Showing posts with label Damien Comolli. Show all posts
Showing posts with label Damien Comolli. Show all posts

Jan 24, 2012

Apa dah jadi..???


Secara terus terang saya terasa kecewa dengan prestasi skuad Liverpool pada ketika ini. Melihat kepada kekalahan yang sangat memalukan di stadium Reebok pada hari Sabtu adalah sesuatu yg diluar jangkaan. Nilai pembelian para pemain tengah REDS adalah lebih mahal drpd kesebelasan skuad Bolton pd mlm itu(betulkan jika tersilap). Tetapi permainan mereka sebaliknya .Menjelang pertemuan dgn Man City.. Sy tiada idea.. terpulang kpd KK dan para pemain..

“If you can't support us when we draw or lose, don't support us when we win”. Yups.. I’m still a supporter.. sedikit pon tidak berubah. Tetapi cuma sedikit kecewa dgn prestasi “para pemain taraf bintang” di dlm skuad.. Come on.. wake up. Tunjukkan kemampuan sebenar anda.. Bermain secara berpasukan.. Kalau kita sudah bermain cantik.. dan strategi terbaik.. minimize kan kesilapan.. jika kalah sekalipon mungkin penyokong tidak terlalu kecewa..(selalunya Reff la kan.. oopss..)

Secara jujur , Para pemain bintang yg dibawa masuk ke Anfield adalah pemain yg bertaraf bintang… tetapi secara individual.. dlm ayat yg lebih mudah.. “tak ngam dgn style play skuad Liverpool”,Sy harap pengurusan tahu apa nak buat.. Fikirkan bersama…

Namun di sebalik betapa poor nya skuad kita menentang team² yg sepatutnya kita menang(etc: Stoke, Bolton, Norwich) Prestasi kita menentang Big 6 amat memberansangkan. Dr mana dtg semngat tu sy tidak tahu.. di sini mungkin utk KK & SC sendiri berfikir apa yg boleh mereka lihat.. bukan ingin mengangkat Rafa Benitez.. tetapi pd sy Rafa adalah one of the best manager yg pernah kita ada. Corak permainan yg beliau sediakan amat berbeza.. mengikut pasukan. Cth.. vs Arsenal(benteng agak goyah)- you can drill from that.. tetapi tidak dgn Stoke City.. Bkn nk ckp KK & SC xbuat.. tp mungkin xcukup agresif.. (apa pon respect to King Kenny.. Time will tell.. no need to panic.. )

Prestasi permainan di Anfield – no komen.. still ok.. tp tidak cukup..

Adakah strategi yg di guna pakai KK terlau 80’s.. tidak pd sy.. para pemain yg x berapa ngam pd sy.. strategi beliau Nampak menarik tp belum dpt di adapt sepenuhnya.. Jadi xpelik kenapa beliau sendiri betul² marah selepas game vs Bolton..dan amaran akan remove “kayu mati” dlm pasukan adalah satu turning point yg sy harap mengembalikan semangat pasukan.. kalau dah mmg x ngam tu xbley kata apa dah la.. Transfer window ni di harap pemain yg terbaik dibawa masuk.. come on DC..

“Carroll, Hendo, Adam, Downing,- Jual jer semua nih.. xbley pakai dah…” relax dolu.. Reserve club kan ada.. “Bg mereka chance..!! bg mereka peluang..!! bg mereka chance..!!”(iklan Johan raja lawak) bg akal panjang sket.. Loan out ker.. pd sy la.. sbb dorg nih muda lagi.. byk masa lagi… Hope ada peningkatan memberansangkan..

Semoga REDS bangkit dan tempeh tiket final di Wembley.. harap dpt jd titik tolak kebangkitan Liverpool..

Kpd yg ckp klu nk mng selalu pegi support club lain - di ulangi, ramai penyokong kecewa dgn prestasi para pemain.. bukan dgn club.. Still REDS
Kpd yg memaki hamun xtentu pasal tu plak sy harap sentiasa bersabar.. “At the end of the storm, There’s a golden sky..” xdehal.. takat kena kutuk je pon ngan bbdk club lain.. xluak sgt kot..(yeke??)

Sekian
Our Blood is REDS for a big reason..

*ps – lama xmenulis.. busy skett.. anak baru lahir bulan lepas.. new born LFC supporter(hope so)..

Oct 31, 2011

Right Side

Our Left Side is one of the best combinations in EPL.. Jose Enrique, Stewart Downing dan Craig Bellamy. Ditambah pula dengan pemain muda berbakat, Jack Robinson yang giat meningkatkan mutu permainan. Pandangan saya , tiada masalah di sini.

Yang menjadi masalahnya adalah barisan tentera sayap kanan REDS. Seakan² tidak berfungsi sepenuhnya. Dirk Kuyt, Jordan Henderson, Glenn Johnson dan Martin Kelly. Tidak di lupa pemain muda iaitu John Flanagan. Seakan² tidak ada keserasian pada mereka untuk bermain seperti apa yang terjadi di barisan sebelah kiri. Bagi saya tiada banyak masalah bagi Glenn dan Kelly kerana saya yakin mereka sedia untuk bermain dengan corak permainan pantas dan menarik. Namun tidak buat Kuyt dan Hendo.

Sedia maklum Kuyt adalah seorang striker namun ketika Rafalution, beliau ditugaskan untuk mengisi kekosongan yang dirasai Rafa di posisi sayap kanan. Ternyata dengan strategi Rafa ketika itu, Kuyt menjalankan tugas beliau dengan baik. Kerana apa yang saya perhatikan, corak permainan yang di terapkan oleh Rafa adalah lebih tertumpu kepada bahagian tengah padang seterusnya mencari target man (Torress) pada ketika itu. Jadi serangan dari bahagian sayap tidak banyak dilakukan, dan Kuyt lebih banyak masa untuk membantu Torress di posisi penyerang biarpun kadangkala Kuyt akan melakukan cross² yang normal dan tidak membahayakan. Juga membawa bola hingga ke penjuru padang sebelum cuba memecah benteng untuk masuk ke dalam kotak penalty lawan.

Bagi Jordan Henderson pula, beliau adalah seorang attacking midfielder. Corak permainan beliau yang sebenar ketika menyarung jersi REDS adalah ketika masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Manyoo. Biarpun hanya bermain pada beberapa minit terakhir, beliau seakan² ingin memberitahu King Kenny bahawa beliau bersedia mengambil tempat El Capitano- Stevie G sebagai pemain tengah menyerang bukan sebagai pemain sayap. Namun Ingatkah anda bahawa Stevie G juga pernah mengisi kekosongan di posisi ini. Mungkin itu apa yang King Kenny ingin cuba lakukan kepada Hendo. Who knows..

Apa yang saya lihat pada waktu ini sayap kanan sering di bantu oleh “our 2nd Mr Duracell- Luis Suarez”. Seringkali beliau turun membantu pemain pemain sayap bagi memulakan serangan. Ini adalah jalan terbaik hanya jika Andy Carroll turut diturunkan. Bayangkan jika tiada Andy Carroll atau penyerang lain di atas padang. Suarez perlu memintas pemain pertahanan lawan yang di lihat sentiasa mengikut beliau macam belangkas. Atau pun menunggu rakan² lain ke hadapan untuk melakukan hantaran. Sedangkan Suarez yang sepatutnya menunggu hantaran sebelum melakukan penyudah kerana Suarez adalah pemain penyerang. Hmm…

Jadi ,di harap King Kenny & Mr Comolli bakal melakukan sesuatu di bahagian sayap kanan ini bagi mendapatkan combo menarik kepada Glenn @ Kelly. Dalam banyak² players yang di’rumours’kan dgn REDS, Adam Johnson menjadi pilihan saya, biar pun terdapat pemain lain yang lebih berpengalaman beliau. Pada pandangan saya, Adam Johnson seakan² jelmaan Steve Mcmanaman yang sedikit tegap dan sedikit pantas. Hantaran beliau boleh di’polish’kan lagi..Larian beliau juga boleh mengelirukan pihak lawan. Cuma penyudah beliau yang mungkin belum sampai ke tahap Steve McManaman. Namun di bawah bimbingan King Kenny, saya yakin beliau pasti akan berjaya sampai ke tahap itu tambahan beliau masih muda.

“So, Lord Henry, 20+ million euro for Adam Johnson.. or more.. Roberto Mancini won’t sell him on cheap price…”

Adam Johnson hanyalah pilihan saya. Pandangan anda…?????
YNWA~

Aug 17, 2011

corat coret~~

Perlawanan pertama musim ini menentang pasukan Sunderland berkesudahan seri 1-1. Banyak yg diperkatakan oleh peminat aka pengkritik bebas bolasepak seluruh dunia. namun apa yg boleh saya perkatakan adalah "In King Kenny We Trust(IKKWT)". Masih terlalu awal untuk kita menghentam barisan kesebelasan utama yg diturunkan King Kenny. "Carroll lambat, kenapa Suarez amik spot kick, Hendo main teruk, Lucas passing hancur, Flanno out of position, etc..etc". Tak perlu banyak menghentam. Penat mulut korang jugak. King Kenny tau apa yg beliau lakukan. Tak perlu kelam kabut nak mempertikai.

Forward - Dari perlawanan pertama kita boleh lihat bahawa barisan serangan Liverpool bukanlah tidak bagus. Tetapi kurang variety jika pihak lawan telah menutup kawasan mereka dgn pemain² pertahanan dicampur dgn pemain midfield yg kerap membantu. Jadi pada saya Liverpool memerlukan seorang striker lagi yg mampu meloloskan diri serta mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, dan juga pantas bagi membantu Suarez yg mungkin sedikit dikepung. Mungkin Lisandro Lopez atau Eden Hazard(hopefully DC try budak nih lagik), Paddy McCourt-Scottish Messi(Celtic) adalah pilihan yg sesuai.

Midfield - Barisan tengah adalah barisan yg di atas kertas adalah antara squad terkuat dlm liga dan mungkin eropah barangkali. Namun keserasian masih lagi belum menjadi di antara mereka. Kesefahaman yg rapuh, seringkali terlepas bola mudah, passing yg sedikit teragak². Namun saya percaya mereka akan semakin baik. King Kenny dan Steve Clarke pasti akan mengkaji hingga ke akar umbi. Tidak perlu lagi pemain tengah pada saya kerana pada saya, barisan midfield LFC mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan jika digabung kebolehan mereka saya pasti akan muncul "Perfecto Midfielder" yg memiliki kebolehan dari semua aspek. Cuba bayangkan kalau² Stevie G bergabung dgn Aquaman pun dah awesome. ini kan pula campur yg lain² (SUPERB)

Defender - Yg dikatakan barisan terlemah dlm squad LFC. Left back bukan lagi masalah kepada King Kenny kerana pada saya Jose Enrique menjalankan tugas beliau dgn effective. Membantu bahagian sayap dan juga pertahanan. (Jack Robinson as a backup)Pertahanan tengah pada saya perlu banyak diperbaiki kerana kucar-kacir biasanya timbul dikawasan ini. Agger antara yg terbaik malam itu. Dan saya harap beliau akan kekal sebagai kesebelasan utama. Carra mungkin sudah sedikit berusia utk mengisi ruang sebagai pertahanan tengah kerana kebanyakan forward yg terdapat dlm liga mempunyai larian pantas dan Carra bukanlah antara pemain yg pantas walaupun kelebihan beliau adalah pengalaman dan jangkaan arah bola yg baik. Mungkin Scott Dann(Birmingham), Gary Cahill(Bolton) ataupun Ryan Shawcross(Stoke) dan mungkin Per Mertesacker(Bremen) adalah jawapan utk King Kenny. (Muda, good airfight, dan pantas.) Dan disebalik satu kesalahan yg pada saya diperbesar²kan oleh peminat iaitu tindakan Flanno meninggalkan Seb Larrson keseorangan bagi menjaringkan gol penyamaan, saya rasa Flanno menjalankan tugas dgn baik juga. walaupun masih muda. jika tidak pun King Kenny masih mempunyai option iaitu Kelly dan tidak dilupa Glenn yg masih injured.

GK - Kedudukan Pepe Reina masih lagi tidak tergugat. Still 'one of the best GK in the world'.

Menjelang perlawanan menentang Arsenal hujung minggu ini saya yakin King Kenny dan Steve Clarke sedang berbincang tentang strategi bagi memecah kubu Arsenal. Namun disebalik kehilangan perancang tengah Gunners iaitu Cesc Fabregas, saya tidak mahu meng'underestimated'kan squad dari kota London itu kerana mereka mungkin telah bersedia utk menghadapi LFC. IKKWT.. 3 mata akan dibawa pulang ke Anfield..
sekian...

YNWA~

Aug 13, 2011

Musim baru bermula~

(Terlebih dahulu jutaan maaf kepada saudara Empunya blog,En Amran.. kerna lebih dari setahun saya tidak membantu di dalam penghasilan artikel utk blog ini. Ditambah pula dgn pada masa itu Liverpool dalam keadaan terumbang-ambing. Bukan kerana kecewa dgn kelab kesayangan ini. Tetapi atas kesibukan saya di tempat kerja baru juga kesibukan kehidupan yg baru. Kini rasanya masa yg sesuai saya kembali membantu En Amran sedikit sebanyak dlm pengendalian artikel disini..(bolehla sikit² k bro). Ini seiring dgn kata² keramat dr Liverpool FC sendiri iaitu You'll Never Walk Alone dan saya akan cuba utk memberikan komitmen sebaik mungkin utk menjayakan blog ini.)

Imbas kembali pada era kejatuhan Liverpoolfc , byk yg terjadi.. hampir tergelincir ke dasar liga, hampir di jual kerana hutang pemilik lama, pergolakan dalam skuad. Namun detik emas pada saya adalah ketika peralihan kuasa ke tangan John Henry(Lord Henry), kerana pada saya beliau adalah punca segala perubahan di Liverpoolfc. Bermula dgn pengambilan Damien Comolli sebagai Director of Football pada mulanya tidak berapa digemari namun nyata Lord Henry punya visi tersendiri. Dan kemudian dgn hanya menunggu & melihat hanya beberapa perlawanan di bawah kendalian Uncle Royy, beliau berani utk menggantikan position manager kpd King Kenny spt yg diingini jutaan penyokong Liverpoolfc. Tidak pasti samada beliau benar paham tentang bolasepak ataupun bertanyakan kepada yg pakar.

King Kenny Revolution bermula - tidak dgn serta merta mengenepikan pemain² dgn begitu sahaja, King Kenny masih lagi mencuba kesemua pemain yg ada bagi mengenalpasti kelebihan dan abiliti setiap pemain yg ada di dlm skuad. Bertambah dgn para pemain yg dilahirkan dr Academy, King Kenny membuka mata ramai dgn tindakan beraninya..(Jack Robinson, Flannagan etc+). Pembelian terbesar iaitu Luis Suarez telah dikaburi dgn keluarnya Fernando Torress ke Chelsea. Dan King Kenny membuktikan "No one is bigger than Liverpoolfc" dan digantikan oleh Andy Carroll. Dan Torress masih lagi tercari² di Stamford Bridge. Dan akhirnya satu persatu massive player di bawa masuk ke Anfield hasil dari strategi beliau dgn Uncle Comolli. Jordan Henderson, Charlie Adam, Stewart Downing,Doni dan Jose Enrique siap sedia menjadi pahlawan MERAH. Dan ura² mengatakan mungkin Gary Cahill juga bakal tiba di Anfield.. Kita sama² nantikan..

Dan hari ini sudah tiba hari yg dinanti² kan. New looking REDS with our beloved mastermind.
"The King is back to rebuild his fallen empire.. IKKWT.."



YNWA~~~

Nov 9, 2010

PENILAIAN TAHAP KEUPAYAAN

Jangan ingat Pegawai Perkhidmatan Awam di Malaysia ada PTK, pemain Liverpool juga sedang di pantau oleh seseorang yang baru masuk sebagai pegawai hal ehwal pemain atau Pengarah Teknikal Bolasepak iaitu Damien Comolli. Mulanya mungkin ramai yang ingat dia nak tolong buat strategi untuk Hodgson, tapi rupanya dia adalah mata-mata yang akan tangkap dan senaraikan pemain malas dan yang tak sesuai dengan kita. Selepas itu dia akan dapatkan yang lebih baik yang mana sesuai dengan taktik Hodgson.

Calon utama yang saya dengar akan jadi mangsa Comolli ialah Poulsen. Sebabnya mungkin ramai boleh agak, dia memang hampas. Sesiapa sahaja yang bergandingan dengan beliau akan terpalit dengan kehampasan beliau. Lucas, Meireles, Spearing, Shevley dan hatta Kapten Gerrard juga agak bermasalah untuk bermain dengan pemain yang sudah tidak sebisa dahulu. Kalau nak buat simpanan sekalipun rasanya tak ralat jika kita simpan Spearing.

Pemain lain saya tak pasti, kalau ikut cerita dalam forum, mungkin pemain yang baru masuk awal musim ini seperti Jovanovic, Konchesky mahupun Jones turut sedang dipantau PTK mereka. Malah pemain lama seperti Babel juga akan mengalami nasib yang sama.Sekarang bukan zaman Hick/Gillet lagi. Pemain taraf sederhana akan digantikan dengan pemain muda yang berprospek dan lebih kualiti. Nama-nama seperti Matuidi, Affelay, Llorente, Hazard dan Conterao mungkin bakal diusahakan untuk dibawa masuk seawal Januari.

Jadi Hodgson boleh simpan hasrat untuk menjadi seperti kawan karibnya, Ferguson yang mengawal segalanya dari latihan sehingga jual beli pemain Man U, silap-silap spenda Rooney pun Ferguson yang tolong pilih. Nasib baiklah pemilik baru menyedari ketidakupayaan Hodgson dalam membeli pemain dan melantik Comolli. Saya tak rasa jawatan Comolli akan mengurangkan kuasa Hodgson sebagai pengurus. Tapi kalau pengurus nak buat semuanya padahal dia ada tugas lebih penting iaitu melatih dan menerapkan taktik permaianan, saya rasa nasib kita akan lebih buruk.

Apapun kita mahukan yang terbaik selepas ini. Tiada lagi pemain yang lekeh dibawa masuk apatah lagi yang dah tua-tua yang dah nak gantung but. Polisi yang bakal diterapkan oleh John Henry iaitu pemain muda yang berkualiti sahaja akan dibenarkan dibeli dengan harga yang tinggi, yang tua-tua walaupun bagus macam Forlan atau Totti sekalipun tak akan ada dalam senarai. jadi tidak akan ada lagi Gary McCallister baru dalam skuad kita pada masa depan. Dan diharap PTK dan polisi baru ini dapat menjadikan Liverpool lebih berdaya saing buat masakini dan masa akan datang.

Nov 5, 2010

PENGARAH STRATEGIK BOLASEPAK


Comolli dan Johl bersama pemain Spurs

Ini merupakan jawatan baru untuk kelab kita. Kalau dikelab lain rasanya akan timbul konflik apabila ianya didakwa akan mengurangkan kuasa seorang pengurus. Lihat Chelsea contohnya, Avram Grant telah mencampuri urusan Mourinho sehingga, menimbulkan huru-hara dan akhirnya Mourinho cabut meninggalkan Chelsea. Malah Spurs juga ada masalah yang sama dengan Comolli tetapi ianya lebih kepada ego Martin Johl.

Namun bagi saya sepatutnya zaman Rafa lagi benda ini diwujudkan kerana ianya akan menghadkan kuasa Rafa dan juga Rick Parry. Sebab Rafa mungkin mengharapkan peninjaunya Eduardo Macia tetapi apabila dalam nak beli pemain itu datang CEO (Rick Parry) yang tak pandai bab-bab beli pemain terus tolak. Antara kes yang tak perlu diulang ialah Dani Alves dan David Villa. Jadi orang tengah antara CEO dan pengurus adalah Pengarah Strategik Bolasepak .

Kedatangan Damien Comolli datang tepat pada masanya. Kita lihat pemain yang Hodgson beli musim ini. Hanya Raul Meireles paling meletup, yang lain tak langsung menguatkan pasukan malah menjadi liabiliti seperti Poulsen dan Konchesky. Malah jika diikutkan nafsu dan cerita perpindahan macam berpuluh-puluh pemain nak dibeli Hodgson. Jadi tugas Comolli ialah mendapatkan pemain yang perlu sahaja tanpa membayar harga lebih. Jadi Hodgson boleh tumpukan kerja diatas padang dengan tenang.

Rekod cemerlang beliau saya rasa ramai yang perasan ketika Pengarah Teknikal di Spurs. Gareth Bale, Luca Modric termasuk Berbatov dapat dibawa masuk dengan kebolehan dan kepakaran beliau semasa menjadi peninjau Arsenal dahulu. Cuma masalahnya dia akan pasti menyebabkan Hodgson akan kecewa kerana dia akan menyediakan pemain pilihan sendiri seperti mana berlaku dengan Martin Johl di Spurs dahulu. Namun siapa tahu kita akan dapat membeli pemain muda hebat seperti Eden Hazard atau Stephen Defuor dengan khidmat beliau.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails