Sungguh teramat terkilan dengan Rafa. Memang beliau tidak berhati perut langsung. Sanggup mengecewakan kami peminat fanatik dan juga sebilangan peminat lalang. Segala apa diucapkan beliau nista belaka. Makan boleh sebarang makan. Tapi cakap jangan sebarang cakap. Kerana mulut binasa pulut. Memang dah tak boleh dibiarkan mamat Rafa ni. Janji tinggal janji. Adakah patut tak beri Aquilani main barang seminit pun. Kejam betul.
Dari ketika Lucas kena penyigung dengan Mat Afro sampai berdarah muka aku dah seakan nampak yang harapan untuk Aquilani masuk kian hampir. Alih-alih Lucas tak jadi apa-apa plak. Syukur. Eh... kalau Lucas cedera kan baik juga. Boleh Aquilani masuk main dengan Mascher. Tapi terfiir balik. Lucas pula main teramat bagus, sebiji macam Dunga masa muda-muda dulu. Betul tak tipu memang benar tak percaya sudah.
Kalau Lucas tak boleh diganti, apakata kalau Masher saja yang dikeluarkan. Tapi agak mustahil kerana Masher adalah penyumbang gol pertama. Malah antara pemain paling sibuk macam ahli koperat ke hulu ke hilir mengejar bola dan memangkas kaki. Sekalipun begitu, Mascher perlu rehat kerana sejak pulang dari perlawanan antarabangsa sampai saja terus pakai seluar trek masuk padang latihan. Namun sampai ke minit akhir tak ada tanda-tanda kelelahan si masher ni. Mesti selalu amal Tongkat Ali kot.
Seperti biasa Ngog jadi pilihan untuk keseorangan di hadapan. Sejak awal lagi aku tidak yakin kemampuan beliau. Bukan kerana tidak peduli sumbangan gol setakat ini. Tetapi takut kalau satu-satunya penyerang berwibawa kita akan menjadi sambal bilis Yobo dan Distin. Seperti biasa Ngog bermain dengan yakin dan terkadang terlalu yakin sampai ada satu ketika hantaran kepada lawan. Apabila Benayoun dilihat menjadi pemain yang bakal masuk saya masih yakin yang selepas ini mungkin giliran Aquilani akan tiba. Benni tidak mempersia-siakan Rafa dan peminat aksi licik beliau telah membuka kembali aura serangan kita yang mandul sepelepas gol pertama.
Aku agak hairan kenapa Aurelio main akup kiri. Potong orang memang tak retii. Sekadar pandai melakukan hantaran lintang. Itu saja. Keraguan tentang kebolehan Fabio ketika menyerang memang ada. Cuma Rafa seakan mahu mengekang asakan Pineaar yang agak licik. Memang cerdas minda Rafa kerana seawal minit permainan sebelah kiri menjadi asakan bertalu-talu. Sekali lagi apabila melihat Riera masuk aku makin tak senang duduk. Kenapa Riera bukannya Aquilani. Riera adalah pemangkin gol kedua keranan rembatan beliau disambut Kuyt dengan ucapan terima kasih.
Sudah hampir minit perlawanan namun kelibat Aquilani masih tiada. Antara sasaran yang aku nampak sesuai untuk direhatkan bagi memberi peluang kepda Aquilani adalah kapten Gerrard. Nampak keletihan kapten kita itu. Ini mungkin waktu terbaik untuk berehat kerana dengar cerita Gerrard belum pulih 100 % lagi. Tapi agak musykil kalau cedera teruk sangat sebelum ini kenapa masih main penuh. Pakai uri kuda juga kot. Jadi main pun semacam kuda.
Setelah wisel penamat ditiupkan barulah aku faham yang Rafa amat teliti dalam percaturan beliau. Kadang menjadi dan terkadang tidak. Tapi itu terserah kepada pemain sendiri untuk melaksankan arahan. Walaupun terkadang apa yang dibuat tapi disuruh lain. Kita tidak pasti yang Aquilani akan bermain semantap Lucas dan Mascher secara fizikal dan mental menghdapi barisan Toffes yang bermain macam orang gila mengamuk membantai kaki ,menyiku muka dan macam-macam aksi ala WWE Smackdown. Mungkin kali ini aku masih boleh bersabardengan alasan, tetapi lain kali mungkin tidak. Pergi jahanam dengan alasan. Aquilani wajib main. Nokhtah.