
Forward - Dari perlawanan pertama kita boleh lihat bahawa barisan serangan Liverpool bukanlah tidak bagus. Tetapi kurang variety jika pihak lawan telah menutup kawasan mereka dgn pemain² pertahanan dicampur dgn pemain midfield yg kerap membantu. Jadi pada saya Liverpool memerlukan seorang striker lagi yg mampu meloloskan diri serta mengucar-ngacirkan pertahanan lawan, dan juga pantas bagi membantu Suarez yg mungkin sedikit dikepung. Mungkin Lisandro Lopez atau Eden Hazard(hopefully DC try budak nih lagik), Paddy McCourt-Scottish Messi(Celtic) adalah pilihan yg sesuai.
Midfield - Barisan tengah adalah barisan yg di atas kertas adalah antara squad terkuat dlm liga dan mungkin eropah barangkali. Namun keserasian masih lagi belum menjadi di antara mereka. Kesefahaman yg rapuh, seringkali terlepas bola mudah, passing yg sedikit teragak². Namun saya percaya mereka akan semakin baik. King Kenny dan Steve Clarke pasti akan mengkaji hingga ke akar umbi. Tidak perlu lagi pemain tengah pada saya kerana pada saya, barisan midfield LFC mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan jika digabung kebolehan mereka saya pasti akan muncul "Perfecto Midfielder" yg memiliki kebolehan dari semua aspek. Cuba bayangkan kalau² Stevie G bergabung dgn Aquaman pun dah awesome. ini kan pula campur yg lain² (SUPERB)
Defender - Yg dikatakan barisan terlemah dlm squad LFC. Left back bukan lagi masalah kepada King Kenny kerana pada saya Jose Enrique menjalankan tugas beliau dgn effective. Membantu bahagian sayap dan juga pertahanan. (Jack Robinson as a backup)Pertahanan tengah pada saya perlu banyak diperbaiki kerana kucar-kacir biasanya timbul dikawasan ini. Agger antara yg terbaik malam itu. Dan saya harap beliau akan kekal sebagai kesebelasan utama. Carra mungkin sudah sedikit berusia utk mengisi ruang sebagai pertahanan tengah kerana kebanyakan forward yg terdapat dlm liga mempunyai larian pantas dan Carra bukanlah antara pemain yg pantas walaupun kelebihan beliau adalah pengalaman dan jangkaan arah bola yg baik. Mungkin Scott Dann(Birmingham), Gary Cahill(Bolton) ataupun Ryan Shawcross(Stoke) dan mungkin Per Mertesacker(Bremen) adalah jawapan utk King Kenny. (Muda, good airfight, dan pantas.) Dan disebalik satu kesalahan yg pada saya diperbesar²kan oleh peminat iaitu tindakan Flanno meninggalkan Seb Larrson keseorangan bagi menjaringkan gol penyamaan, saya rasa Flanno menjalankan tugas dgn baik juga. walaupun masih muda. jika tidak pun King Kenny masih mempunyai option iaitu Kelly dan tidak dilupa Glenn yg masih injured.
GK - Kedudukan Pepe Reina masih lagi tidak tergugat. Still 'one of the best GK in the world'.
Menjelang perlawanan menentang Arsenal hujung minggu ini saya yakin King Kenny dan Steve Clarke sedang berbincang tentang strategi bagi memecah kubu Arsenal. Namun disebalik kehilangan perancang tengah Gunners iaitu Cesc Fabregas, saya tidak mahu meng'underestimated'kan squad dari kota London itu kerana mereka mungkin telah bersedia utk menghadapi LFC. IKKWT.. 3 mata akan dibawa pulang ke Anfield..
sekian...
YNWA~
Sememangnya kita tidak sepatutnya menghentam kromo pasukan kesayangan kita ini. Perlawanan pertama bukanlah ukuran kemampuan untuk satu musim.
ReplyDeleteBagi SG, pasukan kita telah memiliki semua pemain yang berwibawa. Hanya masalh keserasian dan pengalaman bagi pemain2 muda merencatkan perlawanan pertama tempoh hari.
Tetapi percayalah, sedikit masa lagi, pasukan kita pasti akan digeruni. Kita lihat 5 perlawanan lagi. Sudah pasti impian akan menjadi realiti...
bleh titik Arsenal kot...
ReplyDeletepeluang terbaik..bdk sekolah dh sentap!!
ReplyDeletekali ni suarez hat trick!
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/
Sy jangkakan kali ni kita ada harapan menang dgn arsenal at least kelebihan satu gol. dah byk tahun asik seri jer...
ReplyDelete