Jika Suso hendak dijual saya harap Brendan berfikir sebelum buat keputusan drastik. Bagi yang lupa, mari saya tunjuk contoh terbaik bagi kes budak 20 tahun yang dianggap hampas tiba-tiba meletop-letop. Ingat lagi al-kisah Jon Flanagan musim lepas. Bukan setakat nak dijual, kelab divisyen 3 pun tak hendak nak pinjam. Lepas itu dah jadi dalam lipatan sejarah dia dah digelar "Cafu Merah".
Satu lagi nak hampir sama, tapi dah terjual kat Swansea, Jonjo Shelvey. Pemain ini masih dalam proses pembikinan dan muda lagi baru 21 tahun ketika itu. Bagi saya penjualan beliau takkan terasa sangat bukan kerana dia dah jaringkan 6 gol bersama Swansea, tetapi penjualan untuk digantikan Alberto yang lagi hampeh membuatkan nilai £5juta diterima dari Swansea tak berbaloi kerana , Alberto bernilai £7juta langsung tak boleh pakai.
Berbalik kepada Suso, pinjaman di La Liga bukan kantoi sebab tak berjaya selamatkan Almeria dari jatuh Liga. Ingat budak ni Superman kot. Namun dengan 3 gol dan 7 bantuan gol serta kekreatifan beliau mencipta berpuluh-puluh peluang, itu lebih bagus dari apa yang dapat Moses, Alberto dan Aspas berikan kepada Liverpool musim lepas. Serius saya terkejut sebab Suso musim sebelum dipinjamkan keluar memang osem walaupun agak kaku sikit berbanding Coutinho.
Musim akan datang Liverpool bakal harungi 50+ perlawanan, campur-campur Liga Inggeris , Piala FA, Piala Liga dan Liga Juara-Juara kot ataih. Suso mahu jaminan minit perlawanan. Takkan nak kasi 15-20 perlawanan pun tak boleh. Yang Aspas dapat juga kutip-kutip 15 perlawanan musim lepas walaupun persembahan jauh lebih haprak.
Saya harap Brendan tak buat penilaian Suso macam Pacheco. Mereka berdua punyai kriteria berbeza kerana Suso lebih berani bila diberi peluang dan Pachecho malu-malu kucing. Saya tak pasti apa ada dalam kepala Brendan untuk kes Suso ini. Cuma macam tajuk kat atas kena fikir pro dan kontra sebelum lepaskan Suso dengan nilai ciput £4 juta kepada Porto.
No comments:
Post a Comment