Saya agak optimis dengan pasukan kita selepas berjaya menjinakkan Chelsea di Jambatan Runtuh. Macam dok selalu bising, pasukan yang kuat ialah pasukan yang bukan sahaja suka menyerang tapi bertahanan dari depan, yakni penyerang sendiri menjadi pertahanan dan menganggu pertahanan lawan. Tengok gol pertama, bahagian penyerang melakukan asakan awal dan lawan terkantoi dan bola dirampas mudah dan apa lagi gigit jari pertahanan Chelsea tengok Liverpool mendahului.
Gandingaan Suarez, Maxi, Kuyt dan Bellamy bagi saya amat agresif dan merupakan barisan serangan yang pantas dan kreatif. Manakala gandingan Suarez, Carroll, Downing dan Henderson lebih kepada corak ortodok dengan pemain melakukan serangan dari sayap dan cari kepala Carroll sebagai sasaran. Saya rasa pasukan kita perlu bermain corak kontinental yang lebih menggunakan pemain sayap kreatif, buakannya cara tradisional British dengan menggunakan pemain sayap untuk melakukan hantaran lintang dari hujung padang.
Walaupun Kenny sukakan corak tradisional 4-4-2 British, namun dia perlu pelabagai corak serangan mengikut lawan. Macam lawan Man City, bek mereka pantas dan kasar, bukan macam Terry dan Luiz yang sorang lembab dan sorang lagi kalut. Kompany dan Lescott memang gandingan mantap tapi mereka juga ada kelemahan yakni mereka suka naik buat perangkap curi ayam (offside) terlalu keatas. Kita nak mengeksploitasi mereka dengan meletakkan meletakkan penyerang pantas yang dapat melepasi perangkap curi ayam mereka.
Amat mudah untuk kita nak memandulkan serangan Man Citeh. Caranya dengan menyekat pemain lincah, keratif serta licik mereka yakni David Silva. Dengan suruh Lucas mengawal Silva ketat-ketat, maka kita mungkin berjaya mengembiri kekuatan Man Citeh keseluruhan, kerana segala pergerakan Silva akan mencetuskan malapetaka untuk lawan. Disamping itu pemain lain juga perlu menggangu pergerakan lawan jika mereka cuba nak pegang bola lama-lama. Dan lebih penting lagi ialah Agger dan Skrtel mesti dikekalkan untuk menapau Aguero dan Balloteli. Carragher boleh simpan lawan Chelsea lepas ni.
Macam saya tulis dipermulaan kalam, saya optimis yag pasukan kita boleh dapat mengatasi Man City jika kena taktik dan pemain sendiri yakin dengan diri sendiri. Man City bukan berani sangat jika datang ke Anfield, mereka akan main macam lawan Napoli sebelum ini. Tak percaya tengoklah nanti. YNWA
2-0
ReplyDeleteLiv/man city
Kerol 2 la kali ni lagi sekali...
ReplyDeleteMan City WHOOOO!!!!!!!!
The Reds 0-2 Merseyside Blue
ReplyDeletesja target klah , target mng asyik sri or klah ja
liverpool 2-man city 0
ReplyDeletekene main baik punye nie sbb kt Anfield. Bg mancini tau sket kekuatan LFC kt Anfield.
ReplyDeletekene kekalkan player ketika lwn Chelsea ari tuh.
Kuyt - penting utk kejar/push pemain Man City, backup defender, backup striker..semuanya Kuyt.
Maxi - Kreatif, positional mantap. Tau je nk dok kat mana time nk score.
Suarez - Xyah nk ckp ape die perlu buat.
Adam-Lucas - Jaga Silva, Yaya..xnk bg diorang hantar pass through.
'This is Anfield'. The Kop kena buktikan kata-kata keramat ini. Leburkan rekod tanpa kalah Man City. Liv 2-0 Man City. :YNWA!
ReplyDeletesusah nak meramal Man city ni pasal pemain dia bertukar tukar tiap kali kali game... dan setiap posisi ada backup yang hampir sama keupayaanya
ReplyDeletepenyerang dorang semua boleh score dengan konsisten walaupon sistem rotation diamalkan
rasanya kita bertemu pasukan yang jauhhhhhh berbeza dengan Chelsea
mujurlah lah dorang kalah ngan napoli...so kenny boleh lah buat home work ehhh....
5-0 aku yakin
ReplyDeleteLiverpool 2-1 Man City
ReplyDeletemacam ckp blogger ... optimis beb
ReplyDeleteliverpool 1-0 mancshitty
reds 1-1 city
ReplyDeletereds 2-1 city
ReplyDeletekali ni try predict kalah...
ReplyDeleteliverpool 1-2 shiter city
liv 3 - 0 man city
ReplyDeleteliv 1- man city 0.......
ReplyDeletekita leburkan rekod man ct..ayuh the reds
ReplyDelete..
Liverpool 2 vs mancity 1
ReplyDeleteraja merseyside said...
ReplyDeletereds 1-1 city
November 26, 2011 2:03 PM
hanya peneka tepat tunggal pagi ini. tahniah