Showing posts with label Daniel Agger. Show all posts
Showing posts with label Daniel Agger. Show all posts

Aug 30, 2014

GOD REJSE DANIEL MUNTHE AGGER


Ayat diatas dalam bahasa Danish, "Selamat Pergi Daniel Munthe Agger". Khidmat beliau selama hampir 9 musim di Liverpool sangat dihargai. Bapak Rafa Benitez beli Agger dari Bronby dengan harga £6juta pound. Salah satu benda yang pemantau nampak Agger bakal menjadi pemain hebat untuk Liverpool kerana dia mampu memegang bola dan melakuakn hantaran dari bawah tanpa cemas. Pencapaian beliau dengan Liverpool adalah Naib Juara Liga Juara-Juara 2006/7, Piala FA 2005/06, Piala Liga 2011/12 dan Piala Sumbangsih 2006/7. Jangan lupa Agger juga penjaring gol dengan 11 gol sepanjang karier.

Daniel Agger tersisih bukan kerana tak berbakat, tapi dia kerap sangat cedera membuatkan bukan sahaja kerap hilang tempat dan sedikit sebanyak merencatkan perkembangan karier beliau. Dari 9 musim bersama Liverpool, dia hanya bermain dekat separuh sahaja perlawanan. Tapi kita tengok statistik Liverpool jika Agger bermain Liverpool banyak perolehi kemenangan berbanding beliau sakit. Takdir beliau untuk cedera bukan sebab faktor latihan atau cedera semasa main perlawanan antarabangsa, tetapi Agger seorang pemain yang berani dan suka ambil risiko.

Agger bakal menjadi lejen Liverpool kerna tersangat setia padahal sebelum ini telah beberapa kali cuba dipikat oleh kelab luar termasuk Barcelona dan Napoli. Walaupun hilang tempat utama, Agger tak berapa nak merungut mungkin faham yang prestasi dan kecederaan adalah faktor bukannya diskriminasi. Pemilihan untuk pulang ke tanah air, Denmark dan berbakti untuk kelab lamanya, Bronby lama ditunggu dan sanggup kena potong gaji. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan kalau ada jodoh mungkin pasukan kita bakal bertemu Bronby untuk pelrawanan persahabatan.

Aug 7, 2012

DILEMA BEK TENGAH


Kesetiaan dalam bolasepak amatlah bergantung kepada situasi kelab juga. Macam keadaan pasukan kita yang terkeluar dari saingan Liga Juara-juara menampakkan status pasukan elit kita dah tak se-gah dahulu. Nak menarik pemain ternama kian susah dan paling ditakuti ialah pemain berkualiti yang ada dalam pasukan pula sedang diintai oleh lawan. Jadi pemain yang ada sekarang melihat opsyen samada terus kekal atau terjun kapal untuk memburu peluang untuk lebih buat duit dan medal walaupun hak sebagai status pemain utama belum tentu dapat diberikan oleh pasukan baru.

Dulu ramai yang terhegeh-hegehkan Skrtel kerana pemain ini menjadi pemain terbaik kita musim lepas. Namun lepas Agger bermain baik dan merupakan hero buat Denmark dalam Euro12, dia pula sedang diskodeng oleh kelab seperti Man City, Real Madrid dan Barcelona. Bagi saya kalau Agger sendiri mahu pindah Brendan kena jual sebab kepala otak pemain akan di BTNkan oleh ejen supaya memberontak dan kalau boleh buat hal untuk membolehkan perpindahan berlaku macam kes Luca Modric. Ramai lagi pemain yang boleh main bek tengah ala libero dan kalau nak boleh beli Javi Martinez letak disitu. Tapi kalau taknak belah jangan cari pasal nak jual.

Jun 18, 2012

AGGER PULANG AWAL BAWA BEKAL DURIAN BELANDA SEKALI


Sebenarnya saya sangat berterima kasih kepada Anon yang telah menyedarkan saya mengenai undang-undang baru mata dalam kejohanan Euro edisi ini. Apataknya mangsa pertama idea sempoi Platini ini ialah pasukan Russia. Kalau ikut kiraan lama mereka layak sebab jaringkan gol lebih dari Greece tapi dek kerana Greece telah menapau mereka jadi otomatik Greece berjaya mencilok tempat kesuku akhir.

Perlawanan grup maut ini amat rumit macam yang diterangkan oleh Abam Anon sebelum ini. Yalah ianya rumit dan amat merumitkan pasukan faberet ramai Belanda. Mereka perlu menang lebih dua gol namun kena pastikan Denmark juga bungkus. Namun apakan daya, pasukan yang mempunyai pemain dari Kelab besar tetapi mempunyai ego yang teramat besar telah dimalukan oleh pasukan yang kurang feberet macam Portugal.

Amat malang bagi Agger kerana Jerman tak kasi can kerana menurunkan skuad utama untuk perlawanan yang hanya pelengkap bagi mereka. Tapi menurut statistik Agger telah melakukan 10 kali pintasan dan 7 kali mengeluarkan bola dalam keadaan bahaya. Statistik inilah bakal membuatkan Agger amat diperlukan dan menjadi nadi kekebalan pasukan kita musim lalu. Paling saya seronok ialah Agger tak cedera langsung dan harap dia akan memulakan kempen 2012/13 dengan Liverpool bukan dengan Man Citeh atau Real Madrid.

Jun 14, 2012

DENMARK REBAH KEPADA PORTUGIS


Pasukan Belanda boleh balik bercuti awal setelah dapat telur ayam dari dua perlawanan. Portugal ada ong setelah menang tipis 3-2 ketas Denmark.Jadi Jerman dah boleh bagi pemain simpanan main dan hanya membiarkan Denmark dan Portugal bergocoh sesama sendiri.

Peluang cerah kepada Portugal kerana Belanda sedang dalam mood kebosanan dan hanya main untuk ambil elaun, manakala Denmark pula sedikit tertekan kerana pemain pelapis Jerman memang sebaik kesebelasan utama. Harap Agger lakukan terbaik ketika lawan Jerman.

Jun 10, 2012

AGGER MAKAN DURIAN BELANDA


Setiap pasukan yang ada pemain Liverpool akan diraikan dalam Liverpoolkita sempena Euro12 ini. Memandangkan Kuyt dah jadi pemain Fenerbache, maka Agger menjadi tumpuan dalam perlawanan antara Belanda lawan Denmark pagi tadi. "Flying Ducth" tak berapa boleh nak terbang digasak oleh Agger dan kengkawan. Walaupun Belanda main cun tetapi banyak buang peluang, namun permainan pantas serang balas Denmark serba menjadi. 1-0 jaringan Kron Dehli memang menikan jantung setiap peminat buah limau manderin ini.

Memang bola itu bulat dan macam-macam boleh terjadi. Tapi ingat lagitak Euro92 dulu. Macam inilah kelaku pemain Denmark yang menjuarai Piala Eropah membantai pasukan feberet yang lain. Tapi saya tak cakap yang Belanda tak ada peluang atau Denmark sekarang akan jadi Denmark 92. Cuma pasukan yang pandai ambil kesempatan macam Denmark atau yang banyak mempersia-siakan peluang macam Belanda akan menentukan nasib mereka sendiri dalam kejohanan ini.

Tapi kesimpulannya saya berbangga kerana Agger bermain baik dan harap prestasi ini akan dibawa ke Anfield, itupun kalau Real Madrid atau Man City tak buat sial nak pujuk pemain terbaik kita ini untuk main Liga Juara-Juara.

Sep 20, 2011

AGGER REHAT SEBULAN



Pihak perubatan Liverpoolfc memaklumkan bilik berita Liverpoolkita bahawa secara rasminya Daniel Agger akan berehat 4 minggu. Beliau mengalami keretakan tulang dada ketika perlawanan menentang Totenham baru-baru ini. Namun setiap musibah ada rahmat juga sebaliknya kerana peluang pemain baru dari Uruguay, Sebastian Coates untuk menunjukkan kebolehan. Selain Coates tempat Agger bakal diganti oleh Skrtel dan Kelly serta Wilson.

Sep 28, 2010

DILEMA BEK KIRI



Kecederaan Paul Konchesky memberikan tamparan hebat buat kita. Bukannya tiada pengganti, namun dia adalah satu-satunya bek kiri senior yang kita ada. Paling awal mungkin dua minggu beliau akan direhatkan. Agger mungkin calon utama untuk ganti Konchesky, tetapi dia lebih mantap jika bermain ditengah berbanding tepi. Jadi untuk perlawanan Liga dan Europa, takkan kita hanya bergantung harap dengan beliau seorang. Pemain lain yang mungkin boleh digunakan ialah Kelly atau Wilson. Kelly walaupun dapat bermain baik diposisi itu ketika Piala Europa sebelum, namun Wilson pula agak kurang menyerlah bila diberikan tugas itu ketika tewas kepada Northampton minggu lalu.

Tapi ada yang tertinggal. Aurelio. Ada macam tak ada. Saya seakan lupa langsung yang kita masih ada seorang lagi bek super senior dalam senarai bek kiri. Tapi sayang seribu kali sayang. Kita hanya gila bayang. Aurelio masih lagi kurang sihat dan tak pasti bila dia akan benar-benar pulih. Tapi kalau dia pulih dan bebas kecederaan sudah pasti kita akan tak runsing lagi mengenai posisi di kiri lagi. Pemain serba lengkap ini amat menonjol ketika musim kita hampir dapat kejuaraan liga. Ingat lagi gol sepakan percuma dengan Chelsea, pergh Beckham pun cemburu tengok ada orang boleh tiru macam dia. Tapi dia juga mantap bertahan dan jarang diperdaya oleh sayap lawan hatta Ronaldo sekalipun.

Jadi tak kisahlah siapa yang bakal main dikiri. Yang penting kena berusaha lebih. Kalaulah tak lepaskan Insua mungkn Hodgson tak pening kepala sangat tapi apa boleh buat semuanya takdir.

May 22, 2010

AMBOI KAHWIN TAK JEMPUT



Daniel Agger telah menjadi raja sehari minggu lepas. Dia jemput semua peminat sebenarnya tapi hangpa ada duit ke nak pi Denmark. Sampai ada kenduri kawan dekat Johor pon kirim tahniah jer, inikan pula kat Euro sana. Apapun jua mereka mungkin tidak akan berbulan madu di Langkawi atau Tioman, sebab Agger kena main Piala Dunia.

Jul 20, 2009

Kecederaan Agger gugat persiapan pra-musim



Persiapan pra-musim sedikit terbantut dengan berita kecederaan Daniel Agger. Walaupun Carragher dan Skrtel masih merupakan pemain utama, tetapi Agger masih perlu dalam pasukan jika apa terjadi pada mereka berdua. Kalau dahulunya Hyppia boleh menjadi galang-gantinya apabila Agger berehat panjang, kini Rafa terpaksa mencari altenatif lain.

Sebelum ini Sylvian Distin dari Portsmouth telah dikaitkan sebagi pengganti ideal tempat Hyypia. Malah sebelum Distin ke Pompey, Rafa pernah membida bekas pemain Man City ini tetapi tidak berdaya. Ini kerana Distin ketika itu masih berharap menjadi tonggak dalam kesebelasan utama. Kriteria dan kebolehan yang ada pada Distin tidaklah sehebat Hyypia, namun pengalaman beliau merupakan aset untuk tugasan bidan terjun ini.

Alternatif lain yang lebih kepada ideal bagi peminat ialah menyerapkan pemain muda iaitu Martin Kelly atau Mikel San Jose sebagai bek simpanan. Perlu dingat kedua-duanya mempunyai prospek yang agak baik untuk menjadi pemain hebat untuk pada masa depan. Tetapi jika diberi pilihan saya lebih berharap Kelly akan lebih mendapat peluang kerana beliau merupakan pemain tempatan dan memenuhi kuota terbaru UEFA .

May 3, 2009

Agger masih setia



Ini merupakan berita yang paling menggembirakan buat semua. Liverpool hampir-hampir kehilangan permata berharga yang merupakan pertahanan masa depan yang sekarang pun sudah memang diakui hebat. Sebelum ini ramai peminat yang marah kepada Rafa kononnya tidak bersungguh-sungguh untuk memberikan kepastian kepada Agger tempat dalam kesebelasan utama.

Namun saya rasa Agger bukannya tidak faham situasi tersebut kerana Hyypia sudah mencuci but dan Carragher sedang berjinak-jinak dalam kejurulatihan. Cuma beliau ingin imbuhan yang berbaloi untuk menguji kesungguhan Rafa dan kelab terhadapnya. Mulanya saya turut meragui kesetiannya, kerana media acapkali memberikan gambaran yang beliau tidak berpuashati dan ingin keluar dari Anfield. Tetapi segala prasangka telah berakhir dengan berita yang beliau bakal bersama kita untuk 4 tahun lagi.

Gandingan masa depan Agger=Skrtel adalah pelengkap satu sama lain. Skrtel yang agresif dan berani boleh disamakan dengan Carragher, manakala Agger yang berkebolehan mengawal bola dan membuka permainan amat mirip lagenda 80an Alan Hansen bukannya Hyypia. Pengganti Hyypia belum lagi dapat dicari tetapi Agger dan Skrtel perlu belajar untuk mengatasi lawan dalam pertarungan diudara. Dan jika salah seorang dapat melengkapkan diri dalam disiplin itu maka benteng kita tidak akan tercabar untuk masa kan datang.

Apr 4, 2009

Gourcuff - Agger mungkin bertukar kelab



Saya bukanya membuat spekulasi awal mengenai kontrak Agger, tetapi saya sudah bosan dengan gelagat beliau. Mulanya beliau meminta gaji sekali ganda. Sekarang pula tidak ingin hendak tandatangani kontrak pula. Bagi saya pemain seperti beliau harus faham situasi dan sikit bersabar. Bukannya beliau tiada peluang, tetapi masa depan beliau teramat cerah kerana Hyypia mungkin akan menggantung but tidak lama lagi dan Carragher bakal menjadi backup Skrtel-Agger pula selepas ini.

Ok, mungkin ramai tertanya-tanya mana datangnya Yoan Gourcuff dalam cerita ini. Setahu saya hanya AC Milan yang beria-ria mendapatkan Agger bagi menggantikan Maldini yang sudah diambang senja. Dan Gourcuff pula merupakan pemain Milan yang pada saya tidak berapa mendapat tempat dihati Ancelotti. Walaupun begitu pada penilaian saya terhadap Goucuff mutakhir ini, beliau ada kriteria yang Rafa mahu. Rafa inginkan pemain masih boleh dipertingkatkan dan boleh sesuaikan dalam perlbagai sistem dan taktik yang berbeza. Nah, Gourcuff ada semua kriteria itu.

Jika tidak bagaimana jurulatih Perancis, Domenech boleh memanggil Gourcuff yang kini dipinjamkan ke Bordeux kedalam Skuad utama Perancis. Malah persembahan beliau semalam dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia telah meyakinkan saya Gourcuff boleh dibentuk menjadi setaraf Zidane jika kena caranya.

Untuk mendapatkan bek yang setaraf Agger bukannya mudah, dan saya rasa plan A Rafa ialah mengekalkan Agger. Tetapi kalau ditakdirkan beliau pergi ke Milan, Gourcuff mestilah dijadikan pemain tukaran. Pastinya Rafa sudah menyediakan plan B, iaitu mendapatkan pemain bek baru seperti Albiol, Kjaer atau senarai rahsia yang bakal memeberikan kejutan buat kita.

Mar 31, 2009

Tahukah Anda?

Daniel Agger merupakan pelukis tatoo yang bertauliah di Denmark. Kalau tak percaya suruh dia toreh lengan anda :).
Sumber: wikipedia.

Mar 6, 2009

Milan akhiri minat terhadap Agger


AC Milan end £10million Liverpool interest
01:00 PM 05 March, 2009
AC Milan have reportedly ended their interest in Daniel Agger.
The Danish international is out of contract at the end of next season, although Liverpool are eager to tie him to a new deal at Anfield.
AC Milan and Real Madrid have been heavily linked with a move for the former Brondby defender, with reports of £10million bids being mooted.
But according to Gazzetta dello Sport, Milan have ended their interest in Agger, sparking speculation of an audacious bid for Manchester United’s Nemanja Vidic.

Berita ini mungkin hanya mainan wartawan, tetapi jika benar nampak gayanya kita masih mempunyai keyakinan yang Agger akan kekal di Anfield. Tetapi yang menariknya Milan pula telah beralih kepada Vidic. Jika Milan berjaya, maka pastinya kekuatan Man U akan sedikit terhakis kerana Vidic merupakan antara pemain yang konsisten musim ini.

Feb 10, 2009

Kontrak Agger masih tergantung


Daniel Agger’s agent Per Steffensen has denied reports over the weekend that suggested his player has signed a new £70,000 a week deal to stay at Liverpool.
Agger has been locked in negotiations over his future at Anfield for several months, with AC Milan thought to be interested in bringing the Danish international to Serie A.
Reports in the press this weekend said that a deal had finally be confirmed between the Reds and Agger’s party to keep him put for a further four years.
But Steffensen denies any new deal, telling Norwegian media, “It is simply not correct. There has not been any deal signed with Liverpool.
“Apart from that, I have no comments regarding Daniel’s situation.”


Setelah disahkan sendiri oleh ejen Agger mengenai situasi kontrak, barulah saya mengerti yang media England pakar dalam putarbelit cerita setaraf di Malaysia. Patutlah peminat Liverpool disana telah memboikot akhbar The Sun kerana memutar belit fakta tentang tragedi di Hillborough.

Berbalik kepada Agger, sepatutnya situasi kontrak ini tidak patut dibiarkan berlanjutan. Ini berbahaya kerana semakin hampir tamat tempoh kontrak beliau, semakin banyak banyak spekulasi timbul dan semakin rendah nilai untuk pemain itu jika ada kelab lain berjaya memujuk beliau kelak.

Bagi saya Agger adalah pemain bek masa depan Liverpool dan merupakan gandingan cocok untuk Skrtel. Tambahan pula beliau telah menyuarakan hasrat untuk terus disini jika kontrak beliau disambung. Jjika beliau keluar dari Anfield maka, Liverpool akan kehilangan pemain yang berkaliber dan sukar mencari pengganti seperti beliau kelak.

Nov 22, 2008

Agger ibarat jelmaan Alan Hansen





Ramai peminat dan pengulas bolasepak memberikan jolokan jelmaan Alan Hansen kepada Daniel Agger. Bagi peminat2 Liverpool era 70an & 80an mungkin mereka tidak payah memperkenalkan lagi pertahanan lagenda Liverpool ini, tetapi bagi peminat Liverpool pasca 90an & millinieum mungkin tertanya-tanya siapakah insan yang begitu dipuja-puja oleh kebanyakan peminat ini.


Alan Hansen dilahirkan di Scotland pada 13 June 1955. Beliau mempunyai susur galur dari Denmark kerana datuk beliau berasal dari sana. Sejak awal remaja beliau terbabit dalam sukan Bola Tampar, Skuash dan Golf. Beliau pernah menolak untuk memasuki University of Aberdeen untuk bersama abangnya John, untuk ke akademi bolasepak Partick Thistle.

Hansen bermain diposisi bek tengah ketika bersama Partick Thistle. Beliau berjaya membawa kelab itu memenangi Divisyen satu Soctland dan mebolehkan kelabnya dinaikkan ke Liga Primeir Scotland untuk musim seterusnya. Tidak sampai 51 perlawanan senior, beliau telah diintai oleh Liverpool dibawah Pengurus Bob Paisley.
Dengan bayaran perpindahan £110,000 pada 1977, Hansen merupakan pembelian berbaloi Liverpool bagi memberikan cabaran kepada pemain senior, Emyln Hughes

Pada musim pertama di Anfiled 1977/78, beliau telah berjaya memenangi Piala Sumbangsih dan Piala Eropah dan tempat ke 2 liga.
Pada musim 1978/79 beliau menjadi pemain Bek Tengah utama bergandingan dengan Phil Thompson dan menyebabkan Lagenda Liverpool, Emyln Hughes terpaksa dijual ke Wolves dan berjaya membawa Liverpool memenangi Kejuaraan Liga. Dan musim tersebuk juga Hansen dipanggil untuk mewakili Skuad Kebangsaan Scotland.

Musim seterusnya dalam era 80an merupakan dominasi Liverpool dalam arena bolasepak England dan Eropah dimana Hansen menjadi pengemudi utama pertahanan bersama Mark Lawrenson. Namun akibat kecederaan serius pada 1989, tempat beliau digantikan dengan Ronnie Whelan dan terpaksa bersara pada musim 1990/91 sejurus selepas Kenny Dalglish melepaskan jawatan sebgai pengurus Liverpool.

Hansen telah mengharungi 434 perlawanan bersama Liverpool disamping menjaringkan 14 gol. Dan menenangi keseluruhan 8 kejuaraan Liga, 3 Piala Eropah, Piala Liga, 2 Piala FA, 6 Piala sumbangsih. Ketika ini beliau bertugas sebagai pengulas sukan di BBC.

Corak permainan beliau yang amat dikagumi rakan dan lawan kerana bukan sahaja sangat bagus menyekat asakan serangan lawan dan membaca permainan dan tenang ketika bertahan, tetapi juga mempunyai kawalan dan hantaran bola yang baik. Disamping itu beliau, mempunyai visi untuk membolehkan serangan Liverpool bermula dari beliau. Dan juga banyak membantu serangan dengan hantaran tepat yang dapat dimanafaatkan oleh jentera serangan.

Jadi tidak hairanlah bahawa corak permainan Agger boleh disamakan dengan Hansen. Namun banyak lagi kelemahan Agger dan beliau perlu bekerja lebih keras untuk menjadi setanding dengan pencapaian Lagenda Benteng Liverpool ini.




dibawah merupakan antara perlawanan terbaik beliau:
Liverpool vs real Madrid : final Piala eropah

Sep 30, 2008

Agger berura-ura ingin menolak kontrak terbaru.


Baru-baru ini ada desas-desus menyatakan bahawa Daniel Agger ingin menolak kontrak terbaru yang ingin diperbaharui oleh kelab kepadanya. baki kontrak beliau adalah 2tahun lagi dan jika tidak diperbaharui maka beliau dapat dilepaskan dengan harga yang rendah.

Pemain pertahahan tengah ini merupakan permain berkaliber yang dapat membawa bola dan membuka permainan dari bawah. Lihat sahaja perlawanan menentang Chelsea pada 2007, gol kemenangan Agger telah berjaya membawa Liverpool keperlawanan Akhir dan gol terbaru beliau ketika menentang Crewe dalam saingan Piala Liga.

Tetapi kecederaan buku lali yang seius sepanjang musim lalu membuatkan Liverpool terpaksa mendapatkan Skrtel, dan secara tidak langsung menjadikan Skrtel pilihan utama kesebelasan mendahului Agger walaupun Agger telah pulih kembali.

Diharap Benitez tidak melepaskan pemain pertahanan masa depan Liverpool ini yang merupakan antara pemain pertahan muda terbaik di Eropah dan memberikan ruang untuk beliau bermain dalam perlawanan penting.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails