Disini pihak Pengurusan Liverpoolkita telah diberikan lampu hijau oleh jabatan kewangan untuk mengeluarkan sedikit dana kepada para peminat diluar sana untuk menjayakan Peraduan Teka Keputusan Liverpool bagi musim 2014/15. Mulanya kami ada meminta kepada FAM untuk menaja tapi ditolak mentah-mentah kerana tiada semangat patriotik.
Namun untuk mengempakkan juga keadaan, dana dari Iklan Nuffnang yang dapat dari klik kawan-kawan pembaca akan dijadikan modal untuk membeli hadiah yang tak lekeh, tapi tak semewah yang diberikan oleh "Football Fantasy" yang lain. Hadiah misteri kerana ianya bergantung kepada modal iklan dan sedikit duit poket sendiri.
Syarat penyertaan:
1.
(Anon boleh main. tapi kena letak signature.. contoh Shah_1234)
2. Hanya seorang pemenang sahaja kalau buat dwi akaun jawab diakhirat kelak.
3. Keputusan hakim muktamat (hakim dunia... mungkin buat silap).
4. Warga Malaysia sahaja layak undi , Mat bangla, Veitnam , Indon boleh pi main jauh-jauh.
Cara bermain:
1. Entri perlawanan akan ditulis dan perserta akan meletakkan keputusan anda dalam komen, samada pasukkan kita menang, seri atau kalah.
2. Hanya satu komen tak boleh nak spam banyak-banyak, jadi fikir sebelum bertindak.
3. Tarikh tutup setiap tekaan akan berakhir SATU JAM sebelum setiap sepak mula pasukan kita.
4. Hanya membabitkan Liga Perdana Inggeris sahaja. Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala liga tak aci.
5. Carta Liga Teka Keputusan akan dimasukkan dalam entri selewat-lewat Selasa (kalau takda aral).
Sebaraang penambahbaikkan boleh kemukakan untuk lebih mengempakkan lagi peraduan yang tak seberapa ini. Jadi sebarang kelemahan dan kesilapan dari diri pihak pengurusan yang baik datang dari Allah jua.
