Nak bincang pasal strategi perpindahan Liverpool setakat ini. Bukan nak kritik tetapi cuma buat rungkaian sedikit bagi yang tak faham dan masih bingung bagaimana situasi dan strategi pihak pengurusan FSG yang sekarang diketuai Peter Moore, bekas CEO EASports. Bukan orang luar tetapi orang kampung kat Liverpool juga. Maknanya beliau membesar sebagai penyokong Liverpool dan inspirasi sebagai peminat dia cakap nak terjemahkan dalam kepakaran pengurusan untuk bawa Liverpool kembali ke tempat sepatutnya.
Untuk ingatan semula, sebelum ni CEO adalah Ian Ayre. Segala perihal yang berkaitan keluar masuk pemain kena lalui beliau. Kalau Ian Ayre sain maka perpindahan mungkin berjaya dan sebaliknya macam biasa, calon akan terbang ke tempat lain.Cuma masa itu tiada jawatan Pengarah Bolasepak lagi (Sporting Director) jadi Ian bolot habis semua jawatan dan akan berkuasa penuh. Apa yang nampak manis sedikit Ian dengan Southampton memang ngam habis. Sebab masa tu Soton jual pemain kat kita macam jual ayam kat pasar, main cincai-cincai saja.
Sekarang tapisan Liverpool nak beli pemain ketat. 7-8 kepala dalam Komiti perpindahan. Ketuanya, Pengarah Sukan, Michael Edwards. Klopp pilih pemain camna dia nak. Setelah kriteria yang dia mahu diambil, mereka akan masukkan dalam pengkalan data cari pemain yang sama atau hampir sama dengan kriteria. Senarai dalam pengkalan data adalah pemain yang pernah skuad pemantau dok ushar-ushar sepanjang musim.
Koirang jangan ingat Van Dijk dan Keita baru semalam saja diorang pantau. Khasnya Van Dijk dari Celtic lagi mereka dok taram cuma ketika itu pilihan antara Sakho atau Van Dijk masa tu. Jadi pilihan selamat ialah Sakho sebab pengalaman dan reputasi bekas ketua pasukan Paris Santo Jerman. Kalau dibuat undian pun konpom ramai afundi Sakho lagi kan sebab dalam permainan Football Manager dan FIFA, Sakho memang mantap. Malah masatu tak siapa pun nak sangka Van Dijk boleh pergi sejauh ini kan.
Kita tengok itu pasal Liverpool kemain gila bayang dengan Van Dijk. Soton letak harga tak masuk akal pun mereka sanggup dan bila ejen pemain minta gaji mahal pun takpa, boleh gembira lagi. Padahal kalau pemain lain yang boleh dapat dengan nilai tu macam Varane (Real Madrid) , Marquinho (PSG) dan Boateng (Bayern Munich) yang lebih femes dan lebih berpengalaman di arena Eropah dan antarabangsa tak pandang pun. Itulah maknanya pemain itu telah adalah sasaran utama Klopp dan juga jawatankuasa perpindahan.
Tapi sayang, Peter Moore bukan Ian Ayre. Kalau Ian rasanya takkan ada permohonan minta maaf dari beliau selaku kepala yang dalam perpindahan melibatkan pemain Soton. Memang betul Klopp berjumpa dengan Van Dijk secara rahsia dan banyak kali hubungi pemain itu. Namun kelab lain juga amalkan benda yang sama keatas Van Dijk. Sebab itu kita tengok, Chelsea pun tak berani masuk campur dan telah bida pemain lain.
Ian punya stail dia takkan buat perpindahan melalut-laut sampai kat sebulan. Lagi cepat lebih baik untuk semua parti. Sebab itu kita tengok perpindahan Clyne dulu pon Si Soton pergi buat repot kepada Persatuan. Namun Ian buat pekak dan akhirnya Clyne tetap jadi pemain kita, malah dengan harga yang cukup murah £12.5juta. Padahal masa tu si Menyu pun tengah nak bida juga. Macam biasa Clyne nak ke Liverpool, apa Soton boleh buat.
Walaupun jendela perpindahan secara rasmi 1 Julai baru dibuka, pasukan lain kemain pantas cilok pemain baru. Setakat ni City dan Everton kemain kaluit sain pemain. Kita tak pasti apa permainan pengurusan Liverpool. Macam kes Salah, kita tahu Liverpool sedang main tarik tali dengan AS Roma. Liverpool bukan tak boleh nak setel cepat-cepat tetapi mereka nak ambil kesempatan masalah Roma dengan skim FFP Fifa. Manakala perangai Roma dengan Pengarah Teknikal bengis macam Monchi jangan harap diorang nak mengalah camtu saja.
Fikir balik tak guna nak kecam pihak pengurusan sebab lambat beli pemain. Kuasa membeli pasukan kita bukan hebat sangat macam City atau Chelsea. Jadi Liverpool akan beli pemain yang mereka rasa sesuai dengan penilaian mereka bukan harga melampau kelab penjual. Lambat atau cepat rasanya jendela perpindahan ni Liverpool tetap akan bawa pemain yang Klopp mahukan. Cuma yang kurang seronok ialah harapan nak tengok Van Dijk, Keita, Lacazette sarung jersi Liverpool bakal hampa sebaliknya sekadar dapat Gibson, Bek kiri cap ayam, tiada DM dan Origi masih sebagai penyerang utama.
No comments:
Post a Comment