
Kebanyakan Otai Liverpool bukan hanya hebat dipadang, namun mempunyai pemikiran kritis dan bernas. Ini salah satu pengajaran University of Kopster, dibawah Profesor Bill Shankly. Salah seorang yang saya maksudkan ialah Ian St John, bekas penyerang Liverpool zaman Shankly. Beliau dari masa ke semasa selalu dijemput ke Liverpoolfc.TV, kalau buka Astro mesti ada slot beliau kadang-kadang. Topik menyentuh hati ialah mengenai siapa lagi bukan Kenny Dalglish. Ian terlalu kagum kepada Kenny padahal Kenny adalah Junior beliau.
Perkara menarik adalah ulasan Ian sempena perlawanan tempohari. Beliau mengaitkan pengaibaian beberapa pengurus terdahulu termasuk Houllier, Rafa dan Hogdosn mengenai perlunya setiap pemain membuktikan bahawa mereka memang layak diberikan tempat dalam kesebelasan utama bukannya dengan status mereka tempat automatik diberikan, contohnya Torres, kerana nak jaga perasaan Bintang Piala Dunia itu, biar pasukan melingkup pun tak apa, tiada jalan untuk memberitahu atau memberikan nasihat bahawa beliau perlu bekerja keras untuk jadi pemain utama kerana kerja keras, bukan atas dasar reputasi.
Kenny tak perlu berpura-pura jadi jurulatih, dia sudah ada yang terbaik yakni Steve Clarke. Dia tak perlu kendalikan latihan tetapi setakat bercekak pinggang dan kehadiran beliau sudah cukup memberikan seribu makna. Ian tahu, seperti Shankly, Kenny ada ayat power yang digunakan untuk suntik ectasy kepada pemain. Contoh terbaik ialah Lucas yang kita nampak sudah matang dan akan jadi pemain penting jika diberikan peluang. Kenny pastinya telah menyekolahkan Lucas bahawa tiada pemain tengah yang dok bawah, semuanya bergantung kepada pergerakan bola dan tanggungjawab untuk melakukan sesuatu apabila keadaan memerlukan.
Namun Ian sempat menempelak Rafa, walaupun mengakui kejayaan Istanbul 2005 kredit buat beliau. Katanya Rafa yang telah menyuarakan isi hati bahawa mahu kembali melatih Liverpool masa akan datang (lobi untuk ganti Kenny kot), tak perlu nak cuba mengacau kerja baik yang Kenny sedang lakukan. Kenny sekarang telah cuba kambus lubang yang dikorek Rafa bertampung sana bertampung sini dan tiba-tiba nampak jalan dah nak elok, macam nak ambil peluang untuk rampas hak Kenny. Kata Ian lagi Kenny adalah ditakdirkan sekali lagi menjadi hero Liverpool setelah mendapat jolokan Lagenda No 1.
Zaman Kenny apabila pemain masuk kepadang latihan dalam keadaan muka ada senyum dan mereka keluar dengan kondisi yang sama. Apa lagi mahu, bila peminat, pemain, pemilik dan Kenny sendiri gembira maknanya ada sinar kebahagian akan mendatang,cuma kita perlu sabar dan masa akan membuktikan.