Dec 29, 2017

Liverpool vs Leicester


Maaf kepada semua sahabat blog. Nampak nya tuan admin sekali lagi tidak dapat membuat ulasan untuk perlawanan yang akan datang. Kalau diikutkan, saya juga terdapat kekangan masa dan agak keletihan kebelakangan ini. Agak terkejar dengan urusan persekolahan anak. Ini pun guna handphone untuk buat artikel ini. Idea nak buat ulasan berkenaan perlawanan pun agak kering. Jadi saya update kan artikel ini agar sahabat semua dapat membuat tekaan keputusan liverpool menentang leicester city. Maaf sekali lagi diatas ketidakupayaan kami...

Dec 23, 2017

LIGA PERDANA : ARSENAL 3-3 LIVERPOOL

Kalaulah Firmino, Salah, Lovren tak kantoi depan gol. Kalaulah Gomez tak tidur masa Sanchez tanduk dan kalaulah Mignolet tak mabuk nak tangkap atau tepis bola. Semua kalau kat atas merupakan skrip lama. Kita suatu masa boleh kintai orang sampai 7 gol tetapi dalam suatu ketika boleh bolos 3-4 gol. Ini bermakna pasukan kita jauh melangit nak setanding City. Mungkin hanya setaraf Senal dan Spurs.

Dari segi serangan memang tahap gaban punya hebat, tetapi masih belum sempurna. Itu ok lagi tetapi apa yang paling sukar ialah naik turun prestasi pemain pertahanan termasuk goli si Mignolet. Mungkin kita nampak kali ni kesilapan individu lebih dari jelas dari kesilapan berpasukan.

Apa yang kita nampak Arsenal cipta peluang dari peluang yang kurang berbanding peluang pasukan kita yang cukup banyak. Kredit kepada Wenger yang terus arah anak buah serang tak henti2 walapun pun tahu risiko sebab main terbuka. Mereka dapat sebiji pulun lagi dan lagi sehingga suatu masa berada dihadapan dengan 3-2.

Sebab inilah Klopp kena buat sesuatu dengan taktikal sebab masih ada masa sebelum perpindahan dibuka. Mungkin abam rasa kritikan Dietmar Hamann pasal ketiadaan pakar bertahan kat tengah atau bahasa lain tiada pemain tengah bertahan yang betul2 bukan bidan terjun macam Emre atau Hendo.

Apa yang kita harap mampu untuk kekal dalam kelompok 4 terbaik. Kekal prestasi serangan dan perbaiki pertahanan. Setakat sekarang termasuk Burnley saingan ke Eropah kemain sengit boh. Buat palat lagi , alamat akan ditinggal pasukan kat atas dan pasukan bawah kita macam Burnley , Senal dan Spurs potong kat kona.

Dec 21, 2017

LIGA PERDANA : ARSENAL LAWAN LIVERPOOL


Dah lama seantero peminat Liverpool tak berasa cuak bila Liverpool bertembung dengan Arsenal. Bukan nak mererndahkan Arsenal, cuma perasaan risau kian hilang. Berbeza zaman Theiry Henry dulu, kalau ada mamat tu maaf cakap, sebelum sepak mula dok teka berapa gol nak kena. Sekarang Tok Wenger dah hilang taringnya. Mungkin pasukan Arsenal sekarang masih ada kekuatan sendiri, namun dari segi pertahanan mungkin agak setara dan serangan mereka tak mampu setanding kita.

Kita takkan risau, Tok Wenger bukan pengecut macam Mourinho, nak main susun bas. Sebab itulah keberanian mereka adalah peluang bagi kita. Apa yang kita mahu hiburan yang bakal ditunjuikkan oleh kedua-dua pasukan yang lebih dikenali sebagai pasukan menyerang. Selalunya hiburan berbentuk kenduri gol, kalau takda itu bukan hiburan namanya.

Topik istimewa sempena lawan Meriam mestilah, bekas pemain mereka, Mat Kerbau atau Ox. Wenger mungkin tak rasa kehilangan sebab jual Ox kepada kita. Wenger kemain seronok masa cilok Ox dari Soton, sebab berjaya mengalahkan kita, Menyu dan Chelsea ketika itu. Betul Wenger pandai guna ubi, tetapi cara penggunaan ubi yang tak sepatutnya. Dia kerah tenaga pemain sejak awal, perah tenaga pemain itu semahunya. Sampai beberapa musim sebelum ni Ox dah nampak kusut fzikal dan mental.

Wenger juga mungkin ada pilihan baru ubi segar dengan Iwobi. Jadi tak kisah sangat samada Ox nak belah sebab takmau sain kontrak baru. Jadi Klopp yang dah lama usha ox dalam Liga Juara-Juara, tak tunggu lama nak sambar pemain ni walaupun dengan harga yang tak munasabah bagi pemain yang hanya tinggal tak sampai semusim kontrak. Ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi bila dia dah pakai jersi keramat Lfc dan ikrar taat setia, ramai yang pasrah.

Jadi pertemuan dengan Arsenal bakal jadi satu pertemuan istimewa bagi Ox dan Wenger. Abam tak pasti samada Ox bakal diturunkan dalam kesebelasan utama. Cuma kalau Ox turun dia mungkin tahu selok belok keciritan pemain Senal yang terhijab dari pantaun Klopp. Mungkin bekas rakan beliau kat sana pun tahu kelemahan Ox, namun bagi pemain penyerang tak ada masalah sangat kecuali Ox pemain pertahanan.

Dalam reputasi kita yang kemain nampak gah, ada perkara yang sedikit meremangkan bulu ketiak abam tentang fakta pasukan Meriam kebelakangan ini. Pasukan mereka selalu dapat gol dipenghujung perlawanan samada seri ataupun paling bahaya dapat kemenangan. Yang tak berapa enak bila pasukajn kita juga selalu kalau buat perangai akan kantoi gol dipenghujung permainan juga. Kalau boleh elakkan situasi camni rasanya, Walaupun main kat Emerates, rasanya peluang mereka nak tunjuk hero depan peminat sendiri mungkin malap.

Dec 19, 2017

LIGA PERDANA: BOURNEMOUTH 0-4 LIVERPOOL


Apa yang kita boleh jelaskan, Bournemouth sengaja cari nahas. Kita hairan kenapa mereka tak susun bas. Mungkin sebab main kat Dean Court laman sendiri. Atau mungkin mereka nak buat gila macam musim lepas. Abam salut Eddie Howe sebab berani nak main secara terbuka. Tetapi keberanian ada harga yang harus dibayar. Macam main judi, ambil risiko habis duit. Kalau kena makan besar, tetapi jika bungkus balik pakai kotak.

Bournemouth tak main 10 orang jaga dalam kotak. Mereka buka peluang antara bawah dan tengah yang boleh ditembusi. Malah kawasan bawah tepi ada peluang sebab pemain sayap mereka tak banyak membantu bek. Serangan mereka tak membahaya. Sebab mudah sangat Gomez dan Roberton kawal. Malah kita tengok Ibe macam serba-salah bila berdepan bekas rakan lama, memang tak menjadi langsung sampai Robertson nampak macam Roberto Carlos jadinya.

Sejak awal permainan Liverpool dah mulai menyerang dan Bournemouth pun sama naik. Liverpool punyai peluang dari Coutinho melalui sepak percuma dan Salah. Namun gerakan Coutinho dari tengah bersama Robertson yang membuka ruang dari tepi, mengelirukan bek lawan dan Coutinho mendapat ruang untuk masuk kedalam kotak dan merembat gol pembukaan Liverpool. Bila Liverpool dapat gol awal, kita meraikan namun agak sederhana sebab Bournemouth takut Bournemouth membalas balik macam musim lepas.

Namun serangan tuan rumah tak bahaya, Lovren dan Klavan tak terjejas langsung. Selalunya bila Liverpool dapat gol sebelum 30 minit, itu maknanya gol-gol bakal menyusul. Kali ini pemain yang dikecam hebat masa lawan Everton menjadi hero. Sepakan sudut dari Coutinho, dapat kepada Wijnaldum dan melepaskan kepada Firmino yang mencedok ketengah. Dengan keberanian dan kepantasan Lovren menerpa untuk melakukan tandukan terbang, menyondol masuk untuk gol kedua Liverpool.

Sejurus gol kedua Liverpool, Bournemouth masih berjuang untuk cari gol. Peluang keemasan anak buah Howe, bila berjaya melepasi perangkap curi ayam. Namun malang sekali, pertahanan dan kantoi jauh, Mignolet dah tak mampu berbuat apa-apa, tetapi Defoe penyerang berbisa paling otai dalam Liga Perdana kantoi dengan penyudahnya sekadar terkena tiang gol. Selamat pertahanan Liverpool sebab nyaris-nyaris buat Bournemouth temui sentuhan keramat untuk bangkit macam musim lepas.

Abam ingat kalau Defoe dapat sumbat gol tu, Lovren dapat makian berjabu dari peminat Liverpool. Ruang sangat selesa dia beri kepada Defoe untuk mencelah. Tapi itulah bolasepak, kita selamat kalau silap tak dihukum lawan. Namun langkah terbaik ialah dengan menambah gol untuk matikan peluang lawan. Kali ini Salah dengan larian solo berjaya menambah gol peribadi ke-20 dan nampak meranapkan peluang tuan rumah nak bangkit. Separuh masa pertama tamat dengan 3 gol.

Separuh kedua, Liverpool masih bergerak mencari gol dan mengelak dari terkena badi musim lepas atau macam lawan Sevilla. Sebab apa 3 gol bukan insuran untuk kekal 3 mata dan kita dah lalui sebelum ni kekecewaan itu. Dengan pada itu hasil serangan Liverpool yang tak pernah luntur. Gol peribadi Firmino akhirnya menjelma. Gol mungkin sedikit curi ayam, namun rezeki apabila penjaga garisan tak berapa nampak. Liverpool menamatkan kenduri gol dengan 4-0. Sebab rasanya masih belum ada rekod kita seri bila dah bubuh 4 gol walaupun kenduri habis baru minit ke-66.

Dec 16, 2017

LIGA PERDANA: BOURNEMOUTH LAWAN LIVERPOOL


Suka atau tidak, kita kena hadap kenyataan Liverpool memang tak boleh belah dengan pasukan main susun bas. Sam Allardye dan Alan Pardew otai dalam bolasepak Inggeris. Mereka guna akal dan berusaha untuk elak kalah. Sebab itu Klopp perlu usahakan pelbagai set taktikal bagi hadapi pasukan yang main takmau serang langsung asyik dok bertahan gila-gila.

Abam tengok secara rambang masalahnya bukan tiada peluang samada dengan Everton atau West Brom. Tetapi kadangakala peluang tak diambil sepenuhnya. Mungkin lawan Everton ramai tak boleh lupa Mane pasal tamak dan Lovren pasal tolak pemain bagi penalti kat Everton. Kat WBA plak pengadil tak beri gol sebab bola kena tangan Solanke.

Nampak beza jika Liverpool menang, belambak-lambak gol dapat. Tapi bila sekadar seri atau kalah, nampak teruk betul serangan. Sebenarnya itu bergantungan camna lawan kita letak formasi mereka. Bila mereka nak main bertahan sepanjang masa dan menyrang balas sekali sekala. Maka kesukaran nak dapatkan gol terselah lebih-lebih lagi lawan WBA.

Jika terus-menerus Klopp tak buat penambahbaikan dengan lawan pasukan susun bas. Nescaya pasukan yang tak main cam gitu pun akan turut gunakan taktikal sebegitu kepada kita. Sebenarnya banyak corak yang berjaya pecahkan pertahanan liat. Tengok camna Man City bedal pasukan WBA dan Everton malah Burnley. Sebabnya mereka sentiasa cari jalan dapatkan dengan pelbagai cara, bukan macam kita nak cuba buat hanatran lintang dari sayap pun payah..

Perlawanan dengan Bournemouth perlu jadi kebangkitan semula. Bukan jangkitan semula. Sebab takut-takut pemain dalam trauma lagi nak sumbat gol. Dapatkan mojo semula tak sukar jika pemain fokus nak dapat gol pertama. Selalunya musim ni jika awal-awal permainan dapat gol kita boleh tengok jap-jap lagi ada yang menyusul sebab lubuk dah jumpa. Kalau tak agak sukar sebab Liverpool mutahirnya ni jarang dapat kemenangan dengan gol saat akhir.

Dec 13, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN WEST BROM


Keputusan seri dengan Everton memang abam tak puashati. Tapi apakan daya Klopp dah bagitahu dia terpaksa untuk pastikan perancangan jangka pendek dan panjang untuk memastikan pasukan dalam keadaan terbaik. Terbaik dari segi keecergasan pemain dan kesiapsediaan pemain termasuk dibangku simpanan. Mungkin tadak alasan lagi taknak letak barisan terbaik menjelang lawan WBA esok pagi. Cuma Klopp mungkin terpaksa rehatkan Salah sebab penjaring gol terbanyak kita itu ada mengadu ada kekejangan otot sedikit.

Mignolet
Trent Gomez Klavan Robertson
Gandum Hendo emre
Mane Firmino Coutinho

Tak mengapa, boleh sahaja letak Coutinho diposisi serangan kiri dan Mane kembali dikanan untuk membantu Firmino kat atas. Bahagian tengah perlukan enjin penggerak yang agresif dan kalau boleh kembalikan Emre dalam kesebelasan. Dia taknak sambung kontrak itu dia punya pasal, janji dia berikan sepenuhnya sementara Liverpool bayar gaji, bukan Juventus lagi.

Sementara itu boleh sahaja rehatkan Lovren bagi dia tahu apa erti pengajaran. Benda asas sebagai pertahanan pun dia lupa, takkan nak beri peluang lagi. Bukan kita nak salahkan penyerang Everton sebab terjun, kalau abam pun dah orang datang rempuh, takkan tak reti-reti nak rebahkan badan. Lovren dengan mamat rambut kembang tu sendirian jauh lagi kat atas pemain Everton lain nak sampai, setakat lengahkan budak tu dan tunggu Gomez sapot tak jadi hal.

Kadang-kala lawan kita sudah boleh baca corak permainan kita. Sam Alardyce tahu dia perlu main susun bas nak elak tewas. Cuma kurangnya Everton tak ganti Lukaku dengan pemain setaraf kalau tak mungkin Everton akan main bola tinggi selalu. West Brom telah gantikan Pulis dengan Pardew. Tak pasti samda Pardew nak ikut jejak Sam sebab ikutnya WBA punyai barisan yang lebih kental dan punyai tatikal pembuli.

Yang penting Klopp kena pastikan pemain fokus demi 3 mata. Yang menyerang kena fokus sumbat gol betul-betul dan jangan terlalu tamak cam kes Mane. Pastikan dah boh gol banyak2 baru nak tamak takpa, jangan baru dapat satu dah tak peduli rakan. Kat bawah kena fokus jangan buat perkara menyusahkan pasukan. Tambahan lawan main susun bas susah nak dapat gol banyak, kat bawah jangan bagi bolos plak.

Dec 11, 2017

UNDIAN PUSINGAN 16 LIGA JUARA-JUARA


Ada peminat nak elak pasukan kuat mahu jumpa pasukan kecil, Besiktas, Basel dan Porto. Harapan mereka makbul. Tapi harapan abam nak jumpa Juventus, Real dan Barcelona serta PSG tak diizinkan. Korang mungkin ada sebab yang patut, tetapi abam suka tengok pasukan kita susahkan diri untuk layak dari dapat pasukan tak glemer tapi kecundang juga. Macam lawan Benfica sikit masa dulu era Rafa Benitez.

Abam tak anggap Porto bagus, malah tak juga cakap mereka teruk. Sebab setiap pasukan yang layak kepusingan ke-16 ada kelebihan. Kelebihan mereka abam tak tahu jujur cakap. Sebab memang tak minat tengok pasukan lain selain Liverpool main bola. Tetapi kelebihan pasukan kita memang ditahap mengujakan semua orang tengok. Tetapi hakikatnya macam kereta lumba yang punyai enjin pantas tetapi brek haus. Korang paham kiasan abam kan.

Dan sebab itulah juga korang jangan marahkan Klopp kerana buat penggiliran pemain masa lawan Everton. Dia takkan sanggup rugi semua dari untung satu. Dan yang satu itupun belum tentu untung. Klopp perlukan kekuatan penuh untuk hadapi Liga dan piala FA dan juga di Eropah yang pasti perlukan pemain terbaik takpun pemain simpanan yang cekap bila diperlukan.

Kalaulah Klopp tak berapa degil, perpindahan Januari juga bakal penyumbang persiapan hatta untuk liga mahupun pusingan seterusnya Liga Juara-Juara. Abam harap Klopp dapat pemain macam Van Dijk atau sesiapa sahaja yang tak ada halangan untuk main dalam Liga Juara-Juara. Kalau boleh secepat 1 haribulan Januari 2018, kita sain pemain yang kita betul-betul nak.

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 1-1 EVERTON


Abam tak jangka Klopp buat penggiliran begitu drastik tukar hampir separuh pemain untuk lawan Everton. Mungkin dia ada perancangan namun kali ni agak kucar kacir sikit. Klopp tak mungkin nak pandang rendah dengan Everton, mahupun Sam Allardyce. Tetapi Pak Cik Sam Buncit, memang antara pengurus handal kalau bab susun bas. Ada teori mengatakan Mourinho dapat inspirasi dari Sam bab main susun bas.

Kebanyakan pemain ada peranan, tetapi yang paling nampak kurang beri impak ialah Solanke. Lovren jadi kambing hitam akibat penalti yang nampak memang menjelaskan lagi kenapa Lovren masih yang kita kenali dulu tak berubah banyak. Ikutkan tanpa penalti Lovren antara calon pemain terbaik perlawanan. Sedikit tentang kapten Hendo malam tadi ialah dia masih berguna sebab bab-bab  perlawanan kejiranan abam respek bila dia garang bertempat.

Sekali lagi tanpa Salah rasanya takda gol untuk perlawanan. Mungkin ada gol jika Mane tak tamak untuk beri kengkawan peluang untuk buat gol. Tetapi abam tahu perkara cemburu tengok Salah jadi bintang gol, buatkan Mane berasa hati nak tunjuk dia pun mesin gol macam Salah. Banyak juga bunyi bising kepada Mane sebab dia tak jaringkan gol dan mereka marahkan Mane dan juga bersama Lovren punca Liverpool tak menang.

Perlawanan camni memang sukar bagi Klopp. Nak tembus pasukan main buruk bertahan macam sardin bukan mudah. Tetapi Klopp nampak berjaya gunakan pemain simpanan untuk main dengan baik. Malah ini juga petunjuk sistem penggiliran beliau ada beri impak. Rasanya musim ni Klopp taknak berlaku macam musim lepas, dok asyik guna kesebelasan sama nak dekat hujung musim pemain kepenatan serta cedera merencatkan persembahan pasukan.

Dec 8, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON

Musim ni jiran yang dulu kemain garang, dah nampak teruk. Everton punya sombong gila awal musim. Eksyen sebab mereka belanja besar awal musim. Beli goli bagus, bek bagus, pemain tengah bagus dan bekas penyerang Barcelona lagi. Jiran camni memang dah ada contoh dalam cerita drama, beli sebab nak menunjuk padahal rumah sempit tak reti nak deco. Akhirnya perabot yang mahal jadi semak.

Lain dengan Klopp, dia degil walaupun pemilik dah beri cek kosong untuk beli macam2. Klopp nak barang berharga tokey gantung buat perhiasan taknak jual. Nak juga sampai taknak cari kat kedai lain walaupun ada hampir sama kualiti dengan harga lebih murah. Sebab dia cakap dia taknak yang lain sebab sasaran itu sahaja kena dengan citarasa beliau.

Kini abam baru faham Klopp jenis sebiji macam abam. Kalau nak beli yang tu nak yang tu juga. Kes minggu lepas tengok kasut cap Unta. Takda saiz, siap cari banyak tempat tadak pun habis paten tu. Isteri suruh ambil yang lain abam cakap taknak baik pakai apa yang ada sambil dok pesan kat jurujual kalau ada tolong simpan.

Balik rumah baru teringat adidas buruk pakai ok lagi walaupun tapak haus dan warna dah buruk. Jadi macam Kloop pakai Lovren ibarat abam pakai adidas haus tadi. Walaupun kadangkala tapak haus, kalau kawasan licin boleh tergelincir, kita akan berhati-hati elak. Itu macam taktikal Klopp dengan Lovren. Dia tahu selagi kasut cap unta tak dapat, dia terpaksa berhati- hati pakai adidas walaupun risiko tergelincir akan ada.

Sori melalut skit. Kita fokus kepada perlawanan dengan Everton. Tak banyak nak cerita pasal pasukan kita yang serba meningkat. Serangan kembali menggila dan lebih penting kurang dah bolos. Malah pemain kita Mat Salah jadi peneraju penjaring Liga Perdana dan dah dapat 2 kali pemain terbaik musim ni. Taktikal juga Klopp mereka macam2 dan kesemua menjadi disamping sistem penggiliran pemain yang kena pada masa.

Everton pula memang berserabut dengan Koeman. Taktikal Koeman tak sesuai dengan pemain. Tak pasti samada pembelian itu datang dari Koeman atau Moshiri, CEO Everton. Mungkin camni berlaku kes Brendan Rodgers dengan komiti perpindahan. Apapun perlantikan Sam Alardyce memang suatu perkembangan baik buat mereka. Selalunya Sam datang kepada kelab teruk, dia berjaya stabilkan pasukan itu walapun taklah sampai menang apa2.

Jadi sekali lagi perlawanan kali ni mungkin lebih beraksi dan sensasi sebab Sam Boroi jenis suka aksi ragbi dan cekap nak hadang pasukan yang main menyerang. Dia akan apa jua cara samada susun bas bagai. Kita faham sungguh perangai sejak dari zaman Blackburn , Bolton serta West Ham. Jadi Klopp kena hadap karenah Sam untuk hadapi pengurus lejen bab taktikal buruk camtu. Lagipun pemain kena fokus untuk elak provokasi lawan sebab perlawanan kejiranan memang ada aksi ganas dan pengadil yang nak adili perlawanan juga rajin bagi kad merah musim ni.

Dec 7, 2017

LIGA JUARA JUARA : LIVERPOOL 7-0 SPARTAK MOSCOW

Korang mungkin tidur sambil senyum. Apo taknya 7 gol bukan diduga sebelum perlawanan. Kita semua ingat Spartak akan main cerdik dan berhati-hati. Macam mak abah pesan naik motor pakai topi keledar, tak eksiden takpa. Dah kena sebab saja cari nahas. Mendapat lah 7 ketoi. Spartak mungkin menduga Liverpool nak main serang hendap dan mereka nak kuasai permainan. Aspek yang mereka terlupa Liverpool punyai pertahanan kat atas. Mereka yang kat atas bukan saja bila ada bola menyusahkan lawan. Tapi tak boleh dok diam-diam bila Spartak baru nak berangan-angan nak bergerak serang dari bawah.

Nak tulis satu-satu cerita gol rasanya korang tahu plotnya. Tetapi kesimpulan yang abam nak kasi korang faham ialah Liverpool main secara berpakat-pakatan. Kalau tak, nak main sendiri-sendiri nak cipta nama mungkin keputusan tak sebaik ni. Paling banyak sedekah gol kat rakan ialah Firmino. Sebab tu Klopp sangat sayang dengan Firmino sebab dia tak penting diri. Namun pemain lain juga dah tiru sifat mahmudah camtu. Mane dan Salah ada juga nak cuba sendiri tetapi mereka lebihkan rakan dalam banyak situasi.

Mendisiplin pemain tengah juga pada pandangan abam adalah satu faktor Klopp berjaya kekalkan momentum menang besar sejak beberapa perlawanan. Bukan nak kutuk Hendo tetapi Emre dan Gandum punyai kelebihan sebab mereka tak terlalu statik. Bila Spartak nak serang dan cuba nak kenakan Lovren dan Klavan, Emre dan Gandum menyemak depan pertahanan untuk elak lawan gunakan kelebihan serangan mereka yang nak guna taktik cilok dalam kotak. Malah Mane dan Coutinho banyak bantu dari sayap ketika bertahan untuk tutup sebarang ruang-ruang lawan nak celah.

Pendekatan Klopp camni masih praktikal bagi lawan yang jenis gelojoh nak buru gol. Apataknya Spartak rasa mereka tak rugi apa-apa jika untuk mencuba. Nak kata tak bolos sebab pertahanan kita cemerlang bukan boleh puji sangat. Cuma kita bernasib baik juga sebab Spartak dalam situasi keliru. Mereka macam nak buru gol tetapi serangan tak tersusun. Nak bertahan tapi tak waspada nak tutup ruang. Nak main hantaran dari bawah tak cermat hingga kantoi bola dengan penyerang. Jadi pemain Liverpool ambil peluang dari masalah Spartak yang serba serbi tak kena untuk buat satu lagi rekod jaringan tertinggi dalam Liga Eropah lepas makan Maribor.

Liverpool layak kepusingan 16 pasukan kalah mati selaku ketua kumpulan. Bersama Sevilla. Spartak turun untuk main dengan Arsenal dalam Liga Europa. Undian nak jumpa siapa abam tak kisah. Lagi kuat pasukan yang nak jumpa lagi bagus. Ini baru nak uji samada Liverpool memang pawer gila atau sekadar pembuli pasukan kurang upaya. Klopp dah boleh kembali fokus untuk perlawanan kejiranan dengan Everton kat Anfield. Rasanya ianya lebih menarik dan gempak sebab nak jumpa Pak Cik Sam Boroi yang cukup licik walaupun kita tahu Everton memang tahik musim ni.

Dec 5, 2017

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN SPARTAK MOSCOW

Kesian pada yang dok tunggu siaran blog minggu lepas. Bukan malas nak tulis tetapi bila dah keluar bercuti bawa keluarga makan angin, memang takkan menyempat nak buka blog. Tapi abam sempat layan juga perlawanan Liverpool dan Brighton kat lobi hotel itupun tengok dengan Astro-Go. Nasib baik Wifi hotel boleh tahan laju, tak sangkut-sangkut.

Boleh tahan juga semua pemain walaupun abam tengok kepelikan Klopp letak seorang pemain pertahanan tengah diapit dua pemain tengah. Malah abam salut Klopp sebab buat penggiliran yang kena pada masanya. Bulan Disember bulan jadual padat. Semua pemain perlu segar sihat. Kalau tak buat camtu bila ada pemain utama cedera, yang nak ganti jarang main sukar nak main macam sekarang.

Karius
Gomez Lovren Emre
Trent Hendo Wijnaldum Moreno
Mane Salah Ox

Kecuali Maribor, kesemua pasukan dalam grup kita layak ke pusingan kedua. Liverpool hanya perlu elak kalah. Kalau tak setakat Liga Europa sambungannya. Abam yakin Spartak akan ke Anfield untuk misi 3 mata. Mereka akan main untuk cari gol. Sebab itu taktikal sekarang kena pastikan berhati-hati sikit sebab jika gopoh jadi macam Sevilla, dah nampak macam nak dapat 3 mata pergi bolos hingga seri.

Klopp mungkin buat perkiraan dan persiapan rapi untuk kekal dalam persaingan Liga Juara-Juara. Dan begitu juga Saprtak. Spartak diulang bukan pasukan hebat dari Liga yang bagus. Cuma mereka mampu buat kejutan dan ambil kesempattan jika pasukan kita buat tahi itu saja. Macam lawan mereka kat Moscow dulu, kita peluang berpulu-puluh setakat masuk sebiji, mereka skali peluang dah masuk. 

Nov 28, 2017

LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL

Lawan Sevilla kalau tak kantoi seri dah layak kepusingan kedua. Lawan Chelsea juga nasib tak menyebelahi untuk rangkul 3 mata. Impak serangan kita digeruni tetapi pertahanan dah kembali ke takuk asal. Masih kritikal. Klopp dah berusaha, ejas formasi, buat taktikal dan memeprbagaikan corak pasukan bagi lawan keliru, tapi setakat sekarang ni nak cari keputusan konsisten amat sukar dengan skuad sedia ada.

Abam tengok semua pemain berusaha sedaya upaya. Tetapi setiap pemain ada had upaya takat tu saja tak boleh pergi jauh. Klopp sanggup dipersalahkan sebab mungkin dia tahu dia terlalu percaya pemain sedia ada. Dia percaya pemain sanggup main sungguh-sungguh, padahal dalam perlawanan sebenar, apa yang dirancang kelaut jadinya. Kita bukan tunding siapa sebagai kambing hitam yang jadi faktor penyumbang. Tetapi takkan takda KPI untuk merit pemain yang teruk dan naikkan alternatif lain.

Pengurus Stoke, Mark Hughes buat kenyataan mudah tentang Liverpool. Walaupun Liverpool kemain garang menyerang dan banyak jaringkan gol. Kita tetap tunggu masa akan kantoi. Sebabnya mungkin Klopp sendiri dah tahu yang bila main terlalu menyerang dan naik keatas, pertahanan Liverpool akan terdedah kepada bahaya serang balas. Dalam situasi itu pertahanan Liverpool bakal kantoi dan itu bagi Hughes bukan pertahanan yang teruk tetapi taktikal yang menyebabkan pemain kantoi.

Mignolet
Trent Gomez Matip Robertson
Lallana Hendo
Salah Coutinho Mane
Firmino

Sebab itulah kita hairan kenapa Klopp sepatutnya cari pemain yang punyai pakej lengkap untuk main taktikal sebegitu tetapi rela bagi pemain yang tak berapa boleh belah, dengan pembacaan permainan teruk dan tak berapa agresif bila bertahan. Pun begitu ada alternatif lain jika nak main taktikal sbegitu dengan letak pemain tengah bertahan, tetapi tak juga nak letak. Mungkin Klopp berfikir diluar perkiraan kita.

Lawan Stoke nanti abam rasa, Hughes akan pergunakan kelemahan Liverpool seadanya. Sebab menurut rekod, Liverpool paling banyak kantoi gol ditempat lawan. Sebab itulah Klopp kena berhati-hati dengan Stoke walaupun mereka tak berapa hebat sangat musim ni. Konsep ragbi mereka itu tak boleh lari dan Liverpool kena elak kena buli secara mental fizikal. Namun abam dok rasa pemain mereka macam Choupo Mouting, cukup bahaya setakat ini. Yang lain biasa-biasa jaa.

Liverpool akan kembali dengan kesebelasan terkuat, sebab Mane dan Firmino dah dapat rehat secukupnya. Mungkin Lallana juga akan diberi penampilan utama untuk berganding dengan Coutinho serta Kapten Hendo. Bab pertahanan abam nak tengok juga-juga Klopp letak Gomez dan Matip bergandingan sebab tak berapa yakin dengan rekod prestasi Lovren dan Klavan. 

Nov 26, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-1 CHELSEA


Kita harus rasa bangga kerana hampir menang. Chelsea pun harap pertahanan dan Hazard serta pengadil untuk kekal pulang tanpa tewas. Taktikal mereka membosan, cuma kalau tadak Hazard mungkin diorang terpaksa susun bas terus. Sebab itu abam berdoa supaya Barcelona, Real atau JDT pergi beli Hazard musim depan kita boleh tengok Chelsea akan tergapai-gapai sebab dok harap main bertahan dan tunggu Hazard buat setel kat tengah padang.

Awal-awal lagi Klopp buat kezutan dengan rehatkan Mane dan Firmane. Korang takkan tak rasa ralat kot, sebab nampak macam Klopp nak main santai dengan masukkan Ox dan Mat Kaca. Tapi syukur pemain yang diberikan peluang berikan yang terbaik walaupun Mat Kaca nampak dah tak macam dulu-dulu, sekarang lembab dan tak berapa nak buat percubaan sangat. Takkan jaga kaki kot. Hendo yang juga kena kritik lawan Sevilla kemain garang menyinga. Itu yang kita nak dari seorang ketua.

Liverpool dan Chelsea punyai banyak peluang yang saksama walaupun penguasaan bola sering bertukar-tukar. Pujian kepada goli masing-masing. Couthois selamat sebab pertahanan susun bas. Tetapi tewas sebab juga dengan jarinngan Salah. Mignolet pula nampak proaktif sebab dia memang perlu buat begitu dengan pertahanan yang sering naik keatas. Banyak kali selamatkan keadaan tetapi rembatan Willian yang mengelirukan memadamkan kehebatan Mignolet sepanjang perlawanan.

Klopp terpakasa buat penjelasan kepada Mane dan juga peminat khasnya kenapa masukkan pemain tambatan itu terlalu lewat. Alasan pengadil tak beri itu sangat naif. Sebab dah dekat nak tercirit baru nak lari pergi jamban. Mane dan Lallana dah lencun panaskan badan sampai hati pun dah panas, minit 89 baru nak dimasukkan. Nak simpan untuk lawan Stoke tak salah tetapi masa tengah mendahului pemain yang segar perlu masuk cepat-cepat untuk kurangkan tekanan asakan Chelsea yang nak buru gol. Lagi satu jika taknak cari gol penyamaan boleh saja masukkan Trent untuk kuatkan pertahanan main 5 kat bawah. 

Nov 24, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN CHELSEA


Kita telah di Istanbulkan oleh Sevilla dalam perlawanan lepas. Mungkin perasaan yang peminat Liverpool rasai sekarang, sama dengan peminat AC Milan 2005. Abam sungguh tak sangka Liverpool yang begitu menyinga separuh pertama, jadi lauk gulai kambing separuh kedua. Nasib baik Sevilla tak kambek dengan menang sekadar seri, kalau kalah konpom kambing hitam malam tu Moreno akan kena bahan sampai tutup akaun media sosial dan tak keluar rumah.

Banyak perkara yang tak kena bila separuh kedua bermula. Pemain mungkin sedang joli katak. Mungkin Jurulatih Sevilla bagi air jampi kat pemain beliau. Dan banyak kemungkinan diluar pemikiran sebab siapa sangka 3-0 dah patut Sevilla fikir nak kurangkan bolos, tetaoi sebaliknya berlaku. Nak kata keajaiban tak juga sebab abam dok perati sejak awal yang masalah pertahan, sebab separuh pertama ada bunga-bunga nak kantoi tetapi Sevilla belum jumpa lubuk dan cara nak tuba lubuk tu nak dapat hasil.

Separuh pertama Sevilla masih fokus, menahan asakan. Separuh kedua bila mereka nampak Liverpool dah kendurkan serangan dan masih nak main serangan pantas tanpa nak menguasai bola, maka Sevilla dah naik tocang. Moreno mungkin jadi sasaran kritikan sebab penyumbang 2 gol untuk lawan. Tetapi abam rasa taktikal Klopp juga kelaut sebab pemain kemetot camtu dia suruh jaga depan barisan semasa setpis. Bukan itu sahaja Moreno juga macam tak bersungguh celen bola tandukan Ben Yadder.

Gol kedua mungkin kena salahkan Coutinho sekali namun Moreno agak ralit nak keluarkan bola dan cedok kaki penyerang Sevilla. Penalti masuk dan ketika Sevilla dah bersemangat dan pemain Liverpool dah kecut telur sebab defisit hanya 1 gol untuk seri. Masuk gol penyamaan 3-3 abam rasa macam tak boleh terima pada mulanya sebab apa dok terasa pasukan kita dah takda masalah pertahanan lagi. Namun bila difikir balik ada baiknya ianya berlaku sebelum perpindahan Januari sebab kita nak tengok adakah Klopp masih tak serik dengan pemain yang masih pi mai pi mai tang tu.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Robertson
Emre Hendo
Salah Coutinho Mane
Firmino

Sesungguhnya Liverpool mempunyai pemain yang baik. Klopp akui pemain sekarang bila latihan ikut cakap. Tetapi itu tak memadai sebab watak pemain tak berapa cekal nak hadap tekanan. Sebab itulah ramai dok tala dekat Hendo sebab dia bukan setaraf Kapten yang sebelum ni. Dia bukan tak vokal cuma dia tak mampu berperanan macam Gerrard. Peranan kapten bukan setakat buat bising bagi rakan tak tido, tetapi Kapten juga kena berada dekat dengan pemain lauk macam Moreno atau Lovren untuk beri mereka sedikit rasa selamat bila kena tekan.

Kalau korang tengok Gerrard sebagai kapten yang baik, mungkin korang belum tengok camna Greame Souness dikatakan Kapten Liverpool dan pemain tengah terbaik sepanjang zaman. Souness pernah tulis dalam buku beliau yang dia bukan main cemerlang dan bukan sahaja fokus kepada taktikal permainan tetapi dia tengok siapa yang nampak agak macam lemau dan kena lauk, kat situ Souness akan berada untuk kurangkan tekanan rakan dan disamping tutup ruang lawan nak buat lubuk. Namun era Souness tak sama dengan sekarang sebab ketika itu setiap posisi semua pemain hebat.

Abam taknak tulis panjag pasal Chelsea sebab Klopp mungkin dah buat persiapan yang terbaik untuk perbaiki pasukan. Lawan kita itu bukan setaraf West Ham atau Soton. Malah mereka berkali ganda licik dari Sevilla. Keupayaan Liverpool sekarang bergantung kepada serangan. Tetapi sampai bila. Nak tunggu perpindahan januari lamabt lagi. Dan setakat sekarang Klopp kena gunakan pemain dan taktikal alternatif untuk hadap Chelsea. Maaf cakap Moreno, Lovren dan Klavan bukan solusi jangka panjang, sebab itu abam harap Klopp kena kerap beri perhatian kepada Robertson dan Gomez untuk isi posisi Bek kiri dan tengah.

Nov 21, 2017

LIGA JUARA-JUARA: SEVILLA LAWAN LIVERPOOL

Liverpool singgah dibumi Andalusia untuk tempah tiket kepusingan kedua. Dengan Sevilla di Anfield cuma seri. Tapi harus diingat masa tu krisis pertahanan meruncing. Bukan sebab Lovren/Klavan mungkin, tetapi ramai percaya ianya tertunding kepada taktikal Klopp. Taktikal yang mendedahkan dan berikan tekanan perasaan buat seantero gagasan pertahanan sebabnnya corak yang terlalu menyerang. Berbanding lawan West Ham dan Soton, Klopp letak corak lebih seimbang bertahan dan menyerang.

Karius
Gomez Lovren Klavan Robertson
Emre Hendo
Salah Lallana Ox
Firmino

Beberapa pemain yang baru pulih dan berehat sejurus perlawanan antarabangsa bakal ditampilkan. Lallana, Gomez, Ox, Emre serta Karius mungkin turun. Bukan perlawanan ni tak penting, cuma Klopp tahu nak pulun teruk kat Sevilla sukar pasal rekod mereka sangat mantap tak kalah sejak tahun lepas. Jadi 4231 sangat sesuai bangat untuk gunakan serang balas pecah pertahanan kental Sevilla.

Satu lagi abam rasa terkilan sebab Klopp bagi Moreno main masa anak dia baru lahir. Taktahu mungkin Moreno punya keputusan sendiri. Tetapi detik camtu hanya sekali seumur hidup. Walaupun Moreno tak perlu azan kat telinga anak tetapi dia perlu hadir untuk beri sokongan kepada pasangan. Kalau boleh kali ni biar Moreno cuti dan letak Robertson plak. Kesian dia sampai merayu-rayu Klopp nak main.

Sturridge cakap nak belah tetapi Klopp tahan plak. Klopp taknak kehilangan bekap penting bagi Firmino walaupun Solanke atau Ings ada. Klopp mungkin nak Sturridge kekal sehingga musim panas. Mungkin lawan Sevilla nanti Sturridge akan dapat peluang ganti Firmino separuh kedua bergantung keadaan. Abam tak optimis nak menang besar kat Estadio Ramón Sánchez Pizjuán. Kalau tak memang seri pun dah kira tak penat sangat untuk layak.

Nov 20, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 3-0 SOUTHAMPTON


Badi perlawanan antarabangsa. Badi dengan pasukan bertahan. Serta badi bila dua oarang pertahanan kurang konsisten, Lovren dan Klavan dah berakhir kalau diikutkan dengan kemenangan 3-0 dengan Soton. Namun Klopp bukan beri mandi bunga tujuh bunga bagai. Dia buat sesuatu yang dia patut lakukan sekian lama. Setelah cuba bertahan dengan formasi 4-3-3 sekian lama, Klopp buat pelarasan yang unik dan wajar. Formasi hibrid 4231 , 4222, serta 442.

Klopp nampak macam cari nahas letak Lovren dan Klavan bila Matip cedera. Ramai tanya kenapa tak beri paling kurang Gomez sebab dia jadi hero England masa lawan Jerman/ Brazil. Klopp jawab selamba, dia taknak beri Gomez peluang untuk cedera dan bek tengah akan dilindungi oleh pemain tengah yang akan bertindih itu kerja pertahanan antara Hendo dan Wijnadum katanya. Ditambah lagi Trent dan Moreno sekadar menyerang ala kadar dan bertahan sepenuh jiwa raga.

Formasi kat atas agak pelik kerana 4 pemain akan main secara berjemaah menyerang. Walaupun secara disiplinnya Mane dan Salah kat sayap, Coutinho dibelakang Firmino kat atas sekali. Betapa pentingnya bila ada pemain serangan yang begitu fleksibel macam mereka berempat. Klopp mampu rancang taktikal serangan yang mengelirukan lawan. Bila suatu ketika Firmino keseorangan namun Salah akan cilok dari sayap masuk kedalam kotak. Sebab tu Salah mampu buat gol melambak-lambak.

Soton memmang pasukan lemah ketika ini. Tetapi pasukan lemah sekalipun awal musim boleh tapau kita. Sebab itu kita tengok awal setengah jam perlawanan agak getir juga nak roboh kubu Soton. Setakat nak main hantara bola simpang siur depan kubu mereka tak hairan buat Soton, sebab mereka dah bersedia susun jentera padat. Tak kerana Salah nak cuba sepak jauh gol pertama Liverpool terhasil. Dan Kubu Soton akan kebal sebab tak menjangka ada pemain nak buat percubaan kot jauh.

Salah secara umum pemain sayap tetapi dalam taktikal Klopp dia diberi kebebasan untuk cilok dalam. Mane pun mungkin boleh jika Klopp suruh. Cuma Mane lebih agresif dan boleh terajang muka lawan sebab tu Mane main sedikit kebawah. Kita tengok gol kedua, bila Coutinho bawa bola dan ruang kosong kat depan, Salah buat larian masuk dalam sebab tahu Coutinho pakar bab nak buat hantaran maut. Hasilnya gol kedua terhasil dari Salah yang bijak ambil peluang.

Setakat separuh pertama Liverpool dah selesa dengan 2-0 sebab Soton memang tak mahu nak cuba tengok sejauh mana Lovren dan Klavan tak buat perangai. Sepatu kedua Liverpool dah boleh sumbat banyak tetapi sekdar menambah gol dengan Coutinho meledak gol hasil gerakan Firmino yang menyepak ditanpan keluar kearah Coutinho. Liverpool dah nampak nak kendurkan perlawanan bila tarik keluar pennyerang dengan meramaikan pemain tengah. Jadi cukup 3-0 untuk kekal relevan dalam kelompok kedua. Sebab City tinggal jauh dah pencabar kat depan.

Nov 17, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SOUTHAMPTON

Dok risau tentang pemain tup-tup Klopp plak yang jatuh sakit. Nasib baiklah persiapan untuk hadapi Soton tak terbantut sebab Klopp baru sahaja keluar hospital dan terus bersama skuad dalam latihan.
Selalunya jika ada pemain terbabit di arena antarabangsa, ramai peminat Liverpool merungut dan gelisah. Hasil yang selalu dapat sejurus pulang, ramai pancit itu perkara biasa, namun pulang dengan cedera teruk itu yang paling malang. Contoh terbaru, Mane. Baru pulih dan sempat main West Ham, kembali ke Senegal main cedera balik. Nasib baik cedera tak seburuk sebelum ni, tetapi masih 50-50 untuk kesebelasan utama.

Perlawanan antarabangsa kali ni lain sikit bagi Gomez. Dia mendapat perhatian dunia, selepas dua aksi menentang gergasi bolasepak dunia, Jerman dan Brazil. Perlawanan dengan Jerman, rezeki beliau sebab Jones Menyu cedera. Dipergunakan peluang sebaiknya dan tanpa prejudis, Bos England, Southgate terus beri Gomez kepercayaan dan paling tak sangka kena jaga pemain termahal dunia si Neymar. Memang sukar nak percaya tetapi abam saksikan Gomez berjaya simpan dalam kocek pemain acah hebat itu.

Karius
Trent Gomez Matip Moreno
Can Hendo
Salah Coutinho Ox
Firmino

Ada yang masih pertikai adakah Gomez perlu disegerakan sebagai bek tengah utama, bergandingan dengan Matip. Bagi abam ianya dah tahap wajib dan perlu disegerakan kerana Lovren dan Klavan tak nampak jalan sebab prestasi mereka tak konsisten. Tak rugi mana untuk letak Gomez walaupun dia bakal buat silap sebab letak Lovren atau Klavan yang bepuluh-puluh perlawanan antarabangsa main, mereka selalu buat silap juga. Cuma Gomez masih tahap rebung boleh dilentur  berbanding Lovren/Klavan yang keras tahap buluh yang hanya boleh buat meriam.

Bila tolak Gomez ketengah, kat kanan mesti secara otomatik Trent ambil alih. Satu lagi mitos ialah tak boleh letak gandingan muda takut masing-masing gelabah, porak peranda pertahanan. Abam rasa boleh saja asalkan mereka saling berkomunikasi dan bantu membantu. Kalau nak selamat boleh ubah Matip bersama Trent dan Gomez bersama Moreno. Ataupun Klopp boleh sahaja main 3 pertahanan, Gomez, Matip dengan Emre jadi Libero/Sweeper kat tengah abis cerita.

Bagi kes Moreno, abam salut mamat ni sebab dia bekerja keras dari semusim dibangku simpanan dan dapat rampas kembali posisi beliau. Korang ingat Moreno ni kaki sentap macam Lovren. Walaupun teruk kena bahan bukan sahaja dengan peminat, tetapi lejen Liverpool macam Carragher, Lawrenson serta yang lain-lain kutuk rapat. Moreno tak pernah merungut malah dia suruh Klopp rejek Napoli walaupun tahu sengit juga dengan kemasukan Robertson.

Bahagian tengah dapat lonjakan bila Lallana kembali pulih dan Kapten Hendo juga dah cergas. Persaingan untuk posisi tengah tak berapa sengit sebab Wijnaldum dan Lallana pasti akan berada dibangku simpanan dan Emre serta Hendo bermula dalam kesebelasan. Coutimho walaupun separuh jiwa dah berada di Barcelona, namun lagi separuh sudah cukup untuk jadi pemangkin kreativiti pasukan. Kalau Mane cergas dia mesti main, kalau tak Ox ada apa nak heran. Salah calon otomatik dan siapa pun bukan saingan dia setakat ni.

Bahagian serangan kita pasti sedikit masalah sebab Soton memang punyai pertahanan kebal, sebab Van Djik dah tak merajuk lagi. Selain kebal taktikal Soton banyak dengan corak serang balas, malah kemasukan pemain lincah macam Boufal memang ngam dengan taktik. Tak banyak nak diperkatakan tentang Soton sebab mereka dah tak punyai skuad pawer sebab ramai pemain dah diborong oleh Liverpool. Jadi Pellegrino terpaksa guna apa saja yang ada untuk hadapi Liverpool yang kembali dalam prestasi terbaik.

Nov 5, 2017

LIGA PERDANA : WEST HAM 1-4 LIVERPOOL


Banyak kejutan sebelum permainan. Mane sihat terus masuk kesebelasan. Ox trus tkekal dapat kepercayaan Klopp untuk terus menerus main sejurus UCL , manakala Wijnaldum yang sakit terpaksa main kerana Kapten Hendo cedera dan Milner tak pasti kenapa tak turun hinggakan Mignolet jadi Kapten. Ini nampak macam ujikaji dan radas macam WHU memang sesuai sebab Klopp dah pantau yang lawan walaupun main di laman sendiri ada kelompongan dibahagian serangan yang kronik.

Formasi atas kertas nampak 433, namun lebih mencorak 424 ketika menyerang dan tanpa bola macam 442 dan 343 masa bertahan. Kebolehlenturan formasi di sebabkan Klopp letak pemain yang punyai kelincahan bukan statik, Mungkin itulah Ox dapat pilihan, bukan sebab nama dia Kerbau tetapi fizikal dan kelincahan serta kaki kiri kanan hidup,perlu nak bantu serbu kubu lawan. Tapi tak perlu nak main teruk-teruk sebab lawan memang tak boleh belah disemua posisi.

West Ham macm nak kantoikan Liverpool dengan gol awal bila Chicarito setap bola cantik untuk Ayew, namun sib baik Migno keluar tutup ruang dan percubaan Ayew tersasar.  Liverpool berjaya menyerap serangan WHU hasil dari sepakan sudut, Matip mengeluarkan bola, Salah dan Mane merempit sesama sendiri hanya seorang bek WHU bertahan, Mane dengan rasa tawadduk memberikan peluang untuk Salah bakal jadi penjaring terbanyak dan Salah tak persiakan dengan gol pembukaan.

Liverpool dengan rakus menggandakan gol. Salah mengambil sepakan sudut dan mencari bahagian tengah tetapi bola separas pinggang dikantoikan oleh pemain WHU sendiri dan berjaya ditolak keluar Hart. Namun bola kantoi dan Matip segera menyerbu untuk menghasilkan gol peribadi dan ke-2 Liverpool. Liverpool punyai peluang banyak untuk membuli lawan, namun pemain WHU cepat bertindak untuk menghalang serangan kita. Separuh pertama tamat dengan 2-0.

Separuh kedua, belum ada tanda-tanda pertukaran walaupun pemain macam Mane dan Wijnaldum baru pulih. WHU berjaya mengurangkan desifit gol. Gerakan bola tinggi mereka sudah dijangka, tetapi yang masalah ialah pertahanan kita masih tak berapa padu. Gomez telah cuba mengekang Lanzini, namun kelincahan pemain Argentina itu memberikan sedikit harapan kepada WHU untuk dapatkan gol lagi, mungkin untuk cari penyamaan bagi mereka.

Sekali lagi harapan WHU untuk bangkit telah dipadamkan oleh serangan Liverpool yang memang zalim bila serang balas. Firmino menjadi pembekalkan kepada Ox dan dengan percubaan pertama diselamatkan Hart. Bola kantoi dan kembali terbias kepada Ox dan tanpa berlengah beliau meluru dan meledakkan gol ke-3 Liverpool dan rasanya membunuh keyakinan WHU untuk terus bangkit melawan.

Penutup perlawan yang berat sebelah memang menyedihakn buat warga peminat WHU sebab mereka tak sangka Liverpool masih bernafsu tambah gol. Gerakan kilat serangan trio- Salah-Firimno-Mane dah cukup kejam sebab WHU turun bertahan dengan ramai pemain sekadar nak halang 3 penyerang kita. Gerakan Mane melepaskan bola lambung kepada Salah nampak macam tak bahaya, tetapi sepakan Salah memang padu untuk beliau menewaskan Hart dan menjadikan Liverpool membenam WHU 1-4.

Kunci kejayaan Liverpool mungkin nampak kearah taktikal Klopp. Abam tengok pemain nampak tak terlalu rakus nak menyerang terutamanya bek tepi. Bila lawan main 3 bek, maknanya mereka akan main kat sayap jadi 4 bek rata dah cukup untuk hadapi serangan lawan dan biarkan serangan bertiga dah cukup nak hancurkan lawan. Sebab itu bila kelajuan Mane dan Salah digunakan dengan cermat, tergapai-gapai pertahanan lawan nak basmi mereka.

Tengah dok menang berterusan, perlawanan terpaksa rehat untuk perlawanan antarabangsa. Kita selalu cuak sebab selalu dah kena bila lepas balik dari perlawanan camni mesti ada yang cedera, keletihan mental dan fizikal. Mane kita paling takut sebab dia masih belum cergas, namun Senegal nak perah tenaga beliau untuk 2 perlawanan penting. Nasib baik Salah tak terbabit sebab Negara Firaun dah layak ke Piala Donia.

Nov 3, 2017

LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Jangan pandang rendah situasi West Ham. Tangga liga bukan penanda aras. Mungkin Slaven Bilic sedikit pening. Banyak pertahanan utama cuti sakit. Malah West Ham antara pasukan yang banyak bolos musim ni. Jadi situasi mereka yang terdesak bakal melihat tuan rumah akan main corak negatif. Macam biasa susun bas, cari sepakan percuma atau penjuru dan guna Abang Andy Khairul serang bola tinggi. Nampak macam lawak kan, tetapi itulah kenyataan bahawa lawan akan mencuba cara tu sebab banyak lawan berhasil dapat mata malah ada dapat 3 mata.

Mignolet
Gomez Matip Klavan Moreno
Emre Hendo Milner
Salah Sturridge Firmino

Rasannya masih belum ada tempat untuk Ox nak jadi pemain tetap. Masa lawan Maribor mungkin dia dapat peluang sebab Coutinho cedera dan Sturridge masih perlu rehat tak boleh main terus menerus. Tetapi semangat yang terbaik bermain baik semasa diberi peluang, rasanya Ox kena naikkan lagi corak permainan untuk bersaingan dengan Salah, Firmino dan Sturridge untuk trio serangan. Jadi lawan WHU kemungkinan besar Sturridge akan main kesebelasan utama, tengok cara Klopp akui Sturridge dalam prestasi terbaik.  Lagipun kalau penyerang kalau dah makin tajam penyudah depan gol dia takkan berhenti kecuali cedera.

Pertahanan kita mungkin jadi sasaran WHU dengan serangan bola tinggi. Secara peribadi abam masih was2 Matip dan Klavan boleh hadap serang balas jika main 2 kat bawah. Namun formula untuk kemaskan pertahanan Klopp dah tunjuk sebelym ni dengan Gomez diberi peranan sebagai bek tengah ketiga tetapi cenderung bantu Salah sebelah kanan dengan limitasi sekadar nak kekang sayap kiri lawan. Formasi boleh cakap masih 433 tetapi menjurus kepada 343, asbabnya Moreno bersama bahagian tengah dan banyak masuk kesayap.

Bila keadaan camni nampak fleksibel sikit bahagian tengah dengan Hendo sedikit bertahan dan Milner dan Emre bantu serangan. Emre kita nampak diberi tugas jika pemain sayap masuk ketepi, dia akan berada didalam kotak. Sebab tu masa lawan Maribor Emre dapat buat gol dan dia dia juga terlepas peluang dari tandukan tersasar. Milner banyak masuk ke kanan jika Salah masuk dalam kotak. Tetapi dia tak masuk sampai tepi sekadar main mudah dan bekap bek kanan jika Gomez kena bantu serangan.

WHU sejak kepergian Dimitri Payet dah tak segarang lagi. Payet antara pencetus serangan WHU yang cukup digeruni. 3 musim lepas pasukan kita jadi ulam dengan mereka tak kira di Upton Park, malah kat Anfield pun mereka kurang ajar memalukan Liverpool depan peminat. Sekarang tak lagi sebab serangan mereka bergantung kepada reputasi Chicarito bekas pemain Menyu. Pembelian mereka macam Anautovic dan Ayew tak nampak boleh ganti Payet, namun abam minat Lanzini yang nampak dia saja sumber kreativiti WHU. Kiranya kesimpulan abam jangka kalau bek kita tak buat hal mungkin kita boleh menang selesa.

Nov 2, 2017

LIGA JUARA-JUARA : LIVERPOOL 3-0 MARIBOR


Mentang-mentang banyak pasukan berjaya dengan taktik susun bas. Taktikal cam hanat tu dah jadi kegemaran pasukan datang ke Anfield. Maribor dah tahu takkan kemana jika nak main terbuka. Maribor telah nampak berjaya dengan formasi 6-4-0 sehingga separuh pertama. Punyalah mengantok tengok, sampai terlelap beberapa kali. Nasib baik Ayer Kopi mesin tekan, jadi penguat semangat. Kalau tak lebur dah rasanya, sebab siang hari ntidur tak berapa telap.

Maribor mungkin terlepas pandang, bahawa risiko juga main susun bas ni, sebab jika salah percaturan dan alpa boleh bolos juga. Namun semangat dan disiplin lawan dan mungkin kerana pemain Liverpool tak berapa kemas percubaan, separuh pertama Maribor meresahkan seantero peminat Liverpool. Tetapi kita tahu Klopp punyai idea yang segar selepas berjaya lakukan perkara yang sama masa lawan Huddersfield hujung minggu baru ni.

Abam rasa kesebelasan kita menarik dengan kemasukan Ox dalam pasukan. Bukan kerana kepantasan dia saja, tetapi otak boleh jalan juga mamat ni kerana dia tak nampak nak lakukan hantaran leret saja setiap masa. Hantaran lambung kedalam kotak memang semat, tetapi malang sekali tadak pemain tinggi dan punyai kelebihan tandukan. namun begitu Ox masih berkarat dan nampak berat sedikit sebab nampak kurang lincah lagi seperti masa kat Senal. Apa Wenger bagi makan budak ni sampai nampak lemau teruk.

Peluang banyak juga tetapi macam abam tengok pertahanan Maribor masih fokus, disiplin dan pastinya tak buat silap. Kalau ada pun penjaga gawang mereka akan tolong sapu bersih kesilapan yang rakan dia buat. Sebab itu penting kesefahaman anatra semua kesebelasan utama. Peluang keemasan  Firmino dan paling leceh bila Emre tanduk tak kena. Kecederaan Wijnaldum tak berapa terasa kerana Kapten Hendo ada. Tapi ada rahmat disebalik bala sebab secara tak langsung Grujic dah berada dalam bangku simpanan.

Separuh kedua, masih dalam mod yang sama, namun kita nampak kesabaran masing-masing masih dalam mod, Liverpool main kawasan Maribor dan Maribor dok rapat-rapat cam tin sardin. Masa yang ditunggu akhirnya tiba, Trent dengan hantaran cantik melencong mencari larian Salah dalam kotak. Salah dengan teknik mengetis bola, mengelirukan bek lawan dan juga goli yang hanya mampu terkam angin. Gol menggamatkan suasana di Anfield dan abam kat sini dah kembali segar mata sebab dah jangka bila dah masuk sebiji, akan menyusul lagi lepas ni.

Frimino memang ohsem, dengan meng"Sa,ba" pemain Maribor dalam kotak penalti. Bek lawan hanya mampu merebahkan Firimno untuk pengadil tanpa dakwa dakwi memberikan penalti kepada Liverpool. Salah dah tak berani ambil dan diberikan kepada Raja Penalti, Milner. Kali ni Sang Raja pun kantoi juga, sebab sepakan agak kurang padu dan goli lawan pun bernasib baik teka tepat tang sebelah mana Milner nak sepak. Lepas ni korang rasa siapa plak yang nak ambil.

Sekurang-kurangnya Maribor tak beri penuh perhatian untuk menyerang sebab tu penalti tak masuk tak ralat sangat. Liverpool terlepas beberapa percubaan antaranya Firmino dengan rembatan lemah dan Salah dengan tandukan meliar. Nampak serangan Liverpool ada peluang nak tambah gol sebab banyak yang hampir-hampir. Inisiatif Emre untuk masuk menyerang dengan hantaran satu dua dengan Milner menjadi. Kubu maribor berterabor, dengan sedas sepakan leret goli Maribor terkena buat kali kedua.

Kemasukan Sturrdige rasanya semata-mata nak rehatkan Salah. Kita tak menjangka ketajaman Sturridge sebagai musang dalam kotak kian menjadi. Minggu lepas masa lawan Huddersfield dia dapat bola mudah untuk masuk kedalam kotak. Namun kali ni lagi mudah, walaupun corak sama, lawan kantoi bola tinggi sampai betul-betul depan kaki Mat Kaca dan sekali rembat goli Maribor memang tak sempat nak buat apa-apa.

Maribor kali ni berbeza dengan Maribor kat Slovenia. Mereka beri tentangan separuh masa tetapi tenggelam dalam separuh kedua. Mereka cuba main seperti mana Syarikat-Syarikat Bas yang berjaya dapat mata kat Anfield, namun dari aspek serang balas mereka  mereka tak sempat belajar. Lagi satu tiada penyerang tinggi lampai nak serang bola udara, untuk uji pertahanan dan tak tercabar langsung. Pusingan kalah mati masih belum dapat jaminan. Lawan kita Sevilla dan Spartak masing-masing beza hanya 1 dan 3 mata. Apapun masih boleh berlaku, tapi mesti lagi menarik dengan persaingan begitu sengit nak kepusingan ke-2.

Nov 1, 2017

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN MARIBOR


Karius
Trent Matip Klavan Robertson
Wijnaldum Can Milner
Ox Sturridge Firmino

Korang jangan harap Maribor nak biar dirogol kat Anfield. Mereka mungkin dah insaf nak main terbuka tambahan plak kat Anfied.  Keinsafan akibat dirogol membuatkan Maribor dah tak bolos dalam 2 perlawanan terdahulu kat Liga mereka, cuma berjaya menang dengan jaringan tipis. Secara logik ikut prestasi pasukan dan prestasi lawan, Liverpool nak menang tak sukar tetapi buat masa sekarang, kita tak boleh jangka pertahanan kita punya perangai. Kalau dia nak bolos, sekali serangan pun kantoi macam kes Spartak dan Sevilla.

Abam ingat perlawanan ni nak simpan Salah pun tak mengapa untuk bagi dia segar lawan West Ham hujung minggu. Ox dah boleh bagi peluang sementara rehatkan Salah. Permainan Ox masa lawan Hudd memang semat. Takkan letak simpanan kerana dia perlukan masa permainan dan lawan macam Maribor sesuai sikit tak berapa ada tekanan. Sturridge kena main terus-menerus bersama Firmino sebab gandingan mereka dah nampak serasi bersama.

Oleh kerana Milner bersama Klopp tadi masa wawancara, rasanya kali ini Milner dah jadi pemain tetap. Kemungkinan besar Hendo direhatkan ganti Emre yang rehat sebelum ni. Wijnaldum plak akan diturunkan lagi bukan sebab jaringkan gol tetapi dah boleh jangka dia akan direhatkan untuk lawan West Ham nanti. Bahagian tengah bagi abam boleh kasi pemain muda macam Grujic peluang, namun kebelakangan ni Klopp dah jarang bagi main sebab apa pun tak tahu.

Pertahanan jadi topik utama namun abam anggap mereka dah Ok. Mungkin sebab takda Lovren sama kot. Masalah Lovren sekarang ni mental koyak. Kadang-kala dia bab luar padang terlalu ambil serius. Macam kes kena bahan sampai tutup Instagram dan baru ni kena ugut dalam dalam media sosial. Sebab itulah Klopp kena beri masa Lovren cari ketenangan jiwa dan pulih sepenuhnya kalau betul dia cedera. Dah pulih betul-betul mental fizikal barulah kita boleh tengok Lovren yang mantap dan tiptop.

Klavan mungkin kekal bukan sebab dia tak buat perangai tetapi dia saja opsyen yang ada. Trent mungkin ganti Gomez sebab  Gomez perlu rehat sebab dia mungkin akan diberi peranan dibahagian tengah jika Klopp tak puashati dengan Klavan. Kita heran kenapa beli Robertson tapi jarang beri peluang. Moreno memamg mantap musim ni, tetapi Robertson kena diberi masa permainan takut-takut jika Moreno cedera, tak menyempat Robertson nak bersedia dengan stamina dan keserasian taktikal.

Oct 29, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL 3-0 HUDDERSFIELD

Korang ingat jadi pengurus sebenar macam main CM. Kalau main CM boleh reset main semula. Dalam dunia nyata sebagai pengurus Liverpool, Kloop sebagai manusia biasa memang ada buat silap. Kita puji sikap Klopp dia mudah akui silap sendiri berbanding orang lain suka tuduh pengadil kayu,  padang becak dan budak Milo pun kena maki. Tetapi dalam pada itu Klopp juga jenis murah hati dan suka beri peluang kepada pemain yang suka buat silap peluang perbaiki diri.

Dalam kes lawan Hudd, Klopp beri peluang kepada Mignolet dan Lovren tebus kesilapan. Kalau tak cedera masa pemanas badan, mungkin Lovren masih kekal kesebelasan uta,. Tak tahulah samada Klopp buat trik atau betul-betul Lovren sakit, Klavan ganti masuk sebelum sepak mula. Kita bukan meminta atau seronok Lovren cedera. Tapi jika dia betul cedera, itu lebih baik bagi Lovren pergi berubat supaya betul-betul sembuh dari dok telan pil tahan sakit sampai 5-6 biji.

Alamak bila Klavan masuk, teringat pula pembantaian Mak Siti 5-0 haritu. Namun apakan daya Klopp memang tiada pilihan sebab dia memang nak letak 3 pertahan dalam taktikal baru. Siapa cakap Klopp tiada plan B. Mungkin dia tahu Plan A beliau memang hafalan David Wagner, jadi Klopp cuba main akal dengan main formasi 3421. Sturridge dihujung serangan diapit Firmino dan Salah. Milner main sayap Kanan dan Kiri Moreno.

Liverpool bermain corak Liverpool walaupun garapan formasi baru. Dan Huddersfield juga main macam mana mereka bantai Setan Merah. Sebab itulah separuh pertama nampak begitu bosan sebab Hudd hanya menekan Liverpool dan Liverpool hanya main hantaran-hantaran tepi belakang tepi belakang. Hudd plak dapat banyak peluang dari setpis namun mereka juga gagal mempanikkan barisan pertahan kita. Namun Salah mesti rasa bersalah sebab kantoi penalti dan Kapten Hendo rembat kena palang. Ramai bising kenapa tak kasi kat Milner si Raja Penalti.

Separuh pertama berlalu sepi tanpa gol. Klopp masih belum panik dengan kesebelasan separuh pertama. Kita tengok corak hantaran pendek terasangat tak memberansangkan dan beliau mungkin arahkan sedikit bola jauh mencari penyerang. Mungkin itulah percaturan semasa bilik persalinan. Dan hasilnya gerakan dari Moreno menghambur bola tinggi melepasi barisan pertahan dan bek Hudd terlepas tandukan dan sampai kepada Sturridge yang tanpa segan silu meledakkan gol pembukaan Liverpool.

Umpama empangan yang telah bocor, akibat gol Sturridge. Gol inspirasi itu macam meretakkan lagi benteng empangan Hudd yang kemain kebal separuh pertama. Kali ini Firmino mendapat aura gol dengan menanduk padu gol hasil dari hantaran Milner. Boleh dikatakan serangan Liverpool nampak berbisa dengan Wijnaldum pula menamatkan kemarau gol beliau dengan gol ke-3 Liverpool. Bukan tak reti nak sumbat gol tetapi bila serangan lebih pantas dalam kawasan bahaya, memang rezeki datang bergolek-golek.

Satu kemenangan tak berikan gambaran keseluruhan sebab Hudd pun tak main macam mereka lawan Setan Merah. Cuma yang semua peminat akui kemenangan beri satu kelegaan untuk menarik lafas lega ,sementara menunggu detik mencabar perlawanan selepas ni. Abam tengok pemain macam Ox dan Solanke kena beri peluang seadanya sebab cara nampak bersemengat. Mungkin perlawanan dengan Maribor minggu ni kat Anfield boleh jadi permulaan.

Oct 27, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN HUDDERSFIELD

Nasib baik gua abam spesyel sikit dari korang sebab ada Wifi. Dapat juga menulis dalam kesyahduan selepas kena baham dengan Spurs. Pada yang kecewa dengan prestasi sekarang, bawa-bawalah bersabar. Langit takkan selalu mendung. Lagipun bukan korang tak terbiasa tengok Liverpool kalah kan. Kalau nak geram pun kita paling kuat menyentap dan mengomel dalam blog, forum dan wassap Liverpool. Kita bertuah sebab belum lagi dengar ada peminat Liverpool kemurungan macam peminat Arsenal yang bunuh diri sebab tak boleh terima kekalahan. Telinga peminat sejati Liverpool dah tebal dan kalis kena bahan.

Abam tengok sekarang Klopp dan pemain ada sedikit masalah dalam permainan. Kita tak tahu kepercayaan Klopp dikhianati pemain atau pemain tak reti atau tak paham arahan taktikal Klopp. Korang tengok dalam dunia bolasepak beberapa kelab sahaja berani main macam kita. Yang berjaya setakat ni Barcelona dan Man City, itupun sebab Guardiola kan. Cuma kekhilafan Klopp ialah terlalu ingin melatih pemain sedia ada supaya cemerlang dalam taktik beliau. Dalam latihan mungkin segalanya sempurna sebab main sesama sendiri kot. Bila main betul lain jadi plak.

Kesabaran atau keboleh percayaaan Klopp dengan skuad sedia memang ada had. Korang jangan bimbang. Peluang diberikan kepada beberapa pemain yang kokak sebelum ni. Ada yang meningkat dan ada yang masih koyak. Setiap dari mereka sedang dinilai oleh Klopp. Ingat lagi kat Dortmund Klopp ambil masa 3 musim baru dapat pasukan terbaik beliau. Jadi pemain keluar masuk dan masih kekal tak keluar-keluar korang kena tunggu sebelum tempelak Klopp. Macam kes Lovren, abam rasa reaksi dikeluarkan 30 minit, itu isyarat tegas Klopp bukan sentiasa boleh berkompromi nak kesian2.

Karius
Trent Matip Gomez Moreno
Grujic Hendo Milner 
Salah Firmino Coutinho

Ada ura-ura beberapa pemain yang kurang memuaskan masa lawan Spurs akan kena jadi simpanan jap. Bukan Klopp nak menghukum, tetapi bagi mereka hilangkan ketegangan dan perbaiki mental yang koyak. Macam kes Lovren, beliau bukan sahaja terpaksa makan pil, tetapi masalah keluarga jadi perhatian media terutama tabloid hanat "The Sun" sikit sebanyak gangu prestasi beliau. Kesian abam tengok sampai dia tak tahan kena bahan hingga buang Liverpool dan padam akaun media sosial. Korang ingat korang saja kena bahan, Lovren lagi teruk. Korang jangan buat Lovren terjun lombong plak. Kesian keluarga dia.

Mignolet juga sasaran seterusnya. Klopp tak zalim kalau bagi peluang kepada Karius plak kan. Sebab sistem meritokrasi perlu untuk bagi semua pemain peluang jika ada saingan mereka nampak lemau. Abam lebih suka Ward yang dapat peluang berbanding Karius sebab pemain muda Jerman itu pun pernah buat badut sebelum-sebelum ni. Kita bukan nak tengok Pennywise dalam diri Ward.  Cuma belum cuba belum tahu samada Ward adalah penjaga gawang yang kita cari-cari selama ni. Bila Mignolet dengar bakal diturun pangkat, tup-tup berita keluar Liverpool nak bida, bekas lejen Sepanyol dan Real, Cassillas. Rasanya kalau betul mungkin masadepan Mignolet akan kelam.

Liverpool tiada persengketaan dengan Huddersfield, malah kita salut mereka sebab tibai Setan Merah minggu lepas. Apatah lagi pengurus mereka David Wagner rakan karib Klopp. Jadi kita anggap perlawanan nanti perlawanan adik-abang. Namun begitu jangan dok buat kesian plak dekat pasukan lawan sebab kita perlukan kemenangan. Tetapi apa yang Klopp kena hati-hati Wagner memang tahu taktikal Klopp dan Klopp juga pasti kena ejas sedikit taktikal untuk elak jadi macam soalan bocor. Kalau tak semua lawan nak susun bas untuk ambil kesempatan.

Oct 23, 2017

LIGA PERDANA : SPURS 4-1 LIVERPOOL


Peminat yang realistik takkan terkejut dengan keadaan sekarang. Sejak awal musim main teruk, setakat lawan Setan Pondan dan Maribor yang bingai tak bolos, takkan korang dah lupa yang Lovren masih ditahap Lovren. Kloop mungkin ditahap penyesalan sehingga terpaksa keluarkan Lovren seawal 30 minit perlawanan. Korang juga jangan marah Lovren sangat. Kesian juga abam tu, dah lah terpaksa makan ubat tahan sakit untuk setiap kali turun padang. Lovren hanya ikut arahan, bila Klopp suruh main dia kena main sebab makan gaji dengan Liverpool.

Klopp juga perlu hadam segala kritikan tentang pertahanan teruk. Bukan semalam perkara ni berlaku. Sejak zaman Brendan lagi .Clyne, Lovren, Gomez, Moreno serta Mignolet dah kat 2 musim dengan dia. Takkan dah berbolos-bolos banyak takda pendirian nak buat perubahan drastik. Klopp terlalu lembut hati dan beri peluang kepada beberapa pemain yang tak konsisten sekian lama. Akibatnya orang dah tak tala makian dekat pemain, Klopp pun dah ramai makin tak suka.

 Abam teringat camna Houllier buat bila datang ke LFC dulu. Bek Liverpool zaman Roy Evans teruk juga. Tak pasti mana lebih teruk, zaman itu atau sekarang. Cuma Houllier dah buat kerja rumah dengan bawak masuk 3 serangai, cakap Triniti geng pak lebai mai bahan plak nanti.  Hyypia-Hencoz-Hamman. Tripel-H yang berjaya menggondol pelbagai Piala dan Medal. Malah Rafa masuk pun cuma ejas Carragher dari main tepi masuk tengah ganti Hencoz. Hamman dia naik taraf dengan Xabi Alonso.

Klopp perlu buka buku baru nanti mulai Januari. Tak kisah Van Dijk atau sesiapa sahaja pertahanan yang hebat, dah tahap wajib beli. Kalau ada duit beli terus Koulibaly dari Napoli kot atas. Emre Can juga dah nampak buat kepala sekarang, belum lagi nak sain kontrak satu hal, bila dah dapat peluang main nampak tak setara mana juga untuk justifikasi untuk minta gaji tinggi. Sekarang masa untuk beri Grujic untuk ganti Emre. Abam tengok Grujic ada potensi jika dapt peluang sama macam Klopp beri pada pemain tengah yang lain.

Kita siapa nak tulis lebih-lebih pasal Liverpool. Cuma harap Klopp tahu camna nak keluar dari kemelut yang melanda. Kita seronok bila Klopp jadi pengurus kita sebab dia punyai reputasi dan pernah menang banyak piala dan kejuaraan. Tetapi jika keadaan tak berubah FSG bukan takda alasan nak cari Pak Angguk lain sebab dengar kata Ancelotti sedang dok risik2 kerja kat sebelah England lepas kena terajang dari Bayern Munich. Abam bukan malas nak tulis pasal perlawanan tetapi rasa macam tak boleh terima gol yang kena sebab semua jenis bodoh-bodoh belaka.



Oct 20, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN TOTTENHAM

Berkrik-krik juga blog ni minggu lepas. Draf cerita seri dengan Setan Menyu dah buat tapi tak tertulis sebab cuti sekolah. Kena beli masa dengan anak-anak, jadi abam terpaksa skip sampai perlawanan Maribor. Korang yang tertunggu-tunggu ulasan sebelum ni, sampai dah siap komen lagi abam minta maaf. Abam rasa buat masa depan nanti kena lantik lagi pembantu editor blog ni, sebab Abang Awang Trasher pun pergi makan angin juga. Kalau ada yang sudi boleh letak email untuk  lantikan segera.

Kesimpulan dalam kedua-dua perlawanan sangat mudah. Satu pasukan penakut kerana cerdik. Dan satu lagi berani tetapi bendul. Kalau ikut reputasi dulu kala, Menyu patut main menyerang macam Maribor dan Maribor perlu main pondan macam Menyu. Sebab itulah peminat Menyu jijik dengan corak permainan mereka walaupun dapat 1 mata, tetapi peminat Maribor tetap salut pasukan sebab berani mencuba untuk beri hiburan kepada penyokong terutamanya pelawat yang datang jauh ke Slovenia.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Moreno
Milner Hendo Emre
Salah Firmino Coutinho

Klopp telah melakukan satu pertukaran yang berjaya merubah keseluruhan sistem. Milner bukan biasa-biasa permainan beliau. Dia tak punyai kepantasan dan fizikal sebab melepasi 30an dah usia. Apa yang si bosan Milner ni buat atas padang ialah kreativiti untuk melakukan hantaran yang menjebak kubu lawan. Bukan nak banding dengan Kapten Hendo , corak hantaran kapten kita itu terlalu nak main selamat. Kepelbagain corak hantaran Milner memang ngam sebab dia ambil risiko sebab konfiden dan sememangnya hantaran Milner banyak hasilkan gerakan serangan bahaya.

Membelasah pasukan Maribor bukan petanda pasukan kita dah boleh bongkak. Ianya sekadar menaikkan moral pasukan. Bila moral dah ditahap terbaik, maka taklah huru-hara permainan macam sebelum2 ni. Spurs abam boleh cakap berada atas sikit dari kita dalam segenap aspek. Dari goli sampai penyerang mereka punyai kualiti disetiap posisi. Corak mereka lebih dinamik, sebab nak menyerang sangat pun tidak bertahan macam Menyu pondan lagilah tak. Sebab itu kita nampak masa lawan Real Madrid, bekas juara Eropah pun nak makan Spurs pun sikit nak mampus.

Kelemahan Spurs adalah Wembley. Padang keramat England itu terlalu besar dan bagi pasukan yang tak main dengan corak ortodok 4-4-2 jangan harap boleh nak gunakan kelebihan itu. Sebab itu Klopp nampak peluang nak kitai Spurs dengan taktik sekarang lebih mudah sebab kepantasan Salah dan kretiviti Coutinho memang boleh beri kelebihan. Kelebihan itu kalau kena gaya boleh jadi peluang, tetapi jika terlebih konfiden pun bahya sebab Spurs jarang nak bolos bola mudah, sebab mereka lebih kompak kat bawah.

Bagi kes Firmino, dia terlalu berkorban untuk pasukan hinggakan jika tiada beliau sistem gegenpressing macam tiada. Carragher cakap Mino, adalah pemain 50-50, separuh menyerang dan separuh bertahan. Letak Sturridge 90 minit kat atas memang tak termain gaya Firimno. Rutin dok kat atas, tunggu kawan-kawan jolok bola dah takda dalam kamus Klopp sejak dia letak Mino kat situ. Jadi jika Firmino takda nanti, rasanya Solanke yang nampak boleh latih main camtu.

Kalau tak cerita pasal pertahanan tak sah kan. Sekarang mod gembira korang abam taknak kasi potong stim. Namun keadaan Kane yang seganas Kane WWE, cukup bakal menguji Matip dan Lovren yang baru nak berasa dua perlawanan tanpa bolos. Kane bukan bangkai macam Lukaku yang tak mampu berdikari bila kawan-kawan dok susun bas kat bawah. Jadi nak membangkaikan Kane, harap pertahanan kita kena main rileks, sebab Kane jenis suka ambil kesempatan jika bek gelabah biawak.

Oct 13, 2017

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED

Setan Merah dah naik tocang musim ni. Setelah berhabis dekat beratus juta, barulah mereka nampak sedikit bagus. Mourinho siapa tak kenal, dia hanya tahu cara beli pemain. Kalau nak penaik dari akademi minta maaf, Rashford pun Van Gagal yang perkenalkan. Sebab itu jangan kita bandingkan kejayaan awal musim Menyu dengan kita. Klopp memang berlagak tanak beli pemain mahal-mahal sebab dia lebih suka beri peluang pemain akademi macam Trent, Woodburn dan Ejaria. Bukan sebab nak berjimat bagai tetapi pemain luar macam tentera upahan, tengok Coutinho dan Emre datang Barcelona dan Juventus nak risik dan sentap nak blah.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Moreno
Emre Hendo Gandum
Salah  Coutinho
Solanke

Balik dari perlawanan peringkat antarabangsa selalu pembawa bala buat Liverpool. Paling menyedihkan Mane bakal berehat 2 bulan lebih sebab kecederaan. Klopp terpaksa rombak sistem dengan kemungkinan besar kembalikan Coutinho dibahagian serangan untuk ganti Mane, mungkin buat sementara waktu. Itu opsyen selamat dari nak letak OX atau bagi Firmino main disayap kiri. Ox masih tercari-cari rentak, dan kita tak tahu apa Wenger dah buat sampai OX jadi bingai sebegini. Firmino plak memang takda bakat nak main kat sayap sebab dia agak perlahan dan dia hanya berfungsi samada main No.9 atau dibelakang No.9.

Bahagian depan akan ada banyak masalah jika Setan buat perangai pengecut main susun bas. Mourinho versi veteran dah tak bengis berbanding pra-sejarah kat Porto dan Chelsea. Trauma kat Real Madrid mengajar Mourinho bahawa dia tak ada jiwa nak main cantik sebab pemain bintang takkan suka main bertahan dan agresif serta bola tinggi. Jadi setelah balik ke Chelsea buat kali kedua dia dapat inspirasi ketika lalu kat Depot simpanan Bas Dua Tingkat London untuk main secara susun bas. Apa pun orang dol kutuk cara Mourinho dia jenis tahu cara nak menang atau paling kurang seri dengan pasukan hebat macam Liverpool.

Sejauh mana kita susah hati serangan tumpul walaupun banyak peluang. Lagi sukar nak pendam rasa tentang bolos yang teruk memanjang kan adik-kakak sekalian. Mourinho punyai pakej serangan lengkap sekalipun main susun bas. Lukaku, keras dibantu Rashford dan Mikhtryan yang pantas memang ngam dengan bek kita yang main  sampai atas tetapi semput dan suka panik bila kena serang hendap. Sebab itu abam setuju cakap Emre, kalau tak main agresif dengan si Setan dan terlampau berlembut, terimalah hakikat yang Syaitan akan ambil kesempatan dan mereka akan menzalimi kita sezalim-zalimnya. Ini kalilah kembalikan sistem "Gegenpressing" yang bagaikan permata yang hilang.

Kemerianhan bakal tercipta di Anfield, sebab Sultan Kenny akan diberikan pernghormatan merasmikan tangga ayam lama, " Main Stand" dan digantikan dengan nama "Kenny Dalglish Stand". Kita harap pemain Liverpool beri persembahan mantap dan jangan malukan Parti Sultan Kenny nanti. Lagi satu abam rasa perlawanan ini akan menjadi satu titik tolak baru bagi memusnahkan harapan Menyu yang sedang gayat di persada Liga berkongsi mata dengan Setan Biru Laut. Serta kita bakal lihat samada tanpa kelibat Mane adakah Liverpool mampu pergi jauh dengan sistem serangan yang terteumpuk kepada anak Pak Lebai itu. 

Oct 9, 2017

ULANGTAHUN KEDUA KLOPPOMANIA



Kalau dalam perkahwinan, ulang tahun pertama masih sesi perkenalan. Nak sendawa dan kentut depan-depan pasangan pun malu-malu lagi. Tetapi masuk tahun kedua, barulah perangai-perangai buruk dah keluar. Itu lumrah alam, semua abam-abam kat luar dah rasa. Cuma kalau pernah ada awek yang lebih baik sedia ada tetapi direjek atau tak berkenan keluarga namun, padahal yang dahulu lebih mantap dari sekarang. Terimalah hakikat hidup pun macam itu. 

Begitulah juga dengan peminat Liverpool. Jangan dok banding-banding awek sekarang, Klopp dengan awek dulu, Rafa atau Houllier, mahupun Brendan. Kalau nak banding dengan Hodgson itu memang lain cerita. Klopp masih pengurus terbaik walaupun apa jua kecamanan terhadap beliau. Klopp hasilkan corak bolasepak yang menghiburkan, positif dan ditakuti lawan pada musim pengenalan. 

Mungkin ramai yang tak ingat semasa Sultan Kenny kena pecat. Klopp dipujuk FSG supaya datang ambil-alih. Namun Klopp buat dek masih nak bersama Dortmund, walaupun ketika itu beberapa pemain bintang beliau kena jual tanpa kerelaan. Dengan sebab itulah pilihan tak berapa gelemer dan sensasi dari kelab Swansea, Brendan Rodgers dibawa masuk. 

Masa Brendan masuk ramai sentap, ada yang kutuk bawa pengurus ntah apa-apa lagi tadak pengalaman. Tetapi bila Liverpool main tiki-taka bagai, puji kemain sebab hampir juarra. Hakikatnya Brendan sekadar pengurus sementara dan pak angguk kepada FSG sementara nak dapatkan pengurus bertaraf dunia. Itulah nasib Brendan, Liverpool taklah dalam kegawatan ekonomi tetapi nasib badanlah Brendan sebab Komiti Perpindahan lebih berkuasa dari pilihan beliau.

Gegenpressing adalah corak yang Klopp main musim pertama. Nampak begitu ranggi dan gempak. Tetapi kesan kepada corak agresif dan pantas itu memberikan banyak kecederaan kepada pemain sehingga tak sampai separuh musim, banyak masuk bilik rawatan. Musim kedua Klopp main lebih wasatiyah dalam segenap aspek, namun bila main sebegitu, lagi nampak teruk barisan belakang bolos tak tertanggung-tanggung.

Musim ini musim ke-2, Klopp setelah menggantikan Brendan pada 8 Oktober 2015. Gegenpressing telah hampir terkubur. Klopp banyak main corak 4-3-3 penguasaan penuh. Nampak menarik pada mulanya tapi masalah terungkai sedikit demi sedikit. Masalah dah jadi penyakit kanser, mulanya serang dari bahagian bawah, naik ketengah dan sekarang kat atas pun dah jadi sakit. Mula-mula bolos, lepas tu serangan jadi mandul nak dapat gol.

Salah-menyalah dari peminat, bekas pemain dan wartawan sukan terbias kerarah Klopp. Kritikan adalah perkara biasa, sebab memang Klopp ada banyak tersilap kira samada dalam perpindahan dan juga taktikal. Namun yang tak tahan ada plak yang nak Klopp dipecat. Kalau nak tahu kalau Klopp kena pecat silap-silap FSG ambil pengurus picisan macam Eddie Howe yang boleh mereka kuasai dari segi tak reti nak deman dana perpindahan.

Dari segi pencapaian Klopp dah bawa pasukan ke 2 Final. Kembalikan Liverpool kedalam kelompok elitis Eropah dengan bersaing dalam Liga Juara-Juara. Cuma sekarang pasukan ada masalah dan dikenalpasti serta langkah pencegahan sedang dijalankan. Langkah pertama Klopp dengan memecat Ketua fisioterapi walaupun nampak agak pelik sebab apa yang kita harap ialah membawa masuk jurulatih pakar pertahanan.

Oct 3, 2017

LIGA PERDANA : NEWCASTLE 1-1 LIVERPOOL


Klopp sudah pening sekarang. Dia sendiri kecewa atas situasi pasukan. Perancangan beliau dengan pasukan sedia ada nampak kelaut. Mainkan pemain ini tak menjadi tukar orang lain pun sama juga. Alasan cakap pada wartawan ialah pasukan kami tak bertuah. Kalau nak tunggu nak bertuah dengan barisan pemain yang agak teruk kirim salam pantai timur lah Klopp oi. Berseri-seri sepanjang masa dengan pasukan kuat tak mengapa tetapi bila badi dengan pasukan lemah itu yang buatkan Liverpool takkan mimpi nak kejar kejuaraan jika tak buat sesuatu.

Abam tengok selain dari barisan pertahanan yang dah jadi bahan ketawa pasukan lawan, bahagian tengah jadi faktor penyumbang kebocoran. Takda pemain tengah yang melindungi barisan pertahanan. Mungkin Klopp yang nak sebegitu sebab sekor pun tadak kecekapan nak tekel bersih untuk tolong bek bila kena serang. Ok diskaun Coutinho sebab dia lembik dan lebih peranan menyerang dari bertahan. Tinggal sekarang Kapten Hendo dan Gini Mat Gandum. Hendo ada juga acah2 rampas bola , tetapi Gini tak fungsi nak main agresif mungkin sebab bodi ushi saja.

Kalau tadak Coutinho mungkin balik telur ayam. Itu ayat penyata yang ada asas. Cuma yang lebih nyata ada takda Coutinho penyerang kita tak berkomunikasi atas padang. Salah banyak ketika buat pilihan khilaf ketika menyerang. Samada dia terlalu nak buat seorang diri dan tak percaya Sturridge itu boleh jadi. Mane plak sejak balik kena gantung sedikit karat dan tak mampu nak jadi hero. Sebab selalu dia tapi musim ni Salah ambil alih kot. Sturridge telah buktikan dia takkan kembali jadi sang pemusnah bahaya.

Dulu orang cakap ada Suarez semua pemain jadi tere dan cerdik ramai yang bankang. Sekarang mungkin ada logik Sturridge dah hilang separuh jiwa selepas pemergian Suarez. Patut Firmino jadi pilihan Klopp sebab Firmino nampak kurang tamak dan gerakam beliau banyak bantu rakan buat gol. Sekarang bila Firmino kelaut dan bagi peluang Mat Stur pun tak nampak beza malah lagi menyakitkan hati. Dalam dok tensen  bab  penyerang tetiba Solanke masuk berikan impak terbaik dan harap da boleh dketengahkan sebab takda risau nak letak, sebab Sturridge & Firmino sama naik depa punya lemau.

Dulu peminat marah dan kesal jika datang sahaja rehat untuk arena antabangsa. Tetapi leni lain plak. Ramai lega kesengsaraan dapat dilengahkan selama 2 minggu. Apa yang merisaukan juga adalah pemain balik cedera. Tetapi abam rasa pemain yang balik main untuk negara masing2 akan mengecas semangat mereka kot. Sementara itu Klopp pula kena muhasabah diri dan buat bedah siasat sementara rehat lama sebelum bertemu pasukan Setan Gondol yang kemain angkuh dan ujub sebab dipersada liga.

Sep 29, 2017

LIGA PERDANA: NEWCASTLE LAWAN LIVERPOOL

Liverpool akan bertemu Sang Murai, Newcastle di St James Park. Pertemuan penuh nostalgia untuk peminat sebab Pak Cik Rafa, bekas pengurus lagenda kita. Respek kepada Rafa masih tebal, bukan sahaja asbab Liga Juara-Juara 2005, tetapi Liverpool jadi pasukan elit dan singgah ke Liga Juara- juara saban musim. Malah pemain yang dibawaRafa  macam Alonso, Mascherano, Reina, Agger dan Torres adalah kualiti yang rasanya pemain sedia ada tak mencapai tahap mereka.

Skuad Murai bermain sama macam corak stendet Rafa kat Liverpool. Cuma kualiti mereka memang tak sama sebab Rafa cukup tak bernasib baik walaupun punyai Tokey Kaya, pemilik kedai sukan Sportdirect tetapi kedekut Haji Bakhil. Setakat ini corak Newcastle tertumpu pada kekuatan bahagian sayap yang diterjui Christian Atsu dan Mat Ritchie. Tapi cam biasa ramai pemain Sepanyol dalam pasukan sebab Rafa dia taknak pisang berbuah 10 kali macam kat Chelsea dan Inter. Pemain tempatan kadang-kala tak faham perangai beliau.

Mignolet
Gomez Matip Lovren Robertson
Hendo Emre
Salah Coutinho Mane
Sturridge


Skuad Klopp pulang dari Russia dengan sedikit kecewa. Punyalah bolot penguasaan bola dan peluang kemain banyak tetapi sekadar seri 1-1. Klopp cakap dia memang agak lawan nak main lebih bertahan, tetapi dengan peluang demi peluang yang terhidang tetapi tak pandai nak hadam, tak tau apa lagi alasan nak beri. Dah buat perubahan nak kekang kebolosan, ada nampak perubahan, walaupun bolos dari sepakan percuma itu boleh cakap tak bernasib baik. Ada pun orang cakap pertahanan dan goli tak berapa pandai nak susun atur benteng.

Takkan sekarang terpaksa ubah silibus nak ajar penyerang camna nak ambil sepakan pula kot. Faktor lawan main susun bas mungkin alasan tak berapa masuk akal, sebab pasukan macam City, Menyu dan Chelsea dan juga Spurs dan Arsenal tak punyai percubaan yang banyak macam Liverpool tetapi masih mampu benam lawan banyak gol. Mungkin ada logik yang pasukan kita tak punyai penyerang prolifik yang mampu buat gol 20+ semusim, setaraf Kane, Aguero, Morata dan Lukaku. Firmino sekadar penyerang utama, cuma tahap bidan terjun yang Klopp masih gunakan tanpa pembelian baru awal musim.

Masih tak berapa yakin tentang kebolosan boleh diperbaiki sekelip mata. Kalau ikut statistik Newcastle punya serangan tak padu mana, cuma Pak Cik Rafa bab taktikal dia memang jenis pandai ambil kesempatan. Apa yang penting sekarang, barisan depan kena pro-aktif dan jangan persia-siakan peluang macam beberapa perlawanan lepas. Memang sakit hati tengok. Harap Klopp bagi peluang plak kat Sturridge sebab inilah masanya Firmino rehat sekejap sebab dah lama kemarau gol. Takkan nak harap Mane dan Salah setiap masa, sebab miker dua tu bukan penyerang utama.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails