Macam mimpi Liverpool dapat peluang ke Final. Bukan dapat tiket otomatik, tetapi kena main saringan dengan Hoffeinhem dan berjaya selit dalam kumpulan sederhana dan hanya diuji dengan Sevilla yang lain cap ayam. Peringkat ke-16 juga tak mencabar sebab Porto kena kronyok dilaman sendiri 5-0 dan timbal balik 0-0, Liverpool santai-santai jaga kaki.
Suku akhir, ketemu City pasukan yang nampak hebat, tetapi gemuruh sebab dah kena kitai dalam liga. Pep memang punyai skuad melampau bagus, namun mereka sebnarnya pembuli pasukan cap ayam sahaja. Kedua-dua perlawanan di Ittihad dan Anfield balik tangan kosong. Cuma kat tempat sendiri paling tak boleh belah sebab mereka terlalu berharap pasukan kita nak main bertahan kot.
Separuh akhir rasanya paling epik. Sebabnya Liverpool dah boleh makan kacang kat Rome jika tak bolos 2 biji. Namun mungkin itulah hakikat yang AS Roma juga pasukan terbaik sebab digelar penjinak Messi. Masalahnya Barcelona dah habis gas kat Roma dan abam tengok Messi dan Suarez hanya dok mati kutu dek kerana bek Roma kemain menggila tak bagi peluang. Liverpool hampir nak gigit jari namun agregat 6-7 mungkin bagi kaki judi kena keliling dengan bookie.
Karius
Trent Lovren Van Dijk Robertson
Gini Hendo Milner
Salah Firmino Mane
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ronaldo Benzema Bale
Kroos Casmeiro Modric
Marcelo Varane Ramos Cavarjal
Navas
Real Madrid nampak pilihan juara. Namun bagi pasukan bernama Liverpool bila dianggap bukan pilihan, itu lagi terbaik. Kurang sikit tekanan. Tak payah nak fikir banyak sangat , kecuali masa lawan Brighton haritu kita kantoi dan Chelsea potong no. 4. Itu cerita lain. Jadi dengan hampir pemain utama cergas kita boleh rasa perlawanan sengit. Cuma kelebihan Real mereka punyai simpanan yang agak kuat. Berbanding kita sekadar boleh harap, Lallana , Clyne, Moreno dan Ings.
Abam rasa Real akan main dengan berhati-hati. Zidane bukan jenis pengurus yang gopoh. Dia nak lebih kurang Pep, namun pasukan yang dia ada semua berada dalam lingkungan otai-otai macam Ronaldo, Ramos, Modric dan Marcelo. Sebab tu dia tak harap nak lawan api dengan api. Jika Liverpool main pantas diorang mungkin akan cuba perlahankan tempo dan lebih gunakan kelemahan kita dari segi setpis, sebab ramai pemain mereka pakar tandukan.
Pertarungan bakal ditentukan oleh siapa yang ledak gol lebih dari lawan. Jika pasukan kita boleh bermain dengan tenang sepanjang 90 minit bukan 80 macam sebelum2 ni. Abam rasa Real akan terima kejutan dari pasukan yang tak siapa sangka nak sampai ke Kiev. Cuma dari segi kebolehan individu dan kematangan diperingkat akhir, Madrid punyai kelebihan dari segi mental. Sebab itu abam berharap pemain yang mental cepat koyak macam Lovren dan Trent kena dibantu oleh Hendo dan Van Dijk supaya tak jadi lubuk nanti.
Lineups
ReplyDeleteGoalkeeper
1 Keylor Navas
Defence
2 Daniel Carvajal
Defence
5 Raphael Varane
Defence
4 Sergio Ramos
Defence
12 Marcelo
Midfield
14 Casemiro
Midfield
8 Toni Kroos
Midfield
10 Luka Modric
Midfield
22 Isco
Forward
7 Cristiano Ronaldo
Forward
9 Karim Benzema
Coach
Zinedine Zidane
Goalkeeper
1 Loris Karius
Defence
66 Trent Alexander-Arnold
Defence
4 Virgil van Dijk
Defence
6 Dejan Lovren
Defence
26 Andrew Robertson
Midfield
14 Jordan Henderson
Midfield
7 James Milner
Midfield
5 Georginio Wijnaldum
Forward
19 Sadio Mane
Forward
9 Roberto Firmino
Forward
11 Mohamed Salah
Injured
21 Alex Oxlade-Chamberlain
Injured
12 Joseph Gomez
Injured
32 Joel Matip
Coach
Jurgen Klopp
Rmd 2 Liv 5
ReplyDeleteLiv 5-0 madrid
ReplyDeleteReal 2-4 Liverpool Fc
ReplyDeleteReal 2-4 Liverpool Fc
ReplyDeleteReal 1 - 3 Liverpool
ReplyDeleteKumai
Liverpool 4 real 3.. Ni xde hadiah spesel ke dr admin kalau teka tepat? 😁
ReplyDelete
ReplyDelete~ ANAPOKER ~
(BBM) : AGENS128
(WhatsApp): 085-222-555-128
YANG BELUM DAFTAR AYO JOIN SEKARANG KUY !!!