Showing posts with label anugerah. Show all posts
Showing posts with label anugerah. Show all posts

Nov 1, 2011

SUAREZ CALON PEMAIN TERKLASEMEN



Nak menang anugerah berprestij Pemain Terbaik Dunia FIFA ,memang susah kerana bagi saya Messi atau Xavi adalah paling layak. Tapi penghormatan buat pasukan kita kerana Suarez adalah calon tunggal pasukan kita. Dia tercalon kerana pencapaian beliau membolot Piala Kopa Amerika baru-baru ini. Namun saya harap sikit masa lagi setelah pasukan mampu kembali ke Eropah, Suarez pasti akan mampu mencabar Messi untuk gelaran berprestij itu.

Jun 2, 2011

PEMAIN PALING MENINGKAT 2010/11



Bak kata orang puteh "Most improved Player", pemain yang paling menunjukkan peningkatan dari petualang kepada adiwira buat pasukan kita musim ini ialah Jay Spearing. Beliau dah lama jadi simpanan sejak era Benitez lagi. Namun kedatangan Hodgson tetap tak banyak merubah permainan Spearing. Nak berubah camna, setiap kali diberi peluang main kena bergandingan dengan Poulsen. Memang lagi hampeh lah jadinya.

Kini kedatangan Dalglish merupakan pembawa kebangkitan baru kepada semua pemain. Spearing terkena tempias aura lagenda kita itu, lantas secara tiba-tiba beliau makin menjadi setiap kali diberikan peluang beraksi musim ini. Bukan dia tak pernah main bagus sebelum ini tapi belum nampak konsisten seperti separuh kedua musim ini. Malah permainan beliau nampak semakin matang apabila bermain dengan pasukan hebat seperti Arsenal, Man U dan Man City. Nasib tak menyebelahi beliau bila cedera semasa lawan Spurs.

Musim depan saya rasa Spearing boleh jadi pemain skuad yang mantap. Persaingan makin sengit dengan kembalinya Aquilani dan berita kemasukan pemain tengah baru. Tapi saya rasa pemain seperti Spearing pandai bawa diri dan semestinya boleh beri persembahan yang diperlukan sebagaimana yang beliau tunjukkan sebelum ini.

May 27, 2011

PEMAIN SIMPANAN TERBAIK 2010/11


Sepatutnya kalau Flanagan diberikan peluang sebagaimana Kelly diberikan kesempatan main sejak era Hodgson, saya pasti Flanagan bakal menyaingi Kelly. Semasa Konchesky tak menjadi, Aurelio cedera, Wilson dan Agger tak selesa diluar posisi, kenapa mereka tak nampak apa yang Kenny Dalglish perasan akan kebolehan Scouser muda ini. Malah saya percaya ramai peminat Otai menyamakan persembahan sulung Flano dengan otai bek kanan, Rob Jones. Yang menarik Flano telah mendapat anugerah Samba bagi pemain muda terbaik pilihan peminat.

Permainan selamat dan tak kurang hebat membantu jentera serangan, menyebabkan Kenny dan Comolli boleh jimat duit untuk posisi bek kanan dan boleh guna untuk tempat lain. Lambat laun pemain bawah 19 tahun England ini akan mengatasi Glen Johnson sebagai bek kanan England jika persembahan beliau lagi mantap meningkat musim depan. Cuma bukan nak minta Johnson cedera kerap, tapi Flano mesti dapat peluang banyak musim depan kerana dia dah jadi timbalan yang mantap.

PERLAWANAN TERBURUK 2010/11

Blackburn 3-1 Liverpool


Ini adalah pencalonan pertama untuk anugerah perlawanan terburuk musim 2010/11, yang merupakan penentu nasib Roy Hodgson sebagai pengurus Liverpol. Lawatan ke Blackburn pada 5 Januari berkeputusan kita tewas 3-1. Perlawanan yang melekat diingatan kerana konspirasi Gerrard sengaja kantoi penalti supaya Hodgson kena tendang. Memang itulah yang berlaku kerana perlawanan itu merupakan bayaran gaji terakhir Hodgson.

Liverpool 0-1 Wolverhampton


Perlawanan yang tak disangka kita akan tewas di gelanggang sendiri berlaku pada 29 Disember. Pasukan Serigala masih baru dalam Liga Perdana dan perlawanan ini dianggap boleh makan, tapi sebaliknya kita tewas mengejut hasil jaringan Darent Ward. Ini merupakan kekalahan ke-8 dalam musim ini. Dan pasukan kita terperosok ditangga ke-12 liga.

Newcastle 3-1 Liverpool


Tanggal 3 Disember, Hodgson bawa pasukan Liverpool ke St. James Park yang mana dulu-dulu kita makan kacang saja kat sini. Tapi kita rupanya kita jadi makanan Si Murai yang diterajui oleh Alan Pardew buat pertama kali. Gol awal Nolan berjaya disamakan oleh Kuyt, tapi Barton dan pemain kita sekarang, Carroll telah melengkapkan malam istimewa buat Pardew tapi malam celaka buat Hodgson yang menjadikan ketewasan ke-7 musim ini.

Liverpool 1-2 Blackpool


Satu lagi kekalahan memalukan dilakukan oleh pendatang baru Blackpool. Pasukan kerdil ini telah mengakibatkan permulaan sengsara buat Liverpool. Siapa boleh jangka kekalahan ini boleh berlaku,tambah pula Di Anfield. Tapi yang paing tak boleh tahan ialah pasukan pelawat mendahului 2-0 dihadapan. Nasib baiklah Kargiakos sempat bubuh sebiji kalau tak lagilah malu besar.

West Ham 3-1 Liverpool


Ini bukan lagi perlawanan dibawah jagaan Hodgson dah, tapi masa Kenny Dalglish. Kita bertandang ke Upton park dengan semangat yang tinggi kerana West Ham adalah lawan yang paling corot. Tapi yang paling pedih ialah pasukan kita mengalami kekalahan pertama selepas 8 perlawanan tanpa tewas.

May 25, 2011

PERLAWANAN TERBAIK MUSIM 2010/11

Liverpool 3 – Manchester United 1


Tanyalah semua peminat, mereka semua pasti calonkan perlawanan ini sebagai perlawanan terbaik. Sudahlah main dengan musuh tradisi, lagi menarik dan tak mungkin dilupa ialah pasukan kita terlalu hebat unuk disekat oleh Man U. Apa saja yang dilakukan serba menjadi. Termasuklah pengadil tak jadi nak layangkan kad merah kepada Carragher kerana menerjah lutut Nani sampai berlubang. Kuyt menjaringkan hatrik pada malam itu. Tapi Suarez adalah segalanya dalam memporak perandakan benteng Man U.

Fulham 2 – Liverpool 5


Ini adalah contoh permainan menyerang yang menarik ditonjolkan oleh pasukan kita setelah sekian lama dengan lawan yang agak kuat. Segalanya memang menjadi sejak sepak mula lagi. Maxi menjaringkan hatrik keduanya dan menambah perit fulham dengan jaringan kuyt dan Suarez. Perlawanan ini juga meletakkan pasukan kita buat sementara waktu memotong Spurs untuk berada pada tangga ke-5.

Chelsea 0 – Liverpool 1


Nak menang di Stamford Bridge memang susah tapi musim ini stadium itu dah tak keramat lagi untuk mereka bila lawan kita. Mesti tak lupa penampilan sulung pembelot Torres untuk Chelski. Dia terpaksa makan siku Agger dan terpaksa melupakan perlawanan ini kerana hanya berjaya melakukan 2 percubaan. Tapi lebih tak disangka Dalglsih tak turunkan Suarez, namun pasukan kita tetap menang dengan gol cantik Meireles.

Arsenal 1 – Liverpool 1

Drama hingga saat akhir. Saya rasa peminat Arsenak sangka mereka dah menang dengan penalti Van persie pada waktu kecederaan. Tapi Eboue memang terbaik buat kita apabila menjatuhkan pemain terbaik kita, Lucas dalam kotak penalti tak samapi beberapa saat lagi wisel penamat nak ditiup. Kuyt membuatkan pemiant Arsenal hampa di Emirate. Tapi saat terbaik ialah Dalglish bagi ayat power kat Wenger yang mejadi kontroversi.

Liverpool 5 – Birmingham 0


Nak meng"Ayam"kan pasukan lain dengan 5 gol tanpa balas memang mustahil kalau tengok rekod buruk kita sebelum ini. Tapi itulah hakikatnya yang kita semua tengok sambil ternganga bagaimana pasukan kita main macam Barcelona. Maxi telah menjaringkan hatrik pertama beliau musim ini. Tapi memang rezeki pemain yang tak boleh belah musim ini, Joe Cole pun dapat nama dengan menjaringkan gol untuk perlawanan itu.

May 24, 2011

PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL FC 2010/2011



Siapa yang boleh sangkal anugerah ini diberikan kepada Lucas Leiva. Sila kemuka dalil yang kukuh. Pemain ini bagus tapi cuma dua orang pengurus sebelum ini tak pernah nak korek dan latih pemain berwawasan ini. Kritikan demi kritikan memang dah jadi kudis buat Lucas. Graf persembahan beliau mengunjurkan kenaikan drastik macam harga barang kat Malaysia. Walaupun pasukan kita tewas atau seri namun Lucas tetap mantap.

Cuma terkadang tu jika pasangan beliau di tengah tak menjadi, maka Lucas pun jadi susah nak bermain baik macam dua perlawanan sebelum ini. Jadi antara faktor penyumbang kejayaan Lucas ialah persefahaman dengan pemain tengah lain contohnya Gerrard, Spearing dan Meireles. Serangan dan bertahan bergilir-gilir serta selalu berkomunikasi adalah bagaimana Lucas berjaya menaikkan persembahan beliau.

Musim depan saya anggap Lucas akan jadi hero utama dalam pasukan kita. Memang betul Kapten Gerrard akan kembali, namun dari segi menyerang saya memang nampak beliau selaku pemain kreatif. Tapi apabila bertahan, Gerrard terkadang dah jadi liabiliti mungkin kerana terlalu keatas menyerang dan mengakibatkan rakan ditengah terkontang-kanting keseorangan menghadapi serangan lawan.

Namun jika kedatangan Scott Parker atau Charlie Adam seperti yang diwar-warkan oleh media itu menjadi, rasanya kedudukan Lucas tetap tak tercabar. Silap-silap Gerrard akan main lebih keatas bergandingan dengan Suarez dan Kuyt. Lucas akan lebih mantap jika pemain tengah yang berpengalaman dan konsisten bermain bersama beliau dan membantu menambahbaikkan apa yang kurang pada diri beliau iaitu jaringan gol.

Tahniah sekali lagi buat pemain yang saya layak gelar "Dunga baru" Brazil.

May 18, 2011

PEMAIN TERBAIK PILIHAN LAGENDA

Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.

Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.



Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.

David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.

Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.

Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.



Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.

Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.

Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.



Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.

Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.

sumber: http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/legends-choose-our-star-of-10-11

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails