Korang ingat jadi pengurus sebenar macam main CM. Kalau main CM boleh reset main semula. Dalam dunia nyata sebagai pengurus Liverpool, Kloop sebagai manusia biasa memang ada buat silap. Kita puji sikap Klopp dia mudah akui silap sendiri berbanding orang lain suka tuduh pengadil kayu, padang becak dan budak Milo pun kena maki. Tetapi dalam pada itu Klopp juga jenis murah hati dan suka beri peluang kepada pemain yang suka buat silap peluang perbaiki diri.
Dalam kes lawan Hudd, Klopp beri peluang kepada Mignolet dan Lovren tebus kesilapan. Kalau tak cedera masa pemanas badan, mungkin Lovren masih kekal kesebelasan uta,. Tak tahulah samada Klopp buat trik atau betul-betul Lovren sakit, Klavan ganti masuk sebelum sepak mula. Kita bukan meminta atau seronok Lovren cedera. Tapi jika dia betul cedera, itu lebih baik bagi Lovren pergi berubat supaya betul-betul sembuh dari dok telan pil tahan sakit sampai 5-6 biji.
Alamak bila Klavan masuk, teringat pula pembantaian Mak Siti 5-0 haritu. Namun apakan daya Klopp memang tiada pilihan sebab dia memang nak letak 3 pertahan dalam taktikal baru. Siapa cakap Klopp tiada plan B. Mungkin dia tahu Plan A beliau memang hafalan David Wagner, jadi Klopp cuba main akal dengan main formasi 3421. Sturridge dihujung serangan diapit Firmino dan Salah. Milner main sayap Kanan dan Kiri Moreno.
Liverpool bermain corak Liverpool walaupun garapan formasi baru. Dan Huddersfield juga main macam mana mereka bantai Setan Merah. Sebab itulah separuh pertama nampak begitu bosan sebab Hudd hanya menekan Liverpool dan Liverpool hanya main hantaran-hantaran tepi belakang tepi belakang. Hudd plak dapat banyak peluang dari setpis namun mereka juga gagal mempanikkan barisan pertahan kita. Namun Salah mesti rasa bersalah sebab kantoi penalti dan Kapten Hendo rembat kena palang. Ramai bising kenapa tak kasi kat Milner si Raja Penalti.
Separuh pertama berlalu sepi tanpa gol. Klopp masih belum panik dengan kesebelasan separuh pertama. Kita tengok corak hantaran pendek terasangat tak memberansangkan dan beliau mungkin arahkan sedikit bola jauh mencari penyerang. Mungkin itulah percaturan semasa bilik persalinan. Dan hasilnya gerakan dari Moreno menghambur bola tinggi melepasi barisan pertahan dan bek Hudd terlepas tandukan dan sampai kepada Sturridge yang tanpa segan silu meledakkan gol pembukaan Liverpool.
Umpama empangan yang telah bocor, akibat gol Sturridge. Gol inspirasi itu macam meretakkan lagi benteng empangan Hudd yang kemain kebal separuh pertama. Kali ini Firmino mendapat aura gol dengan menanduk padu gol hasil dari hantaran Milner. Boleh dikatakan serangan Liverpool nampak berbisa dengan Wijnaldum pula menamatkan kemarau gol beliau dengan gol ke-3 Liverpool. Bukan tak reti nak sumbat gol tetapi bila serangan lebih pantas dalam kawasan bahaya, memang rezeki datang bergolek-golek.
Satu kemenangan tak berikan gambaran keseluruhan sebab Hudd pun tak main macam mereka lawan Setan Merah. Cuma yang semua peminat akui kemenangan beri satu kelegaan untuk menarik lafas lega ,sementara menunggu detik mencabar perlawanan selepas ni. Abam tengok pemain macam Ox dan Solanke kena beri peluang seadanya sebab cara nampak bersemengat. Mungkin perlawanan dengan Maribor minggu ni kat Anfield boleh jadi permulaan.