Secara jujur saya katakan yang saya sanggup bangun seawal 3.40 pagi cuma kerana untuk melihat penampilan sulung Aquilani. Bukannya enggan melihat skuad simpanan beraksi, tetapi sepanjang hari saya amat sibuk dengan pelbagai komitmen peribadi hingga ke petang. Letih memang letih. Selepas Isyak, terus rebahkan badan untuk rehatkan mata kejap menantikan perlawanan lewat pagi.
Bangun saja, segelas Kopi Radix menjadi teman sepanjang pagi. Kalau ada kaki, ingat nak lepak dekat Kedai Mamak. Boleh layan skrin besar dan mungkin Roti Nan jadi belasahan. Apakan daya tiada balasan SMS diterima, bermakna terpaksa keseorangan lagi. Mungkin rakan-rakan lain mempunyai komitmen bersama keluarga atau enggan melepaskan selimut dan toto masing-masing.
Eh, mana Aquilani? Yang ada Kuyt sebagai kapten. Trio serangan Ngog-Voronin-Babel. Tengah pula gandingan muda Plesis dan Spearing. Kat bawah pula agak berpengalaman Degen, Skrtel, Kargiakos dan Insua. Gawang simpanan, Cavaleri diberikan peluang ganti Reina. Tengok dalam senarai simpanan, barulah nampak nama Aquilani. Barulah rasa macam berbaloi menahan mata.
Ulasan minit perlawanan rasanya tak perlu. Bukannya main tak bagus tetapi kalau dibandingkan dengan skuad muda Arsenal (tolak Silvestre) rasanya mereka menang kerana pasukan kita agak perlahan apabila bertahan. Serangan pasukan kita agak kelam-kabut. Peluang untuk buat jaringan boleh dikatkan ada tetapi pemain sendiri mempersia-siakannya.Buat pasukan kita saya secara pukal memberikan dua bintang dari keseluruhan lima.
Skrtel dan Kargiakos memang tidak sepadan. Kordinasi mereka agak lemah. Gol kemenangan Bendtner adalah kesilapan awal Kargiakos dan Skrtel pula tidak berupaya menghambat Bendner yang lebih pantas. Degen walaupun tidak seberapa bertahan, namun ketika serangan agak berbahaya dan nyaris menjaringkan gol. Insua pula memang konsisten dan gol sulung beliau terlalu cantik untuk diulas.
Seperti pertahanan, gandingan Speraing-Plesis juga tidak mantap. Secara individu kedua-dua mempunyai corak berlainan. Plesis memang terlalu konservtif bertahan, manakala Spearing agak keatas. Cuma kedua-duanya tidak mempunyai kesefahaman, walaupun pernah bergandingan dalam skuad simpanan. Kuyt sebagai kapten memang bersemangat betul. Ketika bertahan dan menyerang ada saja kelibat beliau. Tetapi sayangnya beliau agak pemurah walaupun dalam posisi menjaringkan gol pada suatu ketika.
Babel sekali lagi menghampakan. Sepatutnya beliau statik di sayap dan memberikan bek kanan Arsenal kesusahan disana. Tetapi seperti biasa, ketengah jua dia suka lepak. Namun sungguh tidak memuaskan hati bila ketika peluang terbuka hasil umpanan Kuyt dilepaskan. Voronin tak payah cerita, perlu dilepaskan seberapa segera kerana amat disukai di Bundesliga. Ngog pula masih perlu belajar dari Torres untuk menggunakan kepantasan fizikal dan akal.
Dan bahagian yang saya paling suka ialah kemasukan Aquilani. Walaupun masuk sekadar 15 minit, tetapi bermain dengan sempurna sekali. Segala apa yang beliau lakukan samada hantaran, pergerakan atau kedudukan amat saya amati. Beliau memang ada sentuhan hantaran ala Alonso. Gaya lembut tetapi licik memang itulah personaliti fizikal dan gaya permainannya. Malah berani melakukan percubaan samada luar kotak mahupun akrobatik. Rasanya kebergantungan kepada Gerrard dan Torres akan dipercahkan dengan adanya Aquilani.
Mungkin terlalu awal untuk memuji tetapi itulah yang diharapkan oleh semua peminat. Kerinduan kepada Alonso mungkin akan dipadamkan tidak lama lagi oleh Aquilani. Malah rata-rata responden samada dari peminat sendiri atau orang luar sudah tidak sabar melihat kelibat pemain tengah termahal ini. Malah ada yang mahu beliau menggantikan Lucas untuk perlawanan Fulham. Tetapi bagi saya, Aqulaini bagai enjin motor yang baru di korek (overhaul), masih lembut lagi. Dah kasar nanti, barulah boleh merempit sakan.
ada 1-2 kali aquilani menunjukkan passing magik dia tu dlm game ni...
ReplyDeletemaybe dia boleh jadi sebaik atau lebih baik dr alonso...
http://liverpool-malaysia.blogspot.com/
hrp2 lwn fulham dpt die main full time..
ReplyDeletekita kena byk sabo dgn aquilani ..
ReplyDeletekita sign dia 5 tahun beb ..
byk lagi masa utk dia improve fitness dan corak permainan ..
wa cuma risau dia akan jadi mangsa defend2 BPL lepas suma dah tahu dia punya ability ..
kena jadi lebih keras dari xabi .. kecik2 cili api ..