Apa yang nampak dari perlawanan dengan Bournemouth adalah petanda baik bukan buruk seperti semua orang cemuh. Ini kerana terjawap bahawa terdapat pelbagai kelompongan dalam pasukan dan bagus juga sebab ramai juga peminat dah jadi syok sendiri dan angkuh bahawa pasukan kita ditahap yang terhebat. Saya ada cakap sebelum ini masa akan tentukan akan tiba masanya pasukan kita akan kena getah sebab terlalu menyerang.
Ketiadaan Matip salah satu punca kegawatan pertahanan. Lucas cuma pengganti yang biasa-biasa. Dia main bagus masa lawan Leeds sebab Leeds memang tak sebagus mana bukan sahaja dari segi corak permainan lebih lagi kekuatan mental. Bournemouth punyai pemain yang mentalitinya kuat, sebab jarang ada pasukan yang dah kena 3 boleh menang 4 dengan kebelakangn ini. Macam Carragher cakap dalam bualbicara Skysport, Liverpool takkan dapat jadi juara jika Lucas jadi bek ketiga.
Kembali kepada topik Karius pula, beliau selama diberi peranan sebagai penjaga gawang utama hanya kebal dari bolos dalam 3 perlawanana sahaja. Bab bolos mungkin subjektif, banyak perkara boleh dipertikaikan. Tetapi peranan beliau sebagai penyelamat gawang rupanya bergantung kepada kekebalan benteng didepan beliau rupanya. Statistik tak menipu tengok gambar kat atas, rujukan dari Skysport.
Kalau ikutnya mengikut logik, jika pertahanan Liverpool memang terlalu haprak walaupun dengan bek macam Lucas, patutnya Karius mesti banyak kali kena selamatkan bola, ini tak, kita tengok beliau hanya selamatkan 4 dari 8 percubaan dengan Bournemouth. Kalau nak bandingkan Pickford goli Sunderland yang panas sekarang ni, dia dalam satu perlawanan paling kurang lebih 10 percubaan beliau selamatkan, sebabnya beliau main dengan bek haprak.
Sebab itulah jika Karius nak sampai ketahap Courtious, Cech atau De Gea, beliau kena naikkan tahap persembahan beliau sendiri. Takkan nak harapkan pertahanan nak turun bantu kau setiap masa. Ramai bandingkan beliau dengan De Gea awal penampilan, jadi kita kena simpan cemuhan dan tunggu beliau dapat pengajaran untuk membina kekuatan diri. Tetapi dengan pasukan kita nak cabar kejuaraan Liga persoalan ini perluka jawapan segera dari Karius. Kalau masih sama 2-3 perlawanan maka, jawapan mudah ialah kembalikan Mignolet dan Karius boleh belajar dari bangku simpanan.
Aq x salahkan karius sebab aq x nmpak prlwann tu. Mnggu ke mnggu karius ada prkembangn. Sbb tu aq x prcaya ksilapan karius 100%. Mngkin juga dia prlu bljar dari bangku simpanan. Klau kloop dah nampak ada pnigkatan yg ketara baru bole masukkan kat kesebelasan utama. Tapi kalau kloop masih ltakkan dia dalam team utama. Just trust in kloop.
ReplyDeletebg sy bro mignolet much better. cuma dia kantoi bab set piece je, tp skrg ni kita dh ada matip. so better lah kembalikan mignolet
ReplyDeletebg sy bro mignolet much better. cuma dia kantoi bab set piece je, tp skrg ni kita dh ada matip. so better lah kembalikan mignolet
ReplyDeletePilihan sukar kekal Karius atau Migno masuk..Klopp know best
ReplyDeletebagi aku yg nak kena bedal coach Gk..Actherberg apa nama ntah
sejak dia ada dari zaman Rafa sampai Klopp,
semua GK mantap jd cam hampeh..
bila serang semua pemain nak cuba jaring, tak mengharapkan striker saje...tapi bila bertahan semua pemain mengharapkan keeper je agar tak bolos
ReplyDeletenampak jelas pemain tidak beri 100 peratus tanggungjawab untuk bertahan. patut patahkan serangan sejak awal lagi. kalo kena blok dengan bontot tadah je..
Main bola ni tanggungjwb 1 pasukan.. bolos byk means semua xdpt defend dgn baik.. xdpt score means semua xdpt attack dgn baik.. salah individu tu mmg ade.. tp kalau semua penuhi tanggungjwb, benda akan mudah..
ReplyDelete