Dec 18, 2013

PEMAIN TERBAIK LIGA MINGGU INI

Suarez memang wajib tiap-tiap minggu lepak dalam carta. Henderson paling konsisten cuma dia berjaya mengatasi pemain tengah lain kerana gol minggu ini.  Kejutan ialah bek kiri Flanagan yang juga penjaring gol minggu ini. Jika Flanagan masih bekerja keras dan teruskan persembahan konsisten, Enrique boleh hanyun telur dibangku simpanan dan Cissokho boleh kemas baju balik Valencia.


Dec 17, 2013

SUAREZ PEMAIN TERBAIK PILIHAN PEMINAT


Peminat pasukan lain pun setuju Suarez paling terbaik. Kalau mereka marah pun sebab Suarez buat mereka kecewa ketas gol-gol yang menghancurkan pasukan yang mereka minati.

Dec 16, 2013

LIVERPOOL 5-0 SPURS


Pergi jahanam dengan Tiki-Taka. Slogan baru yang kena guna ialah "Ekspresikan Dirimu". Sebagaimana yang kita saksikan Liverpool tak main dengan begitu banyak hantaran tepi lebih banyak kepintaran dalam permainan. Ikutnya terlampau banyak peluang, tapi macam biasa kalau dah masuk separuh pun kira banyak, kalau masuk semua mau kena pecat terus AVB gamaknya. Tapi macam kes Spurs ni AVB amat silap dengan pelaburan duit jualan Bale tak digunakan untuk beli pemain berkelas dunia. Pasukan Spurs sekarang kuantiti ramai tapi kualiti pemain kreatif teramat kurang.

Samada Spurs kurang bersedia atau memandang rendah pasukan kita itu prasangka kot. Cuma apa yang pasukan kita bawa ke Spurs adalah semangat baru dengan kapten baru. Ada juga peminat yang tak suka pemberontak jadi ketua. Sebenarnya cara Brendan ikut cara sekolah dulu-dulu, budak nakal kena jadi pengawas. Cara saikologi ni saya nampak bukan nak memujuk Suarez supaya jadi budak baik, cuma nak bagi Suarez merasa teramat disayangi dan kekal lebih lama di Liverpool .

Tanpa Gerrard rupanya Liverpool main dengan lebih pantas dan lebih bergaya. Taktikalnya mudah. Asak, asak dan asak lagi sampai pemain lawan buat silap. Inilah yang dikatakan bertahan dari atas. Tugas rasmi sebelum ini digalas Henderson, tetapi Allen juga diberikan tugas serupa cuma lebih kepada bekap Henderson. Lucas pula bertindak macam Libero, menjadi bek no-3, mengutip bola dari pertahanan dan memulakan serangan dari bawah. Saya tengok kalau Gerrard pulih, posisi inilah yang amat sesuai dengan keadaan fizikal beliau.

Bercakap dari segi gol yang dihasilkan, semuanya berkualiti dan majoritinya hasil gerakan Suarez. Gol pertama hasil gerakan awal Suarez yang melakukan hantaran kepada Henderson dan Hendo dapat menguis kembali kepada Suarez dan Suarez dengan berwaspada membrek dari diterjah Capoue dan lepas itu melakukan sepakan mudah. Gol kedua hantaran lintang Sterling kepada Countinho yang melakukan hantaran mudah kepada Henderson. Henderson melakukan sepakan tapi ditepis Lloris namun Suarez melakukan voli terkena palang namun kembali kepada Henderson yang mudah merembat masuk gol ke-2.

Separuh masa kedua dengan bekal 2 biji, pasukan kita nampak macam dah ada tekanan dengan Spurs. Tapi dengan tak semena-mena Poulinho melakukan aksi Kung Fu ketas Suarez dan dapatlah pingat merah dan disuruh berehat diluar padang. Inilah salah satu dari punca Spurs dah angkat bendera putih. Gol Flanagan antara paling disukai ramai, malah Kenny Dalglish turun berikan tepukan sambil ketawa besar. Kemasukan Alberto bukan sekadar penumpang, dia membantu Suarez untuk gol kedua peribadi. Gol terakhir untuk tutup buku, hadiah abang Suarez kepada adik Sterling yang begitu gigih sejak awal permainan

Keseluruhannya pasukan kita mampu bergerak tanpa, Gerrard, Sturridge dan Enrique. Namun kita jangan gembira sangat kerana kesebelasan hari ini baru melakukan kejutan pertama. Mungkin pasukan lawan yang seterusnya sudah bersedia dengan taktik sekarang manatahu. Apa yang penting semangat berpasukan seperti yang ditonjolkan mesti dikekalkan sebab jika Suarez nak bergerak secara individu mampus keras dia sorang-sorang. Brendan layak diberi pujian diatas kejayaan ini. Hanya 2 mata dibelakang Arsenal dan jangan dulu mensasarkan Kejuaraan kerana perjalanan masih jauh.


Dec 15, 2013

SELAMAT HARI LAHIR KOJAK

kredit to @mostarLFC


Kojek (atau kojek) panggilan mesra untuk lelaki botak. Ianya sempena Kojak cerita polis zaman 80an dulu. Kojek versi Liverpool memang hero tapi hero yang baru bangun setelah buat silap awal musim lalu. Buat silap keja manusia, tapi Skrtel jenis yang tak mengaku kalah untuk putus asa. Pemain yang berperangai macamni dah lama kurang dalam pasukan kita. Kaki merajuk ramai.

Selalunya kalau naik sekejap lepas tu jatuh, pasti bakal jatuh terus kedasar lubuk. Cerita Skrtel nak kena jual dah bermula sejak dulu-kala, tapi kita tengok dia buat pekak macam tu juga. Memang betoi muka ganas, hati kering. Harapnya Skrtel tak mudah terasa kerana selagi dia main bersungguh datanglah bek sempoi macammanapun Brendan mesti takut nak buang dia ke bangku simpanan.

Dec 13, 2013

LIVERPOOL LAWAN TOTENHAM


Ketiadaan Kapten Gerrard tak kena masa. Dia cedera disaat pasukan kita sedang menghadapi bukan sahaja jadual padat, malah dengan pasukan yang agak kuat. Kudrat dan kepantasan Kapten kita itu dah dimamah usia, namun dalam kepala otak beliau umpama Superkomputer yang boleh membuat perangkaan dan analisa taktikal dalam sekelip mata. Kita boleh tengok perlawanan lawan Spurs sebelum ini, bila kita dah ketinggalan 2-0, dengan semangat dan karisma yang ditonjolkan Gerrarrd, dia mampu menggerakkan pasukan dengan kemenangan 3-2.

Dikalangan pemain tengah sedia ada seorang pun tak ikut perangai beliau. Lucas lebih kepada bertahan dan memecah serangan. Henderson pelari marathon yang mengasak dari atas. Yang nampak Allen sahaja, itupun beliau agak kekurangan dari segi kepakaran taktikal, cuma pandai membuat hantaran. Saya harap sangat Allen belajar sebagaimana, Gerrard belajar menjadi pemain hebat daripada Hamman dan Mccalister. Nak jadi pemain bagus, bakat Allen dah ada cuma kena dengar nasihat dan tiru bagaimana Otai buat kerja.

Saya tak tengok perlawanan Spurs lawan Anzhi dalam Liga Europa, namun menurut sumber dan rakan twitter yang menyaksikan perlawanan itu, Spurs dah faham macamana nak buat gol. Kali ini mereka dah tahu cara nak buat Soldado cetak gol, ianya dengan melakukan hantaran pantas kepada beliau, bukannya main dari sayap seperti sebelum ini. Macam dalam peperangan, kalau nak hancurkan kekuatan serangan musuh, putuskan bekalan mereka. Ianya samada pasukan kita bermain dengan menguasai perlawanan ataupun dengan mengasak pemain tengah mereka yang agak kreatif

White Hart Lane bukan lagi kubu kuat Spurs musim ini. Samada faktor Bale atau tidak yang pastinya, pasukan mereka masih dalam proses suai kenal. Inilah peluang pasukan kita sebelum Spurs menjadi pasukan   mantap. Sebab apa saya kata mantap, bandingkan simpanan mereka dan kita, kalau buat 7 sebelah ada peluang kah nak menang. Kadangkala kesebelasan utama saja tak cukup untuk memenangkan pasukan, jadi simpanan yang bersedia dan berpengalaman boleh jadi faktor penentu. Ini lumrah bolasepak, dulu kini dan selamanya.

AVB macam Brendan, masih muda dan dalam proses cari pengalaman. Cuma beza AVB ialah dia datang dengan reputasi besar dan Brendan pula naik dari bawah. Selain faktor pasukan, saya rasa percaturan dan taktikal mereka akan main perannan. Jadi perlawanan nanti lebih dramatik kerana Spurs hanya ketinggalan 3 mata dan mereka lebih tertekan di gelanggang sendiri. Ditambah pula faktor bermain di Liga Europa, Brendan kena beri Spurs keletihan maksima sepanjang perlawanan jika mahu pulang 3 mata.

MERUNGKAI MISTERI JOE ALLEN


Joe Allen sukar di mengerti oleh peminat. Dia kemain hebat di Swansea, tapi sebaliknya di Liverpool. Tanggapan salah peminat bahawa pemain yang bagus sebelum ini bakal lebih hebat di kelab yang lebih besar. Saya bukan dalam lingkungan itu tapi walaupun agak prejudis dengan Welsh Xavi , namun saya nampak Allen punyai bakat tapi tak berkembang di Anfield.

Nak kata tak kenal Brendan Rodgers dan metod latihannya, ini mustahil bagi Allen. Cuma kenyataanya ialah Brendan dan Allen telah masuk kedalam dimensi yang berbeza dari Swansea. Brendan cuba nak mengubah Liverpool yang menggunakan sistem semuanya berkisar dari Gerrrad. Kita lihat musim pertama beliau, Liverpool hanya seksi dalam statistik, tapi jauh dari sasaran Posisi ke-4. Keseluruhannya tidaklah gagal tapi nampak macam tiada perubahan drastik.

Allen pada ketika itu digunakan sebagai pemacu utama Liverpool dan Gerrard banyak bersabar dari melakukan hantaran Hollywoodnya. Hasilnya pasukan kita hanya gah bila kuasai permainanan tapi goyah bila kena sental dengan lawan yang lebih agresif. Kalau nak faham fungsi Allen, dia cuma bertindak sebagai orang tengah antara pertahan dan serangan dengan menerima dan memberi hantaran dan bergerak kesana-kemari. Cuma agak kurang melakukan hantaran maut kepada penyerang.

Seperti di Swansea, hanya kerana Allen, Liverpool terpaksa guna pakai 4-3-3. Nak kata berjaya atau gagal agak kesamaran. Cuma Liverpool dengan skuad tinggalan Dalglish, bukan sesuai sangat dengan sistem baru itu dan lebih efektif dengan 4-2-3-1 yang agak kurang mobiliti. Dengan kemasukan Coutinho separuh musim lepas, ini bermakna masa depan Allen dah tergantung tidak bertali sejak dari itu, dan dari pemain utama menjadi pemain simpanan sahaja.

Setelah sekian lama menghilang dari skuad utama Allen kembali muncul. Dah 4 penampilan semenjak lawan Everton tempohari dan sekarang saya rasa Joe Allen akan menjadi pemain utama untuk lawan Spurs nanti. Sebab dia bersama Lucas adalah pemain tengah yang tinggal. Gerrard paling koman sebulan berehat dan Henderson tak pasti cergas lawan Spurs. Inilah sesi penilaian tahap tinggi bagi menentukan betapa pemain ini punyai masadepan atau sebaliknya.

Hanya ada 5 perlawanan Allen nak  tunjuk hero. Ini kerana lepas itu  pintu perpindahan Januari dibuka semula. Liverpool pasti akan membeli pemain tengah baru. Itu pasti, tapi sebelum itu Allen kena buktikan dia bukan mudah mengalah. Saya dibelakang beliau dan harap dia buktikan pada ramai  dia bukan lekeh sangat. Walaupun secara dasarnya dia masih belum berikan persembahan konsisten setaraf Gerrard, tapi selepas di beri peluang nanti, nak kritik atau puji terpulang.

Dec 10, 2013

SEJARAH BAKAL BERULANG ???

 Grafik dari 
Suratan atau kebetulan

  • 1998 - Liverpool Juara Liga dengan 9 mata = 2011 Man U pun sama
  • 1989 - Liverpool terlepas Juara dengan gol minit akhir = 2012 Man U pun sama.
  • 1990 - Liverpool kemabli merampas Kejuraaan Liga = 2013 Man U pun sama
  • 1991 - Pengurus Scottish terhebat digantikan dengan pengurus terburuk = 2013 Man U pun sama
  • 1992 - Liverpool melingkup = 2013 Man U ??????

Dec 9, 2013

ANTARA TIGA DARJAT

dicedok dari twitter MostarLFC

Sempena 51 perlawanan rasmi Brendan Rodgers, mari kita lihat perbandingan antara 2 lagi pengurus terdahulu tak termasuk Pak Cik Burung Hantu. Kalau dikira paling berjaya tentulah Benitez diikuti Dalglish. Apa yang nak disentuh ialah Brendan mengatasi Rafa dan Kenny dari jumlah mata serta jaringan gol. Ini yang saya nak fokus kerana skuad Brendan boleh dikatakan kurang berpengalaman berbanding Rafa dan Dalglish. Malah kebolosan yang tinggi telah dipadamkan oleh perbezaan gol yang tinggi .

Dalam bolasepak moden, istilah bertahan paling efektif ialah dengan menyerang. Inilah yang diterapkan Brendan dengan kombinasi Suarez dan Sturridge. Kejayaan pertama beliau menjadikan Liverpool pasukan menyerang yang efektif sebenarnya ialah dengan menyingkirkan Carroll. Tiada istilah Plan B, untuk mengekalkan Carroll kerana bagi Brendan Suarez dan Sturridge boleh berada dimana-mana posisi secara rencam Yang inilah menjadikan Liverpool tak mudah dijangka perancangan serangan mereka.

Brendan sebenarnya bertuah mempuyai gadingan serangan yang mantap, berbanding Rafa yang punyai Torres sahaja sebagai penyerang hebat. Dalglish pula bertuah kerana membeli Suarez, tepati silap besar beliau tak membantah bila Torres hendak dijual kepada Chelsea. Lagi malang pembelian Carrroll merupakan malapetaka paling besar dalam sejarah bolasepak Liverpool selepas Rafa dengan Aquilani dan Keane. Liverpool perlu mengekalkan Suarez dengan beri gaji tinggi dan letak klausa 200juta pound. Jika tak mahu berputih mata.

Dari segi pengalaman Brendan masih naif dan perlu banyak belajar. Dia mempunyai falsafah bolasepak ala Eropah, tetapi setakat ini masih banyak benda yang dia kena betulkan terutamanya aspek taktikal. Pengamatan saya jika Brendan mahu berjaya dia kena ikut metodologi Rafa yang begitu obses dengan teknologi moden dalam menganalisa pasukan dan lawan. Cuma jangan ikut perangai Rafa yang suka bereksperimen dan rajin tukar-tukar kesebelasan utama tanpa keperluan. Yang lain tiada komplen buat Brendan.

TERIMA KASIH ASSAIDI


Ini dinamakan PJJ, Pertolongan jarak jauh. Assadi bukan saja jadi hero Stoke, tapi juga hero untuk peminat Liverpool. Gol masa kecederaan bukan sahaja membantu Stoke, malah Liverpool terus mengatasi Chelsea sejurus kekalahan Chelsea itu . Kalau tengok gol yang dihasilkan memang kebiasaan bagi Assaidi di Liga Belanda, namun datang saja ke Liverpool dia macam malu-malu nak mengeksperiskan diri.

Sebetulnya Assaidi perlukan masa permainan, namun Brendan tak mampu berikan peluang kerana dia suka susukan anak kera dihutan dari beri anak sendiri. Ini bukan samakan Moses dengan kera, cuma pepatah orang lama. Kita boleh tengok masa pra-musim Assaidi bukan main hebat dan macam dah bersedia untuk bagi saingan diposisi sayap. Tup-tup, Moses diambil dari Chelsea dan dipinjamkan Assaidi ke Stoke.

Saya harap Assaidi cuba main bersungguh sunguh di Stoke. Saya percaya Mark Hughes pengurus yang baik dan mampu beri tunjuk ajar dan bimbingan kerjaya kepada Assaidi. Jadi sementara pinjaman semusim berlangsung Assaidi kena bekerja keras selalu dan buktikan Brendan silap dan kembali sebagai pemain yang mantap.

Dec 8, 2013

LIVERPOOL 4-1 WEST HAM


Perlawanan semalam macam pesta gol sendiri. Gol sendiri Demel dan Skrtel memang jelas. Tapi kes gol Sakho boleh dikatakan kerja Collin dan gol terakhir terkena badan O'Brien. Walaupun kemenangan dari kesilapan West Ham, namun inilah yang harus berlaku dengan mengambil setiap peluang. Cakap pasal peluang, saya rasa perlawanan ini tak jauh berbeza dengan Norwich cuma Suarez terlepas banyak peluang hasilkan gol. Inilah yang dikatakan bahawa Liverpool masih boleh menang dengan dengan syarat kena gandakan usaha dan banyakkan percubaan merbahaya.

Kemasukan Sakho memang cun dan terbaik sebab saya dah letih menunggu Brendan asyik simpan pendekar kita itu. Banyak kali Sakho membantu pemain tengah dengan kekuatan fizikalnya. Ketiadaan Lucas dan gandingan Allen-Gerrard, nampak kian menjadi, cuma Allen masih gugup dan kantoi bila disergah Diame beberapa kali. Posisi Allen bukan ditengah bertahan, tapi dengan usaha gigih dia mampu bermain baik dengan seciput kesilapan yang tak seberapa.  Ketika Gerrard cedera dan Lucas masuk, barulah Allen bermain diposisi yang lebih selesa yakini ditempat Kpaten kita bermain. Keberkesanan beliau nampak kian menjadi.

Sterling juga boleh masuk dalam senarai penjaring jika tidak gopoh selain dari kecekapan goli West Ham. Tapi saya nampak perlawanan kali ini dia lebih mantap berbanding lawan Hull. Kalau dia nak ikut Gerrard, Strurridge dan Johnson ke Piala Dunia di Brazil, Sterling kena bagi nampak lebih istimewa dari calon lain seperti Walcott, Ox dan Townsend. Kalau nak jadi istimewa, kena banyakkan sumbat gol . Saya nampak jika Sterling kekalkan permainan sedia-ada silap haribulan, Moses akan kekal sebagai pemain simpanan dan angkap bungkus balik Chelsea. Sebab apa Assaidi sedang meletup dia Stoke dan Suso dah jadi pemain tumpuan di La Liga.

Pasukan kita kembali ke tangga kedua. Terimakasih kepada Assaidi yang membantu membenam Chelsea, serta Southampton yang seri dengan Man City. Di sebalik kegembiraan, ada beita sedih yang mana Kapten Gerrad takkan beraksi selama 1 bulan. Dia bakal terlepas perlawanan penting dengan Spurs, Cardif, Man City dan Chelsea serta mungkin Hull. Suka atau tidak Allen, kena main di posisi Gerrad, dengan sebaik mungkin, kerana ketika inilah kita nak tengok Vaxi Wales menunjukkan taringnya. Penilaian peminat sebelum ini mungkin kritis terhadap beliau, tapi inilah peluang untuk menutup mulut pengkritik.

Layan Klip persembahan Sakho:

Dec 7, 2013

LIVERPOOL LAWAN WEST HAM


"Taktik Liverpool amat mudah, cuba beri hantaran dan ruang kepada Suarez dan perkara ajaib bakal berlaku"
Itu bukan saya cakap tapi Joe Allen bagitahu kepada wartawan. Tak pasti ini arahan terus dari Brendan Rodgers atau inisiatif pasukan. Jika ianya betul maka, pasukan kita selagi lagi dalam kategori "One Man Team" atau dalam bahasa mudah pasukan yang berjaya kerana individu tertentu. Sepatutnya variasi dan sumbangan gol perlu dari semua pemain tak kiralah kalau Mignolet pula boleh beri.

Kita tengok kenapa Arsenal sekarang di puncak Liga Perdana. Sebabnya semua pemain adalah penyumbang gol dan paling mengejutkan Ramsey si pemain tengah adalah peneraju utama. Tapi paling tak boleh blah sampaikan Bentdner yang dah lupa bagaiman nak jaringkan gol boleh sumbat masa depa lawan Hull. Saya bukan nak jek Arsenal, tapi kena tengok pasal apa mereka hebat dan ambil pengajaran dari situ.

Paling utama nanti menanti kunjungan West Ham ialah mentaliti yang sama ketika lawan Norwich. Kita main dengan memaksa mereka berundur dan hasilkan gol seawal mungkin. Sebab apa saya tengok jika kita dah kuasai permainan sekalipun jika masih belum dapat gol awal, kita boleh jadi tewas macam lawan Southampton, Arsenal dan Hull. Lagi satu sangat penting juga gol lawan selalunya dari gol sepakan bebas dan ambil perhatian.

Kesebelasan utama bakal rombak kembali bergantung kepada kecergasan pasukan. Saya tak mengharapkan pemain yang utama direhatkan kecuali atas faktor kecergasan bukannya taktikal. Ini sebab pasukan kita kecil sangat dan tak ramai pemain impak kecuali barisan pertahanan. Jadi siapa pun yang diturunkan itu tak penting. Yang penting saya nak tengok jika taktik tak menjadi seawal separuh pertama separuh kedua jangan takut nak buat pertukaran pemain seawal mungkin dan tak mahu kejadian Hull berulang.

Dec 6, 2013

LIVERPOOL 5-1 NORWICH


Nampaknya Norwich tak berdaya dan terpedaya dengan kehebatan Suarez. Nampak pertahanan dan goli mereka macam kena pukau dengan Suarez. Gol pertama bagi saya antara yang terhebat dengan melakukan sepakan kangkang dari jarak jauh melepasi jangkau Ruddy. Gol kedua hasil muslihat Gerrard membuka ruang untuk Suarez merembat dari jarak dekat dengan begitu padu. Gol ketika adalah teknik latino klasik dengan mengelecek dan melantunkan bola  sambil menunggu momentum sesuai dengan rembatan padu. Gol terakhir beliau hasil sepakan percuma melencong indah mengelirukan goli Norwich. Tak cukup dengan itu Suarez melakukan hantaran kepada gol Sterling.

Saya tengok selain dari gol Suarez dan Sterling, Liverpool mempunyai banyak juga peluang. Ini petanda positif, dan pasukan kita kena pastikan apa yang mereka buat ketika lawan Norwich berterusan. Boleh dikatakan kemasukan Agger menggantikan Toure memberikan sedikit kesegaran dari segi penguasaan bola kerana Agger nampak lebih yakin memegang bola berbanding Toure. Allen nampak ada sedikit gugup dan adakalanya nampak senang dibuli lawan tetapi dia keseluruhan ada peningkatan.  Kombinasi Henderson, Coutinho dan Sterling banyak membantu Suarez dan saya yakin Moses bakal rehat lebih lama lepas ini. Kapten Gerrard paling tak bernasib baik kerana beberpa peluang tersasar sipi.

Cara Hull dan Norwich menghadapi pasukan kita jauh berbeza, Pasukan Hull bukan bahaya sangat tapi mereka cukup bernasib baik, tetapi Norwich pula tak bernasib baik kerana mereka sudah lupa dengan amcaman Suarez. Lagi satu persediaan Brendan begitu ngam dengan meletakkan kesebelasan seimbang. Kita amat berharap Brendan tak buat hal nak berekperimen  sangat kerana kesebelasan sekarang dah cun. Namun berilah peluang buat Sakho beraksi untuk memberi can Skrtel berehat pula.


Dec 4, 2013

LIVERPOOL LAWAN NORWICH


Jadual padat bulan Disember telah bermula. Tak sampai 3 hari dengan Hull, pagi besok kena layan Norwich di Anfield. Ramai peminat bengang dengan keputusan Brendan yang merehatkan tonggak utama. Itu memang kesilapan beliau kerana dia yakin dengan pemain beliau 100 %. Namun keyakinan sahaja tak cukup sebab beliau kena ikhtiar nak kalahkan lawan dengan strategi bukan setakat letak pemain yang dah berminggu-minggu tak main. Lepas tu biar mereka tenggelam punca.

Saya tahu Brendan dalam dilema. Nak letak barisan terkuat kena fikir juga tahap kecergasan serta potensi kecederaan. Dengan skuad yang kita ada, tak payahlah nak merungut sebab memang tak begitu seimbang. Kalau menang dikira bonus dan kalau kalah, kena ada penambahbaikan pemain Januari ini. Paling diperlukan ialah pemain tengah dan penyerang yang tak malu depan gawang . Itu sahaja pilihan yang ada jika semua pilihan dalam skuad tak mampu memberikan impak kepada pasukan.

Jika Brendan mahu jadi pengurus berjaya beliau kena faham asas untuk menang tak kiralah siapa lawan, iaitu letak barisan terkuat semampu mungkin. Pemain macam Sakho, Agger dan Coutinho wajib main dalam perlawanan dengan Norwich nanti. Begitu juga dengan Aspas, yang merupakan calon otomatik ganti Sturridge. Menjadi atau melingkup itu bukan masalah kerana dari beli dok peram dibangku simpanan, kena cuba dan harap supaya Aspas taklah seteruk yang kita sangka.

Semua sedang fokus kepada Suarez. Dia memang badi kepada Norwich. Jadi sementara lawan bakal mengikat Suarez semahunya , saya tak terlalu yakin kali ini Suarez bakal membuat hartik lagi. Jadi pemain lain yang asyik jadi pelakon pembantu dan pak pacak sebelum ini asyik dok tengok hero mengganas, kena tonjolkan diri serta mahu dihargai penonton. Saya jeles tengok Ramsey yang melepasi segala ejekan peminat Arsenal musim lepas, dan menjadi pemain terhangat di Liga Inggeris.

Dec 3, 2013

LIVERPOOL 1-3 HULL


Brendan dah mengaku silap beliau. Dia yang memilih menurunkan kesebelasan lemau tempohari memang silap beliau. Tidak menurunkan Sakho untuk 2 perlawanan wajib turun pun salah beliau. Biarkan Moses dan Sterling main macam orang mabuk pun salah beliau serta paling tak boleh terima tidak memasukkan Coutinho secepat mungkin memang kewajaran semuanya silap beliau. Kesilapan ini saya nampak berpunca dari memandang rendah pasukan lawan.

Pujian boleh diberikan kepada Steve Bruce. Dia main macamana Southampton main dengan kita. Dengan meletakkan Sagbo yang lasak dapat mengganggu Skrtel yang agak longlai kebelakangan ini. Malah pemain tengah Hull cuba mengasak dari atas supaya Gerrard dan Lucas tak bebas bergerak dan melakukan hantaran. Henderson pula kerap bantu mereka berdua dan buatkan Suarez sunyi sepi diatas. Moses dan Sterling kalau mereka main buka dan tarik bek lawan keluar sedikit saya ingat ada ruang Gerrard dan Henderson bantu Suarez.

Kalau tengok gol-gol Hull mereka tidak mempersiakan peluang yang jarang-jarang dapat. Memang gol pertama adalah nasib sebab terbias kaki Skrtel, namun Moses buat kantoi dan bek kita hanya melihat pemain lawan melakukan sepakan. Itu boleh dimaafkan, tapi kesilapan Skrtel dan Toure untuk gol ke 2 Hull nampak sangat mereka dan hilang punca dan gol sendiri Skrtel adalah kegopohan unit pertahanan yang leka dan sedikit panik.

Saya mengerti dan akur dengan keputusan kerana pasukan kita layak kalah dari sepak mula lagi. Brendan mungkin telah insaf dan ambil pengajaran. Namun begitu dengan pasukan kita yang memang amat lekeh dibangku simpanan, Brendan kena lebih bijak dalam atur taktikal. Malah ketika perlawanan sedang berlangsung dia kena bijak buat penilaian apa taktikal semasa separuh masa pertama lagi. Harap dengan lawan Norwcih tak ada lagi kesilapan berulang.


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails