Showing posts with label Premier League. Show all posts
Showing posts with label Premier League. Show all posts

Aug 19, 2016

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN BURNLEY

Musim 2016/17 bermula dengan agak baik, membaham Arsenal di Emerates 4-3. Perlawanan itu tunjukkan masih dalam kategori perlu diperbaiki, terutamanya dibahagian pertahanan. Lubuk sebelah kiri, merupakan ancaman untuk pasukan. Masalah pertahanan yang kerap bolos dari sepakan percuma masih menghantui. Dari segi taktikal longgar bila mendahului hatta dengan kelebihan 3 gol, nampak macam terlalu selesa. Bila tetiba jadi panik bila lawan tukar strategi dan pemain nampak tak tahu nak hadap taktikal lawan yang baru. Klopp kena perhatikan itu.

Perlawanan seterusnya lawan Burnely sepatunya ikut jadual asal kena main kat Anfield. Kerana Anfield sedang dinaiktaraf dan jangkaan takkan siap  menjelang perlawanan dengan Burnley, maka pihak pengurusan meminta ihsan Persatuan Bolasepak Inggeris untuk tukar suka sama suka, dengan Burnley sebagi tuan rumah. Jadi Liverpool bakal bertandang ke Turf Moor untuk perlawanan minggu ke-2. Ini bermakna Liverpool sekali lagi main diluar kawasan dan kali terakhir bermain di Turf Moor, pada musim 2014/15 berkesudahan menang tipis 1-0.

Lawan kita nanti Burnley baru dinaikkan dari Liga Kejuaraan setelah tersingkir pada musim 2014/15. Kiranya meraka baru berehat satu musim dan naik balik sebagai juara Liga Kejohanan. Prestasi mereka terbaik dalam musim lepas dengan 23 perlawanan tanpa kalah. Namun dalam perlawanan pembukaan mereka, sebagai tuan rumah mereka tewas tipis dengan Swansea. Dengan dah rasa tewas dalam perlawanan pertama, skuad didikan Sean Dyche akan lebih berwaspada nak main terbuka. Namun kelebihan mereka sebagai tuan rumah jangan diambil mudah, kalau tak takkan mereka jadi Juara Liga Kejuaraan jika pasukan mereka biasa-biasa sahaja.

Mignolet
Clyne Lovren Klavan Milner
Henderson Emre
Wijnaldum Lallana Coutinho
Origi

Persediaan pasukan tersentak bila Mane cedera ketika sesi latihan. Pada mulanya ada cakap bahu terkehel, padahal beliau cuma terseliuh cedera otot. Apapun bakal terlepas jua perlawanan dengan Burnley, sebab dalam proses pemulihan. Jangan risau sangat, kita memang tak syok bila pemain idaman cedera, tapi kembalinya Sturridge rasanya tenteram sikit jiwa. Milner dah cukup cergas selepas cedera masa lawan Barcelona, dan beliau pasti diturunkan untuk bagi Moreno belajar sesuatu dari bangku simpanan. Kita tak rasa nak tewaskan Burnley satu cabaran besar, namun dengan skuad ada sekarang jika perbaiki pertahanan dan serang macam lawan Arsenal, ada can makan kenduri lagi.

Mar 25, 2014

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Ramai yang masih bermimpi dan cakap-cakap pasal perlawanan 6-3 dengan Cardiff, padahal perlawanan dengan Sunderland dua hari saja lagi. Dalam dalam wawancara Brendan dengan pemberita tentang laluan ke Liga Juara-Juara, dia cakap hanya ada satu halangan yang boleh memusnahkan peluang itu. Ianya ialah terlalu yakin dan memandang mudah kelab bawahan. Jika hilang fokus matlamat asal akan tersasar.

Perlawanan dengan Sunderland, dianggap mudah seperti kacang jika kita tengok corak permainan kita yang terdahulu. Tetapi apa yang pasti berbeza ialah bagaimana Sunderland bakal menyediakan pasukan mereka. Kalau mereka bermain macam corak perlawanan Liga, itu agak enteng bagi kita. Namun jika mereka beraksi macam perlawanan Piala Liga dan Piala FA. Pasukan kita kena berhati-hati dengan corak serang balas anak buah Poyet itu.

Tetapi kita bernasib baik kerana pemain utama mereka, Fabio Borini ialah pemain kita yang dipinjamkan. Kiranya kekuatan serangan mereka hanya tertumpu kepada Altidore kerana Flecther masih cedera. Dan paling malang sampaikan mereka terpaksa jadi buruk siku, minta balik Conor Wickham dari Leeds United. Dengan kombinasi Altidore dan Wickham, corak utama Sunderland ialah hantaran jauh dan tinggi. Brendan kena ada rancangan yang jitu untuk menghadapi serangan udara yang bakal bertali-arus.

Menghadapi 2 perlawanan dalam seminggu dan lepas ini lawan Spurs pula, bagi saya sistem penggiliran boleh diguna pakai. Calon-calon yang boleh direhatkan jika perlu ialah Flanagan, Agger dan Coutinho. Mereka mungkin boleh digantikan dengan Cissokho, Sakho dan Sterling . Flanagan kena rehat bukan sebab dia banyak buat silap, tetapi beliau adalah pemain yang mantap dalam perlawanan besar. Manakala Agger sebab masalah kesihatan dan Coutinho bersiko kena buli dengan pemain tengah Sunderland yang robes.

Tetapi sehingga perlawanan bermula, kita belum tahu apa kejutan yang bakal Brendan lakukan samada dengan corak taktikal atau kesebelasan yang bakal diturunkan. Kita  tak tahu mungkin Brendan tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak lalu, memikirkan perlawanan itu nanti, sebab peminat sekarang dah sembang besar  macam segalanya teramta mudah. Sebab itulah saya 100 peratus, macam Brendan, selagi 38 perlawanan belum habis, simpan dulu mimpi kita. Setiap perlawanan adalah perlawanan akhir, tak kira siapa lawan kita.

Sep 2, 2013

LIVERPOOL 1-0 MAN UNITED



Rekod sejak 1994 belum  lagi Liverpool mencapai rekod sebegini dengan 3 kemenangan, 3 gol dan 3 tanpa bolos dan dijaringkan oleh pemain yang sama. Dan paling membanggakan penjaring gol itu punya hari jadi pada hari hari ini. Tok fergie pernah komen yang pembelian Sturridge buang duit. Buang duit? Hahaha, apalagi yang Sturridge tak sumbat gol, Luar kotak, Gol tarian gelek dan tandukan ,cuma tinggal lagi nak bubuh gol dengan tangan saja belum. Memang ada risiko kecederaan, tapi kalau sihat walafiat dia memang Teroris depan gol.

Sebelum perlawanan Moyes dengan yakin cakap dengan wartawan, dengan pasukan sedia ada yang lebih bagus katanya dari Everton, Badi sengal beliau takkan hilang di Anfield. Si golem  ini sebenanranya patut mandi bunga atau lupa Ferguson pesanan untuk rasuah pengadil sebelum perlawanan. Mereka tewas bukan kerana Liverpool main cantik tapi mereka datang ke Anfield dengan takbur, bilamana semuanya serba tak menjadi kepada RVP dan ramai yang tak nampak beliau sepanjang perlawanan rupa-rupanya dalam kocek seluar Agger dan sekejap masuk dalam kocek Skrtel pula.

Cerita tentang bek kita. Walaupun ketiadaan Toure yang mencemaskan, pemain sedia-ada nampak sudah bangun dari tidur terutamanya Skrtel. Inilah dikatakan ada hikmah disebalik bala yang tertimpa Toure. Lagi satu Skrtel mungkin dok kelih tengok dibangku penonton ada kelibat Sakho dan Llori yang membuatkan beliau bekerja lebih kelras dan tidak menggular lagi. Skrtel telah menyelamatkan Liverpool malam ini dan mungkin kerjaya beliau di Anfield musim ini. .Johnson cedera takda hal, Wisdom dan Kelly . Kalau tak cukup lagi Sterling pun boleh main apa macam lawan Nott County.

Umumnya pasukan kita main penuh disiplin terutamanya bahagian tengah. Tak perlu ramai-ramai pemain kreatif, Coutinho seorang pun dah cukup. Willian dan Eriksen memang sengaja Brendan rejek sebab nanti merajuk pula tak boleh main sebab asyik-asyik Coutinho saja yang main. Memanglah tugasan penyerang sumbat gol, tapi pemain tengah adalah kunci utama untuk memastikan pergerakan bola lancar dan lawan tak mampu kuasai permaianan. Dalam kes Man U, mereka kuasai permaiann tapi cuma berusaha dari bahagian sayap sampai nak mengantuk tengok asyik-asyik hantaran lintang pukang yang dapat dibaca bek kita.

Pemain terbaik telah diketahui Sturidge. Itu sedia maklum. Tapi saya tak faham bagaimana Henderson main dari minit pertama sampai wisel penamat tanpa letih. Mungkin semasa Kuyt tinggalkan Anfield dia tinggalkan hantu-raya beliau kat Henderson kot. Saya nampak Liverpool tak main dengan formasi statik tapi rojak dengan 4-2-2-2. Sebab itulah Henderson dengan coraknya yang lasak dan Coutinho dengan kelicikannya. Kedatangan Victor Moses nanti mungkin menggantikan Borini yang bakal dipinjamkan ke Sunderland, namun dengan pemainan Aspas yang masih hampas saya harap tiada kecederaan sehinggalah Suarez bebas dari tahanan.

Klaseman di persada Liga, belum boleh membuatkan Liverpool untuk jadi bongkak dan takabur. Ranjau sukar pertama sudah lepas banyak lagi ranjau yang perlbagai yang belum diketahui untuk masa kedepan. 6 perlawanan mendatang nanti bagi saya tak sukar atas kertas namun, itulah yang ditakuti ialah sifat ujub bila berada diatas. Liverpool kena bermain macam biasa, biar main hodoh tapi keputusan gempak. Tak kiralah di   Anfield atau stadium lawan , mentaliti yang ditunjukkan dalam 3 perlawanan mesti diekalkan. Mentaliti pemenang bak kata Brendan dalam sidang media sejurus perlawanan. 

Aug 30, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN UNITED



Tahukan anda secara kebetulan permulaan musim ini setakat sama dengan musim 2008/09. Liverpool bermula dengan 2 kemenangan. Bagi musim 2008/09 Liverpool melakar sejarah menjadi naib johan Liga dibelakang Man U, tetapi yang terpaling indah pada masa itu semua gergasi bolasepak macam Man U, Chelsea dan tak lupa Real Madrid lunyai kena ratah. Jasa Fernando Torres tidak dilupai disamping seluruh pasukan ketika itu memang dalam keadaan moral yang teramat tiggi dibawah kendalian Rafa Benitez.

Imbasan itu bukan untuk mengatakan yang situasai itu bakal berulang musim ini. Tapi jika kena dengan cara dan segala plot yang dirancang mengena satu persatu, saya yakin Brendan Rodgers bakal menjadi lejen. Walaupun masih banyak kelemahan dalam pasukan Liverpool, bolasepak dalam dunia sebenar bukan semanis pengucapan dan komentar pengulas bolasepak, tapi ianya juga satu permainan yang penuh kejutan demi kejutan. Brendan Rodgers sekarang dalam situasi terbaik dengan pemain sekarang lebih baik dari musim lalu, namun beliau mesti lebih pro-aktif sebelum pintu perpindahan terkunci.

Menjelang perlawanan dengan Man U, skuad kita dibayangi oleh kecederaan tonggak utama Kolo Toure dan beberapa lagi pemain gantian. Martin Skrtel bakal menebus tempat beliau sepanjang ketiadaan Toure dan saya rasa berbelah bagi samada beliau dapat menemui jati-diri beliau 2 musim lalu atau masih sama macam musim lepas. Ketiadaan Reina digantikan Mignolet menambahkan kekuatan pertahannan walaupun dengan Nott County, Mignolet tewas 2 kali. Sebab apa saya amat tekankan aspek pertahanan, ini kerana nak jadi pasukan yang hebat ketirisan dan kebolosan perlu dikurangkan kerana skuad serangan kita enjin masih belum panas lagi.

Liverpool sejak berzaman dicop pasukan yang terlalu mengharapkan hero utama. Owen, Torres, Suarez dan musim ini dengan ketiadaan Suarez, Liverpool terlalu bergantung harap kepada Daniel Sturridge. 4 gol dari 3 perlawanan, membuatkan musim ini Liverpool menjadikan beliau watak utama untuk memacu skuadron serangan menghadapi bek Man U. Saya tak cakap pemain lain tak ada peranan, tetapi ketajaman penyudah serta kepantasan beliau merubah dimensi permainan pasukan kita musim ini. Cuma satu yang perlu dijaga dan diperhalusi ialah pemain hebat ini mempunyai rekod kecederaan lampau yang serius dan beliau tak macam Suarez yang kebal dari kecederaan walaupun bermain sepanjang musim.

Bercakap tentang lawan serta musuh kita, Man U. Ramai bersyukur Tok Fergie hidung ungu  dah bersara, tapi legasi beliau masih kekal dan Moyes saya nampak macam pengurus boneka. Peralihan kuasa dari Fergie kepada Moyes, macam peralihan kuasa Politik Malaysia, Tok Det kepada Pak Lah Bedawi, ada kuasa tapi dalam pantauan ketat .  Corak Man U tak banyak berubah kerana mereka masih menggunakan majoriti pemain tinggalan Ferguson. Jadi kalau ada yang jangka ketamadunan Empayar Mancunian runtuh ditangan Moyes musim ini , saya anggap mereka dalam mimpi sebab apa, selagi Moyes belum mengeluarkan pemain sedia ada dan menggantikan pemain Everton ramai-ramai Man U masih selamat setakat ini.

Satu lagi ancaman kepada pasukan kita bukan datang dari lawan sepanjang awal musim ini. Tapi saya nampak ialah Liverpool bermula baik separuh masa pertama dan kendur separuh kedua. Tak pasti samada iaanya  tak disengajakan atau memang Brendan Rodgers menerapkan taktikal sebegitu. Pasukan kita kalau ikut statistik antara pasukan yang banyak cipta peluang tapi output yang terhasil begitu jauh dari mengena. Samada 2 perlawanan lalu Liverpool terlalu bernasib baik, itu cerita lain tapi jika dalam keadaan kita menguasai permainan dan mendahului, pasukan kita perlu fokus sampai wisel penamat. Stoke dan Villa lawan picisan, namun kita macam nak habis nyawa nak menang. Namun ujian penting awal semester telah bermula, jika lulus ujian dengan Setan Merah saya anggap musim ini bakal bermula dengan lancar tanpa sebarang halangan untuk kembali ke dalam kumpulan elit.

Aug 23, 2013

LIVERPOOL LAWAN ASTON VILLA


Aston Villa memang digeruni pada era awal 80an dan pernah menjadi Juara Liga dan Juara Piala Eropah dizaman kegemilangan mereka. Musim silih berganti, pemilik bertukar tangan, begitu juga pengurus dan pemain, Villa bukan lagi bertambah hebat tapi merudum sehinggalah harini. Namun usah dipertikaikan masa silam kerana Villa masih bertahan dengan situasi genting yang mana pasukan lain berkoyan-koyan pemain baru hebat-hebat dibawa masuk tapi Villa hanya merekrut tak ramai pemain cuma beberapa pemain luar yang langsung tak dikenali. Mereka bergantung kepada Akademi mereka yang produktif yang berjaya menghasilkan pemain muda yang rata-rata menjadi kesebelasan utama mereka dewasa ini.

Villa terpaksa bergantung kepada kehebatan pemain bertubuh kingkong dan tapi otak geliga yakni Christina Benteke. Ingat lagi adik-abang, musim lepas siapa yang menjadi mimpi negeri kepada skuadron pertahanan kita. Ya, pandai, Benteke walaupun berseorangan tapi mampu men"Drogba"kan diri menjadikan bek kita sebahagian dari lauk beliau pada malam itu. Insiden paling syahdu sebening Syawal untuk Arsenal, apabila Benteke antara pemain yang membuatkan pasukan Meriam Buluh itu, terkedu dikandang sendiri. Pertahan Arsenal terpaksa menjaga Benteke sepanjang masa dan membuatkan mereka terpaksa mengabaikan Agbomlahor yang licik dan pantas merobek pertahanan sang meriam yang bagaikan ketandusan serbuk peledak.

Chelsea terlah berjaya melepasi azab bermain dengan Villa, itupun Mourinho dengan bijak suruh anak buah dia main bangsat. Jaga Benteke bukan bermaksud mengahalang dia dari dapat bola tetapi gunakan apa cara sekalipun walaupun dengan cara keji menggunakan kekuatan fizikal dan mental. Mereka berjaya lulus ujian dan saya harap Brendan atau bahagian risikan Liverpool ada menyaksikan perlawanan itu dan ambil nota penting untuk dijadikan panduan dan taktikal untuk bertemu Villa kelak.Walaupun saya tak tengok Chelsea lawan Villa, namun masa lawan Arsenal saya tengok bagaimana corak Villa yang amat skema tapi berkesan. Jadi nak kata kita sama dengan Arsenal mungkin ada sikit-sikit namun saya harap Brendan ambil iktibar untuk elakkan aib berulang.

Liverpool musim telah menaik-taraf posisi yang kritikal seperti dibahagian goli, bek tengah dan serangan. Walaupu tak ketara sangat namun ianya lebih baik dari musim sbelumnya. Masa lawan Stoke buktinya, bukan saya nak pelecehkan Pepe Reina. Reina awal penampilan hebat, tapi kalau Reina musim lepas mungkin belum tentu boleh tepis penalti Walters. Palang dan tiang adalah sahabat baik skuad serangan musim lepas namun diharap musim ini kita jauhkan diri dari saka yang menghantui kita. Belum tahu formasi apa atau siapa yang bakal Brendan aplikasikan untuk bertemu pasukan liat macam Villa. Saya harap kita lebih berhati-hati menyerang dan juga berwaspada dengan watak utama mereka, Bentekoi dan Agbomlahor. Yang lain bisa beres kerana falsafah permainan kita begitu positif untuk menang, tapi nasib dan ketentuan tiada sesiapa untuk menduga. Cuma anda boleh cuba meneka Lverpool boleh menang , seri atau kalah bagi menang peraduan dalam blog ini.

Aug 18, 2013

LIVERPOOL 1-0 STOKE


Dah dijangka Stoke tetap Stoke. Mereka tak boleh kikis imej permainan Ragbi mereka. Mark Hughes tahu, dengan majoriti pemain sedia ada legasi yang disekolahkan oleh Tony Pulis, apadaya beliau untuk main bolasepak seksi macam Liverpool. Dia mampu bermain kata-kata untuk sedapkan hati peminat, padahal Tony Pulis memang menjadi pengurus lagenda untuk Stoke. Walaupun mereka cuba gagahi untuk melakukan hantaran-demi hantaran namun bukan bakat semulajadi pasukan mereka untuk bertiki-taka.

Kemenangan dengan Stoke cuma memberikan kelegaan bukannya kepuasan penuh. Walaupun gembira selepas wisel penamat ditiup namun selama 95 minit, segala organ dalaman terasa tak keruan. Jantung macam nak putus dan perut meloya-loya, kerana menanggung panik dan kecewa dek kerana permainan yang begitu dramatik. Apatidaknya hampir berbelas-belas percubaan yang masuk hanya sebiji dan paling kamjad, Agger main pegang-pegang bola kasi penalti. Pasukan kita meamng selalu tak bertuah nak jolok gol-banyak-banyak tapi bertuah ada goli hebat macam Mignolet.

Saya tak salahkan pemain atau Brendan kerana ketidakbolehharapan depan pintu gol. Faktor hujan yang menyebabkan padang licin serta Asmir Begovic yang cemerlang antara alasan kukuh kita hanya mampu meledak sebiji gol dari Sturridge. Lagipun Stoke memang takkan bagi peluang kita nak membuli mereka walaupun mendominasi sejak dari minit pertama sepak mula. Apa yang kurang dari pasukan kita ialah memanafaatkan peluang. Yang lain bagi saya dah kira mantap serba-serbi walaupun tak sesempurna yang digembar-gemburkan.

Kalau main dengan Stoke, tak ada kes gaduh dan kontroversi tak sah. Musim lepas, Suarez kena pijak perut dengan Robert Huth. Musim ni Lucas pula kena penampar jepun dengan Nzozi kerana nak membela budak kampungnya, Coutinho yang dibuli. Nasib baik Lucas jenis penyabar , kalau Suarez yang kena mungkin Nzozi hanya bakal tinggal tulang dan tali perut saja dibaham beliau. Insiden ini berlaku dekat dengan pengadil  tapi apakan daya pihak Liverpool tak mahu panjangkan kes. Teknologi garisan gol telah memperkenalkan dan ianya memang memberikan keadilan kerana mata penjaga garisan kadang-kadang tak berapa nampak.

Saya nak selit sedikit yang kehadiran Suarez ke Anfield disambut baik oleh peminat. Ramai yang masih terluka dengan perbuatan beliau yang meminta dilepaskan. Tapi hampir majoriti peminat Liverpool jenis pemaaf dan lembut hati. Pemohonan maaf Suarez kepada rakan-rakan dan pengurus adalah kemenagan awal bagi Liverpool, namun beliau kena buktikan dengan kesetiaan tak berbelah bagi bila penggantungan beliau tamat. Tapi dipihak kita mungkin dah seleasai, namun kena berjaga-jaga dengan dengan Arsenal yang takkan duduk diam setelah dibalun oleh Aston Villa 3-1 sebentar tadi.

Dalam berpuluh-puluh peserta teka keputusan, 3 orang berjaya meneka tepat. Tahniah buat "Stan", "Aleym" dan "DiDi Laborteaux" kerana mempunyai ilmu kasyaf setaraf Nostadomus untuk meneka keputusan 1-0. Saya sendiri pun bajet Liverpool boleh menang lebih dari 1 gol, tapi takdir tertulis yang 3 orang saja dari lebih 30 yang bernasib baik. Bagi komrad-komrad yang lain jangan putus asa ada 37 perlawanan lagi, cuba lagi lain kali sebab pemenang edisi lepas hanya dapat 3 tekaan betul bersamaan 9 mata.




Aug 16, 2013

LIVERPOOL LAWAN STOKE

Delap Si Tangan Lastik yang dirindui
Dah masuk musim baru dan musim kedua untuk Brendan Rodgers.Posisi musim lepas tempat ke-7, walaupun secara prisipnya pemilik mahukan tempat ke-4. Musim lepas dikatakan musim eksprerimen dan suai-kenal Brendan dengan skuad tinggalan Kenny Dlaglish. Pemain utama masuk tak ramai 3-4 orang Ogos dan 2 pemain untuk perpindahan Januari, tapi spoil sikit Liverpool telah melepaskan pemain2 Otai yang masih berguna namun terpaksa berpisah kerana reformasi sistem kewangan untuk menstabilkan Liverpool demi masadepan yang berwawasan.

Brendan dah berikrar yang dia akan berusaha untuk tempatkan Liverpool ke kelompok 4 terbaik dengan atau tanpa Suarez. Nampak pembayangnya disitu, "Tanpa Saurez". Ini bermakna Liverpool tiada masalah dengan sesiapa yang mahukan Suarez, tetapi dengan cara yang  bersopan. Macam nak anak dara orang, bukan main panjat tingkap malam-malam, tapi jumpa orang tua minta restu. Saya yakin Brendan dah ada perancangan rahsia jika Suarez angkat kaki dari Anfield. Namun jika beliau kekal, harapnya beliau komited dan berikan sepenuh komitmen seperti musim lalu.

Pandangan saya masih terlalu jauh untuk Liverpool bangkit dari dari lena. Musim ini dengan pemain yang masuk boleh dikatakan mempunyai kebolehan dengan sistem sedia ada, peningkatan pasti ada cuma banyak perkara yang masih perlu diselesaikan untuk kestabilan pasukan. Bek tengah perlukan seorang pendesak kepada Toure dan Agger, kerana Skrtel dan Coates nampak macam bukan pilihan utama Brendan. Bek kiri baru akan masuk namun tiada siapa tahu mungkin Seguirea atau Cissoko atau sesiapa sahaja mejadi persaingan dan alternatif buat Enrique.

Perlawanan pembukaan menemukan Liverpool dengan pasukan Stoke yang berimej baru. Mark Hughes menggantikan Tony Pulis mahu membuang nostalgia Kelab Ragbi Stoke kepada Stoke yang lebih cantik permainan kalau boleh lagi cantik dari apa yang Liverpool main. Tapi itu hanya omongan kosong, sebab majoriti pemian tinggalan Pulis masih kekal dan saya pasti mereka kekok bermain bola kerana telah biasa merembat kaki lawan. Cuma yang sedihnya Stoke kehilangan identiti dan keunikan mereka dengan menjual Rory Delap yang mampu memporak-perandakan  lawan dengan lontaran bola kedalam kotak penalti.

Adakah Liverpool bersedia dengan Stoke.Itu bkan persoalan mudah tetapi hanya Brendan yang mampu menjawapnya. Dia akan mengatur dan memberikan taktikal untuk mencari mata untuk perlawanan sulung nanti. Ingat prestasi pra-musim yang cemerlang, bukan tanda bahwa ianya mampu dibawa ke Liga. Perlawanan terakhir dengan Celtic membuatkan saya hampir membandingkan mereka dengan Stoke, nak kata serupa sangat tidaklah tetapi sistem mereka hampir serupa. Bertahan dengan seadanya dengan kerjasama bek dan midfield serta membiarkan penyerang bertubuh sasa melakukan serangan berseorangan.

Sudah dua musim Peraduan Teka keputusan meyaksikan ramai yang turut serta. Ianya bakal diteruskan lagi kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dan diharap ramai lagi turut serta. Mari meriahkan peraduan ini kerana saya janji jika ada modal lebih, hadiah mungkin diberikan sampai pemenang ke-3. Bagi yang baru mengikuti blog ini, nak sertai mudah tak perlu nak isi borang. Bubuh saja keputusan yang anda rasa dengan jumlah gol yang tepat dan anda dikira mendapat mata.Tetapi sekadar pastikan setiap kali letak tekaan identiti mesti jelas. Walaupun guna Anonymous tapi letak nama pena, dibawah setiap tekaan dan ianya dikira layak.

Apr 19, 2013

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Ini kali lah perlawanan yang ditunggu-tunggu. Chelsea dan Liverpool ada nostalgia sesama sendiri. Bagi Liverpool, susuk bernama Rafa, Torres, Bennayoun pernah menjadi sebutan dan dianggap wira di Anfield. Namun bagi Johnson dan Sturridge lain pula anggapannya kerana mereka terbuang dan kembali bangkit sebagai pemain berkaliber setelah dibuang dari Stamford Bridge. Semasa Mourinho menjadi orang nombor satu di Chelsea, saya memang cukup meluat dengan Chelsea kerana taktik bangsat serta politik kotor pemilik kapitalis Russia yang menggunakan duit untuk berjaya. Namun kini setelah kuasa duit mereka telah dipantau UEFA, maka mati pucuklah mereka.

Ada yang cakap Rafa ialah ejen yang bakal melingkupkan Chelsea. Itu separa benar, namun hakikatnya Chelsea sendiri yang menebuk lubang kapal mereka sendiri sebelum lagi kedatang Rafa. Jadi misi Rafa hampir berjaya kerana mereka bukan lagi pencabar kejuaraan tapi nak pulun Liga Juara-juara pun sesak nafas. Sebenarnya Abramovich silap besar ambil Rafa kerana pemain Chelsea yang otai-otai macam Terry, Cole dan Lampard memang tak suka Rafa kerana permusuhan masa lampau ketika pasukan kita memang hebat di Eropah walaupun bertaraf pasukan miskin. Ada unsur-unsur sabotaj dalam kem Chelsea, macam juga pergolakan politik tanah air kita ini. Calon yang tidak direstui macam yang kat Shah Alam dijadikan calon. Itu contoh jangan ambil serius.

Kita jangan bernostalgia yang Liverpool boleh makan pasukan besar walaupun kena tiaw dengan pasukan cap ayam. Itu mitos musim lepas, dimana peledak gol ada dimerata-rata posisi walaupun pemainanan tak seksi macam musim ini. Chelsea walaupun sedang sakit tapi mereka ada sasaran tak macam kita yang hanya main untuk lengkapkan jadual. Dengan itu saya mahu permainan kita lebih menumpukan kepada permainan lebih selamat jangan terlalu gairah untuk menyerang kerana Rafa kenal hampir 70 persen pemain kita termasuklah Coutinho yang pernah ditonjolkan oleh beliau semasa di Inter Milan. Selain itu Rafa handal dengan taktikal dan boleh merubah permainan dari hampeh kepada kemenangan dalam situasi yang pelbagai.

Musim depan harus bermula dengan perlawanan ahad ini dengan Cheslea. Pasukan kita kena main hebat bukan dari main cantik sahaja tapi kena juga cerdik. Kalau itulah yang diterapkan oleh Brendan mungkin pasukan Chelsea balik tangan kosong Namun jika kita masih tak buang badi elergik dengan selalu tewas dengan pasukan tangga atas, musim  depan mungkin perlu reformasikan pasukan sedia ada. Saya melihat bolasepak dari kacamata realistik bukan pesimis. Jadi peminat yang optimis yang jenis dok rasa Liverpool pasukan hebat didunia, jangan terasa dengan penilaian saya. Kita ada pandangan kita masing-masing, walaupun adakalanya saya silap atau betul namun semua berharap Liverpool akan kembali sebagai gergasi bolasepak Eropah. 

Apr 14, 2013

LIVERPOOL 0-0 READING


Penjaga Gol Reading memang puaka malam ini. Sekurang-kurangnya 10 kali dia menyelamatkan kemaluan pasukan Reading. Pihak FA Inggeris kena buat ujian air kencing sebab saya syak dia pekena air ketum dua plastik sebelum perlawanan. Cuba periksa sarung tangan mumgkin ada magnet yang tarik bola lekat kat tangan dia. Bukan saya cakap dia tere tapi mungkin dah main kat Kelab Membaca, memang dia pandai membaca percubaan semua pemain Liverpool tanpa kantoi.

Itu lah rezeki buat Reading dan tiada nasib buat kita. Bukan kita tiada usaha nak buat gol tapi setakat itu sahaja tuhan nak bagi, redhalah hendaknya. Kalau goli lain main mungkin saya ingat berguni gol malam ini. Saya puji usaha semua pemain sebab mereka dah melakukan yang terbaik walaupun ada kritikan sebab tak menang. Lagi satu pasukan kita tak digeruni lawan sebab pemain kita semua ketot-ketot dan semuanya baik hati dan kurang bengis dan agresif. Saya bukan mahu samseng dalam pasukan tapi kekerasan perlu ada untuk membuli pasukan yang tak respek dengan kita dari segi permainan.

Lepas ni tiada makan angin lagi buat pemain. Chelsea, Newcastle dan Everton lawan kita yang saya nampak agak lebih bahaya dari 3 pasukan yang kita hadapi sebelum ini. Brendan Rodgers kena buat sesuatu walaupun saya yakin dia buntu kerana pemain sedia ada memang dah tak mampu nak berikan lebih dari apa yang kita harapkan. Cuma apa yang kita boleh berharap bahawa pemain dapat memberikan komitmen lebih tinggi walaupun jika tengok kedudukan liga payah nak bergerak dari tangga ke-7. 

Apr 12, 2013

LIVERPOOL LAWAN READING





























Masa lawan West Ham, segala tanggapan positif timbul. Ramai yang letak harapan tinggi dan optimis pasukan kita mudah jinakkan anak buah Sam Boroi. Namun kesudahan seri mcam tak berbaloi kerana peluang banyak dan pemain utama tak menyempurnakan tugas dengan ampuh. Dan pengajaran diharap dapat menyekolahkan Brendan agar dapat berfikir dunia realiti bukan nak berimiginasi dengan merasakan Liverpool hebat kerana sistem beliau mantap atau hebat sangat.

Saya nak bagitahu satu rahsia jangan bagitahu orang, bahawa sejak zaman Houllier, Rafa, Hodgson, Kenny dan kini Brendan, Liverpool dicorakkan oleh Gerrard bukan sistem ntah apa-apa. Kalau Gerrard menjadi maka Liverpool akan menang apa sahaja perlawanan walaupun sesukar manapun termasuk 2 perlawanan akhir paling majik yakni Final Liga Juara-Juara 2005 dan Final Piala FA 2006. Sebab itulah lejen macam Souness dan Dalglish sendiri setuju yang Gerrard mungkin lebih hebat dari mereka kerana berada dalam kesebelasan yang lemah, bukan macam mereka di era 70an dan 80an.

Mungkin ada yang anggap saya merepek, tapi kita boleh tengok bertapa perlawanan dengan Reading nanti bertunjangkan kederat Gerrard untuk menggerakkan enjin tengah. Masa lawan West Ham beliau terpaksa membantu Lucas bertahan sebab itulah kurangnya kekuatan ditengah. Berbeza Reading jika dibandingkan dengan West Ham kerana mereka main agak konservatif dengan polisi 4-4-2, namun agak berhati-hati menyerang dan selalunya melakukan serangan balas dari sayap.

Walaupun Reading adalah calon feberet untuk terjun liga bersama QPR namun kita jangan ingat mereka akan jadi tunggul kayu. Mereka mungkin akan main lebih agrresif dan cuba melakukan macam apa yang dibuat oleh Soton. Malah bekas pengurus Soton yang baru dilantik Reading, mungkin akan ciplak idea dari bekas pasukkannya. Saya harap Brerndan serta pemain berwaspada dengan penggerak serangan mereka Adam Le Fondre kerana dia ini antara penyerang prolifik Reading dan jarang melepaskan peluang yang dihidangkan.

Harapan untuk ke slot Liga Juara-Juara dah tertutup dan peluang ke Liga Europa setipis kulit bawang. Awal-awal lagi Brendan dah komen yang Liverpool akan bangkit dengan lebih selesa tanpa perlawanan di Eropah. Untuk itu saya harap Liverpool kena selitlah seorang dua pemain remaja simpanan kerana tak rugi buat persediaan awal. Buat macam kameo penampilan Jack Robinson dan Raheem Sterling 2 musim lepas. Lagipun perlawanan dengan Reading taklah nampak bakal beri tekanan buat pemain muda bukan kerana Liverpool boleh menang mudah atas kertas, tapi hakikatnya status Reading sebagai pasukan corot itu saja. Paling saya nak tengok kalau boleh Jordan Ibe sebab dengar kata dia mungkin lebih sempoi dari pemain sasaran kita Tom Ince.

Apr 9, 2013

LIVERPOOL 0-0 WEST HAM


Potong stim betul rancangan Lagho dari TV3, kuasa veto dari kaum Hawa membuatkan saya terpaksa melayari firstrow.eu untuk menonton perlawanan dengan West Ham. Kalau nak diikutkan hati nak pergi saja ke kedai mamak berdekatan, tapi kalau pergi buat-buat Mamak pun kena veto dengan Mami, makan modal. Dengan capaian internet tahap lembu, digagahi juga layan walaupun tersangkut-sangkut.

Sam Boroi memang licik dan antara pengurus yang sangat meluat. Boleh dikatakan apa yang saya tulis sebelum perlawanan benar-benar terjadi. Mereka main bermaiti-mati bertahan dan kadang-kadang menggunakan kelibat Diame dan Cole untuk meruntuhkan kubu pertahan Liverpool yang hanya dikawal oleh Carragher dan Agger. Namun begitu serangan mereka ada juga merbahaya dan Reina ada juga tergugat sekali-sekala. Saya terbayang macam lawan WBA saja perlawana ini dan kita bernasib baik kerana tidak tewas, itupun sebab Lucas ganti Gerrard menyelamatkan gol tengah garisan.

Pengadilan memang hampas itu mesti kerana takkan pengadil yang bernama Taylor nak bagi penalti dibuat Taylor,West Ham. Namun apa yang membuatkan kita tak menang ialah Suarez, Sturiidge, Coutinho telah dimandulkan oleh bek West Ham dan mereka juga berjaya menghadang 7 rembatan pemain kita. Saya tertanya sendiri kenapa rembat padahal ternyata hentian bas berada dihadapan gol West Ham. Kemasukan Sturidge nampak menyemarakkan serangan tapi beliau bernasib malang kerana gol disytiharkan curi ayam. namun saya cukup respek Kapten Gerrard yang main macam orang muda padahal dah tahap veteran.

Dalam banyak-banyak pemain West Ham, saya begitu tertarik dengan Momo Diame. Bagi pemain tahap gergasi, dia lick dan ada kebolehan mengelecek dan boleh tahan laju dari Lucas. Kalau  ada lagi klausa 4.5juta dalam kontrak beliau, saya harap sasaran pertama bukan Alonso atau Eriksen, tapi bekas pemain Wigan ini. Kita dah ramai pemain lembik, tapi kena ada juga kereta kebal untuk menghadapi lawan yang suka main ragbi. Namun kalau Brendan masih berfalsafah dasar pandang ke La Liga, tanpa melihat realiti sepak terajang Liga Perdana, saya rasa keputusan masih sama untuk musim mendatang.


Apr 1, 2013

LIVERPOOL 2-1 ASTON VILLA


Serius saya cakap yang sepanjang menonton perlawanan Liverpool- Villa, terasa macam tengok cerita seram. Penuh adegan panik, sakit hati serta ketakutan, walaupun kesudahan yang menggembirakan. Skrip hampir sama macam lawan Soton, namun kali ini pasukan kita cukup bernasib baik. Ini kerana bek kita kurang buat kesilapan serta penyerang Villa, banyak kali juga mempersia-siakan peluang.

Benteke adalah mimpi ngeri buat bek kita. Walaupun gol beliau belum mampu memberikan kemenangan kepada Villa seperti pertembungan sebelum ini, tapi sepanjang perlawanan Carra dan Agger serta Lucas masing-masing macam nak mampus nak jaga pemain Villa itu yang macam seladang, punyalah tegap dan agresif. Saya suka pemain macamni dalam kesebelasan kita tapi dalam dunia nyata ianya mustahil kerana kurang sesuai dengan citarasa brendan.

Sepanjnag musim ini kita boeh tengok bagaimana pasukan lawan yang main agresif bakal buat kejutan kepada pasukan kita. Macam lawan Villa, pemain tengah mereka kerja mengasak pemain tengak spuaya sesak nafas dan mengakibatkan kesinambungan antara pemain tengah dan serangan macam terputus sillaturrahim. Namun kita bernasib baik kerana Suarez bukan penyerang cap ayam dia masih mampu berseorangan diatas dan membantu mengasak lawan bila mereka mula nak kuasai permainan.

Walaupun Suarez menjadi punca kemenangan dengan mendapatkan penalti, tapi seperti biasa beliau masih dengan tabiat semulajadi suka mempersiakan peluang yang terjamah.  Begitu juga Coutinho. Henderson pula jadi hero dengan gol pembukaan dengan menglob goli Villa. Baru saya faham yang goli Villa ada kekuatan dan kelemahan, kerana pada peluang Suarez dan Coutinho mereka cuba meledak bola bawah cela kankang, tapi Hendo melakukan cedokan penuh tipu muslihat.

Matlamat menuju ke Eropah tersontot juga kerana pasukan atasan semua menang kecuali Chelsea. Tapi jangan risau dan pedulikan keputusan orang lain, pasukan kita perlu membina momentum sekarang untuk persiapan musim depan. Skuad ada sekarang dah Ok, tapi perlu penambahan bukan rombakan besar-besaran. Kemasukan pemain tengah macam Alonso menang dialu-alukan, tapi apa yang nyata saya rasa setelah melihat bagaimana bek kita kena main dengan pasukan bola tinggi, pemain sehebat Hyypia adalah sasaran utama. Lepas itu barulah kena cari posisi lain yang difikirkan perlu.

Mar 17, 2013

LIVERPOOL 1-3 SOUTHAMPTON



Saya bukan marah kat Brendan Rodgers. Saya tahu dia memang bukan masta taktikal macam Rafa atau Houllier. Tapi perangai bebal tidak melakukan kerja rumah yang betul dengan terlalu merendahkan keupayaan lawan adalah kunci utama kekalahan kita. 2 pemain yang tidak patut berada dalam kesebelasan utama mungkin kita semua boleh agak siapa. Seorang botak dan seorang pendek. Padahal kalau Carragher atau Lucas main sejak awal saya rasa keputusan taklah seteruk ini. Kita boleh tengok separuh masa pertama Liverpool kena ayam dengan Soton kerana Allen tidak pandai nak jaga kawasan dan lari macam anak ayam kena lastik, kesana-kesini padahal lopong kat kawasan tengah.

Gol pertama mungkin adalah punca dari Johnson yang pemalas nak mencelen pemain no. 9, tapi Skrtel lembik macam rumpai kolagen nak bentes pemain Soton yang menjaringkan gol mudah. Jones juga bukan nak terjun, kot-kot mana tahu kena hujung kuku boleh juga keluar padang. Gol kedua memang punca Skrtel yang bukan nak tanduk bola tapi tangan tak boleh duduk diam menggagau pemain Soton. Sepakan Lambert yang tak bahaya jadi gol kerana tertampan peha Sturridge dan Jones telah mati langkah namun lambat mengagak arah sepakan. Namun kita disajikan dengan gol Coutinho yang mungkin kita anggap bakal menjadi pembuka semnagat untuk separuh kedua. Namun hatrik Skrtel sebagai punca gol lawan lengkap dengan mampu melihat Rodriguez berlari-lari sambil melakukan rembatan dan menjaringkan gol tepisan Jones.

Rumusan saya ialah Southampton mempunyai pengurus muda yang cerdik kerana dia mempergunakan kelebihan pemain sendiri  dengan banyak bermain bola tinggi serta melakukan asakan untuk memaksa pemain kita tak mampu menguasai bola, apatah lagi untuk melakukan serangan. Nasib mereka agak kurang baik dengan menang 3-1, kerana kalau mereka tak gopoh paling kurang 2-3 biji gol lagi mereka boleh sumbat. Manakala Liverpool pula mempunyai pengurus yang terlebih bijak kerana melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama dari perlawanan Spurs tempohari. Dia melakukan ujikaji yang berkeputusan gagal dan melingkupkan suasana keceriaan peminat sebelum ini.

Sesungguhnya kirim salamlah untuk ke Liga Juara-Juara Eropah dengan keputusan macam ini. Silap-silap nak ke Liga Europa pun nampak goyang kerana seteru terdekat, Everton dan Arsenal masing-masing makin jauh meninggalkan kita. Apakah kita nak selalu harap pasukan lain bakal kalah jika kita sendiri tak mampu nak jaga diri. Dari pemerhatian saya, kita sudah perlu memikirkan persedian musim depan dengan mencari pemain yang berkualiti untuk mengisi slot bek tengah menggantikan Carragher dan pemain tengah yang tahu mengelola aspek pertahanan untuk bekap kepada Lucas. 

8 perlawanan untuk diakhiri belum tentu 24 mata kita boleh dapat. Kerat bulu ketiak kalau Liverpool boleh maju ke tangga ke-4. Namun jika Brendan bermuhsabah diri dan merenung kembali kesilapan teknikal yang perlu beliau perbaiki, saya rasa kita boleh dapatkan kembali kehebatan untuk main cantik serta menang 3-4 biji gol. Ianya memang tak semudah dituturkan kata-kata dan ditaip dengan papan kekunci.  Secara jujur ikhlas saya masih menaruh kepercayaan yang Brendan mampu bawa Liverpool lebih jauh jika beliau belajar dari kesilapan yang berulang-ulang musim ini.


Mar 7, 2013

LIVERPOOL LAWAN SPURS


Kemenangan dengan Wigan walaupun dengan jaringan besar hanya sekadar suntikan semangat. Ianya belum membuktikan apa-apa kerana itu secara idealnya bukan setaraf dengan pasukan kita. Permainan kita nampak menarik kerana lawan tidak main secara pasif dan bertahan tahap Ultramen, malah Wigan menguasai permainan dan juga lebih ghairah melakukan serangan. Cuma bezanya ialah bila kita tidak mempersiakan peluang dan tiada kebolosan, maka keputusan pasti memihak kita.

Persembahan dengan Wigan amat berbeza seperti di Awal musim. Apa yang saya perasan ialah Brendan macam melonggarkan sedikit taktikal beliau dan membiarkan pemain utama mengekspressikan diri untuk menggunakan kebolehan individu. Kalau dah pakar hantar bola tinggi tapi cun macam Gerrard, buat apa nak lengahkan sampai 20 kali hantaran baru nak sampai kesasaran, biarlah hantaran itu nampak macam membazir tapi jika sampai tepat kesasaran maka implikasinya ialah peluang kepada penghasilan gol.

Dengan adanya Coutinho, dimensi serangan kita dah jadi berbeza. Kalau Suarez gemar mengelecek, Coutinho juga apa kurangnya. Namun Coutinho lebih cerdik kerana dia tidak ambil risiko kehilangan bola tetapi Suarez peduli hapa, mahu seluruh bek lawan dia nak goreng. Jika Sturridge cergas nanti lagi menarik jentera serangan dengan setiap pemain akan memberikan bek lawan migrain sepanjang perlawanan. Cuma setakat sekarang tahap kesefahaman masih belum utuh namun sikit masa lagi akan meletop cuma tunggu dan lihat.

Bagi saya Spurs tidak sekuat mana. Mereka cuma mengharapkan tulang empat kerat Bale sahaja untuk menyelamatkan mereka sekaligus mencipta kemenangan. Kalau tanpa gol-gol Bale silap haribulan kedudukan mereka lebih corot dari kita. Oleh itu kalau pemain kita menjaga rapat Bale dan tidak biar beliau melakukan percubaan, maka Spurs ibarat jantan hensem tapi mati pucuk, apa pun tak boleh. Pemain lain hanya cukup syarat, dan mereka tak mempunyai perancang hebat setelah kehilangan Van Der Vart dan Modric.

Untuk melaukkan Spurs sebagaimana Wigan, itu mungkin agak mustahil. Namun dengan momentum Swansea, Zenith dan Wigan, saya rasa kita berada dikedudukan terbaik dengan mentaliti kelas pertama. Keputusan untuk menang dengan Spurs tidaklah mudah namun bukannya sukar Bukan kerana kelebihan di Anfield, cuma pemain kita dah temui apa yang mereka cari selama ini iaitu sentuhan kemenangan. AVB pasti akan merasakan kelainan dan lebih bersedia kali ini walaupun mereka telah menapau kita di awal musim. Jadi inilah perlawanan yang dijangka paling sengit buat kita kali ini.

Mar 3, 2013

LIVERPOOL 4-0 WIGAN


Macam dah menjadi tabiat, bila mana Liverpool mejaringkan gol awal Liverpool pasti menang besar. Namun begitu ianya tertumpu kepada 3 pemain yang beitu memainkan peranan dalam kemengan pasukan kita iaitu Suarez, Coutinho dan Reina. Kenapa 3 pemain ini saya cakap watak utama dalam kemenangan ini. Pertamanya Suarez menjaringkan hatrik dan seingat saya sikit sangat peluang pun dibazirkan. Keduanya Coutinho adalah punca 2 gol Suarez dan setelah dikeluarkan Liverpool kehilangan separuh dari keampuhan serangan. Dan yang lebih penting sekali ialah Reina berjaya menyelamatkan 5 percubaan Wigan dari 7 percubaan mereka.

Gol pertama nampak mudah, tapi ianya usaha licik Coutinho yang berjaya menggelecek Boyce dan melakukan hantaran lintang kepada Downing yang menanduk mudah kerana tiada bek Wigan menjaga beliau. Gol kedua juga hasil gerakan licik Coutinho yang mengelecek bola dulu sebelum melakukan hantaran pantas kepada Suarez yang tak terkantoi untuk menjaringkan gol ke-19 beliau. Gol ke-3 dan ke-20 Suarez melalui sepakan percuma yang memang bernasib baik kerana terpelecot dan tertanduk masuk oleh bek Wigan dan paling siyal kena palang tapi masuk kedalam. Dan malam gemilang Suarez lengkap bilamana dia dengan tamaknya mengjaringkan gol dicelah telur Al-Habsi untuk menjadi penjaring terbanyak EPL dengan 21 gol setakat ini.

Kebangkitan Liverpool telah terbukti dan pasukan kita 3 terbaik menjaringkan gol dalam Liga dengan 58 gol namun palatnya bolos banyak dengan 34 gol. Walaupun kemenangan ini dijangka, tapi tak disangka Liverpool mampu menundukkan Wigan dengan peluang yang sikit terabai. Disamping itu kita berjaya pulang tanpa bolos walaupun lawan lebih banyak menguasai permainan serta mereka juga memberikan tentanagn sengit dengan melakukan 14 percubaan keseluruhan. Jangan seoronok sangat dengan keputusan tersebut, cabaran yang perlu kita langsikan ialah dengan menapau Spurs yang terlalu sombong dan megah untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara. 

Feb 11, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST BROM

Liverpool dan WBA menari tango
Terlebih dahulu saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat penjenguk blog yang berbangsa Cina. Cuti sebegini agak sibuk pergi melawat kenalan serta kenduri sedara mara. Namun jangan dilupa esok pagi perlawanan dengan WBA yang pastinya ditunggu-tunggu. Apatidaknya pembuka tirai yang penuh dinanti dan ramai yang harap WBA akan kena ratah tapi sebaliknya berlaku. Bungkus 3-0 diikutkan bukan stendet keputusan yang diharapkan kita jika dilihat dari persiapan pra-musim dahulu.

Memandangkan corak permainan dan prestasi lawan Arsenal dan Man City, saya rasa atitud pemain memang tip-top. Kita bukan main teruk sangat sebab seri tapi kita memang tak bernasib baik sebab tak menang. Ada saja halangan yang merencatkan peluang untuk pulang 3 mata dan ianya sekadar kesilapan yang boleh diperbaiki. Permainan bercorak Inggeris 4-4-2 @ 4-2-2-2 memang begitu cocok dengan pasukan kita dan harapnya Brendan jangan buat eksprimen ala RajaGopal kerana Liverpool sejak berzaman takkan boleh main cara Barcelona.

Jika Sturridge belum boleh main, saya harap kita boleh letakkan Coutinho main penyerang bekap disamping Saurez. Borini boleh main tapi dia perlukan kekuatan mental yang kuat dan masih belum cergas selepas kembali dari kecederaan. Bagi perlawanan ini sekali lagi sila beri peluang kepada Carragher kerana saya masih tak yakin dengan Skrtel memandangkan beliau antara punca trauma bungkus kepada WBA sebelum ini. Memang Skrtel adalah pemain terbaik musim lepas, namun prestasi sekarang bukan kerana tubuh badan tapi lebih kepada kekuatan mental beliau yang sikit terganggu. Ubat mujarab ialah berehat seketika dibangku simpanan sambil belajar dari Otai sebelum dia bersara.

Jangan risau kali ini peluang kita balas dendam. Siapa lagi kalau nak diharap selain Suarez untuk sumbat gol jika Sturridge masih cuti sakit. Kapten Gerarrd mungkin dah ingat kembali cara nak rembat jauh macam masa dia muda-muda dahulu. Namun paling ditunggu ialah penampilan sulung Coutinho jika beliau dapat diturunkan pagi nanti. Harap beliau main kerana bek WBA dah kenal corak Suarez tapi mereka belum tahu Coutinho punya penangan lagi.

Feb 4, 2013

LIVERPOOL 2-2 MAN CITY


Siapalah Man City tanpa Kompany dan Yaya Toure. Begitu juga Liverpool tanpa Carragher dan Gerrard. Pasukan kita patut menang kerana dua Otai kita cemerlang. Namun apakan daya kesilapan individu menyekat peluang untuk pulang 3 mata . Saya tak cakap yang keputusan Reina untuk hambat Aguero dan keluar dari kawasan gol adalah betul atau salah .Walaupun dalam situasi itu gol magik terhasil. Masalah sekarang Reina silap menduga yang Aguero macam penyerang EPL yang cap ayam macam mereka yang lain. Banyak kali Reina meyelamatkan Liverpool dengan melakukan perkara yang sama, tapi saya rasa tak pernah pun siapa menghebohkan benda itu.

Jadi kritikan atas Reina bagi saya adalah 50-50 yakni dia boleh dipersalahkan dan juga tidak. Musim ini adalah musim paling teruk beliau dan jika Reina mahu pergi dari Liverpool itulah yang terbaik untuk kedua-dua pihak dengan situasi menang-menang. Namun masalahnya sekarang kita perlu dapatkan pembeli beliau dan juga pengganti beliau seawal par-musim depan. terlepas Butland ke Stoke bukan masalah kerana ramai goli hebat diluar sana. Ada yang murah ada yang mahal serta berpotensi juga yang otai. Saya taknak sebut sebab pilihan ditangan Brendan dan juga FSG yang teramat cerewet.

Jika tak kerana gol magik Aguero, Man City memang tak setanding dengan kita. Mancini sendiri mengakui dan puji Liverpool sambil mengkritik kelemahan pasukannya. Inilah tandanya Liverpool dalam proses revolusi kebangkitan. Cuma dalam perjalanan itu banyak duri yang mengakibatkan perjalanan jadi lambat dan penuh lencongan. Saya rasa elemen Otai masih diperlukan dalam Liverpool untuk bagi seimbang kerana ramai sangat pemain muda yang masih hingusan. Mana nak cari macam Gary Mccallister dah sekarang ni. Xabi Alonso mungkin boleh jadi klon baru Gary Mac, tapi yang jadi penghalang mungkin FSG.

Saya sebenarnya tak mahu nak tulis panjang-panjang tentang bagaimana kita main semalam. Tapi bagi saya Liverpool dah temui rentak yang boleh bagi kemenangan takpun tak kalah. 4-2-2-2 adalah terbaik setakat ini dan mungkin kita patut kekalkan selagi mana ianya mampu memberikan keputusan cemerlang gemilang dan terbilang. Untuk itu, tak payah serabut nak beli pemain yang pakar gelecek atau pakar hantaran. Yang saya nampak kena beli pemain yang mempunyai enjin yang lasak macam Milner (Man City) takpun McCarhty (Wigan) untuk lawan pasukan elit jika mahu kembali sebagai kuasa besar di EPL.

Feb 2, 2013

LIVERPOOL LAWAN MAN CITY



Seri dengan Arsenal boleh dikira kegagalan kerana Liverpool tidak mengambil iktibar tentang perangai Arsenal yang boleh berubah dari situasi bangang diawal perlawanan berubah kepada pasukan yang cerdik dan merbahaya diakhir perlawanan. Dengan West Ham dan Newscastle Skuad meriam telah melakukan trik yg sama dengan lawan kita cuba kita bernasib baik sebab tere dari pasukan belashaan Meriam sebelum ini. Apa nak buat nasib bukan milik kita pagi itu dan yang paling kita patut bersyukur juga bukan milik Geng meriam.

Selepas habis cerita Arsenal mari beralih pula kepada lawan yang bagi saya lebih kuat dari Arsenal, Man City atau saya selalu panggil Setan Biru. Cuma Setan Biru ini nampak lebih alim sikit dari Setan Merah walaupun dari kampung yang sama. Setakat ini pasukan Setan Biru yang sedang bersaing dengan Setan Merah untuk kejuaraan Liga Perdana dan saya bukan menyokong mereka tapi lebih rela mereka menang Liga. Masalahnya mereka ada modal dan keupayaan nak beli pemain hebat macam RVP tapi membiarkan pemain itu dapat kat seteru mereka. Memang poyo dan kepoyoan itu memakan diri mereka.

Imbas kembali awal musim ini dimana pasukan kita hampir melibas Man City tapi masalah Skrtel yang mula-mula jadi hero pastu kembali poyo mengakibatkan sekadar seri 2-2 saja. Memang skrip sama macam lawan Arsenal, kita masih tak berupaya mengekalkan momentum dan mengekalkan keputusan baik untuk pulang 3 mata. Saya bukan cakap trio Gerrard-Lucas-Hendo tak mantap tapi setakat ini mereka sahaja terbaik yang kita ada. Jonjo boleh dikategorikan Ok tapi Allen menunjukkan penurunan mendadak. Saya agak terkilan kita tak cuba celen Newcastle untuk merebut Musa Sissoko. Pemain ini hebat bukan sahaja dalam gem FIFA tapi memnag betul bagus. Dengan hanya 1.8juta pound, kita terlepas peluang dapatkan pemain dengan harga runtuh.

Kemasukan coutinho tak bagi apa-apa keseronokan kerana masalah kita bukan kepada serangan sangat tapi lebih kepada unit pertahanan yang sering bocor. Kemasukan Carragher menggantikan Skrtel masa lawan Arsenal banyak membantu mengembalikan disiplin dan organisasi pertahanan kita tapi beliau juga ada kelemahan sendiri iaitu kurang laju. Mungkin dengan Girroud yang tak berapa licik dia boleh makan, tapi dengan Aguero yang lebih laju, licik dan mempunyai IQ tinggi, saya rasa Carragher akan ada masalah. Jadi dilema samada memasukkan Srtel kembali atau mengekalkan Kuda Tua yang masih hebat itu. Jadi kalau Liverpool boleh elak dari bocor saya rasa kemenagan boleh jadi dipihak kita. Suarez dan Sturridge akan mengamok di Maine Road malam esok. Tunggu dan lihat.

Jan 29, 2013

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Panik dengan tersingkir awal dari saingan awal Piala FA, bukan ceritanya tapi Liverpool masih mempunyai masalah besar dari segi pemain muda dan simpanan. Untuk pemain muda mereka kurang pengalaman walaupun bakat memang terbaik. Namun paling penting ialah apabila mereka dibuli oleh pemain lawan secara fizikal, mental mereka jadi rapuh serapuh biskut Merry.

Macam saya dok ulang dan saya sendiri sampaikan bosan nak ulang lagi lepas ini. Barisan utama kita memang kuat dan mantap kebelakangan ini, tapi seperkara lagi yang lebih penting ialah macam kita tak endahkan kebolehan lawan. Betul kita boleh bantai pasukan lain 3-0 dan 5-0 , namun apakah tahap pasukan yang kita ayamkan itu. rata-rata pasukan cikai sahaja. Namun pasukan 10 teratas Liga semua kita bungkus atau seri sahaja. itu fakta cuba cek kalau tak percaya.

Bercakap mengenai persedian pasukan Liverpool, berita baik saya dengar tentang skuad kita. Pepe, Johnson dan Enrique sedang dalam proses ujian kecergasan, namun belum pasti dapat diturunkan sehingga sebelum hari perlawanan. Rombakan dari perlawanan dengan Odlham perlu tapi kalau boleh kekalkan pemain yang macam perlawanan Norwich tempohari. Bukan nak samakan Norwich dengan Arsenal, tapi formasi, kesebelasan dan semangat ketika main Norwich adalah perlu dijelmakan semula dalam perlawanan di Emerites nanti.

Kalau kita berjaya dengan misi luarbiasa di Emerites, pulang 3 mata. Tempat ke-6 dalam tangan dan mendekati kelompok tangga ke -4. Tapi dengan prestasi Skuad Meriam Buluh yang juga sedang menggganas mengebom lawan-lawan dengan jaringan yang juga banyak, Brendan kena tengok apa kau ada apa aku ada. Kelebihan saya nampak Arsenal main dikampung sendiri dan paling penting pemain mereka dah akil baligh dan tak ramai anak ikan lagi dalam skuad mereka. Maknanya Wenger dah faham yang pasukan terbaik ialah pasukan yang mempunyai pemain tak kira usia tetapi yang penting mantap fizikal dan mental.

Jan 21, 2013

LIVERPOOL 5-0 NORWICH



Akhirnya Brendan Rodgers akur akan faedah main dua penyerang. Kalau seorang tak jadi maka seorang lagi pasti akan menjadi, tapi kalau dua-dua main gila-babi nah ambik 5-0 terus belasah pasukan lawan. Keberkesanan dan telepati Suarez dan Sturridge untuk gol yang dijaringkan oleh Suarez menampakkan bahawa pembelian bekas pemain rejek Chelsea dan Man City amat berbaloi bagi tempoh terdekat. 3 gol dalam 3 penampilan ini nampaknya sudah balik modal kerana sebelum ura-ura pembelian ramai mencemuh dan sangsi dengan apa yang bakal diberikan oleh Sturridge.

Sebenarnya formasi yang digunakan bukan 442, namun ianya lebih kepada 4132 yang lebih dinamik dengan Lucas menawarkan pakej perlindungan komprehensif terhadap 4 bek dibawah. Sebab itulah Gerrard nampak lebih bebas bergerak membantu penyerang dan membiarkan Downing dan Henderson bertukar-tuakr posisi kiri dan kanan sepanjang perlawanan. Kelibat Henderson dan Downing bukan sebagai pemain sayap tetapi lebih kepada pemain tengah yang mobil yang mengambil alih tempat bek kiri dan kanan yang dah nampak macam pemain sayap.

Setakat ini saya berani cakap kalau Glen Johnson cakap mahu belah dari Liverpool, beratur seantero kelab seluruh dunia termasuk Darul Takzim FC, untuk beli pemain yang menjadi nadi kekuatan dan ketakutan untuk bek lawan. Saya yakin kalau Enrique boleh tiru corak permainan selamba dan egois macam Glen, Liverpool boleh simpan pemain sayap dalam almari. Setakat ini pemain muda macam Wisdom dan Robinson kena berguru dengan Glen J, sebelum mereka berangan-angan nak pintas pemain bek kanan no.1 England itu.

Kalau nak ikut banyak lagi benda nak tulis bukan sebab menang tapi kerana memang banyak benda yang menampakkan tren kebangkitan. Kemenangan dengan membuli pasukan tungau walaupun sebanyak manapun belum boleh membuatkan kita kembali kekelompok 4 terbaik, namun jika pasukan kelompok atas juga buat tahi, dengan perlahan-lahan kita boleh potong mereka macam cerita kanak-kanak Arnab dan Kura-Kura. Selepas ini kita lawan pasukan tak ternama untuk Piala FA, Athletico Oldham. Namun sejurus itu tiada perlawanan cikai lagi dengan 3 pasukan yang kita saya rasa boleh dapat telur ayam saja.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails