
Hari ini memang dalam sejarah. Sejarah memalukan musim ini berterusan. Kali ini pasukan yang kita boleh bantai senang-senang 3-4 biji pada masa lalu, telah memberikan peringatan buat kita yang pasukan kita sudah tiada taring. Paling mengejutkan pasukan kita hampir tiada peluang nak jaringkan gol padahal Torres yang ditakuti sikit masa lalu, kini masih tidak kehilangan jati diri. Mungkin sebab gandingan beliau Ngog yang memang hampir taida fungsi langsung dan saya anggap paling mengecewakan.
Kemasukan kembali Gerrard pun tiada makna. Sepatutnya jangan pecahkan gandingan Lucas Meireles, tetapi apakan daya Hodgson nampaknya tiada ambil kisah akan prestasi gandingan itu. Hairan kenapa Kuyt yang sepatutnya dikanan bermain dikiri pula. Tambah pula beganding dengan Konchesky lagilah teruk jadinya. Boleh dikatakan pasukan kita banyak bermain bola tinggi padahal kita boleh pengaruhi tempo dengan bermain lebih tenang.
Gol yang dijaringkan oleh pemain lawan adalah berpunca dari salah faham barisan pertahanan kita. Skrtel sepatutnya tidak meluru awal apabila Kargiakos telah kantoi. Akibatnya dengan mudah pemain serigala menjaringkan gol. Selepas ini kiranya Agger sudah mampu bermain apakata rehatkan saja Skrtel. Semakin tiada saingan semakin teruk bek tengah kita.
Akhir sekali segala punca keserabutan adalah ketidakupayaan pengurus untuk memberikan resepi terbaik untuk pasukan. Kalau resepi cantik sedaplah permainan, namun kalau sebaliknya inilah jadinya. Untuk itu wajarlah pihak NESv menimbangkan untuk meneruskan kepercayaan kepada orang tua itu. Kian lama kian hancur kelab dibuatnya. Segalanya memang tidak memihak kepada kita, tetapi yang lebih teruk lagi ialah sikap pengurus yang pasif dan tiada idea dan agenda membuatkan pencapaian kita paling teruk dari sebelum ini. Untuk itu tida guna lagi mengekalkan beliau dan cukuplah sengsara peminat setakat ini. Carilah calon pengurus yang lebih muda yang punyai idea segar serta lebih optimis.
kesabaran peminat ade batasnya..
ReplyDeletekami dah lame dahagekn kejayaan..
roy oh roy..
pulang lah dikau ke fulham~
Sebagai seorang peminat setia the Reds, kekalahan kepada Wolver pagi semalam memang memalukan. The Reds langsung tidak dapat rentak sebenar. Jarang menyerang, hilang kawalan di midfield.. tak tahu kenapa. The Reds longar di pertahanan. Jika ini beterusan, satu piala pun tiada dlm gengaman.....ayuh bangkit...you'll never walk alone..!
ReplyDeletesack Hodgson enuff said..
ReplyDeleteynwa
Adakah NESV masih xsedar yg Roy x mampu utk mengendali & memotivasikan Liverpool utk mencapai top 4..
ReplyDeleteKalah-menang-kalah-menang adalah bukan permainan Liverpool & result seperti ni xkan mampu membawa kita ke top 5..
Sedikit Statistik Liverpool(18 EPL Game) dibwh kendalian Roy :-
-6 menang, 4 seri & 8 KALAH.
-Away game HANYA menang 1 KALI.
p/s :- dengar2 gosip Roy akan di'sack' within 48 hours...