Sebelum ini Kenny Dalglish telah membuat penafian yang Liverpool tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai sasaran pembelian musim baru. Maknanya ada ejen pemain yang membuat bising samada cuba uji pasaran dan cuba raih perhatian kelab lain untuk bida pemain dengan harga panik. Macam kes Conor Wickham, Sunderland telah membeli pemain yang belum tentu boleh meletup dengan harga risiko 10 juta pound serta boleh naik sampai 13 juta pound dalam terma tertentu. Padahal Liverpool melalui Comolli hanya menghantar pentanyaan mengenai status pemain remaja tersebut samada mahu dijual atau tidak.
Kes kedua pula ialah Liverpool tidak akan melayan tuntutan melampau lagi mengarut dari kelab penjual. Sebab iulah pembelian Downing dan Adams berlarutan sehingga ke hari ini dan masih belum menemui jalan penyelesaian muktamad. Mungkin nampak keterlaluan jika Comolli tidak melayan karenah mereka kerana mungkin ada udang sebalik mee. Maksud saya sasaran utama yakni Plan A Kenny adalah pemain Inggeris, tetapi alternatif atau Plan B ialah mendapatkan pemain luar yang mungkin lebih murah dan berkualiti. Memang betul Downing dan Adam sudah terbukti dalam Liga Inggeris, tapi tiada jaminan yang mereka akan dapat meletop nanti.
Yang terakhir dan muktamad ialah pemilik sendiri , John Henry telah menyatakan prinsip FSG masih ketat dengan pembelian setiap pemain ialah untuk kelansungan masadepan kelab dengan membeli bakat muda yang berkualiti seperti Suarez , Carroll dan Henderson. Jadi kalau ada dengar Liverpool mahu beli pemain tua seperti Christian Chivu atau John O'Shea itu adalah mainan spekulasi tidak berasas berdasarkan imiginasi wartawan sahaja. Namun mungkin ada kes terpencil seperti pembelian penjaga gol Doni yang saya pasti ianya terkecuali kerana selalunya penjaga gawang matang pada usia senja.
ada kelab cuba mendapatkan wang lebih untuk jual player kpd kita..mika tau kita skrng bnyk dana!!
ReplyDeletenilai kontrak charlie adam yg tinggal setahun mungkin kurang 1 juta disebabkan gajinya di blackpool kurang dari 50 000 pound seminggu. jd nilai perpindahan sebenar hanyalah kurang dari 2 juta dan blackpool bermain tarik tali dgn menambah kpd 10 juta & ini melampau utk pemain yg hanya menyerlah di kelab bawahan dan belum tentu adam boleh menjadi pengganti terus alonso spt yg terjadi kpd aquilani
ReplyDelete