Peminat Liverpool memang gila. Diorang dah rancang nak flashmob kedatangan Bas Man City awal-awal lagi. Klopp patut berterima-kasih, malah pengurusan juga jangan nak marah sebab perkara-perkara diluar kawal macam kes membaling objek. Tapi itulah sorang main lumpur kelab bakal kena dengan UEFA. Kedatangan City disambut dengan suar dan bendera, cukup meriah. Mungkin sebab tu pemain City mereka dah kalah sebelum masuk padang.
Peminat dilanda sedikit perasaan cuak sebelum perlawanan juga sebab prestasi masa lawan Palace tak berapa baik dengan keputusan memang tipis. Kambing hitam kali ni Trent Arnold Alexander (TAA). Malah abam sendiri pun tengok risau dengan TAA, sebab sejak lawan Setan Merah prestasi nampak kelaut. Ok dalam hati kita masih ada Gomez untuk lawan City. Tetiba dalam perlawanan bersama England, Gomez cedera dan mestilah Liverpool pening sebab Gomez dikatakan bakal pilihan utama berbanding TAA.
Klopp memang tiada pilihan. Gomez takda, Cylne masih jauh untuk cergas bermain. Takkan nak main Milner atau Gandum kat bek kanan. Kat tengah pon masalah gak sebab Emre dan Lallana pun cuti sakit. Dan TAA terpaksa main dan kita tak tahu camna Klopp pulihkan semangat mamt tu sehingga main tersangta sempoi dan bagi abam dia pemain terbaik perlawanan dengan City. Apa yang dia buat serba mengena dan kalau nak kantoi dia cepat-cepat kaver balik.
Perlawanan dengan City atas kertas boleh dikatakan bakal sengit. Media banyak sebelahi Pep dan tak banyak nak suluh Klopp. Itu yang Klopp nak sebenarnya. Sebab jika media dok jek bontot Liverpool, korang rasa pemain boleh main dengan selesa tanpa tekanan. Sebeb itulah bila pemain City dok berasa mereka takda tekanan sebab mereka tak payah risau kat Liga Perdana, itulah tekanan mereka sebenaranya. Mereka dalam situasi syok sendiri dan dalam situasi lain fokus mereka hilang separuh masa kena sergah dengan peminat Liverpool masa atas bas.
Dipihak Pep Botak, dia pun banyak buat kesilapan taktik. Takda Kun Aguero mungkin alasan terbaik, cuma Pep jenis perasan bagus Jesus boleh main atas macam Kun. Dia juga bagi aalsan takda Raheem Sterling punca segalanya. Setahu abam Liverpool dah bersedia dengan pelbagai taktik lawan. Bukan nak cakap pasukan kita serba boleh, tetapi Kloppomania fasa ke-3 kian matang. Takda lagi gegenpressing tak tentu hala. Klopp lebih mahu main serang balas-pantas guna aset pemusnah trio Salah-Firmino-Mane.
Sebab itulah gol datang awal dalam 10 minit pertama. Macam abam cakap taktikal serang balas, hasil dari sepakan penjuru City yang berjaya dipatahkan. Trent tak silap melorongkan bola pantas kepada Firmino dan percubaan diselamatkan pada mulanya oleh goli City. Bola muntah tepisan Ederson cuba dikeluarkan oleh Walker, tetapi kantoi betul-betul kepada Salah dan Raja Mesir berada dalam masa yang tepat dan kedudukan terbaik menggunakan ketenangan meledakkan gol pembukaan Liverpool.
Korang boleh rasa apa yang peminat Asenal rasa bila mereka kehilangan Ox Chamberlain kepada kita. Masa main kat Meriam, rupanya Wenger kasi lingkup pemain ni. Pemain terbaik perlawanan masa menang 4-3 dengan City sebelum ni melakukan benda yang sama lagi. Ox sekali lagi dengan keyakinan tinggi merembat bola jauh menewaskan Ederson untuk gol kedua Liverpool. Kali ni abam dapat rasakan bakal ada kenduri gol.
Sebelum wisel penamat separuh masa pertama tamat Liverpool tak bagi pelaung kepada City untuk rileks. Gerakan bermula dari Salah mencari kedudukan Firimno, Mane dan Milner yang beratur dalam kotak penalti City. Sekali hayun, bola smpai dikedudukan terbaik, cuba dicelen Firmino tetapi dia dihalang bek City dan kedudukan bola sampai cun2 depan Mane dan Anak Pak Imam dengan menghenjut bola dengan tandukan padu untuk Liverpool menamatkan separuh pertama dengan 3 tanpa balas.
Separuh kedua bermula dengan mod berbeza dari kem Klopp dan Pep. Aksi bertukar City mneyerang dan Liverpool pula susun bas. City masih mandul dan sasaran untuk cari lubuk disebelah TAA tak menjadi. Abam akui Sane memang lincah dan mantap, tetapi bkan hari dia sebab kena simpan dalam kocek TAA sepanjang masa. Tetapi kredit juga kepada Ox yang banyak bantu kat sebelah kanan. Sebelah kiri bila masuk Sterling nampak macam bahaya, tetapi Robertson macam biasa tenang mengendalikan ular air itu.
Separuh kedua mungkin eksprimen Klopp nak susun bas kerana dia tahu takut jadi macam kes 4-3 haritu. Namun kita berasa panik sebab Salah dibawa keluar sebab kecederaan kecil. Kemasukan Gandum menolak Ox main kat atas, namun Klopp nak pemain fokus bertahan untuk taknak bolos. Sayang sekali Kapten Hendo kena kad dan bakal terlepas perlawanan timbal balik di Ettihad kelak. Apapun keputusan 3-0 masih tak selamat, walaupun kita nampak selesa. Cuma harap takda pemain cedera lepas ni lagi sebab perlawanan kat Ettihad lagi sengit, harapnya.
Game pling best...anfield stadium pling havoc..player city telur msuk dlm men n reds.. Hahaha😂😂
ReplyDeleteeuropean night kat anfield memang tak pernah suram..
ReplyDeleteesok ada game tuan admin, tak sabar nak teka ni