Showing posts with label premeir league. Show all posts
Showing posts with label premeir league. Show all posts
Mar 29, 2013
LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA
Ingat lagi bagaimana Aston Villa mengamuk di Anfield. Sukar untuk dilupakan perlawanan malam itu. Villa hanya memerlukan Benteke untuk melingkupkan pertahanan Liverpool yang penuh kealpaan. Itu sebabnya saya rasa pertembungan kali ke-2 di Villa Park bakal mengorek luka yang baru terguris di tangan Southampton. Walaupun kita memang main terbaek malam itu dengan menguasai permainan dengan hantaran kemas, cantik dan mengghairahkan, namun Villa nampak lebih macho serta konfiden, sekali serang dapat gol, sekali serang bocor lagi gol kita dan boleh kira berapa kalis aja serangan yang mereka lakukan untuk menghasilkan sampai 3 gol.
Saya yakin dengan keupayaan Liverpool dari segi kehebatan penyerang, corak permainan dan semnagat untuk menang. Tapi itu belum cukup untuk bertempur dengan pasukan yang sedang berada dalam situasi terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran. Macam Soton tempohari, Villa pastinya akan bermain dengan 110% keupayaan. Apa yang penting ialah konsentrasi sepanjang perlawanan dan jangan padang hina kepada kelab bawahan. Jangan risau walaupun Villa ada rekod cemerlang di Anfield tetapi pasukan mereka banyak kelemahan berbanding keupayaan. Untuk memanipulasi kelemahan Villa, pasukan kita juga perlukan gol awal kerana kebelakangan ini jika kita dapat gol awal, maka alamat kena bahamlah pasukan itu.
Siapa bermain itu hak Brendan, dia tahu apa yang dia buat dan bertanggungjawab untuk segalanya. tetapi bagi saya yang terpaling penting Suarez paling perlu direhatkan, paling tidak simpan dulu sebagai pemain impak. Itu opsyen sahaja kerana jika Brendan tak kisah risiko kecederaan dan kepenatan untuk mengejar tempat ke Eropah, Suarez terpaksa turun juga bergandingan dengan Sturridge. Berita gembira adalah kembalinya Carragher dan Reina tetapi berita sedih kepada Skrtel dan Jones yang mungkin akan kembali ke takhta bangku simpanan yang memang layak untuk mereka. Kesebelasan utama lain boleh dijangka dengan Downing, Coutinho, Lucas, Gerrard, Agger, Johnson dan Enrique menjadi pilihan.
Sebagaimana pun berhati-hati pasukan kita untuk mengelak keputusan lalu berulang, saya masih yakin pasukan kita bakal menjinakkan Villa. Ini bukan kerana saya mendapat sesuatu alamat dari mimpi tetapi perasaan yakin dan konfiden datang tiba-tiba. Mungkin keadaan awal musim dah tak sama dengan sekarang. Villa lebih terdesak dan mereka pasti akan bermain gopoh dan terlalu nak menang. Lagipun pasukan yang majoriti anak muda dalam kesebelasan utama masih banyak kekurangan dari segi menyerap tekanan, tak seperti awal musim yang mereka lebih tenang dan rileks. Jadi saya rasa paling koman kita boleh menang 2-1 dan masih membuka peluang maju ke pentas Eropah. Anda bagaimana? Teka jangan tak teka.
Nov 12, 2012
LIVERPOOL 1-1 CHELSEA
Kan saya dah cakap, takda sesiapa yang mampu keluarkan Liverpool dari situasi merbahaya selain Wirawan bergigi Arnab. Walaupun tak bagi kejutan dengan kemenangan tapi seri dengan Chelsea dengan permainan berterabur boleh dikatakan ada kemajuan juga. Cuma yang ralat ialah taktikal 3-5-2 yang digunakan macam tak seimbang kerana bahagian tengah kita tak nampak lembik dan tak terurus. Tetapi bahagian sayap nampak kemas dan rapi terutamanya disebelah kiri yang dirempit oleh Enrique.
Trio Allen-Gerrard-Sahin bernasib baik kerana pemain tengah Chelsea tak buat gila dan acapkali tak ambil peluang untuk melingkupkan pasukan kita yang tebarai juga dengan ketiadaan Skrtel. Namun Carragher juga taklah hampeh sangat, walaupun gol yang dibolosi oleh Terry, adalah penyakit biasa unit pertahanan kita. Jones tak membantu pada awalnya namun selepas gol pendahuluan Chelsea, dia dah nampak makin mantap dan menyelamatkan percubaan merbahaya serangan Chelsea.
Kalau Sterling dengar kata bisikan Syaitan yang dikenali yakni ejen 20 persen, masih mahukan kontrak 50k seminggu dia boleh berambus dari Anfield. bukan sebab budak-budak tak boleh pegang duit banyak, tapi Sterling masih perlu membuktikan beliau layak dan boleh diharapkan macam Suarez. Tengok macam Suso, walaupun hanya masuk sekadar 1/2 jam malam tadi tapi dia ubah permainan Liverpool 360 darjah. Terus bahagian tengah Chelsea nampak cuak dan sedikit gelabah. budak macam Suso ini walaupun main bagus tapi tak pernah nak minta bukan-bukan dan masih sedar diri.
Saya sikit khuatir dengan perkembangan Sahin. Yalah walaupun sekadar dipinjaman dan masih milik Real Madrid, namun buat masakini Sahin masih belum dapat mengembalikan jati diri beliau seperti sebelum ini di Bundesliga. Memang EPL adalah ibarat kampung baru dan budaya baru bagi beliau, tapi mungkin silap kita juga berfantasi yang Sahin mampu buat macam-macam. Sebab itulah kita tengok Shelvey dan Suso silap haribulan jadi pilihan utama dan Sahin akan terbuang. Itu belum lagi kembalinya Lucas dari cuti sakit.
Keseluruhan perlawanan mungkin kita masih belum mencapai tahap diinginkan. Tapi petanda terbaik kemajuan kita ialah mampu bangkit dari ketinggalan gol. Semangat macam ni lah yang kita mahukan. Pasukan kita pun ibarat macam Pokok Durian, lama-lama besok apa yang ditanam akan dapat tuaian yang baik jika kena dengan penjagaan dan baja yang sesuai. Cuma kena sabar kalau hasil musim pertama dapat durian mangkaq atau masam sebab musim ini Tuan Tanah tak cukup duit nak beli baja mahal dan berkualiti. Kena sabar sampai tengah musim ini tengok kalau ada modal.
Sep 1, 2012
LIVERPOOL LAWAN ARSENAL
Oleh kerana Arsenal dah hilang RVP ke Man U, seakan meriam mereka dah jadi meriam buluh, bukan meriam Armada Kapal laut lagi. Oleh itu kehadiran anak buah Wenger ke Anfield tanpa RVP, dah tak berapa nak sempoi macam zaman dulu. Walaupun begitu pasukan kita juga kena beringat yang Arsenal masih pasukan yang kita payah menang tak kira di Emirates atau Anfield.
Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Allen Sahin
Gerrard
Borini Suarez Sterling
Dengan kesebelasan seperti diatas Arsenal boleh makan kuah macam Man City minggu lepas. Sahin ganti Lucas memang sesuai dan Kembalikan Johnson ke kanan kerana Enrique dengar kata dah cergas. Tapi kalau beliau masih 50-50 saya rasa Downing lebih cun dari letak johnson dikiri dan Kelly dikanan.
Saya rasa kemenangan sulung akan berhasil tak kiralah menang tipis atau makan besar. Tapi segalanya bergantung kepada 2 perkara. Penyudah mantap untuk sumbat gol dan hadiah gol percuma kepada lawan. Kalau dua perkara itu boleh diperbaiki maka permainan cantik sebelum pasti lebih molek dan mantap.
Apr 29, 2012
LIVERPOOL 3-0 NORWICH

Kemenangan dah dijangka. Sebab Sang Kenari dah selesa untuk bersarang di Liga Perdana musim depan.Gol-gol Suarez amat terbaik walaupun dengan sedikit bantuan pemain Norwich sendiri. Namun gol ketiga boleh dianggap pencabar untuk gol terbaik EPL musim ini. Apa pun saya rasa barisan ini tolak Carragher mungkin akan menjadi barisan untuk lawan Chelsea selepas kita lawan Fulham selasa ini.
Mai layan gol2 Abam Suarez
Luis Suarez Amazing Hat-trick by TenMillionSlaves
Apr 11, 2012
LIVERPOOL 3-2 BLACKBURN
Dalam pada keseronokan mendahului dengan 2 gol awal insiden kad merah Doni membuatkan semua tergamam. Apalah celaka setelah peminat meresakan bahagia sepanjang awal permainan. Kemasukan Jones memberikan impak serta merta dengan menyelamatkan penalti Yakubu. Tapi Yakubu ternyata duri dalam daging buat kita dengan menjaringkan gol tandukan. Saya tergamam dan agak panik adakah Blackburn akan mengejar dan memalukan kita.
Tak pasal-pasal Jones telah membuat lawak sarkas bila bola sepakan beliau terkena Yakubu dan melantun tinggi balik kearahnya. Tapi yang badutnya dia tercicir untuk menangkap kemas dan terpaksa menolak Yakubu. Nasib baik pengadil agak baik hati sekadar penalti dan kad kuning kepada Jones. Yakubu memberikan mata kepada pemain Football Fantasy dengan gol penyamaan. 2-2, keadaan jadi lebih panik kerana bermain 10 orang, misi mustahil kita nampak makin mustahil.
Pada kala harapan dah macam tak ada. Carroll menggamatkan Ewood Park dengan tandukan kemenangan buat kita. Inilah perlawanan sangat dramatik bagi saya dan akhirnya tuah menyebelahi kita. Walaupun kesebelasan utama kita bukan pemain utama namun prestasi mereka amat mengkagumkan. Jadi fokus kita untuk perlawanan Piala FA tidak terjejas dan kemenangan ini jadi suntikan moral untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan seterusnya.
Apr 8, 2012
LIVERPOOL 1-1 ASTON VILLA
Walaupun penyakit lama masih belum dapat penawar iaitu penyudah, tapi mentaliti pemain dah
banyak berubah. Gol pemain Villa hanya nasib sahaja, kalau Doni main dari awal musim pasti dia akan terbang dan tangkap bola sebelah tangan macam cerita Shaolin Soccer. Apa boleh buat itu bukan kesilapan mutlak dia tapi kesalahan berpasukan. Lagipun dia masih berkarat dan bolos sebiji tapi tak tewas boleh dikatakan permulaan yang baik.
Henderson memang ada potensi tapi jangan tengok tanda harga. Dia dan Shelvey bakal menjadi pemain utama, tapi bukan diposisi kanan atau kiri tapi ditengah. Flanagan makin menyerlah namun dia dan Kelly bakal merebut posisi utama jika Johnson jadi ke Real Madrid. Angan-angan nak ke AS Roma membuatkan Kuyt hilang konsentrasi untuk jaringkan gol tapi dia tetap rajin itu sahaja. Kapteng Gerarrd nampak agak kalut dan kalau dia lebih tenteram permainan mungkin lebih teratur.
Nasib baiklah Suarez dapat menjadikan kedudukan seri itupun setelah banyak kali mencuba. Kalau tak berputih mata lagi. Saya nampak Suarez dah jadi sasaran pemain lawan kerana mereka akan membuli beliau dan pengadil kenyit mata suruh jalan. Malahan bola rempuhan dari bek Villa bukannya jatuhan badan dari beliau, namun pengadil buat tak nampak. Tak apalah lagipun pengadil memang tak berapa suka Suarez sejak krisis Evra-gate lagi.
Seri adalah sedikit kecewa tapi lebih baik dari bungkus terus. Banyak benda positif yang dilakukan pemain dan taktikal Kenny nampak agak teratur dan pertukaran saja kurang menyenangkan kerana saya harap Maxi yang masuk ganti Downing bukannya Carroll. Kerana pada keadaan genting sebegitu Maxi boleh jadi macam toyol yang akan muncul tiba-tiba pada situasi terbaik pada masa yang tepat untuk melakukan penyudah atau mencari peluang buat gol. Namun biasalah manusia hanya merancang dan berusaha, nasib Tuhan tentukan.
Apr 6, 2012
LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA
Masa sebelum ini pasukan yang datang ke Anfield akan cuba main untuk seri. Tapi semenjak dua mereka dah tak hiraukan sangat kerana nampak pasukan kita tak sehebat dulu. Malah kita tengok mereka main macam kat tempat sendiri dengan penuh eksyen. Peminat mana tak tensen bila keadaan terbalik macam ni. Kalau kalah kat tempat lawan boleh dimaafkan lagi tapi di Anfield pun dimalukan sedemikian rupa maka banyak suara sumbang akan kedengaran.
Saya dah tak peduli benda yang lepas. Lantaklah yang penting mahu cepat habiskan saja musim ini. Kalau boleh kekalkan no.6 dah kira baguslah tapi no. 9 sekalipun apa nak buat, mungkin nasib tak menyebelahi. Cuma harap lawan Villa besok biar skuad kita main sungguh-sungguh walaupun apa terjadi. Rekod lawan yang cikai jangan diambil mudah, sebab kita pun serupa 2x5. Cuma kelebihan tuan rumah ada sikit lebih dari pelawat itu saja.
Saya teringin nak tengok pemain muda macam Sterling dan Coates dalam skuad utama. Walaupun musim depan peluang mereka pasti lebih cerah, tapi tak salah beri pengalaman walaupun agak berisiko. Macam Owen dan Gerrard dulu naik. Siapa tahu, bila diberi peluang sekali sekala tak sangka permulaan itulah adalah langkah pertama untuk mereka menjadi pemain hebat. Pemain macam Flanagan saya rasa tak ada masalah kerana dia hampir pasti dalam kesebelasan utama.
Akhir sekali saya harap Doni jangan ambil hati kerana tak terpilih selama ini akibat pilih kasih pengurus terhadap Reina. Kalau Doni boleh buktikan sesuatu nanti mungkin dia berjaya habiskan 90 minit tanpa bolos, pasti Pepe akan gelabah cicak dan tersedar yang dia juga perlu bekerja lebih keras. Namun dengan rekod kebolosan yang sebelum ini dah boleh dibendung lagi kerana kerapuhan bek kita ianya adalah tugasan luar biasa bagi goli yang belum lagi merasai sepak terajang EPL. Selamat berjaya Doni.
Mar 23, 2012
LIVERPOOL LAWAN WIGAN
Masih hangat lagi perdebatan dalam komentar blog ini. Bagus ini maknanya peminat Liverpool bukan macam peminat jadian Man U, Arsenal, Chelsea atau QPR. Budaya pemikiran kritis adalah salah satu aspek betapa peminat Liverpool amat serius dalam memperkatakan perihal bolasepak. Kalah, Menang atau Seri pasukan kita tetap peminat setia, tiada siapa boleh pertikai samada anda peminat yang pakai jersi ori dari Liverpool Store mahupun marhaen yang beli jersi siam kat pasar malam. Bolasepak adalah sukan golongan kelas pekerja, jadi ianya adalah aspek sosialisma masyarakat dan ianya lebih manafaat dari kita dok cerita gosip artis kawin, cerai dan lain-lain benda lagho.
Sebelum kita teruskan kepada perlawanan akan datang, kisah silam dilupa jangan. Bila memang jadikan inspirasi, tapi kalau dah kalah kena siasat tengok apa yang tak kena. Lama dah dok perhati tapi malas nak cakap sebelum ini kerana setiap pemain ada hari malang mereka. Macam falsafah bolasepak "Kelas tetap kekal prestasi hanya sementara". Kita boleh tuduh pemain ini hampeh, pemain tu haprak. Tapi kisah belakang tabir hanya segelintir sahaja peminat, blogger mahupun wartawan yang tahu apa yang jadi masa latihan di Melwood. Saya pun bukan ada sumber dalaman tapi penilaian saya adalah melalui pembacaan serta pengalaman sendiri dalam mengikuti pasukan kesayangan saya ini selama hampir 18 tahun. Ya 18 tahun penuh dengan cerita sedih lebih dari cerita seronok yang datang sekali sekala.
Ok teruskan kepada perlawanan lawan Wigan. Saya takut dah nak buat andaian optimis kerana ada sesetengah peminat yang tersinggung dengan cara saya angkat pasukan pada setiap entri pra-perlawanan. Memanglah, acapkali nak lawan mesti kita ingat pasukan kita sempoi sangat boleh taram pasukan ini pasukan itu, padahal banyak juga kelemahan diri yang belum dinilai untuk buat perbandingan. Bagi semua pasukan Wigan, memang mereka dah nampak lubang nak jatuh ke Liga Kejuaraan dah tak boleh nak elak, namun depa mesti cari jalan nak elak dan kalau boleh nak berpaut tepi lubang sampai habis musim dan lawan tetap lawan. Jadi mereka akan main macam Singa yang luka, dan harap nasib akan menyebelahi kerja keras mereka.
Macam pendapat pengkomen dalam entri sebelum ini, pemain kita akan cemas ketika lawan ambil sepakan sudut. Zaman Rafa ramai kritik pasal sistem jaga zon ketika sepakan sudut, namun hanya sedikit sahaja gol lobos dari situasi itu. Tapi masa Kenny sistem lama dipakai malah lebih teruk pula. Apa yang saya nampak ialah pemain yang mempunyai mentaliti pertahanan ala Lucas perlu lebih dari seorang dalam kesebelasan utama. Nampak sangat dalam keadaan tertekan bila lawan melimpahi kawasan kubu kita, tak ada pemain yang cepat-cepat turun mematahkan serangan lawan, lebih-lebih lagi bola lambung. Trio Gerrard-Henderson-Spearing amat terdedah apabila lawan tukar strategi main mod serangan udara. Jadi lawan Wigan nanti aspek ini jangan diabaikan, kalau tak padah akibatnya.
Untuk itu saya nak biar kita main teruk tapi dapat mata penuh dari main cantik tapi habuk pun takda. Dah tak sampai 9 perlawanan lagi untuk perlawanan liga. Setiap mata adalah lebih berharga untuk elak dipintas oleh pasukan bawah. Kemenangan dengan Wigan sangat perlu tambah-tambah pula lawan kat Anfield. Feberet atau tidak Wigan tak akan bagi pasukan kita memang tanpa bekerja keras. Jadi saya harap biar lah menang 1-0 sampai habis perlawanan, dari mendahului 2-0 tapi lemah syahwat diminit akhir. #YNWA
Mar 22, 2012
LIVERPOOL 2-3 QPR
Apa dah jadi? Tak sampai 13 minit gah dengan 2-0 dihadapan boleh kena hambat 3-2. Memang memalukan kekalahan ini. Optimis peminat dihampakan oleh pemain. Entah apa malang dengan taktikal Kenny serba tak jadi. Saya bukan tahu sangat bab taktikal bolasepak tapi ada tak kena dengan taktik Kenny. Kadang mengena tapi banyak kali menyeleweng. Kesilapan bukan berpunca dari dalam padang sahaja, tapi dari pemulaan musim dari mula beli pemain hinggalah 90 minit wisel berakhir pagi tadi.
Posisi ke-7 belum tentu selamat kerana Swansea dah kian merapati. Seram bulu ketiak tengok permainan anak buah Brendan Rodgers main. Oleh kerana dah terlepas keretapi untuk kedestinasi Liga Juara-Juara, Piala FA adalah sasaran wajib. Tak mahu nak ulas banyak kerana hati masih panas.
Mar 20, 2012
LIVERPOOL LAWAN QPR
Walaupun pemilik QPR seorang warga Malaysia, saya tetap tak bangga dengan situasi ini. Macam yang saya bebel sebelum ini adalah lebih afdal jika Tony membangunkan bolasepak tempatan dengan beri penajaan penuh kepada FAM atau buat kelab Tony Ferdy Ranger di Liga M siapa pun tak kisah. Namun mesti orang cakap duit dia lantak dialah. Namun anda silap, kalau jadi apa-apa kat Air Asia, konpem duit rakyat dari Khazanah Nasional kan digunakan untuk "bailout" Air-Asia yang MAS ada saham dalamnya. Pencerahan ini bukan nak cakap menyentuh hal politik tapi hal konsumerisme.
Menurut rekod sebelum ini QPR sejak djaman 90an lagi tak pernah menang dengan kita. Adalah kot sekali seri, itupun saja nak kasi muka. Musim ini dibawah pemilik hensem ala Amita Bachan, saya tengok ada juga pelaburan pembelian pemain yang kool. Misalnya membeli budak liar Barton. Beli rijek Liverpool, Djibril Cisse dan City, SWP. Beli macam-macamlah pemain yang nampak gempak tapi haprak. Sebelum ini jasa Warnock menaikkan QPR ke Liga Perdana tak dipandang langsung, padahal tak silap saya Warnock memang pakar menaikkan kelab dari Liga Kejuaraan ke Liga Perdana. Mungkin hanya itulah kepakaran Warnock yang lain dia tak reti sebab tu digantikan dengan Mark Hughes.
Prestasi pasukan kita sedang dalam era kebangkitan. Ini disebabkan Kenny mungkin tersedar dengan situasi dan keperluan pasukan, bukannya ego sendiri. Ego beliau sebelum ini adalah bagi peluang kepada Adam yang memang tak masyuk dengan corak permainan dengan tempo pantas dan menekan lawan bila bola tiada dikaki. Tengok, bila gantikan Spearing dengan Adam, semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancangkan semua menjadi. Trio serangan Gerrard-Suarez-Carroll makin lama-makin nampak macam dah klik. Malah Downing kian teransang untuk jadi Downing di Villa. Cuma leceh disebelah kanan sahaja tiada calon konsisten. Barisan bek, Kelly-Skrtel-Carragher dan Enrique kian mantap dan kejap.
Kesebelasan Liverpool menentang QPR belum diketahui sebab pihak perubatan Liverpool masih belum dapat memastikan samada Suarez dan Kelly bersedia untuk diturunkan esok. Kedua-dua mereka mendapat saguhati dari pemain Stoke yang memang mengamalkan motto "Tak dapat ambil bola kita ambil kaki". Jadi calon bidan terjun ialah Kuyt ganti Suarez dan Flanagan ganti Kelly. Namun letaklah sesiapa pun kecuali Adam, Liverpool pasti akan mendapat 3 mata kerana kontras antara prestasi terbaik kita dan prestasi flip-flop QPR kebelakangan ini. Cakap banyak tak guna, kalau Suarez main konpom 4-0 tapi kalau dia tak main menang 2-0 pun jadilah.
Mar 14, 2012
LIVERPOOL 3-0 EVERTON
Tanpa Adam, tengok macamana Liverpool mengamok. Permainan lebih pantas dan dinamik. Bila mengasak dan diasak nampak lebih mesra pelanggan . Tak hairanlah jika boleh dominasi perlawanan dari awal hingga wisel terakhir dibunyikan. Kesefahaman setiap pemain nampak lebih mesra dan mantap. Ditambah pula dengan resepi taktik yang berubah 360 darjah dari perlawanan ngeri lawan Sunderland. Memang nampak kelainan betul dan ianya adalah reaksi positif dari keputusan terdahulu.
Dua gol dari Abam Kapten Gerard, sempena sambutan ke 400 perlawanan beliau bersama Liverpool. Gol pertama memang kelas A punya gol. Gol santai bersahaja dari luar kotak setelah Kelly merembat dan bola mari kearah Gerard untuk Kapten kita melakukan apa yang penyerang tak mampu lakukan, masukkan bola kedalam jaring. Gol kedua kredit kepada Suarez, setelah dia penat lelah menganjing pemain Everton dengan senang hati membiarkan Kapten Gerrard melakukan penyudah. Gol terakhir adalah hadiah Suarez kepada Gerarrd untuk menjaringkan Hatrik.
Patut-patut Suarez dan Carroll boleh sumbat gol peribadi tapi masing-masing tak berapa tajam. Malah Suarez nampak lebih murah hati untuk kebahagian Kapten kita. Keserasian kedua penyerang nampak lebih mesra. Malah acapkali Carroll melakukan hantaran cantik untuk Suarez dan saya harap ianya akan lebih mekar selepas ini. Spearing lebih selesa bersama Gerard berbanding Adam. Kalau main dengan Adam ibarat serang ramai-ramai bertahan sorang-sorang. Oleh itu rombakan ini adalah terbaik dan semua setuju bahawa tanpa Adam perlawanan lebih lancar. Pemain Sayap agak tengelam namun mereka terpaksa menghadapi bek sisi Everton yang lebih bertahan dari menyerang.
Pertahanan Liverpool dengan kemasukan Carragher nampak lebih kemas. Saya nampak Carragher memang sesuai dalam perlawanan kejiranan ini. Pertamanya dia nak mengejek sepupu sepapat dia yang sokong baju biru dan keduanya dia memang akan main cantik bila lawan Everton. Skrtel macam biasa kool dan tak biarkan Carra keseorang menghadapi penyrang Everton yang tak berapa licik. Tapi pemain bek sisi kita nampak lebih menonjol terutamanya Kelly yang hampir-hampir menjaringkan gol keduanya musim ini. Masa depan Kelly memang cerah dan slot kanan milik Johnson bukan sahaja di Anfield nampak tergugat malah dalam skuad kebangsaan juga.
Jadi tahniah kepada semua pemain dan staf kejurulatihan. Kemenangan ini akan jadi pemangkin semnagat untuk terus bangkit dari tidur. Dah tak banyak perlawanan dah selepas ini, peluang nak ke Liga Juara-Juara tak macam mampu nak kejar. Tapi kalau boleh kita semua nak perbaiki kedudukan liga itu yang penting. Mula-mula potong Newcastle, pastu Chelsea dan kalau ada rezeki Arsenal main taik tewas banyak perlawanan, tempat ke-4 pon boleh disebat. Tak salah bermimpi namun realitinya musim ini pasukan kita dalam sesi suai kenal dan mencari kesefahaman. Contoh macam kahwin bini yang mak cari, mesti sebulan dua masih gugup nak rapat tapi lama-lama baru dapat hasil. Oleh itu kita nak yang terbaik dan fokus selepas ini adalah MENANG, MENANG dan MENANG lagi. # YNWA.
Mar 12, 2012
LIVERPOOL LAWAN EVERTON
Ramai kecewa dengan prestasi pasukan kebelakangan ini. Tewas 3 perlawanan berturut-turut amat menyakitkan hati. Pada perlawanan Man U dan Arsenal, pasukan kita main baik tapi tetap kalah. Itu boleh diterima akal kerana kita lawan pasukan yang lebih mantop dan punyai kualiti disetiap posisi. Namun tewas kepada pasukan cipan macam Sunderland dan permainan pula sangat teruk memang membuatkan ramai peminat tertanya-tanya mengapa ianya terjadi. Adakah pemain dah puashati sekadar julang Piala Liga atau mereka main terlalu konfiden dengan Sunderland.
Bertemu Everton di Goodison Park amat mendebarkan. Apa tidaknya , Toffes dan berjaya tiaw 2 pasukan tangga teratas, Chelsea dan Spurs. Bagus tak bagus permainan mereka itu cerita lain, tapi boleh menang dengan kelab elit walaupun tipis menampakkan bahawa Everton dalam prestasi terbaik mereka. Lagipun perlawanan jiran lawan jiran memang panas dan mungkin banyak insiden dan kontroversi akan terjadi. Jadi pasukan kita kena bersedia bukan sahaja pertarungan fizikal, malah mental juga kena kuat. Sebab sebelum ini tak nampak kekuatan mental pemain dan juga kesefahaman permianan berpasukan.
Hanya seorang sahaja dapat mengubah nasib pasukan, Siapa lagi bukan Dalglish. Dia perlu buat keputusan bijak tentang formasi dan juga taktikal yang tersempoi untuk hadapi pasukan lawan. Pemain macam Maxi amat diperlukan bukan sahaja kerana pengalaman tapi pemain ini punyai sentuhan ajaib dan dapat membantu kurangkan beban penyerang untuk sumbat gol. Prestasi Carragher sebelum ini hambar tapi Coates mungkin akan lebih gugup menghadapi tekanan perlawanan kejiranan, tapi saya tetap harap Coates dapat timba pengalaman pertama dengan Everton. Yang lain tiada perubahan kecuali kalau boleh taknak Adam dalam kesebelsan itu saja.
Harapnya kita main untuk menang, bukan main cantik, hantar bola sana sini tapi tak ada gol. Mungkin kali ini nasib kita tak seperti 3 perlawanan terdahulu. Mudah-mudahan pemain sedia berubah dan Kenny juga dapat kembali sentuhan keramat untuk memastikan kita pulang dari Goodison Park dengan 3 mata bukan 1 atau balik bawa telur. Keoptimisan saya tentang keputusan ini agak samar-samar, tapi saya redah yang pasukan kita akan menang 2-1, dan kali ini Suarez dan Gerrard bakal mengegar gawang The Toffees. #YNWA
Mar 9, 2012
LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND
Masihkah kita ingat awal musim ini. Begitu optimis (bongkak) pasukan kita dengan pembelian gila-gila. Konon kita dah beli penyerang hebat, pemain tengah hebat dan pemain sayap hebat. Tapi apadaya Sunderland mengajar semua yang duit bukan segalanya. Segala yang hebat sebelum ini dah jadi hampeh bila tak kena cara kendaliannya. Pasukan kita macam jatuh terduduk bilamana Sunderland berjaya ikat pasukan kita 1-1 di AnfieLd.
Pagi tadi Man U kena balun dengan Bilbao 3-2 di Old Toilet. Ada pengajarannya untuk kita. Saya nampak persamaan dengan Bilbao dan Sunderland. Mereka main tempo laju, tekan pemain lawan bila pegang bola, cantas awal sebelum lawan nak buat gerakan dan hantaran. Formula ini sangat berjaya kerana pasukan Sunderland dan Bilbao mempunyai pemain sesuai dengan taktikal sebegitu. Tapi bagi pasukan kita boleh harap atau tidak jika pemain macam Gerrard,Adam, Henderson dan Downing nak main sebegitu. Cuma Kuyt, Lucas dan Spearing mampu dengan stamina dan kecekapan mengasak dan mencantas lawan.Sebab itulah musim depan kita patut borong pemain Bilbao dan bawa balik Mikel San Jose. Tapi jangan pula nak borong pemain Sunderland sebab nak jimat, lingkup pula jadinya.
Namun saya taknak nak angkat Sunderland tinggi sangat. Kehebatan Sunderland kebelakangan ini berpunca dari pengurus yang bijak mengurus. Siapa lagi kalau bukan Si Martin O'Neill (MON). Dia sangat bagus dimana sahaja kelab dia jaga, Celtic, Leicester, Aston Villa dan kini di Sunderland. Betapa bengapnya Villa melepaskan MON dulu. Tengok apa dah jadi dengan Villa sekarang, terkial-kial selepas pemergian MON. Namun amat celaka besar jika, Chelsea ambil pengurus ini musim depan. Silap-silap peminat Chelsea boleh lupakan Mourinho kerana MON boleh beroperasi dengan bajet ciput.
Dok cerita kat tepi kain orang, apa cerita dalam boxer sendiri. Saya telepon Kenny dia bagitau yang Kapten Gerrard dan Johnson dah boleh masuk padang berlatih. Dua hari nak jadi kudis apa berlatih. Sahih diorang bakal jadi pemerhati masa lawan Kucing Itam nanti. Maka secara tak rasmi barisan yang kena tibai dengan Arsenal haritu bakal sekali lagi mempersembahkan diri mereka. Satu lagi mungkin ialah Carroll bakal masuk gantikan Kuyt atau Henderson. Bukan apa, keupayaan Carragher melakukan bola lambung akan terabai jika tiada sasaran sebenar diatas.
Maka dengan tulus ikhlas saya harap kita tak jadi macam Man U yang ditibai Bilbao. Saya nak kita biar pasukan Sunderland main kejar-kejar ayam, hambat tak dapat tangan bergelumang tahi. Kalau kena usaha dan semangat yakin boleh pantang kalah sebelum melawan tetap lawan. Saya dengan rendah diri harap kita boleh menang dengan keputusan 2-1. Tak percaya tengoklah nanti.
Pagi tadi Man U kena balun dengan Bilbao 3-2 di Old Toilet. Ada pengajarannya untuk kita. Saya nampak persamaan dengan Bilbao dan Sunderland. Mereka main tempo laju, tekan pemain lawan bila pegang bola, cantas awal sebelum lawan nak buat gerakan dan hantaran. Formula ini sangat berjaya kerana pasukan Sunderland dan Bilbao mempunyai pemain sesuai dengan taktikal sebegitu. Tapi bagi pasukan kita boleh harap atau tidak jika pemain macam Gerrard,Adam, Henderson dan Downing nak main sebegitu. Cuma Kuyt, Lucas dan Spearing mampu dengan stamina dan kecekapan mengasak dan mencantas lawan.Sebab itulah musim depan kita patut borong pemain Bilbao dan bawa balik Mikel San Jose. Tapi jangan pula nak borong pemain Sunderland sebab nak jimat, lingkup pula jadinya.
Namun saya taknak nak angkat Sunderland tinggi sangat. Kehebatan Sunderland kebelakangan ini berpunca dari pengurus yang bijak mengurus. Siapa lagi kalau bukan Si Martin O'Neill (MON). Dia sangat bagus dimana sahaja kelab dia jaga, Celtic, Leicester, Aston Villa dan kini di Sunderland. Betapa bengapnya Villa melepaskan MON dulu. Tengok apa dah jadi dengan Villa sekarang, terkial-kial selepas pemergian MON. Namun amat celaka besar jika, Chelsea ambil pengurus ini musim depan. Silap-silap peminat Chelsea boleh lupakan Mourinho kerana MON boleh beroperasi dengan bajet ciput.
Dok cerita kat tepi kain orang, apa cerita dalam boxer sendiri. Saya telepon Kenny dia bagitau yang Kapten Gerrard dan Johnson dah boleh masuk padang berlatih. Dua hari nak jadi kudis apa berlatih. Sahih diorang bakal jadi pemerhati masa lawan Kucing Itam nanti. Maka secara tak rasmi barisan yang kena tibai dengan Arsenal haritu bakal sekali lagi mempersembahkan diri mereka. Satu lagi mungkin ialah Carroll bakal masuk gantikan Kuyt atau Henderson. Bukan apa, keupayaan Carragher melakukan bola lambung akan terabai jika tiada sasaran sebenar diatas.
Maka dengan tulus ikhlas saya harap kita tak jadi macam Man U yang ditibai Bilbao. Saya nak kita biar pasukan Sunderland main kejar-kejar ayam, hambat tak dapat tangan bergelumang tahi. Kalau kena usaha dan semangat yakin boleh pantang kalah sebelum melawan tetap lawan. Saya dengan rendah diri harap kita boleh menang dengan keputusan 2-1. Tak percaya tengoklah nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Liverpool
(216)
Rumours
(157)
Premier League
(153)
Priemer League
(70)
Steven Gerrard
(40)
Piala Europa
(37)
Champion League
(35)
Luis Suarez
(34)
Fernando Torres
(32)
Rafael Benitez
(31)
Youth
(25)
Kenny Dalglish
(23)
Lucas Leiva
(21)
cartoon
(21)
kontrak
(21)
Dirk Kuyt
(20)
Hari ini dalam sejarah
(20)
Jersi
(20)
Owner
(20)
Player
(20)
komentar
(20)
Isu terkini
(19)
Chelsea
(18)
England
(18)
Lagenda
(18)
Piala FA
(18)
Awards
(17)
Daniel Agger
(17)
Andy Carroll
(16)
Jamie Carragher
(16)
Piala Dunia
(16)
news
(16)
transfers
(16)
Antarabangsa
(15)
Man U
(15)
Perpindahan
(15)
Man City
(14)
Roy Hodgson
(14)
Xabi Alonso
(14)
Pepe Reina
(13)
Piala Liga
(13)
premeir league
(13)
ulasan
(13)
Alberto Aquilani
(12)
Everton
(12)
Gossip
(12)
Lawak
(12)
Ryan Babel
(12)
cedera
(12)
Arsenal
(11)
Javier Mascherano
(11)
kecederaan
(11)
Pengurus
(10)
ucapan
(10)
David Ngog
(9)
Liverpool tour
(9)
Martin Skrtel
(9)
Newcastle
(9)
Robbie Keane
(9)
Stoke
(9)
ex-liverpool
(9)
Alex Ferguson
(8)
Andrea Dossena
(8)
Joe Cole
(8)
Jose Enrique
(8)
Aston Villa
(7)
Carragher
(7)
Emilliano Insua
(7)
Iklan
(7)
Milan Jovanovic
(7)
Paul Konchesky
(7)
Raheem Sterling
(7)
Raul Meireles
(7)
Sami Hyypia
(7)
Tactical
(7)
West Brom
(7)
anugerah
(7)
Alvaro Arbeloa
(6)
Bolos
(6)
Carling Cup
(6)
Craig Bellamy
(6)
Damien Comolli
(6)
Daniel Ayala
(6)
Fakta
(6)
Goalkeeper
(6)
Jaringan
(6)
Jordan Henderson
(6)
Lawak Basi
(6)
Pemain Terbaik
(6)
SPURS
(6)
Sebastian Coates
(6)
Stewart Downing
(6)
Sunderland
(6)
Wigan
(6)
birthday
(6)
Andriy Voronin
(5)
Blackburn
(5)
Brendan Rodgers
(5)
Copa America
(5)
Fixture
(5)
Fulham
(5)
Glen Johnson
(5)
Jay Spearing
(5)
Liga Europa
(5)
Midfield
(5)
Pemberitahuan
(5)
Pra-musim
(5)
Yossi Benayoun
(5)
pinjaman
(5)
Albert Reira
(4)
Analisis
(4)
Belajar Bola
(4)
Charlie Adam
(4)
Christian Poulsen
(4)
Defender
(4)
Glen Johnsen
(4)
Hull
(4)
Insua
(4)
Jermaine Pennant
(4)
John Henry
(4)
League Cup
(4)
Liverpool vs Arsenal
(4)
Liverpool vs West Ham
(4)
Maxi Rodriguez
(4)
Pacheco
(4)
Rasis
(4)
Reading
(4)
Reserve
(4)
Rick Parry
(4)
Sparta Prague
(4)
Steve Clarke
(4)
Suso
(4)
Warrior
(4)
West Ham
(4)
Wolverhampton
(4)
kontroversi
(4)
opponent
(4)
statistik
(4)
tahukah anda
(4)
winger
(4)
Bek kiri
(3)
Birmingham
(3)
Brad Jones
(3)
Brighton
(3)
Euro2012
(3)
FacebookPages
(3)
Hillsborough Disaster
(3)
IFTTT
(3)
Jadual perlawanan
(3)
Joe Allen
(3)
John Flanagan
(3)
Jonjo Shevley
(3)
LFC TOUR 2014
(3)
Liverpool Youth
(3)
Liverpool vs Man City
(3)
Liverpool vs Man U
(3)
Liverpool vs Southampton
(3)
Liverpool vs Spurs
(3)
Nabil El Zhar
(3)
Owner Liverpool
(3)
Penjaga Gol
(3)
Piala Europa Liverpool
(3)
Piala Europa.
(3)
Polisi
(3)
Pra musim Liverpool
(3)
Primier League
(3)
Totenham hotspurs
(3)
Undian
(3)
akademi
(3)
humour
(3)
loan
(3)
taktikal
(3)
Andre Wisdom
(2)
Anelka
(2)
Assaidi
(2)
Berita
(2)
Brazil
(2)
Carlos Tevez
(2)
Carta
(2)
Conor Coady
(2)
Contract
(2)
Damine Plessis
(2)
Danny Wilson
(2)
Dejan Lovren
(2)
Doni
(2)
Euro16
(2)
Europe
(2)
Fabio Aurelio
(2)
Fabio Capello
(2)
GOL
(2)
Gerrard
(2)
Ian Rush
(2)
Insiden
(2)
Kahwin
(2)
Kargiakos
(2)
LFC TOUR 2013
(2)
Liverpool vs Aston Villa
(2)
Liverpool vs Everton
(2)
Liverpool vs Fulham
(2)
Martin Kelly
(2)
Norwich
(2)
Patrice Evra
(2)
Peraduan
(2)
Player Of The Month
(2)
Rafa Benitez
(2)
Retired
(2)
Rival
(2)
Rumours Liverpool
(2)
Sammy Leee
(2)
Simon Mignolet
(2)
Skuad
(2)
Soroton Perlawanan
(2)
Trofi
(2)
VIDEO
(2)
Wembley
(2)
coach
(2)
formasi
(2)
games
(2)
match report
(2)
queen park rangers
(2)
rekod
(2)
scouting
(2)
staff
(2)
striker
(2)
3-5-2
(1)
Aaron Lennon
(1)
Adam Johnson
(1)
Alan Hansen
(1)
Alex Ferguson kena troll
(1)
Aly Cissokho
(1)
Anfield
(1)
Antonio Cassano
(1)
Arsene Wenger
(1)
BISNEZ
(1)
Beatles
(1)
Bek Kanan.
(1)
Benayoun
(1)
Bike
(1)
Bilbao
(1)
Bill Shankly
(1)
Blunder
(1)
Bolton
(1)
Bootroom
(1)
Borini
(1)
Burnley
(1)
Cardiff
(1)
Charles Itandje
(1)
Christian Zapata
(1)
Christopher Buchtmann
(1)
Columnist
(1)
Daniel Sturridge
(1)
Danny Ward
(1)
Danny murphy
(1)
David Martin
(1)
David Moores
(1)
David Trezeguet
(1)
David Villa
(1)
Dietmar Hamann
(1)
Dimitri Payet
(1)
Djimi Traore
(1)
Epic Liverpool
(1)
Exeter
(1)
FC Braga
(1)
Facebook Liverpoolkita
(1)
Fan Man U provokas
(1)
Fans
(1)
Fifa
(1)
Fifa12
(1)
Flop
(1)
Gael Clichy
(1)
Gary Neville
(1)
Gerardo Bruna
(1)
Harry Redknapp
(1)
Hatem Ben Arfa
(1)
Hearts
(1)
History Channel
(1)
Honda
(1)
Howard Webb
(1)
Ian Ayre
(1)
Ian St John
(1)
Jack Hoobs
(1)
Jack Robinson
(1)
Jack Wolfskin.
(1)
James Milner
(1)
Javier Manquillo
(1)
Jersi Torres
(1)
Jerzy Dudeks
(1)
Jurulatih
(1)
Keji
(1)
Kesebelasan Utama
(1)
Kevin Keen
(1)
Krisis
(1)
Kristian Nemeth
(1)
Krisztian Nemeth
(1)
Kyrgiakos
(1)
LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG
(1)
Latihan
(1)
Leighton Baines
(1)
Liverpool goal
(1)
Liverpool players
(1)
Liverpool vs Cardiff
(1)
Liverpool vs Norwich
(1)
Liverpool vs Robatnichki
(1)
Liverpool vs Robatnicki
(1)
Liverpool vs Stoke
(1)
Liverpool vs Sunderland
(1)
Liverpool vs Swansea
(1)
Liverpool vs Udinese
(1)
Liverpool vs Wigan
(1)
Majalah Bolasepak
(1)
Malaysia
(1)
Man Marking
(1)
Mario Gomez
(1)
Mascherano
(1)
Midfielder
(1)
Mourinho
(1)
Mouro Pederzoli
(1)
Nostalgia
(1)
Oldham
(1)
Peminat Liverpool
(1)
Penaja Liverpool
(1)
Penampilan ke 100 England Gerrard
(1)
Pengarah Strategik Bolasepak
(1)
Perlawanan Testimonial
(1)
Perolehan pendaptan Liverpool
(1)
Peter Crouch
(1)
Philip Degen
(1)
Platini
(1)
Press Conference
(1)
Ramadhan Liverpool
(1)
Raul Miereles
(1)
Roy Hodgson Tactic
(1)
Rumours Flamini Liverpool
(1)
SAS
(1)
SPUR
(1)
Sakit jantung
(1)
Samed Yesil
(1)
Sammy Lee
(1)
Sasaran
(1)
Sayembara
(1)
Sejarah
(1)
Sidang Akhbar
(1)
Stadium
(1)
Stamford Bridge
(1)
Stephen Darby
(1)
Steve McMahon
(1)
Suarez dan Sturridge
(1)
Swansea
(1)
Sylvian Marveaux
(1)
Testimonial
(1)
Titi Camara
(1)
Txiki Brigistain
(1)
Undang-undang
(1)
West Ham vs Liverpool
(1)
Zonal Marking
(1)
cetusan minda
(1)
children
(1)
cuba teka
(1)
degen
(1)
derby
(1)
diving
(1)
f
(1)
facebook
(1)
fantasy football
(1)
gaji
(1)
galacticos
(1)
goal lfc
(1)
hukuman
(1)
jokes
(1)
klasik
(1)
kolo Toure
(1)
liverpool 4-0 Spurs
(1)
maskot
(1)
pencabar
(1)
persahabatan
(1)
pre
(1)
preseason
(1)
protes
(1)
qpr
(1)
revenue income
(1)
santai
(1)
sayap kanan
(1)
setpiece
(1)
sponsor
(1)
squad
(1)
supporter
(1)
tips
(1)
tour
(1)
twitter
(1)
ulangtahun
(1)
youtube
(1)



