Showing posts with label transfers. Show all posts
Showing posts with label transfers. Show all posts

Aug 10, 2014

ADIOS PEPE REINA


Kebanyakan Goli Liverpool yang lepas-lepas termasuk Pepe Reina, tak pernah tidak dapat seketul medal paling busuk. Kecuali Brad Freidel, yang lain semua merasa medal walaupun sekadar duduk simpanan. Pepe Reina pembelian kejutan dari Rafa Benitez. Hero Istanbul 2005,Dudeks hilang tempat ditangan Pepe, padahal Dudeks dah banyak berjasa. Pembelian Reina memang satu penambahbaikan, kerana Pepe seorang goli yang kemas memegang bola dan juga mampu mengatur permainan dari bawah.

Rupanya goli yang baik perlukan pertahanan yang baik juga. Selama ada Hyypia dan Carragher, prestasi Westeveld, lepas tu Dudeks dan Reina berjaya menjadi goli mantap. Persefahaman antara bek dan goli, memberikan natijah dari segi kebolosan kurang, kerana masing-masing percaya sesama sendiri. Peralihan masa, Hyypia dah pergi dan Carragher bersara membawa pergi kestabilan kem pertahanan. Agger dan Skrtel tak mampu bagi apa yang Hyypia dan Carragher sumbangkan dari segi keboleharapan.

Terkesan dengan pemecatan Tan Sri Rafa Benitez, Pepe dah jadi orang lain dan asing bagi peminat. Keupayaan mental dan fizikal beliau hancur tak tahu apa sebab, sampaikan rekod sebagai pemenanng sarung tangan Emas, 3 musim berturut-turut, tak mampu diulangi. Sekali lagi pemecatan Dalglish menjadikan Pepe semakin tak keruan. Musim Pertama dengan Brendan segalanya nampak cacamerba kerana Liverpool dah main lebih banyak hantaran pendek dan kesilapan pertahanan kantoi bola ditambah kealpaan Pepe.

Itulah cakap sistem baru telah mencaca-merbakan grup pertahanan yang jumud dengan kitab lama. Akhirnya Pepe yang nampak terbias teruk dari kesilapan berpasukan. Namun kesilapan individu dia sendiri musim itu sangat kerap dan hasilnya Liverpool sekadar di no.7. Kambing hitam kali ini ialah Pepe dan Mignolet dibawa masuk, isyarat kepada berakhirnya tempoh Pepe sebagai goli utama Liverpool. Dipinjamkan kepada Napoli, Pepe menjadi goli utama dan dapatlah juga Coppa Italia.

Sebenarnya Pepe mengidam untuk ganti Valdes. Tapi Barceloa pula beli Marc Stergen dan juga Claudio Bravo. Kena pula Napoli main bangsat tak mahu beli terus Pepe. Dia terpaksa balik ke Anfield padahal dah tahu tak ada harapan kerana dia dan Brendan ada krisis. Kita boleh tengok seminit pun Brendan tak bagi Pepe peluang dan asyik Brad Jones yang main sepanjang pra-musim. Bunga tahi dah nampak, dan nasib baiklah Bayern Munich menyelamatkan karier Pepe dan jadikan Pepe pemain bekap kepada Neuer.

Apapun tawaran £2juta Pound, mungkin nmapak sikit dan teralu murah dengan kebolehan Pepe. Ramai yang mahu kurang-kurang £6-8juta. Harus diingat bukan mudah kelab-kelab luar nak samakan gaji £100k seminggu. Sekurang-kurangnya Pepe tak tergantung tak bertali, kekal di Anfield sekadar sebagai goli ke-2, sialap-sliap kena cantas jadi no.3. Kita harapkan Pepe berjaya diluar sana dan jasa beliau tak dilupakan sepanjang 8 musim di Anfield. Los mejores deseos, Pepe Reina.

Jul 6, 2013

YAN DHANDA SAH PEMAIN LIVERPOOL



Sedang dok menunggu pemain dari Armenia, tetiba Liverpool beli anak ikan dari WBA. Tak kesian betul kat Pak Wenger,dia dah skodeng lama dah anak penjual karpet dari Birmingham ni tiba-tiba Brendan buat perangai Spurs cilok kat koner. Muka ada iras-iras Salam Khan.

Jul 4, 2013

JONJO DAH JADI PEMAIN SWANSEA


Jonjo Shelvey di beli dengan harga £1.5juta pound dari Charlton Athletic dan dijual dengan £5juta pound setelah 3 tahun. Ramai yang keliru kenapa Shelvey yang masih ada potensi dan perlukan lebih pengalaman untuk berjaya dijual pada usia yang masih muda 21 tahun. Jawapannya samar, tetapi andaian saya ialah Liverpool mungkin tak sanggup nak tunggu sebab sekarang ramai lagi pemain samada diluar atau dalam Liverpool sendiri yang mempunyai potensi atau lebih lagi dari beliau.

Shelvey boleh digelar Encik Utiliti, kerana mampu bermain dipelbagai posisi walaupun agak janggal Dia mampu bermain baik walaupun tidak sebagus yang diharapkan. Selain posisi kegemaran ditengah, Jonjo pernah bermain sebagai penyerang utama, disayap dan juga bek kiri. Kelemahan beliau yang ketara ialah terlalu perlahan dan jarang kejar bola apabila kantoi. Cuma Shelvey musim lepas mampu juga buta kejutan dengan gol yang mengubah nasib pasukan dalam Liga Europa.

Diharapkan Jonjo Shelvey berjaya selepas ini di Swansea kerana pengurus Swansea bukan calang-calang orang. Beliau mungkin dapat membentuk Jonjo menjadi pemain berkaliber suatu masa nanti.

Jun 30, 2013

PENGURUS MALANG PEMBELIAN GAGAL


Pak Cik Roy Hodgson sepaptutnya kena kaji dulu tawaran ke Liverpool. Dia pengurus yang berprofil rendah dan teramat tidak cocok dengan situasi Liverpool yang telah memecat pengurus terbaik di Eropah, Rafa Benitez. Walaupun ketamadunan Merseyside Merah sedang diambang kejatuhan, namun itu bukan kerana pasukan kita tak bagus tetapi masalah politik peringkat atasan membuatkan tempiasnya tumpah kepadang. Keparat dua ekor dari Texas, memang kapitalis jadian.

Bukan tak ada tawaran kepada pengurus luar, tapi mereka menolak kerana pelan perancanngan dan dasar yang kurang jelas dari pihak pengurusan Liverpool. Didier Deschamps dan pengurus Man City kini, Manuel Pellegrini antara nama besar yang merijek Liverpool kerana mereka bakal melatih Liverpool tanpa bantuan dana besar. Mereka ambil Hodgson dengan harapan beliau dapat menstabilkan kelab. Dalam kata lain mereka mahu jimat belanja serta mahukan Hodgson buat rutin seperti di Fulham, bekerja dengan kewangan sempit.

Memang jimat tak perlu keluar belanja bawa masuk Joe Cole dan Milan Jovanovic. Reputasi Cole memang meletop masa di Chelsea, tapi itu mitos purbakala kerana Cole masa tu tak sama dengan Cole 2006. Jovanovic pula misteri nusantara yang boleh membuatkan Alfred Hitchcock pun krosot apatah lagi Detektif Conan. Ikutkan hasil output Liga Jupiler Belgium, amat memberangsangkan. Sikit punya ganas mengamuk depan gol dan bermain bersama Serbia, beliau kesebelasan utama. Namun mereka berdua contoh pemblian percuma tapi gaji seminggu memang melampau-lampau dengan Cole 100k dan Milan 80k.

Kesedihan melanda Liverpool terpaksa menjual Mascherano ke Barcelona. Memang Mascher minta nak blah tapi jual sampai 20juta cuma beli kuda tua, Poulsen dan Meireles dengan kombinasi 15juta pound sterling. Paling mangkuk sekali Hogson membeli Konchesky dan melepaskan Insua kepada Galastasaray dengan pinjaman. Cavaleari digantikan dengan Jones, ini saya rasa satu penghinaan kerana sekarang Cavaleari memang medal di Brazil dan dipanggil untuk pasukan Samba. Aquilani sekali lagi dihantar balik kampung dan tumpang bermain untuk Juventus

Walaupun saya anggap Hodgson pengurus yang baik tapi kebaikan beliau tak ada maknanya.. Memang kejam kontrak 3 tahun, tapi sempat makan gaji cukup-cukup separuh musim. Tapi kalau dibiarkan dia terus sampai habis musim, potensi nak melingkup turun liga mungkin ada peluang. Ini kerana walaupun pemilik Liverpool telah bertukar tangan dari koboi bandit kepada koboi warak dengan bini cun, pengurusan nampak  Hodgson seumpama sedang menebuk lubang kapal kian besar bukan cuba menampal atau mengepam air keluar.

Saya bukan nak ungkit sejarah silam yang ramai buat-buat lupa, tapi kiasannya ialah perpindahan musim ini nampak teramat sempurna, mantap dan realistik. Memang situasi Hodsgon dan Brendan tak sama, namun pengajaran telah diambil .Pembelian kuda tua diminimunkan dan pembelian pemain muda bergetah dimaksimumkan. Idea ini kadang-kadang saya juga kurang boleh diterima, tapi kita ni siapa nak sangkal bila pembelian Coutinho dan Sturridge dah bagi mulut pengkritik bisu seketika, setelah mengutuk sepuas hati, pembelian Allen dan Borini.

Jun 14, 2013

PROSES PEMBELIAN PEMAIN



Siapa yang pernah main permainan pengurusan bolasepak "Football Manager" atau ringkasnya FM, mesti tahu betapa sulit dan sukarnya nak beli pemain sasaran walaupun harga mengikut kontrak dan kebolehan serta potensi mereka. Dalam dunia nyata, ianya lebih kompleks dan rumit kerana segalanya rahsia rasmi kontrak dan hanya didedahkan apabila kontrak dimeterai. Macam-macam klausa,elaun serta komisen untuk ejen membuatkan nilai harga diluar kawalan. 

Contoh kes ialah Tiago Ilori, umur 20 tahun dari Sporting Lisbon. Gaji beliau dianggarkan dalam 5,000 Pound seminggu dengan kontrak selama 2 tahun. Jadi perkiraan nilai perpindahan beliau adalah £5,000 pound x 4 minggu x 12 bulan x 2 tahun = £480,000. Campur darab dengan elaun itu ini mungkin dalam £500,000 sahaja. Liverpool menawarkan £3.5 juta pound yakni 7 kali ganda nilai asal kontrak beliau, namun Lisbon mahukan hampir £7 juta.


Di pihak Lisbon mereka anggap budak Llori ini macam aset berharga mereka, jadi mereka meletakkan nilau melampau sebegitu anggap llori berpotensti jadi macam Ricardo Carvalho kata mereka. Tapi dipihak Brendan dan suruhanjaya pemantau perpindahan, nilai llori tak menepati nilai ideal pelaburan. Risiko membeli pemain mentah yang hanya nampak berpotensi tapi belum konsisten amat berisiko. lagipun Ilori hanya bermain kesebelasan utama baru beberapa perlawanan musim lalu.


Contoh lain ialah Kyriakos Papadopoulos dari Shalke04. Umur 21 stahun tua dari Ilori, namun bermain dalam kesebelasan Schalke dan pemain bek utama pasukan senior Greece. Kontrak beliau di kelab Bundeliga itu dalam 20k seminggu dan masih berbaki 3 tahun. Kes beliau lain sedikit kerana faktor kesebelasan utama serta status pemain antarabangsa membuatkan nilai pasaran beliau tinggi sekitar £8-10 juta pound. Liverpool telah menawarkan £12juta namun Schalke juga mahukan harga terbaik untuk pemain terbaik mereka sekitar £18-20juta.


Kedua-dua pemain tersebut memang hebat dalam FM, tapi dalam dunia nyata kita belum tahu adakah mereka boleh jadi pemain hebat seperti dalam permainan FM. Sebab itulah kadangkala kita lihat pemain yang hampir kita nak dapat tapi dibiarkan lantas dikebas orang. Namun ada kes juga kita terbeli si polan si polan dengan harga melampau kerana takut dikebas orang, padahal harga tak berbaloi dengan kebolehan mereka. 


Jadi takmahu pisang berbuah dua kali, pihak FSG telah menubuhkan panel penilaian yang merangkumi 3 hirarki atasan termasuk Brendan, bersama denga Ketua Pemantau, Barry Hunter dan Ketua Pengambilan Rekrut, Dave Fallow. Ianya suatu kebetulan atau disengajakan hampir majoriti bahagian pemantauan datangnya dari bekas Man City. Tak kisahlah sesiapa pun mereka, tapi diharapkan kita dapat pemain yang memang terbaik dari segi kebolehan serta dengan nilai harga perpindahan dan gaji yang munasabah.


Jun 7, 2013

KENYATAAN RASMI GOSIP PERPINDAHAN



Minta maaf bagi yang menunggu Liverpoolkita supaya menyiarkan gosip perpindahan. Blog ini tidak akan lagi menyiarkan gosip liar yang hanya bersumberkan media dan tabloid selain dari sumber yang diyakini sangat rapat dengan pengurusan serta pihak permain terbabit. Kalau nak ikut sasaran semua pemain yang nak berambus dari kelab masing-masing nak cari gaji tinggi semua macam nak ke Liverpool. Boleh dikatakan Liverpool sekarang terlebih glemer dari Man U, Chelsea dan City, padahal musim depan pasukan kita sekadar main di kampung sendiri sahaja.

Bukan nak cakap ianya buang masa tapi kalau nak tulis sehari mahu 5-10 entri. Macam kes Christian Erickson dari Ajax. Memang saya setuju jika beliau ke Anfield, tetapi secara realitinya apakah dasar yang menyebabkan beliau memilih Liverpool berbanding kelab Besar lain macam Dortmund, Arsenal dan JDT. Bagi yang ikut perkembangan cerita pemain ini dikaitkan dengan Liverpool, macam-macam versi. Sekajap mahu datang, sekajap rejek tak jadi tapi baru semalam dalam perbincangan pula. Ini pening punya cerita, macamana nak jelaskan.

Memang dengar sedap kalau dikaitkan dengan Higuain, Tevez, Robben dan juga Safee Sali. Tapi jika sekadar cekelat angin, ramai yang anggap Liverpoolkita sudah tidak ada modal asyik ambil berita luar dan alih-bahasa sahaja. Saya tahu ramai yang rajin kelebek berita dan tersangat ingin tahu siapa yang bakal dibeli. Bagus juga tapi secara jujur saya juga sukar nak jangka walaupun banyak pembayang yang Brendan berikan umpama teka-teki yang penuh tanda-tanya. Jadi diulangi sehingga kita nampak pemain bergambar dengan jersi Merah Warrior atau jersi kedua kaler putih yang ada gambar "Space Invader" kat perut, sehingga itulah Liverpoolkita akan tidak mengeluarkan komen.

Jun 3, 2013

PEMAIN MASUK PEMAIN KELUAR

 

 Liverpool tetap Liverpool walau siapa pun keluar masuk . Masa Keeegan keluar ke Hamburg Liverpool dapat pengganti beliau Dalglish dan mengekalkan Piala Eropah juga. Ian Rush keluar ke Juventus rekod Liga masih tetap Liverpool pegang bukan Man U. Liverpool jual Owen kepada Real Madrid, setahun lepas tu dapat Liga Juara-Juara. Walaupun jual Torres yang tengah meletop kepada Chelsea, namun sumpahan peminat buatkan Torres jadi orang hilang upaya, OKU dan Liverpool masih boleh menang Piala, berbanding Arsenal yang masih gersang. Jadi apa kes nak gabra wahai sekalian peminat jika Suarez nak dijual atau sengaja menjaja tubuh supaya pasukan lain minat dengan beliau.

Mungkin ada hikmah disebaliknya, siapa tahu. Cuma kalaulah Suarez terpaksa dijual, jangan berkompromi dengan pembeli. Peras duit mereka sungguh-sungguh macam kita buat dengan Chelsea untuk Torres dan Newcastle buat kat kita dengan Carroll. Mahu ambik, takmau pergi main jauh-jauh. Suarez masih pemain kita dan beliau masih ada baki kontrak bertahun lagi. Itu caranya macam dilakukan oleh Spurs kebelakangn ini. Kita tengok pasukan mereka jual pemain terbaik mereka macam Berbatov, Carrick dan Modric, namun pasukan mereka tetap meningkat dari pasukan pertengahan Liga kepada pasukan yang bersaing untuk ke Liga Juara-Juara. Duit penjualan pemain dijanakan kembali untuk mendapatkan pengganti pemain itu dari pasukan lain jauh lebih murah, macam Dembele yang menggantikan Modric. Sebab itulah mereka sedang beria-ia macam nak kekalkan Bale, padahal sedang tunggu Real Madrid, untuk buat rekod perpindahan dunia.

Kalau cerita bab jual beli pemain, Arsenal adalah pasar borong untuk pasukan kaya-raya mendapatkan pemain terbaik dengan harga yang boleh dikatakan menang-memang untuk pembeli dan penjual. Sebab itulah pemilik mereka tak perduli medal atau trofi sangat, janji duit penjualan pemain ada masyuk. Namun Liverpool bukan macam Spurs dan Arsenal, sebab itulah seteruk mana pun pasukan kita, rezeki untuk dapat Piala akan timbul jua, tapi tak tentu bila, mungkin selang 2-3 tahun lagi tak pasti yang mana nak timbul mungkin Liga Inggeris kot.

 Sejak dengar kriteria pembelian Brendan, yang mahu pemain yang mempunyai mentaliti pemenang dan bersemangat tak mudah putus asa. Saya amat teruja dan berharap apa yang dikata boleh dikota. Macamana nak cari orang itu ada mentaliti pemenang, itu kerja Brendan dan konco-konco pencari bakat beliau. Saya dengar Liverpool mempunyai Suruhanjaya Penilaian Pembelian, yang dianggotai oleh bekas lejen dan wakil pemilik. Ini bagus kerana sistem tender terus dari pengurus macam dilakukan Rafa dan sistem penilaian Damien Comolli memang tak boleh pakai. Namun jangan risau, Brendan walaupun menerima nasihat Panel, tapi kata putus pemain mana yang sesuai masih ditangan beliau.

Sep 1, 2012

FSG MEMANG MENGHAMPAKAN





Kalau musim ini Liverpool berada dipertengahan liga, saya takkan salahkan Brendan kecuali kepada pemilik kelab. Memang betul melepaskan Adam, Spearing dan Carroll kerana mereka tidak mampu mengikut inspirasi permainan Brendan. Penjualan kuda tua yang masih boleh diharap seperti Kuyt, Maxi dan Bellamy dapat mengurangkan bebanan kewangan kerana gaji mereka besar. Pemain yang dibawa masuk Sahin dan Allen dalam kategori terbaik , namun pembelian macam Borini, Assaidi, Yasel tak nampak macam pasukan kita nak mencabar pasukan yang nampak lebih konsisten macam Spurs, Everton, Newcastle serta pasukan lama Brendan, Swansea.

Disebalik kehampaan itu, saya nampak peluang untuk menaikkan pemain muda macam Suso, Morgan dan mungkin ada lagi dari skuad akademi yang kita tak pernah dengar nama akan digunakan sebaik mungkin. Setakat ini Sterling tak menghampakan malah mendapat pujian serta telah diintai oleh Spurs. Bagi posisi tengah saya rasa Shelvey boleh menggantikan Spearing dan Adam . Cuma yang pening sikit ialah apakah Liverpool bakal bermain tanpa penyerang tulen macam Sepanyol. Apa pun musim ini nampak lebih mencabar dari musim dibawah kelolaan Pak Cik Hodgson.

Aug 11, 2012

ALLEN MASUK BELLAMY KELUAR



Nak bawa Joe Allen tidak mendapat tentangan dari pasukan luar walaupun ada dengar pencilok macam Spurs ada juga bunyi nak sambar, tapi masalah harga menjadi dilema. Dari bidaan permulaan £10juta sehingga £12.5juta, Liverpool terpaksa mengalah dan membayar harga klausa kontrak Allen bernilai £15juta. Itupun nasib baik ada klausa dalam kontrek, kalau tak kes macam Henderson bakal berulang.

Pembelian Allen mungkin ada udang dalam mee rebus. Memandang dah melambak pemain tengah mamcam Gerrard, Lucas, Shelvey, Adam, Henderson, Spearing dan Cole, berkemungkinan ada diantara yang paling ceroi akan menjadi mangsa untuk dijual untuk mendapatkan dana pembelian pemain baru. Harapnya Adam dan Cole bukan Henderson kerana yang 2 lagi tu nampak memang tak sesuai dari segi corak permainan dan usia.

Agak terkezut apabila Bellamy telah berpindah ke Cardiff. Padahal dia antara pemain boleh harap dalam bahagian serangan musim lepas. 25 % dari gol Liverpool musim lepas adalah hasil kerja keras beliau. Namun apaboleh buat setiap pertemuan ada perpisahan dan perpisahan kali ke 2 ini adalah memuktamadkan jodoh beliau dengan Liverpool. Oleh kerana dia dah nampak macam nak pencen setahun dua lagi maka beliau ambil keputusan balik kampung halaman di Wales untuk main sebelum gantung but.

Oleh kerana kekosongan bahagian serangan dengan keluarnya Kuyt, Bellamy dan Maxi dan hanya masuk Borini, saya harap slot serangan mesti dicari seorang penyerang serba boleh macam Bellamy. Calon ramai kat luar sana. tapi nak dapat yang murah dan muda mungkin agak susah tapi kalau nak cari yang boleh buat kerja saya rasa di Itali masih ada pemain sempoi macam Cassano ataupun Pazzini. Namun terpulang kepada Brendan untuk cari pengganti sesuai bagi Bellamy.

Aug 30, 2011

COATES SUDAH TANDATANGAN



Kontrak belum lagi tapi autograf peminat kat Anfield. Kelewatan kontrak beliau dengar cerita disebabkan wakil kelab Nacional telah tertinggal kapal terbang ketika transit ke Lisbon, Portugal kelmarin. Diharap tak ada sebarang aral melintang atau otak seminit nak ubah fikiran disaat akhir, kerana nampaknya bek lain seperti Cahill dan Dann sudah ada rombongan meminang sampai ke kelab mereka.

Aug 26, 2011

AQUAMAN MILIK AC MILAN?



Alberto Aquilani akan jadi pemain AC Milan jika lulus pemeriksaan kesihatan, tetapi sekadar pinjaman. Namun kali ini pihak pengurusan tak mahu masuk lubang biawak dua kali, macam kes Juventus. Walaupun sekadar pinjaman dengan bayaran desposit £1.7juta , namun jika Aquilani main genap 25 perlawanan, secara otomatik AC Milan kena bayar 5.2 juta pound tak boleh tawar menawar lagi.

Harap-harap Aquilani berjaya disana kerana beliau bukan dalam wawasan 2020 Kenny Dalglish. Memang ramai peminta yang masih simpati dan mahu bekas pemain AS Roma ini berjaya di Anfield setelah dibuang macam sampah oleh Pak Cik Roy, namun nampaknya peluang terbatas sama sekali. Salah satu andaian yang saya dengar ialah Aquilani sendiri memang tak ada hati nak main di Liga Perdana Inggeris.

Aug 23, 2011

SOTO DAH DIJUAL



Sotoridis Kargiakos telah berpisah talak satu dengan Liverpol dengan menyertai kelab Bundesliga, Wolfsburg. Dibawa masuk oleh Rafa untuk memberi saingan kepada Carragher disamping menggantikan Hyypia , tapi nampak gayanya Soto pula yang terbuang. Meskipun begitu beliau sempat bermain 49 perlawanan dan menjaringkan 3 gol. Saya kira beliau telah melakukan yang terbaik walaupun banyak kelemahan dari segi ketidakpantasan beliau dan banyak kali dipermainkan oleh penyerang yang laju.

Saya pasti yang seorang pemain pertahanan baru akan dibawa dan kiranya kita bertuah jikalau orang itu adalah Gary Cahill, Nevan Subotic atau Per Mertasacker. Namun dengar cerita Andre Wisdom mungkin akan dipromosi jadi bek simpanan kerana Wilson juga akan dipinjamkan keluar mungkin ke Rangers.

Aug 16, 2011

SELAMAT BERJAYA AYALA



Memang sudah dijangka pemain muda ini bakal meninggalkan Liverpool setelah tidak mampu memuaskan hati Kenny Dalglish untuk dijadikan pelapis untuk menggantikan Carragher dan Kargiakos. Namun saya agak terkejut kerana kelab Norwich City pula berjaya mendapatkan pemain remaja Sepanyol ini. Boleh dikatakan Ayala mungkin bakal bergandingan dengan bekas pemain remaja kita, juga gagal menyinar di Anfield yakni Zak Whitbread.

Jadi saya harap Zak dapat memberikan kata-kata perangsang dan Ayala juga menjadikan Zak contoh bagaimana untuk berjaya juga menjadi pemain utama walaupun dengan pasukan kecil. Tengok gaya permainan Zak tempohari ketika seri dengan Wigan agak memberangsangkan. Jadi pemergian Ayala adakah bakal membuktikan bahawa beliau mampu menjadi pemain bagus seperti Zak lakukan sebelum ini. Kita saksikan nanti. Gracias Ayala.

Aug 8, 2011

REZEKI AYALA BUKAN DI ANFIELD



Kasihan sungguh dengan Bek muda ini. Beliau hampir menjadi pemain simpanan utama sejak berusia 18 tahun ketika era Rafa Benitez. Tetapi dek kerana kesilapan klasik menjaga benteng mungkin akibat kurang pengalaman, Ayala telah dipinjamkan ke kelab Liga Kejuaraan selepas itu. Kemasukan Hodgson juga tak beri sinar bahagia, dia juga sekali lagi dipinjamkan ke Derby dan Hull City setelah tercicir posisi tersebut kepada Danny Wilson musim lalu.

Musim ini setelah Kenny menjaga Liverpool sepenuhnya Ayala bukan tak diberi peluang, namum saya rasa Kenny mempunyai agenda untuk meletakkan Kelly sebagai bek tengah simpanan walaupun dia bakal menggantikan Johnson yang mengalami kecederaan dan bakal tersisih perlawanan sulung musim ini. Jadi menjadi bek pilihan ke-6 bukan pilihan terbaik dan Kenny terpaksa menjual pemain ini dari dibiarkan pergi begitu sahaja.

Mulanya harga 1 juta pound diletakkan tanda harga pemain muda Sepanyol ini. Semua pasukan berminat diam membisu. Namun setelah harga diskaun 50 % diberikan dengan klausa kenaikan mengikut jumlah permainanan, Hull tampil sebagai pasukan pertama menyetujui dan sedang berbincang kontrak dengan pemain yang punyai potensi besar ini. Tak disangka muka baru Liga Perdana, Swansea City juga berminat begitu juga dengan Ipswich Town yang takkan membiarkan Hull menang tanpa bertanding.

Bagi saya Liverpool mungkin masih mempunyai barisan bek muda yang ramai seperti Kelly, Wilson dan Wisdom, namun jika tak mengerti kenapa pemain yang saya nampak bakal menggegar Liga Perdana Inggeris dan calon pengganti Carragher (jangkaan 2009) tak menjadi dan akhirnya menerima nasib yang sama seperti Jack Hobbs yang sama kes juga. Selalunya pemain yang keluar dari Liverpool tak pernah lagi mencipta nama dan melingkup terus karier, tapi saya harap Ayala akan jadi sebaliknya.

Jul 3, 2011

POLISI PEMBELIAN



Sebelum ini Kenny Dalglish telah membuat penafian yang Liverpool tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai sasaran pembelian musim baru. Maknanya ada ejen pemain yang membuat bising samada cuba uji pasaran dan cuba raih perhatian kelab lain untuk bida pemain dengan harga panik. Macam kes Conor Wickham, Sunderland telah membeli pemain yang belum tentu boleh meletup dengan harga risiko 10 juta pound serta boleh naik sampai 13 juta pound dalam terma tertentu. Padahal Liverpool melalui Comolli hanya menghantar pentanyaan mengenai status pemain remaja tersebut samada mahu dijual atau tidak.

Kes kedua pula ialah Liverpool tidak akan melayan tuntutan melampau lagi mengarut dari kelab penjual. Sebab iulah pembelian Downing dan Adams berlarutan sehingga ke hari ini dan masih belum menemui jalan penyelesaian muktamad. Mungkin nampak keterlaluan jika Comolli tidak melayan karenah mereka kerana mungkin ada udang sebalik mee. Maksud saya sasaran utama yakni Plan A Kenny adalah pemain Inggeris, tetapi alternatif atau Plan B ialah mendapatkan pemain luar yang mungkin lebih murah dan berkualiti. Memang betul Downing dan Adam sudah terbukti dalam Liga Inggeris, tapi tiada jaminan yang mereka akan dapat meletop nanti.

Yang terakhir dan muktamad ialah pemilik sendiri , John Henry telah menyatakan prinsip FSG masih ketat dengan pembelian setiap pemain ialah untuk kelansungan masadepan kelab dengan membeli bakat muda yang berkualiti seperti Suarez , Carroll dan Henderson. Jadi kalau ada dengar Liverpool mahu beli pemain tua seperti Christian Chivu atau John O'Shea itu adalah mainan spekulasi tidak berasas berdasarkan imiginasi wartawan sahaja. Namun mungkin ada kes terpencil seperti pembelian penjaga gol Doni yang saya pasti ianya terkecuali kerana selalunya penjaga gawang matang pada usia senja.

Jul 1, 2011

TERLALU LEMBAB



Kita dah terlepas calon terbaik pengganti Ngog kepada Sunderland, Conor Wickham. Dan terkini Gael Clichy pula disambar Man City. Lepas ini mungkin Downing atau Adam pula tak jadi ke Anfield. Tapi yang lebih saya tak puas-hati ialah pergerakan keluar pemain kayu mati amat lambat sangat. Cole, Poulsen, Jovanovic, Konchesky, Ngog dan lain-lain masih belum ada kelab yang ambil mereka. Cepat Comolli buang sampah yang tak berguna cepat-cepat.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails