Barang siapa yang tengok perlawanan Liverpool lawan Toronto mesti tersentak tengok kelibat pemain dalam buangan 1-2 musim sebelum ini yakni Aquilani atau Aquaman. Setelah bertapa di di Itali 2 musim bersama Juventus dan lepas tu Ac Milan, nasib Aquaman nampak macam telur dihujung tanduk. Namun Brendan Rodgers nampaknya suka atau nak tengok dulu semua pemain yang dia rasa boleh klik dengan sistem dia akan kekal dan yang mana tak boleh belah pada anggapan saya macam Adam atau Carroll akan jadi modal dana rekrut baru.
Tapi sayugia diingatkan, masa pramusim pemain bagus kadang-kadang nampak hampeh dan yang hampeh nampak terlalu sempoi dan bagus dok ada. Ingat lagi Voronin, ala mamat rambut tocang dari Ukraine yang jadi penjaring terbanyak pramusim masa Rafa beli percuma dulu, abis musim hanya dua gol dari berpuluh-pulh perlawanan. Jadi saya tangguhkan dulu pujian terhadap Aquaman dan kita lihat adakah beliau akan menjadi nadi dalam tika-tika Liverpool kerana memang kena dengan permainan beliau. Tapi masa depan Aquaman macam-macam boleh jadi sebelum pintu perpindahan tamat.
aku tak setuju carrol di jual kerana banyak lagi yang belum dikeluarkan dari carroll.
ReplyDeletehttp://penyokongevertonmalaysia.blogspot.com/
aku setuju carroll di jual.. sbb dia langsung x bagus utk liverpool. kalo dl ms torres sampai 3 defend akan jg dia tp carroll langsung x bahaya utk mane2 back.. maaf carroll..
ReplyDelete