Keputusan Muktamar Jemaah Liverpool, berbeza Muktamar Jemaah Politik kat Malaysia. Yang Politik punya Geng Kepala semua menang besar , tapi Jemaah Liverpooliah nasib Sang Kepala menerima tamparan hebat bila orang kuat beliau semua kena humban keluar. Jangan marah saja nak buat analogi cenggini sebab politik dimana-mana bukan sahaja dalam pentadbiran partai politik tetapi dalam bola politik juga banyak sangat sampaikan pening kepala dok ikuti perkembangan.
Brendan Rodgers yang mengetuai Liverpool dalam keadaan terdesak sangat-sangat. Panglima perang dan orang kanan beliau Colin Pascoe telah kena pecat atau lebih sopan dan berakhlaq sikit kita panggil dinasihatkan berhenti. Mike Marsh juga awal lagilah kena sebab dia dah habis kontrak dan tak diperbaharui. Bila Brendan dah tiada orang kuat yang sekepala dengan beliau, ini satu tekanan bagi beliau untuk buat kerja dengan tenang. Tambahan pula nama-nama pawer pula yang dikaitkan menjadi pembantu beliau seperti Pako Ayesteran, René Meulensteen serta Sami Hyypia.
Dewan tertinggi Liverpool, FSG sedang bagi tekanan yang besar kepada Brendan sebab mereka mahu Brendan habiskan Projek Gajah putih beliau dengan kawalan pihak yang bukan kamceng dengan beliau. Mungkin FSG ingat Brendan dapat penasihat yang salah atau tak berapa bagus. Jadi tim baru akan masuk kelak akan diambil dari kalangan yang lebih berpengalaman luas bukan dengan Liga Inggeris sahaja tapi diperingkat Eropah juga. Pako memang telah terbukti sebagai pembantu hebat Rafa. Rene pula sama tapi dia lorat sikit sebab bekas pembantu Alex Ferguson. Hyypia mungkin masuk untuk memperbaiki pertahanan.
Tapi bukan sahaja Brendan yang sedang dinilai musim akan datang. Ada satu lagi pembawa bencana yang akan kena jika musim akan datang gagal juga. Mereka tersebut ialah Lajnah Pembelian Pemain, (Transfer Comittee). Saya nak namakan mereka semua ramai sangat yang femes ialah Barry Hunter dan David Fallow serta beberapa lagi pemantau yang bekerja mencari bakat baru mengikut kehendak pengurusan yang menggunakan sistem "Moneyball" yang memang hampeh sehampeh -hampehnya. Monyeball ni konsep dari Amerika yang digunakan dalam sukan bola lisut, tapi bila aplikasikan dalam bolasepak memang jahanam pasukan.
Kita tak tahu apakah Brendan atau Lajnah yang membawa kegagalan kepada Liverpool musim lepas. Nak salah Brendan, tak boleh juga sebab dia nak pemain yang hebat untuk ganti Suarez tapi Lajnah bagi Balotelli kot atas. Lajnah pula terpaksa ikut sistem Moneyball untuk cari kriteria pemain, kalau ikut spek Brendan yang mahu macam Suarez, mesti tak dapat. Pihak FSG lah punca utama, memang musibat sebab mereka masih belum faham yang bolasepak bukan macam bola lisut. Kalau nak pasukan hebat untuk beri kejuaraan dan medal kena belanja untuk dapatkan yang terbaik.
Musim depan saya harap dengan perubahan serba-serbi walaupun tanpa pengurus baru, Liverpool dapat perbaiki kesilapan dan tak payah nak sasarkan tinggi sangat. Boleh kembali main Liga Juara-Juara dah kira baik sebelum nak sasarkan kejuaraan. Kalau Brendan masih macam tu juga, saya ingat tak sempat separuh musim, kita bagi 3 bulan Klopp atau Ancelotti akan memendekkan cuti untuk memanaskan kerusi empuk sebagai pengurus Liverpool pasca-Brendan.
wah politik nampak... tu lah dulu BR cakap dia tak perlu jurulatih pertahanan, padahal lemah bab bertahan, sekarang makan lah ubat dia, dalam politik pon tak boleh dapat tuan penasihat yang mengampu memang kelongkang lah jawabnya..
ReplyDeleterasanya walaupon pembelian TC ( kalau betul la ) pemain mcm markovic , boleh jer main bagus tengok lah dia main untuk negara dia, begitu jugak Can kalau dia main posisi asalnya macam world class wa cakap lu... janji bagi dorang main kat posisi dorang ... Contoh walaupon Borini tak meyakinkan untuk dapatkan gol kalau aku pengurus akan tetap letak dia sebagai striker dan letak Sterling sebagai wing,
contoh macam situasi blunder antara Streling dan markoviv open gol miss tu... Markovic memang winger dia feed bola dah betul masalahnya Streling bukan striker tulen posisi dia judge bola tu tak betul...tengok tak gol Suarez masa final barcelona lawan juventus, seorang striker tulen dia tahu kat mana patut berada benda ni tak boleh diajar benda ni instinc...
BR kata dia orang yang tepat untuk Liverpool kalau tepat jadi fliud lah ngan player TC dapatkan, kalau nak ikut sistem sendiri kena cari team besar besar la, ko mintak lah player besar besar yang ko nak, ultraman pon boleh dapat. pastu ko suruh lah wing back ko turun naik sampai muntah...
sekian.
bang..br punye ego besar sgt..die mmg patut dpt satu can manage liverpool sambil dibantu pembantu yg professional..bkn ikut kpala br..lgpun cara BR entertain player xpower..psl tu smua star nak terjun kapal..ini mrugikan liverpool..situasi skrg mmg win-win..BR dpt ilmu n liv dpt fluid flow system..same2 untung..tgkla season dpn ni.. ape2 pun marquee signing yg pro n hauskan kejuaraan mcm suarez mmg mempunyai peranan yg sgt besar utk liv skrg..tgk camner suarez push player lain utk serang season dlu..
ReplyDelete