Sukar digambarkan perasaan saya buat masa kini. Siapa yang tak seronok bilamana kita telah berjaya menjatuhkan ego pendahulu liga, Chelsea 2 gol tanpa balas. Menariknya kita sudah Nampak kebangkitan Torres dengan cara beliau menjaringkan gol. Itulah dua gol yang berbeza dari kiri dan kanan, tetapi ianya memang kita dah terbiasa melihatnya dua tiga musim lepas. Apabila Torres bermain dengan keyakinan tinggi sudut dan suasana sukar menjadi seakan mudah bagi beliau. Gol pertama berpunca dari ketajaman akal kuyt yang menghantar bola lintang terus pada Torres dan dengan dua sentuhan walaupun diasak Terry, Torres berjaya menewaskan Cech. Gol kedua amat istimewa kerana Meireles dengan pantas melorongkan bola kearah Torres yang menunggu dikiri dan dengan tak semena-mena melakukan sepakan tanpa bayang yang membuatkan Cech mampu melihat gol masuk.
Amat sukar untuk menamakan pemain terbaik perlawanan, ini kerana kesemua yang ada dalam padang bermain dengan semangat berkumpulan yang jitu. Kalau Torres dengan 2 gol pemusnah, Kuyt dan Meireles masing-masing pembekal salah satu gol tersebut. Gerarrd yang berada dimana sahaja untuk mememulakan serangan dan Jeneral padang yang garang macam macam Kublai Khan. Graf Lucas makin menaik dan Poulsen boleh mereput dibangku simpanan. Dia diberi tugas mengepung Mauloda sampaikan mamat tu mati kutu. Skrtel dan Carragher tak menghampakan mungkin kerana, ketiadaan Drogba seawal minit permainan amat menyenangkan mereka, kerana Anelka dan Kalou tidaklah merbahaya mana. Kelly telah diberi peluang menggantikan Johnson dan menyepikan Cole dari melakukan serangan. Konchesky mungkin telah mejadi lubuk serangan namun nasib baiklah dia dibantu Maxi sepanjang masa. Reina amat cemerlang walaupun tak banyak sangat percubaan merbahaya dari unit serangan Chelsea.
Nampak gayanya rentak permainan pasukan telah berubah, namun separuh masa kedua ianya agak tenggelam. Mungkin pemain kian letih akibat tempo yang dimainkan seawal permainan dengan pantas. Inilah yang perlu dikaji oleh Hodgson supaya pasukan kita tidak kecewa dihujung permainan. Kita boleh optimis dengan keputusan semalam tapi jangan mendabik dada yang segala keserabutan akan lesap sekelip mata. Sebabnya saya lihat Chelsea yang kita tentang semalam amat lemah tanpa Lampard. Dengan 4 kemenangan berturut-turut, masa depan Hodgson yang mulanya mendung, kian cerah. Dia patut berterima kasih kepada setiap pemain yang selama ini dikritik hebat oleh media, seperti Torres dan Gerrard. Kerana merekalah umpama hero komik yang menggembirakan setiap peminat. Teruskan lebih gigih, dan peluang untuk kembali ke slot Liga_juara-juara tidak Nampak mustahil seperti awal musim terdahulu.
HA HA Banga aku jadi penyokong Liverpool! Buat pertama kali aku rasa Lucas bermain AMAT Baik! Macam ni lah baru Player Liverpool,
ReplyDeleteAku akan berenti mengutuk Lucas buat sementara waktu,
apa pon Torres memang superb
Nampaknya resepi Uncle Roy dah mula sebati dengan player2 Liverpool... Hrapa Uncle dapat tambahkan lg prencahnya. biar btl2 tip top...
ReplyDelete