Hanya tiga perkara utama yang saya ingin fokuskan dan saya rasa ianya merangkumi semua persoalan kenapa pasukan kita boleh tewas kepada Fulham.
PERTAMA - Andy Carroll memang tak efektif dan kita perlu cari penyerang yang lebih prolifik. Nak bagi peluang macam mana lagi kerana bermain dengan Liverpool (baca bukan Newcastle), pemain kena tunjukkan perstasi terbaik bila diberi peluang. Lagipun keserasian Carroll dengan unit serangan lain seperti Suarez dan Bellamy tiada kesenambungan. Acapkali bila kita nak main bola pantas dalam gol Carroll lambat berada dalam posisi terbaik.
KEDUA- kehilangan Lucas memang dirasai. Pengganti beliau Spearing memang belum boleh jadi pengganti otomatik. Nasib beliau tak baik apabila pengadil memberikan kad merah atas terjahan kepada Dembele. Jadi ketiadaan Spearing dalam 3 perlawanan selepas ini pasti memeningkan kepala Kenny. Saya rasa kena berikan peluang kepada Shevley atau gunakan Conor Coady yang masih mentah. Tapi saya ada satu idea gila, letak Kuyt jadi pemain tengah bertahan. Ada berannnnn....
KETIGA- Tuah kita musim ini agak kurang berbanding pasukan lain. Menurut rekod OPTA pasukan kita paling tertiggi percubaan kena tiang dan palang iaitu dengan 12 kali. Kalau masuk contohnya separuh dari percubaan itu saya rasa nasib kita tak sepalat sekarang.
cium palang lagi...
ReplyDeleteTempat ke-4 masih jauh untuk didakap. Apa pun saya yakin KK mampu melakukannya. Harap peminat kena banyak bersabar dan memberikan sokongan padu kepada KK dan semua yang terlibat dalam pasukan. Awan mendung pasti akan berlalu. :YNWA!
ReplyDeleteoh andy khairul!
ReplyDeletebila nak score lg neh??!!
terus kecewa dgn kelab bawahan...letihlaa..
ReplyDelete