
Andy Carroll tidak akan beraksi di Anfield nanti kerana terikat dengan klausa kontrak pinjaman. Namun beiau menjadi hero West Ham menjaringkan 2 gol untuk membenam West Brom. Sam Boroi pasti akan meletakkan penyerang tegap dan gagah berani yang bernama Carlton Cole. Kesebelasan lain West Ham saya tak pasti nak ulas kerana pasukan mereka tak mempunyai pemain yang boleh direkemen untuk Liverpool musim depan.
Taktikal West Ham dibawah kelolaan Sam Boroi, sama macam di Bolton, Newscastle dan Blackburn, bek dapat bola sepak kasi penyerang lari kejar. Pemain tengah dia cari yang tegap lagi agresif yang akan asak macam main ragbi dan banyak bantu bek menyerang kaki pemain lawan bukannya membantu menyerang untuk buat gol. Istilah kreatif boleh diumpamakan dengan mempelbagaikan corak bertahan dan hanya sekali sekala ambil peluang dengan melakukan serangan balas bila lawan ralit menyerang.
Mana mungkin Liverpool boleh menang jika West Ham main sebgitu. Logiknya pasti West Ham akan main secara ultra defensif . Untuk menghukum pasukan yang main dengan corak sebegini, Liverpool perlu main dengan cara agak licik dan banyak melakukan larian dari sayap. Mungkin Sturiidge perlu kembali dalam kesebelasan menggantikan Downing , dengan Gandingan Coutinho-Suarez-Sturridge ianya nampak lebih cun kerana trio mereka tidak statik dan mobiliti mereka dapat mencelarukan bek lawan.
Jangan dilupa selain penyerang untuk sumbat gol untuk menang, pemain tengah adalah aset utama untuk menyusun permainan. Keupayaan Kapten Gerrard membentuk pola pemainan kita memang tak dinafikan sejak dua menjak Brendan melonggarkan sedikit corak Swanselonanya. Hantaran beliau dah macam Alonso, sekali sepak dah sampai bukan macam pemain poyo Barcelona 20 kali hantaran belum tentu sampai kat penyerang lagi. Jadi jika enjin GR8 dapat berfungsi baik beliau mungkin sekali lagi dapat pemain terbaik mcam lawan Aston Villa.
Mungkin ramai akan meneka Liverpool akan balun berguni-guni gol di Anfield.Biarlah realistik kerana saya rasa perlawanan mungkin sesengit masa kita menang 3-2 awal musim dulu. Lagi satu musim dah nak habis dan Peraduan Teka Keputusan juga masih sengit dan pemenang mungkin dapat ditentukan hanya pada perlawanan terakhir. Ayuh laksanakan tugas anda dan mari kita tengok siapa yang kena.
menang 2-0
ReplyDeleteThe Reds 2 - 1 The Hammers
ReplyDeletekasi gempak sikit.. liverpool 3 West Ham 0
ReplyDeletecute-tinho 10 says liverpool 3-1 west ham
ReplyDeletetak pernah teka betul, kali ni aku teka yang aku tak fikir punya
ReplyDelete4-0 ha ha!
Harap game nih Liverpool xmain mcm lwn Villa hari tuh. Lambat sungguh nk panas, kene sebijik baru enjin panas.
ReplyDeleteBg aku Coutinho nie kalo nk letak sayap kiri pn OK, letak kat blakang Striker pun ok.
Aku lg suka kalo formasi mcm nih:-
----------Sturridge----------
Suarez----Coutinho----Downing
-------Lucas---Stevie G-----
Boleh menang 3-1 kot.
-pokdin-
wa nak menang jek...main cam ne skali pon,tp dpt bawak balik 3 point,mmg puas... rase2 leh menang 1-0 je kot...
ReplyDelete-jfkberger-
Liverpool 5 - 0 west..
ReplyDelete-Mr.Shoot-
Liverpool 3-0 West Ham
ReplyDelete