Sudah hampir 10 perlawanan. Posisi ke-2 dengan hanya 2 mata dibelakang pendahulu. Angkat tangan jika anda awal-awal lagi dah jangka perkara ini sejak awal musim. Saya sendiri memang terkesima dengan prestasi luar jangka. Bukan tak yakin dengan pasukan sendiri, tapi Brendan musim ini bukan lagi Brendan Barcelona, tetapi lebih kepada Brendan Bayern. Kenapa saya gelarkan Brendan Bayern, sebab dia berinspirasikan corak Bayern yang masih main bola bawah tetapi dalam keadaan ada peluang main secara pantas, maka buat apa nak buat berpuluh hantaran tanpa faedah.
Arsenal dan Liverpool musim ini nampak hampir sama dengan corak permainan seksi tapi efektif, walapun Liverpool main 3-5-2 berbanding 4-2-3-1 bagi Arsenal. Kekuatan bahagian tengah Arsenal berpaksikan ramai pemain kreatif tetapi Liverpool pula pemain yang berdisplin tinggi. Memang Arsenal berbaloi berbelanja besar dengan Ozil, namun Ramsey lebih efisyen depan gol membantu Giroud sebagai penyumbang gol Skuad Meriam. Tapi penyerang berkembang dengan gelaran "SAS" bagi Liverpool lebih menggerunkan dengan kombinasi 14 gol sesama mereka.
Arsenal mungkin sedikit kepenatan dan kecewa setelah bungkus dan terkeluar dari saingan Piala Liga di tangan Chelsea. Tapi Wenger bukan tak cerdik, dia lepaskan peluang Piala Liga tetapi lebih fokuskan kejuaraan Liga. Separuh pemain utama direhatkan dan majoritinya pemain yang telah main berterusan sejak dua tiga minggu lalu. Liverpool pula ambil peluang berehat dan makan angin sejak kemenangan bergaya dengan West Brom. Ini bermakna mungkin tak ada perubahan taktikal ataupun sedikit perubahan dengan kembalinya Coutinho dari cuti sakit.
Pertembungan Wenger sebagai orang lama dengan Brendan yang masih setahun jagung, dalam bidang taktikal mungkin kita nampak tak sepadan. Tetapi jangan lupa, Brendan makin selama makin matang dan banyak belajar dari kesilapan. Tapi Wenger juga mungkin bakal buat kesilapan taktikal macam lawan Dortmund dan Chelsea. Oleh itu jika ada rezeki pasukan kita boleh mengekalkan prestasi sebagai pasukan yang suka balun tuan rumah. Nak menang dengan Arsenal tak semudah ABC tetapi jika ada peluang dan boleh dapatkan gol dengan tak kantoikan peluang, 3 mata kita boleh curi dari Emerites.