Agak terlambat tulisan pasal perlawanan ni. Abam ada perkara nak berikan pandangan tentang perlawanan dari sisi lain. Ramai tonton perlawanan ni. Bagi yang tak tengok rugi mampus. Bukan sebab perlawanan makan kenduri atau makan besar. Tetapi perlawanan kali ni abam tengok kesemua pemain beraksi ditahap sepatutnya. Atas kertas Porto gah dengan pencapaian dikampung halaman. Pendahulu Liga Portugal, sebelum perlawanan dengan Liverpool mereka panaskan badan dengan ayamkan pasukan sekampung dengan 5-0.
Kalau dilihat dari segi percubaan antara kedua-dua pasukan, abam rasa tuan rumah pun ada peluang saksama nak membolosi kubu kita. Sebagai contoh percubaan pertama datang dari Porto dimana penyerang mereka terang-terang dalam keadaan terbaik nak tewaskan Karius. Orang cakap pejam mata pon boleh gol. Tetiba datang Lovren terjun untuk hadang bola dan bernasib baik bola terbias melepasi palang gol. Korang tak rasakah yang Lovren selama ni kita kecam, sebab lengai, ralit dan tak bersungguh tetiba boleh jadi hero.
Ini semua sebab Lovren adalah pemain yang akan jadi bagus jika pemain sekeliling pun bagus. Kita pernah tengok di Southampton dia main bagus sebab dibelakang Forster, berpasangan dengan Fonte dan kiri kanan, Clyne dan Bertrand. Depan pula Wanyama dan Lallana. Abam taknak fokus kepada Lovren tetapi perlawanan dengan Porto abam nampak sumbangan pertahanan sama bagus dengan sumbangan Mane-Salah-Firimno. Dan juga faktor yang tak boleh diabaikan ialah kemasukan Van Dijk. Pemain rambut sanggul ni membawa sekali aura kapten semulajadi dengan banyak bagi arahan dari bawah. Bila bahagian bawah stabil, apatah lagi bahagian serangan kita.
Pagi yang tak dapat dilupakan oleh goli Porto, Jose Sa. Beliau terkenal dengan pencapaian terbaik domestik dan Eropah sebelum ni. Hingga lejen Sepanyol, Cassilas kena peram telur dibangku simpanan. Gol pertama Mane, dia cekup lepas celah ketiak. Salah ayamkan beliau depan mata dan Mane dapat gol kedua selepas percubaan Firimno gagal ditepis sempurna ,tergolek depan Mane. Mungkin kesalahan asas penjaga gol takkan berlaku dipihak Porto jika mereka tidak bermain terlalu meyerang. Sebab penyerang kita antara yang paling bahya dalam keadaan serang balas dan cilok bola cemey.
Disebalik kejayaan terhasil ada kerja keras dari pemain yang jarang dapat perhatian. Otai macam Milner taklah punyai publisiti macam Henderson, namun dia paling berkerja keras menidakkan penguasaan pemain tengah lawan dengan menekan mereka supaya tak boleh lancar serangan dan paling cemerlang kantoikan mereka dan buka peluang untuk Liverpool. Wijnaldum juga tak kurang hebat kerana dia juga macam Milner banyak bantu penyerang dan pertahanan. Tapi jangan dilupa Kapten Hendo bukan takda peranan dia banyak bermain sebagi bek ketiga.
Dan paling abam rasa perlu banyak kredit untuk kemenangan kali ni ialah Firimno siapa lagi. Ikut analisa dia bukan sahaja main sebagai penyerang tengah. Dia adalah pertahanan pertama, yang pada bila-bila masa akan bantu pasukan untuk bertahan dari atas. Sakit juga pemain tengah nak buat main rilek-rileks pegang bola. Selalu juga Firimno akan datang secara tetiba nak cilok bola dan mencuri bola bila lawan ralit sikit. Itu kualiti Firimno yang menjadikan dia adalah pemain utama yang perlu ada dalam tiap-tiap perlawanan.
Akhirnya ada ulasan dari abam tokey. Ulasan terbaik. Dah lama tunggu. Asyik bukak blog je. Ttbe arini bukak dah ada. Ulasan yg mantap superb. Porto xmain susun bas (bertahan). Itu yg mantap sampai 5 tu.. Huhu. Terbaik..
ReplyDeleteKluangman
Apa yang ditakuti adalah trio Liverpool itu akan meletup sebelum masanya...ia itu sebelum final UCL.kita mahu lihat mereka di final Mei nanti...dan mendakap Piala Kelab Eropah.lelain piala..udah terlepas.Paling tidak pun runners up EPL.
ReplyDelete