Showing posts with label ulasan. Show all posts
Showing posts with label ulasan. Show all posts

Sep 1, 2010

TINGKAP PERPINDAHAN DITUTUP



Akhirnya debaran dan kejutan telah berakhir. Yang paling akhir masuk bukannya Cole, Gomez, Zamora atau mana-mana penyerang, tetapi bek kiri dari Fulham, Paul Kochensky yang kita tahu lama dah akan masuk. Menurut laporan memang ada usaha nak bawa masuk penyerang tetapi telah ditolak oleh kelab masing-masing. Yang paling terakhir adalah usaha membida Carlton Cole dengan menawarkan Babel namun tidak juga berjaya sehingga waktu terakhir 6 petang waktu England tamat.

Konchesky masuk dengan menawarkan 2 orang pemain muda yang berbakat iaitu Dalla Valle dan Kacaniklic kepada Fulham. Apakan daya, kita terpaksa lepaskan mereka kerana itulah modal yang kita ada dan nasib baik Fulham tak banyak songeh untuk lepaskan Kochensky. Jadi pemergian Insua secara pinjaman ke Galastasaray telah lengkap dan kita tak perlu risau dengan posisi bek kiri kerana saya yakin Kochensky, Aurelio, Agger, Kelly dan Mavinga boleh mengisi slot itu dengan sebaiknya.

Selain Insua, dua lagi pemain simpanan iaitu Plessis dan Nabil telah pergi meninggalakan kita. Mereka menyertai kelab dari Liga Greece iaitu Plessis ke PAOK dan Nabil ke Panathiakos. Saya tak pasti apakah mereka pergi secara pinjam lepas tu beli atau dibeli secara langsung sebab banyak fakta yang bercampur-campur. Namun itulah jalan terbaik bagi kita dan mereka kerana pemain datang dan pergi, cuma yang terbaik antara mereka akan kekal seperti Pacheco, Spearing, Darby, Kelly dan ramai lagi yang bakal kita lihat akan diberi peluang dan dibawa masuk perlahan-lahan samada untuk ganti pemain utama yang cedera, atau pilihan untuk beraksi dalam Piala Liga.

Kemasukan Miereles, umpama kejutan. Tak siapa tahu apa yang berlaku belakang tabir. Dalam wartawan sibuk tulis macam-macam pasal Mascherano, rupanya mereka tidak terhidu akan pemergian Puslow ke Portugal untuk berbincang sekaligus menyelesaikan perpindahan pemain antarabangsa Portugal itu. Memang saya sendiri macam terkejut tetapi gembira dengan tindakan licik ini. Rupanya cerita pasal Van Der Vaat, Dua Diarra, Gago, Banega, Medel dan ramai lagi adalah taktik untuk elakkan dari sasaran kita dari dihidu kelab lain. Ejen Raul juga amat begitu baik kerana tidak pecah lubang kepada media, kalau tidak mesti Man U yang dok taram Raul dah lama dah akan buat dajal dengan buat bidaan sama.

Nasib Lucas cukup baik. Dia nyaris dijual kepada Stoke, kalau tidak dia akan belajar main rugbi dengan Tony Pulis. Saya yakin ramai yang mahukan perpindahan ini terjadi tetapi masalahnya kalau Lucas keluar kita akan menghadapi kekurangan pemain senior yang berpengalaman, kerana kemasukan Poulsen dan Miereles adalah semestinya untuk ganti Aquilani dan Mascherano. Saya tak kata Lucas bagus tetapi saya belum yakin pemain muda seperti Spearing dan Shevley dapat menghadapi lawan dengan mental dan fizikal yang kuat. Hodgson takkan cakap terus-terang yang Lucas tiada masa depan, namun dia perlu masa yang sesuai serta pembeli yang mahu berikan kembali modal, kalau boleh sedikit untung sebab Lucas mungkin ada kemungkinan bagus kalau main di Liga lain.

Oleh kerana Babel kekal dan tiada penyerang baru masuk dan hanya Ngog sebagai wakil tunggal sebagai gantian Torres. Maka Babel kena diletakkan sebagai penyerang bukan lagi sebagai pemain sayap. Hodgson kena ikhtiar apa jua cara samada bagi mandi bunga, minum air stokin Torres atau tutup akaun Twitter beliau, asalkan Babel kembali menjadi seperti yang kita lihat di Ajax dulu. Dia punya kebolehan mampu menjadi seperti Henry, tapi kematangan belum nampak. Itulah masalah yang membelenggu Rafa sebelum ini, dan Hodgson pula terpaksa cari jalan untuk selesaikan misteri itu.

Jadi saya tidak menyalahkan Hodgson kerana apa yang beliau janjikan tidak tercapai sehingga perpindahan tamat. Namun kita telah berjaya menguatkan bahagian bek kiri pun dah kira bagus dah dengan situasi kewangan yang sempit ini. Malah pemergian Mascherano tidak dkhuatiri lagi. Walaupun tiada penyerang masuk mungkin ada peluang pemain muda selain Ngog, akan naik tiba-tiba, sapa tahu mungkin Amoo, mungkin Ince atau mungkin juga ada Michael Owen baru akan keluar. Jadi saya tidak mengharapkan kita untuk menyaingi Chelsea atau Man U, tetapi sekadar kelayakan untuk Liga Juara-Juara mungkin lebih sesuai. Kita pasti gembira kerana Spurs dan Man City serta Villa, masih terkial-kial mencari rentak. Oleh itu saya nampak dengan pemain sedia-ada kena berusaha 200 % untuk kembali bangkit dari kejatuhan musim lalu. Saya harap Revolusi Roy akan diingati sebagai yang berjaya walaupun nampak sukar terpaksa mengharungi onak duri yang pelbagai musim ini.

Apr 23, 2009

Boringnya Liverpool

Ingatkah lagi semua kelab kita telah dilabelkan sebagai antara pasukan elit yang mempunyai taktik dan persembahan yang membosankan. Pasukan kita berasaskan konsep bertahan, sukar dipecahkan benteng dan hanya mampu menang dengan margin kecil. Banyak pasukan lawan mengeji corak permainan kita, tetapi itulah yang efektif buat kita. Kejuaraan Eropah pada musim terdahulu adalah buktinya. Tetapi taktik sebegitu nampaknya kurang berkesan di Liga.

Tetapi beberapa bulan terbelakang, kita telah membuang jauh-jauh gelaran tersebut. Kejuaraan liga semacam berakhir sebelum bertandang ke Old Toilet. Semenjak itu angin perubahan telah bertiup kencang secara mendadak. Sehingalah kita berada betul-betul dihujung ekor Man U.

Liverpool 4-0 Real Madrid
Man United 1-4 Liverpool
Liverpool 5-0 Aston Villa
Liverpool 4-0 Blackburn
Chelsea 4-4 Liverpool
Liverpool 4-4 Arsenal

Kesemua 4 gol telah dijaringkan ketika menetang kelab berkaliber seperti Real Madrid, Man United, Chelsea dan Arsenal, dalam temph beberapa minngu sahaja. Manakala 8 gol yang kita bolos dalam minggu lepas, adalah menunjukkan bahawa kita terpaksa mengorbankan kekuatan pertahanan dalam melakukan serangan kamikaze dan mengakibatkan kesilapan individu.

Kita telah berhasil menempatkan diri kembali dalam persaingan liga melalui dasar serangan kamikaze bukannya serang-balas. Tetapi apa yang berlaku semalam kesan dari perubahan sistem. Pasukan kita telah berjaya meningkatkan persembahan dan momentum persembahan. Walaupun lawan kita semacam tidak boleh bernafas tetapi kesilapan telah diambil sepenuhnya lawan tanpa dipersiakan.

Apa yang kan berlaku selepas ini tidak mematikan corak permainan kita tetapi akan membuatkan kita llebih kuta dari sebelum ini. Dan apa jua kan berlaku dalam perlawanan yang berbaki kan membuatkan pasukan kita lebih dewasa dan matang. Pingkatan dapat dilihat dan inilah permulaannya.Bukannya saya mengalah dari mengharapakan kejuaraan liga musim ini, tetapi secara realistiknya dengan cabaran luar duga ke akhir musim, kita telah berjaya dari musim-musim sebelumnya.

Semangat juang pemain sungguh menakjubkan. Dari masa ke semasa keputusan seakan tewas dan tiada harapan lagi, muncul keputusan luar duga. Gol penyelamat datang dikala nyawa dihujung tanduk, telah memberikan inspirasi bahawa Liverpool tidak menyerahkan harapan kejuraan begitu sahaja. Ianya nampak seakan misi mustahil, tetapi keadaan Man U dengan perlawanan mendatang pastinya mereka akan mendapat malang, dan cuma masa akan menentukan. Tiada apa yang mengejutkan kita nanti.

Pasukan sekarang telah menampakkan kemajuan yang memberangsangkan, tetapi masih jauh lagi untuk mencapai potensi penuh. Jika tiada nasib musim ini mungkin musim akan depan atau lagi satu pastinya kita akan menjadi Juara Liga, tetapi amat berharap keputusan musim ini akan menjadi satu platfom untuk pasukan memantapkan diri mengahdapi musim depan yang pastinya lebih mencabar.

Tetapi satu perkara yang pastinya kita ingat hingga tamat musim ini bahwa pasukan kita bukannya seboring dulu.

Apr 8, 2009

Torres: kita tidak perlu penyerang lain.



Ucapan Torres sebenar ditujukan khas kepada Gerrard. Sememangnya beliau selesa digandingan dengan Gerard kerana disamping membantu beliau menjaringkan gol, Gerard juga telah meringankan bebanan Torres untuk menghasikan gol kemenangan. Gandingan mereka telah berjaya membaham pasukan gergasi lain. Dan keserasian mereka tidak ada tandingan dengan gandingan Torres dengan penyerang lain.

Tetapi, apa akan jadi jika salah seorang atau kedua-duanya mengalami kecederaan. Dan lebih mengecewakan lagi terpaksa berehat pada masa yang panjang. Dapatkah pemain sedia ada menggalas bebanan dan menjadi penggempur gantian. Kuyt sememangnya cuma boleh diharap disebelah kanan. Babel masih kurang deria penyerang tulen dan lebih efektif di sayap. Ngog pula masih belum bersedia dan perlu lebih masa dan bekerja keras. Sememangnya musim ini hanya mereka bertiga yang menjadi talian hayat.

Jadi kenyataan Torres hanya boleh diguna-pakai buat ketika ini. Tetapi secara realistiknya musim depan kita masih perlu penyerang yang mampu bersabar sebagai pemain gantian dan mempunyai kredibiliti sebagai penyerang tulen serta mampu menghasilkan gol. Hanya Diego Milito yang menjadi pilihan selain Theiry Henry dan Amr Zaki. Namun untuk menerima Voronin tidak sekali-kali.

Mar 29, 2009

Siapa beruntung Villa atau Liverpool


Former Liverpool goalkeeper and now Aston Villa’s number one shotstopper Brad Friedel has had his red card picked up at Anfield on Sunday rescinded by the Football Association.Friedel was sent off when he brought down Fernando Torres in the penalty area shortly after the hour mark.The F.A.’s decision means Friedel can continue his run of consecutive league games, which now stands at 182.More importantly, for Liverpool, it means he will be available to play against Manchester Utd in Aston Villa’s next Premier League match on April 5th.

United could also face a striker crisis for that game with Wayne Rooney suspended, Dimitar Berbatov injured and Carlos Tevez set to play for Argentina at a stadium 12,000 ft above sea level in Bolivia just 2 days before the game.
Liverpool can go top of the Premier League 24 hours earlier than Utd’s kick-off with victory over Fulham at Craven Cottage on April 4th.


Nampak gayanya Friedel dapat beraksi menentang Man U yang akan bertandang ke Villa Park. Ini sedikit sebanyak menguatkan kembali skuad Villa yang begitu mengharapkan khidmat Friedel yang berpengalaman dan antara penjaga gol terbaik EPL. Saya juga melihat faktor Friedel akan menjadi pertikaian dari pihak Man U,jika mereka gagal menewaskan Villa kelak.

Sememangnya bagi pihak kita tiada masalah walaupun pengadil telah menukar keputusan tetapi terkadang keputusan sebegini betul=betul membingungkan. Bagi saya Friedel sememangnya harus diberikan kad merah kerana menghadang Torres yang berpeluang menjaringka gol. Walaupun begitu mungkin pengadil membuat keputusan atas dasar Freidel tidak bermaksud untuk menghadang Torres. Apa-apa pun pengadil juga manusia yang sering melakukan kesilapan.

Mar 27, 2009

Adakah kita terlibat dalam propaganda media

Kalau dilihat dari tren minggu ini, banyak artikel disiarkan mengenai perebutan Takhta Liga Perdana membabitkan pemain kita. Gerrard, Carragher, Skrtel ,Reira dan Alonso baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut. Saya mendapat respon dari peminat kita dan juga Man U khususnya bahawa pemain kita telah menunjukkan keegoaan akibat prestasi hebat sepanjang minggu lalu. Ada juga yang merasakan bahawa pemain kita tidak wajar bersikap demikian kerana ianya akan memakan diri seperti yang berlaku kepada Rafa yang lantang menghantam Fergie dulu.

Bagi saya pemain kita hanya menyampaikan apa persoalan yang dilontarkan wartawan. Mereka rasanya ikhlas dan memberikan komen dan pandangan megikut persepsi mereka. Tetapi apa yang saya khuatiri, apa yang disebut telah diubah dan tokok-tambah oleh pengamal media disana. Ini bukannya apa jika bahan yang menarik dan kontroversi seperti ini dijadikan modal maka akan larislah penjualan akhbar mereka.

Ada seorang rakan pula telah menyuarakan bahawa ini semuanya strategi permainan minda Rafa sendiri. Beliau telah mengarahkan anak buahnya membuat komen untuk memberikan tekanan keatas Man U. Saya rasa lucu juga dengan teori konspirasi ini kerana setahu saya "The Special One" Mourinho pakar dalam stratgei permainan minda sebegini dan bukannya Rafa dan juga pengurus lain di EPL.

Permainan media adalah satu strategi dalam pertempuran luar padang. Malah pakar peperangan lagenda China, Sun Tzu menyatakan propaganda adalah kunci untuk melemahkan musuh tanpa melibatkan pertempuan. Kalau lawan masuk dalam perangkap emosi maka setiap perkara yang dilakukan pasti tidak akan menjadi

Menarik tentang Reina

Kita sedia maklum yang Reina merupakan pakar penyelamat sepakan penalti. Tetapi kini beliau bagaikan pemain perancang ala Zidane untuk membantu pasukan menghasilkan gol. Apa tidaknya gol Reira baru-baru ini adalah hasil tindakan bijak Reina untuk menggerakan serangan dari bawah. saksikan.

Mar 18, 2009

Minggu yang hebat


Semua peminat Liverpool sedang dalam kegembiraan berganda minggu ini. Rasanya tak perlu saya ulas perlawanan tersebut dengan terperinci cuma ada sedikit tanda-tanya mengenai apa yang kita tempuhi sepanjang minggu ini. Pemain kita telah bermain seperti diberi Ma'ajun kuat ala cerita Laksamana DoReMi. Apa yang dibuat serba menjadi, tidak seperti sebelum ini ketika menentang Man City. Telah terfikir juga saya apakah faktor yang menyebabkan keputusan luar duga tersebut.

Dalam teori konspirasi seorang peminat Man U beliau berkata kelabnya tewas kerana kesilapan mereka bukannya atas faktor kekuatan kita. Tetapi dalam bolasepak, pasukan yang berjaya mengatasi atau kurang melakukan kesilapan pastinya hebat dari segi persediaan mental serta taktikal dan sebaliknya untuk mereka yang kerap melakukan kesilapan. Maka disini boleh diambil kesimpulan bahawa Rafa bukan sahaja bergantung kebolehan individu pemain beliau, tetapi persedian dari segi taktikal dan mental telah berjaya beliau terapkan dengan begitu efektif sekali.

Kekadang terasa pelik juga, pemain yang selama ini menjadi tohmahan peminat seperti Lucas dan Dossena telah memberikan persembahan yang lain dari sebelum ini. Lucas pada mulanya ketika diperkenalkan dalam barisan utama menjadikan saya begitu seram sejuk. Apatah lagi beliau menggantikan Alonso yang kita pasti lebih dominan dari beliau. Tetapi dengan permainan selamba beliau tidak ubah seperti ketika kita membelasah Newcastle 5-0 dulu. Patutlah Rafa masih meberikan beliau peluang dan kita juga mungkin terlupa yang beliau masih muda. Dossena pula amat efektif disayap kiri, padahal Rafa membeli beliau untuk mengggantikan Riise. Gol beliau walaupun tidaklah penting cuma mebuatkan saya terfikir yang Rafa sudah menemui pengganti Keane.

Faktor nasib dalam perlawanan sebelum ini tidak boleh dinafikan. Tetapi dalam perlawanan sebelum ini kita bukan hanya bergantung kepada nasib sahaja. Permainan kita keseluruhannya amat efektif dan merupakan 80 peratus faktor penyumbang dan selebihnya barulah bergantung kepada nasib. Keadaan ini pastinya hasil dari titik peluh dan kerja keras pasukan untuk mencerahkan peluang memburu kejuaraaan Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Faktor Gerrard-Torres memang sekali lagi menjadi ukuran keputusan minggu ini. Mereka berdua bagaikan Batman dan Spiderman, kedua-duanya mempunyai abiliti tersendiri untuk menundukkan lawan. Gerrard dengan sentuhan magis dan pergerakan untuk mengancam lawan dari seluruh padang, manakala Torres pula amat licik dan pantas untuk menghadapi lawan yang agresif dan berpengalaman. Kedua-duanya sukar dibendung oleh Real mahupun Man U. Kalau dicabut kedua-duanya dari kesebelasan pastinya kita sekadar pasukan pemburu tangga ke-4.

Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum perlawanan, Man U boleh dijinakkan lagi oleh pasukan lain asalkan mereka tidak terlalu takut dengan skuadron Syaitan Merah. Memang 9 perlawanan akhir ini kan lebih mencabar kerana Chelski telah berada dalam landasan yang terbaik dan mereka juga berpotensi bergelar juara. Namun bola itu bulat. Sesiapa tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi setelah tamat 38 perlawanan liga nanti.

Dan akhir sekali, Rafa telah sekali lagi mengguris hati Ferguson tetapi kali ini bukan saja diatas gelanggang media tetapi juag diatas padang.

Feb 11, 2009

Rafa, Kuyt dan Keane

Baru-baru ini ada berborak dengan salah seorang otai Liverpool di tempat kerja tentang perkembangan semasa tentang EPL dan Liverpool. Banyak juga yang disentuh oleh beliau, tetapi yang menariknya beliau telah memperincikan kenapa Kuyt menjadi anak emas Rafa tetapi tidak memberikan peluang kepada Keane untuk menyerlah.

Komen beliau, bahawa walaupun memang Keane bukan pemain yang Rafa mahukan tetapi sebaliknya Barry, tetapi Rafa memang sedaya upaya menggunakan Keane untuk disesuaikan dengan sistem beliau. Posisi Keane adalah diposisi Gerrard selalu main musim ini tetapi malangnya setiap arahan taktikal Rafa semacam tidak dipatuhi oleh Keane. Keane sesuka hati akan berada diposisi yang disukai beliau, seperti ketika beliau bermain di Spurs sebelum ini.

Berbanding Kuyt, walaupun kita sedia maklum beliau mempunyai kelemahan sebagai seorang penyerang apatah lagi seorang pemain sayap tetapi dalam perlawanan minggu ini telah menunjukkan kita bahwa beliau amat berguna untuk pasukan. Apabilab eliau masuk dan dapat kita lihat beliau telah melakukan apa yang Rafa arahkan kepadanya. Apabila bola berada dibahagian tengah ketika pasukan memegang bila beliau telah berada diantara Midfield dan Torres, tetapi apabila bola berada dibahagian sayap beliau akan masuk kedalam kotak untuk membantu Torres. Memang efektif beliau dalam mematuhi arahan taktikal Rafa.

Secara umumnya, amat mudah memahami Rafa dan kenapa segelintir pemain seperti Kuyt dan Lucas boleh bermain tetapi pemain seperti Babel dan Keane jarang diberikan peluang. Rafa akan memberikan peluang kepada pemain yang kita rasa seperti tidak bagus, tetapi selagi mana mereka patuh pada arahan dan dapat melaksanakan arahan Rafa maka peluang mereka tetap akan ada. Begitulah sedikit sebanyak ulasan beliau yang boleh dianggap agak relevan walaupun boleh dipertikaikan.

Feb 5, 2009

Tanpa Gerrard apa percaturan Rafa



Kekalahan kepada Everton pagi tadi tidak memberikan kekecewaan sangat kepada saya cuma kerisauan saya timbul kerana kecederaan Gerrard. Apa tidaknya, beliau antara pemain yang begitu konsisten dalam tempoh sebulan dua dan sering menjadi penyelamat pasukan dalam keadaan kita begitu terdesak sama ada dari segi jaringan atau memberi inspirasi kepada pasukan. Menurut Rafa, Gerrard telah dikesan mempunyai risiko untuk cedera sejak menentang Wigan,namun keringat beliau tetap diperlukan dalam perlawanan tersebut

Kemasukan Benayoun tidak banyak mempengaruhi tempo permainan walaupun ketika itu pasukan kita banyak mengusai permainan. Separuh masa pertama Kuyt bermain diposisi Gerrard tetapi nampaknya tiada aksi yang baik ditunjukkan beliau cuma kerajinan beliau dalam menghambat bola. Separuh kedua Benayoun pula telah bermain di samping Torres dan Kuyt kembali keposisi kanan. Dan dapat disimpulkan bahawa kedua-duanya memang tidak dapat mengisi slot yang diisi Gerrard sebelum ini dalam formasi 4411.

Persoalan yang timbul sekarang, adakah Rafa akan tetap menggunakan formasi kegemaran beliau itu dengan tetap menggunakan Benayoun/Kuyt atau cuba mengubahsuai taktik dengan menggunakan pemain lain. Mungkin ramai yang tahu tanpa Gerrard dan Torres sebelum ini kita pernah menang dengan Man U, tetapi ketika itu prestasi skuad kita ditahap kemuncak dan Man U pula baru tercari-cari rentak. Malah pemain seperti Kuyt, Reira, Babel dan Mascherano pada ketika itu nampak begitu bersemangat dan dalam keadaan fizikal yang mantop.
Oleh kerana ketiadaan Keane pastinya Rafa terpaksa menggunakan Kuyt, Babel atau Ngog untuk digandingkan dengan Torres. Tetapi keyakinan kita untuk gandingan itu tidak sama seperti gandingan Gerrard-Torres. Namun pastinya Rafa tidak tidur lena untuk memikirkan persoalan itu lebih daripada kita.

Cabaran akan datang adalah berhadapan dengan Portmouth yang agak merosok kebelakangan ini. Walaupun atas kertas boleh dianggap boleh makan, tetapi pasukan yang terdesak macam Pompey ibarat harimau yang terluka. Tambahan pula bekas pemain kita, Pennant dan Crouch pasti tahu selok-belok pasukan dan mempunyai idea untuk menyekat pasukan kita. Pastinya pertembungan itu nanti lebih mendebarkan dari pertembungan dengan mereka sebelum ini.

Feb 3, 2009

Siapa Bakal Pengganti Keane


Robbie Keane telah meninggalkan pasukan yang beliau minati sejak kecil. Pemergian beliau mungkin disesali oleh sesetengah peminat. Mungkin kerana beliau tidak diberikan peluang secukupnya dan juga masa untuk beliau membuktikan kemampuan beliau terlalu singkat untuk diadili.

Sebetulnya kehadiran beliau memang untuk digandingkan dengan Torres walaupun formasi pilihan Rafa adalah 4231. Torres akan beroperasi sebagai penyerang solo dan Keane akan diletakkan dalam posisi penyerang bantuan yang mana diisi Gerrard kebelakangan ini. Apa yang diharapkan Rafa supaya Keane mengambilalih posisi itu dari Gerrard nampaknya tidak berhasil. Kebolehan beliau terbatas diposisi itu. Sepanjang ketiadaan Torres, beliau begitu menghampakan.

Maka sekarang timbul pula persoalan kenapa Rafa tidak mencari penyerang baru kerana manalah tahu Torres munkin mengalami kecederaan serius. Mungkin ramai yang akan kecewa jika Kuyt diberikan peluang sebagai beliau lakukan sebelum ini.Bagi saya jawapan itu sebenarnya berada didalam pasukan sekarang. Ryan Babel atau David Ngog rasanya akan diberikan peluang untuk beraksi disamping Torres atau pengganti Torres.

Kebolehan mereka berdua mungkin boleh menjadi pertikaian kerana Babel hanya bermain baik diposisi Sayap dan Ngog terlalu kurang pengalaman. Tetapi bagi saya kedua-dua mereka masih muda dan mungkin dapat dibentuk dalam acuan Rafa. Walaupun Babel seringkali bertindak sebagai pemain sayap namun beliau mempunyai aset yang penting iaitu mempunyai larian pantas dan mampu mengelecek lawan. Namun Babel masih kurang dari segi kemahiran hantaran dan membaca pergerakan rakan. Ngog pula tidak banyak yang boleh dikomen kerana peluang untuk melihat aksi beliau amat terbatas tetapi banyak yangbeliau perlu pelajari untuk menjadi backup bagi Torres.

Dan saya berdoa supaya Torres tidak mengalami kecederaan hingga akhir musim ini, jika tidak pastinya Rafa terpaksa mengharungi perlawanan demi perlawanan dengan skuad yang sedia ada. Terpaksa juga memperjudikan nasib untuk menggondol kejuaraan Liga Perdana dan mencabar Man U dengan skuad serangan yang kurang mantap.

Feb 2, 2009

Liverpool vs Chelsea: Secara langsung dari Nibong Tebal


Perlawanan menentang Chelsea semalam sempat saya saksikan bersama adik saya, Munir merangkap Penyokong Tegar Chelsea. Sambil menikmati kacang Cap Tangan dengan Kopi Radix yang beliau sponsor, kami berdua seakan-akan mengambil alih tugas Andy Gray dan Martin Tyler untuk membuat ulasan.

Walaupun dia mulanya konfiden dengan pasukan beliau namun saya tetap kool apabila menjawab soalan-soalan killer dari beliau tentang nasib kedua-dua kelab yang masing-masing minati. Memandangkan beliau merupakan terlalu bias banyak juga ayat-ayat puaka ditujukan kepada kelab kesayangan saya itu, tetapi seperti biasa dengan info yang ada sempat juga membidas beliau dengan fakta dan sedikit fiksyen.

Salji yang turun di Anfield telah mencantikkan perlawanan yang bakal melihatkan Keane datang bukan sebagai pemain tetapi penonton sahaja. Dapat dilihat juga kedua-dua pemilik Liverpool berada untuk bertemu Rafa selepas perlawanan bagi membincangkan kontrak yang terbengkalai sebelum ini. Ramai juga Lagenda Liverpool yang datang menyaksikan perlawanan semalam seperti Ian Rush dan King Kenny (Kenny Dalglish). Fabio Capello turut serta berada untuk memantau anak buah beliau yang beraksi dengan England.

Seawal minit pertama Liverpool telah menguasai permainan, beliau masih rilek tanpa banyak ulasan kerana mungkin kagum dengan persembahan Liverpool atau kecewa dengan pasukan beliau. Ketika Gerrard menyepak bola ke perut Bosingwa, marah benar Munir. Beliau sangat berharap yang Gerrard mendapat Kad Merah dari insiden itu. Walaupun begitu sikap kurang ajar Gerrard seharusnya tidak boleh diamalkan kata beliau dan saya setuju, walaupun dalam hati agak berkata padan muka.

Selepas insiden itu, sekali lagi Gerrard menjadi cemuhan kerana menampan bola kena muka Terry yang cuba melakukan clearance. Kali ini beliau tetap berharap Gerrard mendapat balsan dari pengadil botak itu, tapi dia hampa kerana hanya teguran saja dari Riley. Ketka Macherano diterjah oleh Ballack, kali ini saya pula bersuara, tetapi Munir secara selamba berkata kalau lembik baik main tennis ( mengungkap kembali topik sebelum itu tentang Federer lawan Nadal). Tak apa saya cakap yang si Monster Mash akan pasti mebalas dendam dan Munir ketawa.

Secara tiba-tiba Munir terhenti meraban apabila Alonso nyaris menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan padu kearah Cech. Nasib baik Cech terrer ,kalau tidak akan pedih telinga Munir menerima kritikan. Kuyt pula melakukan hantaran lintang pukang apabila sepatutnya dia hanya perlu melorongkan bola kepada Gerrard. Kemarahan pertama saya kepada Kuyt di ejek Munir yang berkata Cole memang bagus mengawal Kuyt padahal Cole dah terkantoi sebentar tadi.

Kan saya dah cakap Si Monster akan balas kembali, Ballack pasti tidak beliau biar begitu saja. Kali ini Munir memang hangin satu badan. Nyaris-nyaris beliau hampir tertackle gelas kopi kerana terlalu geram. Saya hanya diam sambil senyum dan sekali lagi sorakan gembira dalam hati. Tak sampai beberapa minit Mascherano melakukan sepakan kencang kearah Cech dan bola muntah tetapi nasib baik tiada pemain Liverpool datang melakukan susulan. Kali ini Munir memuji Chech yang begitu cemerlang, gemilang dan terbilang katanya.

Kekasaran-demi kekasaran berlaku, mula-mula Mascher kena kad kuning, tidak pasti siapa yang dikasarinya sebab tidak melihat indiden itu dan lepas itu Cole pula mendapat kad setelah menerjah betis Kuyt rasanya. Memang aksi bertambah rancak dengan pelbagai pertarungan fizikal. Secara tiba-tiba peluang Chelsea hampir menjaringkan gol setelah Anelka rembat terkena bek Liverpool. Tergamam seketika namun tetap konfiden yang hanya itu yang mereka mampu stakat ini.

Entah minit keberapa Cole nyaris-naris menghadiahkan gol sendiri apabila menampan bola hantaran Torres. Dan selepas itu Cech hampir-hampir melakukan kesilapan dan Torres cuba merampas bola tetapi nasib menyebelahi mereka. Munir dengan kecewa memarahi Cech pula kali in. memang betul kalau Reina buat begitu pun beliau tidak lepas dari makian saya.

Menjelang tamat perlawanan Reira telah yang berada diposisi yang baik menjaringkan gol melakukan hantaran balik kepada Gerrard. Geram betul dengan dia walaupun akhirnya Munir telah menbacking Reira bahawa pemain KIdal mana selesa nak rembat dalam situasi itu. Kali ini saya setuju dengan beliau.

Tamat separuh masa, dengan kedua-dua pasukan beraksi baik terutamanya pasukan kita. Saya puas hati tetapi si Munir tetap membebel dalam perjalanan ke dapur untuk membancuh air kopi.

Separuh kedua banyak aksi dari kedua-dua pasukan saya tidak berapa ingat sangat kerana sedang membalas SMS. Tetapi insiden kad merah Lampard telah meriuhkan suasana seketika. Siapa lagi jika bukan pakar kad merah kita Alonso yang terkena terjahan keras Lampard. Menurut Munir sepatutnya kad kuning sahaja yang dilayangkan kerana bola memang sepak Lampard. Tetapi kali ini saya telah membacking Riley botak dengan hujah dan fakta menarik beserta peraturan FIFA sekali.

Macam biasalah, kalau sudah kurang pemain siapa yang berani bermain menyerang lagi. Chelsea kali ini bermain ultra defensive ala-ala Wigan tempohari. Munir gelak sakan apabila Gerrard kena kad kuning kerana dikatakan sengaja jatuhkan badan dalm kotak penalty. Saya cuba mebacking Gerrard dan ulangtayang sekalipun tidak dapat meyakinkan adik saya itu bahwa Gerrard tidak bersalah.

Chelsea melakukan penkaran dengan memasukkan Deco dan Drogba dan mengeluarkan Mouluda dan Anelka yang memang tidak efektif dan hampeh, menurut Munir. Kemasukan Drogba memang satu percaturan baik oleh Scolari dan dia berjaya menunjukkan aksi yang peminat Chelsea boleh banggakan. Deco pula agak tenggelam dalam asakan Liverpool.

Kemasukan Benayoun merupakan sinar buat Liverpool. Selang beberapa minit beliau telah melakukan rembatan yag hampir menewaskan Cech. Kemasukan Babel disebelah kiri menggantikan Mascherano bertujuan mengekloitasi Bosingwa yang agak keletihan. Ketika ini Chelsea ternyata terpaksa bertahan dalm kawasan sendiri dan mungkin mengharapkan seri gamaknya dengan corak mereka itu.

Gol pembukaan hadir apabila Torres melakuakn tandukan tajam menewaskan Cech. Saya melompat kegembiraan dan sempat bersorak dan hampir mengejutkan satu kampung. Ketika ini moral Adik saya itu telah jatuh, umpama jatuh dari flet tingkat 10. Mulut beliau terkunci dan hanya sempat menggelengkan kepala.

Masa tambahan 5 minit begitu menggusarkan saya. Apa tidaknya macam-macam boleh terjadi dalam masa 5 minit terakhir itu. Tetapi secara tiba-tiba Bosingwa telah melakukan terjahan kebelakang Benayoun tanpa dikenakan sebarang tindakan. Memang saya akui ketika itu bola telah keluar tetapi bagi saya tindakan itu perlu dikenakan tidakan keras. Munir tetap membacking pemain Chelsea itu. Lantaklah kata saya, lagipun kita sedang mendahului.

Ingatkan perlawanan tamat 1-0 sahaja tetapi Cole yang begitu lembik telah memberikan Torres gol ke-2 Liverpool. Perlawanan berakhir 2-0 dan saya tetap memberikan sokongan bahawa Chelsea tetap memberikan tentangan terbaik. Dan Munir akhirnya akur yang Liverpool memang pencabar kejuraan dan kali ini bukan bernasib baik seperti perlawanan di Stamford Bridge tempohari. Lantaklah janji saya boleh tidur ambil terseyum pagi tadi.

Jan 30, 2009

Amanat dari peminat fanatik

Kalau mahu jadi penyokong fanatik tetapi setia. Disini saya berpesan kepada semua dan diri saya sendiri kurangkan membaca artikel yang berunsur hasutan dan negatif tentang pasukan kita. Kerana semua itu hanya akan membuatkan kekecewaan menjadi lebih parah. Walaupun telinga ada sedikit pedih dek diperli oleh Fan lawan, namun semua itu merupakan cabaran mental untuk semua peminat yang setia.

Secara peribadi saya agak kecewa dengan keputusan perlawanan, tetapi tidak pada persembahanm pemain. Mereka semua telah melakukan yang terbaik. Begitu juga Rafa, walaupun tidak pasti apa yang beliau fikirkan dan praktikkan dalam padang. Saya bukannya menyokong sesuatu dengan membuta-tuli tetapi saya cuba berfikir secara realistik. Ya realistik mengenai situasi semasa yang berlaku disebalik tabir yang seakan-akan memeberi kesan kepada prestasi di Liga.

Kalau ditakdirkan pasukan kita tidak berjaya memenangi apa-apa kejuaraan sekalipun musim ini saya tetap bersama Liverpool. Susah senang dan kenangan pahit manis menjadi peminat kipas susah mati (hardcore) semenjak awal 90an dulu menjadikan saya sudah mangli dengan situasi ini. Malahan situasi sekarang berbeza dengan belasan tahun lalu. Dengan peminat yang pelbagai tahap fanatik dan begitu optimis pada musim kebelakangan ini diharap sokongan tidak berbelah bagi, ketika jatuh bangun pasukan kita.

"Kamu Takkan Jalan Keseorangan"

Jan 28, 2009

Pertahanan liverpool makin rapuh


Bukan maksud saya mengkritik corak "zonal marking' yang diterapkan Rafa ketika Liverpool menghadapi set-piece lawan. Tetapi kebelakangan ini skuad kita telah dua kali bocor dengan gol dari sepakan penjuru. Semacam tidak ada konsentrasi dan kesefahaman antara barisan pertahanan untuk mengawal pemain lawan. Lihat sahaja gol Cahill dan Lescott dlam kedua-dua perlawanan sebelum ini. Mereka memanipulasi sistem kawalan pertahanan kita dengan mudah. dengan erti kata lain, David Moyes telah melakukan kerja rumah yang teliti untuk mencari kelemahan musuhnya. Dan ternyata beliau berjaya mencari peluang dan berhasil merobek gawang kita tanpa banyak percubaan merbahaya.

Nampak gayanya Rafa perlu mengubah sedikit strategi beliau ketika bertahan. Kerana lawan kita telah berjaya memanipulasi sistem "zonal marking" kita. Pemain kita sendiri juga seakan-akan masih kurang berupaya memahami sistem itu atau tidak mematuhi arahan taktikal Rafa ketika bertahan. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut Cahill yang begitu licik tidak dijaga oleh sesiapa pun, wahhal kita tahu yang beliau merupakan pemain yang merbahaya jika tidak diawasi ketika set-piece diambil. Perlawanan pertama beliau menjaringkan gol penyamaan dan perlawanan seterusnya pula beliau sekali lagi melakukan tandukan tanpa dicabar dan disambung oleh Lescott untuk menewaskan Reina.

Dalam situsi dimana lawan kita bermain terlalu berlalu defensif dan gemar melakukan serang balas, gol yang dijaringkan oleh penyerang kita mungkin akan menetukan kemenangan. Dan ketika inilah pemain pertahanan perlu memainkan peranan penting dari segi mental dan fizikal untuk mengekalkan kmenangan itu. Malah sekalipun pasukan buntu untuk menjaringkan gol hingga tamat masa perlawanan, gol lawan akan menidakkan peluang untuk pasukan kita sekurang-kurangya mengutip satu mata. Faktor nasib juga memainkan peranan tetapi percaya atau tidak menurut statistik, pasukan yang berjaya menjadi juara Liga selalunya mempunyai pertahanan yang kebal dan dibolosi dengan gol yang minima.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails