LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menuntut Steven Gerrard menjadikan pertemuan menentang Sunderland di Anfield malam ini sebagai platform terbaik untuk mengembalikan prestasi terbaiknya.
Musim ini telah menyaksikan Ger- rard bergelut dengan pretasi tidak menentu selepas dia mengalami kecederaan hamstring, sekali gus memadamkan impian The Reds untuk menjulang trofi Liga Perdana England.
Kini Liverpool mempunyai satu lagi misi penting iaitu menamatkan saingan liga di tangga keempat bagi menempah slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Tatkala Manchester City, Aston Villa dan Tottenham Hotspur terus memberikan tekanan kepada Liverpool, Benitez mahu Gerrard kembali kepada prestasi asalnya secepat mungkin dan kembali meletakkan The Reds di landasan yang betul.
"Kami telah mengalami beberapa masalah musim ini yang menyaksikan beberapa pemain utama telah mengalami kecederaan dan ini sedikit sebanyak menjejaskan persiapan kami.
"Disebabkan itu, saya mahu Ger- rard kembali kepada prestasi terbaiknya kerana dia merupakan tonggak utama kami dalam usaha merencanakan pergerakan di tengah padang.
"Yang pasti, para pemain perlu memupuk kerjasama antara satu sama lain dan kami sedar masih ada banyak kelemahan yang perlu kami baiki dalam lapan baki perlawanan kami," jelas Benitez.
Sementara itu, pengurus Sunder- land, Steve Bruce kini bersedia untuk menurunkan kembali kapten, Lorik Cana di bahagian tengah.
Sebelum ini, Cana sekadar memanaskan bangku simpanan pada perlawanan menentang Aston Villa kerana menjalani penggantungan perlawanan.
"Saya sudah ada strategi serta percaturan tersendiri apabila berdepan dengan Liverpool esok (hari ini).
"Kami sedar beraksi di Anfield bukanlah satu tugas yang mudah, ditambah pula mereka mempunyai beberapa pemain yang hebat.
"Bagaimanapun, saya akan memastikan pemain-pemain saya memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya. - AFP
berharap ngan Gerrard mmg patut pun... tp klu Lucas main... jgn kata Gerrard sorang... semua pemain akan jugak hancur...
ReplyDelete