Berita ini telah tersebar luas di alam Siber. Siap ada versi klip Youtube lagi. Tapi saya nak komen sikit perangai peminat Man U yang tak sudah-sudah menyakat peminat kita.
Tengok kembali gambar diatas, di Anfield pun sanggup diorang masuk bawa kain pemidang semata-mata nak kecilkan hati peminat Liverpool.
Berbalik kes kat Bukit Jalil, pemuda India itu mungkin sahaja nak buat lawak atau nak tunjuk hero sebab berani pakai baju Man U dengan nama Shrek lagi. Nasib baiklah peminat Liverpool antara yang kool dan hati Bersih. Cuba kita buat kat peminat Man U macam tu. Silap-silap kena daftar masuk kat Hospital lah jawabnya. Jadi jangan mulakan provokasi tak baik.