Showing posts with label Piala Europa. Show all posts
Showing posts with label Piala Europa. Show all posts

Aug 21, 2012

PIALA EUROPA : LIVERPOOL LAWAN HEARTS



Kita masih dok beraya kat sini, namun pemain Liverpool ada tugasan mencabar di Edinburgh, Scotland. Kelayakan teraakhir untuk Liga Europa menemukan pertarungan warga British antara Scott dengan Anglo Saxon. Macam cerita Braveheart lakonan Mel Gibson la pulak.

Hati akan bertemu Jantung, iyalah pasukan Liver bertemu Hearts. Mesti berdarah-darah pertarungan macam operasi pembedahan hati dan jantung. Cuma luka dituris West Brom 3-0 , harap terubat dengan memindahkan kecewa dengan menibai pasukan Hearts pulak. Kena ambil bekal macam kat FC Gomel, tak banyak pun 1-0 pun jadilah.

Pasukan kita macam biasa takada kecederaan serius, namun Enrique belum pasti turun. Kesebelasan utama mungkin bakal mendapat rombakan kecil untuk merehatkan pemain utama bagi menghadapi Man City, di Anfield ahad ini. Yang pasti ketiadaan Sterling dan Suso dalam pasukan Liga Simpanan, menampakkan bahawa mereka berdua berada dalam rombongan ke Edinburgh.




Aug 10, 2012

LIVERPOOL 3-0 FC GOMEL

Dari awal tengok kesebelasan utama yang diturunkan, dah tahu siapa yang akan kena. Hanya Borini inklusi musim ini dan diberikan peluang untuk penampilan sulung di Anfield. Malah dengan adanya Agger juga membuatkan peminat keliru kenapa perlu nak dijual pemain sempoi kita itu.

Formasi 4-3-3 dengan meletakkan Suarez-Borini-Downing dihadapan amat berkesan. Lucas dan Shelvey menjadi pemain tengah yang lebih bertahan manakala Kapten Gerrard diberikan kebebasan untuk membantu trio serangan. 4 bek utama diterjuai Agger dan Skrtel boleh dikatakan amat rileks namun bek sisi yakni Johnson dan Enrique sangat sibuk menyerang bukannya bertahan.

Dari segi taktikal, transformasi dari permainan djaman Kenny kepada tiki-taka Brendan masih ditahap permulaan dan masih belum mengaplikasikan dalam semua keadaan. Namun sistem yang diletakkan Brendan amat menyenangkan semua pemain terutamanya Suarez yang saya nampak macam penari Ballet melentuk kekiri kekanan dan membuatan bek Gomel macam tiang kayu.

Gol- Gol Liverpool boleh dikatakan kerja keras Suarez sebelum disudahkan oleh Borini untuk gol Sulung beliau.Borini juga nampak macam tak janggal bermain dengan rakan sepermainan baru. Tahniah buat beliau dan harap gol-gol akan menyusul lagi. Gol Gerrard juga ibarat berbuka puasa kat Masjid, percuma tak perlu nak susah-susah nak berhimpit2 di pasar ramadan.Namun gol ketiga oleh Johnson amat menarik kerana voli dilakukan dari kaki kiri yang manatap.



Kemasukan Carragher adalah sekadar pertukaran sentimental dek kerana pencapaian beliau kali ke 700. Perghh.. memang lejen.

Aug 1, 2012

KELAYAKAN PIALA EUROPA



Pagi Jumaat ini Liverpool akan bergomel dengan FC Gomel di tempat mereka nun disebelah Belarus yang merupakan negara pecahan USSR Soveit. Kebanyakan pemain utama pergi kecuali Carroll. Hairan ya, ribut takda cedera pun tidak tup-tup penyerang utama kita musim lepas kena tinggal di Merseyside. Lagipun agak menghairankan Liverpool hanya ada seorang penyerang utama yakni Borini kerana Bellamy dan Suarez main Olimpik. Mungkin beliau sedang berkemas barang untuk berpindah untuk ke kelab seterusnya menjadi teka teki kerana tidak turut serta dalam rombongan ke Eropah ini.

Tapi yang saya agak terkejut ialah Suso yang memang sempoi masa pra-musim tidak turut serta, manakala masa depan Pacheco juga jadi tanda soal kerana dia dah macam tak diendah oleh Hodgson, Kenny dan sekarang Rodgers. Nampak macam gelap masa depan. Namun bagi saya dia lebih bagus dari Cole yang memang agak hampeh masa pramusim. Tapi apapun jua percaturannya mungkin Rodgers ada pendapat berbeda dengan kita dan saya harap dia yakin dengan apa yang dia buat.

May 18, 2011

BAIK BURUK PIALA EUROPA


Saya rasa saya dah buat entri pasal baik buruk main di Piala Europa musim lepas. Namun apa yang saya tulis itu memang banyak mengena. Banyak buruk dari baik dan perabis masa dan tenaga pemain. Mungkin ramai yang tak setuju. Saya faham sebab alasan pro dan kontra mengenai Piala Europa boleh diperbincangkan lagi kerana ianya mungkin kita tak boleh jangkakan apa terjadi, tapi saya senaraikan untuk dipertimbangkan oleh peminat sekalian.

Pro main Europa:

  • Musim depan skuad makin besar, semua pemain perlukan masa bermain. Pemain baru mungkin gunakan pentas Europa sebagai medan suai kenal.
  • Anak muda macam Sterling, Suso, Coady dan Gulasci (goli) perlu diberi peluang sebagai mana Spearing, Kelly,Flanagan dan Robinson msim ni.
  • Piala. Dah lama sangat ketandusan medal dan kejuaraan. Dapat juga duit kocek sikit dari royalti TV dan menang Piala.

Kontra main europa:

  • Risiko kecederaan pemain utama boleh menyebabkan kerugian untuk persaingan Liga Perdana.
  • Keletihan fizikal dan mental akibat terbabit dengan banyak perlawanan, kecuali untuk Kuyt dan Lucas.
  • Terpaksa layan bola hari ahad atau lsnin dan paling hampes selalunya perlawanan Liga Perdana sampai 3 pagi.

Macam saya tulis, saya dah menjangkakan keburukan untuk musim ini, sebab pasukan kita memang ceroi tanpa pelaburan dari pemilik terdahulu. Tapi musim depan Tuhan punya cerita sebab segalanya baru dari segi pemilik, pengurus dan staff serta muka baru yang mungkin datang dan kemudian hari.

Mar 18, 2011

LIVERPOOL 0-0 BRAGA



Ini bukan sumpahan Torres, tapi kenyataan sebenar yang harus peminat telan. Pasukan kita tak seperti 5 tahun lalu. Muda dan dahagakan kemenangan. Kalau dilihat pada kesebelasan utama Kuyt, Maxi, Cole, Carragher telah berada dalam penghujung karier. Hanya Carroll, Lucas , Meireles, Skrtel, Wilson dan johnson serta Reina masih banyak tahun untuk digunakan. Jengok kat bangku simpanan kita nampak hanya ada dua pemain pengalaman dari 7 pemain simpanan (Gulacsi, Pacheco, Kyrgiakos, Ngog, Spearing, Poulsen, Flanagan.) Tapi kedua-duanya tak boleh pakai. Kalau nak banding bangku simpanan pesaing bawahan kita macam Spurs atau Man City, mereka lebih mantap.

Permainan usah bincang, memang serabut perut kita tengok berbanding lawan Man U haritu. Memang faktor Suarez dan Gerrard merupakan salah satu perubahan ketara corak permaian, jangan lupa juga dengan ketiadaan Kelly dan Agger yang bagi saya dah jadi pemain utama. Main apa 4-4-2 jika tak ada pemain sayap laju. Maxi dan Cole sudah macam roti tamat luput, nampak sedap tapi lemau. Sama juga dengan Kuyt kerana sudah tak terbilang dia offside, dan berjangkit juga dengan Carroll. Tapi paling malang, Carragher macam gila isim dok lambung bola tinggi kat Carroll, sama macam mula-mula Crouch main dengan kita dulu. Cuma Skrtel bukan Terry, kalau dia dapat sudahkab peluang, pasti saya akan lupa dia memang hampeh sebelum ini.

Jadi selamat jalan pada kejuaraan Eropah musim depan, kerana Birmingham dah cop satu dan Stoke atau Bolton tengah berebut. Macam saya kata sebelum ini, terima kesalahan dan perbaiki semuanya dari bawah. Maksud saya, pasukan kita perlu dirombak besar-besaran tanpa bagi peluang nak kesian-kesain pada pemain yang dulunya memang dasat sangat. Baik kita mulakan dengan pemain muda yang belum kenal erti ego berbanding pemain lagenda yang cuma mahu gaji lumayan. Cuma yang penting FSG mesti kota apa yang dikata. Beri apa yang Kenny mahu dan pastikan tiada sasaran utama yang mampu menguatkan kita terlepas.

Mar 15, 2011

PELUANG TERTUTUP KE EROPAH ?



Finalis Piala FA sah akan pergi ke Piala Europa, samada Stoke atau Bolton. Kebetulan pula finalis satu lagi sukar digugat untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. Maka kalau nak ke Piala Europa musim depan kita kena menang Piala itu musim ini. Kalau tak terpaksalah bersaingan dengan Chelsea atau Spurs untuk posisi ke 5 sekurang-kurangnya. Memang musim ini saingan sangat sengit dan pasukan kita terpaksa bergantung pada nasib pasukan lain juga.

Tak perlu nak pulun medal Eropah kerana pasukan kita masih tak terkalah dengan Man U apatah lagi Arsenal dan Chelsea. Jika tak layak sekalipun kita boleh tumpukan perhatian kepada kejuaraan Liga Perdana dan juga medal tempatan iaitu Piala FA atau Piala Liga. Saya lebih seronok jika pasukan kita tak terganggu dengan perlawanan lewat khamis sehingga selalu main lewat ahad atau isnin. Memang menyusahkan bagi orang yang nak kerja pagi isnin.

Cuma yang kontranya mungkin usaha menarik pemain bertaraf bintang agak sukar, maklumlah mereka nak muka mereka dalam persaingan Eropah. Tapi apa hal nak kesah, banyak pemain yang baru nak naik kita boleh dapat kerana reputasi kita masih hebat. Malah pemilik baru dah janji akan membina Liverpoolfc yang lebih mantap dan kompetetif. Maka kita boleh bermula tanpa gangguan perlawanan Eropah yang pasti membuatkan pemain keletihan dan cedera. Tapi sesudah berjaya naik dalam kelompok 4 terbaik, maka barulah berbaloi untuk main di Eropah.

Mar 11, 2011

LIVERPOOL 0-1 BRAGA



Kembali ke realiti. Pasukan kita tiada Suarez apa nak heran kalau kalah. Poulsen ganti Gerrard, memang dah nampak dah apa bakal terjadi jika pemain yang tak boleh belah main. Boleh dikatakan pasukan kita tak ada pemain laju dan kreatif. Penalti Kargiakos memang wajar, tetapi kalah dengan penalti tak sebak sangat. Carroll masih belum serasi dan masih baru pulih, namun masuk menggantikan Poulsen, bek lawan agak gelabah juga. Jadi perlawaan selepas ini kena menang 2-0 atau lebih kalau tak tak ada harapan piala lagi musim ini

Feb 25, 2011

LIVERPOOL 1-0 SPARTA PRAHA




Jujur aku cakap yang perlawanan pagi ini amat menyakitkan hati memandangkan pasukan kita melepaskan peluang demi peluang didepan mata. Paling sakit hati aku melihat kelibat Ngog. Aku harap ini mungkin kali terakhir beliau main, sebab Carroll sudah pulih dan Suarez akan kembali bermain untuk perlawanan seterusnya. Jangan cakap rekod dia bagus sebelum ini. Kecuali gol lawan Arsenal, semua gol yang beliau bubuh hanya masa lawan kelab lemah sahaja. Tapi nak buat macamana Kenny terpaksa mainkan Ngog, kerana dia sahaja berdaftar sebagai penyerang.

Gol Kuyt pada minit 86 merupakan isyarat bahawa Liverpool berbaloi memberikan kontrak baru kepadanya. Kerajinan beliau amat dasattttt. Boleh dikatakan penyelamat pasukan dikala pasukan Sparta berura-ura mengheret pasukan kita kemasa tambahan sekaligus mengkelepet keputusan melalui penalti. Taktik mereka dipatahkan dengan tandukan Kuyt akibat sepakan penjuru Meireles, dikala semua peminat di Anfield dan juga seantero kedai mamak di Malaysia dah terrasa begitu rendah moral sekali hampir berputus asa.

Kemenangan pasukan kita sekali lagi ada harga untuk dibayar, lebih mahal dari roti tisu dan teh tarik mamak. Kelly dan Agger diberitakan mengalami kecederaan. Paling saya kesian ialah Agger, baru pulih MC balik. Nasib baik kita masih ada Carra dan Soto serta Skrtel untuk posisi bek tengah. Tapi jangan juga dilupa Wilson ada potensi ganti Agger setelah mantap juga permainan walaupun tidak sehebat Kelly. Ketiadaan Kelly mungkin bakal digantikan Johnson yang asyik bertwitter kat rumah.

Jadi pusingan 16 Piala menanti kita antara Lech Poznan dari Poland atau Braga dari Portugal. Dan dah tak jauh dah keperingkat akhir,namun lawan kita bakal hadapi nanti lagi hebat dari Sparta dengar kata. Tapi apa nak gusar Carroll dah boleh main dah nanti, begitu juga Gerrard yang nampak bersorak gembira dan macam tak sabar nak sarung but kembali. jadi Kenny boleh bersiap-siap untuk menyediakan pasukan untuk lawan West Ham.

Feb 23, 2011

PIALA EUROPA : SPARTA PRAHA EPISOD 2

Perlawanan timbal-balik Piala Gred 2 Eropah, Piala Europa kembali membuka tirai khamis ini. Setelah seri telur ayam di Prague, pasukan kita akan menerima kunjungan Juara Liga Czech ini. Pada rangkuman sebelum ini lupa saya nyatakan bahawa bekas pemain kita yakni Patrik Berger pernah menyarung jersi Praha sebelum dipikat Roy Evans. Mlaah Pasukan Praha juga melahirkan ramai bintang macam yang hebat Poborski, Nedved, Cech, koller dan Rosicky serta ramai lagi.

Keputusan seri yang lalu ada banyak hikmah dan penilitian yang sangat mikro yang perlu Kenny ambil kesah. Pertama Ngog tak payah main sebagai penyerang solo, menyakitkan hati kerana banyak peluang mudah dipersia-siakan kerana pergerakan lembab gemalai lemau tak tentu pasal. Ada baiknya Kuyt diletakkan dihadapan sekali kerana dia mampu menjadi pemain sasaran walaupun masih juga gersang dihadapan gol. Kelibat Kuyt yang lebih pengalaman dan mampu mebuka ruang untuk pemain tengah macam Meireles merobek kubu lawan dengan cubaan bola muntah.

Oleh kerana Kapten Gerrard masih cedera, pastinya peluang untuk Joe Cole menunjukkan aksi setelah cedera memanjang sejak awal musim ini. Lucas dan Meireles serta Maxi mungkin akan menjadi tonngak tengah yang kekal macam kesebelasan perlawanan sebelum ini. Tapi masalahnya ialah dibangku simpanan Kenny terpaksa meletakkan pemain tunggul macam Joavnovic serta remaja hingusan seperti Coady dan Sterling. Ini sedikit sebanyak meresahkan namun ianya adalah perjudian masa depan buat pemain muda tesebut.

Bahagian pertahanan mendapat suntikan semangat dari Agger yang telah pulih. Maknanya Kenny boleh kembali bermain 3-5-2 dengan meletakkan gandingan Agger-Soto-Carra. Dua bek mobil dan satu kereta kebal. Kalau nak letak Wilson ganti Soto pun rasa tak adil kerana Soto memang mantap pada perlawanan lepas. Nah sekarang Johnson dan Kelly akan mengambil kembali posisi bek bersayap yang menggerunkan lawan sebelum ini. Tapi saya tak pasti Kenny akan menggunakan taktik tersebut selepas kembali bermain dengan 4 pertahanan sevelum ini.

Untuk melayakkan keperingkat 16 terbaik, kemenangan adalah wajib. Kalau seri ada jaringan maka selamat jalan Piala musim ini. Oleh kerna itu saya dengan berbesar hati jika pasukan kita main menyerang macam lawan Stoke sebelum ini walaupun dengan formasi paling negatif 5-4-1. Kalau dah terdesak gersang hingga minit ke 75, saya mahu Kenny buat rekod dengan memasukkan Raheem Sterling untuk memusnahkan kubu Sparta. Saya yakin dan berani bertaruh potong jari (basikal), yang Raheem akan mencipta hatrik. Ada Brannn....

Feb 18, 2011

LIVERPOOL 0-0 SPARTA PRAGUE



Sememangnya sangat mengecewakan keseluruhan perlawanan. Dengan adanya Ngog pasukan kita jadi dungu betul dibahagian serangan. Setakat Repka yang tua bangka tu pun dia tak boleh nak uruskan, macamana nak hadapi Terry atau Vidic kalau main macam tu. Maxi dan Kuyt nampak terkial-kial untuk membantu Ngog dan saya nampak mereka amat perlahanan macam nenek umur 60 tahun. Johnson walaupun agak mantap menyerang namun selalu bocor ketika diasak lawan. Aurelio bukannya pemain tengah dan nasib baik digantikan dengan Cole seawal permainan.

Lucas pada saya adalah terbaik dan tak langsung menampakkan merosot macam pemain lain. Dia adalah enjin pasukan kita dengan kemantapan menjaga pertahananan dan menutup ruang untuk pemain tengah Sparta menggunguli ruang tengah padang. Namun saya cukup teruja dengan persembahan Kargiakos kali ini. Dia berjaya mengekang penyerang Negro Sparta dengan jayanya. Dia jua bermain baik disamping Carragher yang nampak sangat garang sebagai kapten.

Jangan risau saya yakin dengan kembalinya pemain utama macam Gerrard dan Agger, pastinya Sparta takkan selamat di Anfield untuk perlawanan timbal-balas. Pasukan mereka diselamatkan oleh ketidakmampuan pemain serangan kita bukannya kekebalan mereka. Jadi pertembungan selepas ini pasti menarik kerana pasukan kita terpaksa main untuk menang dan Sparta juga mahu sumbat gol untuk memastikan tekanan gol tempat lawan .

Feb 16, 2011

PIALA EUROPA : SPARTA PRAGUE



Perlawanan esok merupakan penampilan sulung Kenny dalam kancah Eropah. Namun yang paling menarik perhatian ialah Liverpool telah menamakan 5 pemain muda dari skuad simpanan dalam lawatan ke Republik Chezch yakni Raheem Sterling, Conor Coady,John Flanagan, Jack Robinson dan Tom Ince. Namun ramai yakin Raheem pasti akan diberikan peranan dalam perlawanan itu setelah mengamuk dengan 5 gol dalam perlawanan Piala FA remaja, baru-baru ini. Terima kasih kita kepada Pak Cik Rafa kerana beliau berjaya menaiktarafkan akademi dan berjaya mengumpulkan pemain-pemain muda yang berbakat yang bakal meletup tak lama lagi.

Tapi disebalik itu Kapten Gerrad masih belum pulih dan begitu juga Agger. Nasib baik Poulsen tak dapat pergi kerana bakal mendapat cahaya mata (tahniah). Jadi peluang Kapten Coady untuk main adalah cerah. Disamping itu Suarez tidak boleh beraksi kerana telah main dengan Ajax sebelum ini dalam kejohanan yang sama. Dan ini bakal melihat aksi Kuyt sebagai penyerang utama atau Ngog. Entah kali ini apa jenis formasi yang bakal digunakan oleh Kenny. Harap-harap kita main menyerang walaupun ditempat lawan. Bukannya meremehkan Saprta Prague, tapi pasukan kita boleh bermain baik dengan pemain yang sedia ada.

Nov 5, 2010

LIVERPOOL 3-1 NAPOLI



Cukuplah dengan 3 gol jaringan Gerrard beliau telah menyatakan sendiri betapa pentingnya Kapten kita itu untuk Liverpool musim ini, sebagaimana Man City begitu mengharapkan Tevez dan ketiadaannya membuatkan Man City tewas bertimpa-timpa. Walaupun ditinggalkan oleh Napoli dek kerana kealpaan Johnson dan Lavezzi menjaringkn gol pembukaan untuk mendiamkan penyokong merah di gelanggang sendiri.

Kemasukan beliau menggantikan Jovanovic seawal separuh masa kedua ternyata membuahkan hasil. Tempo permainan yang lembab pada separuh masa pertama menjadi rancak dan bertenaga. Cuma pasukan kita perlu menunggu sehingga minit ke-75 barulah gol penyamaan datang itupun kita perlu berterima kasih pada bekas budak kita Dossena yang memberikan Gerrard mencuri hantaran kebelakang untuk gol penyamaan. Anfield kembali hangat dan riuh dengan sorakan.

Glen Johnson telah membalas kesilapan separuh pertama apabila melakukan larian dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh bek Napoli yang pandai berlakon buat-buat sakit. Namun pengadil yang adil lagi bijaksana menghadiahkan penalti yang tidak boleh disangkal oleh Napoli samasekali. Kapten Gerrard mengambil tugas berat untuk penyamaan, dan beliau tidak menghampakan dengan merembat deras walaupun telah diduga oleh Morgan De Sanctis. 2-1 Anfield sekali lagi bergegar dan pemilik baru tidak malu-malu meraikan gol dengan menumbuk keudara.

Tak sudah disitu sahaja acara pagi tadi. Rupanya pemain kita belum puas dengan 2 gol sahaja. Gol ketiga muncul apabila Ecceleston mencabar penjaga gol Napoli yang mana dia terpaksa mengeluarkan bola dalam kawasan sendiri. Nasib tidak baik bola dapat dirampas Lucas dan beliau telah menghantar kepada Gerrard yang menunggu disebelh kanan beliau. Gerrard apa lagi melakukan larian dan menggunakan kecerdikan beliau mencedok bola membuatkan penjaga gol Napoli tewas kali ke-3 ditangan Gerrard malam tadi.

Tanpa segan silu Hodgson memuji-muja Gerrard selepas perlawanan walaupun kapten kita itu tidak mahu menerima kredit yang diberikan dan dengan rendah diri menyatakan semangat berpasukanlah punca kemenangan bukan dirinya sendiri. Dan dapat dilihat juga pemain muda menunjukkan kebolehan tetapi mereka perlu diadun dengan pemain berkualiti bukannya liabiliti macam Poulsen yang nampak sangat tak diperlukan lagi dalam pasukan. jika Hodgson mahu peningkatan dan masa depan yang cerah Poulsen harus disisihkan kerana peranannya amat terbatas sama sekali.

Jadi kita boleh bersedia zahir batin untuk menghadapi Pendahulu liga Chelsea dengan tenang, ahad ini. Cuma diharapkan Hodgson lebihkan kerja rumah setelah kembalinya beberapa pemain utama seperti Johnson dan Kuyt yang pasti akan menguatkan pasukan. Peminat pasti tak sabar-sabar untuk ke Stamford Bridge untuk melihat adakah peningkatan ini berterusan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Akhir sekali tak lupa diucapkan Selamat Hari Deepavali untuk pembaca yang beragama Hindu dimana sahaja berada. YNWA.

Nov 4, 2010

LIVERPOOL LAWAN NAPOLI


Edisi Liga Europa bersambung. Perlawanan timbal balas bertemu Napoli akan berlangsung di Anfield. Keputusan seri tanpa jaringan di Naples masih boleh dibanggakan. Ini kerana Roy Hodgson berani mempertaruhkan pemain muda. Malah Shevley, Spearing dan Kelly tak kekok menghadapi pemain Napoli yang ramai juga berbakat seperti Marek Hamsik, Edison Cavani dan Ezqeuile Lavezzi.

Kali ini Gerrard dan Torres sekali diberi peluang berehat. Memang ianya keputusan terbaik, untuk memberikan kesegaran dan persiapan menghadapi Chelsea. Malah Kuyt masih belum diberi lampu hijau beraksi, tetapi Johnson pasti akan turun setelah berehat panjang selama dua minggu. Poulsen juga akan diberi peluang setelah tersingkir kebangku simpanan dek penangan Lucas yang menjadi-jadi.

Ngog dan Babel akan menjadi pilihan serangan kita nanti. Bab Ngog mungkin saya ada sedikit keyakinan dia boleh memberikan sumbangan gol kerana rekod Europa yang cemerlang. Tapi Babel amat merunsingkan kerana dia amat berkarat dan kurang mampu menjaringkan gol walaupun ada peluang terbuka seperti di Naples tempohari. Memang patutlah dia disisihkan oleh Rafa dan kini Roy pula.

Kalaulah Roy serius untuk menjadikan Piala Europa sebagai satu tumpuan untuk musim ini, saya harap beliau teruskan. Kerana secara realistik selain kejohanan ini, hanya Piala FA sahaja yang kita masih boleh bersaing. Piala Liga kita dah kantoi dan Liga Perdana jangan mimpilah. Jadi saya harapkan kita layak ke pusingan seterusnya dan boleh juga memenangi Piala ini dari tak ada langsung.

Oct 22, 2010

LIVERPOOL 0-0 NAPOLI



Konchesky menjadi talian hayat Roy Hodgson. Kalau pengadil atau penjaga garisan beri keputusan sebaliknya, saya yakin esok juga Roy kena kemas beg balik London. Apapun tahniah buat pemain muda seperti Kelly, Spearing dan terutamanya Shevley yang menampakkan peningkatan tak macam lawan Northampton sebelum ini.

Oct 20, 2010

LIVERPOOL LAWAN NAPOLI


Saya tak mahu cakap yang negatif sebab ramai yang marah dan bertambah marah. Biarlah kita hipokrit macam pasukan kita tiada apa yang untuk dibimbangkan. Jadi untuk meneruskan agenda seterusnya, perlawanan Piala Europa yang amat hebat dan dicemburui oleh Chelsea dan Man U sebab mereka tak layak sertainya.

Ingat lagi Dossena, ala mamat kepala botak yang pernah main bek kiri tapi tak bagus, tapi main sayap boleh pula jaringkan gol dengan Real Madrid dengan Man Yu. Kalau ingat bagus sebab dia adalah salah seorang pemain kelab yang pasukan kita nak lawan nanti. Saya tak tahu statistik dan cerita mengenai mamat itu, tapi dengar kata dia masih jadi bek kiri Itali, maknanya hebat juga lah dia.

Jadi untuk pasukan yang bakal kita lawan nanti semua kengkawan Dossena yang tak pernah kita kenal kecuali Dossena seorang. Kalau dulu Napoli memang saya kenal pemain dia iaitu siapa lagi kalau tak Diego Maradona. Itu sahaja identiti Napoli yang saya anggap hebat sampai sekarang. Dan pastinya peminat Napoli akan bernostalgia sebegitu dan silap2 ada nama Jalan atau kampung sempena nama lagenda Argentina itu.

Maka saya harap pasukan kita main bersungguh-sungguh. Biarlah cerita Liga Perdana dengan Liga Perdananya, Piala Europa buatlah macam sebelumnya. Walaupun pasukan tuan rumah yakin bersemangat nak membantai kita macam Blackpool dan Everton namun bola itu bulat. Kita ibarat Singa yang cedera parah, nampak macam tak larat nak lawan, tapi awas dia masih ada kuku dan taring, mai dekat boleh koyak isi juga.

Buat Pak Roy, saya tak menyalahkan kamu kerana kamu bukanlah dibawa untuk memberikan kami fantasi kejohanan atau piala, namun mungkin sekadar pengurus tua yang hilang arah. Mungkin taktik kamu tak bagus atau pemain boikot taktik lapuk kamu, tapi sebagai pengurus yang dah sebarang keputusan berlaku diatas bahu kamu. Tapi buatlah sebaik mungkin kerana KPI (Key Perfomance Index) sedang dinilai oleh semua. Mungkin tak sempat dapat bonus Januari jika keadaan berlarutan.

Oct 1, 2010

LIVERPOOL 0-0 FC UTRECHT



Sakit hati juga dengar ayat poyo Hodgson semasa sesi temuramah masa dah tamat perlawanan. Dia amat berpuashati walaupun sekadar kutip satu mata. Apa dia ingat kita baru sahaja seri dengan Barcelona atau Inter Milan kot. Kalau permainan cantik tak apalah pula, ini macam caca merba. Serba tak kena dan tak menjadi segala taktik beliau. Sepatutnya dengan reputasi dah tahap otai dia kena memotivasikan pemain, walau kebanyakan mereka bukan anak kecil lagi. Saya tak salahkan dia kerana keputusan, tetapi cara beliau uruskan pasukan amat membimbangkan. Kadang-kadang terfikir juga yang kita lihat di Fulham sama sekali macam orang lain. Jadi kalau macam inilah caranya taktik kita dan tiada perubahan lagi sampai bila-bila, alamat perlawanan yang dianggap macam kacang menentang Blackpool, pun kita boleh kena getah.

Sekarang ini pasukan lain dah anggap pasukan kita hina dina buat masa ini. Kalau dulu, tambah-tambah di Eropah, pasukan Elit macam Real, Barca dan Inter ketar lutut kalau lawan kita. Tapi sekarang dengan kelab cikai yang asyik kena tibai di Liga Belanda tapi mereka main macam diaorang wakil paling hebat disana. Apa sudah jadi ni Pak Cik Roy. Buatlah sesuatu selain asyik dok gigit kuku kat bangku simpanan. Kami sebagai peminat setia Liverpool mahukan komitmen dan semangat serta kepakaran yang ada. Tak perlu nak buat kerja susah macam Rafa dengan menalaah video, youtube, 3gp dan lain-lain sampai tidur tak cukup. Buat macam pengurus British lain buat, mainkan mereka diposisi terbaik masing-masing, bukannya buat eksperimen yang hanya mengurangkan kekuatan sendiri. Lagi satu saya amat terkejut apabila tiada pemain muda selain Kelly diketengahkan padahal Spearing atau Ngog mungkin boleh memberikan kelainan dalam perlawanan itu.


FC UTRECHT (4-4-2): Vorm 6; Cornelisse 6, Schut 6, Wuytens 7, Nesu 6; Duplan 6 (Maguire 69min, 6), Lensky 7 (Nijholt 82), Silberbauer 6, Mertens 8; Mulenga 7, Van Wolfswinkel 6.

Simpanan: Sinouh, Keller, Vorstermams, Van Der Maarel, Demouge.

LIVERPOOL (4-2-3-1): Reina 6; Johnson 6, Carragher 7, Skrtel 6, Kelly 6; Lucas 6, Poulsen 7; Meireles 6, Kuyt 5, Cole 5 (Rodriguez 81); Torres 6.

Simpanan: Jones, Kyrgiakos, Spearing, Jovanovic, Babel, Ngog.

Kad Kuning: Lucas, Meireles, Kelly.
Pemain Terbaik: Dries Mertens.
Pengadil: Duarte Gomes (Portugal)

Sep 30, 2010

LIVERPOOL LAWAN FC UTRECHT



Cabaran sayembara di eropah kembali menjengah. Ujian kali ini agak samar. Fc Utrecht, cabaran dari belanda amat kurang perhatian media. Hanya yang selalu kita dengar ialah penyerang muda mereka Van Wolfsinkel, yang lain cukup misteri. Dari jurulatih, pemain sehingga pembancuh air tidak tersohor kecuali pemain kita Kuyt, telah berkidhmat selama 5 tahun di sana dan membina kerjaya sehinggalah Fayernood datang memikat beliau. Jadi buletin Liverpoolkita tidak cerita banyak pasal kelab lawan yang penuh misteri, kerana tidak cukup bahan bukti.

Jadi kita teruskan dengan pasukan kita. Rekod 100 % menang 5 dari 5 perlawanan dalam kejohanan ini bolehlah dibanggakan, walaupun tak segah Liga Juara-Juara. Nasib di Liga Inggeris tidak berjangkit nampaknya di Eropah buat masa ini. Mungkin semangat kemenagan di Eropah tidak menjadi motivasi kerana lawan yang kita hadapi umpama kacang goreng berbanding di Liga umpama kacang berangan, silap gigit patah gigi. Legasi Rafa nampaknya masih tak berubah era Hodgson.

Petik wawancara Hodgson, dia mahukan pemain terbaik mengetuai cabaran kelab Belanda itu. Mungkin kesebelasan utama dikekalkan atau seorang dua hanya direhatkan. Tapi yang pasti Kuyt, akan bermain untuk memantapkan staminanya. Torres mungkin tetap bermain supaya keyakinan depan gol kian utuh selama beberapa perlawanan ketandusan jaringan. Meireles bakal bermain ditengah mungkin kerana dia memang dibeli untuk posisi itu. Agger sah dikiri kecuali Hodgson letakkan Kelly, untuk siapkan Agger untuk lawan Blackpool ahad nanti.

Sayang sekali kita tidak dapat melihat kelibat Spearing lagi. Namun saya harap Hodgson ubah fikiran, sebab pemain ketot itu amat efektif main dengan pemain Meireles, bukannya Lucas atau Poulsen. Dan kalau boleh saya mahu lihat Kelly di bek kanan dan Johnson main disayap seperti saranan lagenda kita, John Aldridge. Pemain muda lain saya tak harap sangat diberi peluang kecuali Pacheco. Pacheco yang boleh bermain dimana sahaja dibahagian tengah dan serangan mungkin layak untuk diberi peluang untuk menonjol.

Dan akhir sekali, tak adil jika penjaring gol terbanyak kita, Ngog tidak diberi peranan. Dia dah membuka mata beberapa pengkritik yang semberono (saya pun sama) yang menidakkan kebolehan dan peningkatan pemain muda Perancis untuk berjaya musim ini. Peranan beliau walaupun tidak seberapa ketika bersama Torres, namun ianya membuatkan bek lawan mengendurkan rantai untuk mengikat Torres sahaja. Bak kata orang berat sama dipikul dan penerajang bek lawan sama-sama dirasa.

Jadi harapnya kemenangan jadi pengubat kekecewaan di Liga Perdana. Kalau dah nampak ini sahaja peluang untuk cari piala, teruskan sampai jaya. Rasanya tak berbaloi dengan ganjaran untuk kejohanan ini, tapi apa boleh buat inilah sahaja kejohanan yang saya yakin, Hodgson tahu apa yang dia buat dan serba mengena.

Sep 17, 2010

LIVERPOOL 4-1 STEAUA BUCHAREST




Perjudian Hodgson merehatkan beberapa pemain utama ternyata membuahkan hasil. Pasukan kita ternyata masih berjaya menang dengan skuad simpanan. Seawal minit ke-2 Cole telah membuka akaun gol pertama beliau dengan menyudahkan gol dari kesilapan bek lawan. Namun pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila berjaya mengelirukan bek kita dengan Tanase melakukan larian pantas meninggalkan Kargiakos dan Kelly yang terlalu alpa. Reina hanya sekadar meluru dan melihat pemain lawan melakukan cip kedalam gawang kita. Kesudahan 1-1 berakhir sehingga tamat separuh pertama.

Separuh kedua pemain kita dengan semangat baru telah memulakan permainan dengan lebih agresif dan tempo yang pantas. Tak semena-mena Kargiakos ditolak dalam kotak penalti ketika sepakan penjuru diambil. Pengadil tanpa segan silu memberikan penalti dan Ngog telah menjaringkan gol ke-5 nya musim ini dengan kita mendahului 2-1. Kemasukan Lucas meresahkan kita. Tapi dia dengan begitu yakin melakukan rembatan cantik dari luar kotak untuk kita mendahului 3-1. Kapten Gerrard kelihatan tersenyum dan tepuk tangan mungkin tak percaya Lucas yang buat semua itu. Akhir sekali Ngog memberikan gol kedua beliau untuk menutup malam ceria kita dengan keputusan muktamad 4-1.


Nampaknya puashati kita melihat pemain-pemain beraksi bersungguh-sunguh. Miereles ternyata menghiburkan walaupun beliau tidak menumpukan kepada serangan. Tetapi yang paling saya suka lihat ialah Spearing nampak begitu matang sekali dan masa depan beliau amat cerah jika berterusan main sebegitu. Kelly main baik dan mengingatkan saya tentang Carragher masa muda-muda dulu. Rasanya dia akan jadi bek tengah macam Carragher juga. Babel masih macam dulu juga laju tapi tak reti nak guna kebolehan. Konchesky makin berani naik sampai atas dan membantu serangan. Agger dan Kargiakos masih ada kelemahan namun mereka bijak dan mampu berikan persembahan mantap.

Maka saya rasa kita boleh mengharapkan semangat kemenangan ini akan diteruskan ketika berkunjung ke Old Trafford nanti. Miereles dan Cole amat patut bermain dalam kesebelasan utama untuk memberikan sengat kepada serangan kita yang tumpul sebelum ini.

Liverpool (4-2-3-1): Reina ; Kelly ,Kyrgiakos , Agger , Konchesky ;Spearing , Meireles ; Rodriguez (Pacheco 85min), Cole (Eccleston 88),Babel Lucas 78); Ngog . Simapanan: Jones, Johnson, Carragher,
Shelvey. Booked: Rodriguez.

Steaua Bucharest (4-4-1-1): Tatarusanu ; Emeghara (Nicolita 20, ), Abrudan , Alves , Latovievici ; Radut (Surdu 73, ), Angelov (Eder 52), Bicfalvi , Tanase ; Stancu ; Kapetanos .Simpanan: Lungu, Gardos, Gomes, Apostol.

Kad: Abrudan,Kapetanos, Eder,Maxi
Pemain Terbaik: Joe Cole.
Pengadil: Cesar Fernandez (Spain).

Sep 15, 2010

LIVERPOOL LAWAN STEAUA BUCHAREST


Cerita kecewa seri dengan Birmingham mari kita tinggalkan, kita segarkan minda dengan perkembangan mengenai kejohanan di Eropah pula. Perlawanan Liga Europa khamis ini membuka tirai dengan lawan kita dari Romania, iaitu Steaua Bucharest. Mengikut laporan koresponden Buletin Liverpoolkita di sana, pasukan mereka tak hebat sangat pun. Minggu lepas mereka kena titik 0-1 dengan Unirea Urziceni, dan turun ke tangga ke-3 liga. Steaua main lebih kurang kita juga 4411, tapi menggunakan pemain sayap pantas iaitu Christian Tanase dikanan dan kiri pula Mihai Radut. Penyerang mereka, Romeo Surdu juga boleh tahan namun mereka amat berharap dengan Bogdan Stancu yang bermain dalam lubang. Pemain perancang ini dah jaring 6 dari 9 perlawanan. Pemain tengah mereka, Octavian Abrudan dan Stanislav Angelov sekadar macam Poulsen dan Lucas, bertahan dan pecah serangan lawan. Tapi yang menariknya bek mereka yang tak disebutkan kerana amat misteri, adalah liabiliti kepada pasukan. Bak kata orang lubuk serangan. Jadi koresponden disana yakin bahawa kita boleh menang selesa jika main dengan lebih menyerang.

Pasukan kita kalau diikut prestasi Europa, boleh dikatakan membanggakan. Belum tewas lagi sampai keperingkat kumpulan. Walaupun begitu itu hanyalah sekadar bertemu lawan yang kurang setanding. Hero kita dalam kejohanan setakat ini bukan Gerrard atau Torres, tetapi Ngog dengan 4 gol. Dia mungkin perlu turun jika Torres direhatkan. Dan kita pasti mahu lihat Cole serta Meireles main bersama. Kedua-duanya amat kreatif lagi aktif dalam menggerakan serangan. Namun saya pasti Gerrard dan Poulsen direhatkan dan Lucas akan main sepenuh masa. Bagi peluang pulalah kepada Babel dan Pacheco main untuk ganti Jovanovic dan Maxi. Rasanya mereka takkan menghampakan. Kelly, Agger, Sotoridis dan Darby perlu mungkin boleh diletakkan dalam unit serangan serta Jones akan ambil alih tugas Reina yang perlu rehat cukup untuk menepis serangan Man U.

Sepatutnya dah sampai ke format Liga kita kena pulun sehabisnya. Tapi bagi saya, dah tak ada nikmat Piala ini kerana beberapa sebab. Satunya ialah pasukan kita asyik kena main ahad atau isnin sebabkan jadual Europa yang selalu main khamis. Memang hampeh sebab esoknya kena kerja terbarai mata tahan ngantuk. Dan satu lagi peluang cedera adalah tak berbaloi jika berlaku main kejohanan ini dahlah hadiah johan pun murah sangat. Namun saya akur dengan pendapat umum yang mahu kita sedaya upaya dapatkan Piala Europa kerana inilah peluang Pak Cik Roy cari trofi musim ini.

Aug 27, 2010

UNDIAN LIGA EUROPA


Tak sangka begitu cepat pihak UEFA buat kerja. Zaman internet katakan, baru saja habis perlawanan tak sampai separuh hari, undian dah berjalan. Dalam cabutan kali ini pasukan kita bakal diletak dalam kumpulan K, bersama Napoli, Steaua Bucharest serta FC Uthrects. Nampak gayanya tak nampak gerun sangat lawan kita. Namun jika buat halai balai (sambil lewa), kosong mata pun boleh dapat. Apapun Hodgson kena perlu pandai membahagikan masa dan perlu letak kepentingan pada tempatnya, iaitu dahulukan Liga Perdana dan kemudian barulah piala-piala lain. Kalau boleh letakkan sebanyak mungkin pemain muda dalam saingan Europa ini, macam lawan FC Robot tempohari.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails