Peminat yang realistik takkan terkejut dengan keadaan sekarang. Sejak awal musim main teruk, setakat lawan Setan Pondan dan Maribor yang bingai tak bolos, takkan korang dah lupa yang Lovren masih ditahap Lovren. Kloop mungkin ditahap penyesalan sehingga terpaksa keluarkan Lovren seawal 30 minit perlawanan. Korang juga jangan marah Lovren sangat. Kesian juga abam tu, dah lah terpaksa makan ubat tahan sakit untuk setiap kali turun padang. Lovren hanya ikut arahan, bila Klopp suruh main dia kena main sebab makan gaji dengan Liverpool.
Klopp juga perlu hadam segala kritikan tentang pertahanan teruk. Bukan semalam perkara ni berlaku. Sejak zaman Brendan lagi .Clyne, Lovren, Gomez, Moreno serta Mignolet dah kat 2 musim dengan dia. Takkan dah berbolos-bolos banyak takda pendirian nak buat perubahan drastik. Klopp terlalu lembut hati dan beri peluang kepada beberapa pemain yang tak konsisten sekian lama. Akibatnya orang dah tak tala makian dekat pemain, Klopp pun dah ramai makin tak suka.
Abam teringat camna Houllier buat bila datang ke LFC dulu. Bek Liverpool zaman Roy Evans teruk juga. Tak pasti mana lebih teruk, zaman itu atau sekarang. Cuma Houllier dah buat kerja rumah dengan bawak masuk 3 serangai, cakap Triniti geng pak lebai mai bahan plak nanti. Hyypia-Hencoz-Hamman. Tripel-H yang berjaya menggondol pelbagai Piala dan Medal. Malah Rafa masuk pun cuma ejas Carragher dari main tepi masuk tengah ganti Hencoz. Hamman dia naik taraf dengan Xabi Alonso.
Klopp perlu buka buku baru nanti mulai Januari. Tak kisah Van Dijk atau sesiapa sahaja pertahanan yang hebat, dah tahap wajib beli. Kalau ada duit beli terus Koulibaly dari Napoli kot atas. Emre Can juga dah nampak buat kepala sekarang, belum lagi nak sain kontrak satu hal, bila dah dapat peluang main nampak tak setara mana juga untuk justifikasi untuk minta gaji tinggi. Sekarang masa untuk beri Grujic untuk ganti Emre. Abam tengok Grujic ada potensi jika dapt peluang sama macam Klopp beri pada pemain tengah yang lain.
Kita siapa nak tulis lebih-lebih pasal Liverpool. Cuma harap Klopp tahu camna nak keluar dari kemelut yang melanda. Kita seronok bila Klopp jadi pengurus kita sebab dia punyai reputasi dan pernah menang banyak piala dan kejuaraan. Tetapi jika keadaan tak berubah FSG bukan takda alasan nak cari Pak Angguk lain sebab dengar kata Ancelotti sedang dok risik2 kerja kat sebelah England lepas kena terajang dari Bayern Munich. Abam bukan malas nak tulis pasal perlawanan tetapi rasa macam tak boleh terima gol yang kena sebab semua jenis bodoh-bodoh belaka.
Ape lg nak dikatakn? Mslh defend n kecederaan player utama mmg xmembantu Klopp. Aku mmg 100% xpernah suke Klopp dr dulu. But sbgi seorg "Pundit tak Bertauliah". Aku sedia fhm yg Klopp xdpt bli player yg dimahukan dn Keita yg star tu pun dpt main season dpn. Aku cume nmpk yg season dpn Liv nmpk lbh interesting. But now better stick with Klopp jer. Projek mega liverpool akan nmpk hasilnya musim dpn. Aku trpanggil nk komen sbb nmpk name Grujic kne petik. Dh muak dgn Emre dn wijnaldum. Kne bg extra thrust kat tgh dgn beli player mcm Vidal. lg satu sampah ape yg Klopp fikirkn smpi xnak beli striker power season ni? Dr awal season aku dh syak yg liverpool xde variasi dlm serangan. Bru awal musim dh kantoi. Hrp Klopp sedar n cari jalan pulihkn taktikal n pemilihan pemain. Buang ckit ego x bertempat tu. _ Mat Travolta
ReplyDelete