![]() |
| dicedok dari twitter MostarLFC |
Dec 9, 2013
ANTARA TIGA DARJAT
Jun 3, 2010
TERGEMPAR !!! RAFA DIPECAT.

May 30, 2010
BAJET CIPUT

Saya amat hairan bin ajaib. Sebelum ini Pengurusan telah menjamin yang Rafa akan mendapat dana setimpal untuk saingan musim depan. Dan mereka menjamin tiada bintang akan dijual. Rupa-rupanya Rafa telah dikelepet sebegitu rupa dengan hanya bakal diberikan 5juta pound sebagai modal. Selebihnya pandai-pandailah Rafa mengorbankan pemain mana yang beliau rasa tak diperlukan.
Rasanya memang ramai akan menjadi korban kali ini. Cuma tidak pasti siapa yang akan kena dulu. Torres dan Gerrard adalah yang paling bernilai, namun jika Rafa tidak menjual mereka rasanya Mascherano adalah calon sesuai untuk dikorbankan dulu. Salah satu alasan ialah beliau masih ada Lucas. Selain itu Babel dann Riera adalah dalam senarai untuk di lelong namun mereka mungkin digunakan untuk umpan mendapatkan Turan atau Simao rasanya.
Walaupun begitu opsyen lain ialah mendapatkan pemain yang telah kehabisan kontrak untuk mengisi slot-slot kritikal seperti penyerang, sayap kiri dan bek kiri yang merupakan posisi bermasalah sebelum ini. Nama-nama seperti Joe Cole (Chelsea),Adriano (Flamenco),Marcos Senna (Villareal), Hamit Altintop (Bayern Munich) adalah antara pemain yang akan dilepaskan oleh kelab masing-masing muism depan. Jadi boleh ambil mereka ini untuk perkuatkan pasukan.
Rasanya dengan peruntukan sebegitu peminat pasti akan melihat pasukan kita tidak akan meningkat, malah mungkin akan jauh ditinggalkan oleh Man City atau Spurs. Dan tinggallah kita bersaingan dengan Villa, Everton atapun Birmingham untuk Piala Europa sekali lagi. Sedangkan pasukan seperti Chelsea, Man U dan Arsenal akan mendapatkan pemain yang sepatutnya menyarung jersi berlogo Standard Charted.
Mungkin pemain-pemain muda seperti Separing, Ayala,Darby, Shevley, Pacheco terpaksa diketengahkan untuk menampung kesebelasan utama jika sesuatu berlaku kepada pemain utama. Saya bukan sangsi dengan keupayaan budak-budak ini. Tetapi ini merupakan suatu risiko yang boleh mengakibatkan keciciran mata. Tetapi itu semua bergantung kepada kebijaksanaan Rafa untuk mengharungi musim 2010/11 yang pasti mencabar.
May 21, 2010
BENITEZ YAKIN MASA DEPAN

MADRID: Jurulatih Liverpool dari Sepanyol, Rafael Benitez, yang masih belum pasti nasibnya di Anfield dan dikatakan bakal berpindah ke Itali berkata, masa depannya masih bersama kelab itu.
“Saya masih mempunyai baki empat tahun daripada kontrak saya di Liverpool. Saya cukup gembira. Saya harap Liverpool akan kembali kompetitif. Masa depan saya ketika ini adalah bersama Liverpool,” katanya ketika sidang media di Madrid.
Jurulatih berusia 50 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus. Dia juga dinamakan sebagai pengganti berpotensi selepas Jose Mourinho di Inter Milan jika jurulatih Portugal itu berpindah ke Real Madrid.Bagaimanapun Inter Milan menafikan laporan bahawa mereka sudah menghubungi Benitez manakala Juventus dijangka mengumumkan bekas pakar taktik Sampdoria, Luigi Del Neri sebagai jurulatih baru mereka lewat minggu ini.
Benitez yang menyertai Liverpool sejak 2004, berkata minggu lalu bahawa dia tidak boleh bercakap mengenai “masa depannya secara jangka panjang”.Liverpool berdepan musim mengecewakan, menamatkan musim Liga Perdana Inggeris di tangga ketujuh iaitu keputusan terburuk sejak 11 tahun lalu. Kelab itu juga tersingkir awal dari Liga Juara-Juara dan Piala FA. - AFP
May 11, 2010
TIADA PENJUALAN BINTANG
HULL: Rafael Benitez akan bertemu pemilik Liverpool minggu ini dan menjelaskan tiada jaminan kedudukannya di kelab itu sekiranya mereka berhasrat menjual Fernando Torres dan Steven Gerrard.
Timbul cadangan pemilik bersama Tom Hicks dan George Gillett mungkin terpaksa menjual aset berharga kelab itu selepas hutang kelab mencecah 330 juta pound (RM1.85 bilion) tetapi Benitez berkeras perkara itu tidak harus dilakukan sekiranya dia ingin dikekalkan di Anfield. Pengurus warga Sepanyol itu dilaporkan sudah mendapat tawaran untuk berpindah ke kelab Itali, Juventus, manakala Real Madrid juga mungkin menjadi destinasi sekiranya dia tidak gembira dengan situasi di Liverpool.
Mengulas musim penuh kehambaran kelab itu yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 ketika menentang kelab yang sudah tersingkir Hull kelmarin, Benitez berkata: “Ada pertemuan dengan pengerusi sebelum ini. Ia positif dan kami akan bertemu lagi selepas ini, Saya akan bercakap beberapa perkara dengan pengerusi.
“Jika saya kekal, saya tidak akan terfikir untuk menjual Gerrard dan Torres, walau apapun yang mungkin anda dengar daripada sumber kanan di dalam kelab ini. Ini penting untuk kestabilan kelab.
“Tetapi saya tidak mahu menjual kedua-dua pemain itu. Saya jelas mengenainya. Pengerusi juga jelas, dia juga tidak mahu menjual mereka.”
Jika Benitez kekal, dia percaya Liverpool akan memberi persembahan lebih baik musim depan berbanding musim ini yang dicemari dengan penyingkiran peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris dan gagal dalam semua saingan domestik. – AFP
Apr 19, 2010
"7 ari je lagi"
Juventus tlah memberi kata dua kpd Rafa sama ada mahu menerima atau menolak offer sbg jurulatih mereka pada musim hadapan. Ini adalah disebabkan Club Chief Juve mahu segala urusan kelab mereka selesai dengan segera bagi mengelak masalah yg tidak diingini drp berlaku - lapor media Italy. Rafa adalah coach yg benar-benar menjadi pilihan utama orang kuat di Juve pada musim hadapan bg menggantikan Alberto Zaccheroni yg membuat kira-kira utk meninggalkan Juve. Wakil kelab tlah berjumpa dgn agent Zacche bg mendapatkan report atau pon keputusan dr jurulatih itu sendiri namun satu respon pon tidak tiba di Juventus merunsingkan lg kepala otak ahli-ahli majlis mesyuarat tingkap Juventus.Apr 18, 2010
BENITEZ MASIH DAPAT KEPERCAYAAN
LONDON - Rafael Benitez terus diberi kepercayaan untuk membimbing Liverpool. Pengerusi Liverpool yang baru, Martin Broughton menjelaskan bahawa Benitez adalah calon paling sesuai bagi menjadi pengurus kelab gergasi England itu.
"Benitez merupakan seorang pengurus yang baik dan kami mahukan dia agar terus kekal di sini (Liverpool)."Kontraknya bersama Liverpool masih ada lagi dan saya lihat tidak ada sebab untuk kami memecatnya," jelas Broughton yang juga Pengerusi British Airways.
Terdahulu, Benitez disebut-sebut bakal meninggalkan Liverpool apabila dia dilamar kelab Itali, Juventus.Sementara itu, Benitez berkata, dia masih belum memberi sebarang kata putus mengenai masa depannya di Anfield. (Rafa tengah tunggu lamaran Real Madrid kot)
"Saya belum bertemu dengan presiden baru dan saya pasti akan berjumpa dengannya dalam masa terdekat."Saya tidak mahu memberi apa-apa komen mengenai masa depan saya mahupun kelab ini kerana kami telah mempunyai seorang presiden baru."Tugas saya adalah memberikan tumpuan sepenuhnya bagi menghadapi beberapa baki perlawanan yang akan datang," kata pengendali kelahiran Sepanyol ini. - Agensi
Feb 17, 2010
SIAPA PUJAAN RAFA
Tetapi bahagian yang menarik ialah siapakah pemain terbaik didunia. Rasanya siapa? Gerrrad, Torres, Ronaldo, Kaka, Messi, Rooney, Amri Yahyah. Tidak semuanya bukan. Yang paling mengejutkan ialah beliau memilih Lucas. Hehehe . Acah saja. Sebetulnya ialah Andrea Pirlo. Hairankan, kalau kita mesti cari pemain yang rajin jaring gol atau punyai skil hebat atau boleh menggelecek 10 orang sekaligus.
Rafa lain betul. Dia punyai citarasa berlainan keran menurutnya posisi paling penting dalam pasukan ialah bahagian tengah. Kalau diposisi lain samada didepan atau disayap pemain tak nampak keseluruhan permainan. Hanya pemain tengah sahaja dapat mengawal serta mencorakkan keseluruhan permainan. Macam Pirlo memanglah antara perancang utama yang hebat diposisi itu.
Secara tak langsung kita boleh lihat bahwa kita telah kehilangan seseorang yang boleh dikatakan amat mirip dengan Pirlo. Tak lain tak bukan dia adalah Mat Xabi yang belah pergi Real Madrid. Patut sangatlah Rafa macam tak keruan setelah tak dapat pengganti Xabi. Mana nak cari pemain sebagus dan kualiti macam tu. Kalau beli pun mungkin tak sama contohnya Aquilani.
Kesimpulannya Rafa memang suka pemain tengah mempunyai visi. Jadi tak mustahil musim depan ada lagi pemain tengah yang akan dibeli walaupun dah bersusun pemain diposisi itu. Selain untuk kepelbagaian sistem rasanya pemain yang jenis macam Pirlo atau Xabi akan beliau cari sampai dapat.
Sep 4, 2009
Rafa berdepan penggantungan
LONDON: Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mungkin berdepan penggantungan perlawanan selepas didakwa di atas kelakuan tidak senonoh oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).
Pengurus pasukan The Reds itu mengetuk cermin matanya apabila bercakap mengenai kegagalan pengadil, Phil Dowd untuk memberikan dua penalti ketika kekalahan 2-1 di Tottenham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 16 Ogos lalu.
Dan Liverpool bimbang FA mungkin memilih untuk menjadikan jurulatih berbangsa Sepanyol itu sebagai contoh tatkala mereka bertekad menguatkuasakan kempen ‘Hormat’ di kalangan pengurus liga.
Ia mungkin membawa kepada Benitez menyaksikan perlawanan penting dari tempat duduk bersama-sama dengan penolongnya, Sammy Lee, yang turut diarahkan meninggalkan garisan tepi padang pada perlawanan yang sama.
Namun, denda dan pemberian amaran tampak hukuman yang bakal dikenakan.
KOMEN: Memang pengadil malam tu rabun.
May 23, 2009
Rafa Utus Surat Perdamaian
Rafa Benitez has made peace with Sir Alex Ferguson in a private
letter. The pair have been at loggerheads all year, but the Liverpool boss
wrote to Fergie after the Manchester United manager’s grandson was badly injured
in a car crash. Benitez, a father of two girls, wrote offering his help while
10-year-old Charlie Ferguson is at Alder Hey Children’s Hospital in Liverpool.
Ini merupakan satu kejutan buat kita. Siapa sangka, mati-mati kita ingat Rafa marah sungguh dengan Fergie. Rupa-rupanya segala pertelingkahan melibatkan kedua-dua mereka hanya membabitkan hal dalam padang. Ini barulah dikatakan profesionalisme.
May 13, 2009
Sami pembantu yang hampir sempurna
Rafa telah melabelkan Sammy Lee sebagai orang kanan yang hampir sempurna. Rafa juga mengakui bahawa skil motivasi Lee telah merupakan pemangkin kepada pemburuan kejuaraan Liga musim ini.
Sami telah disegani oleh pemain kerana pendekatan beliau yang peka dengan keadaan psikologi dan mesra berbanding Rafa yang terlalu tegas. Malah pemain lagenda ini berpengalaman luas di Liga Inggeris dan juga selok-belok tentang kelab.
Walaupun rekod Lee di Bolton merupakan sejarah hitam dalam karier kejurulatihannya, namun beliau merupakan antara jurulatih yang berpengalaman dalam Liga tetapi diperingkat kebangsaan.
Rafa cuma berharap Lee menmperkemaskan Bahasa Inggerisnya. Ini kerana jangan kata Rafa, saya sindiri kurang faham biji butirnya yang disebut oleh Lee kerana bercakap dalam loghat Scouser.
p/s: Carragher lagi teruk, Gerrard Ok lagi.
Apr 18, 2009
Serangan terbaru Fergie
Akibat gerak laku ketika gol ke-2 Torres ketika menewaskan Blackburn 4-0, Rafa dikecam bukan saja oleh Big Sam tetapi Fergie yang tidak ada sangkut paut dalam insiden itu. Rafa dikatakan menghina Big Sam dan pasukan Blackburn dengan gaya pengadil tinju yang menunjukkan lawan telah K.O. Gaya tersebut telah juga diterjemah oleh pakar jiwa sakit, Fergiescum yang menyatakan Rafa tidak berbudi bahasa dan bersopan santun sepertinya.
Poooodaaaaaahhhhh!!!!! Perangai kebudakan Fergie dan Big Sam ini seakan macam budak tadika. Ada saja peluang hendak cari pasal. Walaupun orang nampak biasa insiden itu tetapi bagi mereka seakan Rafa telah melakukan meberikan Big Sam malu,seperti Rafa melondeh seluar Big Sam atau meludah kahak hijau.
Apr 16, 2009
Kejuaraan EPL sasaran baru The Reds
LONDON: Rafael Benitez percaya sifat wira milik pemain Liverpool - sekalipun gagal melakar kemenangan ke atas Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara Eropah, awal pagi semalam - harus dipuji dan yakin ia bakal menyemarakkan semangat pasukan menjuarai mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Barisan didik Benitez tersingkir daripada pertandingan Eropah selepas gagal mengikis defisit kekalahan 1-3 dalam saingan suku akhir pertama dalam perlawanan kedua di Stamford Bridge.
Dua kali dalam saingan menakjubkan yang berkesudahan seri 4-4 itu, Liverpool hanya dipisahkan satu gol sahaja untuk mara ke separuh akhir sebelum rembatan Frank Lampard pada minit-minit terakhir memberi anak buah Guus Hiddink ruang bernafas untuk mara dengan agregat 7-5.
Di sebalik keperitan kalah kepada Chelsea dalam saingan Liga Juara-juara buat musim kedua berturut-turut, Benitez tidak melihat sebarang sebab untuk berasa kecewa.
Pengurus Liverpool itu yakin persembahan bersemangat pasukan membuktikan mereka mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk memintas pendahulu EPL, Manchester United.
The Reds kini hanya satu mata di belakang United dan berdepan perlawanan penting di tempat sendiri menentang Arsenal, Selasa ini.
“Kami tidak puas hati dengan keputusan ini. Apabila anda kalah anda terasa kecewa tetapi saya berasa pemain harus bangga dan mengangkat muka mereka,” kata Benitez.
“Kami menunjukkan perwatakan, kualiti dan perlu berasa bangga. Pemain melaksanakan tugas menakjubkan dan peminat pasti gembira dengan mereka.
Liverpool boleh berasa bangga mencabar Chelsea hingga ke saat akhir tanpa kelibat kapten Steven Gerrard. Pemain tengah England tidak diletakkan di bangku simpanan selepas menambah kecederaan pangkal paha hanya 24 jam sebelum perlawanan tetapi Benitez beranggapan dia akan cergas berdepan Arsenal. - AFP
Apr 15, 2009
Ferguson sukar difahami: Benitez
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyifatkan seterunya di Old Trafford, Sir Alex Ferguson sukar untuk difahami ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) memasuki peringkat terakhir dengan baki tujuh perlawanan lagi.
The Reds berjaya memintas Manchester United di persada liga untuk beberapa jam selepas membelasah Blackburn 4-0 di Anfield tetapi melihat kedudukan itu dirampas semula Red Devils hasil jaringan bintang mudanya, Federico Macheda yang menang 2-1 mengatasi Sunderland.
Persaingan dua pasukan ini kian sengit dengan United mendahului satu mata mengatasi Liverpoool tetapi kurang beraksi satu perlawanan. Malah persaingan ini turut mempengaruhi permainan minda antara Benitez dan Ferguson dan jurulatih Liverpool itu enggan terpengaruh dengan permainan lawannya itu.
“Permainan minda adalah untuk pengurus yang mengalami kesan daripada permainan itu sendiri. Tetapi saya sukar untuk memahami Ferguson.
“Saya tidak kisah jika dia bercakap mengenai saya. Itu bermakna dia gelisah dan ia baik buat kami.
“Kebiasaannya saya fokus terhadap anak buah saya sebelum perlawanan dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan orang lain,” tambah Benitez.
Apr 11, 2009
Mar 25, 2009
Empat rahsia Benitez terbongkar
Pengurus Liverpool itu jelas sekali telah melengkapkan transformasi terhadap Liverpool dari- pada gergasi yang lena tidur ketika beliau mula mengemudi skuad The Reds pada 2004.
Selepas lima tahun mengendalikan Liverpool, empat rahsia kejayaan Benitez akhirnya didedahkan.
Pertama, Benitez telah berjaya mencipta jaringan hubungan dengan 70 orang peninjau bakat terkemuka.
Beliau juga memiliki pangkalan data yang menghimpunkan maklumat penuh 14,000 pemain profe- sional di seluruh dunia.
Kedua, Benitez telah melakukan transformasi terhadap padang latihan pasukan dan membawa kepada pembinaan hotel penginapan pemain Liver- pool di Melwood.
Ketiga, Benitez telah mengharamkan minuman bergas kepada para pemainnya serta merevolusi- kan tabiat pemakanan mereka.
Keempat, Benitez telah membina satu bilik video dan mengupah kakitangan untuk mendapatkan apa sahaja video perlawanan daripada 12 liga terbaik di seluruh dunia.
Perkara itu didedahkan bekas pembantu Benitez, Paco Herrera yang kini menguruskan kelab Sepa- nyol, Castellon.
"Benitez hidup dengan bola sepak 24 jam sehari. Beliau sentiasa yakin dengan barisan kejurulatihan. Untuk dua tahun pertama, kami berjaya beraksi dalam lima final dan menang tiga daripadanya.
"Kami bertemu setiap pagi untuk persediaan tugas sepanjang minggu itu. Kami kaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan yang akan ditentang.
"Memang benar, beliau memiliki pangkalan data dengan maklumat lebih 10,000 pemain di seluruh dunia," kata Herrera. - Agensi
Mar 19, 2009
Kerna kamu aku masih disini

Rafa Benitez has revealed how his relationship with the fans was key to him penning a new five-year deal at Anfield.
The Spaniard has enjoyed the unwavering backing of the Kop from the day he arrived on Merseyside in 2004.
And today he explained how a meeting with one supporter in particular last week once again illustrated to him how special the Anfield faithful was.
He said: "My message to the fans is very clear – it is because of them that I am signing this contract.
"This is a fantastic club with fantastic fans – it is as simple as that.
"Last week I met with a supporter who carries a flag to every game.
"The flag has a picture of me on it and the Spanish phrase 'siempre es possible' and it is flown at all our home games.
"I saw it at the Bernabeu also when we played Real Madrid and I met the supporter who owns the flag at Melwood last week.
"It was really funny because he was telling me 'you must sign' and saying 'I hope it is for 10 years' but then he was changing his mind 'no, no 20 years'.
"It was really funny but it also showed the incredible passion of the Liverpool fans and the support that they give to their manager."Memang semua peminat menaruh harapan yang tinggi buat Rafa kerana ada sesuatu yang unik tentang beliau. Dan pastinya peminat akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepadanya. Tapi yang uniknya beliau mudah mesra dengan peminat dan berjumpa peminat fanatik yang mengibarkan bendera besar wajah beliau di Mewood. Sungguh berjiwa besar pengurus kita ini.
Rafa kekal di Anfield
Akhirnya, setelah 8 kali perbincangan mengenai pembaharuan kontrak beliau menemui jalan buntu, Rafa telah bersetuju menyambung khidmat beliau di Anfield selama 4 tahun lagi. Maka berakhirlah desas-desus menyatakan Rafa akan ke Real ataupun Mourinho akan ke Anfield. Kemungkinan juga beliau telah berjaya untuk mendapatkan kuasa sepenuhnya dalam setiap pembelian pemain dan itulah yang saya harapkan.
Bagi saya tidak apa yang cacat celanya Rafa. Walaupun terkadang tindakan beliau mengundang kontroversi dari peminat dan juga orang luar, saya rasa Rafa ada logic beliau tersendiri. Seringkali juga saya menggelarkan beliau pemikir agung bolaqsepak kerana tindakan beliau tidak selaras dengan pemahaman kita tentang bolasepak. Tidak hairanlah kita bahawa beliau telah menerima penghormatan dari Miguel Hernández University di Spain yang setaraf Ijazah kehormat dalam usaha beliau dalam bidang kejurulatihan bolasepak.
Tidak perlulah diceritakan kejayaan beliau berbanding Houllier. Masing-masing mempunyai resepi tersendiri. Tetapi apa yang menariknya Rafa ialah setiap pembelian pemain beliau lebih mengutamakan kesesuaian taktikal berbanding reputasi. Walaupun begitu kadang-kala beliau mungkin tersilap perkiraan, tetapi beliau mengambil langkah segera untuk menjual pemain yang dibawa masuk olehnya yang tidak menunjukkan taraf permainan yang diingini.
Saya tetap tidak mengharapkan sesuatu yang drastic seperti kejuaraan Liga musim depan jika pemilik sekarang masih tidak menyediakan dana yang secukupnya. Memanglah skuad sekarang mampu mengalahkan barisan Man U, Chelsea dan juga Real Madrid yang lebih hebat. Tetapi apabila melayani skuad yang bermain taktik berkubu didepan pintu gol, kita perlukan kreativiti dan pemian yang ada sekarang masih tidak berupaya mengopak benteng tersebut sebelum ini.
Oleh yang demekian saya berharap Rafa akan diberikan segala bentuk bantuan moral dan kewangan untuk menjadikan pasukan Liverpool sebagai gergasi bolasepak yang bakal mendominasi dan digeruni lawan di England dan juga di Eropah.
Feb 28, 2009
Rafa jadi bualan dalam forum Man United
http://www.redcafe.net/f7/rafa-europe-237653/
Feb 25, 2009
Taruhan Buat Rafa
Dead man walking is dead cert to leave Liverpool?
01:03 PM 25 February, 2009
Liverpool boss Rafael Benitez has been heavily backed to get the sack by punters, which has led bookies to worry that an insider has leaked out information regarding the situation at Anfield and suspend betting.
However, it may simply be evidence of Liverpool's worldwide popularity and the growing disatisfaction with the team's performance since the infamous 'Rafa Rant'.
Pelbagai andaian tentang masa depan Rafa Benitez sebelum ini memjadi bualan setelah beliau menolak buat kali ketiga untuk melanjutkan kontrak beliau. Memang sebelum ini banyak syarikat pertaruhan yang berpusat di Britain telah memasukkan Rafa dalam senarai pengurus yang bakal dipecat atau berundur diri. Tetapi mereka terpaksa menutup kembali pertaruhan keatas kerana khuatir perkara itu benar terjadi. Mahu tidaknya ramai kaki judi telah meletakkan pertaruhan bahawa Rafa akan dipecat dan ini menjadi kekhuatiran bahawa orang dalam di Anfield telah pecah lubang.
Memang lucu tentang perkara diatas. Bukannya saya menidakkan bahawa mungkin Rafa akan dipecat,tetapi sampai soal kerjaya orang pun masyarakat di sana boleh bertaruh. Lagi satu sememangnya FIFA telah menghalalkan perjudian, tetapi sehebat manapun bookie membuat andaian dan ramalan ,takdir Tuhan tentukan.
