa prejudis menadah kaki dan dengan pusingan 180 merembat melepasi goli Burnley yang cukup kebal sebelum ni. Liverpool didepan 1-0.

Dalam mendahului, kita masih tak selesa sebab Burnley tak nampak nak mengalah. Mereka pula cuba nak cari gol penyamaan dengan memasukkan penyerang  tambahan. Namun apa yang mereka hajati hasil kerja keras menghasilkan kekecewan buat kita. Liverpool bolos bila satu hantaran lencong gagal ditandingi oleh Klavan dan lebih mengecewakan Gomez sekadar jadi pemerhati bola melepasi beliau tanpa apa2 tindakan susulan. Nah padahnya Gudmondsen meluru dan menanduk masuk gol penyamaan Burnkey. Kita tahu sekian lama kita terlepas tetapi hukuman akan sampai jika tak fokus dihujung2 perlawanan.

Dihujung perlawanan camni bila dah nampak peluang makin tipis mood kita pon macam dah redha sekadar seri. Namun apa yang berlaku lain dari kebiasaan. Pemain kita tak putus asa mengasak Burnley. Hasilnya dari sepakan percuma, semua pemain berkumpul dikawsan penalti Burnley. Bola hantaran Lana tak silap mencari Lovren yang menanduk kearah penjuru pintu gol menewaskan bek dan goli lawan, namun Klavan mengesahkan jaringan bagi pastikan pemain lawan tak dapat menyelamatkan situasi.  Liverpool berjaya pulang dengan 3 mata dan berada dalam kelompok terbaik walaupun masih belum selesa lagi ditangga ke-4.


Jan 1, 2018

LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL


Maaf semua terpaksa cuti bersiaran untuk persiapan persekolahan anak-anak. Walaupun begitu bro Awang Trasher sempat juga kemaskini untuk perlawanan dengan Musang. Sejak blog ni menyepi , Liverpool melakukan perpindahan paling mahal bagi pertahanan dalam dunia dengan beli Van Dijk dari Soton. Kita peminat Liverpool tak terkejut dengan berita ni. Tapi peminat lain yang lebih-lebih kan.

Sekarang nak dapat pemain hebat tak susah jika ada dana besar. Namun duit sahaja tak cukup. Pasal apa tak cukup. Tengok kes Keita dan van Dijk sendiri. Keita sanggup tolak ke Barca dan Van Dijk taknak ke City demi nak bersama Klopp. Sebab apa abam kata sebab Klopp, bukan semestinya Liverpool,  kerna zaman Brendan dulu, bukan tadak duit tapi bintang ternama dan pemain yang ada potensi tak hingin nak datang Liverpool sebab Brendan. Kes Sanchez yang melencong ke Arsenal bagi contoh.

Pembelian Van Dijk mungkin nampak mahal dan harga melampau. Tetapi itulah hakikat bahawa nak pemain terbaik perlu harga juga melampau-lampau. Zaman nak dapat pemain berbaloi macam Hyppia dah berlalu. Segenap penjuru dunia dah ada pemantau bakat dari kelab besar-besar. Jadi takkan ada peluang nak dapat pemain bagus, murah yang pasukan lain terlepas pandang. Kalau nak dapat macam Klavan boleh lah dapat kat mana-mana, tetapi kebolehan sangat terbatas.

Satu lagi dari segi moralnya bagi abam Liverpool wajib beli Van Dijk tanpa kira kos. Bukan sebab apa, awal musim kita dah buat palat kat pihak Van Dijk sendiri dengan cara bodoh pergi bertemu Van Dijk tanpa kebenaran kelab. Macam kita nak anak orang, pergi bertunang sarung cincin macam cerita Mat Salleh senyap-senyap tak bagitahu makbapak. Dah kantoi, sapa yang tak marahkan. Dah tu pula, kena gertak terus tak jadi nak ambil.

Berbalik dengan perlawanan dengan Burnley esok malam. Setiap musim Liverpool akan cipta satu pasukan badi. Musim lepas Leicester City. Dan badi itu dah berpindah dan sekarang Burnley dah ambil alih. Burnley mungin tak sehebat pasukan Leicester yang menang liga, tetapi mungkin sedikit kurang sahaja sebab pemain mereka langsung tak terkenal. Apa yang mereka mampu buat ialah tiru corak agresif dan lasak Leicester dan nah sekarang mereka bersaing dengan pasukan kelompok kejar slot Liga Juara-Juara.


Karius
Trent Matip Klavan Robertson
Ox Emre Gandum 
Mane Firmino Coutinho

Klopp mungkin terpaksa buat penggiliran sebab sela masa dari perlawanan dengan Leicseter tak sampia 2 hari. Tambahan plak ada berita Mat Salah adalah salah seorang pemain yang cedera dalam perlawanan lepas. Jadi Klopp mungkin akan rehatkan Salah dan tolak Coutinho kat Sayap kiri serta tempat kat tengah diambil Ox. Mat Gigi Gandum akan masuk ganti Milner sebab mustahil Klopp nak simpan Emre yang main tengah bertahan ganti Kapten Hendo.

Abam tengok kesilapan Matip memang punca gol pembukaan Leicester, sebab dia pergi buat hantaran kepada Emre. Pasukan kita terlalu suka nak main hantaran pendek dekat kawasan sendiri dalam situasi bahaya. Itulah nak salahkan Matip tak boleh juga dan begitu Emre yang kurang bersedia terima bola padahal dia pelindung untuk pertahanan. Ini kerana pasukan kita dah main cara camtu berjaya beratus-ratus kali dah dan hanya kantoi sekali. Memang nasib tak baik.

Sebab itulah kita tengok walaupun dah bolos tetap Matip tak panik nak buat hantaran camtu lagi, cuma pengajaran yang diambil beliau akan lebih berhati-hati dan fokus. Tenyata sampai habis perlawanan Leicester hanya dapat sebiji tu saja. Sebab itu abam tak rasa Matip bakal kena simpan jika Klopp nak guna Lovren untuk perlawanan lawan Burnley nanti. Namun jika ikut merit Klavan dah Ok cuma dia sekadar pemain simpanan tetap jika semua pemain utama cergas.

Burnley mungkin akan gunakan kesempatan main digelangang sendiri nak tunjuk lagak. Abam rasa jika Burnley main sebaik mana pun , mereka setakat harap seri. Apa yang menaikkan pasukan mereka kekedudukan sekarang ialah mereka sendiri jarang buat kesilapan bodoh, dan ambil peluang bila lawan main bodoh. Jadi perhatian rasanya bukan kepada serangan sangat. Burnley akan main padat susun bas dan serang balas. Jadi pertahanan kita akan tentukan samad 3 mata berharga akan dibawa pulang nanti.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails