Minggu lepas kita balun pasukan Burung Tekukur (WBA) dan minggu ini pula pasukan kita akan bertemu pasukan Itik Angsa atau nama dalam IC, Swansea City. Dah berkurun pasukan kita tak jumpa pasukan dari Wales ini. Tak silap dekat 20 tahun. Kenangan mereka dengan Liverpool tak banyak kerana pasukan mereka jatuh melingkup dan musim lepas nasib mereka baik kerana mempunyai pengurus yang berbakat dan bermain dengan corak yang boleh dikatakan agak sempoi bagi pasukan yang baru naik pangkat dari Liga Kejuaraan.
Bagi menghadapi pasukan cikai tapi ranggi macam Swansea, saya rasa Kenny bakal mengekalkan barisan minggu kepas. Bak kata Mat Rempit, "enjin yang dah setting baik jangan dikorek lagi" dan begitulah dengan pasukan kita yang bermain baik perlu dikekalkan kerana mereka dah saling faham memahami antara sesama rakan. Cuma yang perlu disuntik ialah kefahaman taktikal serta motivasi untuk menang.Ketiadaan Gerrard dan Carragher minggu lalu tak menjadi hal dan minggu ini juga saya rasa kita tak gusar dan lebih rela mereka rehat secukupnya.
Walaupun atas kertas pasukan kita memang ada can makan lauk Itik Angsa, TETAPI sejarah dua minggu lepas masa lawan Sang Kenari masih pedih dirasai. Konon boleh ratah rangup isi Kenari, tapi keras juga tentangan pasukan ceroi itu. Oleh itu saya dengan rendah diri takkan rasa pasukan kita boleh tibai mereka dengan banyak gol sangat. Paling banyak pun setakat 3 bijik dan pasukan kita mungkin akan bolos jika Swansea main macam lawan Bolton. Setuju atau tidak ayuh buat tekaan manatahu anda yang bertuah,
liv 2-0 beg swan
ReplyDeleteliv 3 swan 0
ReplyDeleteBurung Hati 3-1 Angsa Laut
ReplyDeleteliverpool 4 - 1 swansea siti
ReplyDeleteLiverpool 2-0 Swansea ..
ReplyDeleteSi Merah 3-0 Itik Angsa. :YNWA!
ReplyDeleteLiverpool 4 - Swansea 0
ReplyDeleteYNWA bebehhh!!!!!!
Liverpool FC 3 - Swansea City 1
ReplyDeleteLiverpool 2 - 0 Swansea
ReplyDeletethe reds 3-1 lauk angsa
ReplyDeleteliverpool 2 bro...swansea 1....
ReplyDeleteklau lfc 2-0 swansea boleh...
ReplyDeleteKalo xmenang jgk xtau la.
ReplyDeleteMemang 1 pasukan kene mandi bunga, termasuk KD sekali.
1st hf- Main 2 wing laju Downing, Bellamy..supply seberapa bnyk cross kt Hardi Khairul.
2nd hlf- Main pass n move, bawak masuk Maxi ganti Carroll. Bellamy plak berganding ngn Suarez kt atas.
3-0 ok jgk.
-pokdin-
2-1 sudah..janji menang, lawan pasukan lemah memang agak sukar sejak akhir akhir ni
ReplyDeletebanyak pasukan lemah main macm lakanat berkubu depan gol pastu buat counter atack bagi long ball, satu cara nak lawan dorang ialah main macam dorang gak, berkubu pastu long ball counter balik
3-1
ReplyDeleteLiv/ Swansea
The Red 4-0 The Swan
ReplyDelete