Jun 15, 2011

GENG PERABIS BERAS



Gabungan 5 pemain kayu reput ini bakal menghabiskan £30 juta jika disimpan musim depan. Tengok kontrak seminggu setiap orang, Jovanovic = £120,000, Cole £110,000, Poulsen £90,000, Aquilani = £80,000 dan Konchesky = £60,0000. Kalau dibuang semua mereka kita seakan boleh menggaji Cristiano Ronaldo atau lionel Messi. Itu belum masuk balik pemain gaji yang rendah macam Jones, Insua, Degen dan El-Zhar.

Saya harap setiap pemain yang bakal dibawa masuk secara percuma hendaklah ditapis sebaik mungkin. Macam kes Joe Cole dan Jovanovic, saya rasa mereka bukan nak main sangat pun. Dah nak masuk 30an, main rilek janji tiap-tiap bulan cucuk ATM keluar duit. Sebab itulah lebih baik beli pemain muda yang bersemangat membara untuk main seperti Henderson atau Carroll yang punyai masa depan dan masih boleh digilap dan diasuh. Jadi Commolli kena pastikan tiada lagi pembelian mengarut selepas ini.

Jun 14, 2011

INTER MAHU REMBAT MEIRELES



Macam ada tak kena dengan desas-desus ada penambahan pemain tengah lagi setelah pembelian Jordan Henderson. Saya tak pasti siapa kerana yang paling terkini ialah Charlie Adam dan Fernando Gago. Jadi sekarang macam tin sardin jadinya posisi tengah yang bakal dibarisi Gerrard, Lucas, Meireles, Henderson, Spearing dan Aquilani (50-50). Henderson telah cakap yang dia tak kisah main dibahagian tepi, jadi mungkin dah kurang sorang.

Yang nak jadi cerita, Inter Milan dah nampak peluang untuk cari bakal pengganti Wesley Sneijder. Siapa lagi kalau Mat Botak Raul Meireles kita. Malah Inter nampak macam cuba menangguk di air yang keruh untuk memberikan tekanan buat Raul untuk berpindah ke Inter kerana kepadatan dan peluang untuk menjadi pemain utama kian terhakis. Walaupun kontrak Raul masih ada 3 tahun lagi, namun Inter tak kisah untuk keluar belanja sekitar 15 juta pound.

Bagi saya amat sukar untuk melepaskan pemain mantap macam Raul. Beliau telah membuktikan prestasi beliau musim lepas walaupun kecederaan telah mencacatkan peluang untuk bermain dengan konsisten. Permainan beliau selepas kedatangan Dalglish makin menyerlah dan masih berupaya bermain baik walaupun bermain diluar posisi kegemaran. Saya harap jangan pedulikan pujuk rayu Inter atau pasukan lain. Kekalkan Raul dan jual Aquilani dan tak payah nak buang duit nak sardinkan posisi tengah. Baik kumpul duit beli pemain sayap macam Juan Mata atau Eden Hazard

Jun 13, 2011

NGOG BAKAL SERTAI GENG KUCING ITAM




Dok bising-bising Stoke nak beli pemain simpanan hebat kita ini, tiba-tiba Sunderland dah potong kat selekoh dengan menyediakan pakej menarik 5 juta pound untuk membawa Ngog ke Stadium Cahaya. Kalau tak ada aral melintang, balik saja dari makan angin, Ngog akan pergi lapor diri dan jalani ujian kesihatan serta menjalankan perbincangan kontrak. Steve Bruce amat sukakan Pak Itam dalam skuad beliau dan Ngog akan jadi pengganti Darent Bent, untuk menjadikan trio 3 budak itam lengkap dengan Welbeck, Gyan dan Ngog.
Kita harapkan pembelian ini menjadi kerana inilah peluang untuk melepaskan pemain yang tak nampak masa depan di Anfield.

Nampak gayanya, Liverpool hanya keluar duit 11 juta pound sahaja kepada Sunderland dalam transaksi Henderson dan Ngog. Dan ini juga akan membuka slot untuk penyerang baru untuk dibawa masuk. Tak pasti samada berita Conor Wickham akan dibeli akan mejadi atau tidak, tapi yang pasti Kenny pasti kerahkan Comolli cari pengganti Ngog yang benar-benar dapat menjadi saingan buat Andy Carrol kelak. Pilihan Liverpoolkita adalah Kun Aguero, tapi ianya mungkin jadi atau tidak berdasarkan keputusan pasukan elit lain seperti Chelsea dan Real Madrid untuk beli rakan baik Messi itu.

Jun 11, 2011

SHEVLEY KE PEKAN IPSWICH



Musim ini kita bakal kehilangan seorang budak botak. Jonjo Shevley bakal ke Ipswich Town. Dia bakal hilang peluang beraksi walaupun pemain simpanan setelah kemasukan Jordan Henderson dan mungkin dengan kembalinya Alberto Aquilani. Jadi Shevley akan dipinjamkan semusim ke kelab cap kuda itu, namun ada ianya berganntung kepada situasi pembelian Conor Wickham. Jika Liverpool berjaya beli bakal "Rooney" itu, maka sahlah Jonjo akan menjadi anak angkat Paul Jewell selama setahun. Idea itu menarik, tapi lebih terbaik jika Jonjo dipinjamkan ke kelab baru naik Liga Perdana macam Norwich, Swansea atau QPR.

GAJI JOVANOVIC £ 120,000 SEMINGGU



Tajuk diatas menunjukkan yang gaji pokok dibayar kepada Jovanovic. Patutlah susah betol kelab lain hendak ambil pemain Serbia ini. Sevilla, Lille, Brugge dan banyak lagi kelab mahukan pemain hampir botak ini, tapi Jovanovic berkeras mahukan paling koman sama dengan gaji di Anfield. Padan muka kita, nampaknya akan simpan kuda kayu ini sampai mereput habis kontrak. Sepatutnya kalau pemain ini ada maruah dan bukan muka tembok, dia akan pergi ketempat yang mahukan khidmat beliau sebagai pemain utama. Lagipun umur beliau dah 30 tahun, bukan 20 tahun. Tak malu betul nak lepak kat bangku simpanan bersama adik adik hebat macam Spearing, Henderson dan Shevley.

Jun 10, 2011

DALGLISH INTAI CLICHY



Pandai sungguh Comolli, dia cuba nak bagi Pak Wenger bebal. Apa tak bebal, Fabregas nak belah ke Barcelona dan Nasri nak dikebas Man U. Tapi tak habis lagi bek kiri utama Gael Clichy juga memberontak sebab gaji kecil, tak padan dengan tanggungjawab sebagi pemain utama. Peluang ini telah digunakan oleh Comolli untuk membida pemain antarabangsa Perancis itu dengan harga diskaun 5 juta pound sterling. Ianya setelah sasaran utama Enrique telah diletakkan harga sangat tinggi oleh Newcastle, padahal kontrak juga ada hanya satu musim lagi.

Tapi masalahnya sekarang saya rasa Clichy sedang mencari kelab yang bermain di Eropah, padahal musim depan pasukan kita hanya lawan dikampung sendiri saja. Cuma yang saya rasa Liverpool boleh beri ialah gaji lumayan serta slot automatik untuk pemain utama bek kiri. Malah dengan polisi baru dan cara pelaburan Liverpool untuk mendapatkan pemain muda berbakat, ini menujukkan Liverpool mempunyai ambisi untuk menjadi pasukan yang kuat serta mahukan kejuaraan. Tak macam di Emirates serba serbi kemut nak berbelanja.

Jun 9, 2011

SUAREZ GIGIT KUYT

Perlawanan ini takda insiden diatas namun kedua-dua pemain harapan Liverpool itu saling tak mahu kalah. Namun akhirnya Uruguay berjaya mengatasi Belanda dengan penalti 4-3 setelah terikat 1-1. Saksikan sedutan perlawanan.



Jun 8, 2011

DONIEBER ALEXANDER MARANGON



Panjang sungguh nama pemain ini Mak dia beri. Nama pendek pula Doni, penjaga gol AS Roma yang dijangka akan jadi timbalan kepada Pepe Reina. Setelah Brad Jones tak memuaskan hati sebagai pembantu, dan Freidel memilih Spurs untuk jadi numero uno. Doni dikatakan setuju untk jadi pembantu Reina dan Liverpool terpaksa buang duit 1 juta pound untuk khidmat bekas penjaga gol Brazil ini.

Menurut rakan saya di Sicily, Don Corleone seorang pembuat Pizza, Doni memang antara penjaga gawang konsisten. Namun kerana Roma sering tukar jurulatih dari Renieri ke Spaletti ke Montella, Doni dah jadi macam kain buruk, padahal 2 musim sebelum ini beliau pakai jersi no 1. Tapi adakah kemasukan beliau dapat menjadi saingan kepada Reina atau bakal menjadi nasib macam Cavalerri.

Jun 7, 2011

AKADEMI LIVERPOOL DI MALAYSIA



Lawatan Liverpool ke Malaysia 16 Jun ini bukan sekadar memecah tradisi bolasepak di negara kita, tapi ada berita yang mungkin akan membuatkan peminat Liverpool teruja dan peminat lain irihati. Salah seorang budak pejabat Ian Ayre, CEO Liverpool, kenalan lama saya telah bocorkan rahsia yang Liverpool akan membuka Akademi di Kuala Lumpur tak pun di Kodiang, Kedah. KLFA yang disebutkan, samaada Kuala Lumpur Football Club atau Kodiang Legend Football Club telah dinyatakan dalam kepala surat yang tercicir dari beg bimbit Ayre, dijumpai oleh kenalan saya itu.

Di harap Pak PM, peminat No. 1 Man U tak sabotaj rancangan suci murni ini. Dan lagi satu bahaya ialah Sultan Bola yang tak langsung minat bolasepak Inggeris mungkin akan menolak idea ini juga. Saya pasti Ian Rush yang teramat sukakan bumi Malaysia dan acapkali datang ke KL kerana kerap dijemput samada oleh Biskut Tiger atau main EPL Masters akan menjadi kepala Akademi disini. KLFA yang saya rasa telah ada Liga Remaja mereka sendiri akan menjadikan akademi Liverpool sebahagian dari pasukan yang akan beraksi dalam Liga tersebut.

http://paisleygates.com/?p=4116

Jun 6, 2011

INSUA YANG GAGAL



Tak terpasal-pasal saya buka perlawanan Argentina-Poland di Astro semalam. Perlawanan yang berkesudahan Agentina tewas 1-2 kepada Poland. Patutnya Argie boleh kena lebih nasib baik perlawanan persahabatan. Lagipun pengurus Argie, Batista saja letak skuad simpanan, namun ianya tetap membusukkan nama Argie yang memang sedang mencanak naik dengan pemain berkelas dunia.

Tapi yang saya nak borak sikit adalah perihal pemain kita yang makin dilupai Insua. Tak sangka beliau lekat dengan Argie, walaupun barisan pelapis. Namun permainan yang beliau tunjukkan amat menyedihkan. Badan beliau dah makin gedabak berisi, muka tak terurus dengan jambang tak potong. Mungkin sedang dalam dilema untuk cari pasukan baru. Kelemahan beliau semasa di Liverpool, masih tak berubah yakni senang dipotong oleh penyerang lawan kerana amat lembab.

Saya rasa keputusan Rafa meletakkan Insua sebagai pemain utama tanpa membawa pesaing ketika Aurelio cedera, adalah kesilapan besar kepada kita dan mengakibatkan Insua yang sedang meningkat naik ketika itu mengalami kejutan budaya. Dia mungkin trauma akibat sering menjadi sasaran lawan yang paham akan kelemahan beliau. Tengok sampai sekarang permainan Insua tak berubah dan makin teruk sampaikan di Galastasaray, Insua hanya panaskan bangku simpanan.

Untuk pulang ke Liverpool saya rasa tak ada harapan. Flanagan dan Robinson mungkin akan jadi timbalan kepada pemain bek kiri utama yang bakal dibawa masuk. Tak pasti siapa tapi ura-ura yang pemain dalam lingkungan 22 ke bawah akan jadi pemain utama. Calon-calon kita dengar desas-desus nak beli Enrique, Glichy, Izagure serta Cissokho.

Jun 5, 2011

STOKE MAHU KAYU MATI LIVERPOOL



Terlebih dahulu kita kena ucap terima kasih kepada orang yang mahu berjasa. Toni Pullis, pengurus Stoke mahu bukan satu tapi dua kayu reput dalam pasukan kita. Poulsen dan Ngog boleh cari makan di Brittania selepas ini kerana memang khidmat mereka sangat-sangat tidak diperlukan. Jadi buat Commolli sila beri diskaun yang lebih kepada Pullis untuk menyegerakan perpindahan itu. Harga Ngog letak 4juta pound dah memadai dan Poulsen pula tak payah bayar langsung pun tak apa, sebab beli satu dapat satu.

Pengganti Ngog tak perlu cari jauh, Pachecho boleh diketengahkan jika tak mahu beli penyerang baru. Kalau nak beli baru saya rasa pemain tersebut mestilah benar-benar bekualiti dan prolifik depan gol. Bagi Poulsen pula saya dengar pemain ganas Sunderland dan rakan baik Henderson, yakni Cattermole sedang dalam perhatian serius. Tapi saya tak gemar sangat Cattermole tu sebab terlampau rajin kumpul kad dan memang dah dicop budak jahat oleh pengadil. Jadi Spearing dah cukup untuk isi kekosaongan Poulsen.

Jun 3, 2011

TEKA TEKI NO 10



Nampak tak, nampak tak.
Nombor 10 = someone.
teki-teki teka tekuk.
Kedai LFC dah bagi pembayang.

LIVERPOOL VS MALAYSIA



Dah tak lama dah. Aku masih 50-50.
Kenduri Kahwen kat kampung vs Liverpool.
Tekanan.

Jun 2, 2011

JORDAN HENDERSON


Jordan Henderson tak pernah dikaitkan dengan pasukan kita sebelum ini. Ini mungkin kali pertama pemain yang dikatakan mirip permainan Kapten Gerrard, iaitu pemain kotak ke kotak yakni istilah bagi pemain tengah yang suka ronda satu padang. Memang sebelum ini pemain ini menjadi idaman saya sebagai pengganti ideal kapten kita itu. Tapi bayangkan masa sebelum ini Man U, Man City, Chelsea dan Arsenal telah dikatakan berebut untuk dapatkan pemain muda meletop ini dan akhirnya ditakdirkan pasukan kita dapat, fuyooo memang dahsyatlah kerja-kerja licik Commolli.

Tapi lagi licik ialah harga £13 juta pound yang ditawarkan. Macam tak munasabah sebab pemain tersebut dah jadi kesebelasan utama Sunderland, malah sikit hari lagi Lampard bersara otomatik mamat ni akan bergandingan dengan Wilshere. Saya rasa Sunderland akan terima bidaan tak kurang £18-20 juta pound. Tapi menurut sumber terdekat dengan Henderson sendiri, balik dari kejohanan bawah 21 tahun Eropah nanti Henderson tak sabar-sabar pakai jersi Liverpool, kerana dia dah nampak pasukan kita sedang dalam revolusi kebangkitan.

PEMAIN PALING MENINGKAT 2010/11



Bak kata orang puteh "Most improved Player", pemain yang paling menunjukkan peningkatan dari petualang kepada adiwira buat pasukan kita musim ini ialah Jay Spearing. Beliau dah lama jadi simpanan sejak era Benitez lagi. Namun kedatangan Hodgson tetap tak banyak merubah permainan Spearing. Nak berubah camna, setiap kali diberi peluang main kena bergandingan dengan Poulsen. Memang lagi hampeh lah jadinya.

Kini kedatangan Dalglish merupakan pembawa kebangkitan baru kepada semua pemain. Spearing terkena tempias aura lagenda kita itu, lantas secara tiba-tiba beliau makin menjadi setiap kali diberikan peluang beraksi musim ini. Bukan dia tak pernah main bagus sebelum ini tapi belum nampak konsisten seperti separuh kedua musim ini. Malah permainan beliau nampak semakin matang apabila bermain dengan pasukan hebat seperti Arsenal, Man U dan Man City. Nasib tak menyebelahi beliau bila cedera semasa lawan Spurs.

Musim depan saya rasa Spearing boleh jadi pemain skuad yang mantap. Persaingan makin sengit dengan kembalinya Aquilani dan berita kemasukan pemain tengah baru. Tapi saya rasa pemain seperti Spearing pandai bawa diri dan semestinya boleh beri persembahan yang diperlukan sebagaimana yang beliau tunjukkan sebelum ini.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails