Showing posts with label Man City. Show all posts
Showing posts with label Man City. Show all posts
Feb 4, 2013
LIVERPOOL 2-2 MAN CITY
Siapalah Man City tanpa Kompany dan Yaya Toure. Begitu juga Liverpool tanpa Carragher dan Gerrard. Pasukan kita patut menang kerana dua Otai kita cemerlang. Namun apakan daya kesilapan individu menyekat peluang untuk pulang 3 mata . Saya tak cakap yang keputusan Reina untuk hambat Aguero dan keluar dari kawasan gol adalah betul atau salah .Walaupun dalam situasi itu gol magik terhasil. Masalah sekarang Reina silap menduga yang Aguero macam penyerang EPL yang cap ayam macam mereka yang lain. Banyak kali Reina meyelamatkan Liverpool dengan melakukan perkara yang sama, tapi saya rasa tak pernah pun siapa menghebohkan benda itu.
Jadi kritikan atas Reina bagi saya adalah 50-50 yakni dia boleh dipersalahkan dan juga tidak. Musim ini adalah musim paling teruk beliau dan jika Reina mahu pergi dari Liverpool itulah yang terbaik untuk kedua-dua pihak dengan situasi menang-menang. Namun masalahnya sekarang kita perlu dapatkan pembeli beliau dan juga pengganti beliau seawal par-musim depan. terlepas Butland ke Stoke bukan masalah kerana ramai goli hebat diluar sana. Ada yang murah ada yang mahal serta berpotensi juga yang otai. Saya taknak sebut sebab pilihan ditangan Brendan dan juga FSG yang teramat cerewet.
Jika tak kerana gol magik Aguero, Man City memang tak setanding dengan kita. Mancini sendiri mengakui dan puji Liverpool sambil mengkritik kelemahan pasukannya. Inilah tandanya Liverpool dalam proses revolusi kebangkitan. Cuma dalam perjalanan itu banyak duri yang mengakibatkan perjalanan jadi lambat dan penuh lencongan. Saya rasa elemen Otai masih diperlukan dalam Liverpool untuk bagi seimbang kerana ramai sangat pemain muda yang masih hingusan. Mana nak cari macam Gary Mccallister dah sekarang ni. Xabi Alonso mungkin boleh jadi klon baru Gary Mac, tapi yang jadi penghalang mungkin FSG.
Saya sebenarnya tak mahu nak tulis panjang-panjang tentang bagaimana kita main semalam. Tapi bagi saya Liverpool dah temui rentak yang boleh bagi kemenangan takpun tak kalah. 4-2-2-2 adalah terbaik setakat ini dan mungkin kita patut kekalkan selagi mana ianya mampu memberikan keputusan cemerlang gemilang dan terbilang. Untuk itu, tak payah serabut nak beli pemain yang pakar gelecek atau pakar hantaran. Yang saya nampak kena beli pemain yang mempunyai enjin yang lasak macam Milner (Man City) takpun McCarhty (Wigan) untuk lawan pasukan elit jika mahu kembali sebagai kuasa besar di EPL.
Aug 24, 2012
LIVERPOOL LAWAN MAN CITY
Kota Anfield bakal menjadi ujian kedua buat Brendan setelah ujian pertama gagal. Harapnya Brendan dah buat kajian dan bedah siasat kenapa dengan pasukan seteruk West Brom boleh kena belasah. Dari pemerhatian saya corak ala Barcelona belum boleh diadaptasi selagi mana pemain yang sesuai dibawa masuk. Malah pemain senior macam Kapten Gerrard sendiri pon terkial-kial nak ikut arahan apatah lagi pemain yang biasa bermain dengan corak tradisi Inggeris macam Downing nak ikut.
Paling saya tak suka ialah cara bertahan terlalu keatas. Skrtel pun taklah berapa laju sangat, tapi oleh kerana Agger digantung perlawanan, Carragher memang akan bawa bencana jika masih gunakan taktik bertahan macam lawan WBA. Tengok macamana dia kena buli dengan Lukaku memang kesian betol sampai tergolek nak celen bola. Buat apa nak simpan Coates. Dari guna pemain lejen dah nak smapai tarikh luput macam, Carragher saya percaya Coates wajib main kerana beliau ada potensi dan berkebolehan.
Reina
Johnson Coates Skrtel Robinson
Lucas Gerrard Allen
Suarez Borini Sterling
Kesebelasan diatas adalah pilihan saya kerana saya anggap Robinson dan Sterling dah matang melampaui usia. Coates ganti Carragher untuk bersama Skrtel dan Johnson kembali ke posisi asal disebelah kanan. Barisan tengah masih kena kekal kerana itulah yang terbaik setakat ini sementara Sahin sampai. Suarez licik dan banyak akal cuma penyudah sangat menyedihkan dan Borini yang memang lebih prolifik kena main kat tengah sebab memang itu tempat yang sesuai. Simpanan macam biasa kena letak Gulasci, Kelly, Carragher, Shelvey, Downing, Carroll dan yang penting ialah Assaidi yang bakal meletop jika diberi peluang.
Anda berani nak teka Liverpool menang, walaupun atas kertas ramai orang akan kata Man City pilihan untuk menang. Kalau begitu sila teka keputusan perlawanan dan kita nantikan siapa yang kena.
Jan 26, 2012
PIALA LIGA: LIVERPOOL 2-2 MAN CITY (3-2 AGREGAT)
Nampak gayanya ugutan Kenny menjadi. Kesemua pemain kecut telor dan main macam nak gila. Lagi satu fakta yang paling sempoi ialah pasukan kita main baik kerana Carroll tak main. Itulah nak habaq mai, beli penyerang harga berpuluh juta pun, yang percuma juga amat berjasa. Lagipun corak permainan kita nampak lebih agresif dan tempo permainan yang laju. Ini kalau ada Suarez dalam korum, pergh tak dapat bayangkan bagaimana azabnya pasukan lawan nak hadapi Liverpool kelak.
Namun dalam dok seronok layak ke Wembley, perangai buruk pemain kita masih ada juga. Adam nyaris bagi malu kerana tendang kaki Dzeko dalam kotak penalti. Nasib baik pengadil buat-buat tak nampak dan tak bagi penalti kat Man City. Lagi satu hantaran sesetengah pemain agak kelam-kabut dan asyik nak hantar bola kedepan awal sangat. Awat diorang ingat Bellamy tu kuda joki yang boleh ligan tang mana bola sampai. Nasib baik Kompany tak main, kalau tak mampuih kena tenyeh Bellamy.
Harapan nak pegang piala setelah sangap bertahun-tahun amat dirasai. Ingat lagi saya Piala cikai inilah yang nampak Liverpool memang bila mula-mula saya minat Liverpool tak silap saya tahun 1996 kot. Lepas itu piala ini lagi dapat masa zaman Houllier dan piala cikai ini jadi piala pertama kita dapat dan selepas itu kita balun Piala FA dan UEFA. Maknanya piala ini mungkin pembuka selera untuk kita dapatkan Piala FA dan itu akan kita cuba dapatkan dengan menewaskan Setan Merah nanti.
Jan 24, 2012
Apa dah jadi..???

Secara terus terang saya terasa kecewa dengan prestasi skuad Liverpool pada ketika ini. Melihat kepada kekalahan yang sangat memalukan di stadium Reebok pada hari Sabtu adalah sesuatu yg diluar jangkaan. Nilai pembelian para pemain tengah REDS adalah lebih mahal drpd kesebelasan skuad Bolton pd mlm itu(betulkan jika tersilap). Tetapi permainan mereka sebaliknya .Menjelang pertemuan dgn Man City.. Sy tiada idea.. terpulang kpd KK dan para pemain..
“If you can't support us when we draw or lose, don't support us when we win”. Yups.. I’m still a supporter.. sedikit pon tidak berubah. Tetapi cuma sedikit kecewa dgn prestasi “para pemain taraf bintang” di dlm skuad.. Come on.. wake up. Tunjukkan kemampuan sebenar anda.. Bermain secara berpasukan.. Kalau kita sudah bermain cantik.. dan strategi terbaik.. minimize kan kesilapan.. jika kalah sekalipon mungkin penyokong tidak terlalu kecewa..(selalunya Reff la kan.. oopss..)
Secara jujur , Para pemain bintang yg dibawa masuk ke Anfield adalah pemain yg bertaraf bintang… tetapi secara individual.. dlm ayat yg lebih mudah.. “tak ngam dgn style play skuad Liverpool”,Sy harap pengurusan tahu apa nak buat.. Fikirkan bersama…
Namun di sebalik betapa poor nya skuad kita menentang team² yg sepatutnya kita menang(etc: Stoke, Bolton, Norwich) Prestasi kita menentang Big 6 amat memberansangkan. Dr mana dtg semngat tu sy tidak tahu.. di sini mungkin utk KK & SC sendiri berfikir apa yg boleh mereka lihat.. bukan ingin mengangkat Rafa Benitez.. tetapi pd sy Rafa adalah one of the best manager yg pernah kita ada. Corak permainan yg beliau sediakan amat berbeza.. mengikut pasukan. Cth.. vs Arsenal(benteng agak goyah)- you can drill from that.. tetapi tidak dgn Stoke City.. Bkn nk ckp KK & SC xbuat.. tp mungkin xcukup agresif.. (apa pon respect to King Kenny.. Time will tell.. no need to panic.. )
Prestasi permainan di Anfield – no komen.. still ok.. tp tidak cukup..
Adakah strategi yg di guna pakai KK terlau 80’s.. tidak pd sy.. para pemain yg x berapa ngam pd sy.. strategi beliau Nampak menarik tp belum dpt di adapt sepenuhnya.. Jadi xpelik kenapa beliau sendiri betul² marah selepas game vs Bolton..dan amaran akan remove “kayu mati” dlm pasukan adalah satu turning point yg sy harap mengembalikan semangat pasukan.. kalau dah mmg x ngam tu xbley kata apa dah la.. Transfer window ni di harap pemain yg terbaik dibawa masuk.. come on DC..
“Carroll, Hendo, Adam, Downing,- Jual jer semua nih.. xbley pakai dah…” relax dolu.. Reserve club kan ada.. “Bg mereka chance..!! bg mereka peluang..!! bg mereka chance..!!”(iklan Johan raja lawak) bg akal panjang sket.. Loan out ker.. pd sy la.. sbb dorg nih muda lagi.. byk masa lagi… Hope ada peningkatan memberansangkan..
Semoga REDS bangkit dan tempeh tiket final di Wembley.. harap dpt jd titik tolak kebangkitan Liverpool..
Kpd yg ckp klu nk mng selalu pegi support club lain - di ulangi, ramai penyokong kecewa dgn prestasi para pemain.. bukan dgn club.. Still REDS
Kpd yg memaki hamun xtentu pasal tu plak sy harap sentiasa bersabar.. “At the end of the storm, There’s a golden sky..” xdehal.. takat kena kutuk je pon ngan bbdk club lain.. xluak sgt kot..(yeke??)
Sekian
Our Blood is REDS for a big reason..
*ps – lama xmenulis.. busy skett.. anak baru lahir bulan lepas.. new born LFC supporter(hope so)..
Kpd yg ckp klu nk mng selalu pegi support club lain - di ulangi, ramai penyokong kecewa dgn prestasi para pemain.. bukan dgn club.. Still REDS
Kpd yg memaki hamun xtentu pasal tu plak sy harap sentiasa bersabar.. “At the end of the storm, There’s a golden sky..” xdehal.. takat kena kutuk je pon ngan bbdk club lain.. xluak sgt kot..(yeke??)
Sekian
Our Blood is REDS for a big reason..
*ps – lama xmenulis.. busy skett.. anak baru lahir bulan lepas.. new born LFC supporter(hope so)..
Jan 12, 2012
PIALA LIGA : LFC 1-0 SETAN BIRU
| Hart : Jaga hang Gerrard, boh gol kalu aku tuggu luaq stadium. Angkat geng pukui. |
Dendam kena ratah minggu sebelum ni 3-0 dah terbalas. Lega rasanya kerana ikut kekuatan pemain antara dua kelab memang pasukan Setan Biru lebih mantap. Cuma beza antara keduanya ialah pasukan kita mempunyai pemain yang rendah diri namun pengurus hebat , tetapi pasukan mereka hanya pemain yang hebat tapi pengurus sederhana saja, berlagak saja lebih. Jadi bila kita main cara nak menang dengan perancangan teliti. Maka keputusan datang walaupun sekadar penalti. Itupun nasib baik goli mereka ada 2-3 kali selamatkan bola dari Carroll dan Gerrard.
Kebelakangan ini kontroversi tak lekang dengan pasukan kita. Lepas kes Suarez, datang kes pemain Oldam kena ejekan perkauman. Tak sudah dengan itu Nasri pula diejek oleh peminat ketika nak balik dari stadium. Tapi apa yang saya lihat insiden dalam padang takkala Johnson menerjah Lescot adalah 50-50. Ianya bergantung siapa yang adili perlawanan, kerana bagi saya jika ulang tayang memang nampak Johnson dapat bola tapi tengok sekali imbas, cara terjunan Johnson macam kes Kompany terjah Nani masa lawan Man U. Nasib baik tak kena kad merah dan digantung 4 perlawanan macam Kompany.
Peluang untuk cekau Piala Liga nampak macam ada can. Tapi awas, Man City bukan pasukan belasahan cap ayam. Mereka pasukan tamak yang kalau boleh nak Piala macam-macam. Maklumlah pasukan kedua mereka pun sama naik dengan kesebelasan utama. Maka dengan itu saya harap Kenny lebih bersedia menurunkan pasukan boleh menang dalam perlawanan timbal balik di Anfield.
M-L footyroom.com bởi footyroom
Jan 10, 2012
PIALA LIGA : LIVERPOOL LAWAN MAN CITY
Tak pasti macamana barisan kita untuk lawan Man City rabu ini. Tapi jangkaan saya rombakan pemain sekali lagi terjadi kerana sabtu ini nak lawan Stoke pula. Namun bagi saya untuk lawan Man City baik gunakan pasukan agak defensif kerana kita akan bermain ditempat lawan. Mungkin beberapa pemain dari perlawanan Oldham direhatkan dan bagi peluang mereka yang berehat macam Adam, Henderson dan Carroll main pula. Tentang bek mungkin 4 terbaik kita akan turun atau mungkin sedikit rojak dengan memasukkan Kelly, sebab saya amat menyukai persembahan beliau masa lawan Oldham sebelum ini. Keputusan di Man City sebelum ini dengan kekalahan 3-0 mungkin tak berulang, sebab Reina mungkin dah ambil pengajaran. Oleh itu saya jangkakan pasukan kita hanya mungkin sekadar seri sahaja di Stadium Man City. Anda setuju?
Jan 4, 2012
LIVERPOOL 0-3 MAN CHITTY
Apa yang saya rasa semua peminat faham ialah Liverpool beli senjata yang mereka tak faham cara nak guna. Andy Carroll memang tak punyai banyak masa nak tunjuk kejantanan beliau. Sebab peminat dah hilang sabarudin cuma Kenny masih nak buktikan 35juta pound adalah pelaburan yang berbaloi. Berbaloi bagi saya ialah macam beli kereta import , mahal tapi berdesup dijalanan. Bukan beli kereta tempatan yang mahal tapi tak sampai waranti dah macam-macam fe'el. Itu perbandingan tapi tetap akur keegoan Kenny adalah penentu masa depan pasukan kesayangan kita.Yang lain-lain saya malas nak ulas kerana benda dah kalah mesti cerita negatif akan timbul. Takkan main tak bagus kita cakap main sempoi pulak. Kita bukan nak kutuk pasukan tapi biar berada diatas bumi bukan berada di planet lain.
Jan 2, 2012
LIVERPOOL LAWAN MAN CITY
Akhirnya selamat sampai ke Ho Chin Minh City atau Saigon petang tadi. Cuak juga bila pijak bumi Veitnam yang dipenuhi taboo sial dari kawan-kawan. Betol memang susah nak dapat kedai makanan halal kat sini. Cari punya cari akhirnya jumpa juga Saigon Halal Cafe dekat dengan Hotel Sheraton. Jadi inilah port rasmi sebab selain makanan yang boleh tahan sedap tapi agak mahal, tapi boleh layan dunia siber dengan WIFI percuma. Selesai dah satu perkara, namun esok kena ke tempat kerja yang tak tahu ada makanan halal atau tak. Kalau takda terpaksa balun Meggie Cawan sebagai makanan rasmi sang musafir.
Berbalik kepada perlawanan sensasi yang bakal menemukan pasukan kita dengan pendahulu liga Man City. Walaupun pasukan mereka agak cengei awal musim namun sampai separuh musim merah dah kian buang mata. Kalah dengan Sunderland amat mengejutkan, tapi itulah bola sepak, macam-macam boleh jadi. Kekuatan mereka hanya pada bahagian serangan yang diterajui Aguero dan Dzeko serta Balotelli dan dibantu oleh Silva dan Yaya. Namun bahagian pertahanan suka juga buat latah dan itu yang perlu pasukan kita ambil peluang sebaikn ya. Joe Hart juga ada hari sial dia dan harap badi dengan Sunderland berterusan.
Kembalinya Suarez dari penggantungan sementara dan Kapten Gerrard membuatkan saya optimis yang Man City takkan berasa selesa, malah akan terpaksa main hati-hati. Jadi Adam akan kembali kebangku simpanan kerana dia masih belum boleh diberi tempat automatik sebab persemabhan beliau amat turun naik. Kadang-kala kita kena ambil satu langkah kebelakang jika ingin berada dua langkah kedepan. Maknanya Adam boleh belajar dari Gerrard dan memperbaiki corak permainan dari kelam kabut kepada lebih teratur. Pilihan saya ialah mengekalkan Spearing kerana dia perlu menjadi kereta kebal untuk memecahkan serangan dan penguasaan pemain tengah Man City yang licik lagi kreatif. Kuyt dan Bellamy bagi saya adalah pilihan terbaik di sayap kerana mereka rajin menghambat bola jika tiada dikaki. Barisan pertahanan kekal.
Amacam semua. Boleh makan tak Man City di gelanggang mereka. Bagi saya belasah atau kena belasah belakang kira, janji dengan adanya Suarez dan Gerarrd pastinya permainan kita lebih cun macam awek receptionis Hotel yang saya duduk ni. Saya rasa jika seri pun dah kira ok, tapi kalau pulang 3 mata adalah bonus awal tahun. Itu saja dari saya. YNWA dari Saigon.
Nov 25, 2011
LIVERPOOL LAWAN MAN CITY
Saya agak optimis dengan pasukan kita selepas berjaya menjinakkan Chelsea di Jambatan Runtuh. Macam dok selalu bising, pasukan yang kuat ialah pasukan yang bukan sahaja suka menyerang tapi bertahanan dari depan, yakni penyerang sendiri menjadi pertahanan dan menganggu pertahanan lawan. Tengok gol pertama, bahagian penyerang melakukan asakan awal dan lawan terkantoi dan bola dirampas mudah dan apa lagi gigit jari pertahanan Chelsea tengok Liverpool mendahului.
Gandingaan Suarez, Maxi, Kuyt dan Bellamy bagi saya amat agresif dan merupakan barisan serangan yang pantas dan kreatif. Manakala gandingan Suarez, Carroll, Downing dan Henderson lebih kepada corak ortodok dengan pemain melakukan serangan dari sayap dan cari kepala Carroll sebagai sasaran. Saya rasa pasukan kita perlu bermain corak kontinental yang lebih menggunakan pemain sayap kreatif, buakannya cara tradisional British dengan menggunakan pemain sayap untuk melakukan hantaran lintang dari hujung padang.
Walaupun Kenny sukakan corak tradisional 4-4-2 British, namun dia perlu pelabagai corak serangan mengikut lawan. Macam lawan Man City, bek mereka pantas dan kasar, bukan macam Terry dan Luiz yang sorang lembab dan sorang lagi kalut. Kompany dan Lescott memang gandingan mantap tapi mereka juga ada kelemahan yakni mereka suka naik buat perangkap curi ayam (offside) terlalu keatas. Kita nak mengeksploitasi mereka dengan meletakkan meletakkan penyerang pantas yang dapat melepasi perangkap curi ayam mereka.
Amat mudah untuk kita nak memandulkan serangan Man Citeh. Caranya dengan menyekat pemain lincah, keratif serta licik mereka yakni David Silva. Dengan suruh Lucas mengawal Silva ketat-ketat, maka kita mungkin berjaya mengembiri kekuatan Man Citeh keseluruhan, kerana segala pergerakan Silva akan mencetuskan malapetaka untuk lawan. Disamping itu pemain lain juga perlu menggangu pergerakan lawan jika mereka cuba nak pegang bola lama-lama. Dan lebih penting lagi ialah Agger dan Skrtel mesti dikekalkan untuk menapau Aguero dan Balloteli. Carragher boleh simpan lawan Chelsea lepas ni.
Macam saya tulis dipermulaan kalam, saya optimis yag pasukan kita boleh dapat mengatasi Man City jika kena taktik dan pemain sendiri yakin dengan diri sendiri. Man City bukan berani sangat jika datang ke Anfield, mereka akan main macam lawan Napoli sebelum ini. Tak percaya tengoklah nanti. YNWA
Apr 13, 2011
SIARAN ULANGAN LAWAN MAN CITY
Bagi sesiapa saja yang tak sempat tengok secara langsung, pihak pengurusan Liverpoolkita telah cilok video dari internet. Tengok puas-puas sebelum ianya dipadam.
szólj hozzá: Liv 3-0 Man 1 Half
szólj hozzá: Liv 3-0 Man 1 Half
Aug 24, 2010
MAN CITY 3-0 LIVERPOOL

Kurang ajar betul Mascherano. Sungguh tidak menghormati kelab yang telah membawa beliau dari kehinaan di West Ham sehinggalah menjadi kegilaan Barcelona. Kalau nak pergi ke Barca sekalipun tunjuklah hormat kepada peminat yang menyanjugimu selama ini. Buat macam Milner yang memberikan yang terbaik dalam jersi Villa sebelum main dengan Man Citeh. Itulah ucapan aluan Buletin Liverpoolkita di pagi selasa yang dingin dan agak suram.
Main dengan formasi 442, ditempat lawan, dengan Lucas di tengah, adakah kamu sudah hilang akal Pak Cik Roy. Dengan Agger dikiri kita dah macam 352 yang begitu negatif sekali. Saya dah tak larat geleng kepala dari awal hingga wisel penamat dibunyikan. Apa yang kita buat serba tak kena, tapi Man City buat serba menjadi dari menyerang dan bertahan. Saya sebenarnya sudah menjangkakan kita tak punyai apa-apa kelebihan dari melihat pemain dan corak bola dimainkan, tetapi nampak gaya Pak Cik Roy tiada plan B. Dia tidak se ego Rafa, tetapi mati akal tanpa membuat perubahan setelah gol kedua masuk.
Penalti diberikan kepada Man City sangat konterversi, kerana dari ulangtayang nampak sangatlah Adam Johnson sengaja menjatuhkan badan. Dan nasib baiklah Skrtel tak kena kad merah sama. Namun salahnya kita juga, Agger tak mampu nak kekang Adam, sepanjang perlawanan. Nasib baiklah Jovanovic banyak kali membantu mengasak Adam. jangan marah yang saya amat suka dengan Adam ini kerana Man City dapat pemain masa depan England dengan harga yang berpatutan.
Akhir sekali kita perlu kembali ke alam nyata. Jual segera Mascherano dan belilah pemain sayap yang laju dan bek kiri hebat yang tak reti sakit. Kita dah tak mampu nak harungi musim ini dengan pemain yang sedia ada. Setelah melihat perlawanan ini ternyata Man City punyai pemain paling hebat di Liga Perdana iaitu Joe Hart. Tak kerana dia kita mungkin boleh dapat gol saguhati sebiji dua. Apapun saya harap pasukan kita kena fokus untuk elakkan buat kesilapan, walaupun kita tahu harapan untuk tempat ke empat pasti tak tercapai jika keadaan ini berterusan.
Liverpool 3-0 Man City :)
Manchester City: Hart, Richards, Kolo Toure, Kompany, Lescott, De Jong, Yaya Toure, Barry, Milner, Adam Johnson, Tevez.
Subs: Given, Zabaleta, Wright-Philips, Silva, Vieira, Adebayor, Jo.
Liverpool: Reina, Glen Johnson, Carragher, Skrtel, Agger, Kuyt, Gerrard, Lucas, Jovanovic, Torres, Ngog.
Subs: Jones, Aurelio, Kyrgiakos, Maxi, Poulsen, Pacheco, Babel
Referee: Phil Dowd
Aug 23, 2010
LIVERPOOL LAWAN MAN CITY

Ujian pertama telah berjaya, walaupun hanya sekadar satu mata dengan Arsenal. Ujian kedua lebih mencabar apabila akan bertemu Skuad Orang Kaya, Man City. Kali ini pasukan kita nampak kecil sangat dimata mereka. Namun bagi saya kita tak perlu gusar dengan pasukan ini kerana tekanan di pihak mereka. Macam main sekilo ( istilah main drag 1KM) kat Highway. Mereka pakai TZM150 tapi kita pakai RXZ. Tapi kalau joki tak pandai, pomen korek tak cun, TZM boleh kena dengan RXZ. Begitulah keadaannya jika Mancini tak pandai guna pemaan bintang yang mereka ada dan pemain hebat mereka belum serasi rakan sepasukan lagi, tiada masalah kita boleh pulang tersenyum dari Manchester.
Hodgson ada formula untuk mematahkan Man Citeh. Kita tak perlu risau. walaupun ketiadaan Joe Cole dan Aquilani, barisan tengah kita masih mantap. Gerrard pasti main diposisi lebih menyerang di belakang Torres. Dan kita masih mempunyai Kuyt yang amat berbadi buat Man City. Jovanovic yang tak gementar lawan Arsenal akan pasti sekali lagi buat onar disebelah kiri. Lucas dan Mascherano akan bertugas bergilir-gilir membantu serangan dan pertahanan. Gandingan Carragher dan Skrtel sekali lagi akan diuji namun tak risau sebab Mascher ada. Disebelah sisi saya harap Aurelio main kerana Agger masih bengong dan Johnson akan membantu serangan sebelah kanan. Reina pasti akan bangkit dari kesilapan lalu.
May 10, 2009
Sokong Manchester Biru malam ini
Man City cuba pikat Alonso
Man City telah memberikan umpanan mewah buat Alonso ketika perpindahan Barry ke Liverpool dijangka tiada halangan. Walaupun kelab lain seperti Real Madrid, Arsenal dan Juventus yang sebelum ini telah dikaitkan dengan Xabi masih belum bersuara, namun saya pasti banyak kelab yang akan masuk dalam bidaan jika Rafa secara rasminya meletakkan Xabi dalam rak jualan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Liverpool
(216)
Rumours
(157)
Premier League
(153)
Priemer League
(70)
Steven Gerrard
(40)
Piala Europa
(37)
Champion League
(35)
Luis Suarez
(34)
Fernando Torres
(32)
Rafael Benitez
(31)
Youth
(25)
Kenny Dalglish
(23)
Lucas Leiva
(21)
cartoon
(21)
kontrak
(21)
Dirk Kuyt
(20)
Hari ini dalam sejarah
(20)
Jersi
(20)
Owner
(20)
Player
(20)
komentar
(20)
Isu terkini
(19)
Chelsea
(18)
England
(18)
Lagenda
(18)
Piala FA
(18)
Awards
(17)
Daniel Agger
(17)
Andy Carroll
(16)
Jamie Carragher
(16)
Piala Dunia
(16)
news
(16)
transfers
(16)
Antarabangsa
(15)
Man U
(15)
Perpindahan
(15)
Man City
(14)
Roy Hodgson
(14)
Xabi Alonso
(14)
Pepe Reina
(13)
Piala Liga
(13)
premeir league
(13)
ulasan
(13)
Alberto Aquilani
(12)
Everton
(12)
Gossip
(12)
Lawak
(12)
Ryan Babel
(12)
cedera
(12)
Arsenal
(11)
Javier Mascherano
(11)
kecederaan
(11)
Pengurus
(10)
ucapan
(10)
David Ngog
(9)
Liverpool tour
(9)
Martin Skrtel
(9)
Newcastle
(9)
Robbie Keane
(9)
Stoke
(9)
ex-liverpool
(9)
Alex Ferguson
(8)
Andrea Dossena
(8)
Joe Cole
(8)
Jose Enrique
(8)
Aston Villa
(7)
Carragher
(7)
Emilliano Insua
(7)
Iklan
(7)
Milan Jovanovic
(7)
Paul Konchesky
(7)
Raheem Sterling
(7)
Raul Meireles
(7)
Sami Hyypia
(7)
Tactical
(7)
West Brom
(7)
anugerah
(7)
Alvaro Arbeloa
(6)
Bolos
(6)
Carling Cup
(6)
Craig Bellamy
(6)
Damien Comolli
(6)
Daniel Ayala
(6)
Fakta
(6)
Goalkeeper
(6)
Jaringan
(6)
Jordan Henderson
(6)
Lawak Basi
(6)
Pemain Terbaik
(6)
SPURS
(6)
Sebastian Coates
(6)
Stewart Downing
(6)
Sunderland
(6)
Wigan
(6)
birthday
(6)
Andriy Voronin
(5)
Blackburn
(5)
Brendan Rodgers
(5)
Copa America
(5)
Fixture
(5)
Fulham
(5)
Glen Johnson
(5)
Jay Spearing
(5)
Liga Europa
(5)
Midfield
(5)
Pemberitahuan
(5)
Pra-musim
(5)
Yossi Benayoun
(5)
pinjaman
(5)
Albert Reira
(4)
Analisis
(4)
Belajar Bola
(4)
Charlie Adam
(4)
Christian Poulsen
(4)
Defender
(4)
Glen Johnsen
(4)
Hull
(4)
Insua
(4)
Jermaine Pennant
(4)
John Henry
(4)
League Cup
(4)
Liverpool vs Arsenal
(4)
Liverpool vs West Ham
(4)
Maxi Rodriguez
(4)
Pacheco
(4)
Rasis
(4)
Reading
(4)
Reserve
(4)
Rick Parry
(4)
Sparta Prague
(4)
Steve Clarke
(4)
Suso
(4)
Warrior
(4)
West Ham
(4)
Wolverhampton
(4)
kontroversi
(4)
opponent
(4)
statistik
(4)
tahukah anda
(4)
winger
(4)
Bek kiri
(3)
Birmingham
(3)
Brad Jones
(3)
Brighton
(3)
Euro2012
(3)
FacebookPages
(3)
Hillsborough Disaster
(3)
IFTTT
(3)
Jadual perlawanan
(3)
Joe Allen
(3)
John Flanagan
(3)
Jonjo Shevley
(3)
LFC TOUR 2014
(3)
Liverpool Youth
(3)
Liverpool vs Man City
(3)
Liverpool vs Man U
(3)
Liverpool vs Southampton
(3)
Liverpool vs Spurs
(3)
Nabil El Zhar
(3)
Owner Liverpool
(3)
Penjaga Gol
(3)
Piala Europa Liverpool
(3)
Piala Europa.
(3)
Polisi
(3)
Pra musim Liverpool
(3)
Primier League
(3)
Totenham hotspurs
(3)
Undian
(3)
akademi
(3)
humour
(3)
loan
(3)
taktikal
(3)
Andre Wisdom
(2)
Anelka
(2)
Assaidi
(2)
Berita
(2)
Brazil
(2)
Carlos Tevez
(2)
Carta
(2)
Conor Coady
(2)
Contract
(2)
Damine Plessis
(2)
Danny Wilson
(2)
Dejan Lovren
(2)
Doni
(2)
Euro16
(2)
Europe
(2)
Fabio Aurelio
(2)
Fabio Capello
(2)
GOL
(2)
Gerrard
(2)
Ian Rush
(2)
Insiden
(2)
Kahwin
(2)
Kargiakos
(2)
LFC TOUR 2013
(2)
Liverpool vs Aston Villa
(2)
Liverpool vs Everton
(2)
Liverpool vs Fulham
(2)
Martin Kelly
(2)
Norwich
(2)
Patrice Evra
(2)
Peraduan
(2)
Player Of The Month
(2)
Rafa Benitez
(2)
Retired
(2)
Rival
(2)
Rumours Liverpool
(2)
Sammy Leee
(2)
Simon Mignolet
(2)
Skuad
(2)
Soroton Perlawanan
(2)
Trofi
(2)
VIDEO
(2)
Wembley
(2)
coach
(2)
formasi
(2)
games
(2)
match report
(2)
queen park rangers
(2)
rekod
(2)
scouting
(2)
staff
(2)
striker
(2)
3-5-2
(1)
Aaron Lennon
(1)
Adam Johnson
(1)
Alan Hansen
(1)
Alex Ferguson kena troll
(1)
Aly Cissokho
(1)
Anfield
(1)
Antonio Cassano
(1)
Arsene Wenger
(1)
BISNEZ
(1)
Beatles
(1)
Bek Kanan.
(1)
Benayoun
(1)
Bike
(1)
Bilbao
(1)
Bill Shankly
(1)
Blunder
(1)
Bolton
(1)
Bootroom
(1)
Borini
(1)
Burnley
(1)
Cardiff
(1)
Charles Itandje
(1)
Christian Zapata
(1)
Christopher Buchtmann
(1)
Columnist
(1)
Daniel Sturridge
(1)
Danny Ward
(1)
Danny murphy
(1)
David Martin
(1)
David Moores
(1)
David Trezeguet
(1)
David Villa
(1)
Dietmar Hamann
(1)
Dimitri Payet
(1)
Djimi Traore
(1)
Epic Liverpool
(1)
Exeter
(1)
FC Braga
(1)
Facebook Liverpoolkita
(1)
Fan Man U provokas
(1)
Fans
(1)
Fifa
(1)
Fifa12
(1)
Flop
(1)
Gael Clichy
(1)
Gary Neville
(1)
Gerardo Bruna
(1)
Harry Redknapp
(1)
Hatem Ben Arfa
(1)
Hearts
(1)
History Channel
(1)
Honda
(1)
Howard Webb
(1)
Ian Ayre
(1)
Ian St John
(1)
Jack Hoobs
(1)
Jack Robinson
(1)
Jack Wolfskin.
(1)
James Milner
(1)
Javier Manquillo
(1)
Jersi Torres
(1)
Jerzy Dudeks
(1)
Jurulatih
(1)
Keji
(1)
Kesebelasan Utama
(1)
Kevin Keen
(1)
Krisis
(1)
Kristian Nemeth
(1)
Krisztian Nemeth
(1)
Kyrgiakos
(1)
LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG
(1)
Latihan
(1)
Leighton Baines
(1)
Liverpool goal
(1)
Liverpool players
(1)
Liverpool vs Cardiff
(1)
Liverpool vs Norwich
(1)
Liverpool vs Robatnichki
(1)
Liverpool vs Robatnicki
(1)
Liverpool vs Stoke
(1)
Liverpool vs Sunderland
(1)
Liverpool vs Swansea
(1)
Liverpool vs Udinese
(1)
Liverpool vs Wigan
(1)
Majalah Bolasepak
(1)
Malaysia
(1)
Man Marking
(1)
Mario Gomez
(1)
Mascherano
(1)
Midfielder
(1)
Mourinho
(1)
Mouro Pederzoli
(1)
Nostalgia
(1)
Oldham
(1)
Peminat Liverpool
(1)
Penaja Liverpool
(1)
Penampilan ke 100 England Gerrard
(1)
Pengarah Strategik Bolasepak
(1)
Perlawanan Testimonial
(1)
Perolehan pendaptan Liverpool
(1)
Peter Crouch
(1)
Philip Degen
(1)
Platini
(1)
Press Conference
(1)
Ramadhan Liverpool
(1)
Raul Miereles
(1)
Roy Hodgson Tactic
(1)
Rumours Flamini Liverpool
(1)
SAS
(1)
SPUR
(1)
Sakit jantung
(1)
Samed Yesil
(1)
Sammy Lee
(1)
Sasaran
(1)
Sayembara
(1)
Sejarah
(1)
Sidang Akhbar
(1)
Stadium
(1)
Stamford Bridge
(1)
Stephen Darby
(1)
Steve McMahon
(1)
Suarez dan Sturridge
(1)
Swansea
(1)
Sylvian Marveaux
(1)
Testimonial
(1)
Titi Camara
(1)
Txiki Brigistain
(1)
Undang-undang
(1)
West Ham vs Liverpool
(1)
Zonal Marking
(1)
cetusan minda
(1)
children
(1)
cuba teka
(1)
degen
(1)
derby
(1)
diving
(1)
f
(1)
facebook
(1)
fantasy football
(1)
gaji
(1)
galacticos
(1)
goal lfc
(1)
hukuman
(1)
jokes
(1)
klasik
(1)
kolo Toure
(1)
liverpool 4-0 Spurs
(1)
maskot
(1)
pencabar
(1)
persahabatan
(1)
pre
(1)
preseason
(1)
protes
(1)
qpr
(1)
revenue income
(1)
santai
(1)
sayap kanan
(1)
setpiece
(1)
sponsor
(1)
squad
(1)
supporter
(1)
tips
(1)
tour
(1)
twitter
(1)
ulangtahun
(1)
youtube
(1)