Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

May 25, 2010

MAHU KASI PANIK



LONDON - Perpindahan Jose Mourinho ke Real Madrid telah mencetuskan situasi panik kepada kelab handalan Liga Perdana England. Selain pemain Chelsea, Didier Drogba, Frank Lampard dan Ashley Cole, Mourinho dilaporkan turut memburu pemain bintang Liverpool, Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Mourinho yang membawa Inter Milan memenangi gelaran Liga Juara-Juara pada Sabtu lalu, akan diberi dana 100 juta euro (RM481.4 juta) bagi mengubah Real menjadi juara Eropah. Beliau akan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Sepa- nyol itu dengan pendapatan 8 juta euro (RM38.5 juta) setahun termasuk bonus sekiranya menghadiahkan Real gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

Bekas pengurus Chelsea itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Michael Essien dan penjaga gol, Petr Cech sebelum meninggalkan kelab itu pada 2007.
Mourinho pernah dua kali cuba mendapatkan kapten The Reds, Gerrard ketika bersama Chelsea dan juga berminat membawa semula Torres ke Sepanyol.

Mourinho turut mengagumi kualiti yang dimiliki penyerang Manchester United, Wayne Rooney manakala kapten Arsenal, Robin van Persie dan penyerang Manchester City, Emmanuel Adebayor turut berpotensi sebagai pemain buruannya. Diego Milito, wira Inter yang menjaringkan dua gol pada final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, mungkin mengikut jejak langkah Mourinho ke Real bersama perancang, Wesley Sneijder dan penjaga gol, Julio Cesar. - Agensi

Mar 28, 2010

GERRARD HARAPAN BENITEZ



LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menuntut Steven Gerrard menjadikan pertemuan menentang Sunderland di Anfield malam ini sebagai platform terbaik untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.
Musim ini telah menyaksikan Ger- rard bergelut dengan pretasi tidak menentu selepas dia mengalami kecederaan hamstring, sekali gus memadamkan impian The Reds untuk menjulang trofi Liga Perdana England.

Kini Liverpool mempunyai satu lagi misi penting iaitu menamatkan saingan liga di tangga keempat bagi menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Tatkala Manchester City, Aston Villa dan Tottenham Hotspur terus memberikan tekanan kepada Liverpool, Benitez mahu Gerrard kembali kepada prestasi asalnya secepat mungkin dan kembali meletakkan The Reds di landasan yang betul.

"Kami telah mengalami beberapa masalah musim ini yang menyaksikan beberapa pemain utama telah mengalami kecederaan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan persiapan kami.
"Disebabkan itu, saya mahu Ger- rard kembali kepada prestasi terbaiknya kerana dia merupakan tonggak utama kami dalam usaha merencanakan pergerakan di tengah padang.
"Yang pasti, para pemain perlu memupuk kerjasama antara satu sama lain dan kami sedar masih ada banyak kelemahan yang perlu kami baiki dalam lapan baki perlawanan kami," jelas Benitez.

Sementara itu, pengurus Sunder- land, Steve Bruce kini bersedia untuk menurunkan kembali kapten, Lorik Cana di bahagian tengah.
Sebelum ini, Cana sekadar memanaskan bangku simpanan pada perlawanan menentang Aston Villa kerana menjalani penggantungan perlawanan.

"Saya sudah ada strategi serta percaturan tersendiri apabila berdepan dengan Liverpool esok (hari ini).
"Kami sedar beraksi di Anfield bukanlah satu tugas yang mudah, ditambah pula mereka mempunyai beberapa pemain yang hebat.
"Bagaimanapun, saya akan memastikan pemain-pemain saya memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya. - AFP

Apr 27, 2009

The Reds belum menyerah



HULL - Liverpool masih berpeluang menjulang gelaran Liga Perdana England.

Demikian tegas pengurusnya, Rafael Benitez selepas mereka menewaskan Hull City 3-1 kelmarin.

Benitez mendedahkan bahawa mereka belum mahu menyerah dalam usaha merampas gelaran liga pertama kali sejak dua dekad lalu meskipun Manchester United kembali merampas takhta dengan kelebihan tiga mata selepas kemenangan 5-2 ke atas Tottenham Hotspur kelmarin.

Biarpun United masih menjadi pilihan untuk menjuarainya, Benitez tetap mahukan Liverpool menamatkan saingan musim ini dengan cemerlang, bermula dengan aksi menentang kelab bermasalah, Newcastle di Anfield minggu depan.

Jaringan Xabi Alonso pada babak pertama dan dua gol daripada Dirk Kuyt telah menghadiahkan tiga mata berharga kepada The Reds ke atas Hull.

Benitez tetap yakin dengan peluang pasukannya meskipun perebutan gelaran liga kini semakin memasuki fasa terakhir.

"Semuanya masih belum berakhir. Ini satu kemenangan yang penting kerana Hull memberi kesukaran kepada kami, tapi apa yang kami mampu lakukan ialah terus mencatat kejayaan dan lihat apa yang berlaku selepas ini," kata Benitez.

"Kami perlu memenangi semua baki perlawanan yang tinggal. Itu saja yang kami semua boleh lakukan. Keadaan Steven (Gerrard) menunjukkan peningkatan dan kami jangka dia akan boleh diturunkan dalam perlawanan selepas ini.

"Kami masih boleh memperbaiki prestasi tapi dalam bola sepak macam-macam boleh berlaku." - AFP

Apr 24, 2009

Thailand, Singapura destinasi The Reds





KELAB bola sepak Liga Perdana England, Liverpool nampaknya tidak melakukan persinggahan di Kuala Lumpur.

Skuad dari Anfield itu akan berada di Bangkok, Thailand dan Singapura untuk mengadakan dua perlawanan persahabatan sempena lawatan mereka ke Asia, Julai depan.

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan pra-musim mereka menghadapi kempen EPL bagi musim 2009-2010.

The Reds yang memenangi kejuaraan EPL sebanyak 18 kali dan Liga Juara-Juara sebanyak lima kali, dilaporkan akan terbang terus dari kem latihan mereka di Switzerland untuk menentang pasukan kebangsaan Thailand pada 22 Julai dan pasukan Singapura pada 26 Julai.

"Kami mempunyai peminat yang fantastik di Thailand dan Singapura dan sudah tentu ia hebat untuk membawa semula para pemain kami ke sana," kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Apr 17, 2009

Milan perlukan khidmat Gerrard




LONDON - Bekas Pemain Terbaik Dunia, Kaka mendedahkan bahawa AC Milan perlu mendapatkan khidmat pemain seperti Steven Gerrard untuk menjadi- kan mereka sebuah kelab yang hebat di Eropah.

Kelab gergasi Itali itu gagal layak ke kempen Liga Juara-Juara musim ini dan telah pun tersingkir pada pusingan kedua Piala UEFA.

Mereka juga mengalami musim yang menghampakan tahun ini apabila ketinggalan 14 mata kepada pendahulu dan musuh tradisi, Inter Milan dalam saingan Serie A.

Dalam masa yang sama, Milan juga berdepan krisis pemain apabila skuad itu dibarisi kelompok pemain lama selain khabar angin yang mengaitkan jurulatihnya, Carlo Ancelotti akan berhijrah ke Chelsea pada musim panas ini.

Namun bagi Kaka, dia percaya sesuatu perlu dilakukan demi menyelamatkan reputasi Milan.

"Kalau saya, saya akan mendapatkan pemain seperti Gerrard di mana bagi saya dia adalah pemain paling sempurna," kata bintang Brazil itu.

"Saya suka bola sepak moden dan saya suka pemain yang tahu bagaimana cara untuk menyerang serta bertahan.

"Dia boleh bermain di mana-mana posisi, sebagai perancang, pemain tengah, perancang kanan dan akan serasi di Milan."

Kaka juga sedar Milan perlu memperbaiki kekuatan skuad mereka sekira- nya mahu menjulang beberapa trofi utama musim depan.

"Kitaran sudah berakhir dan satu era baru akan bermula.

"Sudah tiba masanya untuk kita menampilkan pemain-pemain yang lebih baru dan bertenaga," kata Kaka.

"Kamu boleh membentuk gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda dengan keinginan yang sama iaitu menang." - Agensi

Komen: Buat Kaka, kalau nak berpasangan dengan Gerrrard datanglah ke Anfield.

Apr 11, 2009

Liverpool mahu tebus maruah




LIVERPOOL -- Hanya satu cara buat Liverpool melupakan kekalahan memalukan kepada Chelsea pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Skuad The Reds itu perlu mencatatkan kemenangan ke atas Blackburn Rovers pada saingan Liga Perdana England malam ini bagi membolehkan mereka terus menekan pendahulu, Manchester United.Hanya kurang 72 jam selepas dimalukan Chelsea di Anfield, skuad kendalian Rafael Benitez itu turun sekali lagi di gelanggang yang sama apabila berhadapan Blackburn.

Pemain tengah Liverpool, Lucas mengakui, suasana di kem pasukannya agak muram berikutan kekalahan 1-3 kepada Chelsea sehingga memaksa mereka mencari sekurang-kurangnya tiga gol pada pertemuan kedua di Stamford Bridge, Selasa depan.
Namun, pemain kelahiran Brazil itu percaya kemenangan ke atas Blackburn malam ini mampu mengembalikan semangat mereka apabila berdepan Chelsea sekali lagi.

"Adalah mustahil untuk kami tidak memikirkan perlawanan itu (menentang Chelsea) selepas pulang ke rumah. Tetapi pada latihan hari berikutnya, kami sudah kembali fokus untuk menghadapi Blackburn.

"Harap kami tidak melakukan kesilapan yang sama kerana kami masih berpeluang dalam pemburuan gelaran liga.

"Kami benar-benar kecewa tetapi kami perlu lupakannya kerana kami mempunyai perlawanan penting Sabtu ini (malam ini) dan suku akhir kedua Selasa depan," kata Lucas.

Memburukkan lagi keadaan, kapten Liverpool, Steven Gerrard belum pasti beraksi malam ini selepas masalah kecederaan pangkal paha.

"Gerrard tidak cergas seratus peratus, anda sendiri boleh melihatnya. Sama seperti Fernando Torres, dia kelihatan sedikit letih dan tidak setangkas sebelum ini," kata Benitez.

Di atas kertas, Liverpool dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Blackburn kerana pasukan lawan tidak pernah menang di Anfield sejak 1993.
Namun, pengurus Blackburn, Sam Allardyce turut hadir ke Anfield, Rabu lalu, sekali gus yakin para pemainnya mampu melakukan kejutan malam ini. - AFP

Mar 30, 2009

McParland Pengetua Baru Akademi LFC

Frank McParland to be appointed Liverpool’s new academy chief/ Administration 29/03/2009A report in The People this morning claims that "Liverpool are ready to make talent-spotter Frank McParland his new academy chief - with orders to find the next Steven Gerrard and Jamie Carragher. The Anfield club are worried that few local lads have come through the ranks since the first team stalwarts arrived a decade ago."

Having seemingly won the battle for control at Anfield, Rafa Benitez will first appoint McParland as head of the academy as he aims to secure the long-term futures of his backroom staff.

McParland was previously joint chief scout at Anfield and is described by the official Liverpool website as "instrumental in helping to restructure the club's entire scouting operation and been influential in attracting some highly-rated young British-based players to the club."

The 50-year-old had left Liverpool to join Sammy Lee at Bolton at the start of the 2007/2008 season and has also spent time at Watford where he was general manager.

According to Alan Nixon in The People, "Now Benitez wants McParland to breathe new life into Liverpool's youth scouting system and find the best youngsters around, especially if they are Scousers."

Tidak pasti mana silapnya Akademi Bolasepak Liverpool yang kini ketandusan bintang tempatan Merseyside. Pemain akhir yang berjaya diketengahkan adalah Stephen Warnock, itupun sempat bertahan hanya beberapa musim sahaja. Rafa mungkin terdesak untuk mendapat pemain tempatan kerana UEFA mungkin bakal memperkenalkan kuota pemain tempatan untuk Liga Inggeris.

Kemasukan MC Parland ternyata satu petanda yang positif untuk membawa pembaharuan kepada akademi. Dengan CV beliau yang agak baik dalam bidang pemantauan pemain, maka diharap Akademi LFc akan kembali menghasilkan pengganti Gerrard dan Carragher tidak lama lagi.

Mar 29, 2009

Pembantu Rafa setuju lanjut kontrak



Key members of Rafa Benitez's backroom team have today agreed new contracts with the club.
Assistant Manager Sammy Lee, First Team Coach Mauricio Pellegrino, Goalkeeping Coach Xavi Valero, Fitness Coach Paco de Miguel and Chief Scout Eduardo Macia have all been given extensions of at least two years on their current deals.

The move is part of a phased approach to address the future of the club's backroom staff.

Liverpool Manager Rafa Benitez commented: "I said when I signed my own deal recently that it was a priority to sort out the future of the technical staff.

"We work extremely well as a team and continuity is essential if we are to build on the progress we have made this season and move the club further forward. I'm delighted we have been able to sort out the contracts."

Ini merupakan petanda yang Rafa akan berada di Anfield untuk suatu masa yang lebih panjang. Merekasemua inilah yang membuatkan skuad tangga ke-4 menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk musim ini.

Sammy Lee merupakan penyuntik semangat buat skuad kita. Pallegrino walaupun gagal sebagai pemain tetapi hebat untuk memberikan sentuhan dari taktikal. Valero telah menjadi Reina penjaga gawang kebal dan perancang hebat. Miguel pula telah memastikan pemain berada pada tahap kecergasan yang baik dan akhir sekali Macia merupakan antara faktor Liverpool berjaya menarik bakat muda diseluruh dunia yang bakal menggegarkan Eropah sikit masa lagi.

Gillett bidas laporan penjualan Liverpool

Ahli perniagaan Amerika, George Gillett dilaporkan berang dan menolak laporan yang kononnya dia mahu menjual aset-asetnya termasuk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool, pasukan NHL, Montreal Canadiens dan pasukan NASCAR Richard Petty Motorsports.

“Apa yang kami maklumkan kepada media adalah kami sedang membuat beberapa perancangan dan penilaian terhadap aset kami serta menimbangkan sama ada mahu menjual atau membeli aset baru dan ia tidak dilakukan dengan terburu-buru.

“Kami telah mendapatkan khidmat enam penasihat pelaburan dari seluruh dunia tetapi media pula melaporkan hanya empat penasihat terlibat dan kami mahu menjual aset kami.

“Walaupun anda melakukan sesuatu yang betul ia tetap diubah dan kehendak untuk mendapatkan berita sensasi kadang kala mengatasi kesahihannya," kata Gillett.

Gillett dan rakan kongsinya Tom Hicks dilaporkan tidak sehaluan apabila mereka membeli kelab Liverpool pada Februari 2007. Kedua-dua ahli perniagaan itu dikatakan enggan menjual syer saham masing-masing dan tahun lalu Gillett dikatakan hampir menjual saham milik mereka kepada Dubai International Capital tetapi gagal mencapai persetujuan. Gillett juga menjelaskan sektor sukan adalah antara sektor perniagaan yang tidak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia.

“Sejarah membuktikan sukan adalah sektor terakhir akan dijejaskan masalah ekonomi dan sektor pertama bangkit dari masalah tersebut," katanya.

Mar 28, 2009

Bersama Selamanya

Berita yang pasti menggembirakan peminat Liverpool seluruh dunia apabila ketua pasukan kelab berkenaan Steven Gerrard mengakui hanya ada satu kelab buat dirinya dan kelab berkenaan adalah Liverpool.

Ketua pasukan The Reds ini menegaskan dia ingin terus kekal di Anfield sepanjang kariernya. Gerrard memuji prestasi terkini Liverpool dan mengakui teruja untuk merampas gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada penyandang juara musim lalu, Manchester United.


Kapten The Reds itu turut menegaskan dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meninggalkan Anfield malah berharap dapat menandatangani kontrak baru bersama pasukan berkenaan.

“Saya tidak pernah gembira seperti ini sepanjang karier saya. Saya mewakili pasukan terkuat di samping pemain bertaraf dunia.

“Saya percaya berkat pimpinan pengurus Rafael Benitez, kami boleh menempa lebih banyak kejayaan. “Ia amat penting. Kami terlalu dahagakan kemenangan. Saya amat gembira dengan persembahan kelab setakat ini. Saya sedia menandatangani kontrak baru di sini,”

kata Gerrard. Gerrard, 28, meledakkan 21 gol dalam 38 penampilan musim ini. Enam daripada golnya adalah pada tiga perlawanan terdahulu. Pemain tengah Liverpool itu mengakui seronok bergandingan dengan penyerang Fernando Torres.

“Hubungan saya dengan Benitez lebih akrab dari semasa ke semasa. Mungkin saya mementingkan diri sendiri ketika muda kerana beraksi di posisi yang tidak digemari.

“Saya mula sedar ia untuk kebaikan kelab. Kini saya beraksi di posisi kegemaran. Saya kapten dan kami memenangi perlawanan sejak akhir-akhir ini. “Dulu, saya enggan terlalu memikirkan gelaran juara dan berasa dipinggirkan. Kini, hidup mati saya hanyalah untuk Liverpool,” katanya.

Skrtel senjata sulit Slovakia



LONDON - Tonggak pertahanan Liverpool, Martin Skrtel mahu menjadi senjata sulit Slovakia pada perlawanan persahabatan menentang England di Stadium Wembley awal pagi esok.
Pastinya, kapten Liverpool, Steven Gerrard yang menjana jentera tengah England bakal menerima kawalan ketat untuk menembusi benteng pertahanan Slovakia yang diketuai Skrtel.
Skrtel, 24, menjadi tonggak pertahanan Liverpool ketika ini selepas dia dibeli dari kelab Zenit St. Petersburg kira-kira 14 bulan lalu.

"Ada sedikit gurauan antara saya dan Gerrard ketika di bilik persalinan Liverpool.
"Kami tetap akan meneruskan persahabatan kami tetapi sudah tentu kami akan mewakili pasukan yang berbeza.

"Jadi saya harap dia tidak akan membawa sekali prestasi mantapnya ketika bersama kelab apabila turun menentang Slovakia," kata Skrtel.

Skrtel menambah, sekiranya rakan sepasukannya dapat mengikat pergerakan Gerrard yang dianggapnya perancang utama England, sudah pasti Slovakia mampu mencipta kemenangan di Wembley kelak. - Agensi

Syaitan Merah mampu pintas rekod Liverpool?



MANCHESTER - Darren Ferguson, anak kepada pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya bapanya itu akan mengecap kepuasan sehinggalah skuad Red Devils berjaya memintas rekod 18 kejuaraan Liga Perdana England milik Liverpool.

"Tahap kesihatannya masih baik dan dia telah membina sebuah pasukan baru.

"Jika mereka (United) muncul juara musim ini, mereka akan menyamai rekod kejuaraan terbanyak milik Liverpool.

"Saya yakin mereka mampu melakukannya musim ini dan juga pada musim depan, sekali gus memintas rekod Liverpool," kata Darren yang kini membimbing kelab Peterborough.

United kini dalam misi menyamai rekod 18 kejuaraan milik Liverpool selepas skuad Red Devils itu telah merekodkan 17 gelaran liga domestik.

Sementara itu, bek kiri United, Patrice Evra bertekad mahu bangkit selepas pasukannya tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Liverpool dan Fulham.

"Saya berada di sini sudah tiga tahun dan ini pertama kali saya merasai kekalahan dua perlawanan berturut-turut. Saya yakin ini hanyalah masalah kecil," kata Evra. - Agensi

Mar 27, 2009

'Saya bukan pemain terhebat'

Steven Gerrard menegaskan, dia bukanlah pemain terhebat dunia seperti yang didakwa oleh Zinedine Zidane.Zidane yang juga legenda Perancis baru-baru ini menyifatkan pemain tengah England itu sebagai pemain terhebat yang pernah dilihatnya, walaupun dia tidak mendapat pengiktirafan sama seperti yang diterima Cristiano Ronaldo mahupun Lionel Messi.

Begitupun, Gerrard menegaskan, dia belum lagi sempurna dan masih banyak yang perlu dibuktikannya sebelum layak digelar pemain terhebat dunia.
"Saya sangat bangga tetapi saya rasa ia tidak tepat," kata kapten Liverpool berusia 28 tahun itu.

"Saya memang gembira dengan prestasi saya ketika ini tetapi saya tidak rasa saya adalah yang terbaik. Tidak sama sekali.
"Saya sedar bahawa saya perlu lebih konsisten beraksi bersama skuad kebangsaan dan akan cuba mengulangi prestasi saya seperti bersama Liverpool."

Gerrard juga percaya Fabio Capello akan membantunya meningkatkan tahap permainan buat England dan mahu membuktikannya pada Piala Dunia 2010 nanti.

"Saya rasa, sejak jurulatih baru (Capello) tiba di sini (England), prestasi saya semakin meningkat," katanya.
"Jadi, amat penting untuk kami beraksi dengan baik buat kelab dan juga England. Harap-harap kami mampu beraksi pada Piala Dunia tahun depan." - Agensi

Mar 26, 2009

Ulasan Shebby dalam Kosmo


Itu ramalan sebahagian besar pengikut Liga Perdana England musim ini.
Berdasarkan reputasi, United memang layak bergelar juara, tetapi berdasarkan prestasi, peluang mereka agak samar.Begitu pun, memang sukar membuat ramalan ketika ini kerana gaya persembahan pasukan tidak konsisten.Tetapi, jika ada pasukan khususnya tiga kelab teratas dalam liga yang mampu mengekalkan konsistensi sehingga ke penghujung musim, gelaran juara bakal menjadi milik mereka.

Setakat ini, selepas mengharungi 30 perlawanan, kecuali United (29), rentak semua pasukan dalam liga tidak menentu.Kadang-kadang, prestasi mereka memang luar biasa dan selepas itu, bagaikan hilang arah.Liverpool misalnya, prestasi mereka di awal musim memang menakjubkan seolah-olah tiada siapa boleh menyekat mereka.United pula bagaikan hilang fokus sebelum bangkit pada pertengahan musim sekali gus mengambil alih kedudukan sebagai pendahulu liga.Chelsea pula tenggelam entah ke mana sehinggalah kemunculan Guus Hiddink, dan begitu juga dengan nasib Arsenal.

Ketika saingan liga masih ada lapan perlawanan lagi untuk diharungi, persoalan yang sering timbul sekarang ialah siapa yang bakal menjulang gelaran juara.

Adakah United, Liverpool, Chelsea atau pun Arsenal?

Berdasarkan rentak tiga pasukan teratas setakat ini, Liverpool dilihat berpeluang tetapi berdasarkan rekod lalu, skuad kendalian Rafael Benitez itu tidak akan mampu mengekalkan prestasi cemerlang sepanjang masa.Mereka akan beraksi pada tahap paling teruk jika berdepan pasukan bawahan dan ia sudah terbukti sejak daripada awal musim lagi.Memang mereka hebat apabila berdepan lawan yang gagah tetapi sekadar untuk beberapa ketika.

Lapan perlawanan yang bakal mereka harungi selepas ini tidak semudah yang dijangka kerana mereka akan berdepan ancaman Arsenal pada 21 April depan.Selepas itu mereka juga berdepan Hull City di tempat lawan, pasukan yang mengejutkan mereka di Anfield pada pusingan pertama lalu.

United pula ada dua perlawanan sukar yang akan diharungi iaitu bertemu Aston Villa pada 5 April dan Arsenal pada 16 Mei di Old Trafford.Turut dilihat sukar buat united ialah perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada 25 April selain aksi menentang Manchester City pada 2 Mei.Jika United mahu terus kekal mendakap gelaran liga, mereka perlu memang perlawanan tersebut.

Begitupun, Chelsea tidak boleh diketepikan kerana laluan mereka pada perlawanan seterusnya dilihat mudah kecuali aksi menentang Arsenal di Emirates pada 9 Mei depan.Andai Chelsea terus gagah melakar kemenangan, gelaran juara boleh menjadi milik mereka dengan syarat pesaing mereka, Liverpool dan United kembali melalui prestasi hambar.

United yang memburu kejuaraan hatrik selepas 2007 dan 2008 kini masih bermegah dengan status sebagai pendahulu selepas mengumpul 65 mata meninggalkan Liverpool dengan perbezaan satu mata.

"Memang jelas sekali persaingan musim ini begitu sengit membabitkan United dan Liverpool. Begitu juga dengan Chelsea," jelas pengulas sukan, Serbergeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby.


Begitupun, Shebby yang juga bekas pemain kebangsaan mengakui kelebihan sebenarnya lebih memihak kepada Liverpool berbanding dua pencabarnya.

"Tidak dinafikan lagi Liverpool adalah calon juara musim ini dan saya sendiri sejak dari awal meramalkan skuad kendalian Rafael Benitez ini akan muncul juara.

"Liverpool mungkin memiliki kelebihan dua atau tiga mata di hadapan United pada akhir musim ini nanti. Peluang Chelsea pula begitu tipis dan kelab itu lebih berhak berada di tangga ketiga," tambahnya.

Apa pun ramalan yang diberikan, persaingan sebenar belum berakhir dengan baki lapan perlawanan selepas ini bakal menjadi penentu kepada nasib United, Liverpool mahupun Chelsea.Kehebatan sebenar Liverpool, iaitu pasukan yang berjaya meledak 13 gol daripada tiga perlawanan terakhir bakal diuji apabila mereka berkunjung ke Craven Cottage menentang Fulham 4 April ini.Perlu diingat, semangat Fulham kini berada pada tahap tertinggi selepas kejayaan menewaskan United di gelanggang yang sama minggu lalu.

United pula perlu mengharapkan semangat Old Trafford untuk terus kekal bersaing apabila lima daripada lapan perlawanan selepas ini menyaksikan mereka turun selaku tuan rumah.

Mar 25, 2009

Empat rahsia Benitez terbongkar



Pengurus Liverpool itu jelas sekali telah melengkapkan transformasi terhadap Liverpool dari- pada gergasi yang lena tidur ketika beliau mula mengemudi skuad The Reds pada 2004.

Selepas lima tahun mengendalikan Liverpool, empat rahsia kejayaan Benitez akhirnya didedahkan.

Pertama, Benitez telah berjaya mencipta jaringan hubungan dengan 70 orang peninjau bakat terkemuka.

Beliau juga memiliki pangkalan data yang menghimpunkan maklumat penuh 14,000 pemain profe- sional di seluruh dunia.

Kedua, Benitez telah melakukan transformasi terhadap padang latihan pasukan dan membawa kepada pembinaan hotel penginapan pemain Liver- pool di Melwood.

Ketiga, Benitez telah mengharamkan minuman bergas kepada para pemainnya serta merevolusi- kan tabiat pemakanan mereka.

Keempat, Benitez telah membina satu bilik video dan mengupah kakitangan untuk mendapatkan apa sahaja video perlawanan daripada 12 liga terbaik di seluruh dunia.

Perkara itu didedahkan bekas pembantu Benitez, Paco Herrera yang kini menguruskan kelab Sepa- nyol, Castellon.

"Benitez hidup dengan bola sepak 24 jam sehari. Beliau sentiasa yakin dengan barisan kejurulatihan. Untuk dua tahun pertama, kami berjaya beraksi dalam lima final dan menang tiga daripadanya.

"Kami bertemu setiap pagi untuk persediaan tugas sepanjang minggu itu. Kami kaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan yang akan ditentang.

"Memang benar, beliau memiliki pangkalan data dengan maklumat lebih 10,000 pemain di seluruh dunia," kata Herrera. - Agensi

United makin tertekan: Riera



Pemain sayap Liverpool, Albert Riera percaya tekanan kian memuncak ke atas Manchester United kerana kemenangan tempoh hari kelab Anfield itu mengubah apa yang sebelum ini kelihatan seperti penguasaan lawan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada perebutan gelaran sebenar.

"Selepas menewaskan United 4-1, minggu lalu kami menunjukkan kepada mereka bahawa kami masih berjuang dan akan terus berjuang sehingga ke akhir. "Kini selepas menang ke atas Villa dan United tewas (di Fulham), saya berpendapat mereka akan berasa kami makin dekat dengan mereka.

"Terdapat banyak perlawanan lagi dalam EPL dan Liga Juara-juara serta banyak tekanan. Saya percaya mereka sudah merasainya," katanya, kelmarin. Riera menjaringkan gol kelima musim ini ketika membantu pasukan membelasah Aston Villa 5-0, Ahad lalu sambil kekalahan mengejut United kepada Fulham membolehkan barisan Merseyside itu merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu dan juara bertahan itu.

Kemenangan Liverpool di Old Trafford menghidupkan kembali peluang mereka dan Riera berkata, pasukan Sir Alex Ferguson yang mensasarkan lima kejuaraan di satu musim tampak menyedari mereka harus berjuang untuk mempertahankan gelaran liga.

Mengulas mengenai perlawanan dengan Villa, Reira berkata: "Ia adalah persembahan hebat daripada semua pemain dan yang paling penting ialah kami harus menang, dan kami melakukannya, " katanya lagi. Aksi Riera ketika berdepan Villa turut mendapat pujian daripada pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang berkata pemain itu kini mula menunjukkan aksi lebih konsisten untuk beraksi di EPL walaupun kurang konsisten pada mulanya. - AFP

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails